Wednesday 24 November 2010

Seminggu Bercuti Menaip l Waktu Zon Padat Ke Selesa :)

Assalamualaikum dan salam ceria buat bl0gger dan f0llower blog ku ini :)
Sebelum aku teruskan menaip molek lah kiranya..ehemm ayat mesti susun elok ye, mukadimah entri pertama aku lepas cuti seminggu dari berblogging. Ok, aku teruskan ye. Mulanya nak cakap aku ada buka bl0g aku satu satunya nih tapi bukan untuk hapdate blog tapi sekadar Bw mana yang patut. Baca entri yang terbaru je kat Dashboard..yang lain tak sempat. Tapi Bw mana yang tinggalkan tapak kaki kat shoutmix heje :D Harap tak kesah kalau aku balas lambat. Aku tau sepanjang cuti seminggu nih yang kononnya bercuti menaip untuk sementara minit dan waktu untuk beri laluan pada Raya Qorban dan cuti aku yang tinggal ciput je waktu tu..
Dan sekarang aku dah kat ostel dimana ini bermaksud cuti sem aku dah habis. Titik. Eh eh kejap buakn titik untuk entri nih tapi titik untuk cuti semester lepas. Agak puas bercuti selama sebulan 2 hari dan sekarang dah masuk hari terakhir untuk minggu pertama kau dalam semester baru ni ;) Macam macam nak cerita, maklumlah dah seminggu, banyak yang berlaku. Ada yang sedih, ada yang heppi yang pasti entri untuk kenangan seminggu yang lepas akan aku stori satu persatu cam biasa. Aku tetap nak coretkan desini supaya bl0g ni mencatat memori tersurat dan tersirat dalam sepanjang hidupku. Itu pun kalau berkesempatan..insyaALLAH :)

Okieh, bila orang kata baru masuk entri baru dan sekian lama tak menaip selalunya orang akan tiup sawang sawang dalam bl0gnya sebab spider dan buat sarang kat blog. Tapi aku rasa aku tak oayah fuhh..buang sawang bagai sebab setiap hari aku buka blog ni walaupun aku tak hapdate sebab aku selalu BW. Itu pun kalau sempat sebab masa kat rumah agak padat. Dan aku tau jugak shoutmix ada buat hal untuk maintainance diorang punya web tapi alhamdulillah itu hanya sementara. Dan sekarang dah beroperasi seperti biasa semula..Syukur rasanya ^__________^
gambar terbaru time raya Qorban setelah seminggu tak muncul di persada maya
dalam sebuah karya entri tercipta :'D
Dah masuk minggu pertama, biasalah jadual agak tingtong. Tak tahu kenapa jadual untuk sem nih nampat cam serabut maggi tapi dari hari ke sehari kelas belum bermula. Yang ada hanyalah untuk susun jadual dan add drop subjek. Aku mulanya ambik 5 subjek dah tambah satu lagi subjek yakni Bissness Computing..dan subjek yang aku ambk sem nih mestilah berkaitaan ngan bisness sebab nama pun pelajar perniagaan ;)

Betul kataa orang tak kenal maka tak cinta. walau dimana dan apa pun yang berlaku aku percaya ada hikmahnya yang tersendiri. Seperti kos bisnes yang aku ceburi sekarang, memang mulanya aku cam blur tapi sekarang bila kita dah kenal lebih dekat, faham konsep dan teori. Praktiskan dalam kehidupan seharian, insyaALLAH. segalanya aku faham sekarang.. Dan begitu jugak dengan bilik aku termasuk lah rumah aku sekarang. aku dah pindah floor. Dari tingkat 3 ke tingkat 2.. Pada mulanya memang cam tak best sebab memang sebelum ni aku stay di rumah dan bilik yang sama. Tapi sem nih aku kena tukar rumah tapi bilik di kedudukan yang sama. 

Alhamdulillah, nikmat ALLAH itu besar dan akhirnya aku rasa rumah sekarang dan bilik sekarang lebih baik kuasa 9 dari sebelumnya..sama ada dari persekitaran dan suasana. syukurlah ia amat berpuas hati. Nak nak sem ni aku serumah dengan classmate aku, Jecy dan Fatin. sebelah bilik aku je..ngee :D Dan roomate kau pun amat sporting dan tak macam yang sem lepas. Kiranya, sem ni aku amat berpuas hati..suasana bilik dan rumah pun sejuk je tak macam tingkat 3..kata si dear memang berbeza sebab tingkat atas dekat dengan bumbung tapi tingkat bawah yakni aku tingkat tengah2..ia sejuk dan mendamaikan :P serius aku selesa. tidur lena tanpa berpeluh bila bangun..hooyeh !
Tetiba perubahan dan hijrah itu lebih bermakna buat aku sekarang. Dan aku percaya hikmah adaa pada setiap yaang berlaku.. Tengok aku coret tak sabar nak stori segalanya yang aku rasa dalam blog nih. Tapi sekarang dah diner time. Masa untuk bersiap keluar ke cafe ;) Pada yang baru bercuti semester, selamat bercuti aku ucapkan. Dan pada yang dah mula kuliah, selamat belajar dan menempuh semester baru kawan-kawan..lalalalalala (^^,) Pssstt lupa nak cakap, ok lah result aku sem lepas, tapi kena tingkat lagi dan lipat gandakan usaha untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..aceewahh! Hehe..Ok, selamat berblogging dan berblogwalking. Have a nice day. See U! dan kalau takde aral aku akan mula aktif berblogging ikut mood dan masa yang sesuai.. Senyum selalu blogger dan kawan alam maya semua c(=
Nota cinta----> missyousomuchmydear<3
-------;---{@
~Dawia Honeyputri~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi