Friday 28 January 2011

Sentap?! Makan Hati Berulam Jantung.

Salam Penghulu segala hari. Ok hari ni aku tensi mungkin sebab aku lemah. Aku cepat terasa. Aku cepat naik hangin. Aku tak normal hari ni..hati kecil menangis syahdu. Hanya hati ini yang tahu betapa sakitnya hati ini bila diperli, terpinggir dan dipandang macam tak tahu apa apa. Aku manusia biasa kawan. Aku ada perasaan macam hempa semua. Tak perlu cakap aku dah kenal yang mana sahabat yang mana khianat. 

Aku bukanlah nak buat entri sampah ! tapi aku geram dengan semua orang diri. Hmm bukan pada sesiapa. Sebab senang sangat tacing. Hati aku sungguh rapuh sampaikan air mata senang sekali bermain em0si. Aku tahu aaku dah besar. Dah hampir menjangkau 22 tahun dah pun. Kalau tak tahu bezakan yang salah yang benar tak tahu la kata apa.  Tapi hati ni sentap. Sentap diperli. Macam dia sorang pandai. Macam dia sorang perfect. Oh! manusia tak sempurna la kawan.

Aku tahu aku emosi. Aku selalu cenggitu. Tapi adakah perasaan aku yang perasan atau uOols pun perasan. Aku ramai kurang pengikut tapi aku tak ada sesiapa pun yang dekat dalam dunia maya  ni. Aku tahu aku tak ramah. Tapi aku hairan. Kenapa kenapa untuk itu dan ini. Memang aku tak puas hati ! Memang kot bl0g ni dah tak best. Aku dah hilang keyakinan. Terasa nak menyendiri. Terasa down. Pecayalah aku belum jumpa kawan yang betul betul sejati dalam hidup. Yang ada hanya kawan makan kawan. Kawan yang hipokrit dan segalanya negetif. Aku tahu aku perlu sabar. Tengok dan lihat dengan hati tenang. Aku tak mahu ion negetif menular dalam diri. Aku mesti kuat!


Aku tahu aku tak patut ada salah faham. Aku kena baik baik je. Pejam mata dan buat tak tahu. Yeah.. manusia selagi tak berkilat memang mudah dipandang sebelat mata. Tapi bila dah berkilat, cantik dan bersinar.. terang terang mengaku adik, kakak dan kawan. Ceit! Berpura pura nombor satu manusia. Aku boleh pandang tapi jarang aku suarakan. Memang kalau aku garang cenggini la jadinya. Dan sekarang laju laju aku istighfar. Hari ni hari baik. Mood kena baik supaya tak mudah orang nak tengok kita lemah..
Sekarang aku akan bangun. Bangun untuk lihat dari sudut yang indah. Dimana hidup ni mudah saja tanpa masalah. Dan aku dah dapat jalan penyelesaiannya. Aku boleh. Tengok semua boleh takkan aku tak. Aku pun kadang kadang memang cacat pun:'( tak payah cakap aku memang perasan sendiri. Baik hang diam. Tanpa hang cakap pun aku faham apa yag tersirat. Jadi aku nak teruskan hari ni dengan kekecewaan yang lepas. Bangun dari tido nanti aku ada strategi baru. Wait and see Bebeh !
Sentap?! makan hati berulam jantung. Dengar cam sedap tapi pahit nak telan.Bluerk ! Luah je PliSs..
Tak payah cermin tak payah mekap. Boleh tahu yang mana jernih. OKlah kalau uoOls rasa nak komen. Komen.. kalau tak nak. Aku pun tak suruh ! shhhuuh.. pegi jauh jauh. Aku sentap.. hang ada?! Fikir fikir la. Siapa makan cili dia berasa pedas. Baik aku atau hang, hang dan hang tahu yang namanya TERASA hati* Huh! lepas pun cakap. Bukan nak spoil mood tapi makin melampau kalau tak luah. Better diam kata incik dear untuk elak doasa kering. Nauzubillah siapa tadi tue.. itu bukan aku. Itu hanya kata kata terlepas dari seorang yang KECEWA HAMPA 100%. Adios~~

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi