Tuesday 30 November 2010

Bergambar Bukan Seorang Model.

Selamat petang dan AsSalamualaikum bl0gger sekalian..Alhamdulillah aku rasa bersyukur hari ni dah stat kelas dan belajar sesuatu yang baru dengan habis satu bab pertama dalam 'Islamic Finance". Banyak yang belajar.. hari ni kelas satu je, best best boleh rehat sakan. Baru lepas lelap pun..ups kantoi~ Hari ni juga rindu kat rumah, jadi godek godek gambar yang masa kat rumah, kononnya sesi bergambar oleh photographer si comel Badrul.. wee aku rindu dia! memang rindu gelagat dia yang bijak ke depan. Bukan nak membangga tapi suka aku nak cerita kat sini yang dia memang adk aku satu satunya yang lain dari yang lain sebab dia cepat pick up :)

Dia memang cepat dan perahsia orangnya. dari kecik seumur 8 tahu sekarang, aku dah boleh nampak sikap dia..ngee:D sori suka nak cakap bila dah bercakap pasal adk aku yang sorang ni. Tapi tajuk entri kali ni bukanlah pasal si bongsu tu, tapi hanya sekadar suka suki bergambar di rumah. Kata orang rumahku syurgaku. Yup! memang tak dapat dinafikan. Dan sekarang aku ada jugak sesi bergambar biasa biasa oleh photographer biasa biasa, dan jugak model biasa biasa yang tak ramping, jauh sekali kurus dan tinggi.

Tapi syukur memang tak lari dari hidup aku, sebabnya semua kurniaanya satu anugerah yang tak ternilai :) tapi kan kalau korang tau , nak tanya ni..cemana ye caranya nak kempiskan pipi yang chubby? hehe. bo0lat je muka ni haa. Tapi aku suka, harap harap ia maksud aku pipi ni semakain memb0olat sangat sebab nanti segan lagi nak bergambar ^^*
hijau putih :D
macam tema pulak..hehe
clicks 0ne <33
click two :)
click three..
i love myself so mucho mucho ;)
ni la Badrul ;) 
photogrpher cilik aku merangkap adk bongsu..lalalala~
di luar rumah.entah kenaapa aku suka gambar ni :)
Itu saja gambar kat rumah yang aku nak kongsi..sebab aku rindu suasana rumah jadi aku selitkan dalam ruangan entri kali ni. Sebenarnya nak letak satu dua keping je tapi terlebih sudah..ngee :D rasa terubat sikit rindu pada Badrul yang tengah cuti sekolah sekarang ni.. mesti nakal. Dan baru baru ni dia si cilik badrul memang nakal sampai nyaris nyaris nyawaa melayang bila diaa dengan fikir pendek panjat dindingng pemisah bilik air dan jamban *maaf aku tercakap katsini kat rumah aku. 

Ceritanya stat bila dia dan sepupu mandi dalam bilik air. Biasala, main punya main, depa kunci pintu cemana ntah. last last tak pandai buka, dan akhirnya gelabah, takut cemana ntah. Adik aku nekad panjaang dinding tu cemaana aku tak dapat bayang..sebab tengokkan dia yang kecik tak tahu la. Aku takut nak bayang sebab dinding tu agak tinggi dan ada pemisah dia atas ruang dinding tu.Jadi disebakan dia panik panjang dan dia lompat sebelah sana.. MasyaAllah !~ aku gerun bila bayang sebab ia memang tinggi nauzubillah. Syukur la dia tak apa apa.. sebab mak pun dah lembik lutut bilaa Badrul buat macam tu. Fadli, adik aku yang sorang tu pun dah triak pekik adk terjun dari bilik air ke sebelah jamban. 

Hempa semua boleh bayaang tak yang dia boleh tergeliat jatuh bilik air, cedera saanaa cedera sini, pinggang patah ke. Kepala terhaantuk ke.. Ya Allah, banyak boleh berlaku tapi selamat semuanya tak terjadi... boleh tarik nafas lega. Kalau tak, aku tak tahu laaa.. mintak dijauhkan:) Okieh terlanjur aku cerita bab rumah, tercerita pulak bab ni. Syokk pulak menaip nak berenti dulu :P Semoga hari anda semua berjalan dengan lancar..amin*

Psst minggu pertama exam, aku dah ada asggment tau ;) seronok kan..*dalam hati malasnya. Tapi nak kena buat azam baru..hilang dan buangkan sikap lama yang boleh melemahkan semangat. Aja aja fighting! Dan sekarang aku nak siapkan asaimen dulu.. See U! Have anice day.
^____________^ v
 
Notacinta--> semalam dear, incik buah hati dah upload gambar dia di Lumut. Nanti entri seterusnya aku paparkan gambar dear ek. Teruja tau malam tadi ;) Dan sejak sejak ada tv kat rumah, dok susun cerita best. malam ni nak tengok cerita Asmaraa dan puter katak. haha:D dan disebabkan itu aku harus cepat siapkan aasaimen.. hepi blogging dan blogwalking blogger..
-----;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Monday 29 November 2010

Musim Cuti Sekolah│ Musim Kenduri Kawen.

AsSalamualaikum dan selamat pagi bl0gger sekalian.. rasa tertunda je nak menaip entri ni sejak sejak kat umah hostel aku dok ni, dah ada tv sebijik..hee. Sebenarnya baru je ada. Housmate aku merangkap classmate aku yang bawa..bersama sama sebijik peti ais..ngee:D lepas ni bole la minum air sejuk selalu 24 jam :) ehemm macam la aku ni boleh minum air sejuk selalu..huhu. Sangat sedih :'( tapi fikir positif minum air sejuk selalu akan lemahkan badan.. yippe! betul tu..itu pandangan aku laa. Sebab bagi orang yang tak boleh minum air sejuk selalu sebab selalu tangkap kepala. Macam ni laa..wink*
Sat sat awat aku dok ceghita panjang lebaq kat hempa semua pasai ayaq aish pulak nih, ok ok berbalik pada tajuk entri ye kawan kawan.. musim cuti sek0lah memang sinonim laa dengan kenduri kawen. jadi masa sebelum aku dok habiskan masa cuti aku tinggal cinonet tu sempatlah aku hadir ke kenduri sedara terdekat aku pakngah Din aku panggil kat dia :)
Alhamdulillah memang sehari je lagi cuti aku, hari tu laa majlisnya 21hb November 2010..aching! Sebelum stori apa apa lagi nak bagitau yang memang stori ni agak basi.. tapi bl0g ni tetap ada entrinya :)
Ok, Sabtu petang lepas beli tiket aku nak balik U Isninnya, aku terus balik ke kampung untuk bermalam di sana satu malam je. Walaupun akmpung aku agak dekat jugak kira kira setengah jam perjalanan je. Tapi jarang tido sana..tapi kesana agak kerap la..hehe. Eh sebelum tu, bukan nak melatah ye, ini kenduri adik beradik sebelah ayah cek naa.. Memang besh.. sampai sampai je kereta adik beradik dah berdedam. Maksudnya memang dah penuh dan ramai la :D Bila dah siap parking kereta, nahh..khemah dah siap terpasang :) cantik kaler ungu.. siap ada kipas angin lagi. Khemah sekarang memang canggih manggih.. Tapi kali ni aku rasa khemah cam mewah pulak kat kampung tu. Selalunya khemah cenggitu ada kat taman taman je bila diorang buat kenduri.. ouh silap sekarang zaman nak maju wei ;) maaf tau bahasa kedah memang kasaq banyak*
khemah yang siap didirikan :D 
gambar takla seberapa. Guna henpon biasa biasa ja..
Ok dah tidoq semalaman rumah tok Maliah, memang besh ! Awal awal tok aku yang sorang tu cergas. Dah masak nasi goreng..nyum nyum;) Orang lama masak memang sedap la! terangkat! Pekena pulak dengan air teh dan kopi kaw kaw..memang kenyang. Hee. nak cakap kat umah toka aku tu memang selesa tau sebabnya ada penghawa dingin semula jadi alam punya. Sebabnya tidor kat beranda rumah..rumah papan pulak kat atasnya memang aku tidur nyenyak la dibuatnya..hehe. Aku suka rumah kampung :) asli !~ ups..bukan orang asli ye kawan kawan..
snap kat beranda rumah t0k :)
 hoho gambar aku yang tak fotogenik:P
Adik aku Pali yang tengah dengan kazen kazen. 
Fakta* kazen dua orang tu adik beradik :)
lagi aku snap di beranda..tingkapnya asli tau ;)
kira kira 50 tahun yang lepas..kukuh sangat! :'D
Lupa nak stori, masa aku dok siap siap ni majlis dah nak stat. Itu yang sempat snap gambar..ngee. Tapi sayang, aku masih belum berkesempatan tangkap gambar rumah tok aku sebelah ayah yang cantik sebab masih kekalkan rumah papan campur struktur batu jugak. Ok, dah siap semua. Turun bawah, dengar dengar pengantin dah nak sampai.. cepat cepat tangkap gambar lagi walaupun dengan henf0n aku yang biasa biasa tu ;)
selamat pengantin baru :) 
biru muda kedua mempelai..sukanya kaler tu :D
Ni masa pengantin di meja santapan.. cun sangat!
selamat menjamu selera :)
Pakngah aku seorang yang tinggi dan wife dia pun tinggi. Memang sepadan dan secocok sangat tau :) Aku rasa heppi tengok pengantin..dan lepas tu terus makan nasi kenduri..nyum nyum. Memang sedap katering kat situ. Haa, nak bagitau jugak, kampung kampung sekarang dah guna khidmat katering..senang katanya. tak payah gotong royong lagi :) tapi tak ada dah la..suka pekik dan riuh rendah. Semuanya lebih teratur dan selesa. Kerja pun tak banyak kena buat. Siap badget je :P hehe..smiley aku banyak wei.lalalala~
Bila dah tak ada keje..aku main tangkap gambar rambang je mak ayah tersayang yang dok bersantai kat ruang tamu rumah tok :) maaf mak, cek tutup mulut mak sebab cumil sangat..saayangg mak ketat ketat* tapi desitu pipi aku memang terserlah ketembaman dia..haha. Tak apalah aset jugak tu ;) nanti senaman mulut lagi kempis dan slim la dia..macam boleh je O.o
nie gambar ayah yang candid jugak..baring baring;) letih agaknya layan tetamu yang datang..ayah:) love you! ayah memang nampak garang, dan memang garang pun tapi aku suka merap ayah mengalahkan ank bongsu.aching! kak sayang ayah ketat ketat jugak. Sama macam mak :) kenduri memang meletihkan tapi enjoylah. dapat makan banyak banyak dan dapaat bunga telur. Aiyakk macam aku makan telur rebus sangat je bunyinya..haha.

Dan bila orang tersayang dah aku snap, kini giliran pada kucing kesayangan seisi keluarga besarku, termasuklah mak sedara, pak sedara, sepupu sepapat, adik beradik dan tok jugak sebab memang tok yang bela pun dari kecik halus je sampai dan gumuk bambam macam sekarng sebab makan ikan rebus dan whiskes ;) geram..cari dia dan snap. Ia memang dah besar, dah pandai cari betina pun. Ni la c0mbi namanya..pandai dan manja jinak walaupun dah tua bagi umur seekor kucing dewasa dah pun..hehe. Tengok, geramkan..comei !
Combi tak mau tengok lensa henfon,
ia nak tengok lensa DSLR je :P
suka gambar ni ;)tak edit sangat, memang cenggini. 
Cuma aku tambah watermark je nak love ckit.Mata combi nampak sebelah..
biar nampak ia macam rimau berbulu singa..memandai je aku. Agagaga~ 
Dah panjang menaip, sekarang nak pegi sambung sarapan roti mayonis je. Dan bukan itu saja, boleh jugak tonton Tv sampai lebam sekarang..legaa, tv dah ada kat rumah ni tau. Akhirnya,, tak la bosan sangat nanti. Sambil tu kalau ada air oren fresh dalam peti sekarang, alangkah nikmatnya! :'D kelas aku hari ni di sebelah petang, satu je. Hari ni hari yang free.. sungguh nikmat ^___________^ v. Mari ceria kan hari Senin ok.

Selamat berbl0ggig semua. Sebelum tu nak cakap aku suka pegi kenduri walaupun malau malu kucing sebab dah anak kedera, tapi nasi kenduri memang besh bila daaging dicicah air asam. Kat Kedah memang femes.. rindunya nak balik rumah dan makan nasi kenduri. Sekarag kan musim cuti sekolah, dan mestilah banyak kenduri--> syokknya. Tapi masih tak berkesempatan.. takdak rezeki kata orang. Ok, selamat belajar dan bekeje semua. See u! Notacinta---> dear, cantikkan arnab tu;) selamat bekeje sygs <33. Have a nice day uols.
-----;----'---{@
~Dawia Honeyputri~

Saturday 27 November 2010

R.i.n.d.u Pada D.e.a.r

Malam dan aSsalamualaikum buat blogger dan follower yang dikasihi.
Malam ni agak sepi ye sebab incik buah hati agak busy dengan diner nite nya. Hee tapi aku tumpang heppi untuknya, sebab sekali segala dear ada hal. Rasanya mungkin aku boleh terima walaupun sunyi ni haa dok dalam bilik je. mengadap lappy yang satu sambil kunyah kunyah kudapan. Kenyang perut, chating sana chating sini. Ushar bl0g membe, baca entri otai. hapdate mana yang perlu. Mata dah stress ! Ouh tidak! eye drop penyelamat dari mata kekeringan. Nak nak mata aku ni haa tak baik baik lagi. Sob sob :(
Rasanya baik sikit kot bila merah dia tak berapa nak terang dah, tapi serius merah tak sakit tapi gatai yang amat. aku rasa aku resdung mata kot. tapi rasanya tak salah makan. Haiz! sunyi malam nih.. ousmate ada pun cam tak ada ye. sebabnya diorang macaam aku jugak memerapa daalam bilik. Baru lepaas hujan pulak kan..bermanja manja dengan bantal. Memang syok dan selesa habis ;)
Tapi tak sabar tunggu 12.00 tengah malam jap lagi..sebabnya nak tunggu panggilan hangit dari dear. Mesti dear letih..ouh, maaf entri aku agak tidak patut suarakan kerinduan pada teman lelaki sebabnya ini umum:$ tapi terasa lain jugak aku jarang stori dan tempek apa apa yang patut terkini mengenai seoarng jejaka yang berjaya menambat hati ni. Sekejap masa berlalu..tapi terasa lama tidak dating >.<
Forever && ever..amin*
Rindu itu pasti  kata dear nak buat kejutan tapi tak tahu la apa gerangannya :)
wee agak teruja dan tak sabar aku desini..agagaga~ petang tadi dia text sms dan hantar gambar dear di pantai. Memang awesome tau .Lepak di pantai Damai Laut katanya. Aku rasa nak letak gambar dear katsini tapi macam malu :$ Jadi molek kiranya aku simpan buat tatapan peribadi :) kalau ada ruang dan masa, lain kali aku letak. Tak salah letak gamabr bf sendiri dalam blog kesayangan. kan? hee.
Okey la..selamat berbl0gging semua. aku rindu mak. rindu ayah. rindu adik beradik dan sebenarnya liyana adek aku yang sorang studi kat UPM tu dah stat cuti sem. Dia balik hari ni..yang paling best mak buatkaan dia laksa. Feveret aku geng beradi perempuan tu. hantu laksa. Tapi.. tak ada rezeki. Simpan makan tahun depan ajelah kaalau umur panjang. Raya cina balik la aku kat rumah =.= selamat malam.. kring kring..bunyi telef0n berdering. teruja!~
^_______________^  dear kanda calling..ok, tak sampai pukul 12.00 my dear dah call. Gudnite uols. Have a sweet dream. See U! 
-----;----'----{
~Dawia Honeyputri~

.Buah Hati Pengarang Jantung, Selamat Sampai ke DestinaSi V :)

Salam pagi dihari Sabtu yang tenang di bumi Selangor..mengadap lappy Biru ni sambil ditemani beruang peluk, Chito..sejuk cuaca pagi ni. Baru lepas hujan kot. Bangun lepas subuh tadi, tengok di luar jendela, nampak embun di tepian dedaun dan tanah pun penuh dengan lopak air. Sah sah baru lepas hujan malam tadi. Aku malam tadi tido nyenyak kerana heppi :) tapi hari ni pulak sunti sebab roomate balik, classmate merang ousmate aku yang dua orang tu pun balik ambik barang katanya. dan paling bertambah sunyi incik Bf kesayangan merangkap pendengar setia aku dah outstation kat luar..ngee :'D

Bukan la keje luar sangat pun. Cuma dear ada diner di Damai laut golf Resort malam ni dan tadi seawal jam 9.00 pagi dear dah gerak kesana dengan membe seopis dan adik perempuannya dengan sebuah kereta. Untuk jimatkan masa, wang dan sebagainya..hehe. Dalam mood aku dok sunyi sorang sorang, maka mengon9kan diri adalah jalan terbaik walaupn mata aku ni macam mengharapkan rehat yang berpanjangan tapi kejap lagi aku akan belai belai mata denga eye drop dan bantal busyuk ye. Sabar jaap mataku sayang.. nak hapdate blog jap..minat dan sunyi membuat aku gian menaip ^______^
my dear imissyousomuch
P/s: Jaga diri baikbaik tau desana :)
Blues saturday, smile always fren :D
Pagi ni kesunyian memang terasa. Jadi semua laman sesawang digodek godek. Dengar lagu di youtube, hapdate status di FB, tweet tweet dan jawab soalan di formspring adalah rutin alam maya aku dikala kebosanan. Kena dok diam diam dan tak boleh bergayut dengan incik buah hati. bagi peluang dear bercuti makan angin di Lumut..hehe. harap harap dapat ole ole* kalau dear ingatt..ayat nak tacing saja.. tapi walaupun takdak ole ole aku dah bangga dear bawa hati aku bersama katanya:)
Jadi mungkin masa dan sehari ni dan esok aku cuma luangkan masa dengan mengadap laptop untuk borak borak dengan kawan di alam maya. Nak buat cemana di alam nyata aku keseorangan hari ni..psstt tetiba teringat kalaulah ada kerajinan dan tempat aku tinggal sekarang ni tak jauh sangat kL dah lama aku keluar. Tengok movie ataupun jalan jalan jumoa kawan. Tapi alahai, jauh sungguh cekk nak habaq mai..na laa dua jam dari sini kesana hanya dalam bas je. Mau tak fikir 9 kali baru nak keluar. tapi lainlah kalau ada kereta---> suatu hari nanti mungkin*
Berbekalkan rasa heppi dan teruja yang berbaki semaalam aku gagahkan senyum dan ceria, kerana diriku begitu berharga..ecece. Okiehlah, nak awet muda kena senyum selalu. Tak bole masamkan muka selalu. Nanti hati gundah gelana, siapa nak jawab..agagaga~ Siapa kata diri kita sendiri tak perlu disayangi..setidak tidaknya jagalah kesihatan dan kepribadian selalu. Ok, aku ni dah macam pakar motivasi dok bagi tips pulak. sedar tak sedar lagi beberapa minit lagi dah naak masuk waktu lunch. Aku nak rest mata dan otak dulu sampai waktu zohor kejap lagi. sebab fakta* aku dah on9 4 jam tanpa henti..ouh! kesian sepasang mata ni. Dan la yang sebelah kiri tak berapa sihat O.o tapi dah makin pulih..harap sembuh sepenuhnya..amin*

Ok, sambi tu, teringin nak minum innershine untuk kecaantikan mata yang bersinar daan sihat..dah teringin lama, tapi bila la agaknya ;) selamat berbl0gging semua. Moga haari sabtu yang indah buat kalian. aku dalam mood rehat sambil tunggu text dan call dari incik buah hati pengarang jantung..dan sampai ke belum ke destinasi. tadi dear ada mesej dah kat titi gantung. Tak lama lagi katanya ^^, See U! notacinta--> hati ini tiap saat merinduimu.
imy. ily. iny
♥ ♥ ♥

----;----'---{@
~Dawia honeyputri~

Ceria DiSakat Dan Menyakat :)

Assalamualaikum dan selamat malam bl0gger sekalian :)
hari entah kenapa aku bahagia..tersenyum sentiasa. Mungkinkah kerana terlalu disakat BF, ataupun dan cukup sleeping beauty && healthy petang tadi. Ups! terbocor rahsia pulak. Agagaga~ tapi kenyataan malu pun kerana benar.hehe..betul jugak kan. Sebenarnya banyak yang berlaku hari ni, salah satunya ada seorang kawan lama yang kirim satu surat yang tajuknya salam dari seorang sahabat lama ^________^ v
memang buat aku terharu leleh atas kenyataan dia..
posto posto dari akaun FB untuk aku
dari sahabat lama yang salah faham :P
Dah baca?..mesti tak faham dan last last salahkan aku..ngee:D siapa suruh dia lelaki..agagaga;) memang kawan yang baik dan prihatin kan?..sebenarnya sebelum ni pun dia ada bagi mesej berbaur terharu macam tu. Sebab dia heran aku remove dia. Walhal dia tak buat salah apapun. Cuma malas lah nak terang lebih lebih kan..haa, dah kalau tak terang lebih lebih pun jangan dok fikir dia dok syok kat aku pulak. Dia kawan zaman sekolah rendah, sekolah menengah sekali takkan la masuk syok cintan cintun..haha. Ke aku yang dok fikir macam macam..kelakar pulak*

Sebenarnya Syamil ni semua orang dia take care. So, siapa yang cair ngan dia..habis lah kan. Perasan la jawabnya. Huhu. Okieh bila dia dok tanya apa salah dia, aku tutp cerita cakap aku bertapa. Padahal..kisah sebenar aku tak suka sebarang lelaki pun dalam akaun FB aku..lalalala~ kenyataan :'D Jadi kalau rasa berjantina lelaki, tidak apa kalau tidak menambah aku sebagai rakan. Sebab memang tak kan menambah punya. Yang ada hanya lelaki dan sedara mara terdekat dan jauh aku je. Adil tak? bagi aku ye laa..

seceria sunshine :))
Dah berpunya, dah ada kawan dan sedara sepupun sepapat lelaki cukup lah kan. Kalau ada rakan lealki ramai ramai pun tak da gunanya..psst bagi aku ye kawan kawan. Tapi tak salah pun sebenarnya. Dah akaun  FB aku aku ada hak kan ;) so itu sajalah.. noktah. Cerita lain, hari ni banyak disakat teman fb dan dear BF, memang sengal ubi dan alhamdulillah kadang kadang pelangi keceriaan datang tanpa dijemput. Syukur haari ni mood heppi..
Okieh. entri ringkas dari aku untuk tatapan bl0gger yang berkunjung dan pengikiut blog ni. Terima kasih pada yang sudi jejak desini dan menjadi sahabat dan pengikut ku..syukran jazilan ek. Dan midnite pun..nota cinta---> esok mydear hero nak gerak pegi Damai Laut Gorlf Resort.. tak sabar tunggu gambar dari dear..teruja* Harap harap dear heppi kesana untuk 2 hari satu malam. Jadi malam ni dear dah siap siap awal;) Selamat malam semua. See U!
have a sweet dream..iloveyousomuch mydear
----;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Friday 26 November 2010

.Raya Qorban Mengimbau Kenangan.

Salam ceria penghulu segala hari buat semua. Ikutkan hati nak menaip entri dari semalam tapi untuk tidakkan stress mata aku yang nak hampir sembuh nih. Aku lajakkan masa, curi masa terluang untuk menaip mengikut stori yang aku nak k0ngsikan. Tapi apepun stori yang dah basi ataupun fresh, aku tetap nak cerita pasal hari ni.. tapi bukanlah dalam sejarah. Macam biasa dah masuk semester baru, semangat baru..maka, jadual pun baru ;)
Bercerita bab jadual..sem ni agak padat sebab jadual 3 jam kredit telah dibahagi tolak campur darab semua kepada dua jam dan sejam. Maka, kelas berjaya di BANYAK kan dengan jayanya. Syabass! nak nak hari Khamis..walaweh ada 6 kelas berbeza. Memang hari studi sedunia ye bagi aku hari tu. dan pagi ni kelas seawal 8 pagi. tiada lagi setengah setengah sebelum ni. 8.30 pagi ke atau 10.30 pagi.. Jadi kesimpulannya, kena bangun awal dan sharp time ke kelas. Tapi ia amatlah standart bagi pelajar IPTA.
Aku rasa sistem pentadbiran kat U ni nak seragamkan dengan sistem pembelajaraan di IPTA agaknya :) 

Tapi apepun syukur, enam lagi subjek dalam genggaman untuk di sukseskan di akhir peperiksaan.. erk? O.o kena masuk dan listkan azam baru nih..hehe. Okieh tutup bab tu kejap sebab kembali pada tajuk entri ye kawan kawan.. time raya Qorban.Hee. Bila cakap bab Raya AidilAdha mesti terbayang lembu, kerbau, kambing, libas kena sembelih. Dan bagi yang berkemampuan, pegi mengerjakan haji di Tanah suci Mekkah. bestnya kalau berpeluang mengerjakan ibadah katsana :)
Tapi raya Qorban aku yang lepas, aku sempat beraya dengan famili. Kecualai adekku yang kat UPM tu tak dapat beraya bersama. Menu utama mesti ada daging yakni gulai daging masakan mak memang marvel0us. Nyum nyum..dan paling besh hari pertama adalah menu yang aku gemaari selain laksa adalah mi kuah ketam masakan mak yang kaw kaw memang terliur kawan. Tengok gambar bawahpun dah macam beriya-iya nak makan kan? :$
saja pertama kali snap gambar camni :)
malu pulak rasanya..haha
Olalalala..terasa besh pulak pose camni :'D
nie masa time raya kat rumah :)
ok saja intro dengan gambar gambar yang tak seberapa..yang penting aku suka ! kenangan manis memang semua orang ingatkan?:) tapi paling seronok adalah makan!! hooyeh ;) Raya Qorban maka dengan senang hati daging satu ekor masuk perut..pssst tipu* sekadar gambaran je. Raya semuanya seronok tak kira la sama ada raya puasa atau raya Haji. Bagi aku sama..tetap paakai baju baru, dapat makan dan berjumpa sanak saudara. Saling mengeratkan silaturrahim. Cuma yang bezanya, duit raya dapat sikit. Cuti raya tak lama dan baju pun sikit. Agagaga~
Jom jengok jengok ke dapur mak corner..hehe. Sempat aku snap mi kuning yang telah dicelur dahulu. Baru bau dan minyak terhakis:) rasanya la. hehe :D dan yang penting, aku seronok belajar buat ketupat rawa, ketupat bawang dan ketupat palas dengan tok. Memang satu pengalaman yang cukup bermakna. Aku dilayan kerenah seolah olah aku cucu kesayangan. ngee ;) desitu aku terharu.. tapi kata orang sesuatu yang kita ceburi tak semudah kalau tak berusaha. Aku masih belum dapat kuasai sepenuhnya. haha. Nanti aku cuba lagi. Yang penting kat rumah aku kalau raya orang suka makan lemang mesti dengan gulai daging dan ubi kentang. Memang thumb up 5 bintang buat emak <33 tapi ada yang suka makan dengan rendang atau serunding kan? ^^
mee kuning yang siap dicelur comei :p
kuah ketam..fakta* dalam tu memang banyak ketam tapi silap masa tangkap tak kacau kuah dan tunjuk ketam dan bahan bahan lain yang bertonggek dalam periuk tu haa :D Jadi itu ajelah rupanya kalau tengok secara rambang..hee
ni pulak gulai daging..dan sepertyi biasa, photographer yang tak bertauliaah macam aku ni snap pakai rambang je. dan langsung tak menunjukkan yang kuah gulai atau kari tu nmpak daging atau ubi kentang..ohho ! sedihnya...hmm apepun aku tetap nak tempek bukti gulai daging mak siap dari dalam dapur..kelaianan gittu! ahaks!
Hari raya Qorban kali ni memang aku heppi..sebab aku time tu cuti walaupun ramai student laain U dengan aku tengah bertempur dengan exam dan tak balik.hihi..dan yang tak bestnya cuti aku dah habis. Aku sekarang dah kat Unisel, mulakan sem baru dengan semangat baru. harap hara semuanya berjalan lancar :)

Okieh, dah maghrib pun..nak bersiap siap di tikar sejadah memohon kesyukuran atas nikmat yang diberiNya. Selamat berbl0gging semua :) blogwalking selalu ek.. teringat pulak 1st time bagitau dear yang aku tengah blogwalking masa dear tanya tengah buat apa..hehe. tapi yang kelakarnya dear tak tahu dan suruh aku jangann kuat berjalan;) bila diterangkan baru dear faham ..senyum * Have anice day uols. See U! mood amat heppi hari ni..Subhanallah~
----;-----'--{@
~Dawia Honeyputri~

Thursday 25 November 2010

MataKu Luka Merah Menyala.

Selamat pagi Khamis buat semua terutama yang sudi baca entri ni :) Assalamualaikum dan salam ceria.. Hari ni aku bangun awal untuk menyuntik semangat baru. Semangat untuk pulih dari kepenatan yang melanda dan sakit yang aku alami.. Hmm sebut pasal sakit. Aku nak stori pasal kejadian pagi semalam masa time gosok gigi. Biasalah bila bangun mesti tak lari dari tengok cermin untuk tengok wajah dengan pancaindera yang tidak ternilai yakni mata. Tapi aku terkejut dan perasan yang mata kiri aku merah menyala seumpama berdarah di bawah kelopak mata dan mata hitam. Terus aku cuak =.="
Terus mandi dan bersiap. Gegas ke klinik tanpa berlengah walaupun berrseorangan tanpa teman, aku gagah supaya mata ni cepat sembuh. Dalam 25 minit berjalan sampai lah ke klinik. Awal aku sampai pukul 9 pagi. Nasib klinik bukak. Aku rasa aku patient dia yang pertama untuk hari semalam. Sebab gaya macam diorang baru siap siap. Staff pun baru nak mulakan tugas. Aku masuk dan terus daftar dan nak berjumpa dengan doktor..nekad!
Di luar pintu tercatat nama Dokitor Norhayati..Masuk je dalam bilik doktor tanpa berlengah bila dipanggil dalam oleh cik misi.
Selepas bagi salam, doktor tanya apa yang sakit, seperti biasalah bila kita jumoa doktor kan. Jadi aku pun cerita pasal mata aku yang merah berdarah dari dalam..nampak macam luka tapi aku langsung tak rasa apa apa..itu yang pelik..Hmm, langsung doktor check. Dia cakap ada tak aku terantuk atau terjatuh. Tapi setahu aku tak ada. Memang pelikk O.o Rasanya malam kejadian macam ok lagi tapi bangun pagi dari tido terus buat aku shock sekejap dan gelabah habis. Macam macam aku fikir di benak..ada yang baik dan ada yang buka bukan. Haiz!
Bukan sakit mata tapi luka dimata >.<
Doktor sarankan aku dapatkan eye drop dulu tengok cemana, tapi dia tak bagi sebarang ubat buat sementara nih. Aku pun hairan tapi mesti ada sebab dia tak bagi kan walaupun aku cam tak pus hati jugak. Jalan penat penat dari hostel ke klinik di PP (pusat pelajar). Tetiba hanya dapat eye drop je. Cam cuak pulak dengan kepakaran doktor kat situ. Tapi aku tawakal dan selawat dulu. Harap harap cepat sembuh.. Balik dari klinik langsung ke fakulti untuk ke kelas. Nasib dah tak jauh.. 

Aku dapat rasakan orang takkan perasan aku mengalami masalah mata yang luka sekiranya aku tak tarik kelopak mata ke bawah. Mudah mudahan.. tapi yang aku takutt luka tu dah dekat dengan anak mata hitam. Itu akan bahayakan mata pemberian tuhan sebagai amanat kepadaku. Serius aku takut.. Aku terus cerita pada my BF, dia sarankan aku titiskan dulu ubat titik tu ikut aturan yang diberikan, dan tengok dulu cemana dalam 2,3 hari lagi.. Doktor pun ada cakap macam tu jugak. Sebab doktor pun cakap bukan sakit mata tapi luka dari dalam saraf mata. Harap harap begitu lah dan tak teruk sangat.

Dan kalau korang boleh tengok gambar di atas ia seolah olah luka dibawah dan kemerahan. Mata kan tempat yang amat sensitif walaupun dengan habuk, sebab tu aku takut sangat bila aku ada masalah mata. Tapi sebelum ni pun aku ada masalah mata tapi sebelah kanan. Ia macam ketumbit, agak besar jugak disebelah atas mata. Aku pegi jumpa doktor pakar mata, dan doktor India tu cakap aku ada masalah resdung ke mata. Lepas makan ubat yaang disarankan dan ubat titis, mata aku dah ok. 

Cuma pantang dia, jangan digosok dan makan makanan laut banyak sangat. Mata kiri ni pulak amat mengejutkan aku. Tipulah kalau tak takut ia tak sembuh. Dan hari ni hari kedua, aku try titiskan eye drop tu, masih sama jugak tiada perubahan. Harap harap cepat sembuh..amin* Adakah masalah mata kiri jugak ada kena mengena dengan resdung yang tangkap dimata aku..Ouh! aku takutt. Rasa nak je balik kedah jumpa dengan doktor pakar mata aku tu.. Fakta* dekat sini aku tak clear sangat klinik swasta mahupun doktor pakar. Dan fakta* lagi untuk pengetahuan korang aku langsung tak penah pakai konteks lens,,hmm-.- sabarlah hati dengan dugaan tuhan..

Okiehlah dah pukul 9 lebih dah,,aku nak bersiap ke kelas dulu :) aku akan cuba ceria dan sedapkan hati yang mata ni akan cepat sembuh seperti sedia kala..amin* dan bl0gger dan kawan alam maya semua doakan aku jugak cepat sembuh ek. Have anice day uols. See U! Sayang sepasang mata aku nih kerana pancaindera ini hanya ada sekali..Jagalah amanat ALLAH pada kita sebaik2nya..kerana kejadian ini aku dah mula belajar menghargai :) Subhanallah ~
-----;---'---{@
~Dawia Honeyputri~

Wednesday 24 November 2010

Seminggu Bercuti Menaip l Waktu Zon Padat Ke Selesa :)

Assalamualaikum dan salam ceria buat bl0gger dan f0llower blog ku ini :)
Sebelum aku teruskan menaip molek lah kiranya..ehemm ayat mesti susun elok ye, mukadimah entri pertama aku lepas cuti seminggu dari berblogging. Ok, aku teruskan ye. Mulanya nak cakap aku ada buka bl0g aku satu satunya nih tapi bukan untuk hapdate blog tapi sekadar Bw mana yang patut. Baca entri yang terbaru je kat Dashboard..yang lain tak sempat. Tapi Bw mana yang tinggalkan tapak kaki kat shoutmix heje :D Harap tak kesah kalau aku balas lambat. Aku tau sepanjang cuti seminggu nih yang kononnya bercuti menaip untuk sementara minit dan waktu untuk beri laluan pada Raya Qorban dan cuti aku yang tinggal ciput je waktu tu..
Dan sekarang aku dah kat ostel dimana ini bermaksud cuti sem aku dah habis. Titik. Eh eh kejap buakn titik untuk entri nih tapi titik untuk cuti semester lepas. Agak puas bercuti selama sebulan 2 hari dan sekarang dah masuk hari terakhir untuk minggu pertama kau dalam semester baru ni ;) Macam macam nak cerita, maklumlah dah seminggu, banyak yang berlaku. Ada yang sedih, ada yang heppi yang pasti entri untuk kenangan seminggu yang lepas akan aku stori satu persatu cam biasa. Aku tetap nak coretkan desini supaya bl0g ni mencatat memori tersurat dan tersirat dalam sepanjang hidupku. Itu pun kalau berkesempatan..insyaALLAH :)

Okieh, bila orang kata baru masuk entri baru dan sekian lama tak menaip selalunya orang akan tiup sawang sawang dalam bl0gnya sebab spider dan buat sarang kat blog. Tapi aku rasa aku tak oayah fuhh..buang sawang bagai sebab setiap hari aku buka blog ni walaupun aku tak hapdate sebab aku selalu BW. Itu pun kalau sempat sebab masa kat rumah agak padat. Dan aku tau jugak shoutmix ada buat hal untuk maintainance diorang punya web tapi alhamdulillah itu hanya sementara. Dan sekarang dah beroperasi seperti biasa semula..Syukur rasanya ^__________^
gambar terbaru time raya Qorban setelah seminggu tak muncul di persada maya
dalam sebuah karya entri tercipta :'D
Dah masuk minggu pertama, biasalah jadual agak tingtong. Tak tahu kenapa jadual untuk sem nih nampat cam serabut maggi tapi dari hari ke sehari kelas belum bermula. Yang ada hanyalah untuk susun jadual dan add drop subjek. Aku mulanya ambik 5 subjek dah tambah satu lagi subjek yakni Bissness Computing..dan subjek yang aku ambk sem nih mestilah berkaitaan ngan bisness sebab nama pun pelajar perniagaan ;)

Betul kataa orang tak kenal maka tak cinta. walau dimana dan apa pun yang berlaku aku percaya ada hikmahnya yang tersendiri. Seperti kos bisnes yang aku ceburi sekarang, memang mulanya aku cam blur tapi sekarang bila kita dah kenal lebih dekat, faham konsep dan teori. Praktiskan dalam kehidupan seharian, insyaALLAH. segalanya aku faham sekarang.. Dan begitu jugak dengan bilik aku termasuk lah rumah aku sekarang. aku dah pindah floor. Dari tingkat 3 ke tingkat 2.. Pada mulanya memang cam tak best sebab memang sebelum ni aku stay di rumah dan bilik yang sama. Tapi sem nih aku kena tukar rumah tapi bilik di kedudukan yang sama. 

Alhamdulillah, nikmat ALLAH itu besar dan akhirnya aku rasa rumah sekarang dan bilik sekarang lebih baik kuasa 9 dari sebelumnya..sama ada dari persekitaran dan suasana. syukurlah ia amat berpuas hati. Nak nak sem ni aku serumah dengan classmate aku, Jecy dan Fatin. sebelah bilik aku je..ngee :D Dan roomate kau pun amat sporting dan tak macam yang sem lepas. Kiranya, sem ni aku amat berpuas hati..suasana bilik dan rumah pun sejuk je tak macam tingkat 3..kata si dear memang berbeza sebab tingkat atas dekat dengan bumbung tapi tingkat bawah yakni aku tingkat tengah2..ia sejuk dan mendamaikan :P serius aku selesa. tidur lena tanpa berpeluh bila bangun..hooyeh !
Tetiba perubahan dan hijrah itu lebih bermakna buat aku sekarang. Dan aku percaya hikmah adaa pada setiap yaang berlaku.. Tengok aku coret tak sabar nak stori segalanya yang aku rasa dalam blog nih. Tapi sekarang dah diner time. Masa untuk bersiap keluar ke cafe ;) Pada yang baru bercuti semester, selamat bercuti aku ucapkan. Dan pada yang dah mula kuliah, selamat belajar dan menempuh semester baru kawan-kawan..lalalalalala (^^,) Pssstt lupa nak cakap, ok lah result aku sem lepas, tapi kena tingkat lagi dan lipat gandakan usaha untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..aceewahh! Hehe..Ok, selamat berblogging dan berblogwalking. Have a nice day. See U! dan kalau takde aral aku akan mula aktif berblogging ikut mood dan masa yang sesuai.. Senyum selalu blogger dan kawan alam maya semua c(=
Nota cinta----> missyousomuchmydear<3
-------;---{@
~Dawia Honeyputri~

Tuesday 16 November 2010

Heppi anniverSary My Beloved Parent dan Selamat Hari Raya Aidil Adha :)

Assalamaulaikum dan selamat petang buat semua f0llower dan blogger blog ni :)
hari ni 16 November dan genaplah usia 23 tahun buat perkahwinan mak dan ayah tersayang. Agak lewat hapdate sebab hari ni aku agak busy. Al maklum lah pertama nak raya dan keduanya persiapan nak balik U dah sebab cuti dah nak habis. Huhu :'( agak nada sedih desitu ye kawan². Banyak yang aku harungi hari nih. ramai sangat orang, ditambah pulak dengan cuaca yang tak menentu dan paling cabaran adalah struktur jalan raya di Kulim Bandar Baharu termasuk Pusat Bandar Parit Buntar sedang renovate =.="

Memang dugaan..dari perjalanan dari umah sampai ke bandar tadi. Aku pening dengan jalan yang berbeza. Serius aku pening o.O tapi aku bersyukur aku dah banyak settle hal hari ni. Tapi tetap gak ada prob. tapi buangkan dulu cerita sedih² dan merisaukan. Sebenarnya masuk balik tujuan dan tajuk entri hari ni yang membahagiakan mak ayah yang  penuh bahagia. Aku rasa banyak yang mak ayah aku harungi untuk sampai ke usia 23 tahun. Malam ni mungkin sambut makan di luar. Hehe :'D nak pekena tomyam bowl besar laa. Tapi jap, bukan ke esok raya ke? :P tak tau la tercapai ke tidak. Banyak hal nak buat malam ni.
Love Myspace Comments
Tapi yang pasti anniversary mak ayah mesti disambut. Dan hadiah ikhlas yang boleh aku bagi walaupun buakn lagi hadiah material atau yang mewah² kerana aku masih seorang pelajar dan masih belum mampu.. Tapi hanya sekalung doa kasih sayang agar mak ayah bahagia selalu hingga ke akhir hayat..amin* esok la nak bagi kiss pada pipi mak dan ayah. bersempena hari mulia esok. Dikesempatan nih aku nak ucapkan, Selamat Hari Raya Aidil Adha buat teman alam maya--> moga kita sama² bahagia dan menghargai pengorbanan sebenar..insyaALLAH :)
my beloved parent :)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :)
DAN
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN
BUAT MAK AYAH TERSAYANG 
^_______^
Selamat berblogging dan blogwalking semua. Moga hari raya yang menjelma esok member 1001 makna buat kisa semua. Mudah² an..insyaALLAH :) Buat mak ayah tersayang---. kak sayang ketat². Esok nak kiss pipi mak dan ayah. Terima kasih atas jasa² mu bonda ayahnda tercinta. Tak terbalas rasanya pengorbanan mak dan ayah <33 Have a great day for uols for today and tomorrow..See U! Sweet 23 for my beloved parent ..mmuahh!

P/s: nak buat persiapan raya dah. Mak dah panggil tu :p Beshnya raya dan beshnya cuti. Buat adekku Nan..harap bersabar dan jangan bersedih pertama kali raya di perantauan. Dia tak balik sebab masih ada exam lusanya.. Okieh.. smile always! Buat dear love..Selamat Hari Raya Aidil Adha dari sayang sekeluarga :) :$ Psstt..esok buat daging salai untuk sayang jugakkek.. Nak dua ketul setengah..ngee :* missyousomuch:'D
----;---'---{@
~Dawia Honeyputri~
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi