Wednesday 17 August 2011

Sehari BerShopink BerSama.

Assalamualaikum. Wia menaip entri dalam keadaan penat dan sakit kaki. Walaupun demikian, oh ayat wia agak skema disitu, akibat semangat nak share dengan uoOls sekalian. Wia gigih menaip supaya kenagan itu akan sentiasa terpahat dalam memori blog picisan wia nih ;) Okey jom mulakan cerita yang menggembirakan wia dan saat wia nanti nantikan selama ini.. Hikss. Kasi saspens sikit..

Sebenarnya cerita yang tak sabar wia nak share adalah hari ni bersempena cuti Nuzul Al-Quran di negeri Selangir wia ambil kesempatan pegi shopink sakan dengan teman lama sekolah rendah wia dulu, miela nama dia :) Agak 10 tahun tak jumpa, sampai tak kenaal dia tau. makin slim melim dia. Jeles wia ;p Bertolak awal wia dari rumah sewa dengan menaiki bas. Oh kalau uoOls nak tahu, hari ni juga wia pertama kali mencuba sendiri keluar ke KL dari Shah Alam. Memang adventure sebab ibarat kancil masuk kampung je tau. Alhamdulillah lepas tanya orang, wia maintain sampai ke Kl Center dengan selamatnya.

Miela dia stay Bangsar dan studi disana. Katanya gerak agak lewat sikit sebab dia sangat dekat. Wia pulak risau dan tak penah try sebab tu cuba cuba berjalan sendiri dengan keluar awal sikit. Untuk elak kan jem dan sebagainya. Seawal pukul 9.10 pagi wia dah naik bas dan bertolak. Weouls berdua merancang nak berjumpa di KL Center. Dalam lebih kurang 45 minit, wia sampai . Oh macam tu jalan dia.. kena lalu lorong itu, naik tangga itu dan semuanyaa baru bagi wia. Itu pun banyak ikut orang ramai. Agar tak sesat di bandar yang yang besar dan menjadi pusat rakyat jelata.

Bila dah sampai destinasi dituju. Waktu masih awal lagi. Member wia,dak miela terasa macam awal..tapi dia taak sampaai hati biarkan wia tunggu awal. Kebetulan sampai je wia kat KL Center dalam 5 minit, miela sms bagitau yang dia dah nak sampai. Wah kemain cepat, sebab tadi je dia bagitau wia yang dia baru nak bersiap.. Bila dah beli tiket untuk ke Masjid Jamek, dekat platform sana baru weouls berjumpa ;) Dia memang banyak berubah..sangat cantik. Wia je nampak sama cam dulu. Tsk Tsk.. Lepas muah cit cit belaga pipi, terus gerak ke Jalan TAR (Tunku Abdul Razak) Wah awal pun dah agak ramai orang tapi dengan zon selesa lagi.. dalam hati berdetik,
" Terujanya.! Sampai juga wia jejak kaki untuk keluar shopink, dengan member sekepala pulak tue.." ALHAMDULILLAH :) Termakbul jugak. #Senyum tanda tak sabar nak habiskan duit bajet..Kuikuikui.
Survey sana sini, akhirnya duit bajet pun habis. Dalam pukul 2 petangg juga la habis shoping. Lama kan?;) Tapi sangat puas hati sebab semuanya dapat dibeli hari ni. Berbaloi baloi.. Cenggini la wia , orang yang jarang dapat shopink. Sila memahami dia.. biala dah dapat sekali berjoli, memang semua nak rembat. Last sekali semua beli, murah murah kalau kena gaya dan tempatnya. Hiksss..

Last sekali letih + dahaga + sakit kaki semua cukup. Sempat juga masuk SOGO. Aduhai ramai orang la. Memang macam semut. walhal orang Selangor je yang cuti, orang KL tak.. tak dapat bayang, cemana kalau hari hujung minggu. Mesti bersesak.. Itupu masa wia shopink, masuk je tenghari ramai kot manusia. Subhanallah..! Majoriti kaum Hawa..apalagi shopping untuk raya la. Besh kan shopingg.. Sangat puas hati :') Terharu member wia sangat best. Even dia taak banyak sangat beli barang, dia pilihkan wia beg tangan.. Wia tak nak beli mulanya sebab rambang mata. Kemudian bila dah beli, heeee berkenan sangat pulak. Lepas ni nak beli kat situ lagi laa :)

Balik wia sesat sekejap..dimana biar lah rahsia. Nasib jumpa jalan keluar sebab blur seketika masa tu. Wah time tunggu bas memang dugaan. Manusia sangat ramai..bas memang kerap, tapi bas yang dinanti lambat kunjung tiba. Akhirnya pukul 3.45 petang wia bertolak balik. Memang dalam bas pun dah tak ada tempat duduk kosong. Terpaksa berdiri untuk satu jam baru sampai. Kaki..? Memang sakit, tapi puas hati la :") Memang sangat letih tapi bila dah segarkan diri.

Belik balik barang yang dibeli, memang malam ni wia mimpi indah sangat. Nak ucapkan terima kasih pada dak Miela sebab sudi temankan wia jenjalan habiskan duit sempena raya. Betul memang berbaloi ;p Best sangat shoping dengan Miela yang sekepala. Meh tengok gambar kenang kenangan 10 tahun tak jumpa antara wia dan dak Miela dan wia dengan ikhlas cakap yang Miela memang seorang kawan yang SPORTING habess :)


Keterujaan !! =D
Miela yang comei ;p
Okey itu saja ye. Mision in Action! Sekarang wia daah penat mata, badan dan kaki. Masa untuk sleeping healthy :) Selamat berblogging uoOls. InsyAllah nanti wia balas jejak kalian. Ceria Selalu.. Nikmatnya bershopping hari ni. Termakbul akhirnya..! Syukur dalam tangis kegembiraan..

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi