Saturday 26 February 2011

Keajaiban Pasti Akan Menerpa..

Assalamualaikum. Salam hujung minggu semua. Perkhabaran yang sukar nak dijawab. Huaa!! eh eh tetiba menjerit. Aku rasa heppi ada yang menol0ng. Ada yang tak. Tapi yang penting aku menunggu keajaiaban berlaku sekarang ni:) Terima kasih kengkawan yang banyak membantu. Masa ni kita leh kenal mana yang betul betul ada waktu susah dan mana yang ada waktu senang. Sengaja cakap menda yang sama sebab ia punya banyak makna yang tersirat. Aku kesiankan mak dan ayah yang runsingkan hijrah aku. Masa kian singkat. aku mesti cepat. Maaf andai aku susahkan ramai orang. Aku syukur ada kalian.

Saat ni aku dah bangun. Aku tahu peritnya orang memandang sebelah mata. Wah gaya macam aku cacat cela lepas tu orang cam simpati bagai. Tak ada la tapi itu kenyataan. walaupun kadang kadang tu macam naluri berkata kata. Sekarang aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Aku tahu tapi mohon tuhan makbulkan doa senantiasa. Berasa ok selepas ramai yang bagi perhatian. Aku tahu ramai yang nak menolong dari tak ada.. aku bersyukur selagi termampu aku akan sentiasa membantu kalian jikalau aku dah dewasa kelak. Sekarang masih belia. Masih nak belajar hidup berdikari di negeri asing ;)

Malam tadi tengok cerita Hantu Mak Limah Lari Rumah dengan roomie. Kelakar atau longhat Kedah kata syokk la lawak. Pagi tadi atas sebab aku tak boleh tido aku bukak lappy cam biasa. on FB dan blog. Ada mesej di inbox dan wall. Kata kata adik aku buat aku terharu* Sebab malam tadi sembang puas puas dengan dia =) Nak tengok ayat yang dia taip aku quote kan? Memang dalam maksudnya. dan aku amat hargai. Terharu tapi ayat last dia buat aku sebak. Sebab sebagai hamba yang kadang kadang alpha untuk berterima kasih padaNya.
Bersabarlah di atas ujian yang menimpamu dan berbanggalah menjadi org yg di uji oleh Allah kerana ia menunjukkan allah menyayangimu...
Terima kasih atas kata kata tu Nana. Ang dah buat hatiaku rasa ok sikit walaupun hati ni masih tak keruan dan mengharapkan ajaib datang mengubah segalanya. Amin* Tapi aku mesti jugak USAHA. Usaha tangga kejayaan. Harap cepat berakhir. Ya Allah..risauNya hamba atas dugaanMu ini. Lindungilah aku.. Hanya satu aku nak cakap, aku tak akan berputus asa. Sekarang aku tahu yang mana bergelar insani atau sebaliknya. Incik dear selalu cakap yang tak boleh menilai orang..tapi perwatakan manusia itu kan dah melambangkan peribadi dirinya. Biar diri dibuli. Tidak lagi... Aku harus berubah! Positif senantiasa.

Penah dengar tak kata kata ni..Tuhan turunkan hujan yng berpanjangan, akibat bencana itu. Ramai yang menantikan panas yang cerah. Matahari yang cantik. Tapi bukan itu yang tuhan nak duga rupanya tuhan turunkan hujan untuk hadiahkan pelangi yang cantik. Subhanallah! Aku menantikan keajaiban itu. Mudah mudahan.. Sebalik ni.. Mak ayah maaf sekali susahkan hati kalian. Insyallah semuaanya akan ok. Sedapkan hati* Okey..diam diam sudah :) Jom pandaang bumi di luar yang terbentang..aku nampak kejadiam alam yang sungguh unik. Jumpa entri seterusnya.. sekarang nak layan cerita hindustan ;) Psstt rupanya aku baru tau si dear suka pelakon aktor kacak Hrithik Roshan. hikhik. Kiut la dear.. walla!

1 comment:

  1. ya benar .... hidup kita sekarang seperti melalui titi kecil , kadangkala kita akan terjatuh ataupun tergelincir ...dan semasa melalui keperitan itu , di hujungnya ada keindahan sedang menanti kita atas usaha kita ... jadi , menitilah titi itu sambil menimba pengalaman ... fahamkan maksud saya ?? ^_^

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi