Sunday 29 August 2010

.Lima Kazen Di Perantauan :).

Salam dan selamat petang rakan-rakan alam maya blog ku ini :)
Hari cepat berlalu..masa pantas berdetik..hari nih dah genap 19 hari kita berpuasa..yakni hari ahad last jugak aku kat hostel sebelum cuti raya..hee=D tu yang pagi ni senyum lebar-lebar je.. Sebab suasana nak dengan family tu dah makin kuat rasanya. malam tadi mak sms aku cakap yang semalam mak, ayah dan adik-adik hero aku pegi berbuka kat umah tok sebelah ayah.. waa, bestnya! tapi..dalam sms mak cakap kurang 5 orang..siapa lagi kalau bukan 3 teruna 2 dara. ecece;) 


Sebenarnya yang 5 orang tak da tu kami 5 orang sepupu yang dok belajar di U masing-masing. Tapi yang pasti kami 5 orang tak sama U. tak kira la IPTA ke IPTS..tapi tetap tak sama..kebetulan katanya. Maklumlah cuti belum tiba..dan kebanyaakkan kami sepupu sepapat 5 orang dok merantau kat KL..cuma sorang ja kat Lumut.
we are cousins (",)
Meh aku perkenalkan dari kanan, Aiman..status amatlah rumit katanya. Studi kat Mimet UniKL, lumut dalam kos Marine enginering. Sebelah Aiman, adiknya Azuan yang sekarang dah punya kapel walaupun dia agak pendiam, haha :P sekarang studi dekat UKM dalam foundation Science..Ok, yang tengah-tengah tu namanya Harris. Status dalam perhubungan. hehe.. Sekarang studi dekat UniRazak dalam kos "biarlah rahsia" katanya ;) sebenarnya aku tau cuma kena hormat privasi kazen..


Masuk pulak cerita paSal yang berbaju pink tu..tak kenal tak tau lah. Cik empunya blog, yang berstatus, anda sendiri pun tau. Mula suka akan pink kaler..extra mklumat tu..hehe:D sekarang studi dekat Unisel dalam kos BisnesS. Dan yang terakhir, adik aku Nana yang searang masih single mingle katanya.. studi dekat UPM dalam kos Biologi. Ok tamat sudah sesi memperkenalkan 5 orang bersaudara. 3 teruna dua dara..ngee;) Ini semua kazen aku sebelah ayah. Jadi setiap raya baru lah boleh jumpa. Itu pun kalau balik kampung sama..heheh. Tapi pendek kata, jumpa la jugak kot mana pun :P


Selesai entri aku yang mulaa rindukan suasana berjumpa sepupu sepapat, sanak saudara dan adik beradik. Tak pa,  sabar dawia sabar.. sekejaap ja masa lagi..lepas tu, boleh heppi dan senyum pun sampai ke telinga dah.Sebab kalau bab mesra alam adalah keluarga sebelah ayah. Chops, lupa nak bagitau, umur kami lebih kurang sama kelima-lima orang. Cuma yang baju pink tu tua setahun dan baju belang-belang hitam tu tua dua tahun dari ketiga-tiga yang lain (yang tak disebut) ngaa..panjang lebaq aku cerita. Jenuh ligat nak pikiaq kan..hahaha:D


Ok la, nnt kalau rajin aku hapdate blog nih lagi..Salam Perantauan buat mak ayah (: Psst dengar-dengar adik aku yang bongsu bagitau yang umah kami dah cantik. Waa..ni yang makin tak sabar nak balik umah tgk nih..Mesti mak decorate dan renovate umah. Buat apa yang patut ;) hehe..Salam Hujung minggu semua..kliks ! 
---;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi