Friday 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia :)

Assalamualaikum. Masuk hari ni dah 3 hari blog wia ni tak berhapdate. Hee..Penangan korea punya pasal. Harus lah tonton hingga tamat. Alhamdulillah tengahari tadi dah selesai. Tutup lappy dan terus rest.. sehingga la petang ni kerinduan pada blog dah ketara. Rupanya cepat masa berlalu sampaikan tak sempat nak hapdate blog dalam tiga hari ni. Teruja menonton kata nya. Yup wia memang peminat cerita korea. Pendek kata kalau ada kesempatan untuk menonton mesti wia tak lepaskan menonton. Sebab semua ceritanya pasti besh !

Pasti ramai yang bercuti hari ni bersempena 16 September yang jatuh pada tahun ni arini hari Jumaaat, penghulu segala hari. 16 September adalah tarikh penting dimana nama Tanah Melayu ditukarkan kepada nama Malaysia. Bagi parent wia memang bercuti. Beshnya kalau dok kat rumah bersama famili sekarang. Mesti dapat jalan jalan time semua ada nih sebab wia pun memang kaki jalan. Tak kira la even dekat pun, janji dapat makan angin tengok persekitaran luar dengan kereta, itu sudah memadai ;)
Bangga Anak Malaysia !!
Itu wia kata kalau, dah sekarang kat rumah sewa, dalam bilik je tempatnya. Bukan tak ada kawan untuk keluar tapi member serumah sorang ni sangat sekepala ngan wia. Itu yang besh tu,  Nak je jalan jalan kemana pasti boleh dengan dia, tapi..sekarang ni wia tengah sesi berjimat cermat. Biasa la dah dok rumah sewa sendiri, segala perbelanjaan harus sendiri. Sebelum ni pun wia agak boros. Tapi kali ni biarlah pendam dulu untuk seminggu dia ni. Hikss. #Sedapkan hati..

Kalau semua orang tengah bercuti, ada juga yang tidak. Seperti BF wia sebagai contohnya. Kesian dia, tapi katanya cuti tahunan dia dah cukup. Haruslah kerja seperti biasa. Kalau uoOls nak tahu, BF wia ni memang workhorlic.. Suka kan kerja. Kalau boleh kerja, kerja dan kerja memang feveret. Tapi itu kalau kat ofis la, kalau kat rumah tu tak la :) Selamat bekerja dear. Tadi pun dalam pukul 6.12 petang tadi, dapat sms dari dear yang dia balik lambat, sebab ada kerja katanya..Mesti urgent kan. Apa yang wia balas, "Selamat Bertugas Sir "..

Okeylah nak cakap wia terliur lah dengann Pizza Hut tetiba kat tekak ni. Kalau dekat Shah Alam ni, memang segala makanan restauran segera banyak. Antara nak ke tak je.. sedap la tengok iklan baru kat tv. Teringat zaman dulu dulu setahun empat bulan yang lepas..lama kan?..itu yang terakhir wia ngap pizza. Hadoii..even nampak cam ketinggalan sikit, Domino pizza pun wiaa belum cuba. =.= Kuikui. Bila cakap pasal makanan, perut pun dah kriuk kriuk..Ok, selamat berblogging uoOls. Wia nak pi melawat incik NUFFNANG, dah sihat ke blum..dan berlepas ke blog uoOls. Rindu sangat dah ni..Selamat Hari Malaysia. Bangga jadi anak Malaysia :')

4 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi