Sunday 30 May 2010

ღ..HepPy anniverSary lOve..ღ

Selamat berhujung minggu buat blogger dan follower blog kiut miut nie.Alhamdulillah hari nie aku heppi sangat..sebab genap lah hari nie 30 mei 2010 iaitu hari iStimewa aku dan Si dear..rasa syukur sesangat sebab dah genap kami berdua kapel ;) alhamdulillah..kekangan masa dan prob pc nie buat aku jarang menaip blog..huhu sedesh sangat:(


Daisypath Anniversary tickers

Tapi xnak cite pasal sedeh2 ler sebab rini hari senyum sedunia kawan2..ngee* walau apapun rintangan aku tetap nak post n3 arini..walla! seBab hari nie aku dah dua taun berkawan dengan si dear..dan rini jugak berdating untuk celebrated hari kami berdua;)..
Love Myspace Comments
Buat si dear my love-->terima kasih kerna sudi membahagiakan sayangmu ini.Serius..syg bersyukur atas nikmatnya kerna hubungn ini..untuk segalanya.."terima kaSih dear hb"..ikhlas tulus dari hati ini..amt excited untuk hari nie..moga hubungan ini kekal selamanya
Love Myspace Comments
"Heppy AnNiverSary in love for uS"

Doakan kebahagiaan buat hubungan kami berdua..amin* mudah2an kekal buat selamanya..^^ nak senyum sepanjang hari..yang penting dapat special surprise dari si buah hati..hehe..ilysm my dear !~♥♥♥

yang bahagia bersamamu selama 731 hari..cups!♥
--;--'-{@
~Dawia honeyputri~

Thursday 27 May 2010

ღ..Hadis Buat Santapan Rohani..ღ

Salam buat blogger tegar sekalian;)..sedikit hadis yang aku nak selitkan dalam blog ini untuk santapan rohani mengenai zuhud.Aku dapat hadis nie masa aku godek2 dalam tenet.Moga menjadi ilmiah buat reader semua (:

Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: "Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu."



(Hadith hasan, riwayat Ibnu Majah dll)
Zahid Pada Dunia, Dikasihi Allah


Zahid menurut tafsiran yang dipersetujui ulama mengandungi 2 pengertian:

1- Kosong hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya. Inilah zahid orang-orang dari golongan ariffin (yang lebih mengenal Allah) dan inilah katanya yang dikehendaki oleh hadith

2- Kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia ini mahu dari syurga di akhirat kelak kecuali Allah, ertinya kepada Allah sajalah tempat tumpuan dan tujuannya iaitu untuk mencapai setinggi keredaanNya semata-mata. Inilah zahid orang-orang dari golongan muqarrabin (yang mendampingi peribadi kepada Allah)

Imam Ghazali berkata:


"Bukanlah orang yang zahid itu orang yang tiada berharta. Tetapi orang yang zahid itu ialah orang yang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka."

Saidina Ali pula berkata:


"Kalau seorang lelaki mengambil sekelian apa yang ada dipermukaan bumi ini dengan maksud semata-mata kerana Allah, maka bukan ia dari orang yang gemarkan dunia."

Sabda baginda s.a.w. pula:


"Bukanlah zahid pada dunia dengan mengharamkan yang halal dan tiada pula dengan mensia-siakan harta. Akan tetapi zahid padanya ialah engkau lebih percaya kepada apa yag ada di tangan Allah lebih daripada apa yang ada ditangan engkau sendiri, dan adalah hal engkau dalam masa kesusahan sama sepeti hal engkau dalam masa tiada kesusahan, dan adalah pula orang yang memuji dan mencela engkau dalam kebenaran sama saja dalam bagi engkau." (HR Muhammad b Muhajir)
Zahid lahir dari amalan hati, bukan dari amalan jasad semata-mata. Zahid pada dunia ada 3 perkara:

1- Percaya kepada suatu yang ada pada Allah lebih daripada percaya kepada suatu yang ada pada diri sendiri.
2- Gemar mendapat ganjaran dari kesusahan dunia, lebih daripada kegemaran mendapat kesukaan di kala tiada kesusahan tersebut. Barangsiapa zahid pada dunia, mudahlah baginya segala kesusahan yang menimpa ke atasnya.


3- Sama saja perasaan dan sikap seorang di kala dia dipuji mahu pun dia dicela kerana kebenaran yang dilakukannya.

Orang yang dikasihi Allah ialah orang yang benci kepada suatu yang dibencinya dan zahid pada perkara yang melalaikannya, dan tidaklah dia membuangkan dunia itu kononnya untuk dikasihi Allah, kerana dunia adalah jalan ke akhirat seperti kata Saidina Ali:


"Sesungguhnya dunia ini adalah negeri benar bagi orang yang benar kepadanya, negeri akibat bagi orang yang memahaminya dan negeri kekayaan bagi orang yang menyediakan bekalan-bekalan daripadanya."

Sabda baginda s.a.w.:


"Sebaik-baik negeri adalah dunia bagi mereka yang berbekalan daripadanya untuk akhiratnya hingga reda tuhannya, dan sejahat-jahat negeri bagi mereka yang menghalangi daripada akhiratnya dan memundurkan dia dari keredaan tuhannya, dan apabila seorang hamba berkata: Semoga Allah burukkan dunia, maka berkatalah dunia (kepadanya): Allah burukkan (dia) kerana dialah yang derhakakan kami kepada tuhannya."
Zahid Pada Barang Yang Ada Di Tangan Manusia, Dikasihi Manusia

Sabda baginda s.a.w.:


"Kemuliaan seorang ialah berdirinya pada waktu malam (untuk sembahyang) dan kehormatannya ialah terkaya daripada manusia."

Zahid seorang ada barang yang ada di tangan manusia adalah ia tidak meminta, tidak ingin dan tidak perlu kepada suatu yang ada pada tangan manusia.

Kemuliaan dan kehormatan peribadi seorang adalah terletak pada sikap dirinya sendiri, iaitu sikap percaya kepada kebolehannya dengan usaha yang dikerjakannya, serta senang hati dengan apa yang diperolehi dan tidak berkehendak kepada suatu pemberian dari orang lain yang ia tidak berhak mendapatnya.


PENGAJARAN HADIS:

(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud
(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasawwuf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.
(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang

(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya

:wallahu'alam:

Semoga hadis nie buat kita terutama bergelar muslimin dan muslimah yang sejati..dan soleh dan solehah.insyaALLAH ^^ hadis nie jugak untuk ingatkan diri aku sendiri--> mudah2an hendakNya~
 
--;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

ღ..Countdown 3 Day to G0o..ღ

Salam pada blogger sekalian..selamat pagi :)
rinie---> aku bahagia mengecapi nikmat hidup yang banyak sinar berkerdipan..korang nak tau hari yang ditunggu bakal menjelma..dan ia akan lebih indah fari tahun2 yang lepas sebab si dear dapat temani aku celebrated sama2..yippy!!

Tapi agak kecewa sebab blog niey tak dapat dipublish secara sempurna kerana sebab2 yang tak dapat di elak.Harap maklum..sejak bercuti rasa nak hapdate blog semakin memuncak..ahaks! tapi paling excited lagi 3 hari untuk hari tue..! ;) dan sekarang menghitung hari untuk countdown..

Cik empunya blog punya impian untuk hari tue..tapi kena tunggu hari tue tiba ek..harap kelainan dari tahun lepas..dan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang di rancang:) aku suka sangat2..

hmm maaf ler kalau sape yang berkunjung blog nie tak berapa nak besh ceritanya sejak2 mood cik empunya blog nie sedang dilanda mood keCUTIan..opss jangan disalahertikan "cuti" itu oke.maksud aku mood aku yang sedang cuti sem nie lebih kepada untuk njoy dengan movie dan berangan..lalalala~ xdelah sekadar bergurau ;)

Yang penting countdown my love is much excited now..like tahap dewa gitchuu!..hehe..3 day for that day..dan itu buat aku tak sabar..! moga kerahmatan tuhan sentiasa bersama aku dan si dear;)

Malam tadi aku dapat contact dengan kenalan lama yang dah lama terputus,tapi ntah kenapa malam tadi tuhan mempertemukan kami dalam komunikasi yang serba canggih..iaitu melalui telefon..aku cakap elok ngan dia..tapi dia seakan2 dan berubah..terlupa nak bagitau yang dia sekarang menetap di bumi kenyalang..sebenarnya aku nak cerita pasal dia yang dah lama kami berkawan..tapi nnt aku akan cerita di lain n3..
sebab sekarang aku mood "C i N t A"..

C O U N T D O WN  3 D A Y  T O  G OO !!
Love Myspace Comments

Sekarang aku dah beli hadiah untuk si dear;) sangat teruja untuk itu..walau korang xrasa tapi biarlah aku yang merasai rasa itu..biar apa orang kata..janji kita bahagia. Sesuatu yang indah lahir dari jiwa yang murni dan tulus pasti melahirkan ketenangan hati yang mendamaikan ^^

Terasa fresh hari nie walau blum sarap..sebab rini dapat email dari si dear di awal pagi..dan sekarang email paling besh bila berjauhan..dan si dear hantar gambar dia waktu tecik2..sanggaatt comei !!~ dia sangat kurus waktu tue..geramm..haha;) ( nasib si dear jarang jenguk blog nih)..hehe (",)

Okieh sampai sini dulu n3 nie..tujuan aku nak hapdate blog sebab nak publis countdown yang aku hitung untuk hari tue..hikhik:) tapi rakan blogger sekalian bila kau usha blog korang..korang mmg da bomm !~ Selamat berblogging dan berblogwaking..

nota buat tersayang-->adekku Badrul xg sekolah paling lame tercatat sejarah tahun nie sebab demam :( cepat sembuh ye dik. Buat adek ke-3 aku,si Fadli moga dapat jawab exam dengan sukses..k .last,,buat si dear bucukk,,selamat bekeje..moga rini dapat conform cuti..yeay!

---;--'--{@
~Dawia Honeyputri~

Tuesday 25 May 2010

ღ..Apa hadiah yang Besh untuk Diberi kepada teriStiMewa?..ღ

Salam dan selamat petang pencinta blog sekalian..
alhamdulillah hari niey aku menghitung hari untuk countdown my anniversary love untuk yang julung2 kalinya..amat semangat okieh sampai tido tak cukup..makan terlampau kenyang..mandi bersabun..hihi...
Sebenarnya aku nak coret-coret pasal hadiah pulak??..

Aku petang niey insyaALLAH akan turun shopping hadiah tapi tak tau nak beli apa lagi--->macam mana nak pilih hadiah ek?..nape aku bertanya..sebab terasa blur pulak sekarang..tapi rasanya nak beli yang sederhana (",) tapi comey gitchhuu ;)

Rasa nak beli belt?..

guess belt



minyak wangi?..

Administrador1



tali leher..


baju T-
kaos,t-shirt,tees


sekarang niey itu je yang terlintas untuk aku hadiahkan pada si dear tersayang..korang ada idea x??..xpe lah kalau ada amat di alu2ka cadangan ;) keyh susah benor menaip tapi xberapa jelas nih..mesti  blog nie comot kan..harap kesilapan cik empunya korang abaikan ek..kadang2 tercenter kadang2 space jauh..
dan tambah lagi nak berblogging pun tak sempat :( amat kasihan dengan pc yang dah uzur nie..sob . sob . tapi xnak sedeh2..aku nak pegi bersiap untuk keluar sopink  ^^

Selamat berblogging rakan blogger serta followerku sekalian,,
moga ptg yang indah buat korang--> aJa aJa cari Hadiah !!~ minum petang pekena pisang goreng..ermmm..walla!..nyum nyum..aik asal tetiba pisang panas;) sebab berita sensasi sekarang cam pisang panas cuma ceria aku jer suam2 kuku .. tsk..

Nak tak nak nak hapdate jugak blog walau apa yang berlaku..yippy!! dan malam tadi my cousin dah berlepas pegi masuk unitar..moga sukses Harris..moga setiap permulaan yang kita tempuhi bawa kejayaan besar buat kita dan ayah ibu kita..aMin*

Nota buat kanda dziey--> slmat bekeje.. jumpa ptg nnt .dinda sedang berusaha cari present untuk anda..ahaksz! (abaikan panggilan yang aku ada2 kan)..ngee* senyum lebar2 biar nampak semua gigi..ngaaa..cheez;)

--;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

ღ..TanDa & Penghargaan..tenkiu2 !!..ღ

Salam buat blogger yang xjemu2 menuntas kan minda untuk menaip;)..serius sangat kreatiff .Hari niey pagi yang indah buat semua..mudah2an ye rakan blogger sekalian..
Pagi niey usha cbox nmpak tag yang diberi oleh blogger Seni Itu Indah dan ini tag yang perlu dijawab..Jom tgk tag nya..wink* ceria2 keyh..aku pun berusaha menaip dalam pc nie:-

Tapi terlebeh dulu,,nak ucapkan sekalung terima kasih dengan tag dan award tue pada Cik editor yang sudi tag saya ek..moga sentiasa tersenyum..dan saya akan jawab tag nie..tapi jawapan yang tak seberapa..harap xkesah..;)

2.Apakah nama samaran u allz
Dawia..wiyah..awie..rabia

 

3. Berikan 3 orang (bertukar kepada 3 kumpulan) yang u allz sayang
mak,ayah,si dear,adik2..
4. Panggilan untuk si dia
my dear

5. Hadiah yang u allz impikan dari seseorang yang istimewa
bunga mawar dan cokelat;)


6. Blog mana yang u allz suke visit
blog yang kiut miut..walla!
7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger u allz...
Seperti sedia maklum sukarnya nak tag rakan lain..jadi keputusan xnak tag..(",)

Award untuk “puteri/putera intan terpilih” tapi dengan syarat kena buat assignment. Survey cikit..hehehe

1.Kenapa follow blog SeNi Itu InDaH?
sebab cumil..;)


2. Apa yang anda impikan dalam hidup anda?
kejayaan yang membanggakan mak ayah dan diri sendiri..(ekceli sebenarnya banyak) :)


3. Siapa yang bermakna dalam hidup anda?
Mak Ayah dan Si dear..


4. Apa aktiviti masa lapang anda dan mengapa?
Mendengar lagu sebab menenangkan jiwa dan lapangkan dada..


5. Apa anda buat jika susah nak tidur?
mendengar mp3..pasti senang nak lelap..:)


6. Apa perkara yang anda buat sebelum tidur & selepas terjaga dari tidur?
membaca doa sebemum tido dan selepas tido..


7. Apa pandangan anda terhadap orang yang suka mengikut emosi, hawa nafsu (amarah) dari akal fikiran?
pandangan saya dia seorang yang terburu2..erkk..(xpandai bagi pandangan)..siapa la saya..


8. Bagaimana caranya anda atasi stress?
berfikiran +ven solat dan brdoa..


9. Siapa orang yang anda kagumi dalam dunia ni?
Nabi Muhammad S.A.W dan Tun Dr Mahathir Mohammad

10. Apa yang anda harapkan dari blog SENI itu INDAH & penulisnya?
Menjadi blog yang terus sukses dengan bidang yang ingin penulisnya inginkan..amin*


mood aku kini dilamun cinta..! haha..berani betul mengaku;) sebab sekarang aku sedang countdown untuk sesuatu yang special..(sangat2 excited) dan sangat2 teruja ^^ moga segalanya berjalan dengan lancar..sangat mengharapkan yang terbaek;) aminnn*
nota buat tersayang---> merancang bersama famili untuk pegi bercuti..si dear)))..harap semua ok..ilysm !
--;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

Monday 24 May 2010

ღ..Sekadar ucapan buat tatapan Umum..ღ

Salam dan selamat pagi buat blogger,,walker,,reader dan follower blog kiut miut nie;)
heppy weekend buat anda semua..alhamdulillah walau rini cuaca mendung tapi aku bersyukur dapat lagi menikmati tidur yang nyenyak dikala cuti yang panjang bersama famili tersayang..

sekarang  bila kat umah banyak aktiviti xsempat nak update blog dan berblogging..pada blogger yang tak jemu2 komen dan msg di cbox..nnt aku akan balas balik ek;) sebab pc nie erkk susah nak cakap prob dia yang suka hang..mmg makan lama nak taip n3 walhal  dari 10 minit boleh jadi setengah jam..tapi sebenarnya xde la aku menaip 10 mint jer..hehe

Buat blogger yang berkunjung..seperti dik Lin (sugar2 kapas strawberri),newbie..bro long haffiz..nnt saya sempat saya lawat blog anda ye..mungkin bila kemudahan untuk mengon9kan diri niey xmencemburui aku..;) tapi kunjungan korang semua mmg amat aku hargai..nnt aku pegi blog korang..harapnya korang xkecik hati taw..

Apepun aku amat hargai dan jutaan terima kasih yang sangat2..mudah2an korang sentiasa ceria selalu (",) wawa..ketagih nak update blog dah datang...tapi aku hepi sebab xsunyi blog nie dengan kunjungan rakan2 blogger..

"Terima Kasih Banyak2!! "..

---;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

Friday 21 May 2010

ღ..PaGi Dan PetanG..ღ

Selamat ptg buat semua blogger yang cumil dan kiut miut :)
Sejak aku balik ke kampung serasa nak taip macam-macam sampaikan xcukup ruang dalam n3 nie tapi apakan daya..pc yang prob aku cuba melepas gian untuk mengetuk keyboard..korang..serius aku heppi bila di umah (:
Banyak yang di rancang dan kadang2 jiwa dan hati sukar kita nak duga kan?..

Girls Myspace Comments



Pada korang yang sudah punya rasa yang sama denga aku tak?..tapi tak pe..aku tak punya cerita best yang nak dkongsi sekarang..cuma countdown hari "itu"..sangat teruja kawan;)
Nak  cite sikit..tadi masa aku ke pasar beli ikan dan sayur..jumpa seorang membe lama perempuan yang dah mmg terputus contact.Walau tak rapat sangat tapi aku masih suka tegur sapa.


nape n3 aku bertajuk pag dan petang?? sebab ambik masa untuk post dengan aktiviti yang full macam tin sardin.ahaksz! keyh2 sambung cerita,dia(member aku tue) seorang yang rajin dan masa aku jumpa dia tadi pun dia tengah jual kuih muih..tapi lain macam dah aku tgk fizikal badan kawan aku yang pemilik nama Farhana Mat Isa..rupa lebih berseri2..badan lebih kurus dari sebelum nie..wajahnya dimekap nipis..
tetiba time aku pun nak beli kuih katsitu ternampak 2 bentuk cincin yang tersarung di jarinya..Jadi aku niey suka bertanya khabar dan perkembangan kawan2.Dia cakap dia dah xbelajar..aku cakap ler ko dah bertunang ke..?

Nak tau apa dia cakap..sambil tersenyum dia bagitau dia dah sah jadi isteri org?..uikhs terkejut "manusia" aku waktu tue..wawa.aku ingat dia main2 usik je..tapi bila dia cakap dia bakal bergelar mak..terus ler aku percaya.Al-maklum cincin pun dah bagi clue kan ^^ nampak dia bahagia..tapi sumpah aku tak tau bila dia kawen..(terkilan).Tapi dimaafkan sebab dah terputus contact..lagipun dia cakap bila aku tanya nape xgtau..

Cuma sekadar cakap..masa tue ang pun kat mna?..maksudnya aku di U la tue.Hmm..patut ler muka berseri2..rupenya bawak budak;) mak cakap kalau pembawa budak yang manis wajahnya berkemungkinan si ibu bakal menimang anak gurl..tapi bila muka masam dan tak berseri,dia mengandung ank lelaki..wallahualam la pasal tue.Itu mak dan org berpengalaman la yang tau kan..

Disebabkan aku xde no.tel dia sebelum nie..kami bertukar nombor telefon..(sempat jugak walau dia dok sibuk jual kuih pada pelanggan yang datang)..tapi bila tengok dia,lebih banyak matang dari aku..huhu* aku nie masih perangai childish..tapi dia dah ada tanggungjawab seorang isteri dan bakal menanggung tanggungjawab seorang ibu..! wee..tahniah Farhana!;) itu je terucap waktu tue..tapi bila dia kawen,bertunang,kenduri aku tak tau sebab kami hanya schoolmate . (xpe lar) tapi dengar2 ramai kawan yang dah kawen muda..pssst.tapi aku xnak lagi.upss..belum bersedia.noktah.

Korang2..aku nak tutp cite pasal nie.tapi nak cakap pasal countdown yang bakal menjelma..
sangat2 tak sabar..sangat2 bersemangat..sangat teruja.Serius banyak yang aku rasa sekarang;) tapi mudah2an segalanya berjalan lancar.Tapi jangan salah sangka bukan aku nak bertunang keyh..(blushing) cuma sekrang cakap pasal bertunang jer aku rasa n3 aku..
ngee* cuma sekadar kebetulan kawan2..

cuma sekarang teringin nak dapat hadiah cenggini:-
dah lame xdapat---> yeke??;)


n3 aku kali nie sekadar apa yang terlintas dan apa yang berlaku sekarang..tsk.tsk.masih xbesh on9 di pc yang kiut niey..nape?..prob yang xhabes2.huhu..alolor nnt merajuk pulak dia(PC)..cuma sekarang aku tak sabar tunggu countdown tue..;-B serius .

Sangat gembira di umah tapi aku sangat xsabar lagi hari itu..sambil menaip n3 sambil menyedut air kelapa muda shake..sluurrp..petang yang panas dan menyegarkan..^^ korang..aku bahagia cuma belum punya idea yang besh untuk dikongsi desini..nota buat tersayang--> sangat rindu si dear..psstt  tak sabar  nak jumpe;)

Salam manis bersulam senyuman yang berpanjangan..n3 nie sekadar mengupdate blog niey..nanti cite besh mesti aku kongsi kat sini punye..cuma dah ramai kawan yang dah kawen weh..huhu.Tapi aku masih punya impian dan sayap nie masih belum mahu terbang dari ketiak mak ayah..Sekian dari aku..slmat berblogging dan berblogwalking (",)

---;--'-{@
~Dawia HOneyputri~

Wednesday 19 May 2010

ღ..Cerita Kedai Kopi..ღ

petang yang indah alahamdulillah..moga kesejahteraan milik kita bersama..insyaALLAH:)
aku merasai nikmat itu dan aku bahagia..sekarang 19 mei 2010..dan aku sedang menghitung hari yang special itu;)..

Hari apa??..tungguuu^^..
wawa kamain susah nak update blog sebab pc nieh slow..tapi tersangat besh mengetuk keyboard pc nieh berbanding lappy biru aku..ngee* jangan majuk taw lappy..

sebenarnya n3 kali nie nak cakap pasal bulan Mei yang banyak hari bersejarahnya..
Bulan Mei da Hari Ibu,,ada Hari Belia,,ada Hari Guru..ada jugak Hari besday..Sambutan perayaan dan banyak lagi..erkk asal aku cakap pasal niey semua..sebab bulan Mei jugak aku "bertunang"..so sweettts !~ mengenang bulan 5 adalah paling bermakna buat aku..(sambil senyum lebar dengan hati berbunge-bunge)..wink*

Aku tak nak bercakap banyak sebab masih banyak yang aku nak fikir untuk itu dan ini tapi aku bersyukur kerna punya rasa yang hanya aku yang merasai...eh sebenarnya aku nak update sekejap je sebab nak balik kampung sebelah mak sebab dah lama xbalik..katanya ada yang special di kampung..tunggu apa itu yea (:

Korang..nak taw aku rasa rendah diri..tsk tsk..eh kjap2  sal dgn diri aku nieh.Asal kejap heppi kejap down..sebabnya banyak yang berlaku tapi..bila aku fikirkan aku masih banyak lagi kekurangannya =.=

N3 nie sekadar aku meluahkan apa yang aku rasa..xde niat hendak buat korang semua celaru sebab aku sendiri fening dengan pc yang erkk..aku je yang tau..(agak xpuas hati desiti k) Apepun aku harap korang terus brblogging sebab aku minat membaca dengan apa yang korang taip dan kongsi..
setiap orang punya minat dan fikiran yang berbeza..tapi yang paling best..otak manusia mmg kreatif..walla!~
Love Myspace Comments



Sangat suka berblog sampai xde isu masih mahu taip n3..huhu:( maafkan daku..
status ingin pulang ke kampung cari pengalamn dan cerita menarik sensasi dari kedai kopi..ngee*
korang...rasanya desini saje n3 aku..mmg aku pun mengerti kalau korang tak faham O.o.
Tapi blog ini punya persaan kalau aku tidak pedulikan dia time aku cuti cenggini..


KOrang..aku nak gerak bersiap dulu sebelum mak marah..psstt mak marah cmil kan?:) tapi tak sangggup buat mak kecik hati..Jadi..tunggu daku dengan cerita yang panas dari kedai kopi keyh..!
Selamat berblogging rakan blogger..moga sentiasa ceria walau bebola api perasaan sering melanda..berblogging untuk diri sendiri..kerna kau merasai kepuasan itu;)


salam manisS,,
---;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

Tuesday 18 May 2010

ღ..Majlis Bertunang..Akukah??..ღ

Salam buat blogger yang cumil kiut miut:)
dah lame aku xon9 rasanya walaupun baru sehari..terasa bahagia sekarang berada disamping keluarga tersayang..biasanya Sabtu dan Ahad aku xde umah sebab ada je aktiviti² yang membizikan dan besh..macam semalam aku pergi meminang..ahaks! macam pelik je kan?..bukan aku pergi meminang pakwe aku okey..tapi..

Meramaikan majlis ikut serta pergi meminang bagi pak ngah aku:) ayah aku tetiba jadi tekong terjun..upSs.spontan gitu! ayah mmg da bOom.Pertama kali tengok ayah bercakap wakil dari pihak lelaki..tue 2nd time aku tgk majlis pertunangan.Besh taw..macam² ada..terasa nervous tue bila bayangkan aku yang akan bertunang nanti..tapi bangganya Melayu banyak adat yang turun-temurun..bukan senang nak mendirikan masjid.fewhh:) keyh ka sini dah gambar curik² snap..wee* sila menjamu mata:-
hantaran sebelah pihak perempuan;)

hantaran sebelah pihak lelaki:)

snap snap pic;)
wawa ambik seri pengantin..hihi..saje je suka suka..

Tok Maliah aka nenek sebelah ayah dan adikku Nana ^^


sarang burung yang bertelur emass;)
aku paling suka yang ini ^^ cumil !!

lauk lunch lepas majlis sarung cincin semua..
walla! mmg sedap sangat²..nyummmm

Selepas tue bergambor ramai² buat kenangan..
gambar sarung cincin?ada..tapi haha kemalasan sudaa
dan...
taRaa!
*
*
*
*
*

Selamat bertunang buat mempelai berdua..moga selamat kekal ke jinjang pelamin..amin:) nie gamba pak ngah aku yang jugak sepupu ayahku..jadi dua hari lepas bersempena Hari Guru aku pergi meneman bertunang..bukan ak yang bertunang keyh.hehe..
lepas je semua selesai rasa cam nak rasa hari pertunangan sendiri erkk..ngee* gurau jer..

Tapi satu jer..nak on9 kat pc umah nie hoho amat ler susahnya nak habaq mai..
lembab almaklum pc turun temurun..bukan tenet yang lembab..macam² kan..
so,,aku heppi hari tue dan pssst ambik masa yang lama nak kena post n3 nie :(
sebab:- ahaksz! sebab² tertentu..Apepun walau rasa dah terlambat nak wish selamat Hari Guru..
tapi aku nak ucap jugak..Selamat Hari Guru Buat sesiapa yang bergelar Cekgu
terutama mak tersayang;) walau lambat wish dalam blog kiut aku niey tapi aku dah wish kat cikgu² yang terlibat..hihi..sekian,,slmat berblogging kawan²..salam manis dariku,,

---;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

Saturday 15 May 2010

ღ..KeDah..i'm BaCk!!..ღ

Salam dan selamat pagi blogger serta follower blog kiut miut niey.Aku rini terasa sangat teruja dan gembira sebab  sekarang walaupun badan masih letih sebab perjalanan yang jauh dan angkat barang2 ke store semalam tapi sekarang dah rasa lega sebab semuanya dah selesai dengan jayanya..ahaksz! Mengon9kan diri dekat umah seusai sarapan dan cuci pinggan di umah..semata-mata untuk update blog..mmg besh..wink*

Semalam satu perjalanan yang menarik aku rasa sebab dah merasai naik 3 buah bas yang berbeza..melihat ragam manusia yang berbagai dan merasai bersendirian keseorang dalam segala-galanya..ngee* keyh nak cerita yang sedeh ckit yang heppi ckit untuk aku kongsi pengalaman menjadi perantau desa..hehe;) 1st time aku balik kampung naik bas ke Bukit Jalil sebab selalunya naik di Puduraya kan..tapi alhamdulillah semalam segala-galanya berjalan lancar.Aku bertolak dalam pukul 10.00 pagi..sampai pukul 12 lebih di kL.Kebetulan dah ada "shuttle bas" rapid kL yang menunggu disitu.Senanglah terus naik bas je Puduraya ke Bukit Jalil dengan hanya tambang Rm2.00.Bas tue pulak mmg khas untuk kesana..aku yang pertama kali naik bas rapid Kl dan pertama kali ke Bukit Jalil..rupenya tak sampai 20 minit.dah sampai ke Bukit Jalil perempatan sementara pembelian tiket dan penumpuan bas sebagai ganti Puduraya yang tengah renovate..

Tapi sebenarnyaaku bukan nak cerita pasal tue semua sebab sebelum niey aku dah penah cerita kan..(kalau xsalah ler);) tapi aku nak cite bila tibanya kau di Bukit Jalil..mmg ramai orang walaupun semalam hari Jumaat.Cuaca ok dan panass..sampai pukul 2 petang..dengan xmakan lagi mmg lapar teramat.Huh !!~ pasti cari kedai mkan.Tanya orang baru tau rupenya ke belakang ckit gerai2 makan tue dan serius banyak gerai cuma pilih je dan aku petang tue makan nasi ayam dengan air teh o ais sebagai lunch aku..keseorangan:( huhu*

Lepas je makan bayar Rm6..fewwhh mahal siot.Bagi aku ler tapi mungkin kL macam tue.Aku pendam dalam hati janji aku kenyang..dengan pengalaman pertama kali niey aku kena bertanya orang..dimana tandas??..dimana surau..lepas dah jumpa rupenya tandas bersebelahan dengan surau je:).. tapi yang niey best..kemudahan kat situ mmg cukup selesa.Surau di berpenghawa dingin..wee* apalagi lepas solat aku rehat2 katsitu je sementara menunnggu masa bertolak pukul 5 petang..

Time cari hal pun best jugak.Maklum la seorang kena independent aka berdikari kata org..dengan tak kenal kena banyak bertanya..cari bas mmg susah kalau tak bertanya.Itu yang terjadi pada aku..ahaks! Bas dah ada lama depan mata tapi dok mencari bagai tak jumpa..tapi lepas naik dibawa ke Hentian Duta dan katsana baru bas aku yang sebenar..;) dalam pukul 6 petang alhamdulillah aku bertolak untuk pulang ke Kedah darul aman..tersenyum dan persaan debaran untuk berjumpa keluarga tersayang terutama mak dan my lil bro..si Badrul Munir ^^

Sampai ke kampung halaman pukul 10.30 malam..tapi yang menarik perhatianku waktu sampai di stesyen bas..aku ternampak seorang pakcik dalam lingkungan 30-an turun dan terus seorang anaknya berumur dalam 4 ke 5 tahun berlari ke arah ayahnya..Si Ayah terus memeluk dan mencium anaknya bagai lama tak berjumpa..dan si isteri setia menunggu si suami lalu apabila si suami menyuakan tangannya dengan sopan si isteri menyalam kedua tangan suami tersayangnya..waa..cukup terharu aku masa tue tgk sebuah keluarga yang bahagia:)
dan selepas tue diorang terus gerak menaiki kereta myvi putih..desuni aku nak cerita apayang menarik perhatianku adalah sebuah ikatan kekeluargaan yang mat menyentuh hati..dalam hati terdetik mungkinkah aku seperti tue suatu hari nnt..(sambil tersenyum)..

Sesampai di umah yang pastinya kau bersalam semua orang dan mak orang pertama aku peluk..kemudia Si badrul yang terus terpa aku..nampak sangat kami lama tak jumpa..:) mak dah masak sedap2..perut pun lapa.Badan pun letih dan penat..makan dan bersihkan diri..aku dapatai hari semalam adalah hari yang indah untuk aku ingati..

Pssttt..banyak yang aku belajar semalam..banyak yang aku alami..banyak yang aku lihat--> aku bahagia kawan2.Serius aku bahagia..bahagia menikmati nikmat kurniaanNya:) syukur Ya Allah..syukran alhamdulillah ^^ dan sekarang aku akan menikmati cuti ini sepuasnya bersama keluarga tersayang dan si comey Badrul;) dia tersenyum lebar dapat hadiah istimewa dariku..dua buah jam tangan..kawan-kawan))))))) aku dah sampai umah..dan selamat bercOotie geng..

Buat reader sekalian..n3 kali niey sekadar cite pengalaman apa yang aku rasa..alhamdulillah itu yang dapat aku lafazkan.Aku syukur aku selamat sampai ke umah dengan selamatnya..dan aku mahu menghirup udara desa yang penuh ketenangan..wink* keyh desini dulu n3 ku..pada blogger semua selamat berblogging..senyum comei2..aku sedang menikmati apa yang aku rasa (:

Salam ManisS dariku,,
---;-'-{@
~Dawia Honeyputri~

Friday 14 May 2010

ღ..SeLamat Bercuti Balik Kampung..Yeay!..ღ


Salam dan selamat pagi semua blogger kiut dan macho..syukur alhamdulillah pada yang Maha Esa,hari nie 14hb Mei 2010 bersamaan hari Jumaat yang mulia niey..aku dah mula start bercootie..sebabnya last paper Akaun semalam..yeay!!..
Aku sangat2 gembira sebab akhirnya masa untuk pulang ke kampung aka umah tercinta datang jua.Pagi nie banyak yang perlu settlekan...Malam tadi pun tido lewat sembang ngan rumet,kemas barang,balut hadiah sambil on9..lewat pukul 3 pagi baru lelap mata..huhu sebab tue pagi2 lagi dah bangun takut terlambat pulak nnt..hee* xkesah ngantuk nie dalam bas nanti leyh tido puas2..ahakz!~

Dikesempatan n3 pendek nie nak update sebelum bertolak..aku nak wish kat membe clasmate,ousmate..rumet dan membe sekampus..Selamat Bercutie semua !!! dan bagi yang masih ada exam..teruskan berusaha dan berusaha  keyh;) waa..banyak lagi barang yang xsettle,belum iron baju dan aku perlu siapkan cepat.Dan lepas tue leh jumpa balik umah dengan hati yang tenang dan semangat..teruja nak alaik kampung rinie..pastinya rindu yang sangat2 nie pada keluarga hanya tuhan yang tau..hikhik*

Dunia kampus..tinggal sebentar selama sebulan.Sangat suke3!! ^^ dan dunia keluarga tersayang..i'm backkk..!;) nak cuti nak hilangkan segala duka desini..erkk ada luka ke?..tak cuma xmau ingat perkara xbesh dan nak lalu duni yang penuh kecerian dan indah nie dengan rasa yang bebas dan menikmati..

Rinie n3 pendek sebab nak kejar masa,,nnt apa2 aku on9 kat umah je..dan mesti sonok berebut2 pc ikut turn kami 4 beradik untuk surf internet..haha:) lawak kan?..boleh macam tue..nasib 4 beradik je..kalau 10..bayangkan lah..tapi itu yang bestnya..wee..rindunye!!..tapi orang kampung..anaknda perantauan nak balikkk..!! wink* sempat lagi tue..kan3..(n__n) 

Girls Myspace Comments
Disebabkan Puduraya tengah renovate..kena la pegi Bukit Jalil..mmg satu perjalanan yang jauh aku akan lalui sehari nie..hari baru bermula cik Dawia..insyaALLAH kalau xde aral melintang..pukul 11 malam aku sampai ke stesyen bas tempat jatuh main aku membesar..Kedah Darul Aman..! peaCee! ^^


Doakan kesejahteraan dan keselamatan aku ek..moga aku selamat berolak dan selamat sampai ke rumah dan berjumpa keluarga tersayang..amin* korang..aku sangat heppi rinie..nak senyum je.Nak yang pasti perlu "Qada" tido untuk malam tadi dalam bas..pasti!! lalalalalala~


Eh xpe la..jam cepat berdetik.Masa cepat berlalu..banyak lagi keje xsettle lagi.Nak mintak diri dulu..ececehh.Hehe..moga korang hepi2 selalu..dan mendapat keberkatan dari hari penghulu segala hari niey dari Sang Pencipta yang Maha kuasa..amin* Akhir kata salam manis..selamat berblogging dan berblogwalking rakan bloggerku sekalian baik tua atau muda..yippy!

Girls Myspace Comments
psstt--balik dengan mr.chito lovitO;)

SelaMat BerCuti Cik Empunya Blog^^

Menuju ke home sweet home! ngee*
---;-'-{@
~Dawia Honeyputri~

Thursday 13 May 2010

ღ..DiLamar teMan Lama..ღ

Selamat pagi uols pembaca dan blogger tegar di alam maya niey..pagi niey nak kongsi cite walau malam tadi aku sangat moody atas kes2 yang malas aku nak fikirkan..maklum ler ousmet yang gila berkira kan..macam tue ler.buli jer kejenya..huh! malas nak cakap lagi pasal tue nanti tak pasal-pasal aku mengata orang di pagi yang ceria niey kan..

Ikut tajuk n3 aku kat atas tue mesti korang cam terkejutkan? ahaksz! takkan aku nak curang dgn si dear kot.xde la.thats not me keyh cuma sekarang mood aku dah okey sebabnya malam tadi ada orang buat aku terharu;) bukan si dear ek tapi membe lama aku yang aku agak rapat sebab kiteorg kawan dah lama sejak zaman sekoah rendah lagi..hihi.lamakan?? dan disebabkan dia ada buat aku marah dan kecik hati atas sebab2 tertentu.

Berulang2 dia tanya aku kot2 aku terasa ngan dia ke? siap hantar mesej ngan miskol lagi.Dan,.sebab tue mlm tadi kat buku wajah--->aku buat permintaan..dia terus buat..hahaha:p (gelak besar) dan sekurang2nya dia dah mintak maaf jugak..nak tau camana?..wink*

permintaan aku yang tertunai;)
 dia siap post status dia kat buku wajah dia..walau sebenarnya aku suruh post kat wall aku jer..tapi disebabkan dia dah post kat situ dengan ayat yang paling manisS...

"shabat ku,dri ku sudh melakukn kesilpn,wlaupn bgitu kau hrus thu shabat ibart air yg dicincng tp xakn putus,bagai aur dng tebing,sggup kuredh lautn api untuk memohon kemaafan dri mu,maafkn daku wahai shbtku:kutujukn untk Dawia ARawiexie"

 cumilkan ayat2 tue;) 

MySpace
Dan ada seorang membe dia menyampuk supaya aku pending dulu maaf buat dia dan surun men bagi hadiah baru maafkan..haha lawak la si Fakhri tue..geli hati aku dibuatnya..yang tak boleh tahan..boleh pulak men cakap "nak redah lautan api untuk memohon maaf darimu"..macam ayat jiwang kan3?..

Tapi itu la men.Sanggup mintak maaf cenggitu..rasa macam nak dilamar gitu..hahaha;) geli hatiku sebab caranya tue kan..walla la men!! terima kasih atas segala2nya..diriku sudah memaafkanmu walaupun si Fakhri membe si men suruh aku mintak hadiah dulu baru maafkan..ada gado2 ckit..gurau2 manja..akhirnya aku kata bukan hadiah yang kuingin tapi kemaafan itu  yang penting..^^ kan3.itu baru betul..
Mmg geli  hati betoi malam tadi tengok diorang dok sakat menyakat..ahaks! nasib si dear aku xon9..kalau tak cemburu buta la dear..hikhik (senyum sambil dok bayang wajah si dear yang ketat tue)..Jangan marah ye dear..itu hanya kawan lama yang mintak maaaf pada kawan dia..wink* terima kasih men !!~
amat terharu amat hargai..apapun ayat tue dah mmg maniSs bagi lagi semacho ang..aww kalau dia tau mesti kembang nih..hihi;) jangan mara yea..

nie la dia membe zaman sekolah aku yang rapat
mista Syamil Azuan Zainal Abidin.
status dia xdiketahui..al maklum ler lelaki katakan..


Men panggilan dia aku panggil dari singkatan syamil..dah lekat nama tue nak wat camana sebab aku pun xtau asal camna dapat nama tue tapi dia mmg baik dan sporting habes.Paling penting pandai jaga hati kawan..itu beshnya jadi kawan dia.Terima Kasih mennn...!!~ 
MySpace 
eh2 bercerita panjang katsini nak sambung studi nieh takut tak sempat pulak..rini paper last.Memang tak sabar nak habeskan.yeay!! bersemangat berkobar-kobar sebab kalau xde aral esok aku nak boleh balik umah nun di utara..rindu famili rindu mak rindu ayah rindu si dear..upss! hehe..Jom nak sambung studi akaun untuk paper rinie..doakan kejayaanku.aMin* aJa aJa fighting! berjuang sehingga habes..yeay!! Selamat berjaya untukku habiskan misi nie..mudaha2an dengan berkat yang Maha Esa..^^ salam manis dariku buat semua blogger..selamat berblogging!!..pssstt tak penah lagi cite pasal si dear dalam n3..belum masanya..tungguuuu!!!
MySpace
---;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

Wednesday 12 May 2010

ღ..Selamat Hari Jururawat ManeSsKu..ღ

Walau dah lambat..walau hari dah makin tua..tapi aku tetap nak wish kat manessku sorang nieh.Selamat hari Jururawat sahabat baikku yang cantik menawan..!! maaafkan honey sebab terlupa wish sehari niey kat sweetie sebab cbuk dengan final exam..alolor aku yang boleh teringat rini Hari Jururawat bila dapat mesej dari sweety aku sorang niey..pendek je ayatnya..

"Salam..tacing dengan honey!"..uik mau aku tak terkejut asal xmemasal je member baik nieh tacing tetiba kan..terus aku call dia.Dan apa lagi mau pujuk ler.Kiteorang kalau ada yang tak hingat tarikh penting cam bufday ke atau ape2 je yang penting.pendek kata yang berkaitan mesti akan buat ayat munjung macam tue..haha;p lawak kan..dan secara life dalam call aku wish kat dia..kalau tak maw muncung 3 hari 3 malam..ngee*aku kenal sangat membe baik aku sorang nie..manje2 gitu;)

Dan ini ler membe cun yang aku maksudkan..Sekarang dia dah berkerjaya mulia sebagai misi aka jururawat (; nama diberi Noor Fatimah..sudah berpunya..ahaksz! kiteorg kawan sejak form 1 sampai sekarang.Berkawan rapat sejak sama2 dok asarama..makan sepinggan..tido sebantal..haha.kan sweety kan3?..rindu sangat2 kat tmah..! nama manje dia aku panggil..sama2 studi satu sekolah dan dia dah jadi nurse sejak setahun yang lepas.

Kalau tak salah mengira tambah darab tolak bahagi.Ini kali kedua dalam tahun pertamanya sambut Hari Jururawat..Jadi dia heppi sangat rini..katanya tahun nie tak sambut sebab jatuh tarikh yang sama diorang semua misi2 pelatih exam..besh kan keje sebagai misi..pakai baju seragam putih2 suci gitu!
cemburu positif  aku tengok membe dah bekerjaya.Ditekankan positif (+ve) disitu.hikhik;) Aku penah dapat peluang tapi belum ada rezeki kata orang..mungkin lambat atau cepat semua tue kuasa tuhan.kalau xde rezeki pun aku rasa aku tumpang hepi dengan si sweety tmah dah tercapai impian bergelar jururawat yang comei untuk rawat semua pesakitnya..^^ Tahniah tmah sayang.




Selamat Hari Jururawat Si Sweety Timah ^^ 

Jugak buat misi2 sedunia tidak kira apa jawatan..moga terus sukses membantu doktor merawat pesakit..dan erkk hadoi lupe pulak apa ye tmah cakap slogan nursing diorang..tapi abaikan ler..hihi.Jangan marah ea..
moga ceria merawat pesakit..ngee* aJa aja!!


--;--;-{@
~Dawia Honeyputri~

ღ..Sararisa-Craft Giveaway Kembali..ღ

Selamat pagi uols.Moga sihat-sihat hendakNya..mudah-mudahan.Salam ceria pembuka bicara..aku masih rasa nantok penangan ubat batuk Cap Kapal Laut Afrika dan ubat-ubat yang lain..huhu* tapi alhamdulillah makin sihat dah nieh.Maaf la uols kalau sape sape yang dok baca n3 aku yang lepas-lepas cakap pasal sakit je kan..tapi rini biarlah tak payah cerita dah..mesti boring kan..


Puan penganjur blog nk buat giveaway ni sempena bufday beliau yang akan tiba tak lama lagi...so harap kepada uols sudi menyertai dan memeriahkan lg giveaway ini!!! doakan juga kesejahteraan puan empunya blog!!.amin* aku join..lalala~

Antara syarat2 untuk sertai ialah:-

~ Add blog sararisa-craft ke dlm blog list anda dan jadilah follower..siap!
~ Copy gambar diatas,buat entri khas dan letak link blog sararisa-craft..siap!
~ Tinggalkan link anda dan jejak anda di ruangan komen entry ini sahaja.siap!
~ Tarikh tutup contest ini ialah 18 MAY 2010 pada pukul 8mlm..sempat lagi! ^^

Lame dah xjoin giveaway..so n3 kali niey nampak meriah ckit kan3?:) baru la xde sedeh sedeh gitu..auww! upss nape dengan aku nieh..saje je nak mencumil desini..walla! hope boleh menang----> amin*Petang niey paper bis.statistik..
nak kena study dulu..Doakan kejayaanku (:


Salam Manis dan senyum selaloo,,
---;--{@
~Dawia Honeyputri~

Tuesday 11 May 2010

ღ..4 Hari 3 Malam..ღ

Salam buat sahabat semua..Syukur alhamdulillah aku masih bernafas hari niey untuk melihat alam fana dan maya yang penuh warna warni..walla! sekarang suaraku yang serak-serk basah rock kata si dear..sebab batuk dan effect demam selsema yang Sabtu lepas..agak perit bila nak bercakap sebab tekak sakit..
mudah2an cepat sembuh* lagi 2 hari aku nak balik umah rasa besh sangat! teruja weh sebab dah 4 bulan xbalik umah..huaa!!..Bak kata orang lain mmg ler boleh tahan tapi ank ngan mak baik2 aku anak sulong mana tak teringat keluarga yang nun jauh di utara..habes je exam terus aku nak balik umah..nekad! xakan beralih arah dan toleh ke belakang..(apahal pulak aku cakap macam niey ek) dah macam xnak balik U dah..orait mmg pun..tunggu sebulan lebeh aku bercOotie..baru rindu kampus nie kot..(yeke?) iyekan jer...

Keyh berbalik pada tajuk n3 korang penah jadi ulser mulut x??4 hari 3 malam aku xsihat:(..Jadi kena satu lagi penyakit erkk mesti korang penah kena jugak kan3.. ulser kalau bahasa kampungnya "telaga buruk" dalam mulut..
dan kalau mak aku cakap "biji cabai" sebab saiznya walaupun kadang2 ulser tue besar dari biji cili..aku kalau tumbuhnya ulser di mulut pasti lepas tergigit samada di bibir ataupun lidah atau isi pipi dalam mulut..erkk..mmg saket..mende tue jadi mungkin aku tengah bercakap ataupun tengah makan..pastu kalau dah tau tergigit dan sakit yang amat sampai keluar air mata cam seolah2 orang lain yang gigit !! upss jangan fikir bukan2 ek.padahal aku yang TERgigit sendiri..tunggu je sehari dua..maka tumbuh la ulser di bahagian yang aku TERgigit tadi.huhu*

Memang suratan Ilahi aku akan dapat ulser mulut lepas tergigit bahagian dalam mulut..sebab tue kalau aku tergigit jer.."bukan sebab orang mengumpat ke hape ek.." tapi sendiri2 jer..aku dah tau mesti aku nak kena ulser mulut,,!!anda xpecaya..sila pecaya!! macam dah paksa orang jer kan3..xde cuma nak kongsi je apa yang aku rasa dalam blog niey..sekarang aku ada ulsel comei kat mulut dan ia belum besar lagi sebab semlam dah tergigit bibir bawah..Jadu hari niey ada la ulser tue tumbuh..orang cakapa badan panas baru ulser niey tumbuh kan..mungkin jugak kot sebab bile demam je pasti ada ulser..kadang2 sampai 3,4 tumbuh dalam mulut..gusi pun ada taw..seksa! tambah2 kalau nak makan makanan pedas2 langsung tak boleh..sebab kalau terkena ulser tue boleh menjerit..perangai aku yang xleh elak kalau kena ulser mulut mesti je nak selalu tunjuk kat orang..selalunya kat umah mak nagn adek2 ku ler..dan sesiapa kat umah yang ada ulser mulut mesti tunjuk berulang2 kali..kadang2 mende tak perasan dah tunjuk.Kononnya nak gitau seksa sakit yang dirasai..ngaaa..hahahaa:p lawak pulak bile fikir..;)

Get Well Myspace Comments
Tutup pasal cite ulser..nak kongsi pasal mimpi?..kadang2 aku nak sangat tau maksud tersirat yang ada dalaam mimpi yang kata orng tua2 adalah mainan tido..buaian indah di waktu malam..tapi bagi aku pulak rasa cam makna tersirat yang disampaikan dalam mimpi..sebut pasal mimpin ada besh ada yang serammm..huu.Tapi aku nak sangat kalau ada org leh translate makna yang kita mimpikan tue..tapi aku kadang2 pecaya jugak mimpi yang aku dapat.Kata orang kalau yang kita ingat itu xmenjadi kenyataan tapi kalau mimpi yang kita tak ingat itu akan jadi betul..ye ke tak.Wallahualam~




Maaf ler dah campur aduk aku cite sekarang niey kejap ulser kejap mimpi..tapi ada la sebabnya aku letak dalam blog niey kan,Dah tentu2 kisahku..haha.Tapi serius blog dapat kita luah apa yang kita rasa..apa yang berlaku..tapi mmg aku xangkap blog adalah diari on9..sebab kalau korang tau pun diarai adalah rahsia.Melainkan di privasikan blog yang tue boleh cakap diari on9..upss! aku tak bermaksud nak tuju pada sesiapa cuma sekadar apa yang terlintas dalam fikiran..sekarang dengan suara rock niey nak bercakap sangat tak boleh..Jadi menaip je dapat luah..miahaha..upss! blushing* (knapa tetiba..xsopan dow gelap macam tue).


Nota buat tersayang---> Si dear tak jadi g Tioman weekend niey..alih2 ayah call aku kejap tadi tanya aku coOtie sampai bila..rupenya ada plan nak g jalan2..ke mana?..tungggguuu!!!..Clue:tempat mewah katanya !! hahaha;) upss..ulser cumil menyengat sambit terbatuk2..lalalala~ keyh nak g cari dinner dulu..petang tadi tgk slot Akasia Adamaya..besh!! adict sudah.kelakar satu scene yang xmenjadi aku tgk tadi..sampai sekarang geli hati.Weewitt..aku akhiri n3 kali niey dengan salam manis  buat reader yang berkunjung serta follower yang setia..selamat berblogging! ^^
---;--'-{@
~Dawia Honeyputri~
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi