Tuesday 19 July 2011

❤ ALHAMDULILLAH | Syukur..

Assalamualaikum :)
Mula mula nak wia rasa bersyukur sangat sebab wia dah selamat sampai ke Shah Alam petang semalam. Even rasa berat hati bagai tapi perasaan tu dah hilang bila dah tempuhi. Memang keajaiban bila dah cuti panjang tapi semangat berkobar nak mulakan semester baru kan..? Tapi nak tak nak wia dah masuk last year. Hari ni wia dah pun masuk kelas pertama dalam minggu pertama. Siap belajar lagi sambil berkenalan dengan lecturer baru di semester baru. Semester ni wia ambik empat subjek. Doakan kejayaan wia ye uoOls.
Keduanya wia panjatkan kesyukuran pada yang Esa, kerana hari ni juga broadband wia dah boleh guna. Hee :'D Kebetulan semuanya datang serentak. Memang satu nikmat yang tuhan berikan pada wia. ALHAMDULILLAH..gian nak menaip entri pun dah datang. Rasa rindu pada blog menggebu. Desini tiada mak ayah atau famili yang menemani tetapi hanya lappy biru nie bersama sama broadband yang menemani wia di kala wia kesunyian dan keseorangan. Bila ia dah pulih, mesti la wia rasa heppi sangat..!

Lepas ni wia boleh la update jika ada kelapangan. Sebab semester baru dah bermula, azam semester baru pun menebal. Tambah tambah wia dah semester di tahun akhir, memang kena gigih tumpu studi. Tapi bila free mesti la blog, hiburan di hati. Moga saat sulit cepat berlalu..hanya Allah tahu apa yang di dalam hati wia. UoOls nak tahu satu cerita yang agak suprise bagi wia, bila sampai je wia di rumah sewa.. ce teka apa yang buat wia terkejut..?

Roomate wia dah angkut barang dia tanpa inform wia pun. Mengucap panjang bila fikir bilik wia dah lapang dan hanya tinggal barang kepunyaan wia. Nasib dia tak angkut barang wia sekali. Sabar saja laa. Even macam tue, rasa bersyukur dalam hati, sebab dapat stay sorang sorang dalam bilik. sangat lapang dan luas. :') Terdetik di hati mungkin ini salah satu nikmatNya juga..Alhamdulillah. Syukur padanya yang mampu wia lafazkan.. keajaibannya memang buat hati wia rasa terharu sangat sangat. Tapi cara ex roomate wia tue buat wia rasa 1000 dalam satu buat hal macam tu. tiada adab dan sopan. Abaikan# itu pilihan dia..Sampai rakan serumah pun tak tahu bila dia bawa keluar barang. Sampai hati tak bagitau# Memang betul betul dia nak pindah. Tapi ada hikmah bila macam ni.. hanya Allah tahu apa yang berlaku, sebab tu nikmat tu wia rasainya sekarang

Niat dihati nak pindah ke rumah yang lebih murah sewa nya. Tapi belum ada keputusan muktamad lagi. InsyaAllah wia akan fikir masak masak :) Doakan yang terbaik ye uoOls. Selamat Berblogging..tik tok tik tok. Cepat la masa berlalu. P/s ; Dah mula merindui famili di kampungg..

4 comments:

  1. selamat belajar :))

    ReplyDelete
  2. xpe la wia..ada hkmh pe yg terjd..mgkn ada bg kelapangan fikiran wat wia..utk lbh smgt bljr g lps ni tnpa pii mslh roomate..gd luck ye dik

    ReplyDelete
  3. @ Mia-Ina terima ksih sis :) ;;) InsyaAllah mudah mudahan. M ungkin ni hikmahnya.

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi