Thursday, 30 September 2010

.Tag Oh Tag :).

Salam dan selamat malam semua (:
Hari ni nak jawab tag yang dah lama aku hutang dengan adek c0mel bernama tyra ..
harap-harap tak sedeh ye. Bukan sengaja nak lambatkan tapi kekangan masa yang mencemburui.. ayat skema desitu..hehe.


Okieh, sebelum tu nak stori sikit pasal petang tadi pegi kelas akaun. Bukan nak stori apa tapi cuma nak cakap lip ice meyakinkan keyakinan ku. tetiba* dak aih..cuma nak gtau yang aku teruja doe bila leh buat akaun dengan jayanya walaupun step panjang berjela. Agagaga~ Okieh, tanpa rasa segan silu..aku nak jawab tag yang ditag oleh dek Tyra.
1. Berikan satu Make Up Equipment yg disukai..
Lip Ice sheer color :D
2. Ada rahsia kecantikan tak??
~Makan ulam dan banyakkan minum air putih (",)
3. Bagi anda, siapa paling handsome dalam kumpulan Super Junior??
~YeSung! :') *sory kidnap jawapan tyra sebab akak tak kenal ahli kumpulan tu
4. Kumpulan KPOP apa yg anda minati??
~SS501 kot*
5. Siapa BFF anda???
~ Khairiah, Fatimah dan Munirah..f0reva BFF
6. Apa lagi penting "Kekasih" atau "Sahabat"??
~Kekasih..kedua, baru sahabat.
7. Siapakah idola anda??
~ Bonda Tersayang. Puan Faridah Salleh :D
8. Moto hidup anda??
Nawaitu, Belajar, Berusaha.
Ceria dan sentiasa tersenyum c(=
9. Tag kan kepada blogger yg anda sayang and suka!! (Mamimum 8)
~Akan diberitahu di shoutbox atau cb0x blogger terpilih!! 
Syarat-syarat penyertaan! :)

~Mesti menjadi Follower Dunia Tyra
~Hanya untuk Girl!
~Kepada yg di tag,, dia MESTI kena tahu!!!

Alhamdulillah, selesai pun menjawab tag yang comei ni;) macam empunya tuan yang mencipta soalan ni..hehe.Rasa macam nak nanges je bila kesunyian macam malam nih.so..sob sebab si dear banyak keje yang nak dibuat. Harap segala urusan dear dipermudahkan..amin* Aku dengar suaranya tadi betul-betul dalam stress. Harap semuanya akan ok. Wee..xpela, mungkin ada hikmah ni semua kot.

Tapi naak nak layan FB ke Blog dah line wifi buat hal pulak.huhu. Tak ke sedeh. Maka, aku nak cari ketenagan merawat hati yang sedeh tanpa teman berbicara..Walaupun lappy aku ada jantinanya tapi ia masih belum pandai bercakap kecuali "I l0ve u"..hoho. Seraamm pulak bila fikirkan kalau laptop ni bercakap..hmm;) tak pela. Wifi lambat tetap nak BW(berblogwalking) even macam kura-kura 100 tahun berjalan sekalipun.

Okieh, nite semua.
tata titi tutu. 30 September akan berlalu..
dan bulan baru akan muncul esok dalam beberapa minit je lagi.
Harapnya semua akan ok. Pada tyra terima kasih sudi tag akak..
senyum lah selalu.. See u bl0gger !
---;--'--{@
~Dawia Honeyputri~

. I LOVE U CONTEST !!!♥.

Salam pada uols sekalian;)
Hari ni meh kitaramai-ramai join contest secara geria..hihik. Okieh tadi dah join ni nk join lagi. Kan aku dah cakap, sekali aku join conyest mesti tak dapat berenti..ahaks! Ok, kali ni pulak contest yang dianjurkan oleh aSra atau ash,seorang yang berkaca mata seperti aku.
 
Wee, tertarik nak join sebb banner dia yang cun melecun. Kuat pulak nak nak contest yang bertema kata kalimah indah yang semua orang tau. Jadi, aku pun nak kongsi join sekadar mencuba. Tuah badan, siapa la yang tau la kan3x (",)

Syarat-syarat:-

Terbuka pada semua bloggers
Buat satu entry bertajuk "I LOVE U CONTEST"
wajib menjadi follower blog penganjur
Letakkan banner contest di tepi sidebar blog dan juga entry korang
(harus ada link back ke contest ini ye)
tag 3 bloggie laen lebih ramai lebih bagus eah
Jangan lupe comment post penganjur

tema concept CONTEST ni adalah dengan cara mengUPLOADkan gambar anda bersama dengan orang tersayang ◕‿◕



I LOVE HIM ---> That i call Dear:)

because dear  is my 1st L0ve that prince  i ch0ose .Open my heart deeply h0nestly and unic. Many thing about him most secret to explain more.. but i know he l0ve me and i also love him so much.
Tarikh tutup: 3o SeptEmber 2010
Hadiah : surprise..
jom jom jom...join this contest..!!! 

Okieh lah ;) harap menang..tapi kalau tak menang pun aku enjoy join contest ni :) Dah sekarang nak siap-siap pegi kelas dulu..nota cinta:heppinya hari ni..cuaca ok dan harap leh tumpu dalam kelas jam lagi even 2 jam sahaja.. pSsst ilysm my dear. Dan jap jap lupa nak cakap tu gambar lama aku dan dear..saja letak gambar tu sebab muka masyam dear tu yang aku suka. ahaks! kidding..See u!
---;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

.Contest Senyuman Maneh.

Salam dan harap hari  khamis yang ceria buat semua (:
Hari nih aku xde kelas pagi. Jadi, dapat la bermanja dengan lappy aku nia..
Sambil tu berBW dari blog ke blog untuk kutip pengalaman dan ilmu baru yang berfaedah buat diri dan minda..best sangat BW terjumpa satu contest.
 
Yezza! aku rasa dah lama aku tak join contest.huhu.Agak berbulan-bulan jugak la lamanya.. Tpi kalau dah stst masuk tu..maknanya lepas ni kerap la aku akan join contest..;) pecaya la :D memang itu la aku.. jadi macam ketagih atau gian tau. Susah nak gambarkan tapi itula kenyataan, hehe. Ok, sambung pada contest ni adalah anjuran Gadis kampung separa bandar :) 
Jadi, aku teruja sebab aku suka senyum..Jadi aku join dengan senang hati..hehe.

Ni adalah banner contest nih. Senyman maneh. Dan bukan senang nak cari senyuman yang maneh  tapi bukan manis tau. Ok, aku bercanda. Serius,gambar yang kupilh untuk c0ntest ni adalah :-

Syarat-syarat:-
Mestilah menjadi followers blog Gadis Kampung Separa Bandar- Done.

Mesti buat entri pasal contest ni- Done.

Pic yang dipertandingkan mestilah hak milik sendiri-Done.

Anda diwajibkan berada dalam gambar tersebut dan bebas sama ada nak gambar sorang, bersama kawan ataupun family-Done.

Hanya satu pic saja dibenarkan untuk dipertandingkan-Done.

Letakkan dan link banner contest di side bar blog anda dan tinggalkan link anda di komen cik empunya bl0g yakni penganjur-Done.


Tag minimum 2 atau lebih rakan anda-Done.

Tarikh tutup adalah pada 10-10-2010

Hadiah adalah topup bernilai RM30 !!
Lambat lagi due nya tapi cepat-cepat la join untuk memeriahkan contest nih;)
Aku dah join..jon ramai-ramai. Kalau nak join kelik Sini .Pada yang kena tag, harap dapat join dengan rela hati..hehe:D Okieh lah..nak BW dulu..See u! Have a niCe day ^^
---;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Wednesday, 29 September 2010

. LappyKu GirliSh =).

Salam buat bl0gger sekalian :)
hari ni aku sangat penat sebab kelas padat., Alhamdulillah sebelah petang dah takda dah kelas. Syukur sangat.Sebenarnya hai ni entri aku berbaur teruja ok. Sebabnya aku dah tau jantina laptop yang aku dok ngadap dia setiap masa selepas menjalani ujian face to face dan hear by hear..ngee:D
 
Ok2, sebelum ni aku cuma dok tengok ja entri yang kita boleh tau jantina lappy kita gurl or boy..hikhik. Tapi macam tak pecaya je kan. Mana tau, sekarang boleh tau dia jantina lelaki ke perempuan. Suatu hari nnt , siapa sangka lappy leh brcakap dan berinteraksi dengan ownernya. Tak ke haghu..huhu. dalam loghat kedah.Atau dalam bahasa buku, tak ke kacau bilau kalau jadi mcm tu..Bukan aku je, rasanya korang pun akan lari bertempiaran bila lappy korang cakap sakit, dia deman atau lain-lain lagi..Aku cuma cakap. Tapi mana tau kan..dunia dah canggih-manggih. Tak mustahil selagi manusia punya akal;)


Nak tau caranya. Senang sangat. Aku dah try..sekali je dah dengar
1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul-betul suara "I LOVE U". Suara lelaki ke perempuan? Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu lelaki la dan begitu la sebaliknya;)

my lappy blue is female
Dan lappy aku adalah betina lepas dengar suara perempuan dengan jelas serta volume yang kuat ..hehe;) So, aku heppi sebab xda la malu-malu dok ngadap ia siang malam tak kira masa.. mmg teruja weh bila lappy ni cakap sayang aku..;)
 dan sekarang memang konf0rm lappy ni berjantina gittu..hikhik. Korang cubalah pasti best dan rasa macam tak pecaya tau:P
That my m0ment being i'm appreciate the techno in my life. Duni dah maju sampai lappy pun dah ada jantina..Tapi hanya suka-suka je. Memang boleh buat kita ketawa keriangan. Macam aku dan roomate aku semalam :D masing-masing nak tau jantina lappy.. Jadi, lappy biru ni akan jadi girlish yang comei bersama owner yang setia padanya..agaga;)


Okieh, sampai sini dulu entri aku,,sebab dah nak bersiap pegi open house Fakulti sempena hari raya..yippe! mula pukul 8 malam. Jadi, doakan aku selamat nak meredah hujan yang lebat. Sebab tadi hujan turun dengan mencurah-curah dan kilat saabung menyabung beserta kilat. Memang takutt..nauzubilah. Ok2, aku nak pegi beraya dulu..Sesapa nak try, try la..nnt komen ye. Korang punya lappy jantan kew betina..hehe;)
Selamat berbloging dan berblogwalking semua c(=
---;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Tuesday, 28 September 2010

.♥ KFC time with My bel0ved Family :).

Assalamualaikum dan salam ceria buat bl0gger dan reader blog ni ;)
Hari ni dah takda entri raya ye kawan-kawan. Tapi xtau la akan datang dalam masa yang terdekat ni kan..ehehe.Tapi kali nak stori pasal KFC time dengan famili terSayang ! Masa ni sebelum aku balik U dua hari lepas raya ke-7..raya ke-9 la kan. Tapi masa ni dah tak beraya, tapi malam esoknya nak balik Unisel dah. Ayah bawak kami satu famili makan KFC lepas merengek manja kat ayah pasal kupon yang boss ayah bagi tu..6 keping kupon maknanya 6 set okieh;) Jadi ayah cair dengan pujukan anak sulongnya dan si Bongsu Badrul. Malam tu lepas maghrib , kami sekeluarga gerak ke KFC..! yippe! siapa yang tak suka makan KFC kan..hehe:D
 
Best sangat masa dalam kereta. Sempat berangan yang indah-indah sebab malam tu cantik. Ada bulan dan bintang yang sempat aku rakam dalam minda..mmg cantik :) Ok jangan fikir  aku dok berangan yang bukan-bukan pulakk..ngee. Dan saat tu, rasa semua kami adek beradik dan ayah ngan maka dalam kereta. Aku rasa satu perasaan bahagia yang tak terhingga. Sampai sekarang aku ingat.. manis sangat momen tu. Dan sampai dah KFC Pusat Bandar..hooyeh ! Keriangan aku dan adk-adk semangat turun dari kereta beserta kup0n yang ayah hadkan 4 dari 6 keping je. Tapi tak kesah. Sorang satu set adek beradik. hehe. Cukup..lalalala~

Serta merta masuk dalam restauran KFC dan beratur nak pesan makanan. Maksudnya tambahan lain selain kupon yang sedia ada. Sebenarnya set makanan tu pun dahcukup sampai-sampai aku dengan Nana kena bagi penggemar tegar ayam Pali habeskan..hihi. Jom Makan bersama Keluarga tercinta. Serius aku bahagia. Ini keluarga aku dunia akhirat.

muka teruja yang tak sabar nak makan ayam yang besarr tu;)
Jemput makan KFC bersama :D
candid..mak terSayang tengah makan kentang putar ;)
sayangg mak:)
Candid lagi..nampak sedapkan Badrul makan dan nana juga..aumm ;)
snap snap ^^
selera ayah makan :)..rindu ayah!
Pali..candid masa mula-mula dah sampai ke meja;)untuk aumm ke mulut ^_______^
Sedap hingga menjilat jari..macam trademark dia(KFC) kan.Walaweh, lepas tu kenyang sesangat..hihi.Tapi tak cukup lagi, aku dan Badrul merap lagi tambahan , sundae cokelat sorang satu tapi Nana dan Pali xmau pulak. Jadi, selera aku ngan badrul sama sukakan aiskrim dan sundae yang sedap-sedap manis tu;) Selesai.. dah dapat terus balikk. ngee:D heppi tau sekali sekala keluar bersama famili. Nak nak semua ahli ada..memeng tak selalu la macam ni.. Bila dah ramai-ramai teringat pula dah lama ayah tak bawa kami p Bukit Merah main air katsana. Tu pun aktiviti famili kami gak bila semua ada dan bercuti. tapi tahun ni sekali pun tak pegi lagi. Apepun, hujung tahun ke cuti sem ni mesti p..yeah;)
Jap2,lupa nak stori yang kenapa ayah aku hanya guna duaa kupon je walhal ada 6 orang dan kami jugak memang 6 orang ahlinya. Sebenarnya mak, tak makan ayam dari kecik. Dan tak penah nak selera pun makan ayam. Masak je mak pegang ayam. Kalau tak, tak pegang langsung sebab tak lalu.. Dan ayah pulak tak belikan untuk ayah sebab tak nak membazir. Kan membazir tu amalan syaitan.. Jadi, aku faham sangat ayah aku satu-satunya itu..memang amat memahami anak-anaknya yang takkan habes makan ayam sorang-sorang. Mesti ada yang terlebih cukup seperti Nana dan Badrul. Aku perut tong ni mesti la tak..hehe. Takkan larat habeskan semua. Jadi, semua tu ayah pun dah jemu makan selalu makan kat opis time lalu KFC. Jadi selera nak terliur sangat-sangat makan aku ni, kurang dan tak dak langsung bagi mak..itu la sebabnya reader sekalian..hihi;)

Okieh lah, taip entri ni sebenarnya akau tgh homesick.huhu.. Rindukan famili dan kenangan manis bersama. ♥♥♥ Nasib aku dah nak final dan nak cuti sem tak lama lagi..Jadi dapat la balik ke umah semula..Hoyyehh. Tak sabar saat tu;) Dan selamat berbloggng dan berbl0gwaking semua. Hari Selasa hari yang agak free bagi aku sebab test dan settle, asaimen tinggal akaun je lagi. Dan kelas banyak dah xde sebab dah habes silibus. Tapi bila cakap pasal final exam?..erkk ! See u C(= smile alwayS.
---;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Monday, 27 September 2010

. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010.. Raya Ke-7=).

Salam buat blogger ,reader dan stalker blog ku;)
Kali ni entri last raya aku bersama famili dan kawan-kawan kat Kedah..memang beshh dan happenin. Rindu sangat kenangan tu. Kalau nak diputarkan masa nak je aku patah balik dan beraya habes-habesan lagi tapi itulah dinamakan kenangan. Masa yang berlalu tak boleh berputar balik. Kalau la.. kalau la itu, kalau la ini..huhu.


Okieh2 sambung taip entri seminggu beraya sakan. Masuk hari Jumaat balik la..maknanya dah seminggu beraya. Time tu aku pulak berjalan umah kawan-kawan.agagaga. Memang xleh rancang. Semuanya berjalan seperti di atur. Mulanya aku mintak kebenaran kat mak malamnya untuk pegi umah raya kat kawan-kawan terdekat dan aku sebut la nama-nama kawan-kawan aku. Dan mak izinkan.. dan mende yang sama aku suakan pada ayah. Dan jawapan ayah jugaak yess! dan aku yezza cun melecun pagi Jumaat semagat nak beraya la katakn. Aku mula bertolak sorang naik moto pegi umah kawan. Semua kawan-kawan aku tak jauh. Cuma setengah jam atau 25 minit je dari rumah.


Mula, aku pegi umah mus atau nama sebenar beliaw Siti Musslihah:) kat Sungai Salleh. Sembang-sembang ngn mak dia. Kebetulan raya ke-6 jatuh Hari Malaysia 16 September. Jadi aku yang tak ramah ni sembang la pasal cuti Hari Malaysia dengan mak muss. Dan muss aku dah rancang ajaak dia pegi umah kawan-kawan yang lain. Jamah biskut raya seketul, Minum air sampai licin..gerrakk umah kawan yang lain pulak. Hee:D

Destinasi seterusnya pulak adalah umah Bazilah. Hee. kawan masa sekolah rendah aku. Umah dia kat pekan je. Mudah nak gerak. Dan kali ni aku tak keseorangan sebab ada Muss. Berdua naik moto masing-masing pegi umah Bazilah yang kebetulan ada hal tapi bila kami cakap nak datang dia tangguh dulu kerja dia. Baikkan dia !◕‿◕
Sampainya kmi dijemput ke umah. Dan kat umah bazilah sempat snap gambar buat kenangan walaupun gambar tak de la cantik macam kamera DSLR ..huhu. Senyum saja !

Bazilah dan muSs
Bazilah, Dawia dan Muss
Desini kami makan kek lapis sarawak yang cukup walla! habaq mai kat hempa..tanya bazilah, mak dia beli kat Aloq staq haa..kedah mai walaupun kek sarawak;) Harmoni kan. Licin kek tu dalam balang kami makan. Pastu,ajak Bazilah pulak bersiap pegi konvoi umah Khomsah..lalalala;) itu la aktiviti aku kira mengajak kawan yang aku singgah umah dia turut serta kami beraya..Bessh! Walaupun Bazilah ada kerja..tapi lepas dipujuk bagai. Dengan mintak izin mak dia..maka, dia jadi ikut kami beraya..hooyeh. Maka, merempit la kami ke Kmpung Badlishah, Durian Burung ke umah Khomsah. Membe aku kat sekolah rendah gak;)

Kat sana makan bihun singapore dengan sambal kicap 1st time try..fuhh;) terangkat kening sebab sambal kicap dia super delici0uS..thanks khomsah atas makanan yang sedap tu. Kemudian kami pegi umah kawan baik aku masa form3 dan sampai lani..bawah ni pic dia;) depa kata perangai aku macam dia. tapi sebenarnya berbeza. Sebab dia lembut, aku kasar perangai..memang tak dapat dinafikan lagi..huhu~
Nur Khairiah Sazwani ^^

Cik empunya bl0g berp0sing di umah sendiri ;)
Jemput datang umah makan biskut ..hee
mereka di rumahku destinasi terakhir:)
Masa kat umah Khairiah..ecece muka aku palingg chuby!
Selesai makan laksa kat umah khai, hujan mula turun..masa tu dah waktu kaum Adam pegi solat Jumaat. Jadi nak tak nak kami dok lama jugak kat umah khai. dia pun sembang la dan nampak sangat Khai dah makin kurus..dan aku sangat la gemukk..ouh tidakk. tengok je la pic aku yang krelihatan chubby dari semua orang..ouh tidakk..!

Dan agak-agak dah nak berenti hujan, aku ajak depa semua pi umah aku pulak..baru adilkan ;) Maklum la, aku kan kepala atau ketua rombongan beraya tadi..Jadi , depa pun setuju dengan jayanya membonceng dan bawa moto ke umah aku. Hee hepinya. sebab kebetulan hari tu mak kesayangan masak mi kuah ketam. hujan pulak waktu sampai kat umah. Jadi makan la depa semua beraya umah aku.. kepala pulak waktu tu amatlah sakit sebab kene hujan.. Dalam pukul 3 petang baru selesai konvoi raya aku umah kawan-kawan.lalalala;) Lepas dirang mintak diri.. aku pun beraya gak kat umah sendiri dengan makan mi kuah ketam mak yang banyak ekor ketam cumil yang dimasak sekali. Dua pinggan gittu! Blurrpp..kekenyangan di Hari seminggu raya. Ok2, ketam yang cumil sempat jugak aku snap masa beloum masak..hee:D


Ok, selesai sudah entri raya aku..best pulak ingat blik kenangan tu walaupun korang-korang mesti punya cerita yang best jugak tapi ni la raya paling best sebab pegi sembahyang raya, banyak berjalan raya..yang paling penting ikatan kekeluargaan dengan 1001 keMERIAHan mengikat keMESRAan di Aidil Fitri..ngee:D hehe.Okieh dah panjang menaip, nak pegi masak diner dulu. Psstt yang simple-simple je.Pastu selesaikan asaimen tertunggak. Nanti dah selesai aku BW korang dan hempa k.. Salam Ceria. Cuaca kat luar tempat aku sekarang hujan lebar dan kemudian renyai..sejukk je. Rasa nak tido je..tapi tidakkk! asaimen menanti la Dawia.. ok see u!
nota cinta---> rindunya pada si dear! ilysm ♥♥♥
----;--'--{@
~Dawia Honeyputri~
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi