Saturday 2 July 2011

Pelam Pipi MERAH JAMBU ;)

Assalamualaikum ;)
Uols suka tak makan pelam atau mangga manis. Wia memang suka yang masam manis tau. Hari tu pegi pasar malam yang dekat dengan rumah, pegi dengan mak. Kebetulan auntie wia pesan nak pelam 2kg.. wia pun teman la emak ke pasar malam.. Tempat borong makanan la kata kan. Haha ;p Jalan punya jalan kat lorong pasar malam yang panjang tue memang rambang mata la kan.. ada gerai sayuran, buah buahan, makanan lagi laa jangan dicakap, memang banyakk. Nak makan apa saja, memang ada ;) Best sangat !


Kalau wia pegi pasar malam mesti round satu lorong panjang tue. Baru beli.. sebab nak survey.Kihkih. Kalau tak round habes memang tak sah. Bila dah habis jalan jalan ngan mak kat lorong pasar malam yang biasa la ramai dengan orang ramai, siap cuci mata tengok tudung dan segala macam. Kalau ada duit yang sebanyak RM1 Juta pun habis borong barang kat pasar malam saja ;p Wia gurau# Nak kena ligan ngan mak sebab habiskan satu juta kat pasar malam.. Kuikui.

Okey tolak buah repek merapu. Lani nak cerita pasal beli buah pelam. Nak tau apa nama buah nie..? Bila mak tanya je harganya. Wow agak mahal bagi sekilo buah pelam manis yang biasa sebab satu kilo dah RM4.. mak pun tengok buahnya cantik minta pandangan wia nak beli ke tak..? Tapi sebelum tue auntie wia ada nak buah pelam apa nama entah , wia dah lupa.. baru la pakcik menjual tu cakap nama buah pelam ni lucu tau.. Wia dan mak masing masing senyum terkulat kulat bila dia cakap nama buah nie jeng jeng jeng..
.P E L A M    P I P I   M E R A H
Blushing#
Kaler kuning keemasan yang buat siapa yang pertama kali lihat mesti membuat hipotesis yang rasa buahnya pasti manis dan sedappp. Yup memang betul pun. Hee. Dah bila wia terlihat kulit buah nie meang buah buah pelam menguning nie tengah blushing tau. Ada kulitnya kemerah merahan. Patut la namaanya pelam pipi merah. Lucu betul nama buah nie. Pelam pipi merah. Penah dengar tak..? Wia pun nie pertama kali dengar tau ;) Sangat lawak di dengar. Unik betul.. Siap beli kat auntie wia. Teringin pulak nak menicah pelam muda. Rengek rengek kat mak dapat la beli sepinggan pelam telur yang masih muda ;) Senyum puas.
Menicah dengan kicap belacan memang terliur ayaq liuq tauu. Selesai dah dalam perut. Nyum nyum..masam manis yang memang feveret ;) Okey la selamat berbl0gging uoOls. Wia nak bersiap siap keluar jalan jaalan dengan famili.. Heppy berblog-walking ek. Pelam Pipi Merah..lucu dan unik, sesedap rasa buahnya ;) Subhanallah fizikalnya memang kulitnya kemerah merahan pink seolah olah malu. Besarnya kebesaran Allah Yang Esa. Okey heppy always. P/s : Moga cepat sembuh dear.

4 comments:

  1. ingatkan pelam tu pipinya merah..terkejut akak...haha..lawak la wia ni..pelam tu akak pernah tgk

    ReplyDelete
  2. Sedapnya pelam ! Kuning gituhhhh :D

    ReplyDelete
  3. @ Mia-Ina Haha akak nie.. namanya je la kak :) ;;)


    manis kan buah nie.. :D

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi