Saturday 1 January 2011

Komen Mengomel In Action !! Bersiap untuk Berubah Menjadi Mesra Alam Dengan Jaya Nya=)

Salam ceria uOols :) serius suka pulak dengan perkataan "uoOls" tu, almaklumlah rasa teenager sangat walaupun dah nak masuk peringkat belia dah aku tahun ni. Ouh walau cemana pun, hidup mesti rasa muda baru muka pun awet muda, berseri selalu gittu. Setuju sangat la kan kan kan.. siapa mau muka cepat kusam dan masam. Bila keadaan dan perangai macam remaja, baru hidup ni bebas dan penuh cabaran, walaupun masa ni semuanya rasa nak cuba..selagi kta tka boleh selagi tu nak cuba. Dan waktu ni jugak rasa nak terbang tinggi, nak tumbuh sayap. Maksudnya nak lebih berdikari tanpa sentiasa dibawah ketiak mak ayah. Betul tak cakap aku? :D

Wee mulanya nak cakap yang duit ptptn dah masyuk.. baru kejap tadi pegi check dengan membe dekat PP (pusat pelajar). Alhamdulillah, pihak bank dah siap siap potong untuk yuran pengajian semester nih.. Jadi, sekarang tak payah pening pening dok fikir nak bayar dengan apa sebab duit ciput.. tapi yang tak bestnya duit balance ada la seinci..hoho. Perlu ke aku heppi untuk itu, yang kira tambah tolak bahagi darab..cukup cukup untuk belanja di U je.. dan perbelanjaan untuk sopink dan lain lain rasanya macam tak sempat O.o. Sangat la sikit, sebabnya yuran mahal ler. Ding d0ng(!) salah aku jugak nak study dekat U private..sob sob. Tapi redha ajelah ..tinggal lagi beberapa sem je lepas tu BEBAS..saja caplock perkataan tue. Hee. Pecaya lah mesti b0leh..dengan nada semangat tetiba*
Dengan nafas baru, aku tahu ramai yang hanya view lalu pegi tanpa tinggalkan jejak,oleh skodeng usha dari sini la bro dan sis..hikss cuma uOols je tak tahu. Tapi tak apa, aku berbl0gging hanya untuk diri aku bukan untuk siapa siapa..cuma lepas nih tak sabar nak buat wishlist kat bl0g. Maklumlah lapang masa la katakan :P memang free la dah tak kemana..macam jeles jugak tengok membe pegi the curve, midvalley, bukit bintang ataupun pavillion sebab lepak dan santai disana.. hmm nak bagitau sesiapa yang tengok countdown sekejap di Tv3 mesti tau yang semalam mereka sambut di I-city. Ouh desitu pun aku belum jejak kan kaki..huu. Belum ada rezeki katanya (!)
 
Sebut pasal jejak kaki.. macam tak ramai orang on9 ke? atau diorang tak tinggalkan footprint di shoutmix aku ..tertanya tanya tanpa penjelasan. Aku ambik positif.. biarlah. Asal aku ada mengon9kan diri dan bertegur sapa kepada yang sudi..ecee ayat aku memang nak tacing atau apa..hoho. Ok, oleh sebab ramai yang tak tinggalkan jejak dan komen..aru aku perasan mungkin aku selalu bersikap pemalu untuk bertegur uOols, maka uoOls pun tak ambik kesah dan nak berk0ngsi dengan aku. Ok, aku tahu aku cam tak ramah gittu, tak lepaih ni aku akan selalu komen bl0g bl0g kalian semoga ikatan ziarah menziarah lebih meriah.(!) InsyaAllah..aku akan berusaha sedaya upaya=)

Eh dah macam azam baru je ye. Angguk sambil hmm tersenyum manje* lebih kurang macam tu la storinya..ai nak buat azam baru, dalam berbl0gging jangan lokek tinggalkan komen pada bl0g kawan kawan bl0gger..entah macam satu nafas baru, aku rasa macam lebih suka berbl0gging sekarang..dengan penuh semangat aku nak komen semua bl0g yang aku terjah(!) huh..satu nafas ye geng..aku lafazkan niat suci murni aku nih.. dah tak mahu sombong sombong..ehee sebelum ni aku sombong ke? Mintak ampun kalau ada yang cakap aku sombong bagai. Maafkan aku seikhlas mungkin kerana aku hanya manusia biasa yang diciptakan Allah, yang banyak melakukan dosa. Sorry morry~
 
Okiehlah nak start bl0gwalking dah nih. Maklumlah tengah nak ringankan tulang dengan menaip naip di waktu lapang la katannya;) mari jadikan ia hobi di waktu lapang 2011. Banyak yang perlu dibuat. Bila difikirkan hidup disebalik kesedihan ada kegembiraan yang perlu digenggam. Apalah aku nih, kadang kadang cakap berulang ulang. See(!) ramai yang dah bosan termasuk diri sendiri..so, mari bertindak positif kawan kawan..jeng jeng jeng :'D ai nak terjah uoOls secara berperingkat peringkat. Heppi muka senyum semangkuk sampai telinga, berharap hari hari seindah suria. Menggapai bahagia tersendiri dalam langkah yang aku bina sendiri.. huaa nak dewasa kah aku? erkk. Hee.

Salam Ceria buat semua. Harap impian dan azam uOols tahun ni termakbul..amin* Okieh tak sabar nak pegi jalan jalan dah nih..Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Sebelum terlupa, tadi ramai yang menaip pasal Faizal Yusuf meninggal dunia petang tadi. Al-fatihah. Setiap yang hidup, pasti pegi mengadapnya. Kita,aku entah bila tak tahu..tapi doakan aku panjang umur..amin* Sebelum akhiri entri kali ni, nak cakap aku tetap manusia yang biasa biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa dengan sedaya upaya gigih dari diri sendiri dan bukan orang lain dengan cara sendiri.. doakan :')

2 comments:

  1. sy mmg jarang tgl jejak kt shoutbox..sbb komen trus lagi sng..hehehe.btw..happy new year

    ReplyDelete
  2. heppy new year sugar2 :)) ;))
    betul jugak kan..


    :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi