Saturday 22 January 2011

Al-KiSah Si Gebuss Kucing Montel ..

Salam ceria hari Sabtu semua :) Awal pagi bangun hari ni. Otak ringan, hati senang. Seperti biasa siap siapkan diri dengan baca entri dan hapdate status FB. Dan itu perlu..hehe. Hari ni mood sangat ok, dan rasanya nak buat stori pasal kucing atas sebab cuti baru baru ni aku balik kampung dan main dengan si gebuss bulunya. Dan makin gemukk kucing coklat kesayangan cucu cucu t0k maliah. Yup, memang tok yang jaga kucing gebuss tu. Geram tau. Sebab dari kecik, dijaga sampai dah beberapa tahun ni, dah makin beraksi dan hensem aku tengok kucing tu:P Jadi setiap kali balik umah tok mesti aku main main dengan kucing yang nakai manja ni. Kucing gebuss ni jantan tau:D

Sekarang tok cakap, kucing ni gilakan betina. Hais, kadang kadang sampai tak lalu makan katanya. Dua tiga hari baru balik cari makan. Huish musim mengawan kot sekarang. entah kucing betina mana la yang gebuss buntingkan :$ alolor..lumrah la, Sebab si gebuss bukanlah muda lagi. Sudah bersedia jadi bapa dah pun. Haha. Ok, sebelum tu, aku dok panggil dia gebuss sebab bulu bulu dia yaang cokelat tu, sungguh gebu ala ala kucing parsi. 

Tambah tambah dekat bahagian ekornya. Tu yang geram setiap kali nampak dia lenggang lenggok depan aku, pasti aku tangkap nak bergambar atau kacau dia. Memang berat sebab gebuss dah taf badannya. Hee. eh sebenarnya nama betul dia Chombi. Tak tahu cemana leh dapat nama tu, tapi semua sedara aku panggil doa Chombi. cuma aku dengar nama chombi cam tak best sikit. Aku panggil dia, Si gebuss montel..sedap dan manis didengar kan?:)
Apa apa ajelah. yang penting gebuss manja sangat. Nak uoOls nak tahu, au dan sepupu sepupu yang lain tahu kelemahan si gebuss ni. Walaupun dia jantan, tapi ia sangat takut dengan kilat dan guruh. Tak pecaya, aku sendiri yang tengok dengan mata sendiri pabila ketika itu time hujan. Tetiba ada guruh, tertunduk chombi ketakutan. Lepas tu bunyi guruh kali kedua, terus dia  berlari naik beranda tingkat atas umah tok. Macam tak pecaya kan.. tapi itulah kenyataan si gebuss. Manja dengan semua orang dan kuat makan tau :') setiap kali nak makan.. ia akan merengek mengiau dan kadang kadang mengengsot di kaki sesiapa yang dekat dengan tin simpanan makanan feveret dia iaitu Whiskers ;)
Gebuss model yang pemalu :P
Tengok, kan dah cakap ;) tak mao tengok kamera Henf0n ai~

Berat angkat gebuss..berisi sangat ;)

Kami berdua model gebuss dan montel. Haha ;)

Kadang kadang aku tengok tok rebuskan ikan buat si gebuss. Oh alangkah cerewetnya si gebus sebab tak makan ikan mentah. Memang manja tau gebus ni.. sebab tu ia macam nak bagitau aku, tengok badan la dah tahu yang gebuss ni makan cukup dan tok amat memahami apa yang di inginkan kucing kesayangan semua sanak saudara , tak kira kecik besar tua dan muda. Semuanya suka gebuss. Almaklumlah, ia adalah satu satunya kucing yang ada dekat umah tok aku sebelah ayah. Aku suka gebus. Tapi susah nak bela sebab adik aku si Pali asma. Jadi kesian pulak kalau binatang berbulu gebuss tu hidup sekali kat rumah.
 
Jadi, kalau rindu dia. Aku balik kampung. Main dan gomoi dia sampai puas. haha. tengok ajelah dia malu malu kucing kata orang. Memang pemalu pun :P Sekarang ni aku rindu si gebus kucingg coklat montel. Tak sabar nak balik nak jumpa gebuss yang sekarang mesti gila betina lagi dan lagi. haha. Jaraang nampak balik sejal dia dewasa nih. Hadooi. Lumrah la kan ;) Oklah. Hari ni incik dear keje.. dan aku bosan di rumah. Kejap lagi nak studi untuk test minggu depan. nak turun kafe dulu beli lunch.. See u(!) Have anice day uOols. Psst, siapa sayangkan kucing mesti tau perasaan aku :") Adios..

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi