Sunday, 31 October 2010

RuRu dan NingNing =)

Salam ceria dan aSsalamualaikum blogger dan f0llower blog ku ini:)
Sekarang ni  aku rasa nak hapdate,hapdate dan hapdate ja. Gian yang membuak rasa terbatas bila kat umah.Aku nak cerita dua hari lepas, ayah ada beli dua ekor burung nuri kaler biru muda dan kuning. Aku ingat lagi 4 tahun lepas bila ayah beli. Dan masa tu sangkar dalam umah tau. Tapi yang bezanya, sangakar bukan sangkut diatas tapi hanya bersantai di lantai..haha. Memang agak janggal tengok sangkar waktu tu kat bawah. Aku tak tau sebab apa..tapi best sangat dapat tengok burung nuri tu makan bertih. Memang Nampak teruja.
Masa tahun tu, ayah beli warna kegemaranku warna biru muda.Lembut ja warna dia. Dua-dua ekor jantan.Comei dan sederhana besar. Setiap hari mesti tengok gelagat burung yang mericau tu:p Tapi waktu tu kan aku di bangku sekolah, tak berapa sedar akan kepentingan dan keburukan membela burung dalaam sangkar. Kadang-kadang aku cuba menjadikan diri aku burung..teringin terbang tinggi menikmati udara segar ciptaan tuhan dan merasai  bestnya bebas. Tapi bila tengok burung dalam sangkar dengan jaring yang rapat-rapat.Rasa sedeh pulak.Cam dapat rasa perasaan burung tu..Hempa semua nak tau tak,masa tu kan aku ada pernah bercakap-cakap dengan burung perliharaan tu. 

Yang kononnya cam faham bahasa aku kan..bila fikir balik,macam lawak ja..hoho:p
Masa tu kan zaman kanak-kanak.Bila entah,kisah burung tu ada jugak menyayat hati bila salah seekor dari burung tu mati. Ceritanya bila aku sekeluarga keluar sehari yakni pergi pagi dan balik lewat petang. Destinasi yang dituju aku dah tak ingat..bila balik je. Masa tu adik ketiga aku, Pali yang sayangkan burung-burung nuri tu pegi jenguk sangkar dan diaa la orang pertama yang perasan atas kematian burung comei tu..huhu. 
Ruru dan NingNing
Sedeh kot bila tengok burung tu tergolek seekor dia dihurung semut. Ialah kan sebab sangkar kat bawah..kenapa la agaknya burung tu mati..Masa tu sedeh sangat kott. Maklumlah dah rasa burung tu sebahagian dari kesayangan sebab burung tu kuat mericau comei sapa kami sekeluarga. Dan selepas tu, tinggal la burung lagi satu seekor di dalam sangkar. Mesti dia sedeh..last sekali adek b0ngsu aku dah lepaskan ia terbang tinggi bebas dari sangkar yang sepi tu.

Dan dua hari lepas, ayah ku beli lagi burung lagi dua ekor mulanya dengan warna biru muda dan kuning cair..diletakkan dalam sangkar burung merpaati sebelum tu, dan kees0kannya ayah beli lagi dua ekor warna yang agak sama, tapi terang sikit dari sepatutnya. Dua pasang..dua ekor jantan dan dua ekor betina. Cam c0mei ja tengok burung-burung tu mericau riang. .ngee:D teruja sangat!
 
Okieh lah,entri kali ni nak stori burung perliharaan yang dalam sangkar mempunyai dua kepak,dua\ kaki..lalalal~ Yakni ruru dan ningning ^____^ v. Tamah sudah..dan selamat berbl0gging dan berblogwalking semua <33 Selamat hujung minggu. Moga semuanya indah dan bahagia sentiasa. Psstt..berharap si dear lebih memahami diri ku :) dan kami akan menjadi burung merpati dan bukan burung nuri yang sejoli..ecece :P See U! Yeay! hari ni adekku Nana balik..dah tak jadi ank tunggal perempuan la..yang best nak merap dia buat kek c0klat dan laksa..nyum³..makan lagikkk!
-----;---'---{@
~Dawia Honeyputri~

Saturday, 30 October 2010

Senyum Ceria..Jom makan Keropok Lek0r !

Salam ceria buat semua f0llower,bl0gger dan follower blog ku:)
Selamat berhujung minggu semua..selamat perkataan yang paling kerap aku cakap supaya semuanya selamat hendakNya..amin*kan³..hempa semua sihat dak? aku alhamdulillah makin bahagia.Ceria je tanpa masalah.Sebab hari-hari cutiku gembira bersama keluarga..Paling best sakat si budak kecik Badrul:p memang geli hati dan penawar masalah. Hilang segala tekanan.Betul dan sungguh aku tak tipu.Terasa heppi sentiasa.Sakit kepala pun hilang berdesup dan tak macam minggu peperiksaaan hari tu :)
 Hmm sedap sangat makan lunch tengahari tadi sebabnya makan sambal udang plus sotong bersalut tepung. Kangkung g0reng. Petang ni pulak rasa macam nak makan keropok lekor.Nyum3x.. makan berabis sebab banyak yang aku nak qada bila dah balik rumah nih.hehe. Bila la kan :p memang kuat makan la.Cuti  nih banyak habiskan masa bersama keluarga tercinta. 
Nak pegi bercuti adek-adek belum start cuti sekolah. Jadi tak seronok sikit..lagipun cuti sem aku kali ni sat sangat :’( tapi aku bersyukur sebab ada jugak masa untuk aku berkesempatan balik ke kampong. Hilangkan kekusutan di hostel. Rasa dekat dengan si dear..ups! haha:D tapi masih belum berkesempatan untuk aku dating dengan incik gula hati<33 agak sedeh..tapi molek jugak kan..ecece sedapkan hati padahal sedeh bagai cemburu dengan pasangan lain yang dapat berjumpa buah hati.Sabar aje lah hati..
 Dah berbalik pada tajuk entri aku bersantai dengan kerop0k lekor.Aku minat sangat makan keropok. Tak kira la yang moden ke buatan sendiri ke kan..yang penting keropok. semua aku bedal.Tapi yang bestnya keropok lekor lebih berkhasiat dari keropok yang ada di pasaran sebab banyak perisa dan pewarna. Tapi keropok lekor adalah asli dan berprotein sebab diperbuat dari tepung,ikan dan garam. Direbus dan akhirnya dikeringkan.Dibentuk dalam pelbagai..bila goring..Ouh, boleh terliur.Meleleh..alahai badan. Makan je kerja aku..cemana nak diet. Hoho:’(
Ada ke dalam kamus hidupku diet. Kerjanya mengunyah ja.Macam mana berat badan nak susut. Risau pulak selera tinggi sangat..tapi,biarlah asalkan aku sihat. Selagi nikmat makan tu ada,tapi bila nikmat itu ditarik atas faktor sakit ke hape..masa tu dah tak dapat merasai nikmat makan dengan sepenuhnya. Aku bersyukur sangat sekarang ni, Cuma kena jaga berat badan.
 nie bukan keropok..ini udang lipan cacat..haha:D
Wee, keropok lekor memang sedap bila dimakan dengan air teh ke,kopi hitam tu ked an air ais..memang terangkat. Aku rasa kan..makanan ni memang takkan puas dimakan. Sebab banyak pilihan. Syukur sangatkan lahir di Malaysia dan menjadi anak Malaysia. Negara bertuah dan berdaulat. Lain negeri, lain budaya dan caara masakan.
Petang ni, keropok ni yang aku akan makan..sila jemput makan sekali ye.

Okieh,sini hujan..nnt aku BW ye.Line tak berapa ok. Dan entri kali ni pun campur² ikut mood dah nia..ngee:p pernah tengo udang lipan. gambar sebenar dia aku malas nak cari..korang google aje la ye. dan bila dapat aku cjadilah dia cacat macam gambar ketiga tu. Aku tunjuk kat si dear..dan dear gelak berdekah²..ouh sampai hati.huhu. Tapi memang geli hati jugak tengok udang lipan yang yang dah tak serupa udang atau lipan..kui³.Okieh, dah goreng keropok*update..J0m makan masa tengah panas. Nak² tengah hujan sekarang..Jom minum petang..Psstt..sambil tu senyum bahagia di hujung minggu ek..See U! Have aniCe saturday uols blogger. C(=
------;----'---{@
~Dawia Honeyputri~

Friday, 29 October 2010

Terindah Tercipta

Salam dan selamat pagi semua :)
Sekarang kalau kat rumah..yang bestnya boleh hapdate waktu bila-bila je.Tapi yang tak bestnya time nak hapdate adek²ku pulang kacau line. Hehe. Itu biasala kan.Pc berk0ngsi macam tu ceritanya. Banyak nak cerita nih. Tapi aku cerita sl0w-slow je ye.InsyaAllah, aku akan mulakan an cerita bila dah siap taip. Hehe. Korang ceria tak hari ni? pejam celik pejam celik hampir seminggu dah aku kat umah.Best sangat! tapi rasa cepat masa nih nanti tak puas pulak nak oliday lama²..hmm.
/(,") (¨.)
./\. /\.
_||_ _||_
Salam penghulu segala hari semua. Pabila datang hari Jumaat yakni penghulu segala hari..aku rasa tenang berbanding semalam. kalau di status Fb aku, aku letak sedang bermunasabah diri. Maknanya memang aku tengah berusaha gigih untuk mengenali diri ini. Mungkin kata orang agak terlambat untuk menilai atau susah untuk mengenali diri kita sendiri. Tapi bagi aku, untuk munasabah diri tak perlun pada tahun,hari atau minggu tertentu. Huh! maaf aku agak sensitif. Mungkin cepat sangat terguris dengan gurauan orang yang kadang² memang makan dalam. Macam ditusuk sembilu..Koran penah rasa tak? sakit kan?


Entahla..jadi, aku dah jumpa diriku semalam. dan hari ni rasa macam dah ada satu semangat baru. Mungkin lebih kuat dari semalam. Sememangnya manusia tak pernah sempurna. di sebalik kekuatan seseorang pasti ada kelemahan walaupun kadang² orang itu nampak sempurna. Aku bersyukur atas nikmat dan kurnianNya. Alhamdulillah Ya Allah <33 Aku sedar diri ini dan tak sepatutnya aku menghukum diri. Di hari yang penuh keberkatan Hari Jumaat ni, aku menadah tangan memoh0n doa, agar dibukakan hatiku untuk beribadah padamu Ya Allah..Kuatkan iman aku. sesungguhnya aku hambamu yang hina lagi kerdil ~~


Hari ni, aku akan mulakan yang baru.Banyak yang perlu diperbaiki. Mudah²an aku berjaya kawan²..Doakan daku ya^^,. tak sabar pulak rasanya! sumpah aku teruja. aku rasa segar..aku rasa insaf. Aku rasa apa yang sukar diungkap dengan kata²..Benar (,") bahagianya..Okieh la..rasanya banyak yang perlu aku buat hari ni. Selamat berbl0gging dan berbl0gwalking kawan-kawan alam mayaku. Selalu la saling berkunjung ye. Moga silaturahi antara kita erat terjalin. aku amat mengalu-alukan kedatangan k0rang di dunia maya tersayangku ini <33
Salam Ceria ! See U! Have anice day :D 


----;----'--{@
~Dawia Honeyputri~

Wednesday, 27 October 2010

Kisah Pengalaman Dalam Bas Buat Pedoman

Salam dan selamat petang rakan bl0gger, f0llower dan stalker blog nih :)
Hee..mulanya nak cakap aku heppi sangat kat rumah sekarang. Cuti semester la katakan. Sila jangan cemburu sebab Unisel memang cenggitu. Awal dari yang lain. Swasta la katakan. Pada adekku dan pelajar IPTA lain, diharap berjaya dalam final exam yang akan korang tempuh bulan depan kira-kira 4 hari dari sekarang..tehee :D Tapi rasanya kebanyakan student IPTA akan exam mulai minggu depan. Gudluck semua! (:
Aku dah selesai peperiksaan sabtu lepas dan sekarang masa untuk oliday! Alhamdulillah dah kat kampung halaman di rumah tercinta dan syurga pertama duniaku. Hari ni dah 4 hari aku di rumah. Sekejap je masa berlalu kan..tapi yang paling aku best, dapat lupakan segala masalah yang melanda masa kat kampus. Segala-galanya hilang. Noktah. Yang ada kebahagiaan dan keseronokan sahaja. Seyum puas! :)

Sini aku ada snap pic masa dalam mas on de way balik Kedah.Empat buah bas tolak satu,baru sampai ke destinasi. dan setiap saat amat mendebarkan walaupun kadang² bosan sebab sorang-sorang. Jadi ini la keje aku..ngee:p Eh hang tak malu ka Wia, dok snap-snap gambar dalam bas. Pengangkutan awam. Ramai orang..tak malu ek?! kalau dah suka tu..pandai² la kan kawan-kawan. Cari line..dan masa tu line aku clear sangat..wink*
keb0sanan*
kegedikan*
kecerahan terlampau *
Ye nampak kan perbezaan bas yang aku naik. Aku memang la suka sesangat menangkap gambar walaupun mimik berbeza tapi wajah tetap sama. Pabila naik kenderaan awam nih. banyak ragam dan karenah manusia yang aku jumpa. Bukan tu ja, bangsa,budaya dan agama yang berlainan pun aku jumpa dalam satu bas. Memang unik kan Malaysia tapi aku gerun jugak bila dah berlainan bangsa. Entah..mungkin sebab aku sorang. Huhu* Psst tapi tak selalu.


Ragamnya memang tak tercapai dek akal kadang-kadang. Baik peandu bas mahupun penumpang. Dan paling aku takut pabila oran yang dok sebelah aku tu lelaki. Tobat buat bisu 1000 bahasa T___T sebabnya aku cukup takut balik kampung hari tu bila tiba² aku terlelap. Entah kenapa perjalanan dua jam tu buat aku terlelap mudah. Huhu. Tapi tersedar bula orang cuit tangan aku. Rupanya seorang pak cik lingkungan 30an. Ok je la, dia suruh aku ubah beg galas aku. Sebab tempat lain dah penuh kan. Jadi aku tak kesah lah. Ubah ajelah. Kebetulan kali ni balik barang agak banyak. Huhu :( penatt..


Sampai katmana entah, mulanya aku tengok orang sebelah aku tu dok baca paper. Ok la kan. Tapi bila dia nak tegur aku tu, dia asyik siku lenga aku. Haishh..cam gerun pulak kan pakcik sengal tuh.Bila dia tanya aku buat tak tahu je dia siku aku untuk perhatian pada dia. Dah la bau mulut bau rokok. KUAT pulak tu bau dia.Ceit! Dah la tanya macam²..naik hairan gak aku. Dan satu lagi yang aku tak berkenan..dia tanya mana aku nak pergi, belajar mana, berapa orang kawan balik sekali, pastu nak tahu detail itu detail ini. Pertama kali kot orang macam nih. Aku dah naik takut tapi tak tunjuk sangat la kan.* Tapi dalam hati tuhan je tau =.="

Gerak geri dia buat aku tak tahan. Ceh. Jenuh mengelak. Dah la aku dok tepi tingkap. Lagi sekali tepi tingkap okieh. Naik sesak dada aku dengan pakcik tu. Tapi nasib tak lama situasi tu sebab dia dah sampai destinasi dia kot. Aku dah tak tahan sangat²..rimas kot² hal-hal yang bukan-bukan berlaku..selamat..Fuhh!! Okieh sejak lepas tu, aku dah berjanji dalam diri TAK kan dok sebelah tingkap lagi. Ni nasihat aku pada kawan-kawan Hawa..sebelum terjadi apa² yah tak di ingini Jaga lah maruah kita baik-baik sebelum tercemar. Huhu.. macam pengalaman la kan.. kecut perut Oooo.


Ok, memang agak lewat aku cerita tu, tapi nasib jugak aku tak apa². Buat-buat dia ikut aku tak naya ka?! Aku bersyukur sangat. Lepas nih akan lebih berhati-hati lagi. Selamatkan lah aku Ya ALLAH di dunia dan akhirat amin* Sebenarnya nak cerita awal tapi kekangan masa dan letih. Aku lengahkan dulu. Hukhuk. Selamat berblogging semua. Rajinlah BW untuk erat ukhuwah sesama bl0gger ye. Have anice day..See U! notacinta--> ambik pengajaran dari pengalaman adalah satu langkah berguna. Dan tak lupa, moga dear cepat sembuh..amin*
----:---'--{@
~Dawia Honeyputri~

Tuesday, 26 October 2010

.Shawlip0p ConteSt =).

Salam Ceria dan aSsalaumualaikum rakan bl0gger sekalian. Bila dekat rumah ni, banyak masa aku luangkan dengan famili je.Belum sempat bercuti-cuti,hikhik.Tapi bila ada kelapangan tengok contest cam best je. Jadi aku tertarik hati untuk join dalam contest yang besh nih. Nak tau meh dekat. walaupun dah lama berlangsung. tapi aku masih sempat. Sekadar suka-suka..lalalalala~
Jom join contest shawlipop!
Bila contest ni bermula?
Dari 9 Oktober 2010 (Sabtu) hingga 9 November 2010 (Selasa) .
Siapa yang boleh join contest ni?
Contest ni terbuka untuk semua, tidak semestinya pelanggan shawlipop sahaja. Penganjur contest tidak akan bias okieh!
Apa yang anda perlu buat untuk menyertai contest ini?
First, like kami di facebook (sila refer sidebar). Jika anda tiada facebook, sila jadi follower blog ini.
Second, pilih satu gambar (gambar anda menggayakan shawl) yang paling menarik dan sertakan dalam sebuah entri bertajuk shawlipop contest.
Third, sila letakkan link shawlipop di entri. 
my picxa<33
Easy kan?. Aku copy dari kata-kata penganjur.Tak perlu nak karang entri cecah lantai semata-mata nak menang contest ni. Hanya perlu tunjuk gambar yang dirasakan paling cantik dan menarik dan you will stand a chance to win something from NewZealand and United Kingdom, beserta sehelai shawl. Yang penting, mesti ada blog.Jumlah pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan. 

Gambar penyertaan yang akan diterima oleh penganjuri:
Hanya yang bershawl sahaja, tidak kisah la fashion apa shawl gipsi ke, shawl corak, plain shawl, pasmina etc. Tudung bawal tak bole.
Gambar tu mesti nampak muka dan jelas. 
Anda mestilah beraksi solo. Gambar ramai-ramai tak boleh :p So, sila bagi link entri penyertaan di kotak penganjur c0ntest ye.
 
Yeay !! aku dah join. Korang yang belum join jom cepat-cepat join ye, memeriahkan contest nih. Sesiapa yang berminat kelik sini:)Ok, sekarang dah pegi masuk dapur. Masak-masak untuk famili.. See u! Selamat ber4blogging da berblogwalking semua.. Have aniCe day. Psstt..si dear moga cepat sembuh dari deman selsema..amin*
-----;----'--{@
~Dawia Honeyputri~

Monday, 25 October 2010

BoSan?? Layang tag..

Salam dan selamat petang semua blogger :)
Aku dah start cuti sem..danh sampai kat rumah pun sekarang. dan tengah on9 pc ayah yang baru renovate. Jadi laju je sup sap internet kat rumah ni ha..hehe. Okieh, 1st entri dari rumah untk cuti ni, aku nak jawab tag dari luv syahnia. Terima kasih ye tag saya dari masa saya exam. Sekarang dah free baru boleh jawab :) lalalala..harap-harap tak kesah ye. Ok, jom jawab tag dan soalannya.. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim..
 
1. Apa benda paling penting dalam hidup?
keluarga terutama mak ayah <33, adek-adek, si dear..kawan?:) yang terbaikk je kot*
 
2. Benda terakhir yang dibeli guna duit sendiri?
pencuci muka ^^,

3. Di manakah tempat akan dilangsungkan 
perkahwinan dan apakah temanya nanti?
Tak tahu..haha. Tak penah terfikir lagi katmna. Tapi semestinya di Kedah,tempat daku membesar dan bermain..lalalala;) Tema kawin ye, sukakan yang mudah,ringkas dan ala taman;) warna tema tak pasti..silver biru muda..mungkin*

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
menjawab dengan ala-ala shy shy cat..senyum c(=

5. Berapa lama akan mencintai kekasih?
mencintainya sehingga tanah menagihkan nyawa;)

6. Dimanakah selalu jumpa kekasih hati?
tak tentu, tapi selalunya tempat yang ada makanan:p

7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
Remaja. Minat..besh! tak miss tau.

8. Apakah nama penuh korang?
Rabiatul Adawiyah Zakaria<33

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Kedua-dua sebenarnya. Tapi bila suruh pilih siapa yang lebih mesra. Mesti la mak. Kedua ayah.
Mak tempat mengadu..ayah tempat bercerita. Jadi dua-dua mesra! :)

10. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
Siapa ye..tak terfikir. Mungkin Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
di hostel..ya!! dan di rumah, orang jepun ye kawan-kawan:p

12. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Pantai seluruh negeri..lalalalala:))

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
selesa peluk:p kiSs bila perlu je. Haha.Apalah aku ni..O.o

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag.
seorang yang penyayang..lemah lembut. Hatinya sudah berpunya..
dan seorang pemakai gigi besi atau pelekap gigi* hehe..

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup
chitobebear teddy
henpon Nokia Kiayaya
lappy Biru ruRu
kamera ohlala
cermin mata..wink*
16. Lagu yang paling suka dan selalu dengar?
menanti  di barzakh-Fareast

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
28 Mac dan sambut dih0stel bersama teman-teman dove.


18. 5 rakan blogger yang korang nak tag
Kak Shima
Kak shiqa
Kak Shasya
wan hazel
Biskut
Selesai menjawab dan akhirya settle satu tag dan ada satu lagi tag yang tak dijawab lagi.. Tunggu ye. Bla kat rumah mood nak berbl0gging amat tipis sebab banyak aktiviti dan tarikan tv..lalalala~ Okieh harap korang hepi-hepi ye. Salam Ceria..See U!
----;----;--{@
~Dawia Honeyputri~

Sunday, 24 October 2010

Alhamdulillah ! Selesai semuanya=) Jom balik Kampung.

Salam dan selamat malam semua bl0gger :)
Alhamdulillah hari ni aku dah merdeka dari peperiksaan. Yippe! Hurray!! tapi untuk sem ni la.Bagi student lain yang tak sama U dengan aku gudluck untuk final korang ek. Tapi dalam keseronokan ambik exam. Aku ada rasa tak best jugak sebabnya tak tahu. Mungkin tak sedap hati sebab tak konpiden kot. Nak nak paper last tadi.. Akaun?! ouh..aku macam tak puas hati. Masa yang tiga jam tu rasa macam tiga saat je. Cepatt. Huaa..rasa macam nak lambatkan masa je tau:'(
 
Tapi yang dah lepas, biarlah lepas. Kepala bagai nak pecah fikir habis-habisan untguk final. Dan esok masanya aku balik kampung. Sekali lagi jom lompat ramai-ramai. Jerit kuat-kuat..!! hurrayy! best dapat jumpa mak, ayah dan adik-adik lelaki yang nakai dan comei tu:p rindu sangat-sangat.
Semalam dah settlekan segalanya.. huaarggghh!! sangat penat hari nih. Penat badan, penat otak. Tapi lega, malam nih malam last aku kat ostel untuk sem ni. Ramai yang dah balik. Malam ni pun dah sunyi sangat. Dan malam ni jugak aku tido tak berbantal. Sebab barang-barang semua siap dalam stor. Esok aku melenggang je.Lalalalala~~
muka heppi*
Gambar tu saja je letak . Sebab bilaa aku holiday kat umah. Dah tentu-tentu aku jarang on9 dan Bw di waktu malam. Jadi,,,apa kena mengena nih?! Haisshh..! hee:D okieh sebenarnya aku pun dah penat sangat. Nak rehat, nak kemas sikit lagi barang supaya takdak apa yang tertinggal esok. Wink*Aku heppi aku dah merdeka final. Aku heppi aku balik kampung aka umah esok. Aku heppi aku free...*^^,*

Selamat berblogging semua (: Kepada yang baru nak start exam..mudah-mudahan anda semua berjaya. Dan doakan kejayaan aku jugak ye..amin* Selamat berbl0gging semua. Kepala tak sihat. Mata dah berat. hari nih betul-betul penat. Tapi psstt..hari ni aku diner, makan makanan luar.Dah lama kot. saving la katakan. Hari ni nasi goreng pataya.Nyum-nyum..okieh..senyum selalu*
Have a nice day !! MERDEKA!! c(=

---;----'---{@
~Dawia Honeyputri~

Friday, 22 October 2010

Pilu Hati Ini ku Tinggalkan Bilik Kesayangan.

Salam semua dan selamat petang :) syukur akhirnya aku dah tamat dua paper hari semalam..penatt sangat otak. Mata pun dah berat. walaupun aku ada tekanan dalam teman sebilik tapi aku berjaya kawal perasaan :p aku tabah je. Kan semua orang ada problem gak kan?.. entah la kawan-kawan..hidup memang camni kan? Nasib dah nak habis sem untuk sem ni O.o
nota yang dah settle selamat dalam kotak..
Aku sabar je menempuh dugaan nih. Semalam aku moody. Tapi sekarang dah okieh sikit. Terima kasih ye pada bl0gger-bl0gger yang komen kat aku pada entri yang lepas. Terharu sangat!=) dan malam tadi kemas-kemas barang untuk pindah dalam stor. Packing buku dan packing sini packing sana. Settle! Penat sangat malam tadi,sampai sempat Bw je. Tak sempat nak tiap entri.Padahal aku nak sangat luahkan something dalam blog nih. Tapi tak baik mengata orang kan..Biarlah aku pendam sorang-sorang -_____-. Bestnya tengok kawan-kawan Fb heppi. Kenapa aku tak heppi ke?. aku heppi jugak tapi tak seceria diorang. Ada kawan baik-baik, yang setia. Yang ada susah dan senang. Tapi katsini..susah nak jumpa macam tu. Redha ajelah dengan dugaan nie..
tabahlah hati*
Pagi tadi seawal 10 pagi, member aku Fatin dan Jecy datang nak ajak pegi stor sama-sama. Dan siap-siap. Pegi angkut kotak dan sebuah beg yang sederhana besar. siap! tapi penat sangat sebab turun 3 tingkat berulang-ulang 2 kali.. fuhh! penat sangat. Kemas-kemas barang dalam bilik kemudian tak sanggup dah nak sebilik dengan roomate sekarang. Aku pindah bilik sebelah :'( kesian aku cam merempat je tapi aku tak sanggup! betul tak sanggup walaupun hanya tinggal dua hari je lagi kat sini untuk sem nih.Hempa, hempa dan hempa semua pernah ada masalah dengan roomate tak?..ni kali pertama aku rasa. Seksa kan! sebab kena mngadap hari-hari tapi orang tak suka. Baik di depan tapi di belakang mengutuk yang amat.. Sabar Wia..Sabar=.="

Kadang-kadang terfikir..manusia ni kenapa perlu hipokrit?! nauzubillah. Sabar je lah. Aku jahat sangat ke?. KOrang nak tau yang aku sentap sangat aku terbaca bl0g dia. Wahh, itu yang terbongkar semua. Nasib la dia blogger baru..kononnya nak uah dalam blog. tapi tak terlintas ke di hati dia yang aku tahu blog dia. Ke memang dia nak aku baca dan sentapp?! Ouh manusia.. Ya Allah jauhkan diri aku dari mengaibkan orang. Apatah lagi dalam blog atau dunia maya ni Ya Allah. berdosa yang amat kawan-kawan. Aku boleh je bagi url blog dia. Nak nak pulak dia baru je ada blog. Blog dia pun tak la hebat kan?..tapi nak buat apa promote blog dia. Hanya sekadar diari dia kot. sedap je meluahkan segalanya. Sabar lah hati, sabar la jiwa. Hidup ni memang macam nie :'(

Sekarang aku tengah menaip dalam bilik sebelah aku dulu. Biar pindah sebelah senang tak payah mengadap muka hipokrit dia. Ouh! dah tutup pasal nih. Cuma aku nak cakap dalam banyak-banyak roomate yang aku ada. Ni la kejadian yang pertama jadi pada aku. Roomate yang kurang ajar T_____T sentap weh sentap. Sakit hati, terluka, terasa..siapa yang pernah rasa mesti tahu. Yang aku tak tahan dia muda pada aku. Tapi kutuk dalam blog dia.. menangis pun tak guna kan. Alhamdulillah jugak dia dah tak sebilik dengan aku sem depan..legaa sangat ^^, 

Cuma harap kejadian macam ni tak berlaku lagi. Aku manusia hina tak lari dari kesalahan. Tapi bila orang menghina dan mengutuk kita. Hati mana tak terguris. Dah la, harap tuhan membalas apa yang dia katakan pada aku. Aku tak sabar nak balik rumah. Nak hirp udara segar. nak mulaa hidip bar untuk sem baru. Nak berdoa supaya dapat roomate yang baik dan solehah. Dapat berkongsi pendapat dan sekurang-kurang yang sebaya..amin* Tolong doakan aku ye sahabat blogger sekalian. Walaupun aku ceria tapi tak bermaksud hati ini tk pernah dirundung malang dan berkesorangan* Hanya kawan-kawan yang baik aku harapkan..bukan yang jenis kutuk-kutuk.

katil dan almari kesayangan yang dah kosong*
Dah setahun setengah aku dalam bilik ni, katil ni dan almari itu, tapi hari ni aku tinggalkan ia lebih awal dari hari sepatutnya untuk selamanya. Sedihnya T___T sebab bilik tu banyak sangat momen sejak aku mula masuk sem satu lagi.Hati ini menangis ya sahabat..hati ni sunyi. hati ni terguris. Biar di pendam. Harap-harap benda ni cepat berlalu. Nasib bilik sebelah aku dan sekarang jadi bilik aku ni dah kosong. dapat jugak aku lari dari si dia(roomate). Hmm..esok exam akuan. tapi langsung tak studi lagi. Hati aku kena kuat. aku mesti target tinggi. Taknak down lagi. Haishh! perasaan pergi lah jauh. Aku tak pandai mencarut, dan tak pandai bahasa mencarut tapi biarlah aku cakap Biadapp pergi lah jauh.. !!! Pilu hati ini ku tinggalkan bilik kesayangan :'(

Jom nak mandi, nak rehatkan minda. Sekarang bilik aku yang tu,dah kosong. Penghuni hostel pun banyak dah berangkut barang dan balik. Aku pun sama. Debaran nak fly dari sini pun dah kuat. Mak terima kasih dengan luahan kak. Dear terima kasih bagi kata-kata semangat. Dan buat Jijah, si ousmate yang jadi roomate aku untukn2 hari nih. Terima kasih tumpangkan bilik ye (",) <33
Selamat berbl0gging semua. Berblogwalking selalu ye. Aku memang sedeh. tapi biarlah sedeh dan terasa ni berlalu pergi. Juah sejauhnya..buang yang keruh, ambik yang jernih kata orang. Okieh masa untuk segarkan badan. nanti aku BW blog korang ye. Cerialah hati..luka hati pergi lah jauh..shuhh..shuhh. See U ! Have a nice day (",)
----;----'--{@
~Dawia Honeyputri~

Wednesday, 20 October 2010

20102010 :)

Assalamualaikum dan salam bl0gger buat semua. Aku cuma berharap hari ni hari yang terindah sebab bila check kalendar tadi tengok tarikh hari ni tarikh yang istimewa laa, 20102010. Memang lawa kan tarikh tu, mesti ra,ai yang nak buat kenangan pada tarikh nih, Contohnya 1st dating, 1st jatuh cinta, 1st time berkawan, !st time berkenalan dan macam macam lagi. Dan bukan cerita besh=besh je. tapi ada yang sedeh jugak kan..leh buat kenangan sebang senang nak ingat tarikh hari ni=) Pada yang sambut besday hari ni, selamat hari lahir ye<33

Saat nih, aku rasa agak tertekan sebab esok ada 2 paper. Sebab esok subjek reading, kepala dah ting tong lagi sekali. tapi bukan biasa-biasa tapi superp hebat.Ya Allah..tabahkan hatiku untuk menempuh hari-hari yang sukar desini Ya Allah Ya Rahman.. Kalau setengah orang bijak pandai, mereka takkan sempat on9kan diri macam aku, sebabnya bagi mereka setiap saat amat berharga. tapi bagi cara aku,semua tu amat tekanan. dan aku perlukan rehat. kalau tak otak padat dan letih. Jadi, untuk rehatkan minda aku bersembang-sembang di laman maya. Haip! memang kadang-kadang lagha. tapi kena berjaga-jaga la. Agar tak terbuang masa.
Aku cuma on9 sekejap je. Agak-agak dah penat sangat, Aku ambik angin. tapi hairan la kenapa dua tiga menjak ni kepalaa rasa sakit sangat. Sedapkan hati mungkin sebab cuaca dan tekanan peperiksaan kot. Mudah-mudahan tak apa-apa..Tinggal lagi 3 paper kawan-kawan..Permudahkanlah..Aku naak tamatkan secepaatnya! Dah tak tahan stay sini..Amatt bosan tahap dewa dah..
Bila aku mengadu dengan si dear, dear cakap tak baik mengeluh. Oh baiknya Bf aku..tidakkah dear tahu yang aku disarangi dengan 1000 perasaan bila tiada hiburan. tapi dear cakap itula yang terbaik.Sebab boleh fokus studi..Jadi, entertainment yang aku ada desini adalah lappy, wifi dan on9..haha:D gelak yang disengajakan..nak sedapkan hati aku ni pun ada. Ya Allah, aku desini betul-betul dah bosan. Langsung tak keluar dengan kawan-kawan..sebab tak da sesiapa pun yang boleh dipanggil kawan sebab semuanya buat hal masing-masing.

Menyesalkah aku berada desini? bak kata dear, siapa yang pilih nak belajar desini?..dan lagi satu katanya tak baik mengeluh sebabnanti tak berkat. betul kata mr.Bf aku tu,,tapi ketahuilah dear..yang sayangmu amat la tertekan desini..Pssttt, ada sesiapa naak bawa jalan-jalan pusing KL tak?..biar kepala ni tak tingtong dan sedut udara bandar pulakk. Mungkin nasib aku....masyaALLAH~ laghanya aku..Nauzubillah~

20102010,ngee :D comeikan tarikh nih. rasa senang nak ingat. Tapi bagi aku walaupun tarikh ni special, tapi xda yang special pun dalam hidupku hari ni melainkan dengan buku-buku, nota dan pen,pemadam,pensil.Hoho..dugaaan..Sabar Wia sabar. 3hari lagi..yup! 3 hari lagi untuk balikk. Amat tak sabar.. Haishh =.="

Okieh,tumpu exam dulu Wia. Sabar..separuh dari iman. Hmm dan senja dah pun..masa untuk rehatkan minda sekejap. Diner..dan kemudian, kena smbung struggle untuk 2 kertas 2 subjek es0k. Aja, aja..!! Ya Allah..kuatkan lah hambamu yang kerdil lagi Hina ini Ya Allah..amin* Permudahkan segalanya..kuatkan hati ini..Moga dapat menempuh hari mendataang dengan penuh tawaduk dan bersyukur..amin* Harap-harap dengan berzikir pada Ilahi dapat mendekat aku dan DIA..amin*
Selamat berbl0gging semua. Doakan daku dalam exam. Biar orang laain dengan caranya dan aku dengan cara aku. Hapdate bl0g dan on9, cara aku tenangkan jiwa dan lepaskan tekanan. Biarpun exam berlalu tapi, insyaALLAH, aku akan boleh buat even blog tetap seperti biasa mengikut mood aku. Sekian hari Rabu, 20102010 aku.. Salam keceriaan buat semua. See u! Moga hari ni hari bersejarah buat hang, hang, dan hang Blogger semua..^^,
------;----'---{@
~Dawia Honeyputri~

Award !! Thumb Up For It =)

Salam keceriaan. Alhamdulillah, dapat jugak aku hapdate bl0g lepas studi tadi.Dan kerana itu jugak aku dah settlekan silibus satu subjek. Tapi lepas habis taip ni, nak sambung satu lagi subjek kejap lagi. tapi sebelum tu, dok teringat satu hutang award yang dianugerahkan pada aku semalan..ngee:D hehe..best ja dapat award macam tak penah pulak dapat sebelum nih. Apepun sejuta terima kasih pada kak shiqa sebab sudi beri award nih. Comei nama award ni, " Online Best Friend Award"..teruja lah!:'D
1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award....
Sebelum tu, maaf kalau tersalah fakta tau* hehe
Pertama, Kak shiqa seorang penggemar warna merah jambu.
Kedua, Kak shiqa minat pada benda baru yang sesuai dengan dirinya:D 
ketiga, seorang yang mesra dan friendly.
keempat,seorang yang cintakan bayi..sebab comelkan kak shiqa?:p
kelima, kak shiqa minat baca novel cinta <33 sama a kita! hee

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby... 
seorang yang biasa-biasa.
Pencinta drama Melayu, Korea dan Hindustan.ahaks!:D
Seorang yang suka senyum.
Berminat pada keCantikan dan Fesyen. Tapi tak berani untuk bergaya*
penggemar warna biru, putih, merah dan ungu.
mempunyai 2 pasang masa. Makna empat okieh!
seorang yang sederhana tinggi,sederhana berat.
Amat kuat makan, sehingga muka dah seb0oolat-boolatnya:)
membaca bukan hobiku tetapi lebih ke arah minat melukis.
seorang anak sulong kepada mak dan ayah serta mempunyai 
3 lagi adek yang amat aku cinta dan sayangi <33

3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them...
Kak shima- seorang kakak yang bergelar cekgu;)
Cik Aidacomei- seoraang bl0gger yang sangat baik, tapi sekarang tengah bertapa dari dunia bl0g.
Wan hazel-seorang bl0gger yang mulanya memanggil aku dengan panggilan kakak, tapi sebenarnya aku muda dari dia setahun. Psstt,,nampak matng sangat kah aku?
Kak syasya- Seorang yang cantik. Suka sangat jenguk blog dia sebab banyak cerita dia dan bf dia dan coffee table;)
Adek Tyra- walaupn masih muda tapi amat pro dalam dunia bl0g.Cayalah adek!
Cekgu Dahlia-seorang blogger tegar. Blognya penuh dengan informasi.Suka sangat!
Kak shiqa- Pemberi award nih, heppi sangat kak. Terima kasih banyak ye^^
Ana nana-adekku..blognya penuh dengan dakwah dan keagamaan..
Ryna-seorang yang suka berceita tentang dia,kandanya dan gajah pinky 
Gadis kampung separa bandar-Waa, kita sekampung laa! ehehe..orang utara:'D 
 
Okieh,settle dah jawab award nih.Nak sambung studi semula. Doakan aku esok untuk 2 paper, pagi dan petang untuk esok ye. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancaar..amin* Have anice day uols..See U! Selamat berblogging dan berbl0gwalking..ngee c(=
terima kasih kak shiqa untuk award ni.. Best !! hehe..
Aja-aja fighting Wia,,!
----;----'---{@
~Dawia Honeyputri~ 

Tuesday, 19 October 2010

.Stori Dikala Kepala tengah Ting T0ng.

Salam dan selamat malam buat blogger semua (:
penattnya otak bila berfikir..dan bila penat fikir, perut memberi respons untuk di isi..lapaar. Itu ayat pertama yang aku nak cakap dalam bl0g nih. Waa..bestnya bila segalanya ok walaupun tahap keyakinan tak la tinggi menggunung tapi terasa puas tu sudah memadai untuk paper petang tadi. hari ni sehari  tak on FB dan bl0g. Dan baru sekarang aku nak memunculkan diri dalam alam maya..
Rasa lapar tengok entri kawan-kawan yang ada cakap-cakap pasal makan, nak nak ada makanan yang dah lama tak ngap. Ouh ! itu amat menguji naluri makanku !
Ehemm* akhirnya dah makan. Ecece, aku nih rasa nak hapdate, hapdate, Nak menaip lepas makan pun boleh. Apa orang cakap,  tak dak terhadnya untuk kita menaip blog..kan?.kalau nak taip entri sehari sekali pun boleh..nak taip berpuluh-puluh pun, bl0gger lain tak cakap apa-apa;) Tambah blog aku blog peribadi, jadi ada baiknya ikut mood kalau menaip..ngee:D Tadi aku cakap aku sambung taip lepas makan kan?..makan simple-simple ja. Telur mata plus sayur campur. Siap! Dua pinggan kaw ! ye,aku kalau bab makan memang terer. Terer untuk melicinkan segala-galanya..berdesup, walaupun kadang-kadang lauk tu hanya ikan masin dan sambal belacan..nyum2x. ^^,

Dah dah tutup bab makan. Blurpp..alhamdulillah. Maaf ye tersendawa desini. Itu bukan sendawa kekenyangan ye kawan-kawan. Itu sendawa angin banyak dalam banyak.. Hmm gila banyak sampai kerap sakitt kepala. Mungkin jugak cuaca yang tak menentu. Sakit kepala ni kerap sampaikan makan ubat, legaa. Kemudian bangun tido..waa sakit balik T_____T sedihnya. Adakah aku salah makan mende-mende yang berangin. Kata mak sayur-sayur yang berangin cam ditanam dalam tanah seperti karet, ubi kentang dan kekacang adalah makanan yang kuat angin.. Ouhh~
gambar santai. Jom minum ! :p
Tetiba aku letak gambar minum pulak kan?..ye, minum banyak air adalah cara untuk hilangkan sakit kepala. Haha. Macam pro pulak cakap hal-hal macam nih =.= Bila bersantai macam sekarang, aku rasa ok ckit kepala nih. Tapi bila buka buku kejap lagi..mesti sakit balikk !mencii !! Haip.. tak baik menci benci..lalalalala. Sekarang dah mood santai..teringat masa dan kenangan atas kapal Cruise. Beshh..mewah..r0mantis. Itu yang aku boleh gambarkan. Hehe. 

Gambar kat atas tu,gambar aku dok minum atas kapal besaq kedabak tu laa. Memang santai je.. dengan lagu romantis yang berkumandang. Kalau la si dear ada waktu tu. Okieh, masuk bab berangan..berangan menari-nari ala-ala cinderella, auw r0mantiSnya ! katsitu memang syokk..Sejuk dan mewah..sebab tak sangka masa tu aku boleh berada atas kapal cruise 12 tingkat tu. Hehe.. isk isk cik empunya blog oii..awat ang dok cerita pasal kenangan hang ataih kapai besaq tu. Tetiba..rindu* entah boleh jejak lagi ke tak aku katsana kan?..sebab kapal tu besar sangat ! Dan akan keliling satu dunia. Cayalah! bangga, bangga :D LOL
Rasanya lepas menaip nih dah terluah rasa isi hati ni..kepala ni pun dah beransur sikit sambil dok sulan-sulam minum air masak. Cuaca panas, jadi perbanyakkan minum air putih. Hmm sedap lazat dan berkhasiat. walaupun kata-kata orang Bio yang air yang kita minum tanpa penapis tu kita minum air karat. Tapi apa salahnya..air, mineral penting untuk badan. Sedngkan oraang duludulu minum air sungai tak masaak pun hidup panjang je kan.. Haip! tak berniat nakkutuk sesiapa ye:)
Nak sambung studi la..lusa 2 paper dalam sehari. Yeay! sila heppikan diri anda Cik Wia ! ^____^ v
See u geng bl0gger ! aJa aJa Fighting for exam.. (",)Selamat berblogging dan berbl0gwalking semua.. salam penuh keceriaan.Pssttt serius sakit kepala ni dah hilang kalau kita santai..kadang-kadang kepala dan tubuh bandan ini ingin jugak di belai dan dimanja..hehe. Tetiba teringat sauna, spa dan bla,bla bla..huhu. Nanti lah bila dah cukup income..errk ! lambat lagi tu. O.o
Notacinta--> sebenarnya dear tak bagi on9 apa-apa pun hari ni. Tapi aku langgar paantang gak. Aku kan seoraang gadis yang degil..! Peace  c(= pandai-pandai la pujuk dear kalau dear merajuk..hehe <33 Selamat malam~
----;---'---{@
~Dawia Honeyputri~

Monday, 18 October 2010

.Tag Feveret !! Walla =).

Indahnya pagi Isnin tanpa masalah :) Walhal banyak lagi nak kena studi untuk paper exam esok. Tadi dah studi, sekarang baru nak BW umah kawan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, anda-anda bl0gger yang daku hormati sebab kawan-kawan dalam blog maya aku. Baik junior blogger atau senior belogger..kita tetap bergelar blogger ;) Cayalah ! Hari ni bangun rasa sejuk je cuaca. Rupanya malam tadi hujan. Beshnya! Patut la nyenyak je tido malam tadi..ngee:D

Sebenarnya entri aku tengari buta nih..eh eh kejap tengok jam di lappy. Dah menginjak petang pun..cepat masa berlalu. Okieh hari nih nak jawab tag dari adek eika. Terima kaSih ye. Huhu.

Pertama sekali syarat-syaratnya tajuk kena cipta sendiri .
Kedua korang kena cerita 25 perkara yang orang tak tau tapi orang kena tau .
Ketiga korang kena tag 25 orang..Siapa yang kena ! tunggu... 
Keempat, berterima kasih laaa noh susah payah tag akak.. sebenarnya aku yang susah nak jawab tag dia yang panjang lebar. Sebabnya aku nih pemalu:$ haruskah bagitau =.="

Meh la, sesi jawab tag bermula..! laayaann c(=

 
Pertama, dari segi aku yang gurlish suka blink blink sana sini, mesti lah menunjukkan aku ni perempuan :)

Kedua, masih studi dan sedang menduduki exam final sekarang nih
Ketiga, masih bujang tapi not available..bole?
Ke-4, seorang berkaca mata sentiasa cuma tolak mandi dan tido je tak pakai.
Ke-5, suka makan dan tido..haha:D
Ke-6, paling benci orang penyibuk dan pentingkan diri.
ke-7, aku seorang anak sulong dari 4 adek beradik.

Ke-8, pertama kali muncul mr.right pada tahun 07.
ke-9, suka makan makanan pedas-pedas dan masam-masam.
keSepuluh, paling manja dengan ayah. Psstt anak ayah la katakan. ^^
KeSebelas, suka berangan..habitt pulak sekarang.
Dua belas,walaupun aku anak sulong, aku masih macam childiSh kata mak aku.
ke-3 belas, suka warna biru tapi terjatuh cinta warna merah jambu lately.
ke-4 belas, mempunyai seorang adek perempuan, 2 adek lelaki yang nakal!
ke-5 belas, suka senyum dan tak hipokrit !
ke-6 belas..seorang yang pencinta alam dan teddy vulu-bulu..wink*
ke-7 belas, suka moody dan cengeng
ke-8 belas, tido mesti tutup lampu.. Kalau tak entahlah. Payahh dan lelap.
ke-9, minat mende yang kiut miut :) tengok blog nih dah maacam-macam aku letak. Pendek kata yang cumil dan unik semua aku suka ;)
Dua puluh, suka berfikir hal yang remeh temeh -________-
ke-21, tak minat mana-mana artis, tapi suka lagu dari indie band.
ke-22, suka tengok cerita korea dan hisdustan. Tapi dah tak addict sangat sekarang :p
ke-23, suka orang bagi hadiah ;) sebab rasa macam kejutan je apa yang terisi dalam kotak dan pembalut :P
ke-24, tak cerewet tapi ikut keadaan kalau dah terlalu terdesak.
ke-25, umurku 21 tahun.. okieh, dah tau pada sesiapa yang muda tu, harap-harap panggil la kakak atau sis..kalau yang sebaya tu, haihai la. Kita sebaya, mana tau leh jadi kawan. Kalau yang tua, akan ku hormati sebaik mungkin..insyaALLAH ^^,


Selesai sudahh ! Boleh sambung studi balik. Syukur syukur. Okieh nak tag siapa ye..
bulan purnama 
wan hazel 
mata hati 
NorShiemah 
nardneddy 
Kak Shima 
Diea 
Cik Shiqa 
Ninie 
rapunzel dada
Okieh dah siap tag:) Aku ambik orang yang rajin singgah blog ni je tapi tak sampai 25 orang sebab tengah rushing nih. Tak pe kan?.nak reSt kejap dan sambung studi..Wish me luck uols.Selamat berblogging dan berblogwalking semua :D Have anice day.. Rajin-rajin la jawab tag pada sesiapa yang di listkan diatas :P Maaf ye. Perlu bila kita dah tag..takut-takut nanti tak suka. See U!
----;---'--{@
~Dawia Honeyputri~

. Tahniah Pakngah Dan Makngah Selamat BerIjab Kabul Hari Ni=).

Salam tengah malam blogger sekalian. Hai hai Isnin Bai bai Ahad. Aku baru selesai studi. Penatt otak tapi masih belum mengantuk. Sebab tu on lappy dan log in fesbuk dan blog. Kalau on9 je dua-dua laman maya nih aku bukak. Baru adil dan saksama namanya kan ;) Sebenarnya aku nak hapdate pasal majlis akad nikah pakngah aku :D selamat dah sah jadi suami isteri tengah hari tadi. Alhamdulillah ..SEbenarnya hari ni yang aku maksudkan tengahari tadi dn bukan hari yang baru masuk tu ye. Harap maklum :p
Aku tumpang heppi walaupun aku tak dapat hadirkan diri..hoho. Ayat macam aku orang penting je. Datang ke dak tak dak sapa kesah. Bukan aku nak kawin. Yang dah menikah tetap dah selesai dengan jayanya. Syukur :) Akhirnya sebuah lagi masjd terbina.. tumpang heppi pakngah! Walau pakngah tak dengaq Wia nak cakap "Tahniah, dan Selamat Pengantin Baru;)"..
 nie gambar masa time bertunang*
Tak banyak nak cakap sebab masih xdak pengalaman pi tengok orang menikah lagi. Tapi kalau majlis bertunang. Ya, sudah..tapi baru 2 kali.kuang3x.. hikhik. Tak tau nak cakap cemana, cuma dah dekat nak akhir-akhir tahun nih ramai yang menikah, bertunang, bersanding dan kenduri kawin. Lamanya tak makan nasi minyak orang kawin. Ngidam-ngidam.. tapi dah tak lama. Pakngah aku akan buat majlis resepsi perkahwinan dia 21hb NOv nanti.. harap-harap aku sempat. Sebab cuti sem aku pun tak lama sangat. Ciputt je. Kedekut cuti laa..sigh* 
gambar lama*
Okieh mata dah makin ngantok dan berat aku tongkatkan dengan kaca mata aku nia..haha. Rasa aku dok godek-godek gambar lama tak jumpa gambar berdua pakngah && makngah aku sekarang.. Biasa la berterabur.. folder banyak sangat !! padahal stengahnya dah dibuang..hehe:D kesalahan sendiri..kuikuikui:)

Ok, sekadar entri pendek. Esok aku tak dak exam. Tapi lusa makna esok hari Selasa ada. Memang nak kena strunggle lagi 4 paper. Tapi yang paling mencabar hari Khamis ni. Sebab ada dua paper. Pagi dan petang..subjek pun gaya superb! Dua-dua subjek bacaan. cayalah Wia! agagagaga:p Ok, dah nak tito dah.. gudnite and morning every0ne :D See U!! Have anice sleep.. h0pe sunshine <33 bring me a good condition health and succes to my life (",) my dear---> tenkiu so much:*
 
Selamat berblogging semua.. Cuma kau nak cakap, walaupun minggu ni minggu peperiksaan tapi mood nak bercuti dah makin kuat..huaa :'( Sabarlah hati..Sabarlah Wia..dah dekat dah masa untuk balik umah. Tinggal beberapa hari je lagi. Tumpu studi..Tumpu exam okieh! Kata-Kata perangsang dari sang Pujangga hatiku..Dear F <33 Selamat BW dan joggng.. Doakan kejayaan daku.. Kawin??. aku lambat lagi..! Ciao ^^,
-------;---'{@
~Dawia Honeyputri~

Sunday, 17 October 2010

.Sunyi Damainya Hujung Minggu Ku.

Salam dan selamat petang semua bl0gger.. Semoga dalam sejahtera sihat hendakNya=) Hari ni terasa nak hapdate tapi masih tak berkesempatan, sebab dengan berbagai halangan. Nak jongging dan blogwalking lagi. Hapdate sana, hapdate sini. Jawab call, masak..psstt perlu ke sebut?..singgah sana singgah sini. Sebenarnya pagi buta dah mangun lepas solat Subuh. Mata ni tak boleh tido walaupun malam tadi tido awal pagi tapi lewat malam kira-kira pukul 3 pagi macam tu..isk isk isk. Tak dak sapa suruh kan tidoq lambat-lambat.

Awatnya tak tidoq lambat nak habaq mai kat hempa semua..naalaa, cek (membahasakan diri sebagai aku atau saya) mengeroh petang buat peta :D penatt studi katanya:p Hehe iakan aja lah kawan-kawan semua. Bangun pagi tadi teringat banyak benda tak buat lagi. Pokok bunga tak siram lagi, ikan dalam aqua tak bagi makan lagi. Nasi tak tanak lagi, ayaq tak jerang lagi. Haip! Apa ang merepek ni Wia..lani ang dok kat bumi selangor dalam ostel. Mana nak mai pasu bunga, ikan segala. Haa, masak nasi boleh dalam rice cooker. Jerang ayaq dalam hiter* agagaga =.="
Takkan aku nak siram pokok bunga kat tepi jalan kot. Bagi makan ikan dalam longkang takpun kolam tepi tasik. Seramm pulak bunyinya. Itulah aku teringat kat umah dah mai.. Sebenarnya hal-hal yang aku cakap kat atas tu xdak kena mengena pun. Aku risau banyak hai (hal) tak buat lagi ni, maksudnya persediaan nak bercuti sem. InsyaALLAH..23hb nih aku habis paper. Esoknya balikk..wink* Heppi c(=

Masalahnya, barang tak packing lagi. Pssstt..awai lagi kot Wia.lalalala. Hehe. Nak mencari kotak la bangun pepagi selepas Subuh tak lelap mata dah..on lappy hapdate status FB. Penting dah wajib pulak aku rasa menda alah tu. Lagha, lagha. Selepas tu bermula la, journey aku tawaf satu padang jarak padang terletak mencari sebuah kotak.. macam sedap pulak ayat tu ;) Hanya bergurau :p
Berjalan seorang diri la pulak. Masa dalam pukul 10.30 pagi tadi baru bertolak rasa macam pukul 7 pagi rasanya. Langsung tak nampak batang tulang belulang manusia. Kecuali pak guard kat pagaq tadi. Sigh* sunyinya..seram pulak rasa macam aku sorang dok huni hostel malam tadi. Walhal Ninie, si roomate aku ada. Rakan serumah pun ada tapi saja rasa macam tak dak. Macam ni la situasi bila hari hujung minggu. Sunyi sepi..lengang tanpa nampak manusi berjalan, berkereta mahupun bermotosikal. Kalu jumpa pun sesat..haha. Tapi tu waktu awal pafi la.. Tapi dh masuk tghari. Dah ok, makin nampak orang. Mungkin lapar, baru keluar mencari makan..Pandai-pandai je aku :P
Sedikit gambar aku snap. Suasana aku keseorangan di kawasan kampus ;) Serius sunyi !! tak tipu..
kawasan sebelah censolari :)
main hall dari jauh ;)
pokok-poko dan bas. zoom dekat sikit :p
aku yang makin chubby dalam kepanasan -_____-
Sebab-sebab utama aku berjalan sorang-sorang waktu pagi tanpa teman:-
Pertama sebab best tenang..nak pegi lewat ke lambat tak payah tunggu orang dan orang pun taak payah tunggu kita. Kedua, sebab aku tak nak menyusahkan kawan-kawan. Even roomate aku ada kereta tapi tak nak la dia fikir aku menyusahkan dia kan..Walau sedih jalan tanoa gtemaan tapi sedikit tercuit dalam hati ni keceriaan. Sebab tenang tapi bengang. Macam mana tempat sebigini luas boleh tak dak manusia. Walaweh, itu la kenyataan.

Lepas ja beli barang, cucuk duet dan mencari kotak.. sebenarnya tak cari pun.Lalala. Mintak kat mamak kedai runcit tu je. Settle. Balikk. Mudah bukan dengarnya tapi erkk dah nak masuk tengahri. Azab la jugakk. Kotak aku sedang sedang ja besaqnya. harap muat la packing masuk kotak simpan stor nanti. Sebabnya tak jadi pindah Shah Alam. Macam hampeh je. Psssst..dah balik. Masak pulak. Sebab kes berjimat la katakan. Tapi simple je. Janji kenyang.. Blurp ! ngee:D
Settle ! Okieh, dah masuk senja dah pun. Lately, aku sekarang kuat makan. Sampai pipi kui tembam. Yang tu paling ketara setakat nih. Ya Allah.. malunya! :$ tapi aku mewariSi zama remaja mak aku. InsyaALLAH badan tengah naik. Selera tinggi dan nikmat makan tahap dewa. Jadi, aku biarkan sampai satu tahap mesti dah kurang selera. harap-harap macam tu lah..amin* Siapa tak mau cantik cek Oiii.. Hadoii~ Ok, selamat menunaikan solat semua. Selamat diner. Kalau rajin nnt aku hapdate lagi blog. wink* See u !! Have a nice day to uols..ilysm my dear.
notacinta--> bnyak impian tercipta hari.. moga tercapai. Bak kata omputih, "Dream become true" <33 amin. Mudah-mudahan..
-----;---'--{@
~Dawia Honeyputri~
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi