Tuesday 31 August 2010

. Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 =).

Assalamualaikum dan Salam buat semua bl0gger sekalian negeri ^^
hari nih dah tanggal 31 0g0s bersamaan 21 Ramadhan..cepat masa berlalu kan..
bila semua orang meriah disana sini dengan bangganya melaungkan kalimah keramat Malaysia terCinta.. merdeka! , Merdeka!, Merdeka!..aku turut nak hapdate bl0g pasal Hari kemerdekaan kita yang julung kalinya Kali yang ke-53 sudah..
Alhamdulillah, hari ni bangun dengan satu perasaan bersyukur dan bangga sebab bumi bertuah Malaysia masih lagi aman damai permai tanpa persengkataan kaum dan lain. walaupun masalah tetap ada, tapi pagi nih aku masih b0leh jalani hidup dengan aktiviti harian aku dengan tenang..menghirup udara malaysia tercinta dengan rasa teruja dan nikmat (:

Malam tadi, aku desini di bilik hanya sambut Merdeka seadanya bersama teman-teman FB dan bl0g dengan berk0men dan sampaikan ucapan salam kemerdekaan. Rasa aku  seperti begitu menyayangi Bumi Malaysia yang bertuah. Dan dalam masa yang saama, teringat pejuang-pejuang tanah air yang bermatian-matiaan untuk mempertahankan negara yercinta dari penjajah. Sedih..tambah-tambah bila tgk cerita sarjan hassan dan cerita patriotik yang menyentuh hati.. Betapa besarnya semangat pejuang untuk mengecapi keamanan yang kita hayati sekarang. Jadi, aku sebagai ganerasi bertuah, bangga menjadi anak Malaysia!..(laungkan) dengan perasaan berkobar-kobar dan semangat.
;
tema kemedekaan: 1 Malaysia Menjana Transformasi :)

Pewaris masa depan
1 Malaysia..damai dan makmur (:
Seperti biasa bunga-bunga api yang mewarnai malam merdeka dapat jugak aku rasa di Unisel malam tadi walaupun sekejap.Tapi bila sms mak dengan ucapan salam kemerdekaan. Mak cakap dalam tv tak sambut sebab bulan puasa. Syukurnya, takde lagi pesta anak muda mudi yang berpelesaran..sempena nak sambut Merdeka. Kadang-kadang itu lebih baik sebab sambutan Merdeka bukannya perlu pada sambutan tapi semangat yang penting ! =D

Pagi tadi,,si dear kejutkan sahur..dan dear wish merdeka. Sempat jugak waktu pagi tadi dear cerita sambutan di Bukit Jalil dengan kelainan yang best. Sebaab tanpa kereta berhias..cuma menggunakan lampu-lampu yang kaler warna warni dan cantik. Waa,,seronok jugak aku dengar. Mesti sangat unik !Ok la..sambut Merdeka dalam bulan puasa (: tetap sambut tapi bersederhana..sokong2x !
 
Selamat hari Kemerdekaan yang ke-53 warga Malaysia sekalian :)
Heppi Bercuti jugak buat semua sempena hari bersejarah hari ni..1 Malaysia menjana transformasi yang gemilang..mudah-mudahan. Nota cinta--> Si dear dah masyuk gaji tadi tapi tak da b0nus. Kesian incik BF aku. Sekarang dear tgh sopink2 dengn famili tersayangnya..aku desini berangan-angan sambil buat asaimen..huhu. Takpelah 3 hari lagi disini kemudian ch0w ! ngee =D Salam ceria buat semua. senyum selalu~
---;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Monday 30 August 2010

.Myvi PINK Limited Edition.

Salam dan selamat malam semua (:
hari nih hari yang besh buat aku..sedar tak sedar hari nih dah 30hb 0gos 2010 Masihi bersamaan 20 Ramadhan 1431 Hijrah. Dan hari nih aku ada kelas, walaupun esok kita akan sama-sama bercuti sempena hari bersejarah buat kita yakni Hari kemerdekaan..kemegahan warga berdaulat :D sebut pasal tajuk n3 mmg seolah-olah kereta itu macam milik aku tapi,,sila baca entri nih sampai tamat okieh ;)

Sehari nih, pagi cuaca amat baik,, aku dengan semangat waja memakai baju kaler merah ang ang..semanagt dan berani hari ni. kata orang baju yang kita pakai melambangkan m0od seseorang. tapi aku pakai baju merah bukan bermakna aku garang hari ni ye. Cuma aku tak sangka, benda yang lama aku nantikan setelah hari tu last usha masa balik PP (pusat pelajar) lewat tengahari yang satu.. tapi tak sempat snap-snap pic..
Cuaca amat baik saat aku snap gambar nih pagi tadi..segar dari ladang. Ok sebelum tu, ni pic yang aku view dari tingkat tiga, pangsapuri umah hstel aku;) yang kaler kuning tu ok :'D Macam nih lah rupanya hostel aku yang gah di "Dunia Baru" aku desini :) rumah kuning 5 tingkat..yang yell0w mellow..hehe. Berbentuk pentagon menghadap bangunan antara satu sama lain. Ok cantik tak?..Sebenarnya sambil snap aku nak bercerita pasal cuaca.. aku suka cuaca hari ni yang nyaman ^^ tgk langit biru muda yang menawan dengan awan kolinombus yang memutih c0mel. Aku heppi .. semanagat ke kelas.

Dan masa pegi kelas, dan hari nih amat sunyi sangat, sebab ramai yang masih bercuti sempena nuzul Al-Quran dan Merdeka. Jadi, ramai yang tak datang. aku hari ni pun hanya dengan Fatin, member sebaya katanya.. dan sedang aku berjalan ke luar pagar, aku ternampak s0mething yng buat aku teruja tahap dewa..excited sangat-sangat ! nak tau apa?.. dan meh aku tunjuk pic nih ;)
myvi pink limited edition (:
my precious :'D
Walau tak termiliki dek badan sendiri..aku cukup heppi bila jumpa dan bergambar dengan kereta yang aku agak minat sebab tang "limited" tu..hahaha :) sengal tak? dan tak lupa pada kaler pink yang kiut miut..ngee..see ! sanggup bergambar dari jauh sebab bukan hak milik sendiri tapi nak jugak snap..malu tapi mahu gitchu..hehe.

Dan bila jalan-jalan balik kelas petang tadi pulak..jumpa lagi sebuah kereta myvi kaler PINK limited edition.. waa, bertuah aku,,dah lama tak jumpa kereta tu sejak hari tu,,sekali jumpa, dua buah sekali ;) hehe.. kereta tu baik punya park dekat-dekat pagar pangsapauri aku..jadi sebelum masuk, snap dulu untuk kepuasan diri..hehe.Tapi yang tak boleh tahan, di sebalik aku nak snap pic nih..ada seorang lelaki misteri yang dok pandang-pandang di sebalik tiang..malu den sebab mana tahu kot-kot tu tuan empunya kereta kan. Kalau tak nak lagi aku p0se kat situ..tapi disebakan dia dok pandang lain macam..haru pulakk. Jadi aku ngan Fatin just snap dari jauh..
Kereta kedua myvi PINK yang aku jumpa hari nih =D
Walaweh, aku dah cukup heppi super duper dengan perjumpaan aku dengan keretalimited nih.. Jarang jumpa tuuuu (sila muncungkan mulut anda)..dan aku puas hati walau bukan hak milik sendiri.. Jai lepas nih aku dah tak payah kempunan untuk bergambar dan melihat kereta PINK tu dengan mata kepala aku sendiri..hooyeh:'D dan petang tadi..aku majuk ckit dengan si dear yang bad m0od dengan aku.. dan bila aku pulak tarik merajuk 10 kali mintak maaf..yeah~ tau pun :P


Nak bila petang tu kami bercakap melalui telef0n..masing-masing nak makan samosa..dan bila aku pegi bazaar tadi, aku terus beli bila nampak samosa yang 3 segi tu. Dan rupanya si dear pun berbuka ngan sam0sa jugak hari nih. Aku beli RM2 dapat 4 ketul..dan si dear beli RM5 dapat 15 ketul.. tak haci kan. mahal sangat kuih zaman sekarang.. o.O tapi xpe lah sekali sekala. Bila berbuka tadi..maka, masuklah hari baru dalam kalendar Islam. Dalam cepat masa berlalu.. tinggal 10 malam terakhir cuma..dan hari nih dan malam nih rakyat Malaysia akn sambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53.. dan aku bila korang tanya sambut dimana?.. disini jawapan ku (,")
~Salam Ceria Dari Cik empunya bl0g ~
Dalam bilik h0stel nih..di atas katil ini seorang diri dan warga Unisel  yang ada setia desini .. Walau aku desini tapi hati aku hepi. Hepi dengan pengalamn dan suasana hari nih..kalau k0rang semua nak tahu..aku merasai nikmat malam puasa di bulan Ramadhan hari ni ;) sebab si dear dan aku..berharap doa kami dimakbulkan dan doa kalian semua jugak. Sebab taqwa bagi seorang muslim adalah melalu ibadahnya..


0kieh, malam yang sedang dihujani dan dibasahi siraman hujan rahmat tuhan sekarang nih tika aku menaip n3 ni..dear, incik BF dah lama di kamar tido sebab tadi dear ngadu tak sihat. Harap cepat sembuh dear..malam nih malam merdeka.. perasaan becampur baur -____- tapi aku tak patut begini sebab hari nih hari ceria seindah alam buana! PINK is my l0ve now..ahaks;) selamat dan BW selalu..
--;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Sunday 29 August 2010

.Candid Camera Contest.

Salam dan selamat malam buat bl0gger sekalian buana ;)
malam nih nak ambik kesempatan ambik tag dari kak eriani yang mengajak aku join candid camera contest. Contest nih dianjurkan oleh empunya blogkelik disini.
So, disebabkan aku berminat untuk join secara senang hati masuk join contest nih..hehe

Sebab contest yang dianjur amatlah mudah, maka dengan syaratnya yang mudah..aku sahut cabaran tu..ecece.  Aku suka gambar..jadik tak salah kalau join nih sebagaai meriahkaan suasana. Lagipun dah lama tak masuk contest setelah sekian lama..men tgk bannner dan syarat-syarat untuk join contest yang enjoy nih. Sangat mudah ^____^
 
Syarat-syaratnya :-

Terbuka kepada semua bloggers...
Wajib folo blog aku....nnt korang gak senang dapat info Contest ni...
Upload gambar candid yang korang rase paling menarik...Xkesahlah gambar korang sendiri ke, family ke, GF/BF ke, kawan2 ke, janji Candid, 1 gambar sahaja.
Letak Banner Contest ni kat slidebar blog korang..
Tag 5 orang kawan korang.. biar meriah sikit....
Jangan lupa tinggalkan link korang kat comment post..

Tarikh Tutup :
-29 September 2010-
Dan gambar candid yang aku pilih adalah...
taraa!!
Serba sikit pasal gambar nih..ok, gambar ni disnap oleh seorang lelaki yang bertakhta dihatiku satu-satunya yakni my dear kanda (: gambar ni diambil curi-curi time aku sedap-sedap menikmati kelazatan ais krim strawberi,coklat, vanila time kami dating suatu hari tu ;) tgk aksi gambar aku yang tak bersedia tu..huhu. Rasa macam seksa je nak makan ais krim tu kan..nak nak dengan dahi dan kening berkerut bagai..haha. Aku ketawa besar tgk gambar nih.. malu ok :-$ Ak nak je buang gambar nih..tapi si dear tak bagi sebab dia kata comel tgk gambar nih.. jadi nak tak nak..simpan ajelah =D
Ok sekarang kena tag pada lima orang blogger yang lain pulak;) siapa ye? 0.o
tengoklah di cb0x dan shoutmix anda ..hehe (memang malas betul nak pilih dan taip di sini aku nih -____-  

Tadi berbuka makan nasi tomato..nyum nyum. Pastu bedal laksa semangkuk pulak..kerana teringin..hikhik. Malam nih amat dingin sebab petang tadi hujan. Psst si dear dah di alam mimpi bersama bantal dan selimutnya sebab keletihan..dan aku, akan sentiasa BW dikala free. Ok, selamat buat semua. ceria selalu. aku harap aku menang..tapi tak menang pun ok jugak sebab aku enjoy join contest ni (,")
---;----'-{@
~Dawia Honeyputri~

.Lima Kazen Di Perantauan :).

Salam dan selamat petang rakan-rakan alam maya blog ku ini :)
Hari cepat berlalu..masa pantas berdetik..hari nih dah genap 19 hari kita berpuasa..yakni hari ahad last jugak aku kat hostel sebelum cuti raya..hee=D tu yang pagi ni senyum lebar-lebar je.. Sebab suasana nak dengan family tu dah makin kuat rasanya. malam tadi mak sms aku cakap yang semalam mak, ayah dan adik-adik hero aku pegi berbuka kat umah tok sebelah ayah.. waa, bestnya! tapi..dalam sms mak cakap kurang 5 orang..siapa lagi kalau bukan 3 teruna 2 dara. ecece;) 


Sebenarnya yang 5 orang tak da tu kami 5 orang sepupu yang dok belajar di U masing-masing. Tapi yang pasti kami 5 orang tak sama U. tak kira la IPTA ke IPTS..tapi tetap tak sama..kebetulan katanya. Maklumlah cuti belum tiba..dan kebanyaakkan kami sepupu sepapat 5 orang dok merantau kat KL..cuma sorang ja kat Lumut.
we are cousins (",)
Meh aku perkenalkan dari kanan, Aiman..status amatlah rumit katanya. Studi kat Mimet UniKL, lumut dalam kos Marine enginering. Sebelah Aiman, adiknya Azuan yang sekarang dah punya kapel walaupun dia agak pendiam, haha :P sekarang studi dekat UKM dalam foundation Science..Ok, yang tengah-tengah tu namanya Harris. Status dalam perhubungan. hehe.. Sekarang studi dekat UniRazak dalam kos "biarlah rahsia" katanya ;) sebenarnya aku tau cuma kena hormat privasi kazen..


Masuk pulak cerita paSal yang berbaju pink tu..tak kenal tak tau lah. Cik empunya blog, yang berstatus, anda sendiri pun tau. Mula suka akan pink kaler..extra mklumat tu..hehe:D sekarang studi dekat Unisel dalam kos BisnesS. Dan yang terakhir, adik aku Nana yang searang masih single mingle katanya.. studi dekat UPM dalam kos Biologi. Ok tamat sudah sesi memperkenalkan 5 orang bersaudara. 3 teruna dua dara..ngee;) Ini semua kazen aku sebelah ayah. Jadi setiap raya baru lah boleh jumpa. Itu pun kalau balik kampung sama..heheh. Tapi pendek kata, jumpa la jugak kot mana pun :P


Selesai entri aku yang mulaa rindukan suasana berjumpa sepupu sepapat, sanak saudara dan adik beradik. Tak pa,  sabar dawia sabar.. sekejaap ja masa lagi..lepas tu, boleh heppi dan senyum pun sampai ke telinga dah.Sebab kalau bab mesra alam adalah keluarga sebelah ayah. Chops, lupa nak bagitau, umur kami lebih kurang sama kelima-lima orang. Cuma yang baju pink tu tua setahun dan baju belang-belang hitam tu tua dua tahun dari ketiga-tiga yang lain (yang tak disebut) ngaa..panjang lebaq aku cerita. Jenuh ligat nak pikiaq kan..hahaha:D


Ok la, nnt kalau rajin aku hapdate blog nih lagi..Salam Perantauan buat mak ayah (: Psst dengar-dengar adik aku yang bongsu bagitau yang umah kami dah cantik. Waa..ni yang makin tak sabar nak balik umah tgk nih..Mesti mak decorate dan renovate umah. Buat apa yang patut ;) hehe..Salam Hujung minggu semua..kliks ! 
---;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Saturday 28 August 2010

.Misi Berjaya ! .

Salam dan selamat petang buat blogger dan follower blog daku ni :)
aku hapdate blog baru je balik dari PP (Pusat Pelajar) pegi cucuk duet..ngee:D
biasa lah, dok jauh-jauh belanja pun kena jimat cermat. Pulus pun kena cocok kalau dah kering..huhu. Ok aku bukan lah nak cerita pegi ATM cucuk duit tapi nak bagitau U sangat sunyi hari nih sebab ramai ramai warga Unisel balik umah sebab Nuzul Al-Quran dan sambung cuti hujung minggu dan merdeka sekali nnt. Haa.. sekali nafas aku cakap.Panjang  jela kan..semata-mata nak bagitau yang banyak betoi cuti..
 
Nasib aku jauh dari umah je..kalau dah dekat, dah lama aku balik. Tekad! tapi xpe, tak balik pun tak pa lah sebab nak settlekan semua asaimen..buat test yang kan datang bertimpa-timpa nanti. Jadi, aku tak kesah sangat la.. (sedapkan hati je tu). Nanti aku aku qada seminggu cuti awai..haha. Baru puas berqhaya. hahahaha. Ketawa besar aku bila fikir boleh balas raya awal. Sedangkan tiket pun dah beli nia.. besh kuasa 9 la. Minggu depan je. Pejam celik pejam celik..dah sampai hari Jumaat. Dan apa lagi, tanpa berpaling ke belakang la aku time tu dengan menjinjing beg besau punya..hikhik:)
muka tembam sebelum puaSa c(=
 

Hari ni pun dah settlekan barangan elektrik punya caj yang dibawa kat hostel nih. Hempa semua jangan dok heran ok sebab U ni mmg caj duit satu barang satu hinggit. Barang yang aku g daftar tadi..lappy, charger henpon, dan seterika. Jadi, tadi aku bayar la RM3 pada Jana Niaga yang uruskan hostel nih. Tak pa la..untuk masa depan.. yela sangat.Huhu. Tapi hal tu dah settle tgahari tadi.. legaa :) dapat sticker dan tampal kat wall board..ahaks ! malaih nak tampal kat barang elektrik tu nnt dah ada kesan koyak sticker nnt tak comei..tambah-tambah kat laptop.. huu. Memang aku tak sanggup :'(

Ok lah, sekarang aku nak cakap misi aku berjaya siapkkan asaimen marketing 6 muka surat..hee=D bestnya..lalalalala;) legaaaaaaaaaaa..hahaha. hati sangat heppi ^^ lepas nih berbuka boleh lah minum ayaq yogurt Bliss keluaran Nestle yang dijamin Halal oleh Jakim gitchu. Haiz..dawia dawia..sampai bl0g pun terbawa-bawa promote produk marketing aku tadi. Asaimen punya angkara.. hehe (:
Ok, nak pegi solat dan nant nak pegi bazaar ..hidup mesti ceria asaimen dah siap. Walaweh ! Psstt nota cinta--> hari nih mood dear amat r0mantis..my dear, ilysm (:


Salam Ramadhan Al-Mubarak  hari ke-18 ^^
 ---;--'---{@
~Dawia Honeyputri~

Friday 27 August 2010

.Ceria Belajar Mende Baru=).

Salam blogger sekalian:)

Hari ni, ada sesetengah negeri bercuti sempena Nuzul Al-Quran..Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W..hari ni adalah hari penurunan mukjizat Nabi Akhir zaman ke pada khalifah Bumi Allah yang Maha luas..Alhamdulillah~ Maaf, andai aku tersilap info..harap ada yang sudi tegur..mudah-mudahan*

Pagi nih aku bangun awal jugak..walaupun lepas sahur dan solat subuh tadi sempat baring-baring dan tido. Bangun je,,satu yang terus terbit dalm kotak akalku..asaimen! Yup, asaimen marketing yang kena haantar hari Isnin depan, sehari sebelum hari merdeka. Sebenarnya, asamen aku dalam group. Jadi kitaorang dah agih-agih tugas. Jadi senang dah nak buat untuk 4 p's yakni (product,price,promotion and place). Aku pulak kenang tang product. Banyak info jugak la kalau pasal product. Mula-mula nak cakap, subjek marketing amat best dalam kos biSnes..hee=D sebab ia menarik dan perlukan kreativiti untuk promote barang yang kita hasilkan atau sebaliknya.
 
Okieh, sekarang aku taip entri bila aku dah puas atau pendek kata dah bosan dok menaip bagai..bukan tu je, gian nak hapdate pun membuak-buak nih..ngee;) Tapi aku nak kongsi la kan..best je bila keje yang rumit boleh jadi senang sesenang petikan jari ataupun nak memaakan kacang..ups! puasa ;).. Sebenarnya dalam asaimen yang melibatkan Bahas Inggeris..aku macam lemah sebab bahasa omputih aku tak power. Jadik untuk memudahkannya, hanya taip google translate..see! mudahkan:D

 hee;) best sangat ada google translate nih.


Mana taknya zaman IT la katakan..Kelik dan search, semua keje jadi mudah. Janji berusaha tu penting..Jadi kalau aku tak tau nak buat ayat dalam bahasa omputih. Dan asaimen pun nak kena buat secepat mungkin..aku guna lah kemudahan yang ada nih ;)
Bukan tu je..banyak bahasa boleh kita guna tau. Sangat senang..lalalalala:D
menyanyi nyanyi buat asaimen..huhu. Tak sempat punya sebab banyakkk!

Dan sebenarnya ni 1st time aku cuba-cuba print screen. Amat mudah sebenarnya ! aku bahagia sebab si dear yang ajar aku buat guna paint. Tapi dear bukan ajar face to face okieh..tapi melalui call je :D Dah lama nak try tapi  baru harini aku praktis ckit buat sebab  amat rajin nak belajar hari ni. Hikhik. Memang best. Aku teruja. Dan sebab keje jadi mudah. Hati pun ceria :D nak nak si dear cuti jugak hari nih.


Ok, aku nak sambung buat asaimen pasal produk yougurt Bliss keluaran Nestle..
 menarik bukan?:)
Ok nak siap cepat-cepat. Lepas tu nak edit..esok hantar terus untuk kemaskini..heheh.Bukan apa lepas tu blh la BW selalu time-time cuti macam ni..lalalala;)
Salam Ceria dan moga kita semua mendapat kerahmatan dari Allah S.W.T.. amin*

Ramadhan bulan Mulia (:
----;---'-{@
~Dawia Honeyputri~

Thursday 26 August 2010

.n0tebook 1 Malaysia.

Salam dan selamat petang (:
 
Hai warga blogger sekalian yang berkunjung ke bl0g ku ini..Ceria selalu keyh. Sebenarnya aku dah gian nak hapdate blog nih. Legaa..bila kelas terakhir minggu nih dah selesai dengan jayanya. Alhamdulillah..syukur padaNya dipermudahkan segala urusanku.tapi dalam kegembiraan aku dok heppi kelas dah tamat untuk cuti 5 hari tak de la heppi mana..sebab pertama, asaimen amat banyak..kira-kira 3 subjek tak sipa lagi. Kedua, dah ramai pulak budak-budak hostel dok packing barang. Jinjing beg bagai kiri kanan.. termasuk lah r0omateku, Ninie.. ouh amat jelous ok. Sayu je bila tgk aku kena stay U dalam hostel nih hanya dengan 2 orang yang setia tak balik. Tu pun sebab jauh.. Huhu :'(
 
Tak beshnya perasaan nih .Tapi aku mest gagahkan diri sebab minggu depan je lagi nak balik. Yeay !..jadi meh aku nak tukar topik supaya tak sedeh-sedeh lagi..aku nak cite pasal n0tebook 1 Malaysia..asal tetiba?..
meh tengok bawah ye kawan-kawan sekalian:)
noteb0ok 1 Malaysia (:

Hadiah kerajaan pada budak-budak sekola menengah tempat aku yakni daerah Kulim/Bandar Baharu pada yang pelajar yang terpilih. Tapi pali,adik aku yang ketiga sorang tu tak dapat..Huhu. Kesian dia, tapi dia kata dia tak terkilan sebab PC gedabak satu kat umah tu pun tak larat main internet kata dia.. Yela tu. Sedapkan hati la tu. Kazen-kazen aku yang sekolah menengah semua dapat. Cayalah! aku dulu tak dak pun macam ni bagai.. ni yang jel0us nih. Dapat brand notebook HP pulak tu.. Tahniah la kerajaan Malaysia..bagi berpuluh-puluh, ribu raban buah notebook pada pelajar menengah yang terpilih. Tabik springg ni;)
pandangan atas =)

suka tengok adk bongsu aku tu:'D 
yang dok menongkat lutut tu.Dia terer IT tau ;)

Aku curi-curi snap pic kazen-kazen aku yang kusyuk dok belek-belek, pegang-pegang notebook yang baru depa dapat. Kalau tak salah aku minggu lepas. Sebab time nih, aku balik kampung untuk berbuka puasa dengnan sedara terdekat sama-sama waktu sehari sebelum aku balik U.

Walaweh,bertuahnya budak-budak zaman sekarang. Harap penuhi manfaat yang ada dengan sebaik-baiknya..InsyaAllah:) kalau nak search tenet kena daftar..hehe:D
kenapa la masa aku dulu-dulu kat bangkusekolah tak dapat. Sampai berangan-angan tapi budak sekolah sekarang siap dibagi percuma lagi..Syukurnya! (:
 
Ok, entri nih bersambung lepas aku balik dari bazar Ramadhan..ngee :D Ok lah, nak pegi bersiap-siap nak berbuka. Nilai entri kali nih, hargailah apa yang anda miliki..dan bersyukurlah. Itu yang lebih penting ;) Buat si dear..selamat berbuka dan korang semua jugak. Moga ibadah kita diRahmati..amin* Pssst seronoknya kalau dapat berbuka kat umah. Sini sunyi ! TT___TT


--;---'--{@
~Dawia honetputri~

Wednesday 25 August 2010

.Teringat Susana Di Rumah Waktu Malam-Malam.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al-Mubarak buat saudara seislam denganku..yakni termasuklah blogger, reader dan f0llower blog ini. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan, nabi akhir zaman.. Malam yang ceria semua (:

Hari ni dah genap 15 Ramadhan 1431H..sekejap ja dah masuk minggu kedua puasa. Yakni sepuluh pertengahan yang membawa maksud pengampunan dari Allah S.W.T. Aku bersyukur, aku masih dapat bernafas di Bumi Tuhan yang kaya dengan khazanah alam. Maaf* aku seakan skema..tapi sekejap ja. Tak biasa katanya ! ngee:) mulanya tak tau nak hapdate apa..tapi gian nak menaip makin membuak-buak.Jadi nak sambung entri pasal seminggu aku di umah sebab holiday midsem baru 3hari lepas.
main mercun paling besh !

Ok, aku teringat suasana di umah waktu malam-malam. Paling best lepas berbuka dan solat maghrib.Manis je memori bila di umah banyak kenangan terindah bila aku balik. Sekarang nih aku tengah rindu si kecik Munir yang tak ponteng puasa lagi walaupun baru darjah dua..ngaa;) dia sangat tabah dan kuat, walaupun dia cakap kawan-kawan kat sekolah dia minum air paip..laa. Awat sampai lagu tu?..baru darjah dua kot O.o tapi budak-budak nama pun..jadi abaikan walaupun adik Badrul aku nasib tak terpengaruh. Dia langsung tak mengeluh ok..
tapi yang seronok aku balik umah adalah main bunga api..besi bukan kabad ok. Sebab percikan api dia bentuk bintang-bintang..teruja sebentar*
adek aku pali "tauke mercun..agaaa :P
  Bukan aku tak penah main bunga api, tapi dah besau-besau nih rasa segan sangat. Nak nak dah jadi anak kedera (anak dara) rasa malu-malu tapi mahu. shy2 cat gitchu. Tapi aku tetap main jugak. hehe=D sangat besh! tgk budak-budak mainm mercun naga, mercun mancis dan bagai lagi. Pembetulan, mercun dan bunga api memang bahaya. Itu tak daapat dinafikan tapi kegembiraan bersama famili..tengok budak-budak cilik seusia Badrul main..leh hilang tensi0n. Nak nak buan puasa yang mulia..meriah sangat suasana itu:)

merindui rumah sekarang..pSstt, mercun memang bahaya kalau salah guna, nak nak main guna cara salah. Kadang-kadang main cuba-cuba atau buat yang bukan-bukan. Bagi aku. main bunga api dan mercun meriah ! dan best kalau kita berhati-hati:)
m0od amat rindu suasana umah sekarang T___T 


Nota buat tersayang--> si dear tak bagi main bunga api pun. Aku tetap main..tapi tak nak letak dalam blog ni. Buruk ! yep lagipun pakai henfon 3.2 megapixel yang kurang cahaya..gambar amatlah kabur seperti diatas -___- harap tak kesah sebab aku nak letak jugak. Disebabkan aku snap gambaar tak guna nik0n..gambar bunga api nampak memanjang..ops! hehe:P  Selamat menunaikan solat semua.. Nanti nak pegi bazardengan member baik 2orang tu..olalala. Walau canepun kawan ibarat famili bila berjauhan cenggini..hmm. 0k,tinggalkan anda dengan senyuman berpanjangan =))


---;---'--{@
~Dawia h0neyputri~

Monday 23 August 2010

.Kembali ke Hostel Lagi Setelah Seminggu Bercuti.

Salam dan selamat petang blogger dan reader sekalian :)

Rasanya dah lama aku tak BW dan hapdate blog. Memang kadang-kadang ada orang perasan kalau sesape yang f0llow aku tapi kalau yang tak f0lo pun..aku perasan aku dah lama tak menaip di ruangan nih. Sangat lah menikmati oliday yakni cuti midsem dengan sepuas-puasnya sampaikan bl0g hanya aku bukak untuk tgk msg di cb0x. Nak menaip amatlah tidak sebab masa di umah banyak ku habeskan dengan menonton tv dan memaSak * scene memasak amatlah best. Nak nak dengan mak tersayang satu-satunya..suka sangat! =D
 

Tapi pembetulan..aku hanya masak masakan yang simple je..dan ekceli aku cuma assitant mak yang tak bertauliah. Tapi ok la sebagai ank sul0ng.Nak tak nak kena masuk dapur jugak kan. Tambah-tambah aku dengar yang memang tak kesah la apa sekalipun jawatan yang disandang oleh seorang yang bergelar wanita, apepun kena masuk dapur jugak. Huh! macam pandangan orang dulu-dulu..tapi sekarang nih tak tau la masih guna ke tak pandangan  nih. Bagi aku memasak besh ! kuasa 9. hikhik ;)

Sat sat (kejap2), sebelum aku tersyasyul menaip cerita yang bukan-bukan..dan bukanlah pasak masak memasak  entri aku, tapi cuma nak bagitau semalam petang aku dah selamat sampai di Bumi Seangor dengan jayanya :) nak kata hepi tu tak la sangat, tapi aku bersyukur aku dah sampai sini awal walaupun badan amat lah letih..huhu :'(
mana taknya nak 3 bijik bas..walaupun sebenarnya 4 baru sampai. Tapi pagi semalam ayah hantar naik bas awal ckit. Nasib sharp bas tu gerak pukul 10 pagi semalam ! heppi dan akhirnya aku sampai awai sebab dipermudahkaan oleh Allah S.W.T..amin*


Banyak perkara dan keadaan yang berlaku masa aku cuti aritu. Nanti aku cerita pelan-pelan (perlahan2) okieh :) dan semuanya best-best belaka. Betul tak tipu. Malam tadi amat penat sangat-sangat, sampai rasa berat kepala. Tapi satu je, badan aku dah penat sangat tapi mata susah nak lelap sebab terlalu penat k0t.Akhirnya lepas sahur sensorang tadi, aku solat dan lelapkan mata lagi sebab letih perjalanan masih ada. Bangun je dah pukul 7 lebih..siap-siap pegi kelas :) hooyeh ! hari yang ceria.



latest pixca ;)
 
Dengan semangat baru..seminggu tak pegi kelas, akhirnya aku siap awal dan gerak dengan kawan-kawan pegi kelas marketing..ngee:D petang ni pulak tak ada kelas cancel. Tapi..hmm yang tapi nih tak best sebab da perbincangan pasal asaimen pulak..hoho :"(
Rasa berat je..tapi nasib ok. Aku ada jugak hal nak bincang ngan depa. Ok, nnt aku hapdate lagi ek..nak bersiap-siap turun buat asaimen jap ! Nantikan entri aku di kampung seminggu k ;) Senyum dan Ceria selalu(",)

Salam Ramadhan hari yang ke-13,

----;--'-{@
~Dawia Honeyputri~

Thursday 19 August 2010

PuaSa keSembilan , PuaSa keduaKu (:

Salam dan selamat berpuaSa semua tak kira dimana hempa semua berada. Alhamdulillah hari nih dah masuk hari keSembilan muslimin dan muslimat berp0ce kata adek sepupuku..hikhik. p0ce pun p0ce lah. Tapi masa cepat berlalu. Sat ja dah hari keSembilan tapi bagi orang istimewa macam aku maksudnya "wanita"..yang diberi keizinan dan kecualian dari Allah S.W.T untuk bercuti. blushing* kalau aku baru ja dua hari berpuaSa..ngee :D (termasuk hari nih) Sshh..diam-diam sudah (",)
*´¨)
¸.•´¸.•*´¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•` ¤ wiexie's
....(¯`v´¯)
..... •.¸.•´
...¸.•´
.. (
Tadi aku dengar berita kat radio dan tengok berita kat tv, katanya tiket bas dah habes. Walhal hari masa aku nak balik kampung cuti midsem tu, tukang jual tiket kat Bukit Jalil tu habaq, tiket untuk balik taya mula jual masa pertengahan puasa nnt.tapi nih tak sampai 10 hari puasa dah habes. Buat orang heran ja?! Huh! tapi tak nak mengeluh-mengeluh bulan puasa nih. Aku yakin, mesti ada bas tambahan punya time balik raya nih. hopeless*
http://www.cute-smiley.com 
Sebab ahad nih dah nak gerak balik KL balik untuk sambung kuliah 2 minggu sebelum bercuti balik raya semula. Macam tak besh ja kan :( tapi itu lah organisasi kuliah aku. Tapi aku bersyukur sebab mesti ada hikmat di sebalik semua ni.Nak nak aku boleh berpuasa ngan berbuka kat umah dengan mak, ayah dan adek2 selama seminggu kan. Jadi, tetap puas hati..ngee :D sorry* m0od bulan puasa tak tetap pulak.. istighfar³..
http://www.cute-smiley.com 
Petang nih ingat nak beli barang ngan mummy tersayang.. ingat nak sopinks siap² untuk raya yag akan menjelma c0z bila dah balik raya nnt dah tinggal lagi 2 hari dah nak raya. Mungkin tak sempat.Wee tak sabaqnya ! nak nak mood amat baik hari nih sebab si dear  beri kata semangat setelah seminggu suam-suam hati dengan aku.. akhirnya hati dia cair macam eskem (aiskrim)muSim panas jugak. hee =D sygs si dear ketat². Hati nih pun lega ^___^ p/S: Selamat berpuasa  incik BF..banyak lagi nak di ren0vate oleh saya tau :P

Bila  hati lega, maka aku takleh la heppy sangat sebab tulat dah aku nak kena journey lagi balik KL..uhh! jauh dan amat memenatkan..boleh tak nak bercuti sampai raya teruih?! t0longlah..sob. Sob. Itu kena ingat jugak. Kena tempuh bulan puasa jauh-jauh denganmakanan tak sedap. Tapi kena lah terima seadanya..huaa!! kena jimat lagik.
T____T runsing meh 0__o
Hari² aku akan tekad dan semangat untuk balik sana lagi 2 minggu pastu balik raya..baru puas hati. Tapi setahu aku Selangor cuti Nuzul Al-Quran dan Merdeka. Maka cepatlah masa berlalu nanti. Noktah. amin.... *

Selamat berpuasa semua (:
Dan selamat berbl0gging dan BW kalian member dunia mayaku..
Salam Ceria petang khamis buat anda semua..
heppi dan smile selalu c(=
---;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Tuesday 17 August 2010

PuaSa Datang Lagi.. Hari KetuJuh Hari Ganjil ♥

Salam dan selamat malam bl0gger sekalian

Hari nih nak buat entri gambar yang comel² mengenai bulan Ramadhan..sebab gambar kartun nih semua kiut miut..aku upl0ad dalam blog nih supaya kita sebagai muslimin dan muslimat berSemangat lagi untuk melalui bulan ibadah bulan penuh kerahmatan ni..mudah²..amin*
masuk bulan Ramadhan bulan mulia :)



puasa pertama :)

 puasa kedua :)

puasa ketiga (:



 puaSa keempat ^^




puaSa ke-5.. lalala~




puasa ke-6..gigih :D



puasa ke-7 hari nih

m0ga kita sama-sama dapat mengaut pahala berlipat ganda dalam bulan Ramadhan Al-mubarak nih kawan-kawan dunia maya ku =D Hari nih dah genap seminggu..sekejap je maSa berlalu.. aku doakan kita, aku dan kau boleh menjalani ibadah puaSa dan yang lain dengan baik . InsyaAllah (:

Salam Ramadhan korang..
Senyum selalu..hargailah bulan puaSa yang datang setahun sekali..
bulan Rahmat bulan penuh keberkatan
Rebut pahala Jauhi d0sa 

bulan yang istimewa, hambaNya yang kerdil
---;---'--{@
~Dawia Honeyputri~
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi