Friday 22 July 2011

Move Or Not..?

Assalamualaikum :) 
Awal bangun hari ni. Alhamdulillah rasa segar sangat.. terus hidupkan pagi ni tanpa tidur semula lepas solat Subuh. Yap, kebiasaan nya wia akan tidur balik lepas Subuh walaupun mengikut kata orang tua tua tak baik, sebab nanti rezeki tak masuk. Tapi wia tetap nak tertido juga. # Jujur lumrah life student cenggitu. Psstt tapi tak semua tau, sebab setiap manusia lain dan unik. Jadi pagi yang indah nan segar, ditambah udara yang nyaman. Rasa wia Shah Alam malam tadi hujan sebab terasa dingin dan selesa je pagi ni :) Cuma sedari semalam wia rasa macam susah kan nak cari jalan penyelesaian bila hati dan minda keliru. Itu yang wia rasa sekarang..
Pindah tak pindah O.o
Kenapa pulak dengan dengan dak wia nie.. tetiba cakap pasal keliru bagai. Keliru nak pilih kekasih hati kah..? atau keliru dengan diri sendiri..? Yang lebih tepat wia keliru nak buat keputusan sama ada nak pindah rumah atau tak.. sekarang masih ada seminggu sebelum wia terlambat dan dalam masa seminggu wia kena cepat cepat bertindak. Kena tegas yang mana jadi pilihan. Pilih antara satu di antara dua >.< Memang susah kan bila hati masih keliru. #Okey sebelum terlupa, kalau ada resah dihati,, wia akan coretkan di blog kesayangan wia nie.. kadang kadang nak minta pendapat uoOls, rakan blogger yang baik hati.

Wia tahu yang member blog alam maya wia ni pasti ada banyak idea dan cadangan sebab tu wia luahkan isi dan rasa supaya keliru nak berpindah atau tak jadi tajuk entri kali ni..Kali ni wia fikir nak pindah ke rumah yang lebih rendah rental nya apa pendapat uoOls..? Salah ke betul tindakan wia.. dan keduanya bukan mudah nak pindah dalam masa seminggu. Yang penting kena cari pengganti. Kenapa tetiba nak pindah..? Mesti uoOls tertanya tanya sebab sebelum ni beria cari roomate. Tapi agak penat mencari baik wia sendiri yang pindah. Lagipun Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelma. Rasanya nak tumpu pada ibadat.. tak sabarnya menunggu anak bulan Ramadhan yang mulia  muncul<3
InsyaAllah wia akan buat pilihan yang terbaik. Fening juga fikir.. tapi biasalah lumrah hidup tak akan lari dari masalah, keliru, runsing sedih dan kadang kadang ita gembira, bahagia ceria. dan itulah kehidupan nama nya. Eheee adakah wia cakap semua ni kerana wia dah kian matang dalam hidup. InsyaAllah :') Akan wia belajar liki hidup ni sebaik mungkin. Doakan  wia buat keputusan yang baik. Amin ya rabbal alamin. P/s : Bahagia tetap ada.. Have a nice day uoOls.

1 comment:

  1. tak payah pindah kot
    bukannye lame..
    tempuh jeee

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi