Thursday 20 January 2011

. Panjang Umur Murah Rezeki Pali.. Heppy Bufday !! =)

Assalamualaikum dan salam ceria buat kalian. Sekejap masa berlalu. Pantas sangat. Dan hari ni sengaja aku nak wish tengah malam ni bersempena adik aku pali atau nama sebenar dia, Zulfadli dah genap 15 tahun, Jeng jeng jeng.. dah teruna trang tang tang dah. Memang kalau bersuara pun garau ja dengarnya. Macam suara ala ala orang dah nak dewasa gittu :P dia memang kaki bola sampai hari tu masa aku cuti midsem dia mintak dan merengek nak kasut bola mahal sampai dapat la dekat ayah. Memang anak manja kesayangan ayah la katakan. Ini nada bercerita bukan jeles ok, sebab selalunya ayah sama rata kan je kasih sayang pada 4 orang anaknya sama banyak. Begitu jugak dengan ratu hatiku, mak tersayangg.
Cupcake masa cuti hari tu aku makan :P
Kalau dah masuk 15 tahun adik Pali aku nia.. memang sah sah dia jadi mangsa PMR tahun ni. Aku harap dia dapat fokus dalam studi.. sebab sebagai kak sul0ng dia, sememangnya aku nak tengok dia berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah macam adik aku yang sorang lagi belajar kat UPM. Kalau aku hadoii setakat U swasta, apa la yang nak dibanggakan sangat :( malu dengan diri sendiri tapi sedapkan hati, mungkin rezeki aku dekat sini.. hmm. Redha dan berserah padaNya.
Dah masuk 20 Januari (!) cepatnya. Memang rasa usia aku pun dah dekat je nak meningkat pada satu angka lagi. Malunya:$ tapi perangai masih maintain bebudak remaja belasan tahun. erkk hikSs. Ok sebelum aku lari dari tajuk entri, sebabnya entri kali ni nak fokus pada adekku yang sorang ni..lebih tinggi pada aku. k0mpom (!) dan kurus dari aku. k0mpom. Ngee:'D wee dalam ramai sibling kami, adik aku yang sorang ni akan celebrate bufday dia awal sebab bufday dia jatuh bulan Januari. Hooyeh (!) memang orang cakap cepat tua la kan..lalalalala~ Tapi aku punya celebrate pun tak jauh dah nun selang dua bulan lagi. Jeng jeng jeng.. ops terlepas cakap sudah :P
Happy Birthday Myspace Comments

Selamat ulangtahun kelahiran buat adekku Pali :) Ingat hang dah besar pun. Jadi orang berguna. Dan usaha sungguh sungguh untuk tempuhi exam PMR tahun ni. Janagn lupa solat jangan tinggal.. kurangkan main dan nakai nakai. Tinggalkan dulu main bola sepak dan banyakkan tumpu pada 8 subjek yang diambil untuk tahun ni. Sungguh tak tipu, adik aku bukan tak pandai, tapi malas.  Ukan nak back up atau nak puji adik sendiri tapi itulah kan lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu. Jadi mereka yakni lelaki memang pandai, tapi aku tak bermaksubd perempuan tak pandai kan? cuma orang yang bijaksana faham maksud tersirat aku. Adik aku, boleh berjaya tapi cuma malas belajar dan banyak tertarik pada hiburan je. Macam aku jugak. Haha.
Heppy bufday to you, heppy bufday to you..Heppy bufday to Pali. Heppy bufday to you, my lil bro :)
Adik aku memang cenggini style  dia;)

Memang suka berangan cover page album depan kamera :P

Oklah disebabkan akak tak dapat balik dan celebrate sama sama jadi, kak ucapkan dari jauh makan kek jangan lupa pada yang jauh :( oH.. nasib balik cuti hari tu sempat ngap cupcake sebiju ngan ceri merah seketul. Kalau tak memang kempunan kek la k0t. Haha. Heppy bufday Pali yang ke-15 ;) moga segalanya diberkati Allah. Kalian geng bl0gger, terima kasih sudi baca entri aku yang tak seberapa. Salam manis dari aku.. Adi0s~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi