Sunday, 31 July 2011

Teruja Menyambut Ramadhan 1432 H...

Assalamualaikum :) Rata rata umat Islam seluruh dunia ak sabar nak menyambut bulan Ramadhan..termasuk lah wia. Tengok barang di dapur banyak dah habis. Semestinya bila dah berjauhan dengan parent dan famili. Nak tak nak kena beli barang masak sendiri. Tapi sekarang dah tak perlu ridau kedai runcit jauh ke apa..sebab turun je bawah dah boleh segala keperluan. Wia suka stay dekat rumah baru nie :')

Sekarang ni wia baru je lepas lunch. Dan teringat yang kena buat persiapan sebelu menyambut Ramadhan. Kalau esok puasa maknanya malam ni malam pertama kita akan bertarawikh..ngee :D Sukanya..! Tak sabarkan.. tadi pun incik dear hantar mesej katanya temankan famili beli barang. Kebetulan hari ni hujung bulan dan nak nak sempena esok puasa memang ramai shopping mall. Semuanya turut meriah nak sambut Ramadhan.

Kalau mak mak, mesti bersiap siap nak masak sahur apa esok untuk anak dan suami tercinta. Kalau kanak kanak mesti tak sabar nak cuba puasa even puasa yang yuk, yakni puasa setengah hari. Yang penting dia mencuba. Dan pada remaja remaja pulak haruslah menahan nafsu dari makan minum dan segalanya. Hari pertama esok memang agak mencabar. tambah esok hari Isnin.. memang banyak kerja. Macam wia sendiri ada kelas, seawal 8 pagi dan lewat petang. Maknanya.. mungkin wia tak rasa sangat letih puasa, insyaAllah kalau wia banyak kerja yang nak dibuat. Apepun wia eksaited nak jumpa Ramadhan kali ni.
Mesti uOls.kenal sangat-sangat kan dengan orang yang selalu umumkan tarikh bulan puasa dan hari raya ni kan. Siapa lagi kalau bukan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ngah Engku Ibrahim. Tahun ni siapa pulak yang gantikan tempat dia ya? Sebab seingat wia dia dah bersara tau. So, nak tahu sama ada pengumuman puasa kali ni masih lagi beliau atau orang baru, kita tunggu jelah dalam malam ni ok. Dan yang penting, ramai tengah sibuk bersiap sedia nak tengok anak bulan puasa. Kalau nampak, puasa awal lah kita. Kalau tak nampak dek terselindung di balik awan..hee. Puasa lewat seharilah kita kan. Jadi, edy nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua blogger terutamanya kaum muslimin dan muslimat. InsyaAllah puasa tahun ni akan bawa satu perubahan baru dalam setiap diri kita semua. InsyaAllah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
1432 HIJRAH / TAHUN 2011

 
Malam ni mesti nak tonton tv, nak tengok pengumuman puasa dengan housiee baru. Yang penting melayu. Boleh sama sama bersahur, lakukan solat Tarawikh bersama sama. Berbuka pun sama. tidak la wia keseoarangan.. even jauh dari famili, pasti sms dan fon jadi penghubung. Bestnya bulan ibadah bulan puasa.. Sama sama umat Islam menunaikan puasa yang wajib dituntut agama :) P/s : Malam ni mesti alert tengok pengumuman wakil majlis raja raja..even terlupa pun  pasti mak akan bagitau. Tapi lagi eksaited kalau tengok sendiri..Salam akhir Syaban buat uoOls. 
-31 Julai 2011 bersamaan 30 Syaban 1432H-

Saturday, 30 July 2011

Counting Baby Moon Ramadhan =)

Assalamualaikum :)
Counting baby moon Ramadhan Al-Mubarak. Cepatnya masa. Setahun dah pun berlalu. Esok dah nak tengok baby moon. Tak sabar nak jalani ibadah puasa selama sebulan. Harapnya dapat la merasa nikmat berpuasa dengan sebaik baiknya. Nak tingkatkan amalan ibadah dua kali ganda dari sebelumnya kerana banyak ganjaran hebat yang dijanjikan Allah dengan ketibaan Ramadhan yang mulia.

Sabar menanti..insyaAllah lusa atau tulat kita akan jalani ibadah puasa. Menahan lapar dahaga dan amalan yang dilarang ketika menjalani ibadah puasa. wia ingat lagi tahun lepas, wia last puasa di BJ (Bestari Jaya) Kuala Selangor dan kali ni pertama kali di Shah Alam pulak. Sangaty teruja. Dan wia jamin ramai lagi kawan kawan dan saudara seISLAM dengan wia yang tak sabar menanti bulan dimana Syaitan akan dirantai. Yang ada hanya la nafsu manusia dan tabiat sendiri.

Ramadhan, bulan yang mudah mendapat pahala. Bulan yang satu satunya ada Solat Sunat Tarawikh..dah lama wia tak menunaikan solat Tarawikh. Azam bulan Ramadhan tahun ni wia nak buat solat tarawikh bersama muslimin dan muslimat Surah Al-Islah di depan rumah wia ni.. harap harap dapat laksanakan dengan sebaiknya. Amin.
Syukur bulan Ramadhan kali ini membawa kelainan pada wia. InsyaAllah bulan puasa kali ni juga adalah hikmahdisebalik masalah wia sebelum ini. Harap ini la hikmahnya :') Wia sedang berkira kira nak berpuasa di siang hari dan nak grab sebanyak mana pahala dari Allah S.W.T.. ini la masanya umat Islam sama sama melakukan amalan yang Allah janjikan ganjaran jika lakukan amal maaruf nahi mungkar.
 # Moga sama sama kita tingkatkan amalan mulia dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak.
Wia sendiri tak sabar menati bulan kerahmatan tue. Harapnya dapatlah lakukan rukun Islam ketiga ini dengan baik dan diberi kesihatan yang berpanjangan sihat walafiat. Amin :) Kali ni wia berpuasa di dalam rumah baru. Moga segala masalah dah settle. Nak timbulkan keceriaan dalam diri dengan menunggu baby moon muncul. Hee.. moga Allah perkenan doa. Setiap umat Islam dalam Malaysia ni mesti dah buat persiapan fizikal dan mental untuk menempuh bulan Ramadhan yang penuh 1001 kesabaran dalam menahan nafsu dan melakukan ibadah siang dan malam. InsyaAllah..
Wia heppy nak sambut baby moon Ramadhan;) Moga amalan puasa kita tahun ini lebih bermkana dari sebelum sebelumnya. Lakukan sehabis baik kerana belum tentu tahun depan akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Moga segalanya berjalan lancar. Heppi tahun ni weOuls dapat sambut Ramadhan awal ;)

Sudah 2 hari 3 Malam ;)

Assalamualaikum kawan kawan blogger :) Masuk hari ni dah dua hari  tiga malam wia di rumah baru. Hari pertama adalah semalam. Walaupun sebenarnya senja Khamis wia dah masuk rumah baru. Yup masuk awal sebab kawan tingkat sepuloh pun nak balik. Al-maklum rumah depa dekat. Wia pun nak kemas barang. tu sebab yang masuk awal. Senang. Malas nak fikir lagi. Dah laa RM500 lesap, sakit hati bila terfikir kan nya.

 Okey wia sekarang dah siap mengemas. Cuma malam yang baru masuk memang sehari penat. Seawal pagi Khamis, wia panggil orang buat tombol pintu. Kemudia settle, baru rasa secure sikit. Kemudia mula nagkut barang dari tingkat sepuluh gerak ke rumah baru. UoOls bayangkan berapa banyak kali wia turun naik turun naik. Sampai la tengahari. Jarak bukan dekat >.< tapi wia gagahkan juga. Rest untuk lunch sebab #segan nak menumpang makan umah orang. Kemudia solat Zohor dan rest. 

Lewat petang, masuk umah baru. Solat maghrib, then terus kemas apa yang patut, dimulakan dengan mop lantai..susun barang. Dan pakaian, keesokannya baru wia kemas.. Fuhh ! settle juga. Lewat malam baru dapat tido. Makan malam waktu tu pun dah tak menentu. Hmmm -.-" Penangan pindah rumah. Yang penting lepas ni wia tak payah pening kepala fikir pasal roomate dan sewa bulanan yang maha. Memang berpatutan untuk seorang student. # Senyum.  Mungkin bahagia menjelma disebalik kedukaan sebelum ni..melepas RM500 tapi jimat beratus ratus untuk bulan bulan seterusnya. Ini yang memujuk hati wia :')

Tengahari tadi dapat panggilan dari Ayah bertanyakan pasal duit. Oh sayangnya ayah pada wia..lepas cakap cakap tentang rumah sewa baru. ayah dah boleh lepas lega. Ya, ayah memang suka wia dapatkan rumah sewa yang agak suitable. Sebab boleh jimat banyak. Biarlah kurang sana sini, sebab katanya menyewa. Tapi yang penting tv, peti ais, mesin basuh auto lagi ada dan dapur gasa. Itu dah memadai dan wia sendiri selesa tido berlapikkan tilam dan ditemani dua bantal empuk. Itu pun dah buat wia tido nyenyak sehingga ke pagi. Syukur..<3 Alhamdulillah..P/s : Belum berkesempatan snap bilik sewa baru
:)

Friday, 29 July 2011

Penceritaan BerSambung...

Assalamualaikum :) Baru berkesempatan menghapdate blog bila saat lelah itu telah pergi. Okey entri lepas memang pahit untuk ditelan. Tapi nak tak nak harus jugak atasi demi kebaikan diri dan famili..walaupun wia terkilan sangat perkara macam ni boleh terjadi. Sobs sobs. Ya memang hidup wia banyak dugaan, tak macam orang lain. Tapi wia tahu ada hikmah disebalik kejadian. Dan itu tandanya Allah masih sayangkan wia. Okey dari entri wia yang lepas wia cakap wia akan sambung cerita sama ada wia pindah atau tidak..walaupun wia ingin sangat buang perkara pahit ni jauh jauh tapi harus wia coretkan dalam blog wia nie sebagai pengalaman hidup.
 -------------------------------------------------------
 > Situasi Malam <
Pabila petang tue wia balik je kelas, terus ikut membe lya balik umah dia yang kebetulan satu blog je dengan wia. Cuma wia tingkat 5 dan dia tingkat 10. Syukur ada kemudahan lif. Jadi balik dari kelas tak la penat sangat :) Tapi serius pegi kelas  petang tue wia rasa macam tak boleh tumpu sangat. Dalam fikiran hanya cakap nak pindah. Maklum la masalah datang bertimpa. Kebetulan juga lecturer habiskan kelas sejam awal. lya pun harap wia menginap kat rumah diorang dulu. Jadi wia yang malu malu alah pegi juga melepak katsana. Sambil fikiran dok fikir cemana nak pindahkan barang. Yup ikutkan hati memang maalam tu juga nak pindah. Jadi tunggu kawan lya balik dari umah dulu..bincang cemana.

Okey settle bab tak mahu balik tengok muka amoi mulut longkang tue dah. Pasti dia bawa geng nak kenakan wia. Sebab wia sorang mesti kena hentam punya. Nak tak nak wia memang tak akan balik seorang diri kat umah tue. Malam tue set dengan kawan nak angkut barang. Kawan lya, Amy dan Kak Chik je ada kat rumah. Memang sudah jatuh ditimpa tangga wia ni, kak chik cedera lutut akibat jatuh. lukanya amat besar dan kena dibawa klinik. Amy pula kebetulan ada 3 kelas hari Rabu tu.. lya pula kena pegi persatuan silat dia sebab ada buka booth. Wia serba salah dibuatnya. Bertambah runsing sebab semua orang tak berapa sihat. ada juga membe dorang yang wia kenal, Sha kak kepada kak chik pun demam , ke klinik juga. Kalau ada mas mesti dia pun ada hal..tapi mas tak ada sebab ikut parent dia balik Indonesia. Sabar la hati..Banyaknya dugaan.

Okey wia cerita, betapa susah hatinya nya wia deposit RM500 pasti lesap ! tapi itu wia dah tolak tepi dulu, sebab angkut barang keluar lagi mustahak. Fikirkan lya dan kengkawan dia pun ada hal masing masing. Hati jadi serba salah. Hanya Allah yang tahu perasaan wia saat tue. Bila semuanya dah tenang, petang tue wia jadi seakan orang asing di rumah orang. Kak chik dah dibawa ke kilinik oleh akak dia. Amy belum balik kelas. dia pula nak masak malam sebelum keluar ke persatuan dia malam nanti. Wia..?? kaget disitu. Nak bantu tapi tak tahu yang mana, jadi lya faham perasaan wia. dia borak borak sambil masakkan nasi goreng ikan bilis dan sambal telur. Sedaapp! pandai lya atau nama sebenarnya Nur Alya' Athira masak.

> Lewat Jam 9 malam <
Lepas tengok semuanya kembali pulih, lya pun dah keluar. terpaksa minta tolong Amy yang wia tak rapat tapi penah satu kelas dengan dia. Kak chik pun wia kenal sebab selalu pegi umah lya. Lya je yang wia rapat sebenarnya. Nak tak nak terpaksa minat tolong dorang berdua. Amat serba salah tapi memang tak boleh biarkan barang wia cenggitu je. risau diapa apakan oleh amoi mulut longkang dan kawan kawannya. Memang wia nak settle kan malam tu juga. lya dah berkali kali minta maaf dari wia sebab tak dapat bantu. bila semua dah siap. Luka Kak chik pun  dah dicuci. Terus siap dan gerak ke rumah yang wia tak boleh tempuh tu. Huh ! Nasib ada amy dan kak chik. Langsung buka kunci mangga dan kunci pintu depan uamh. Slumber dek wia masuk bilik terus ternampak la amoi mulut longkang dan si gemuk kat ruang tamu. Seakan akan buat tak tahu tapi wiaa tahu la apa dalam fikiran dorang. sebab 3 bulan dok serumah tak kan tak tahu isi perut dorang..hmm.
Alya kanan dan member dia..
Masuk je dalam bilik. Memang barang wia tak kemas apa pun lagi. Terus je buka cadar, kemas almari. Kain kain dilipat. wia ambik rice cooker, iron, hilter dan barang elektrik lain simpan dalam kotak semula. Kemas kemas semua. Dah siap packing, ambik pula barang dapur masukkan semua ke dalam plastik besar. Dengan haraan tak tertinggal apa apa pun. Siap semua. Nampak amoi mulut longkang dok dalam toilet. Kemudian dia terus tutup pintu. Perangai tak elok punya orang. Menci sangat la agaknya. Padahal wia yang patut panas hati dengan dia sebab tinggikan suara ngan wia tak semena mena. Cisss!..yang wia gelar si gemuk pula memang suka jaga tepi kain orang. wiaa dan kawan kawan mengemas, dia pun turut sibuk perhati ke hulu hilir takut orang ambik  barang dia. Pegi laaa. Tak akan nak angkut barang korang laa. Menci dan menyesal wia stay situ. tau la lain bangsa. tapi jangan la nampak sangat wia ni keji sangat dimata dorang. Memang wia tak akan lupa sampai bila bila pengalaman hidup ni.
Amy dan Kak Chik
Barang semua siap dikemas, akhirnya..wia berpindah juga. Tapi nampak je sikit barang wia tetapi penatnya hanya Allah yang tahu. Angkut semua barang dulu ke luar pintu rumah. Kemudian angkut pula bawa ke lif. Suruh kak chik jaga sebab dia cedera. Kesian amy sebab banyak bantu wia. kehulur kehilir ulang angkat barang wia sebab jarak rumah ke lif selanga banyak rumah juga. Itu memang payah. Settle semua, masukkan pulak barang barang yang tadi, ke dalam lif. Kak chik tahan lif. Cepat cepat wia dan amy bawa masuk barang tu untuk naik ke tingkat sepuluh. Sampai ke atas, sekali lagi kak chik tahan lif untuk wia dan amy angkat barang ke rumah dorang pulak. Penat sangat sebab kena rushing. belum tamat lagi. Terpaksa angkat barang wia ke rumah dorang yanga gak jauh juga jarak dari liff ke rumah. Berulang alik bawa barang. wia sangat serba salah. Mesti amy penat. wia banyak susahkan dia kali ni. Dah la tak berapa rapat. Tengok amy berpeluh, wia patah lagi. Settle semua barang. Angkut pulak masuk ke ruang tamu rumah dorang. Ya Allah mencabarnya. Susahnya tak ada incik dear dekat sini untuk turut membantu.

 Jelas semuanya dah habis. Memang semua tercungap cungap. Tambah tambah wia dan Amy. sakit tangan, pecah peluh, dahaga, lapar semua cukup. dah la tak makan malam lagi. waktu tu jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Baru la wia, amy dan kak chik nak menjamah nasi goreng lya dan sambal telur. Setiap sorang tambah dua pinggan. lapar satu hal, kemudian ditambah sedap..memang menambah la jawabnya. Nasib lya masak banyak. dok tak lama lya pun balik. Dia minta maaf sebab tak dapat bantu. wia rasa tersangat penat. tapi yang penting wia dah settle dengan umah yang cekik darah tu. Huh ..! Berterima kasih wia pada kak chik dan Amy. Harap dorang tak kisah walaupun wia tahu dorang letih sangat. Sempat wia bagi kunci pada si gemuk tue, walaupun dalam hati rasa tak nak bagi je kunci tu pada dorang >.< Gggrr..

Okey To be Continue again..
# Panjang sangat.. jadi rehat dulu.

Thursday, 28 July 2011

270711 - Hari Terburuk Yang penah diRasa T_T..

Assalamualaikum. Tempat menaip Rumah kawan tingkat sepuloh, Shah Alam. Okey panjang cerita wia nak stori kali ni. Kenapa tetiba wia kat rumah kawan, dan kenapa semalam wia langsung tak hapdate blog. Memang ikutkan semalam, wia dah tak boleh tido malam tambah pulak pagi semalam lepas Suboh dah memang tak boleh lelap. Kenapa..? Kerana dalam hati tak sabar nak tanya pasal deposit =.=" Yup deposit rumah sewa..Opss bekas rumah sewa. Kenapa dah jadi bekas..? Meh nak cerita perlahan lahan. Tarik nafas dan hembuskan perlahan lahan ye sebelum baca.
> Situasi pagi <
Sanggup tak nak tido malamnya sebab nak menunggu siang menjelma. bila Subuh menerjah, mata pun dah tak nak lelap. Tak sabar nak cakap dengn housemate sebab bukan sikit deposit rumah wia, RM500. Dengan tak tahu apa apa, masa masuk rumah hari tu pun tak ada kontrak hitam putih. Itu memang salah wia juga sebab bagi sewenang wenangnya duit yang agak banyak bagi seorang student bulat bular macam tu je. Sangat kecik hati :'( dan pagi tu bila dah dengar agak diorang dah bangun.

Wia pun cepat cepat nak bertanya, sebab pada mulanya diorang dah setuju nak bagi RM200 je sebagai deposit wia. Wia macam tak puas hati dan sebab tu nak tanya mana perginya RM300 lagi. Sebab wia sangat tacing dorang cakap dorang yang pegang. Sentap sangat waktu tue, tu yang tak sabar  nak tanya. Bila wia tanya, discuss apa yang patut. Dapat la RM250. Katanya janji nak bagi deposit waktu tengahari. Ok wia menunngu dengan senyuman.

> Situasi Tengahari <
Lepas je masak memasak tengahari, wia menonton cerita Princess Hour kat tv memang dorang pun tak ada ke kelas kott. Tepat pukul 12.30 tengahari, balik la budak dua orang tue.. dalam hati tak sabarnya nak dapat balik deposit. Sambil teruskan menonton. Sye Yin yang katanya iras Tiz Zaqyah celup versi cina tu balik ngan kawannya. Dorang classmate merangkap housemate dalam rumah sewa wia tue. Wia tunggu je saat nak dapat duit. Dan boleh la wia blah macam tu je. Hee.. memang saat tu cam debar sangat. Al-maklum la wia seorang dorang bertiga. tak ramai pun stay dalam rumah tue. Sebab tu mahal nak mamp** !! Ggrr. Tengahari tu juga dorang nak conform dengan  budak yang wia cari tue. 

Wia pun bagi la no phone, lepas cong cang cong cang bercakap. Masa tu cerita Korea yang wia tonton tadi pun dah habis masuk la bilik sebab nak bersiap siap, makan dan kebetulan pukul 2 petang wia ada kelas. Memang nak rushing la kan.. tengah wia makan tetiba dak cina tu terpekik pekik panggil nama wia. Dia suruh keluar. Suara menyinga kamain ibarat singa kelaparan. Sekali dan keluar, dia pun cakap pom pam pom pam nak hentam kita. SENTAP kot wia time tue. Dah la makan pun tak sempat habis. Terkedu dalan hati rasa sebu. Perempuan mulut longkang ditujukan pada dak cina perasan kaya tue. 

#Maaf entri wia agak emosi time ni sebab perkara baru terjadi. Hal tu masih melekat dalam ingatan. Lambat nak pulih. Sambung balik cerita, wia pun dah tak larat nak dengar dia bebel cam mak nenek pastu dok tengking tengking bagai. Wia melawan.. serta merta lagi tinggi suaranya. Hampeh betoi amoi busuk ni. Wia stop kan dia cakap, sebab wia kata ada kelas terus tutp pintu geram. Ggrrr..! Lepas tu kebetulan incik dear pun call wia, sebab dia macam tau tau yang wia mulanya tak mau nangis, terus terhambur air mata bila ngadu dekat dia, sambil suap nasi perlahan lahan. sambil nangis. Telan nasi pun rasa tak lepas.

Terus incik dear pulak naik angin. Dia nak no phone amoi mulut longkang tue. Asalnya wia tak bagi, then takut gaduh tapi bila didesak banyak kali, terus wia bagi..masa pakwe call amoi tue, amoi tu dekat ruang tamu baca paper la kononya, dan masa tu wia dalam toilet tengah bersihkan muka dan ambik wuduk untuk solat Zuhur, terdengar amoi tu jawab phone, sambil marah marah. Kuat betul suara dia, macam orang hilang akal. Cehh, menyampah pulak dengar, ingat bagus sangat la tue..Rupanya pakwe wia yang cakap. Kesian dear, macam mana la dengar agaknya. Risau juga dia pun turut tacing. Bila habis je wia selesai ambik wuduk, nak masuk bilik, dengar amoi mulut longkang tu panggil wia. Mata tu mata wia pun dah merah. Serta merta wia cakap tak mau. Terus tutp pintu. Ingat nak hormat sangat orang macam tue. Boleh m****s !!

> Situasi Petang <
Azan berkumandang, masa tu dok fikir macam mana nak pindah dari situ, tapi apepun kena pegi ke kelas petang tu dulu. Kalau ada pintu keluar kat tempat lain memang pegi. Tapi.. hmm malas nak ngadap muka yang buat kita SENTAP.. meluat sihh. Bila dah settle semua, wia pun jalan terus ke pintu depan. Tetiba amoi mulut longkang tyu panggil.. macam malas nak dengar, tak sanggup dia mengarut macam orang gila..terus wia endahkan. Lepas tu dia cakap..RESPECT boleh.. wia tengok dia dengan muka tak puas hati. RESPECT..?! amoi mulut longkang ni bercakap pasal respect..dia tahu ke makna respect tue..? pui ~ wia memang betul betul marah kat dia terutamanya. Nasib si gemuk tak ada pegi kelas.

Kakak dia pulak diam membisu.. nampak suci tapi bab menjeling dia la ratu. Tak boleh blah ..Ggrr..!! baru je amoi tu nak cakap terus wia nak keluar. Then telefon dia berbunyi, apa lagi langsung la blah.. macam s*** je budak amoi perasan dia la tuan rumah padahal dia tak ada hak pun nak marah marah. Memang tu yang buat wia geram sampai sekarang kalau ingat balik >.< eeeee geram betul ! Pegi kelas dengan mata bengkak sikit. Then cerita kat kawan kawan terus dorang suruh pindah. Hmm memnag nekad sangat nak pindah. Malam tue juga.. Dalam kelas, terus belajar sampai habis kelas. Itu pun jasad ke mana hati dah ke lain..
 Nak tahu apa terjadi.. boleh ke wia pindah ke tidak..?

To be CONTINUE...

Tuesday, 26 July 2011

Satu Persatu Berjalan Lancar =D

Hello Malaysia..Assalamualaikum :)
Okey mood entri kali ni bersyukur dan hati yang tenang. Kalau dalam blog wia yang lepas lepas banyak memberi makna dalam hidup wia. Mungkin uoOls tak faham tapi biarlah entri yang berkaitan dan tersirat ini telah memberi peluang untuk wia kembali tersenyum dengan rasa lapang dada. Subhanallah..! =)

Syukur..Syukur..<3
Kawan kawan..wia ada berita gembira tau. Lepas resah gelisah. Gundah gulana tapi dengan nikmat kesabaran, Allah mendengar doa wia. Allah tolong ibu dan ayah serta adik adik. Syukur wia dah tak perlu tanggung beban kos yang berat lagi. Memang rasa hati tenang..tido malam pun dah boleh nyenyak sampai ke pagi. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian.


Walaupun masih belum settle sepenuhnya, tapi hati ni dan keputusan ini dah memihak pada wia. Itupun dah rasa legaa. Hee.. sebenarnya masih da poblem tapi wia nak settle kan perlahan lahan supaya tak akan ada lagi penyesalan untuk kali kedua. Mungkin penulisan entri wia ni banyak dah memberi Hint kenapa wia menaip dengan kata kata yang penuh tersirat. Dan wia tahu adik wia, dak Nana suka dan selalu buka blog kesayangan wia nie. Dan tak mustahil ayah dan mak pun membaca penulisan wia.. sebab tue wia rasa, tak perlulah straight forward sangat. Keculai bila semua dah settle, baru wia akan cerita semuanya. Okey kengkawan..? ;)


Settle bab tue, masuk bab baru pula, alhamdulillah juga dah settle petang tadi. Semuanya dah dilancarkan Allah. Mungkin ini pengalaman hidup sebelum matang dewasa. Ini baru sikit dugaan yang wia lalui, dan memang  akan lalui pelbagai lagi masalah masa akan datang jika makin menginjak masa. Itulah roda kehidupan. Sekejap dibawah dan sekejap di atas. LUMRAH =D
Amin..ya rabbal alamin.

Yang penting hati dah sedikit tenang, boleh juga makan dengan kenyang. Tiada lagi perasaan hati yaang bergelombang bak tsunami. Kedebuk kedebak ibarat memukul batu pantai yang besar. Besar perumpamaan wia sebab itu yang wia rasa dua tiga hari lepas. Pendek kan cerita sepanjang minggu ini, dan baru semalam lsettle. Sebab wia dah masuk secara baik nak keluar juga secara baik. # Hint lagi ;p


Okeyla, selamat berblogging uoOls. Wia tahu even tak ada yang komen entri wia, tapi wia pasti ada yang membaca penulisan wia. Terima kasih sangat sangat..! Dengan lapang dada, baru terasa lelahnya mengharungi masalah kecik tapi rasa macam susahnya nak keluar dari sangkar musibah. P/s : Tak berapa hari lagi dah nak puasa, nak masuk bulan RAMADHAN sukanya wia ;) tak sabar menunggu. InsyaAllah semuanya akan okey.
Allah tidak pernah mengabaikan doa hamba hambanya kepadaNya, maka berdoalah selalu padaNya, kerana Allah maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Allah juga tak penah memberi dugaan dan bebanan yang tak dapat ditanggung hambanya. Maka selalu lah mengingatinya. Mudah mudahan ~

Monday, 25 July 2011

PAGI yang RESAH..

Isnin dah datang lagi.. buat hati bertambah berdebar. Assalamualaikum.. Cepatnya masa. Dapat tak wia capai target dalam masa terdekat ni. Wia harus usaha lebih keras. :) Petang ni wia ada kelas. Tak sabar nak pegi dan belajar. Hujung minggu harus capai target. Ngeeee :'D Berkobar kobar nak habaq mai kat hempa semua. Rasanya wia dah tak sabar dok dalam kepompong ni lagi..Huuuu =.=" sedih bila terkenangkan.

Ni la masanya wia kena berani. Berani ambik risiko. Okey wia akan buat semampu yang mungkin =D Tidak ada tolak ansur lagi. Tak mahu menanggung kerugian yang banyak lagi. Dah tak sanggup kot. Pagi ni seperti ada semangat baru berkobar kobar. Fighting wia fighting !! Ding dong..

Pagi pagi harus senaman kaan hati dan minda dengan membaca tazkirah. Suratul Yassin menjadi ayat pilihan wia tadi. Rasa tenang dan damai menikam jiwa. Hanya Allah yang mengetahui segala galanya. Percaya pada diri. Wia mesti yakin. Yakin dengan apa yang kudrat mampu. Hati ini berdebar lagi saat menunggu waktu tu berlalu. Bicara hati ini sukar untuk dipersoalkan.. Dimanakah ia akan bernoktah. Pastinya bila wia tinggalkan masalah ni dengan segera. Harus segera selesaikan..! Opss nope. Wajib tinggalkan.. Hmm # sambil angguk angguk.

Okeylah, selamat berblogging uoOls. Saat getir wia sekarang, amat sukar nak lalui. Fuhhhh =______=". Hanya mampu ditanggung hati ini..Huuuu T___T air mata rasa nak turun la kawan. Hanya mampu menaip tak mampu bersuara, kerana terasa seperti batu dihempap ke dada. Cemana nak lalui uoOls. Peluang yang ada wia lepaskan macam tu je.. Ohh !! mengeluh tak berguna lagi. Harus bangun..kuatkan semangat. Allah sentiasa bersama. P/s : Cepatlah masa.. menunggu saat telefon berdering dan beeep.. mesej masuk.

Kecewa.. P/s :Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama.

Assalamualaikum. Nie entri sangat emo. Mungkin tiada rezeki wia hari nie.. peluang tue melepas macam tu saja. sabar lah hati mungkin ada hikmah disebalik itu. Wia berkecil hati sebenarnya. Tersalah langkah habis risak semuanya. Sebab tue rasa kecewa sangat. Wia tahu yang wia tersalah susah pulak nak undurkan diri. Minta maaf mak, ayah dan adik adik dan terutama encik dear. Sebab uoOls, wia rasa tak sedap hati sangat sekarang.

Ya, memang wia rasa sedih sangat sekarang. Apapun, yang penting wia kena tunggu semuanya pulih. Wia tak boleh putus asa. Dugaan Allah hanya mampu wia tanggung. Ada hikmah mungkin#  Ya mungkin juga rezeki tak menyebelahi wia saat ni. Peluang yang datang pergi macam tue saja. Sabar la hati T____T terasa seakan malam ni tak dapat lena kerana fikirkan masalah ni. Dah banyak kali wia cuba sehingga saat akhir sekarang ni pun wia masih belum dapat pengganti :'(
pisang1
Pisang berbuah dua kali #
Maaf ini bukan entri putus cinta tapi entri kecewa sebab tak dapat ganti orang. Biarlah itu rahsia. Mungkin ada sesuatu yang terbaik di masa akan datang. Yang penting jangan sesekali mengalah wahai hati. Incik dear dan parent siap adik lagi dah support. Pandang ke depan. Pilih yang terbaik. InsyaAllah akan pulih semula. Esok dan hari seterusnya masih ada. Will be fine later..biarkan hati ni resaah dan gundah gelana sebentar. Yang penting wia dah usaha, tawakkal dan berserah padanya. InsyaAllah ini yang terbaik. Amin ya Rabbal Alamin.

Biarlah ini menjadi lipatan dan pengajaran buat wia. Yang penting jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Mudah mudahan. Jangan cepat mengalah kawan. Will be fine later.. Doa doakan. Selamat berblogging kengkawan. Sunyinya tiada yang berkomen.. Okey nak pegi balas komen kawan kawan. Doakan hati yang resah gundah gulana ni baik semula. Wia cuma mahu kebebasan. P/s : Usaha tanpa putus asa. Jangan Ulangi Perkara Yang sama. Aja Aja Fighting !!!

Sunday, 24 July 2011

Segala Puji Pujian.. Tolong Aminkan Ya Sahabat..

Assalamualaikum pembuka bicara. Dengan niat tulus dan tawaduknya wia mengharapkan kawan kawan blogger sekalian dapat mengaminkan doa wia supaya pertemuan petang ini dengan dua hamba Allah yang sangat baaik hati memudahkan urusan wia. Wia sangat berharap pertemuan yang dijanjikan pada petang ini berjalan lancar hendakNya.

Saat ni getar dihati masih terasa, moga diperkenan Allah atas doa doa wia selama ini. Moga lancarkan bulan Ramadhan dann ibadah wia kelak. Berharaap nasib akan berubah. Semuanya diatas pertemuan petang ni dan atas kehendak Allah S.W.T.. wia berharap semuanya menjadi seperti yang dirancang.

Seperti ayat Surat Yassin yang berbunyi " Kun fa ya Kun". Kalau nak menjadi sesuatu ia, Jadi lah ia..amin :) dengan izin dan restu Sang Pencinta. Ya Allah tuhan ku.. wia sangat berharap semuanya akan mudah dan lancar. Jangan laa ada gusar dihati lagi. Tenang lah hati ini menerima apa yang kau inginkan. Tetapi satu harapan hamba mu ini.. moga dikau lancarkan lah. Hanya itu yang mampu wia mohon selain usaha dan tawakal.

Sekali wia harap, kawan kawan doakan wia dan amin kan lah supaya semuanya akan baik. Moga 'deal' ni menjadi. Semoga harapan wia dalam sebulan ni membuahkan hasil. Ya Allah, wia tak mampu untuk berfikir lebih dari akal fikiran. Yang lain hanya mampu berserah padaMu Ya Allah. Hati kecil ini cuma mengharap, apa yang di ingini termakbul. Wia nka bantu mak ayah.. dan tak tertanggung rasa diri ini untuk membebankan mak dan ayah di rumah.

Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
InsyaAllah..dengan harapan dan doa, moga moga segala nya akan berjalan lancar ya rabbul Izzati. Segala nya berserah dengan rendah diri. Hati ini getar.. tak mampu untuk berfikir. Masa cuma tinggal seberapa hari cuma.. Hanya kau yang mengetahui segalanya. Amin, amin ya rabbal Alamin. P/s : Tolong sama sama aminkan doa yang wia hajati. Mogaa termakbul ya Allah.. InsyaAllah.

Saturday, 23 July 2011

Tak Sempurna dek Aqal Fikiran ;)

Salam Ceria peeps. Assalamualaikum. Minggu pertama semester baru dah pun selesai minggu ni. Masih tak banyak yang belajar. Cuma settlekan add drop subjek. Kenal kenal lecture. Adjust masa dan jadual. Pusing pusing bangunan cari kelas. Settle..! Fuhh. Seminggu ni dah berlalu. Cepat masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik minggu depan dah nak masuk bulan puasa. Excaited nya wia ! Sungguh tak tipu dan lagi eksaited kalau semuanya pun cepat selesai =D
 Dont wait for the perfect moment. Just take the moment and make it Perfect..! That true rite my blogger friend..?
Alhamdulillah lagi tiga buah novel wia rembat lagi dari perputakaan untuk jadi penyelamat keadaan. Hehe. Al-maklum lah hujung minggu pasti bosan wia keseorangan di dalam bilik. Jadi harus, ada baca bahan bacaan selain melayari internet. Entah kenapa malam ni mood berblogging ke laut.. tapi belum pasti laut mana pula dia memaba diri. Yang past tangan ini masih gigih nak tekan tekan keyboard walhal wia cuma nak cakap yang esok hujung minggu =.= pasti bOrinG kalau berjauhan dengan famili..hmm nak keluar pun ptptn belum masyuk. Entah kenapa ada khabar angin yang cakap ada setengah dah masyuk. Pelik O.o bukan semua seragam ke..? awat pulak ada sesetengah istimewa dapat awal..Huuuu T__T

Dah lama menunggu masyuk duit.. susah kan tak ada duit di tangan. wia pulak jenis tak pandai cari duit. Memang macam mana la nanti nasib. Tak ada bakat. Kalau dah pandai menjahit, mesti dah dapat tempahan buat baju raya. Baju kurung ke, baju moden ke, kebaya, baju melayu aka teluk belanga. kalau boleh memang masyuk juga la musim perayaan. Ikutkan nak kerja tapi pecaya atau tak wia tak rajin. Dan nak bagitau rahsia sikit yang seumur hidup wia belum penah rasa perasaan menjadi pekerja. Pelik kan..? Yap itu la wia yang terlalu manja. Jaga badan dan rehat di rumah ja bila time cuti tahu tapi tak pandai cari duit poket. Tsk tsk.. lepas SPM dan STPM pun tak kerja tau.. Hadoii~

Bosan itu selalu"
Macam mana nak tempuh bagai dugaan lagi. Kuikui..dengar dengar uncle wia ada kat Bangi sekarang. Kazen pulak ada kat Kelana Jaya. Dekat saja kalau nka jalan jalan hujung minggu ni. Tapi masalah tetap ada. #tak penah tak ada masalah dak wia ni kan..? Sabar aja laa ;p

Hanya berblogging dan berblogwalking buat wia rasa ceria. Kalau dengar wia meluahkan sesuatu. Hanya laa setelah ditapis dengan six sense dan bukan sekadar suka suka berkongsi. Sebab kata orang diam, lebih baik dari berkata kata. Belajar dari incik dear <3 P/s : Terkilan tak dapat tengok penyampaian hadiah buat qari dan qariah dalam tilawah Al-Quran.. Apepun tahniah. Moga segala nya dipermudahkan Allah.

Nasi Beriani Sebagai Menu Lunch :')

Senyum selalu=) Assalamualaikum. Okey hari ni meu tengahari adalah nasi beriani, ayam masak merah dan acar timun nenas. Flashback balik time cuti hari tu mak sempat masak kan wia dan adik adik nasi beriani, beserta lauk sampingan ayam masak merah dan acar :') Menangis gembira rasa tau sebab cuti camtu dapat makan sedap sedap macam mengidam.. pasti mak buat. Kadang kadang best juga dok berjauhan dengan famili. Bila baik sekali sekala dapat makan yang terbaik dari air tangan mak tersayang. Auwsome..!

Tetiba dah jauh ni, bila dah nak masuk tengahari, perut pun mula hint. Harus lah masak untuk kenyangkan perut. Tengok jam masih awal, usha folder dan amat la sesuai wia tempek gambar yang sempat wia snap 15 minit sebelum semuanya selamat dalam perut. Disebabkan jarang sekali mak masak makanan berat seperti Nasi Beriani. Bukan mudah tau nak masak nasi nya kalau tak kena gaya.

Jadi masa tue time lunch..ingat lagi harinya macam hari ni hari Sabtu.. sebab ayah balik lunch sebab Sabtu ayah wia kerja setengah hari..mak masak agak sikit untuk cantikkan nasi tue betul betul menjadi lembut dan sedap dimakan. Wia dan adik wia Nana cuma jadi assistant Cheff saja hari tue.. Akhirnya menjadi weouls makan Nasi beriani dan ayam masak merah beserta acar.. tapi tak ada lah dalca sebab famili wia kurang gemar dalca. Tapi kalau ada, makan juga bukan tak makan. Heee =D Satu famili berselera sangat !. Dan hari ni wia macam nak makan lagi saja rasanya nasi beriani air tangan mak. Sedapnyaa..nyum nyum ;)
Nasi Beriani cukup rasa :') Nangis dapat makan.
Acar timun nenas..feveret..!
Ayam Masak Merah..
Nak beli, bukannya tak ada, tapi tak akan sama dengan makanan yang mak masak. Air tangn mak tak kira la sesiapa pun, pasti menjadi feveret anak anak dan suaminya :) Betul kan..? Sebab tue bila dah jadi seorang perempuan yang diciptakan Allah yang Maha Esa..kena pandai belajar masak. Malu tau kalau hanya tahu goreng telur hangit dan masak nasi mentah. Opsss..terlebih sudaa. Lepas  ni kalau cuti cuti nak ajak mak masak nasi beriani lagi. Fakta# wia belum penah rasa Nasi beriani gam lagi yang diceritakan kawan kawan kat kampus. Katanya sedap sebab lauk bercampur dengan nasi.. tu yang gam melekat,  terpikat dan lazat. Dengar sedap kan..? nak kena rasa juga la nanti :'D

Okey wia nak blogjogg dulu. InsyaAllah diKau permudahkan urusan hamba mu ini Ya Allah :) Amin. Moga hari minggu yang menceriakan uoOls. P/s : Bila agaknya wia akan pandai masak. Teringin nak jadi macam dua orang kak yang wia sangat kagumi iaitu kak MiSzlullaby dan Raihana Kamaruddin yang pandai akademik dan masak memasak. Dua kakak ni idola wia..Moga Allah merestui setiap hari..with lOvE.

Friday, 22 July 2011

Move Or Not..?

Assalamualaikum :) 
Awal bangun hari ni. Alhamdulillah rasa segar sangat.. terus hidupkan pagi ni tanpa tidur semula lepas solat Subuh. Yap, kebiasaan nya wia akan tidur balik lepas Subuh walaupun mengikut kata orang tua tua tak baik, sebab nanti rezeki tak masuk. Tapi wia tetap nak tertido juga. # Jujur lumrah life student cenggitu. Psstt tapi tak semua tau, sebab setiap manusia lain dan unik. Jadi pagi yang indah nan segar, ditambah udara yang nyaman. Rasa wia Shah Alam malam tadi hujan sebab terasa dingin dan selesa je pagi ni :) Cuma sedari semalam wia rasa macam susah kan nak cari jalan penyelesaian bila hati dan minda keliru. Itu yang wia rasa sekarang..
Pindah tak pindah O.o
Kenapa pulak dengan dengan dak wia nie.. tetiba cakap pasal keliru bagai. Keliru nak pilih kekasih hati kah..? atau keliru dengan diri sendiri..? Yang lebih tepat wia keliru nak buat keputusan sama ada nak pindah rumah atau tak.. sekarang masih ada seminggu sebelum wia terlambat dan dalam masa seminggu wia kena cepat cepat bertindak. Kena tegas yang mana jadi pilihan. Pilih antara satu di antara dua >.< Memang susah kan bila hati masih keliru. #Okey sebelum terlupa, kalau ada resah dihati,, wia akan coretkan di blog kesayangan wia nie.. kadang kadang nak minta pendapat uoOls, rakan blogger yang baik hati.

Wia tahu yang member blog alam maya wia ni pasti ada banyak idea dan cadangan sebab tu wia luahkan isi dan rasa supaya keliru nak berpindah atau tak jadi tajuk entri kali ni..Kali ni wia fikir nak pindah ke rumah yang lebih rendah rental nya apa pendapat uoOls..? Salah ke betul tindakan wia.. dan keduanya bukan mudah nak pindah dalam masa seminggu. Yang penting kena cari pengganti. Kenapa tetiba nak pindah..? Mesti uoOls tertanya tanya sebab sebelum ni beria cari roomate. Tapi agak penat mencari baik wia sendiri yang pindah. Lagipun Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelma. Rasanya nak tumpu pada ibadat.. tak sabarnya menunggu anak bulan Ramadhan yang mulia  muncul<3
InsyaAllah wia akan buat pilihan yang terbaik. Fening juga fikir.. tapi biasalah lumrah hidup tak akan lari dari masalah, keliru, runsing sedih dan kadang kadang ita gembira, bahagia ceria. dan itulah kehidupan nama nya. Eheee adakah wia cakap semua ni kerana wia dah kian matang dalam hidup. InsyaAllah :') Akan wia belajar liki hidup ni sebaik mungkin. Doakan  wia buat keputusan yang baik. Amin ya rabbal alamin. P/s : Bahagia tetap ada.. Have a nice day uoOls.

Thursday, 21 July 2011

Rembat Novel di Kala Kebosanan..

Selamat pagi dan assalamualaikum :) Pagi ni sarapan roti sapu planta lagi. Biasa laa tu je menu sihat yang wia makan kalau jauh dari rumah.Yang pasti kalau nak makan megi tu fikir dua tiga kali. Kalau lapar sangat sangat baru wia makan. Tapi memandangkan tengahari pun bakal menjelma cukup la hanya dua keping roti dan air skyjuice. Hee =D kebetulan hari ni memang free habis sebab kelas satu pun tak ada. Jadi amat sesuai la wia ngadap lappy biru ni sampai lebam.

Baru semalam je wia dah pegi library dengan dak Sara. Pinjam buku semata mata tak mau kebosanan melanda diri ini. Bukan satu tau tapi tiga buah lagi. Nak tau buku apa yang wia pinjam sampai tiga sekali. Rajin sungguh wia pinjam buku kat library awal semester nie..jeng jeng jeng. Novel Cinta la ;p Berlambak kat library pinjam je. Nak nak cerita yang menarik, memang jadi pilihan bacaan wia. tambah tambah dak sara pun minat gila sungguh dengan novel. Memang kalau pinjam satu pasti awal awal dah habis.. sebab tu weoul tamak pinjam sampai tiga buah. Kihkihkih..
Wia dah settle baca sebuah novel "Cinta Mekar Dihati " dan maknanya ada lagi dua buah lagi. Tengok la petang nanti mesti dah bosan ngadap laptop pasti novel jadi pilihan di waktu lapang. Sekarang ni wia agak kurang dan agak lama juga tak pegang novel cintan cintun ni. kalau masa dulu di awal belasan tahun, remaja trang tang tang pasti novel ni saling bertukar dengan kawan kawan. Pendek kata, dah banyak dah yang khatam. Hehe.. tapi bila melonjak usia 20-an. Agak kurang sikit, tapi bukan bermaksud yang wia tak minat lagi dah. Cuma masa dan mood dah tak macam dulu. kalau dulu semua layan (^_________^) V biasa la tue, perubahan hormon la katanya dari keremajaan ke kematangan.# Betul ke tak ayat wia ni. Hancuss bahasa di buatnya.
Okey laa, wia nak blog-jogg dulu. Moga uoOls heppi datang ke rumah wia :') Walaupun pengalaman hidup serumah dan sebumbung dengan dak Chinese tak sama dengan dak Malay.. hanya wia yang dapat rasa sekali seumur hidup. P/s : Tak suka kalau dak Cina berperangai cam dak Melayu yangg kaki kepoh. Opps termengata pulakss. Wia suka berkawan ngan Sye Yin..iras Tiz zaqyah versi Cina :'D  Jumpa lagi dalam entri seterusnya..

Wednesday, 20 July 2011

Bihun S'pore tika Lapar Berkriott.

Assalamualaikum :)
Rasanya dah tiba wia hapdate pasal makanan dalam blog wia ni memandangkan cuti semester hari tue kemain lagi masak memasak memuaskan nafsu makan yang tak penah sudah =D Hehe.. rasanya balik kampung baru baru ni banyak makanan yang wia rasa. Pendek kata puas la bercuti sambil menikmati makanan rezeki Allah.Nikmat ada dimana mana. Yang penting jangan terlalu boros dan jangan terlalu kedekut.

Meh usha makanan pertama yang wia pilih untuk hari ni ialah Bihun goreng Singapore :") Nyum nyum petang petang macam ni best je kalau pekena bihun yang ditumbuk dengan lada hitam ni. Teringat mak sediakan bihun nie pasti ternanti nanti wia dan adik adik. Kihkih. Rasa pedas memang feveret. Pendek kata makan sekali pasti nak lagi ;)

Wia tak tahu asal usul bihun ni, tapi yang femesnya nama nya ada kaitan dengan singapore.# Mungkin ada kena mengena juga kot sebab tu namanya berkait dengan makanan yang buat wia terliur.. kalau kat rumah sekali wia makan pasti bertambah. Menyelerakan ! tambah tambah dah dok jauh ni, waktu macam ni terasa lapar tapi nak masak bihun macam ni memang tak rajin. Tambah makan sensorang, lagi tak ada feel..menjawabnya makan la gambar je dengan mata untuk kenyang.

~MENU PETANG-FEVERET ! ~
Walaupun putih kalernya tapi bila sekali suap ke dalam mulut pasti nak lagi. Hee=D
Masa snap gambar ni wia makan bihun di sulam dengan air putih saja. Memandangkan ai putih lagi sedapo dan banyak H2O, jadi air putih atau skyjuice jadi pilihan. Sebenarnya minum dengan air teh 'O' pun sedapp

Okey sesuai sangat dimakan time waktu petang, pagi ataupun malam. Sebab bagi wia, wia makan je bila mak masak. Nyum nyum..nikmat :') Rasanya seakan akan rasa di anak tekak.# Soryy gambar blur dan nampak tak sedap sebab ni gambar original dari henfon murah saya. Ends, but not least lepas ni wia akan hapdate lagi pasal makanan yang wia sempat snap semasa cuti semester lepas. Waktu di rumah la, dunia makanan bagi wia. I loikeee !
Selamat Berblogging uoOls. Banyak lagi makanan yang wia akan hapdate okies. Hikss.

Tuesday, 19 July 2011

❤ ALHAMDULILLAH | Syukur..

Assalamualaikum :)
Mula mula nak wia rasa bersyukur sangat sebab wia dah selamat sampai ke Shah Alam petang semalam. Even rasa berat hati bagai tapi perasaan tu dah hilang bila dah tempuhi. Memang keajaiban bila dah cuti panjang tapi semangat berkobar nak mulakan semester baru kan..? Tapi nak tak nak wia dah masuk last year. Hari ni wia dah pun masuk kelas pertama dalam minggu pertama. Siap belajar lagi sambil berkenalan dengan lecturer baru di semester baru. Semester ni wia ambik empat subjek. Doakan kejayaan wia ye uoOls.
Keduanya wia panjatkan kesyukuran pada yang Esa, kerana hari ni juga broadband wia dah boleh guna. Hee :'D Kebetulan semuanya datang serentak. Memang satu nikmat yang tuhan berikan pada wia. ALHAMDULILLAH..gian nak menaip entri pun dah datang. Rasa rindu pada blog menggebu. Desini tiada mak ayah atau famili yang menemani tetapi hanya lappy biru nie bersama sama broadband yang menemani wia di kala wia kesunyian dan keseorangan. Bila ia dah pulih, mesti la wia rasa heppi sangat..!

Lepas ni wia boleh la update jika ada kelapangan. Sebab semester baru dah bermula, azam semester baru pun menebal. Tambah tambah wia dah semester di tahun akhir, memang kena gigih tumpu studi. Tapi bila free mesti la blog, hiburan di hati. Moga saat sulit cepat berlalu..hanya Allah tahu apa yang di dalam hati wia. UoOls nak tahu satu cerita yang agak suprise bagi wia, bila sampai je wia di rumah sewa.. ce teka apa yang buat wia terkejut..?

Roomate wia dah angkut barang dia tanpa inform wia pun. Mengucap panjang bila fikir bilik wia dah lapang dan hanya tinggal barang kepunyaan wia. Nasib dia tak angkut barang wia sekali. Sabar saja laa. Even macam tue, rasa bersyukur dalam hati, sebab dapat stay sorang sorang dalam bilik. sangat lapang dan luas. :') Terdetik di hati mungkin ini salah satu nikmatNya juga..Alhamdulillah. Syukur padanya yang mampu wia lafazkan.. keajaibannya memang buat hati wia rasa terharu sangat sangat. Tapi cara ex roomate wia tue buat wia rasa 1000 dalam satu buat hal macam tu. tiada adab dan sopan. Abaikan# itu pilihan dia..Sampai rakan serumah pun tak tahu bila dia bawa keluar barang. Sampai hati tak bagitau# Memang betul betul dia nak pindah. Tapi ada hikmah bila macam ni.. hanya Allah tahu apa yang berlaku, sebab tu nikmat tu wia rasainya sekarang

Niat dihati nak pindah ke rumah yang lebih murah sewa nya. Tapi belum ada keputusan muktamad lagi. InsyaAllah wia akan fikir masak masak :) Doakan yang terbaik ye uoOls. Selamat Berblogging..tik tok tik tok. Cepat la masa berlalu. P/s ; Dah mula merindui famili di kampungg..

Saturday, 16 July 2011

Cepatnya Sabtu Esok Dah Ahad |Cepatlah Pergi situasi yang Gundah.

Assalamualaikum. Salam Sabtu buat semua (:
Cemana hari indah uoOls hari nie..? Tadi wia tengok Selamat Pagi Satu Malaysia dia cakap pasal Floria kat Putrajaya macam tak sabar nak pegi even esok je last day. Tapi masa tu wia belum balik Shah alam lagi. Kalau dah balik pun, belum tentu boleh pegi sebab pertama transport. Wuuu teringin nya nak pegi T_T

Nak rtak nak esok je lagi wa bersama famili. Kemudia n dah nak kena berangkat dah. Berat hati kott. tak mau balik boleh dak. Tempat orang tak best laa berbanding tempat sendiri. Macam peribahasa Melayu.. Hujan emas di tanha orang, hujan batu di tempat sendiri. Baik lagi di tempat jatuh lagi di kenang. Tsk tsk.. rasa tak sabar nak habis studi pun ada dah nih. Sebab malas nak pegi balik. Jauh pulak tue. Wia nyesal ke studi jauh jauh* Ada la jugak sebab utama.. "Tak Syoknya berjauhan dengan keluarga". Huu..

tapi yang bestnya studi jauh jauh boleh belajar menda baru di tempat orang. Di samping boleh melancong sana sini. Tapi wia tak pun =.= " Entah la kenapa susah untuk keluar jalan jalan. Hmm..? tengah runsing fikir kenapa..Nanti nak try selit selit jalan jalan kat tempat orang lah. Baru tak rasa bosan. Mungkin#. Seriuy\s apa yang wia rasa sekarang adalah berat hati yang teramat. Mungkin juga wia banyak fikir. Think +ve wia.. InsyaAlllah will be fine. Fakta* Wia memang kuat berfikir yang kadang kadang rimit pun fikir. Harus lah lapangkan dada kan..?

Plan hari ni nak jalan jalan ngan famili. Harap dapat la bayar broadband juga. Sebab agak susah wia nak on9 tanpa broadband kesayangan. Pengajaran# Sapa suruh tak bayar.. lepas ni nak bayar laju laju sebelum tamat tempohnya.,>.< baru la semuanya berjalan lancar. Moga hari ni dan hari hari yang mendatang indah buat uoOls dan wia, kerana masalah mungkin datang dan pergi. yang penting ingat pada Allah dan syukur la DIA masih ingat pada kita, hamba hambaNya.
Okey, wia nak blogwalking lagi. sekarang tengah free, insyaAllah petang nanti keluar melawat orang kat Hospital.. ada sedara bau bau bacang sakit# Wai tak sabar nak bayar broadband nak harungi situasi berat hati ni cepat cepat. resah sangat. Tak mau harungi pun ada. tapi masa tetap berdetik. Malas je nak balik U..huhu. Jeles# tengok adik yang cuti lama siap ambik lesen kereta. Hadoi~ Have anice day uoOls. P/s: Wia suka Bunga dan permandangan indah ciptaan tuhan.

Friday, 15 July 2011

Sehari Tak Berblogging Terasa Setahun Lamanya..

Assalamualaikum :)
Seharian semalam wia tak hapdate mahupun blogwalk sebab tetiba wia on broadband langsung tak ada line, saja try connect rupanya connection dah terminated. Kuang kuang kuang >.< Nak kena bayar dah lettew jawabnya. Huhu.. Tak apa la sehari wia nak balik Shaha alam wia bayar. Sebab sekarang nie memang tak ada duit dalam tangan. tengah pokai memandang sem lepas sem pendek. Ta ada la masyuk duit peterptn..

Memang wia dah jatuh miskin sekarang nie. sabar aja lah. Kalau nak kan apa apa mesti rengek rengek kat mak atau ayah. Hee.. Tapi bukan selalu dapat sebab kenkadang wia ni terlalu boros kalau ada duit. Semuanya rasa nak beli. UoOls.. serius wia rindu sangat nak berblogging dan berblogwalk. Sekarang wia guna PC ayah untuk blogging dan log in FB.. kena guna juga walaupun kena ikut turn. Kuikui.

Tak kisah la janji wia dapat hapdate. Beberapa hari je lagi. Wia pun ni pertaa kali rasa yang tenet kena block sebab blum bayar. Haha. Memang sangat cuak tetiba line kat tumah ni tak ada. Ingat line tak ok. Rupa nya dah di Berhentikan buat sementara waktu sebab tak bayar. Hadoii.. Masa ni la broadband nak kena dibayar. Tunggu la beberapa hari lagi..sob sob.


Sedar tak sedar hari ni dah penghulu segala hari. Tambah tolak darab bahagi wia ada lagi 3 hari lagi di rumah sebab cuti wia pun dah nak habis. semester baru pun dah nak bermula. Sabar je la wia.. hati memang berat. Tapi nak tak nak kena pegi juga.. Lagipun wia dah bercuti sebulan lebih dah :') Sedih kot tak dapat blogwalk kerap akibat broadband menyepi seketika. Tapi apepun dapat juga on9 kat rumah nia rasa terubat sikit. 

Pasal entri wia yang lepas, alhamdulillah ia pulih sedikit walaupun tak semua.. Kerana hati ini seperti tisu yang lembut dan mudah tersentuh. Wia rasa tak sabar nak mulakan semester baru dan dalam masa yang sama amat berat hati nak tinggalkan kampung halaman selama sebulan. Kira wia akan puasa penuh di Shah Alam. Sebab nak balik pun boleh mengundang letih. Hmm memang nampak gayanya macam tu laa :(

Okey wia dah ketagih nak berblogwalk ;) Heppy Friday uOls. Ceriakan hati selalu. Ingat Allah sentiasa bersama hambaNya. Wia tearas nak hidup udara kampung puas puas. Sememang cuti yang panjang buat hati rasa letih dan berat hati untuk balik merantau. Kuatkan hati.. habiskan sisa cuti dengan famili sepenuhnya. P/s : Lately jatuh cinta dengan cerita Korea "Princess Hour"

Wednesday, 13 July 2011

Hati Tisu | Air Mata Berkaca kaca..

Assalamualaikum. Tak tau kenapa hari ni wia terasa sensitif. Hati tisu..mudah sangat menangis dengan menda menda yang remeh pun mudah sangat mengalirkan air mata. Hati pun cepat tersentuh. Mungkin mood nak borak sembang pun dah ke laut. Puas wia cari sebab kenapa tapi entah laa. Wia ni suka yang ceria ceria. Tapi bila dah sedih macam ni kadang kadang suka kan privasi kan..?

Penah tak uoOls rasa tetiba sunyi.. tetiba kolam mata berair. Mudah menitis air mata. Bila orang keliling cakap cakap mudah tersentuh. Kurang kasih sayang ke wia..?# Tetiba. Oh sensitifnya hati ni..wia sebenanrnya masih dengan famili, masih bercuti.. tapi entah la hari ni rasa lain sangat. Tak pasti nak keseorangan atau perlukan seseorang untuk cakap cakap =.=
Rasanya wia kena biar kan air mata ni mengalir ke pipi sehingga ia berhenti sendiri.. 
Cengengnya wia T____T
Kadang kadang diri ni perlu pujuk hati sendiri supaya lebih kuat dan tabah walaupun nampak cekal di luar, diadalam hati siapa la yang tahu. Doaka hati ni sentiasa tabah ye kawan kawan. entah kenapa malam ni air mata berjurai jurai mengalir ke pipi. Wia sendiri keliru. Okey wia tak boley sambung taip lagi.. Mungkin menyepi lebih baik dari berkata kata.
Mood sensitif | Hati Tisu.
Moga esok wia lebih kuat dari hari ni :'[

Nice..Sunset View From Taman Tasik :)

Assalamualaikum :)
Tadi lepas masak wia edit sikit gambar gambar semalam ;p gambar semalam? Mesti uoOls tak tahu kan..Semalam wia pegi tasek dekatarea taman umah wia juga. Kunun nya nak tengok matahari terbenam. sebab pegi pun waktu petang dah. Besar kan ciptaan Allah yang Esa, Subhanallah.. terlalu indah ciptaan Nya dengan gunung ganang dan bukit bukau ibarat permadani yang dipenuhi aksesori langit, lautan, pokok dan dedaunan.

Bila cantik, harus lah snap snap gambar. Even dekat je tasik tu dengan umah wia, jarang wia pegi. Kalau ada hal bau rajinkan kaki melangkah kesana. Cantik sekarang taman dan tasik ni. Masa wia pegi semalam ada juga jumpa dengan dua tiga orang photographer yang snap permandangan nan indah semalam. #Terdetik dihati wia.. wow! Besau dan panjang nya senjata teropong kamera depa. Mesti photograher pro..Perghh! Hee. Dok mencuba guna ayat hebat nie.

Bila dah agak lewat petang boleh nampak matahari mula terbenam di ufuk Barat.. wia dan member snap gambar memandang kan kami memang pantang nampak kamera. Suka bergambar.. Jadi tangkap la gambar buat kenangan. Even tak guna DSLR.. tapi bila dah bergambar nama pun, puas hati juga guna kamera fon ;)
#Angan angan
Ceria Selalu#
Okey saja bila tengok balik gambar gambar nie rasa macam verangan jadi model satt. Kunun la# Haha. ada juga gambar di bamboo. Tapi sikit je. Nanti kalau rajin wia hapdate ye. Mood nak pegi tengok cerita Marimar dah start. Maklum la dah nak episod last. Hee. Have a nice day uOls (: Sunset View is very nice. Auwsome..!Subhanallah..

Space Mini Untuk Favicon Laa ;p

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah bangun pagi sedut udara segar luar rumah. Nikmatnya :') Seperti biasa mesti wia nak kena jenguk blog kesayangan ni untuk blogjogging cam biasa. Tapi bila wia buka dashboard, seperti biasa juga, ramai rakan blogger yang rajin menghapdate. #Banyak pulak cam biasa wia. Kuikui. Abaikan dan terus jog blog satu persatu. Mood Heppi sebab broadband masih laju. Lepas je sarapan Nasi Lemak pagi ni, wia rasa nak hapdate entri pasal semalam.. 

Tetiba kebetulan nak edit bahagian design sikit, nampak sesuatu yang lain pada edit page element. Ada space untuk kita download FAVICON la. Wah blogspot dah upgrade la. lepas ni boleh la upload Favicon comel comel kat blog ;) yippee! Comel je space dia. Lagi mudah tak perlu nak ikut Tutorial lagi. Just upload gambar yang kiut miut. Hee.. Teruja kan..? Harap harap lepas ni banyak lagi yang blogspot upgrade ;)
Kelik Gambar untuk tumbesaran#
nampak kat anak panah yang wia conteng tue. Kat situ la space untuk upload Favicon yang wia maksudkan. setakat nie wia tak cuba lagi tapi insuaAllah wia akan cuba bila terasa nak tukar Favicon yang sekarang ni ;p Even ramai yang dok cakap cakap Dashboard pun dah upgrade dengan warna putih oren. tapi wia belum tukar pun. Sebab lebih selesa yang sekarang ni. Ngee :')

Best kan nampak pembaharuan dalam blog yang disayangi. Semua blogger sayang blog masing masing. tipu la tak mau decorate cantik cantik supaya sejuk mata memadang dan visitor pun makin bertambah. Sorry# wia tak pandai komen atau tips nak blogwalk tapi cuma ulas apa yang patut je. Harap blog kesayangan wia ni sentiasa manis di mata wia. Sebab hari yang lapang mesti wia akan jenguk. kalau tak pasti rindu untuk membaca, menaip dan menghapdate entri terkini :D
Amin Ya Rabbal Alamin#
Okey, have a nice day uoOls. Perubahan yang positif perlu untuk tingkatkan prestasi hidup dan perubahan ke arah negatif harus lah di elak untuk tidak memudaratkan diri dan alam sekeliling. P/s : Beberapa hari lagi cuti semester wia dah nak habis. Tak mau balik boleh dak..? Berat hati kott. Wia jumpa menda yang comei comei hari ni untuk space yang comei jugak. Entri santai je. Peace (^_^)V

Tuesday, 12 July 2011

Terputus Letrik | Bayang Bayang Dan Laici Kang

Assalamualaikum :) 
Wia menaip entri dalam keadaan letrik putus atau blackout. Tengahari yang cuaca nya baik memang buat tekak wia rasa dahaga. Kebetulan adik wia, Nana balik dari belajar memandu, langsung wia pegi beli air Laici Kang. Slurpp.. sedut je air langsung terasa tekak selesa dan rasa dahaga hilang . Syukur. Disebalik kejadian terputus letrik nie menikmati air penyejuk badan memang nikmat :')
Dapat juga wia merasa minum air ni walaupun dah lama mengidam  tapi belum berkesempatan. Jadi hari ni dah dapat minum. Hee.. puas! Sedut dan gigit  kunyah kacang dan nata de koko. Nyum nyum. Memang feveret! Sedapnya merasa nikmat air laici kang uoOls..

Ok entri wia nak cakap pasal terputus elektrik kalau time malam. Waktu malam mesti guna lilin je sebagai sumber cahaya. Letak dalam tiga dan empat batang lilin pundah terang rumah teratak mak ayah wia nie. Tapi wia dan adik beradik kalau tak ada letrik kan macam bosan. Nak tengok tv pun tak. jadi mesti denga bayanbg bayang. Contohnya buat bentuk binatang cam rama rama. burung, kadang kadang jadi gorila. Haha. Lawak sangat bentuk yg ada. Tapi bila dah boring sangat mesti berangan jadi tumbesaran besar sebab bayang bayang kan boleh meninggi lebih dari ketinggian nyata :P
Bila blackout waktu siang pulak, mesti la panas. Nak tengok tv dan yang melibatkan elektrik pun semua tak boleh berlaku seperti biasa. Aleh aleh, mesti keluar rumah ambik angin. Tapi itu laa yang boleh buat time blackout mesti la santai dan tenangkan diri. Tak pun hanya sembang dengan ahli keluarga. Itu je yang mampu. Kihkih. Sambil dok countdown bila la elektrik nak bersambung semula :D


Okey saja taip entri time tak ada letrik ni lain sikit dari taip entri tengah ada letrik. Hari ni kenapa rasa tawar hati dengan orang ye..?  Dan petang ni dalam pukul 5 petang wia nak jumpa gadis sekolah rendah. Lama tak jumpa dan sembang. Ok nak pegi sipa dulu. Have a nice day uOols (: P/s Nnti wia blogwalk keyh.#Smilee

Monday, 11 July 2011

Purse Pink | Hadiah datingg Dengan Ayah

Assalamualaikum. :) Semalam dating dengan ayah pegi beli tiket bas dan ingat nak sekali bank in duit tapi semalam Ahad mana la bank buka. Spoil la rasanya tetiba. Kalau tidak dah settle urusan wia sebelum masuk semester baru nie. hati sangat riang hanya tuhan yang tahu. Apepun heppi sangat sebab lepas rengek rengek kat ayah dapat purse kaler Pink baru. Murah je dan brand pun tak mahal, tapi hati sangat riang. dapat manja cam anak tunggal pulak bila minta terus dapat ;p Hee.

Walaupun agak sedih bank tak buka dan urusan wia pun tak settle lagi tapi bila dapat purse yang sederhana comel nie. Sorry macam show off tapi saja nak cerita kegembiraan yang di beli ayah tapi wia yang pilih. walau harga purse ni tak secomel dan secanggih brand uoOls, tapi wia sangat heppi sekarang ni dapat pakai purse baru. Bertukat la purse wia raya nie. Hikss.. cakap macam raya ni nak dapat duit banyak je. Kuikui. Padahal nak besaq. Haha.


Okey nak publish la purse wia yang tak seberapa ni.
T a r a a a a a a ...
Simple saja, tapi nampak manis di hati ;p dapat juga la merasa dompet baru. Harap harap duit pun makin banyak berkepul kepul la bertambah dalam purse ni. Amin.. Bila la nak masyuk petertptn ye..? Hoho.
Pink, jadi pilihan ;)
Rambang mata nak pilih tapi wia pilih yang murah je. Tak mampu lagi nak pakai jenama gucci segala. Kalau boleh pakai pun , malu la bukan kerja lagi pun tapi dompet wow.. nampak macam orang dah bekerja. #Tak seronok pulak macam tue. Biar lah bersederhana dalam bergaya. Itu yanga ayah wai bajet kan untuk wia beli purse ni. rengek kat mak hari tu tak sempat beli. Dah keluar dating ngan ayaah dapat juga. Hee :'D Sayang ayah ketat ketat.. Sambil muncungkan mulut tanda nak kiss ayah. Haha
Edit gambar..terus purse wia jadi kaler Purple. Pulakk#
Puas hati dah dapat purse yang wia nak tukar setelah sekian lama. Akhirnya syukur, rezeki Allah dapat juga wia miliki. Sayangg ayah.. semalam ayah juga teman wia belikan tiket bas nak balik Isnin depan. Huu dah tak laama dah. Okey uOls, nanti lepas masuk dapur wia blogwalk blog ke blog ye. Selamat berblogging uoOls. Gembira dengan purse baru. P/s : InsyaAllah selagi tak rosak, wia tak akan tukar. Suka kulit pink dia yang menampak kan wia lebih feminin. Mungkin# Ceriakan hari uoOls ok :'D

Sunday, 10 July 2011

Contest SHAWL | LittleMamaDiary Shawl :)

Assalamualaikum ;) Hari nie wia join contest ke giveaway lagi. Tertarik dengan tajuk contest nie, Wia cepat cepat menjoin kan diri. Sangat menarik kan banner nya. Comei sangat. Yang penting kaler biru muda, ada rerama dan bunga. Okey sangat mudah untuk sertai dan harap harap rezeki dapat menyebelahi wia :)

Jom tengok cara masuk atau syarat syarat untuk join giveaway ke contest yang dianjurkan oleh Littlemamadiary. Kiut sangat blog penganjur giveaway nie :) Mudah sangat. Tarikh tutupnya tinggal lagi 3 hari iaitu pada  13hb Julai 2011  masih berkesempatan lagi untuk meriah kan contest nie :') Comel kan banner nya.
shawl Contest SHAWL | Shawl Cantik Untuk di Menangi!!

Cara Masuk atau Syarat Syarat nya :-
* Buat entri ringkas kat blog pasal Contest ni.
* Bagitau ID follower dalam entri
* Link balik ke blog penganjur
* Bagitau Sebab Nak Shawl – satu ayat je pun boleh.
* Tinggalkan PERMALINK entri kat bahagian komen
ID Follower : Dawia.Honeyputri
Sebab nak shawl bagi pendapat wia 
SHAWL memang mudah dipakai kerana hanya perlu melilit mengikit kreativiti sendiri. Kemudian boleh saja di pin kan dengan keronsang yang cantik. Lagipun shawl boleh dipakai dan ditambah aksesori dengan reben comel dan tali hairband, dan juga inner yang keler warna warni. Malah shawl mempunyai banyak corak dan pilihan yang menjadi kegemaran remaja seperti wia untuk digaya kan dengan apa saja pakaian dan function. Shawl sesuai untuk menampak kan keperempuanan seseorang gadis, sebab tu wia suka pakai shawl. Pendek kata mencomelkan seseorang supaya kelihatan bergaya sebagai muslimah bertudung ;)

Okey meh sama sama meriah kan contest penganjur mana tahu rezeki uoOsl. wish me lick okey (: Heppy berblogging. Psst tadi dating ngan ayah berdua je. Pegi jalan jalan cari baju raya.  Tapi tak beli lagi pun. Kuikui. Cuci mata je. P/s : dan tadi dapat purse Pink dari ayah.

Talkingg About Balik Kampung Yesterday ;)

Assalamualaikum ;)
Wia baru saja balik dari kampung dan balik kampung memang bestt. Macam macam yang wia rasai. Makan kenduri, tengok bunga yang cantik seperti bunga matahari, bunga raya putih, bunga keembung, bunga mawar dan bunga kenanga. Sembang dengan mak sedara. Sesi gambar bersama mak dan adik beradiknya, Wia jadi photographer, main dengan dua orang baby girl. Comel tau ;)

Geramm lama tak main dukung dukung baby yang kalau geram pasti terasa nak cakap.."anyonyonyo omei omeinya" sambil terasa nak cubit pipi yang geam geam nya dia.. wah memang lama sangat tak main baby comel 3 bulan dan 8 bulan. Lepas tu wia  buat wanci, barang mainan kecil yang dimasukkan dalam plastik comel. # Barang mainan kilang yang disertakan dengan keropok. Tolong maksu wia. Banyak pengalaman wia rasa hari nie ;) Best sangat.
Memang rasa seronok kalau berada di suasana kampung. Segala masalah pasti hilang. Terasa macam nak stay kampung lama lama even ramai. tadi kenduri makan sedap sangat. #Banyak makan daging cemana la nak diet wia. Tapi memang sepinggan full wia makan ;p Makan kenduri sekali sekala memang sedap. Opss lupa nak bagitau yang tadi wia pegi kenduri akikah tumbang seekor lembu. Memang jenuh makan daging hari nie :) Nikmatnya alhamdulillah..Blurp! Kenyangg dah.


Rata rata pegi kampung hari ni cakap mengenai ketibaan Ramadhan dan Syawal. InsyaAllah hujung bulan nie kita akan menjalani ibadah bulan puasa. Tapi wia sedih sebab pegang puasa wia sebab dah habis cuti dah.. Oh malasnya nak fikir sekarang.Yang penting dah habiskan cuti seminggu lagi kat rumah dengan sebaiknya :)
Bunga Raya Putih ;) Unik jarang dapat di lihat.
Bila di suasana kampung rasamacam fresh sangat. Wia pegi ambik benih bunga mawar dan bunga raya putih dekat rumah mak sedara pun , sepanjang jalan terasa udara yang segar, sejuk, dan menyamankan. Nikmatnya ! Sebab tue terasa nak stay kat kampung lama lama. rindu suasana kampung bila daah balik taman ni. sebab kat kampung banyak aktiviti boleh buat. Contoh bercucuk tanam. Bagi makan ayam , panjat pokok, ambik daun inai pakai dan ditempek dijari.# Bercakap pasal inai..adik wia dah petik daun inai untuk ditumbuk. Wia mungkin pakai lambat lagi la ;p Dah nak habis cuti. Hehe..
Yang penting semalam sangat best ;) Balik kampung memang rasa lain berbeza di bandar.. Wia senyum puas dapat sembang dengan tok dan tok wan. Sembang dengan mak sedara dan sepupu sepapat even ramai lagi tak ada tapi sangat bermakna. Selamat berhujung minggu uoOls. Heppy berblogging. Psst even pipi tembam wia tetap nak senyum puas nampak gigi ciptaan Allah A.W.T..P/s L Nak kuar dengan ayah beli tiket bas dan bank in duet ;p Aigoo.. Dating ngan ayah di hjg minggu. Ngee :'D

Saturday, 9 July 2011

Haederr Baru Untuk Mood yang Positif :)

Assalamualaikum :)
Hai uoOls, wia dah rasa lega sikit sebab dapat tarik nafas lega lepas dapat satu berita baik. Alhamdulillah. Dengan mood yang baik wia pun terasa rajin untuk tukar  header  baru. Mungkin sebab wia cepat bosan jadi wia tukar lagi langsir rumah blog wia nie. Lebih fokus pada feminin dan girlish. Sebab wia minat sangat girlish. Dan yang paling penting wia dapat letak Chito teddy bear kesayangan wia desini. Jadi boleh la tengok hari hari. Rindu terubat sejak dah sebulan lebih cuti dan sebulan lebih la tak tido sekali dengan teddy bear coklat kesayangan wia yang satu tue.

Alhamdulillah semalam dapat berita baru. Mudah mudah lepas nie dapat lagi panggilan dari yang lain. Uols wia hapdate laju hari ni sebab nak bersiap balik kampung. Padahal tengah malam tadi dah rasmi pakai header baru. Pagi ni baru nak hapdate entri. Kesian juga tengok blog wia hanya sajikan dengan mintak tolong tue. Lepas buat entri tue ada perubahan positif uols. Heppi sangat.!
Doakan terbaik untuk wia okey ;) Header baru wia untuk naik kan mood wia yang hilang dua tiga kebelakangan nie. Alhamdulillah insyaAllah semuanya akan baik baik. Ehemm header blog wia melambangkan wia seakan remaja belasan taahun tapi serius wia bagitau yang wia dah pun umur 22 tahun. tapi minat menda yang kiut miut. harap header nie kekal lama di blog nie. Sebab rasa tenang tengok chito menghiasai header blog kesayangan wia ni :) #senyum puass.

Okey wia buat entri ekspress 5 minit sebab nak bersiap pegi kenduri kat kampung. tapi teringaat ingat nak hapdate entri blog nie sebab tak mahu pengunjung yang datang melawat blog wia ni terasa boring. Jadi hapdate entri baru, baru la terasa lega. Ok, hari ni wia pakai baju kurung merah. semanagt hari ni uools. Tudung kaler pink soft. Moga hari yang ceria buat uOls senua. wia tak sabar nak jumpa sedara kat kampung. nak fikir positif dan heppi je. P/s : Mak dah panggil wia. Jumpa entri seterusnya ye uOls. Nanti mak tunggu wia lama pulak. Selamat berbl0gging. Heppi sangat dengan hedaer baru wia yang sekarang ni. Syukur :')

Friday, 8 July 2011

Mintak Perhatian, Nak Mintak Tolongg....

Assalamualaikum. 
Perhatian )))) Perhatian )))) Wia ada satu masalah nak minta tolong uols semua. Nak minta uols yang tahu sesiapa yang tengah mencari bilik untuk disewa area Shah Alam untuk dua orang. Boleh tak inform kat wia. Sebab wia tengah mencari housie.

Bilik tue sesuai untuk dua orang. Saiznya tak besar dan tak keck. Sederhana. Perabot yang sedia ada adalah dapur gas, mesin basuh, tv, meja makan, peti ais, dapur gas dan meja makan. Sesiapa yang berminat boleh  inform  wia di FB atau boleh komen bawah entri nie.

Wia minta tolongg sangat sangat lepas post entri nie dapat wia settle kan masalah pencarian housie. Dah macam cara wia dah cuba. Dah iklan kan di Mudah.com dan ini laa masalahnya wia terima bila ada manusia yang aniaya wia. Sungguh wia harap dia dapat balasan dari Allah atas perbuatan beliau :'(
Bangunan nya Apartment/ Pangsapuri
Contoh Bilik#
 Harapan wia uols yang membaca entri wia nie boleh membantu ye. Mintak tolong sangat sangat. Urgent ! Kemasukan bulan Ogos pun boleyy. Sesiapa yang belajar disana umah nie memang dekat dengan UiTm Shah Alam dan UniSel.

Mintak tolong ye kawan kawan. Tolong sebarkan ye. Wia dah usaha, sekarang tawakal pada Allah yang Esa supaya cepat settle masalah nie. kalau tak faham nak bertanya boley komen di blog nie ek. Yang sangat susah hati dan runsing kebelakangan ini...

Dawia.Honeyputri

Thursday, 7 July 2011

Syukur..Result Periksa Wia Semester Lepas Dah Keluar. Result nya??

Assalamualaikum :) 
Sekejap dah hari Khamis. Hari nie 07hb Julai dimana result wia keluar. Pepagi nie wia dah cuak sebab result exam dah nak keluar. Walhal dah tau dua hari awal. Walaupun berdebar yang amat. Wia gagahkan diri juga untuk tengok di website student portal pagi nie. Cuak tu jangan ditanya. Kalau ikutkan takut nak tengok result memang mals nak buka tengok pagi pagi cenggini. Bila tak tahu lagi maka banyak la persoalan yang bermain di mina. Sebab tue wia akan buka tengok awal awal. Senang ! Elok ke tak elok kita dah tahu. Ehemm# Sekarang ni pun tengah taip entri denyutan jantung wia masih dup dap dup dap. Nebes tadi tak hilang lagi ;p
Masa buka website "Student Portal" semester nie serius wia jujur yang wia puas hati sebab sistem tak Down dan selesa dan laju je nak check result. Hati berdebag bagai dikata. Nak tekan button enter pun rasa tak sampai. Sampai begitu sekali penangan. Kalau malam tadi lagi best, siap dok tertanya tanya berapa kah pointer wia semester ni, turun ke naik. Risau sangat. Kenkadang wia ada terfikir yang bukan bukan takut pointer menurun mendadak.

Bila dah usaha sunggug sungguh, berserah dan tawakal kepada Allah itu penting. Okey jeng jeng jeng, laman portal milik wia dah onn. Nak check bahagian result Examination. Takutnya. Tak dapat bayang berapa pointer yang bakal di perolehi. Rasanya wia tak cukup belajar lagi sem lepas tu yang takut tue. Dan bila di loading lagi, debaran terasa seakan jntung nak luruh :') Hadoii. Nebes sungguh. Tangan pun seram sejuk.

Last last dapat juga result :'D Fuhhh..legaaa. Menaik . Terharu :') Bertambah baik dari semester lepas. Pointer pun meningkat. Syukur Alhamdulillah. Seronok sangat dapat result, member yang lain pun dapat result yang okey sebab dari pemerhatian status di FB depa. Bersyukur sangat pada Mu Ya Allah kerana memberikan nikmat nie pada hamba Mu ini.

Okey hari ni nak buat kek coklat lembab yang sejuk sejuk beku ada topping coklat pekat tue. Mungkin sempena wia dapat result baik boleh la jamu adik adik dan mak ayah dengan manisan. Kek Coklat. Hee. Okey Have a nice day. Heppy berblogging. Wia rasa heppi dapat result exam yang memuaskan hati. P/s : Cuti sen wia tinggal kurang dari seminggu. Perlu manfaaat sehabis mungkin dengan keluarga tercinta. Doa wia moga kejayaan nie berpanjangan hingga final year. Amin Ya rabbal alamin :)
 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi