Friday 11 March 2011

Cepatlah Masa Berlalu.. Kenangan Dalam Kenangan.

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari :) Jumaat yang penuh rahmat, hujan turun gerimis disebelah pagi. Dalam kedinginan cuaca pagi nih aku gerak ke dewan dengan housmate, merangkap kosmate dan classmate. Cik Jasrina dan Cik Fatin. Mungkin hujan rahmat di hari baik, bulan baik..hari ni kertas pertama. Perasaan berkobar kobar. Okey settle exam disebelah tengahari. Macam mana? Syukur..boleh menjawab dengan tenang.

  | Credit: Google |
Jom lompat tinggi ! Tinggal lagi seminggu lagi untuk berada desini. Di Kampus Bestari Jaya sebelum bertukar ke Kampus Shah Alam. Kenapa pindah.? memang sebenarnya dari semester lepas, fakulti aku kena pindah. Tapi disebabkan teragak agak dengan itu dan ini. Separuh je kesana.. dan separuh lagi masih desini menghabiskan semester ni dengan jayanya. Tapi tiba masanya aku kena pindah dan semester seterusnya akan teruskan pengajian hingga tamat grad. Sebab utama pindah kerana pertukaran fakulti Bio dan Bis.. memang hebad laa. Satu fakulti kecil dan satu fakulti besar. Yang besar gerak ke kampus kecik comei. Dan satu lagi fakulti kecik mai ke kampus besar berhektar hektar. Bayangkanlah..

 | Gambar tiada kaitan:'D |
 
Tapi ini semua akan jadi realiti. Maka berlakulah perubahan. tapi ada baik buruknya berpindah. Kalau desini memang aman, jauh dari entertaiment. Makanan murah murah. Tapi amat seksa nak keluar kota. Wahwah..jawabnya aku katsini jadi budak baik. dok umah hostel tak keluar jalan jalan sebab serik habiskan masa dalam transport. Letih tau. Tapi insyaAllah, kalau dah pindah. Mungkin dapat keluar jalan jalan tengok tempat orang even transport tak ada boleh naik transport awam. Sebab mudah dan tak jauh. jadi boleh jimat masa. Yang buruknya dok dalam bandar cam SH tu.. mesti duit banyak habes sebab keluar jalan jalan. AhakS. Tapi bila lagi kan.. nak perubahan. Best best. Harap lebih baik dari desini.. Harap aku tak selalu leka dan boros. Senyum :')

Tak sabar nak pindah tapi cam sedih jgak nak kena tinggaalkan tempat nih. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat belajar. Banyak kenangan pahit manis tu.. siap ada sentimental value. Ohooo. Tapi orang cakap setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Setiap manusia perlu hijrah. Walaupun aku cintakan BJ tapi tak bermakna aku tak akan jatuh cinta pada SH.. berlainan fizikal dan persekitaran. Harap aku boleh sesuaikan diri nanti. HikSss penuh pengharapan yang baik baik. Dan nak lupakan hal sedih sedih desini.. mudah mudahan. Amin. Macam banyak je hal sedih dari hal heppi. Hmmm O.o
Wukies, harus muncungkan mulut sehingga ikat ribbon, sebab banyak lagi hal yang tak selesai. Contohnya exam lagi 5 paper.. roomate dan tool. Sebelum tu ini secara rambang aku cerita pasal nak pindah. Bila aku dah siap dan bersedia Aku akan hapdate lagi pasal nih. Cukup setakat ni dulu.. hapdate* tadi aku terbaca pos status adek aku Nana di FB..dengan qoute yang biasa aku dengar tapi tak tahu katmana. Tapi mendalam maksudnya! Aku suka super double triple.Nak naip desini dah di delete oleh adik aku mungkin atas sebab tertentu. Nanti kalau aku dapat, akan aku publish desini.. muah cit cit. Walla! Akhirul khalam, aSsalamualaikum buad pembaca budiman.. Psst maaf tajuk entri lain dari cerita:P

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi