Sunday 6 March 2011

Dua Minggu Yang Penuh Pengharapan..

Assalamualaikum :) dua minggu lagi dan hari ni terasa puasnya cuti. Tak sabar nak habiskan semester ni dan mulakan hidup baru. Ayat haruslah pasrah untuk tidak menghampakan diri sendiri :D Satu per satu terlaksana dan sekarang cuma harus cari pengganti peneman. Wah hebat, nak cari peneman bukan hanya seperti dalam khayalan. Sekelip mata dah ada depan mata. Bestnya kalau boleh dapat hanya petik jari. Eh tu macam nak cari calon somi jek HikSss. Minggu ni nak lepasi target. Rasa macam nak buat pencalonan yang sesuai dengan diri ini. Gaya macam nak cari yang terbaik dari yang baik. Tapi calon tak ada. Perlu ke aku buat penyenaraian. Kalau nak berseorangan mau bongkok tiga jawabnya nak bayar bulan bulan.
Hemo hemo.. pada sesiapa nak jadi roomate aku..jom isi borang!. Sangat terhad ye. Acee bajet hot pulak rasanya aku nih. Sabar ajelaaa.. Sebenarnya aku sedang berusaha mencari selagi termampu. Bukan demand tapi sekali sekala nak jugak merasa yang betul betul besties. Okiehlah tutup dulu hal ni. Sekarang aku nak cakap pasal ciri cirinya. Haruslah punya sama perangai yang pendek kata satu kepala. Haish mesti susah nak cari. Mesti seorang yang setiakawan. Sangat memahami. Dan paling penting pembersih dan bertanggungjawab. Wah wah yang baik aja aku sebut. Ya Allah..mudah mudahan dikau kabulkan doaku ini. Amin.

Dalam dua minggu, segalanya aku mengharap, moga keputusan penuh dapat aku buat dengan hati tenang. Sama ada nak yang dengan dikenali atau yang tidak dikenali. Haruskah aku seorang?. Mustahil.. jadi sama sama la tunggu jawapan yang tersurat di lut mahfuz. Mudah mudahan. Setiap hari berdoa yang baik baik aja. Bertawakal selagi benafas. Moga segalanya berjalan lancar. Siapa tak resah? Siapa tak gelora?. Makin hari makin mencabar. Tinggal kurang dua minggu lagi. Tapi yang penting aku puas cuti hari ni. Sungguh ! :') Bercuti di hujung minggu melayan bantal dan katil jugak Chito. Memang besh.
Sesungguhnya aku terima apa yang akan mendatang dengan hati terbuka, jika itu takdirnya :) Kerana pasti ada hikmah. Subhanallah..

Okeylah nak buat solat istikharah kerap. Apepun mesti minta restu dari Ilahi agar diberi petunjuk yang mana yang terbaik. Jumpa entri seterusnya kawan kawan. Terima kasih kepada yang ziarah bl0g kesayanganku ni. Muah cit cit.. walla! Yang baik dari Allah..dan yang buruk datang dari diri ini sendiri. Salam hujung minggu.. yang masih mencari cari. Psstt jom studi dan ulangkaji sampai jemu :D

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi