Saturday 22 January 2011

Cerita HisduStan Memang Sebati Dengan Jiwa ManiSKu :)

Assalamualaikum :) Cemana petang Sabtu uoOls? Best tak? petang Sabtu minggu ni macam minggu minggu sebelumnya. Kalau free mesti t0nton cerita Hindi ataupun hindustan :P aku layan tau uools. Sebab best la. Susah nak cakap cemana tapi aku suka cerita hindustan yang lama lama. Tapi yang terkini pun best jugak tapi ada jugak macam tak best ja. Mungkin sebab aktor dan pelakon dia aku tak kenal kot. Malah pakai baju yang tak cukup kain. jadi, aku malas la nak tengok. Huhu. Sebab tak ada motif la. Kadang kadang tu. isk isk dan tak ser0nok nak tengok. 

Mesti ada dikalangan uoOls yang macam aku suka tengok cerita hindustan kan? Aku layan gengg. Sejak kecik kot. Dan atas sebab banyak tengok cerita hindustan jugak lah aku pakai cermin mata di awal usia remaja ;) Sebabnya tengok depan skrin tv, kononnya tak puas tengok jauh jauh. Dan hambik umur baru 10 tahun didunia dah pakai kaca mata boOlat waktu tu. Skema girl gittu:') Ok ok berbalik pada cerita hindustan..memang tak sah kalau tak ada tarian ke nyanyian. Macam cerita Melayu lama lama kita jugak. Tapi hindustan masih sama dulu dan kini tetap ada nyanyian dan tarian. Tapi drama kita dah tak sama macam dulu dulu. Yang mana time cerita dan lakonan arahan kegemilangan Tan Sri P.Ramlee, Seniman Nordin Ahmad, Seniwati Latifah Omar dan lain lain.
Sebenarnya aku nak bagitau yang petang tadi aku tengok cerita hindustan kat Tv2 yang dah lama dah ceritanya kalau tak salah aku tahun 60an kot. Tajuknya SANGAM. Huh(!) aku tabikk la. Cerita lama memang syok.Pakaian dia pun sopan ja. Yang penting penceritaan yang best beserta lagu lagu yang merdu di dengar. Tak pecaya. Uools dengarlah sendiri dengan search di youtube;) hikhik. Memang best la. Aku pon tadi dah tengok stori dia bila ditayang kat tv pun dok dengar lagu lagu Raj Kapoor. Best kot. Muka dia ala ala kiut gitu. Haha.

Aktor terkenal 60an :D 
Oklah.. aku dulu dulu pernah tengok cerita cerita hindustan lama. Tapi disebabkan waktu tu aku masih budak kecik. Jadi aku tak faham jalan ceritanya. Tapisekarang aku dah faham. Cerita hindustan melibatkan kasih sayang. Tak kira lah antara sahabat, kekasih atau keluarga. Perasaan cinta itu pasti wujud. Banyak moral dan mesej yang diorang nak sampaikan. tapi aku suka lagu lagu hindustan. walaupun tak faham, tapi aku suka. Manis menjadi halwa telinga melodi dan intinasinya. Hee. Aku tak pasti aku ada darah kacukan hindustan atau pun tak. Tapi kadang kadang orang cakap aku macam anak india waktu kecik sebab mata aku boolat. Tapi sekarang dah besar, diorang cakap aku kacukan cina, sebab kulit dan mata aku seakan akan cina :P
Peminat tegar cerita cina dan Hindustan ;)
Huh malunya nak ngaku. Biarlah mereka berkata kata. Sebab aku rasa aku kacukan jugak. Tapi aku masih tak siasat asal usul secara mendalam lagi. Harap maklum ye. Tapi siapa tahu kan? sebab moyang aku ala ala Inggeris sebab hidung dan warna kulitnya. Cucu cucu macam muka cina. Tapi mak dan ayah cakap aku sebijik macam arwah tok wan aku, suka tengok gambar Hindustan. tak kira la cerita apa pun. Malah kalau orang panggil pun tak beralih. Pendek kata, pak mertua lalu pun tak perasan. Ehee. 
 
Tak kesahla. Janji aku suka tengok cerita hindustan. Fanatik tu tidaklah. Tapi bila dah setiap kali tengok pasti tak berganjak selagi tak habis cerita. Ngee :'D Aku pun suka cerita cina tak kisah la kungfu ke cerita cina berkisar moden. Tapi yang pasti semua aku layan. Ahaks(!) tengok.. 1 Malaysia la katakan. Aku jugak minat cerita Melayu. tapi kan best kalau cerita Melayu sekarang ada lagu dan tarian. Wahh..klasik gittu. yang pasti petang tadi aku terhibur. Sampaikan setiap babak aku ingat dalam cerita SANGAM.


Oklah. aku terhibur sangat tonton cerita hindustan dan cerita cina. cerita Melayu bukan tak minat. Tapi macam tak best bila ia melibatkan rempit dan hantu syaitan. Kan sekarang banyak cerita Melayu cerita hantu. Buat la cerita macam arahan Tan Sri P.Ramlee yang di ingat sepanjang zaman. Mudah mudahan ada kelak. walaupun bujang lapok. Simple je. Tapi banyak tajuk dan episod seniman buat. Walaupun Do Re Mi.. tapi banyak al kisahnya. aku tertarik dengan itu semua. Ini apa yang aku rasa. Tapi ini zaman aku.. zaman anak anak..oh :$ tak tahu cemana kelak.


Aku nak pegi diner dan panaskan lauk dulu. Jumpa nanti rakan alam maya sekalian. Selamat berbl0gging ya. aku hepi earning nuffy aku meningkat. Walaupun masih tak banyak. Tapi cukup buat aku tersenyum ceria tau:D Incik dear pun balik keje tadi..tak sabar aku nak cerita paasal cerita hindustan yang aku tengok hari ni. Dear memang tau aku minat cerita hindustan. Tak sempat bagitau, dear awal awal dah cakap pasal tajuk dia. Wah ni sayang ketat ketat kat incik BF :* 
 
Cerita yang melibatkan pil0t dan askar adalah sebati dengan aku..mungkin darah anak seorang askar mengalir dalam darah. Jangan tak tahu aku sendiri penah ada cita cita nak jadi askar ataupun polis.. tapi adalah sebabnya :P Maka aku tak dapat jadi..huu. Incik dear pun penah bergelar askar wataniah sekejap tapi ada sebab yang dia terpaksa berenti askar. Sekarang dear pun tal blh jadi askar.. Oh angan angan ~ Adios. See U next entri (!)

1 comment:

  1. kaki industan gak neh ekk .. haha ... x sangka lak .. :))

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi