Saturday 7 May 2011

Eklusif Buat Mak, Selamat Hari Ibu... :)

Assalamualaikum :) wia hari nie terasa amat heppi bila seperti kebiasaan wia akan buka laptop untuk on9 FB dan blog kesayangan ni. Tapi dah tahu sebelum sebelum nie macam low sikit tenetnya..mood nak blogwalk agak down. Tapi lain sangat hari nie bila internet dari broadband nie berdesup laju. Huaa heaven sangat(!) teruja kott. Dah lama sangat rasa nak edit blog, mekap mekap bagai. Memang sehari nie habiskan masa dengan jalan jalan bersiar di alam maya. Memang beSh cuci mata nie. Ok yang nie akan update kemudian. Yang paling penting wia nak buat entri khas mengenai hari Ibu, Mama, Ummi, Emak dan Mummy. Apa saja gelaran yang kita guna tapi tetap bermaksud seorang wanita yang melahirkan kita :')


Sempena Hari Ibu kali nie, wia tak berkesempatan bersama sama mak sebab masih ada pengajian. Belum ada cuti. Kebetulan malam nie, kat kampung ada hari menyambut Besday Tok untuk makan makan seisi keluarga belah ayah wia.. sekali gus sambut Hari Ibu untuk esok. Bertuahnya sepupu sepupu wia yang dok membakar ayam panggang yang katanya import cheff dari KL.. hikss. Tapi yang paling paling penting, wia harap sangat mak rasa heppi berparti di kampung. Wia tak dapat nak bagi hadiah yang mewah mewah.. teringin sekali nak hadiahkan mak sepasang anting anting ataupun tudung, mahupun kerongsang. InsyaAllah wia balik nie akan bagi hadiah untuk mak dan ayah..mudah mudahan bulan enam nie..lambat lagi tue. Cepatla masa berlalu..



Jadi Hari Ibu yang bakal disambut esok, tak dapat nak masak kat mak. Walaupun cuma masakan biasa biasa. rindunya (!) Mak macam nak menitis air mata kerana mak la sumber inspirasi merangkap pendengar yang setia. Yang pasti pasti mak la kawan baik kawan rapat wia dunia akhirat. Sebab tiada sesiapa yang lebih memahami wia lebih dari orang lain.. Sayang mak ketat ketat..muachs! eheeeee... dapat flying kisS dari jauh saja. Tsk tsk.. tak apa laa yang penting mak tau yang wia sangat sayangg kan mak. Harap saat nie mak heppi makan makan jamuan malam nie di suasana kampung bersama famili yang lain.. 


Update* aishh tertekan enter terus terpublish >.<  Tak semena mena entri wia kali nie  sekerat jalan. Terkejut kott.. ayoyo. Jari jemari dok menari nari atas keyboard sampai tak perasan yang tertekan enter.. memang kena cepat cepat taip supaya tak nampak tergantung. HaiSshh..hee:'D hidup kena heppi, dan wia heppi jika mak happi. Bahi wia setiap hari kalau tak dengar suara emak rasa tak cukup dan tak lengkap even sat pun jadi laa :) Buat pelepas rindu dikala keseorang di rumah sewa saat ini sebab ousmate yang lain sibuk bersopink di malam minggu. Lalalalalala..perlu ka nampak heppi? erkk.


Terasa nak bagi cupcake kat mak..
Tapi biskus cookies pun sedap..crunchy ;p

with my lovely mum (❤‿❤)

Like mother like daughter ;)
Sesungguhnya mak memang susah 
tengok kamera bila gambarnya nak di snap..hehe:')

Mak segala galanya bagi wia..ingatan wia pada mak setiap masa setiap detik hanya tuhan yang mengetahui. Pengorbanan mak memang terlalu banyak. Banyak bersabar dengan karenah anaknya yang sorang nie.. menjaga wia dan adik adik. Mak begitu tabah. Dan mak yang banyak berkorban dan sama sama harungi pahit jerih ketika ayah ditimpa musibah Mac yang lalu. Segala galanya adalah mak yang ambik tau, bagi nasihat. Bagi tunjuk ajar..jaga tatasusila wia dan adab. Sehingga wia dari tapak kaki sekecik dua jari sehingga bersaiz 6 inci.." Terima Kasih mak..I LOVE YOU with HAPPINESS. 
(。❤‿❤
Sayangg mak erat erat. Sesungguhnya kasih mak membawa ke syurga. Wia minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai wia penah mengguris perasaan mak dari atas perbuatan atas tutur bicara yang boleh mendatangkan derhaka pada mak. Wia tahu restu dari seorang mak, adalah restu dari Allah S.W.T.. Dalam Al-Quran juga menyebut syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Sungguh besar pengorbanan seorang emak sehingga begitu tinggi darjat dan martabat mak. Minta restu selalu.. Selamat Hari Ibu, mak.. :')
Ok, kesempatan nie jugak wia nak ucapkan pada semua kaum Ibu dan wanita di mana jua berada sama ada bl0gger mahupun tidak, Selamat Menyambut hari Ibu esok. 8 Mei  setiap tahun..bangganya menjadi seorang wanita yang bergelar ibu. Hanya seorang Ibu yang memahami perasaan menjadi ibu pada anak anaknya..tetiba teringin nak anak sendiri. Haip gatai buat wia nie :$ Mungkin suatu hari nanti, kalau di izinkan tuhan..wia akan merasai perasaan bergelar Ibu. Selamat Hari Ibu semua.. rasanya wia dah tau apa hadiah terbaik untuk mak wia tahun nie sempena bufday dan Hari Ibu nie---> ceteka ceteka?? Biarlah rahsia.. see U next entri uOosl. Heppi alwayss.. love U mum. Walla. ^^

5 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi