Monday 31 October 2011

Seharian Jenjalan untuk kawan yg Jauh.

Assalamualaikum. Semalam penat jalan jalan ngan housiee ke Berjaya Time Square, semata mata untuk temankan Irah kawan dari Sabah bershopping dan belikan buah tangan untuk keluarga di kampung kat negeri Sabah, negeri bawah bayu. Sebab pagi tadi dah selamat pun dia berangkat menaiki kapal terbang merentas Laut China Selatan...

Ceritanya bermula tak dirancang dan akhirnya wia, dak irah dan dak fifa berpakat nak keluar naik kL semalam.. Kalau wia memang keluar jenjalan sangat yang buat hati teruja. Masakan tidak, asyik memerap dalam rumah sewa, sesekali diajak keluar pasti laa hati berbunga riang. Ceewah! Haha. Malam tu banyak cerita yang kami sembangkan. Paling best masak sesama even dak asni tak ada sebab balik jumpa famili sambut dan rai konvo yang 4 hari lepas.. Tapi kami yang tinggal kat rumah sewa tetap meriah :]

Makan dan masak sesama satu momen yang indah untuk di ingati.. Pagi sabtu semalam awal dah bangun dan bersiap. Bukan apa nak keluar awal dan balik awal. Janji semua heppi ;) Biasalah naik bas dari Shah Alam sangat selesa dengan bas rapid yang touch kad. Sejak dok Shah Alam wia biasakan diri bayar tambang bas dengan kad rabbit tue. Melainkan naik bas Seranas.. Hee. Lucu la bila fikir ! Lucu perkataan yang jarang wia guna tapi dak irah dan dak fifa suka guna. Jadi terbiasa..kalau dalam bahasa Kedah lawak la bila fikir naik bas, terus naik monorel. Perjalanan kali ni sangat tak penat dan kami sangta bernasib baik. Tunggu bas dan naik monorel tepat pada masanya :D

Sampai stesyen bernama Imbi, terus menerus masuk mall Time Square atau TS. Apalagi cuci mata la jawabnya ! Sangat senang hati keluar bershopping dengan dak irah dan dak fifa. Depa memang satu kepala :') Alhamdulillah, dari satu tingkat ke satu tingkat kami teroka. Biasa la kalau perempuan membeli belah..tak lari dari pandang baju, rantai, aksesori, kasut dan beg. Memang rambang mata.. Wia yang mulanya nak window shopping tak boleh tahan dengan dress labuh paras dada. Itu pertama kali dress yang wia beli untuk digayakan dengan kardigan. Coraknya buat wia jatuh cinta ! Terus capai dan bayar. Haha.

Yang paling besh, dak fifa dan dak irah pun sama. Memang best la sekepala. Dak irah beli kasut dan beg untuk adiknya dengan kardigan pendek. Sweets sangat !..Kalau ada masa wia buat entri pasal barang yang cantik tu ye :) Cuma dak fifa tak beli apa apa sebab dia tunggu masyuk gaji. Untungnya dah bekerja kan? ada gaji hujung bulan :)

Serius makan kat food court TS sangat mahal ! Nasi hidang saja dah RM6 tak termasuk air..Huhu. Nak nangis time nak bayar sebab harganya dua kali ganda harga asal. Sob sob..Lapar punya pasal..Makan juga bersama sama sebelum sambung shopping. Wia beli jam merah ! Lama memilih. Rambang mata dengan harga yang murah murah. Penah terdetik, kalau la ada duit banyak. Alahai.. memang semua nak grab! :P

Petang tue, bawa irah makan di Mee Ketam belakang Unisel. Yang sedap tuee. Dak Irah pilih nasi goreng ketam. Wia cam biasa, mee kari dan dak fifa nasi putih dan ketam masak bercili :) Nyum nyum.. Gambar yang sempat di snap di gerai yang agak unik tu sebab kerusi dan meja kayunya mini. Muat muat untuk duduk dan makan. Psstt gambar bershopping tak sempat snap sebab keterujaan membeli. Hee..
Makanan wia dan dak Irah ;)
Sementara menunggu makanan dak fifa :p
Ini laa dak Irah ;) Comel jee orangnya.
Dak fifa, my housieee ;)
Hee muka serius tak serius menunggu makanan sampai >.<
Sekian,,entri panjang wia :p Syok sebenarnya keluar bersama. InsyaAllah umur panjang nak jenjalan sesama lagi. Boleh hilangkan gundah gulana. Hari ni dak irah dah balik. dan kenangan bersamanya yang bersama. Entah bila pulak akan bertemu.. Hanya allah yang tahu. Terkilan sebab tak dapat hanta dia.. Bangun tido, tengok dia dah tak ada :'(  Perkenalan yang singkat.. tapi serius cakap dia insan yang baik sangat. Temankan wia pilih jam dan sangat memahami itu dan ini.. Nasib malam semalam dah sembang panjang. Kenangan bersama takkan dilupa dak irah. Moga ketemu lagi !

Sunday 30 October 2011

Aiskrim Mewah buat Pertama Kalinya.

Assalamualaikum. Bila kali terakhir uoOls makan aiskrim? Mesti selalu kan.. Okey kalau ada yang bertanya kali terakhir wia makan aiskrim, dah tak ingat pun bila. Sebab lama sangat tak menikmati aiskrim.. Ingat ingat lupa pun masa raya ada juga kot. #Itu pun tak pasti. Masa kecik kecik memang selalu makan aiskrim Malaysia tu. Best sangat! Harga pun murah. Mudah nak dibuat.

Yang paling menarik banyak perisa seperti milo, jagung, asam boi dan sebagainya. Tapi yang femes perisa itu la ;) Rindu nak makan ais krim yang simpul plastik tu.. Klasik !! Hehe.. Dari tadi dok stori dan intro pasal aiskrim. Sudah pasti wia nak cerita pasal yang wia beli semalam. Persis iklan aiskrim yang terkini dan mewah sekarang.. Aiskrim Coklat Vanilla ! Pertama kali wia rasa tau jenama dan aiskrim batang semahal ni. Fuhh !
Delicious!
Sedap sangat aiskrim MAGNUM vanilla dengan kacang hazel!! Dah laa wia suka sangat aiskrim vanilla.. Aiskrim je laa,,kalau macam planta majerin untuk bun wia lebih suka coklat. Tapi kalau aiskrim..ini memang feveret ;) Best sangat bila lama nak mencuba makan, ternampak di satu kedai runcit area tempat wia. Terus beli walaupun agak mahal bagi sebatang aiskrim. >.<

Ingat nak mencuba punya pasal RM3.90 dilaburkan untuk aiskrim yang mewah ni..Universal lagi.. Lepas beli, memang tak sabar nak rasa..! Bila dah rasa, memang nak rasa kali kedua, lagi dan lagi sehingga la ke titisan aiskrim yang terakhir..Slurp! Nikmat terasa.. Memang manis coklat dan krim vanilla terasa. Bagi yang suka manis leh la cuba, memang tak mengecewakan.

Tapi tak boleh la amalkan selalu ye. Nanti dapat penyakit pulak. Sekali sekala itu memadai untuk hilangkan ketagih nak makan aiskrim. Sekarang banyak perisa, banyak pilihan. Hanya tepuk dada tanya selera.. Yang penting, pertama kali rasa, coklat dia memang sedap! Kacang dia rangup dan vanilla ia pekat dan lazat ! Berbaloi dengan harganya.. Tak rugi mencuba sesuatu yang baru. Teehee.

Terasa penat satu badan.. Seharian keluar belum selak nota lagi ni. Okey selamat berblogging uoOls. Psst wia heppi dan capai impian untuk beli sesuatu yang lebih feminin..#Bahagia terasa seolah olah seperti nikmat aiskrim magnum sebelum mencair :p

Friday 28 October 2011

Urusan Saat Akhir !

Assalamualaikum . Salam penghulu segala hari. Nekad tau wia bangun awal semata mata nak buat persiapan akhir sebelum final exam. Pegi kampus walaupun masih cuti Deepavali, kebanyakan kelas memang tak ada. Fikiran wia meleset ingatkan kampus sunyi sepi. Padahal penuh sesak kereta di tempat parking. Weehuu! Meriah.. Gerak seorang dengan jalan kaki, senaman katanya :p Walaupun tampak cam sedih tiada berteman, tapi bangun pagi ni rasa segar seakan keceriaan ni milik wia seorang..

Okey, tujuan utama pegi ke kampus hari ni nak check dan komfomkan pasal tarikh, masa dan tempat untuk paper final exam. Keduanya, nak ambik result semester lepas. Yang pasti memang ramai datang walaupun cuti hanya keran nak settlekan segalanya sebelum menjelang final yang bakal tiba kurang seminggu dari sekarang. Sebelum tu doakan wia sukses dalam 4 kertas untuk semester ni ye :)

Dekat unit bendahari, memang ramai sangat manusia. Beratur dah macam kat Nasi Beratur Penang gamaknya. Nasib wia dah settlekan hal yuran awal awal. Kalau tak pasti jem macam yang fanomena wia sebutkan tadi. Serikk ! Sebab dah penah jadi sem sem yang lepas, bilamana Ptptn keluar lambat. Terpaksa pelajar bayar lambat. Tapi mau tak mau kena bayar yuran juga untuk duduki exam. Itu semua pengalaman.. Serius wia pi unit bendahari atau unit kewangan sebelah menyebelah ATM Bank Islam. Nak cucuk duit katanya.. Mana tiket bas nak balik bercuti sem pun tak beli lagi. Sobs sobs. Okey dahulukan apa yang dahulu dulu. Itu yang terbaik kan uoOls.
Dah dua semester di kampus Shah Alam, baru sempat snap tembok depan Unisel :)
Terasa eksaited* pertama kali bergambar depan pintu pagar depan UniSel Shah Alam  ;)
Tetiba rasa bangga menjadi pelajar desini ;)
Kalau uoOls yang dah tahu, Unisel dah tukar nama. Tapi pada yang belum tau, Unisel yang dari singkatan Universiti Industri Selangor dan bertukar nama pada Universiti Selangor. Dah buang dah perkataan industri. Baru tampak meriah. Ada sebab tertentu kenapa nama ditukar. Kalau tak salah wia, nama ni ditukar tahun lepas atau awal tahun ni macam tu laa. Tapi singkatannya tetap sama. Unisel, tempat pengajian ku :')

Tetiba tercerita pulak pasal U tempat wia studi.. Besh juga berkongsi kadang kadang tue. Dua kampus wia dah cuba sepanjang belajar disini. Sama ada kampus di tempat yang nyaman dan ala kampung dan di kampus tengah bandar. Dua dua ada kelainannya ;) Bersambung cerita pada asalnya.. Settle segala urusan wia. Langsung balik dan beli sesuatu yang sedapp ! Yang selalu ditayangkan di kaca tv..

Nak tau apaa.. tunggu entri seterusnya ya. Selamat berblogging semua. Antara nak keluh dan tidak, jadual wia langsung tak beruba seperti draf pertama dan kedua. Jawapannya, terbaksa berkorban tak balik raya Haji ni.. Ok Jumaat yang ceria. Senyum selalu. P/s : Banyakkan minum air putih aka skyjuice..

Thursday 27 October 2011

Mekap Serlahkan Wajah.. Dang!

Assalamualaikum. Besh rupanya kalau wajah dimekap atau bermekap ;) Patutla sebelum ni wia tengok roomate sangat pentingkan masa sebelum keluar kemana mana hanya semata mata untuk bermekap. Rupanya masa yang lama untuk hasilkan wajah yang jelita dengan bermekap. Sebab ketelitian, kerajinan dan kehalusan buat wajah yang dirias sangat menyerlah dari sebelum mekap. Kata orang naik seri wajah. Wia serius cakap tak pandai mekap bagai ni.. Sebab tu kalau wia keluar hanya ambik masa yang cepat, kerana bagi wia keluar pakai benda asas dan pelembab bibir dan memadai. Simple sangat kan?..

Bila wia "try and error" wajah wia rupanya wia tak boleh bermekap tebal. Kalau tak cepat nampak cam pelakon opera ataupun muka nampak tak semulajadi. Bukan wia sendiri perasan tapi orang keliling macam member serumah, dan bahkan mak kesayangan wia sendiri pun penah bagitau wia pasal hal ni. Sebab tu wia selesa bermekap tipis. Kadang kadang tak bermekap pun keluar rumah.. Malu kadang tue, sebab dah meningkat dewasa, penampilan harus jaga. Sebab tu sekarang wia nak cuba belajar mekap dari yang asas dulu. Kata orang belajar sikit sikit, lama lama pasti pandai.

Nak dijadikan cerita, sempena member serumah wia nak konvo, kami yang satu kepala, main mekapkan wajah antara satu sama lain. Termasuk la wia dan tiga yang lain.. Masing masing pun tak biasa mekap yang cantik cantik. Hanya tahu sikit sikit. Kata orang tak ada skill.. Bermula la geledah barang mekap yang ada dan semegah mana untuk dicalit dimuka ikut kesesuaian wajah. Wia dah kata dari awal tak pandai bermekap, apatah lagi nak mekapkan orang.. Kekok jadinya. Bila member wia, fifa nak mekapkan muka wia..terasa malu rasanya. Ialah nanti cemana wia nak biarkan muka dirias, padahal tak biasa.

Sebab nak biasakan, cubalah biarkan wajah dimekap. Cantik !! Gambungan warna pada "Eye shadow"..tiga warna ;) Bermaskara, lentikkan bulu mata, pakai eye liner yang jadi feveret remaja perempuan sekarang ni. Pakai blusher.. Eksaited sangat ! Tambah tambah dimekapkan orang, pengalaman baru buat wia (^_^)V

Disebabkan tak biasa, mata cepat berkerdip dan berair akibat sensitif :') Tapi alah bisa tegal biasa..Lama lama mesti biasakan diri. Main mekap ni memang syok ! Banyak lagi yang wia perlu belajar. Besh sangat sekali sekala muka nampak cantik dengan bermekap. Dah ke arah dewasa, naluri nak bermekap ni rasanya datang sendiri. Wia dan member member pun sama. Kami teruja main mekap wajah sampai sayang nak tanggal, harus snap gambar dulu :') Psstt snap gambar paling wia suka !!! Heee. Meh wia upload dab tempek dalam blog picisan kesayangan wia ni..
Bersama Afifah merangkap member serumah dan orang yang tolong mekapkan wia ;)
Bersama Asni, member serumah ngan wia juga..Peace!
Irah datang dari Sabah... Dia sangat cumil :D
Kenangan bersama (",) - Gurlicious
Comel dan gojess kan Irah dan Fifa :]
Asni cantik dan Irah yang kiut ^^
Mekap tu unik ! Boleh merubah wajah dalam sekelip mata..ajaib!! <3 Lepas ni nak bermekap lagi dan lagi.. Sebab perasaan tue, buat kita lebih yakin terutama buat gadis dan wanita. Okey la uoOls..kali ni wia mekap nipis. Wia budak baru belajar..Hee. Dengan pakai tudung selebet, baju yang dipakai sederhana. Penampilan boleh berubah. InsyaAllah menda yang baik kita buat, tak mendatangkan sia sia. Bah kan boleh tambah keyakinan diri. Self Confident ! Selamat berblogging uoOls. P/s : Wajah wia tembam :p

Sekilas pandang : Pagi tadi teruja wia siapkan member bersiap nak ke konvo. Tak sabar tunggu cerita dari depa. Wia tak dapat sertai kerana ada misi yang perlu wia utamakan. Tunggu entri seterusnya ye. #Mungkin pasal konvo depa, mana tau kan ;) teehee.

Wednesday 26 October 2011

Charr Kuew Teow yg Mabeless..

Assalamualaikum. Heppinya bercuti.. Hehe. Padahal memang dah cuti pun sebab wia memang tengah mood "Study Week" sebab dah tak lama lagi dah nak berperang dengan kertas dan pen.. Sebelum tue sebagai rakyat Malaysia wia nak ambik kesempatan ni nak ucapkan HEPPY DEEPAVALI buat semua penganut yang beragama hindu yang menyambut pesta cahaya hari ni. Sebab tu rata rata rakyat Malaysia bercuti untuk sama sama memeriahkan perayaan tradisi rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni.. Bestnya jadi warganegara Malaysia yang mempunyai kaum pelbagai. Sambut perayaan pun berbeza. Sebab tu meriah!

Walaupun camtu, wia tak pulak keluar sambut pi rumah terbuka kat Batu Caves. Kalau pi mesti dapat makan sedap sedap kan? ;) Sekarang musim hujan. Tak ada pelan pun selain dok kat rumah dan bercinta dengan nota.. Kalau bosan, on9 dan layan movie. Itu laa wia sempena holiday hari ni. Hikss. Kata orang kalau keluar pasti nak kena sediakan dana, sebab tipu lah kalau keluar rumah tak keluar duit kan? Jadi kalau dok rumah, boleh la menyimpan duit. # Ayat memujuk. Tapi betulkan, tak keluar duit pun tak habis. Tapi kesimpulannya boleh ke tak keluar rumah banyak hari..Kalau setakat sehari dua tu boleh la kan? :p

Wia boleh tak keluar rumah, tapi tak boleh kalau tak makan. Terasa macam nak buat entri makan pulak lepas nie.. Ya Allah betapa heppinya dapat makan yang diberi nama, Char Kuew Tiow. Feveret wia juga tau ;) Balik dari kelas, singgah bungkus bawa balik pun..kuahnya masih tetap maintain dan tak serap pada kuew tiow. Sebab selalunya kuew tiow cepat kembang kalau dibiar lama lama dengan kuah. Panas panas lagi wia dah hidang dalam pinggan.

# Maaf tak pandai masak Char kuew tiow yang sedap sedap. Mampu beli untuk tukar selera. Sebab selalunya kalau nak makan nasi putih, wia biasanya masak simple dan kenyang.. Kalau nak selera itu yang beli makanan yang sedap macam nie. Nak cuba..? Jom makan sama sama (^_^)
Char Kuew Tiow Special ! =D
Nyum nyum sangat berselera wia makan sebab kuahnya sangat terbaik. ! Alhamdulillah syukur pada Allah sebab wia dapat merasa makanan yang sedap sedap walaupun hanya keluarkan duit dengan harga berpatutan. Makan kenyang tu yang buat wia rasa nikmat makan tu melebihi segalanya. Sangat "heaven" dapat makan nie.. Psstt pasti uoOls perasan yang wia banyak makan bungkus. Sebab kat rumah makan sangat selesa. Selain tu boleh jimat air :D Salam satu cara nak berjimat katanya. Sila catit dalam nota tangan masing masing eh? Hehe..

Okey kalau raya Deepavali makan manisan, kari, dalca, tosei dan capati, maruku dan macam macam lagi.. Tapi wia pulak menjamah yang Char Kuew Tiow yang lazat ni ;) Udang ni fresh ! Pasti segar dari laut.. Pesanan untuk diri sendiri, kena elak makan makanan laut untuk beberapa hari. Bukan takut alergik, tapi resdung. Tapi alhamdulillah sekarang masih terkawal. Sebelum tu, makan la sebelum lapar dan berhenti la sebelum kenyang ok.

Selamat berblogging, tika wia menaip entri ni hujan turun sangat lebat. Musim hujan yang asyik dapat makan makanan sedap !! Mungkin lepas ni kena belajar buat sos atau kuah char kuew tiow sendiri, sebab datangnya Char Kuew tiow yang sedap dari kuahnya yang diperbuat dari pelbagai jenis sos dan air rebusan. Mungkin # Kalau salah jangan marahkan wia ye.. Tapi rasanya la =P  Selamat menjamu selera.

Tuesday 25 October 2011

Meee Kari Ketam =D

Assalamualaikum. Wia nak kongsi dengan semua yang semalam wia dah dapat apa yang wia idamkan selama seminggu ni. Akhirnya dapat juga dijamah bila semalam member serumah ajak cuba makan sesama. Wia apa lagi tersangat la excited! Sebab dah lama nak cuba sesuatu yang baru. Kalau bab makan memang sah sah dapat kat wia. Hee.. Keterujaan tu bermula bila mana sepupu wia yang bernama Haikal yang cadangkan wia makan makanan sedap nie. Sebab katanya dekat dengan kampus wia. Nak nak lagi masuk pulak termasuk dalam slot "Jalan Jalan Cari Makan".. Rancangan makan makan yang femes ditayangkan kat tv3 setiap Ahad ;)

Hadoi lambatnya wia nak hapdate blog sebab wia makan makan hujung minggu hari tue, tertunda sana sini. Hari ni baru sempat nak hapdate. Biarpun dah lambat tetap nak share dengan semua juga :p Sebenarnya yang wia dok intro dari tadi adalah makan sesuatu yang pertama kali wia try sebab makanan ni ada kelainan dan keunikan tersendiri ;) Tak pecaya meh uOos cuci mata dengan gambar yang sempat wia snap sebelum habis licin masuk dalam perut wia hari tu.. Hikss.
Mee Kari Ketam :)
Ini laa makanan yang wia dok idam idam kan tu.. Mee kari ketam !! Sangat la sedap kuahnya. Yang best dan kelainannya tengok ada ketam seekor kann? Segar lagi sebab masa kita order, ketam tu masih hidup lagi ;) Lazat sangat uoOls.. Kuahnya nampak macam sangat pedas, walhal terasa kemanisan isi ketam, dalam fikiran wia mungkin air rebusan ketam. Sebab rasa kuah kari ketamnya asli. Sesiapa yang gemar makan ketam , tempat ni paling besh untuk jamu selera. Pelbagai aneka masakan ketam boleh dirasa. Order je.. Dijamin makanan desini puas hati dan mengenyangkan.

Nikmati mee kari ketam ni dengan air sky juice.. Blurp! Alhamdulillah kenyang untuk makan malam hari tue.. Bukan tak nak makan je kat kedai yang diberi nama "Mi Ketam" terletak di Seksyen 7, Shah Alam tapi roomate wia yang cadangkan, makan ketam ni cam seksi sikit kalau nak makan dia, sebab tue kat rumah lebih selesa katanya. Memang betul pun, makan kat rumah rasa puas.. Sedapnya kuah kari ketam dia, sampai wia rasa macam nak hirup kuahnya sampai licin..Itu pun hampir nak licin tau :P

Yang pasti memang terbaik laa wia nak cadangkan pada uoOls kalau nak rasa mee ketam yang terbaik area Shah Alam.. Hee. Kalau ada yang sedap sedap leh la uOOls cadangkan kat wia juga ek. Kuahnya memang terasa segalanya. Mungkin cheff yang masak ni, masak dengan penuh skill satu. Keduanya dengan kasih sayang untuk pelanggannya. Hadoii memandai je wia.. Pastinya mesti la menggunakan resepi masakan yang terbaik. Tapi besh laa kuah kari dia..Isi ketam pada ketam tu pun manis sebab fresh lagi kan ;)

Okey laa selamat berblogging semua.. Wia sekarang suka nak promote makan yang sedap sedap. Bukan makanan dari hotel 5 bintang, tapi hanya di restauran biasa atau kedai yang harganya berpatutan, tapi raasanya yang sangat sedap dapat memikat selera :) Bila bila nak pekena lagi la mee kari ketam ni..!! Sumpah sedapp.

Monday 24 October 2011

Lagu Jiwang & Irama BollywoOd.

Assalamualaikum uoOls. Ada tak yang sama feveret dengan wia yang sukakan lagu jiwang tangkap leleh dan irama bollywood !! Sapa sama , sep jom ! Sebenarnya wia dah lama tak dengar lagu di corong radio. Tak tahu kenapa lebih seronok dengar MP3 cam selalu. Tapi bila semalam tergerak hati nak dengar radio. Ya Allah rasa macam besh sangat tau. Sebabnya masa wia dengar waktu malam, banyak sangat lagu lagu jiwang yang berkumandang.

Seperti kebiasaan juga wia suka bertukar channel frekuensi, terdengar pulak slot irama Bollywood, pasti la setia pada frekuensi tu pulaks dengan irama dan melodi lagu hindustan yang sedap dan kenkadang boleh meremang bulu roma. UoOls penah rasa tak macam yang wia rasa time dengar lagu yang begitu sedap. Ya, wia memang selalu cenggitu. Sebab dari kecik wa memang sukakan cerita hindustan dengan lagu lagunya sekali tak tahu knapa.. Padahal mak ayah wia tak suka pun cerita Hindustan yang kaya dengan lagu dan tarian. Meriah kan.. tapi wia sensorang je yang ketara dalam famili minat cerita Hindi..mungkin sukakan lagu yang besh besh. #Mungkin.
Wia juga sukakan lagu yang jiwang jiwang. Nak nak yang kuat berangan cam wia ni, memang terimbau kenangan la kononnya :p Tapi yang wia sukakan sebenanrnya bila menghayati lirik yang dinyanyikan oleh penyanyi. Kenkadang rasa seakan sama dengan diri. Itu yang besh.. Sebab tu suka kedua dua lagu ni.. Apa lagi lepas ni kena la upload lagu bollywood dan lagu jiwang karat banyak banyak. Sebab mood nak dengar tu dah mai dah :)

Rasa macam nostalgia tau bila dengar lagu tu semua. Boleh terikut ikut nak nyanyi balik cam dulu dulu. Percaya laa. Sebab apa yang kita minat pasti rasa nak nyanyi sekali kan. Wia pulak kurang tahu pasal lagu Jazz, Pop, Balada dan Rock. Lagu nasyid tau juga, tapi tak banyak sejak dah tak dibangku sekolah. Bab lagu Inggeris pulak sekarang baru nak suka kot* Sebabnya entah kenapa wia tak ada feeling bila dengar lagu omputih, tapi sekarang dah mula minat sikit sikit ;)

Yang terbaru lagu K-pop atau Korean pop.. Memang digiilai oleh sang gadis termasuk la dengan roomate wia yang sorang ni. Wia jujurnya cakap tak minat lagu depa, tapi tarian tu boleh la. Hee. Itu la yang wia boleh cakap sebabnya minat seseorang tak sama kan. Sebab lagu dan nyanyian boleh jadi terapi minda buat seorang yang bergelar manusia. Betul tak..? ;)

Sampai saat ni wia sukakan lagu jiwang cintan cintun. Besh sebab mendayu dayu kenkadang tu, dan kenkadang pulak terkena kat diri sendiri. Senyum sensorang :$ Irama bollywood ada keaslian tersendiri, tak kira lagu lama ataupun lagu baru. Iramanya memang buat wia terasa nak menari sama kadang kadang tu. Serius tak tipu. Kalau tak menari pun, ada hentak hentak kaki ikut rentak ataupun goyangkan bayu dan kepala. Lawak kan..?

Okeylah uoOls, lagu dan muzik memang tak boleh dipisahkan dari minat seseorang :) Bila dengar lagu kat radio rasa cam best pulak sekarang ni. Sebab tue wia layankan je. Hehe. Selamat berblogging uoOls. Wia dapat berita baik yang esok kelas pagi batal. Budak malas sebab tu kata berita baik. Hadoii dan uoOls minggu ni minggu last wia sebelum menempuh exam. Doakan ye..

Saturday 22 October 2011

Cuba Masakan yg terBang dari Klantan.

Assalamualaikum uoOls. Salam santai Sabtu buat uoOls blogger budiman. Besh sangat menonoton cerita Hindi kat tv sampai teralit nak lawat laman sesawang hari ni. Rutin harian wia sangat ringkas sangat hari ni, dengan suasana yang dingin seakan rasa nak dok diam diam dalam rumah walaupun hati memberontak nak keluar jenjalan. Kenkadang cam terfikir.. Untungnnya kalau ada kereta sendiri =.="

Hee, okeylah berbalik pada tajuk entri laksa Kelantan itu yang wia makan untuk lunch tadi. Pertama kali rasa tau. Memang kalau ikutkan sebelum sebelum ni wia memang selalu sangat makan laksa Penang atau laksa Utara, tapi laksa kelantan ni memang agak sama tapi tak serupa. Pagi lagi wia dah dipelawa member serumah yang baru balik dari rumah kakaknya untuk mencuba laksa Kelantan yang dibawa bersama. Nampak cam sedap.. Memandangkan tak penah rasa, harus wia cuba supaya kalau sedap boleh ambik resepi :p

Tengahari tu, wia cubalah rasa, laksa Kelantan yang wia sangka kan cam laksam :) Cuba laksam dia seakan kuew teow tapi kalau laksa yang macam laksa penang cuma kuahnya yang lain. Suka cuma pertama kali makan rasa kelainan la juga. Kuahnya hanya isi ikan. Rasanya tak masukkan sebarang cili kisar macam laksa penang, dan juga tak masukkan asam keping. Sebab kuahnya warna putih isi ikan..Rasanya mungkin ada letak santan juga kalau tak salah. Sebabnya ia seakan laksam. laksam kan kuahnya letak santan. Hee.

Maaf kalau silap ye..Wia budak baru belajar. Tapi serius pengalaman makan laksa kelantan buat pertama kali walaupun seakan sama tapi rencahnya lain. Bahan bahan tambahan seakan limau memang ada, tapi kalau yang lain laksa kelantan dimakan dengan hirisan kobis mentah dan kacang panjang yang juga mentah. Lepas tu ada sambal lain yang boleh dimasukkan dalam kuah sebagai penyedap rasa pedas ikut citarasa. Unik bukan.?:) Sekelip mata semangkuk laksa Kelantan dah selamat wia jamah tadi. Hiksss.
Laksa Kelantan :)
Ni laa laksa yang wia makan tadi. Rasa kuah ikannya agak manis dan tak pedas, sesuai kalau budak budak makan. Okey ini la pengalaman wia makan laksa Kelantan. Tapi bagi wia yang suka makan pedas, laksa Utara tetap di hati =D Masam pedas itu la feveret. Teeheee..

Beshnya mencuba makanan yang berlainan negeri. Yang pasti setiap negeri ada kelainan dan resepi masakan tersendiri. Wia suka sangat mencuba sesuatu yang baru. Tetiba terasa nak makan laksam. Nyum nyum.. Okey selamat berblogging  dan selamat berhujung minggu semua. P/s : Kebelakangan ni wia kuat cemburu..Hadoii

Friday 21 October 2011

Bezanya Kau dan Aku.

Salam penghulu segala hari buat muslimin muslimat . Assalamualaikum pembuka bicara. Wia nak kongsi dengan uoOls pengalaman wia tinggal dengan member dari IPTA dan member IPTS. Ini perjalanan wia yang wia lalui. Tiada kena mengena untuk bermaksud nak membeza bezakan tetapi sekadar nak bercerita.

Bukan apa petang yang hening nie, teringat masa mula mula masuk U.. Semuanya serba baru. Sehingga la kini, sampai dah berpindah kampus pun masih lagi teringat masa dan detik tu. Semuanya kekok. Tapi itu laa lima semester tinggal dengan budak satu universiti memang tak sama dengan perasaan tinggal dengan budak yang berlainan U dan kos.. Cuba uoOls teka mana yang paling besh antara dua ni?

Setiap orang ada pendapat masing masing. Itu tak dinafikan. Sesetengah suka tinggal bersama rakan sekuliah, dan ada sesetengahnya suka tinggal dengan rakan berlainan kos dan universiti. Wia pulak penah tinggal di kolej asarama dan rumah sewa seperti sekarang hanya kerana bertukar kampus sepanjang belajar di Universiti Selangor. Memang dapat perbezaan ketara tinggal dengan rakan dari pelajar IPTS dan pelajar IPTA..
Sekarang wia seorang pelajar IPTS berbanding member serumah rumah sewa wia sekarang, semuanya dari IPTS tapi depa tak penah nak "down" kan wia ataupun membeza bezakan U. Rasa tak asing pun tinggal bersama. Malah boleh bergelak tawa dan makan sesama. Berbeza pulak kalau dulu dulu wia tinggal dengan member sekuliah, entah kenapa asyik membezakan itu dan ni.. Seolah olah ada jurang yang perlu dituruti. Sebab tu rasa sangat perbezaan itu. Hmm..

Dari segi belajar pula, kalau bersama rakan rakan dari IPTA, wia perasan yang depa rajin belajar.. langsung tak rasa nak melengah lengah kerana depa tau tujuan utama datang dan masuk U.. Wia tak cakap semua, tapi kebanyakan laa. Berbanding dengan student IPTS, kalau belajar pasti paling last sebabnya katakan contoh kalau salah seorang belajar mesti menghasut cakap masih awal, dan cara belajar ini betul.. Cara yang kita belajar salah. Pendek kata, depa pandai cakap  tapi tak serupa bikin. Itu tak tahu kenapa.. Sebab itu yang wia perasan dari pengalaman. Ada yang belajar sorok sorok. Sebab konunnya taknak rakan tahu yang dia belajar. Dan bila kita nak belajar, mesti down kan mood kita, yang seolah belajar ini umpama makan kacang !

Banyak lagi perbezaan sebenarnya. Bukan yang buruk buruk je yang baik pun ada. Bezanya banyak tapi yang sama tu yang sikit sangat. Wia juga tak bermaksud apa apa sekadar share pengalaman sendiri. Cuma sekarang wia nak cakap wia sukakan kehidupan yang sekarang lebih baik dari dulu. Harap berterusan dan bertambah baik hendakNya. Maaf andai telah buat sesiapa yang terbaca tak sependapat atau sebaliknya. Ini hanya sekadar dari pengalaman. Yang penting saya bangga jadi pelajar IPTS . Noktah. Selamat berblogging ;)

Thursday 20 October 2011

CendoL Pulut alaa Kampungg.

Salam keceriaan hari Khamis yang free buat wia tanpa sebarang aktiviti:) Assalamualaikum. Cendol pulut? Siapa tak gemar kan.. Semalam balik kelas singgah gerai yang femes dengan laksa utaranya dan bersebelahan gerai laksa, ada gerai jual cendol pulut. Memang laris sebab kebanyakan customernya adalah dari kalangan student UiTM dan Unisel. Bukan itu je, pekerja dan lecturer pun ramai yang singgah beli. Santai je gerai tu sebab ada buka dua tiga meja di bawah pokok ara yang rendang. Memang ala ala gerai tepi jalan. Walhal memang gerai tepi jalan pun :p

Gerai tu betul betul terletak di tempat strategik, di kaki bukit nak menuju umah sewa wia kalau dari jalan belakang atau "shortcut".. Kebetulan pulak terletak tepi jalan. Jadi kalau balik dari kelas petang mesti singgah untuk beli laksa atau cendol pulut atau kuih muih yang digoreng panas dekat situ juga. Murah dan berbaloi. Yang penting semuanya sedap sedap ! :) Wia la yang paling besh datang Shah Alam ni dapat makan laksa utara. Bukan senang nak jumpa tau nak nak kalau kat dalam bandar cenggini.

Tapi bila dah ada gerai camni, senang la nak makan bila dah rasa kempunan dek lama tak makanan. Semuanya dah tak jadi masalah. Tak macam masa wia di kampus lama, memang agak susah nak merasa laksa di negeri orang. Hee. Okey bukan lah nak cerita pasal makan laksa sebab semalam wia tak beli pun laksa sebab dah petang sangat. Cuma terliur dek cendol pulut yanbg sedap tu. Harganya memang murah RM1.50 satu bungkus. Banyak pun banyak tau uoOls. Ehee cam promote pula cara wia.. Pssst tapi xpa la, mana tau pakcik yang jual cendol dan laksa ni baca blog wia, dia kan bagi harga murah tak pun bagi makan free besh juga kan =D

Wia share sikit gambar cendol pulut nie ok :] Katsini cuaca sejuk selesa, nasib tak cuaca panas terik macam selalu. Kalau tak mesti terliur lagi bila tengok gambar kat bawah ni tau. Hehe. Okey wia sengaja letak dalam pinggan nasi yang macam tak sesuai nak makan cendol kan. Sekurang kurangnya letak la dalam mangkuk kan uoOls. Buka apa, banyak cendolnya sampai tak muat dalam mangkuk, sebab tu wia letak dalam pinggan. Boleh tengokkan banyaknya cendol yang dibungkus, berbanding kalau kita order makan katsana. Mustahil nak dapat banyak camni. Hikss. Sebab tue kita kena pandai membeli :p
Feveret Dessert : Cendol Pulut :)
Tengok pada pulut nampak cam sikit, tapi sekali makan pasti rasa banyak dan kenyang. Sebab pulut kan cepat mengenyangkan. # Mak yang cakap, sebab tu wia tahu. Lagipun tak elok makan pulut banyak. Nanti melemahkan badan untuk bagi kita ngantok sentiasa. Hehe. Kira cam seimbang la kuantiti camni kan? :) Eh sejak bila wia da pandai ambik berat pasal kuantiti dan kualiti nih. Hadooi.. pasal berat badan lettew !

Okey sekadar nak share makan cendol pulut dengan uoOls. Kadang kadang yang biasa biasa ni la orang suka makan, berbanding yang luar biasa dan nampak pelik. Akhirnya wia tak la rasa ralat even berjauhan dengan kampung tapi tetap leh makan makanan gerai yang murah dan sedap camni ;) Selamat Berblogging uoOls. Kalau cuaca panas, pasti rasa nak sedut air cendol tak pun ABC. Sebut pasal ABC dah lama tak makan. Ok nanti wia berkongsi lagi. Jumpa entri seterusnya..

P/s : Sedang pelan sesuatu untuk raya haji dan sebelum cuti semester.. Agak agaknya apa ye.?

Wednesday 19 October 2011

Doakan Sukses dlm Studi :)

Assalamualaikum. Heppinya bila pertama kali buat "TeSt" rasa mudah. Dengan pensyarah yang "sporting habis"..susah nak dapat tau :p Serius kelas petang tadi paling santai even kadang kadang ada yang wia tak faham masuk kelas tue. Itu maknanya kena studi lebih dari apa yang pensyarah ajar la kan? Betul tak uoOls..? Sedar tak sedar satu per satu kelas dah tamat untuk semester ni, kiranya minggu depan minggu last ada kelas bagai, sebelum bermula sesi "study week"..

Cepat masa berlalu. Tadi pun dah singgah admin FOB untuk ambik slip peperiksaan. Dah pun settle bab tue. Tinggal tunggu nak jawab exam je lagi. Nebes la uoOls. Walaupun ini bukan pertama kali exam tapi perasaan tu ibarat macam baru nak pertama kali jawab kertas exam. Kenkadang bila nak heppi sangat pasti ingat tujuan uatama adalah belajar dan grab kejayaan di akhirnya. Dah dekat dekat penghujung semester ni harus tingkatkan pointer ke tahap maksima. Tapi jenis wia, jenis yang studi yang biasa2 belum lagi luar biasa *mungkin sebab tu result belum gempak. Aduhai.. Sabar saja laa, dah sedar tapi tetap sama, belum lagi ada perubahan.

Tolong sesiapa sedarkan wia untuk belajar kepada luar biasa. Dalam rumah sewa ni wia dah tengok bermacam karenah rakan yang studi. Memang setiap orang belajar sangat berlainan. ada yang jenis struggle betul betul. Ada yang biasa tapi fokus. Ada yang langsung tak belajar tapi tetap cerdik sebab cara belajarnya lain dari orang lain. Hee.. Macam macam peel manusia kan..? Dari segi belajar pun dah boleh kenal watak dan perwatakan seseorang tu. InsyaAllah target untuk semester ni nak capai dekan :] Amin.
Doakan kejayaan wia ye. sesiapa yang ada tips belajar boleh la kongsi dengan wia. Nak sangat tips yang membantu sedarkan wia supaya masih belum terlambat untuk berjaya. Kadang kadang wia rasa nak berjaya tapi masih sama dan terasa sukar nak capai. Sebab tu wia belum capai target yang di idamkan. # Mungkin. Okey memang kena berkawan baik dengan buku dan nota. Itu pasti. Tak banyak pun subjek yang diambik untuk semester ni. InsyaAllah boleh !!

Semangat dan berkobar kobar dah ni..psstt tapi serius sekarang wia sekarang terasa pening. Pening tak cukup tido malam tadi. Bayangkan sampai pukul 5 pagi dan terdengar pun azan subuh, mata wia belum rasa nak lelap. Semuanya bukan angkara studi tapi mungkin masalah sekeliling. Jauhakn lah masalah dekat dekat nak exam. Lapangkan dada. Moga segala ilmu yang wia belajar, berkat dari pensyarah semuanya. Aminkan ye uoOls.

Selamat berblogging ! Rasanya jatuh cinta dengan buku dan ilmu banyak manfaatnya pada masa depan. Jadi bercinta lah dengan buku dan nota nota ye wia untuk tingkatkan prestasi semester ni. Final exam makin dekat. Tik tok tik tok masa berjalan dengan pantas. Harapnya wia tak teralit dan melengahkan waktu. Serius cemburu posituf dengan orang yang berjaya. Tertanya tanya rahsia disebalik kejayaan depa. Adakah luar biasa atau biasa biasa..? Soalan tu masih belum dapat jawapannya..

Tuesday 18 October 2011

StOry Instead Raining ! :]

Assalamualaikum. Hujan buat mood sentiasa nak makan dan beradu awal. Padahal banyak lagi yang kena buat selain dua menda feveret kesukaan wia yang disebutkan tadi. Masa hujan pasti tercari cari makanan untuk dimakan. Sesudah makan, mata pula terasa seakan berat untuk menyelak nota dan membaca buku, kerana suhu yang dingin dan segar ni sangat mencengkam jiwa supaya berselimut diatas tilam dan disorongkan bantal. Nikmatnya!

Bumi Shah Alam dua tiga hari ni bermusim hujan di sebelah petang, kiranya malam hari seperti ada penghawa dingin semulajadi yang menyejukkan buat wia dan roomate rasa selesa di bilik. UoOls pun kalau hujan mesti rasa tak mau keluar rumah dan kalau boleh nak memerap dalam bilik je kan..? Betul dak.? Sebab di rumah la rasa cam tenang dan damai tika saat hujan mencurah ke bumi, suhu kian mendingin. Guruh dan kilat saling berganti seakan tumbuhan riang dan hidupan alam merancang pelan bersama keluarga tercinta. Bestnya hujan kan.. ;)
Bagi yang jauh dengan famili, dengan kengkawan la teman bicara dan teman segalanya untuk buat aktiviti itu dan ini. Kalau wia dan roomate pasti on9 dan cari makanan yang sedap sedap untuk jamu mata. # Itu yang mampu. Hee. Kalau wia dan housmate sekepala pula, mesti rancang nak makan yang sedap sedap, seperti steamboat dan makanan yang panas panas time hujan camni. Perut cepat lapar katanya :p Sebab tue semua makanan rasa sedap nak nak bila tengok tv nampak iklan yang besh dan menyelerakan. Rasa macam nak order delivery time2 tu jugak  :D

 Semuanya cuma angan angan di kala hujan. Yang penting dapat makan kenyang, hati pun senang. Ceewah! Boleh cenggitu. Kenyataannya hanya makan telur dadar dan sardin tin pun dah cukup sedap kalau lapar kan ;) Ada pulak yang cicah roti dengan air milo atau kopi feveret pun dah buat terliur time hujan hujan camni :') Apatah lagi kalau makan yang sedap sedap. Kalau hujan mesti besh santai nagn minuman panas, lepas tue sembang sembang terutamanya perempuan tentang hal hal terkini dan cerita di tv ketika menonton bersama, sebab itu la yang selalu wia dan member serumah buat :D Terasa hubungan silaturahim antara kami sangat rapat. Mesti hempa semua pun sama kan..? Kalau ingat balik semula nanti mesti jadi kenangan yang indah untuk di ingati. ;)
Okeylah sekadar berkongsi tika hujan menyirami bumi kala ini..sejuk! Pasti sebab tue kita akan sinonim dengan sifat lapar dan malas. Mungkin cuaca merubah mood kita kan. Sebab tu kalau hujan lapar, dan kalau hujan rasa nak tido je sepanjang hari. Hehe.. Apa yang penting, time hujan dan panas yang tak menentu ni, kita kena jaga kesihatan baik baik :) Selamat berblogging uoOls. Ceria selalu.. habiskan menaip dengan mengunyah biskut. Motif.? Hehe.

Monday 17 October 2011

Donut Big Apple yg Comeii.


Assalamualaikum dan salam ceria. Hari ni hempa ada alami "monday blues" dak..? Biasa la kalau dah masuk hari Isnin mesti ramai yang bermalas malasan nak ke tempat kerja dan ke tenpat studi. Hee. Bagi wia alhamdulillah wia tak alaminya untuk Isnin minggu ni :) Semalam wia dah cuba sesuatu yang baru tau. Even hempa dah lama makan tapi wia baru saja cuba semalam. Hmm memang lembut dan sedap seperti yang diperkatakan selalu oleh pembeli dan pemakan tegar BiG Apple Donut.. Mesti hempa familiar kan dengar nama tue.

Femes amos sangat donut nih, sebab kita leh dapat pelbagai jenis perisa untuk nikmati donut yang lembut dan gebuss tue ;) Semalam keluar dengan member beli barang. Tetiba terasa nak mencuba. Sebab sebelum ni wia cuma penha rasa Dunkin Donut dan bukan Big Apple Donut. Kedua dua jenis brand ni memang femes dengan donut masing masing cuma lain nama lain rasa. Semalam wia cuma beli dua ketul sebagai percubaan nak merasa makan Big Apple. Yuhuu!

Beli dua ketul pun dah rasa kenyang yang amat sebab donut ni memang sweet ! Agak besar dari biasa pulak tue. Tapi standard la dengan harganya yang dijual. Wia masuk kedai Big Apple terasa macam masuk dunia donut. Banyak perisa yang buat wia rambang mata nak buat pilihan. Nak nak beli hanya dua ketul. Haruslah pilih ikut citarasa dan puas hati. Akhirnya la adok pusing belek donut yang nyum nyum, dua ketul selamat dibeli oleh wia untuk try makan di rumah sewa balik nanti. Tetiba bila terkenang makan donut mahal sekali sekala macam terapi untuk diri sendiri pun ada ;)
Comelnya kotaknya :)
Ini la dua ketul donut yang menjadi pilihan hati wia ;)
Lepas ngapp sikit snap lagi. Serius dua2 perisa ni besh!
Sekali hadap terus ngap dua dua ketul ni, sebab rasa dan keenakkannya rasa cam nak lagi, lagi dan lagi. Ahaa tengok berapa banyak lagi maknanya memang sedap ;) InsyaAllah kalau wia kesana lagi nak beli lagi la, tapi perisa lain pulak. Donut krim coklat tu sangat lazat sehingga menjilat jari dan yang kacang gula putih campur coklat tue lagi la sedap bila masuk ke mulut :) Alahai rasa macam nak makan lagi laa sekarang ni. Sebab wia masih terbayang sedapnya donut dua ketul ni.

Buka kotak tu, jeng jeng sampai rumah dah mencair coklatnya, sebab tu nampak donut tue dah melekat kat kotak kiri kanan. Tapi wia masih berselera makan donut yang sangat lembut lembut tu..Hee. Okeylah ni baru pengalaman pertama kali rasa donut berjenama ni.. Sebab tu percubaan hanya dua ketul. Besh tengok pelanggan yang masa kat kedai Big Apple tu beli banyak banyak. Baru banyak pilihan nak makan kan. Yang penting dah rasa. Memang sedap.. Jadi lepas ni boleh la beli lagi kalau kempunan nak makan. Nikmat !

Selamat Berblogging uoOls. #Terasa lama pulak nak ngapdate entri ni sebab asyik tertangguh. Kesian blog yang satu ni, okey hepa pun yang dah penah makan mesti rasa nak lagi kan. Tak sabar nak makan yang lain lain pulak. nanti kalau wia dah cuba bolehlah share ngan uOls lagi. Okey saya budak baru nak mengenal dunia. Boleh cenggitu.? ;) Senyum selalu. Kongsi dengan wia ye kalau uoOls rasa ada yang besh2 perisa donut Big Apple ni ok. Jumpa lagi entri seterusnya..

Sunday 16 October 2011

Santai Hjg Minggu.

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat pengunjung blog picisan kesayangan wia ;) Pelan uoOls hari ni mesti besh kan. Alhamdulillah tapi pelan wia hari ni adalah seperti hujung hujung minggu yang lepas iaitu bersantai ;) Bersantai kat rumah sambil ngadap nota yang bertimbun minta dibaca dan difahami. Kalau letih santai kat depan tv pulak, ngadap cerita hujng minggu. Kalau letih lagi, ngadap lappy pulak untuk bersembang dengan rakan maya. Santai bukan? :p Memang ni la pelan yang tak keluarkan setitik peluh dan sesen duit.

Keburukannya tetap ada sebabnya badan dan mata jadi tak sihat bila santai ngadap itu ini. Sekurangnya kena ada senaman, sebab rasanya wia dah lama tak bersenam. Tak bagus kan?! Sebab tu dah badan cepat rasa letih dan cepat ngantok. Fuhh! Kesedaran dah aada, nak buat tu entah bila. Hadoii..kalau la bersenam setiap hari mesti kuat stamina, tak mudah jatuh sakit dan lemah badan. Tambah pula dah la wia kuat ngidam makanan yang sedap sedap. Kalau boleh cam hari hari nak rasa makanan yang dok tayang setiaap hari dalam tv. #Pengsan.

Okey berbalik pada tajuk entri, mesti besh kalau hujung minggu ni dapat bersama famili tersayang. Mesti dapat bersuka ria sembang dan makan bersama. Kalau semua free boleh jenjalan sesama. Tapi kalau at Kedah, adik adik wia sekolah hari ni dan ayah pula tak kerja sebab kerja di negeri Pulau Pinang. Jadi cuti tak sama. Apepun hari Sabtu saja yang wia satu keluarga boleh spend masa keluar jenjalan kemana saja :D Itu sudah memadai.. tapi itu andaian kalau wia stay kat rumah. Sekarangdekat rumah sewa kenkadang hujung minggu rasa cepat berlalu dan kadang kadang rasa ibarat masa lambat berdetik. Bergantung pada mood wia tika itu. Hee..

Hujung minggu ni kalau keluar dengan gucci memang meriah uoOls. Makan dan jenjalan sesama. Memang tmbah heaven kalau final exam lambat lagi. Tapi apakan daya, periksa semester wia dah nak start tinggal  kurang mingggu dari sekarang. Harus berkawan baik dengan buku ye. Cuba kenkadang kotak fikiran memang ingin santai. Santai sepuasnya di hujung minggu. Bergantung pada mood juga sebenarkan uoOls.
Pasti di hujung minggu ni ada yang tengah berphotoshoot ! Oh bestnyaa.. Pasti juga ada yang merancang makan makan bersama famili dan kengkawan di luar. Pasti ada di luar sana yang keluar bercanda dengan tersayang di hujung minggu ini. Pastinya kelainan ini buat cuti hujung minggu ini sangat santai dan tak membebankan dengan kebosanan yang terlampau. Suka perasaan itu :)

Okey sekian entri hujung minggu. Rancangan tv kesukaan wia dah nak start..Ceteka paddia? Hee. Selamat berblogging utk rakan rakan semua. Ceriakan hati, ceriakan diri..yang penting peringatan untuk wia juga, fikir positif selalu. InsyaAllah segala perkara yang kita lakukan akan rasa damai dan tak rasa terbeban. Sebenarnya santai la yang best sekali dalam hidup sebab dapat tenangkan fikiran, dan lapangkan dada. Yang penting kita enjoy ! Dalam erti kata lain, hujung minggu masa bersama kawan kawan, famili dan adik beradik. Senyum selalu#

Saturday 15 October 2011

Bila tiBa Masa dan Ketikanya Kelak.

Assalamualaikum dan salam ceria ;) Sebut pasal jalan jalan banyak tempat lagi yang wia nak pi..Semuanya dalam minda dan tersemat dalam hati. Ada yang baru tercapai dan sangat banyak lagi untuk capai semuanya. Hanya masa yang menentukan. Penah wia terfikir sejenak di suatu petang nan angin sepoi sepoi bahasa. Andainya wia punya kereta sendiri.. Memang jalan jalan tak lekat rumah jawabnya. Bosan mengadap nota dan buku pasti capai stereng dan drive puas puas. Itu andaian setiap kali terasa nak berjalan jalan.. Terbantut dek tiada kenderaan sendiri. hanya pendam dalam hati diam diam.

Sekali pandang nampak macam wia suka duduk kat rumah, tapi sebenarnya kaki jalan tambah tambah tempat baru. Paling sesuai dengan situasi wia suka tempat makan. Memang banyak tempat menarik kat Malaysia ni yang belum sempat singgah dan jelajah. Tahun ni seingat wia pantai pun tak jejak lagi. Rindunya pada permandangan laut, ombak dan pasir.. Bila la agaknya dapat jejakkan kaki di pantai lagi. Serius angin pantai besh sambil kutip cangkerang dan siput :p

Peranginan yang sejuk seperti di kawasan Pahang dan Penang pun dah lama tak pi..Kena buat cuti cuti Malaysia cenggini nih. Sebab tetiba tasa nak pi tempat semua tue. Mungkin sebab terlalu lama hanya dok rumah. Pandangan dan verangan sampai ke sana. Set dalam minda, nak jalan jalan :) Hadoii sukanya perasaan tu hanya Allah yang tahu. Ada sesiapa di kalangan uoOls yang punya minat yang sama dengan wia. tapi hobi jenjalan ni memang perlukan $$ yg agak masyuk. Kalau tak, ,memang dok rumah diam diam macam wia sekarang ni. Sabar lah hati..
Garden ;)
Habis buat nota tadi. Rehat sat. Tetiba terasa nak naik bot, merasa angin laut. Mesti beshkan..Alahai beshnya kalau dapat pi Putrajaya ataupun dekat Langkawi sekarang ni. Ya, wia berangan lagi. Bila teringat nak pi semua tempat ni, rasa macam excited! Tapi bila berdiri di bumi yang nyata, terasa macam diri terlalu sedih. Kesian diri wia sebab banyak tempat yang belum pi lagi. Betapa untungnya uoOls yang berkesempatan jenjalan di Malaysia bumi tercinta ni :) #Tumpang heppi.

Andai impian yang wia coretkan dalam entri ni tercapai walaupun tak semua tapi satu per satu, akan wia kongsikan pengalaman dengan kalian, supaya terpatri sudah hasrat nak kesana. Lagi besh kalau nanti dapat bakal suami yang punya sama feeling dan suka jalan jalan. Tapi tak mau la sampai tak lekat rumah. Cuma wia bayangkan kalau ada cuti dan masa lapang, luangkan masa di tempat menarik, sangat heaven perasaan tu <3 wia dapat rasakan.. Ya Allah perkenankan doakau untuk wia merasai apa yang di inginkan.

Kalau banyak tempat yang wia ingin lawati, begitu juga dengan masakan. Sedapnya kalau cerita bab makan. Banyak juga lagi masakan kat Malaysia ni yang wia tak penah cuba. Bila blogwalk blogger lain, terpandang akan makanan yang sedap sedap terasa macam nak cubit sikit rasa, walaupun mustahil nak buat cenggitu. Sedapnya makanan di tempat tenpat yang besh, mungkin sebab itu juga yang buat wia rasa nak ke tempat tue, Nak rasa makanan yang enak enak juga, Mungkin# Opss kenyataan. Niat dua dalam satu. " Jalan Jalan Cari Makan " la gayanya. Kuikuikui.
Swiss Cruise :D
Okey la sengaja wia hapdate pasal keinginan untuk jenjalan sambil merasa makanan yang sedap sedap. InsyaAllah ada rezeki, ada la. Amin. Wia hanya merancang dan impikan. yang dapat merealisasikannnya hanya Allah. Yng penting ada $$ adalah jalan jalan. Itu yang penting. Sabtu minggu ini terasa lapang dada. Andai uoOls suka melancong dan jenjalan bersama kawan kawan atau keluarga, leh la kongsi ngan wia ye.. Kerana wia hanya mampu berangan tika ini, dan siapa tahu ianya akan jadi kenyataan suatu hari kelak, Wallahualam.. Fakta# incik dear jauh dimata dekat dihati. Bilakah dapat bertemu? Biarakn persoalan ni tanpa jawapan. Ceria selalu.

Friday 14 October 2011

Rekreasi Kayuh Basikal | Tmn Pertanian Shah Alam.

Assalamualaikum. Seperti yang dirancang lepas je subuh terus siap siap. Nak tahu kemana wia semalam sampai tak terhapdate entri untuk bertarikh 13hb Oktober, ini kerana begitu semangat bangun awal awal pagi. Hee.. Lets check and out!!Bangun awal pagi nak kemana semalam, dan apakah yang dibuat wia sampai sehari tak studi. Ini semua kerana nak mencari pengalaman di suatu tempat dengan dua orang housiee. Kemana..? Lets check and out!

Sekarang masing masing tengah dalam darurat sebab kehabisan $$, sebab segala pergerakan harus ikut bajet..hikss. Itu sebaik baiknya untuk elak pembaziran terlampau. Sebab banyak impian yang belum terlaksa dek kes darurat ni..Kuikuikui. Biasa la sebelum habis belajar harus pergi semua tempat kat Shah Alam ni ;) Sebab sapa kata kat Shah Alam tak ada tempat besh. Banyak yang menarik tau ;) Kalau tak tak banyak la kilang kat Shah Alam nia, dan tak banyak la rumah rumah besar yang membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Panjang intro, meh la wia nak bercerita kemana pelan semalam yang baru sempat hapdate sekarang ni. Seawal pagi orang pi keja, wia dan dua orang member serumah keluar ke jeng jeng jeng.. Taman Pertanian Bukit Cerakah atau nama glemernya Bukit Cahaya Alam ;) Memang eksaited wia memandangkan ni pertama kali wia pi nak jejakkan kai kat sana. Keterujaan terserlah sebab sanggup bangun awal dan tinggalakan bantal busyuk untuk bereakreasi katuh basikal di bukit yang terkenal dengan rumah iklim 4 musim ;) Tu yg buat wia tambah teringin sangat nak pi..Hee. Wia pi bertiga kali ni memandangkan yang lain sibuk. Itu pun dah cukup heppi :] Meh tengok gambar yg terpilih secara rambang untuk share ngan uoOls, yg banyak dalam FB..Hehe
Welcomee :D
Penambah Perisa ;)
Kedinginan suhu dalam Rumah Iklim 4 Musim ;)
Buai Laju Laju..HiHi
Penghilang dahaga dikala tekak kering :p
Pengalaman ni memang tak boleh lupa sampai bila bila dan masa wia pi tu Musim Luruh..Cantik sangat permandangan bunga bungaan yang sangat segar dengan suhu pun tinggi,cakap pun keluar asap tau uOols. Macam dekat oversea gittu ;) Bergambar tak hingat ! Banyak taman yang boleh dilawati, antaranya Taman Cendawan, Taman rempah ratus, Taman buah buahan, danau perikanan leh bagi makan ikan..dan banyak lagi. Pi kayuh basikal, kuasa tenaga pun tak banyak. Jadi pi mana yang mampu aje la.. Balik tengahari tu juga.

Perasaan tu memang seronok tak dapat digambarkan sampai cerita kat mak dan adik adik ;) Begitu semangat kan..Fakta# suhu dalam rumah iklim tu dingin buat wia dan yang lain terasa tak mau keluar..Dengan disambut dengan haruman segar dari bunga bungaan hidup bagai di taman nan indah. Cantik ! Banyak yang diteroka. Alhamdulillah segala berjalan lancar.. Terasa nak pi lagi dua musim iaitu musim salji dan musim bunga. Musim panas taak mau la :p Memilih. Kikiki

Selamat Berblogging uoOls. Berbanyak terima kasih fifa dan asni, member serumah wia yang temankan wia kesana, ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Alam atau Bukit Cerakah. Ada rezeki nak mai sini lagi. Even pi waktu biasa orang bekerja pun agak ramai, apatah lagi kalau hujung minggu, pasti penuh dengan orang ramai. Apepun, pengalaman dan kenangan ni memang terbaikk. Senyum#

Wednesday 12 October 2011

Hikmah diSebalik Kejadian :')

Assalamualaikum dan ceria selalu uoOls. Hari ni free lagi sebab kelas batal untuk sekian kalinya. Heaven ! :) Syukur masa lapang ni boleh buat nota dan mengulangkaji sebab final exam pun dah tak jauh lagi dah..Sekali gus boleh rehat golek golek kat rumah. Teehee. Pagi tadi dapat call dari mak seawal jam 9 pagi.. Kemudian wia bercerita la pasal cuti raya haji yang dah tak lama nak kunjung tiba, tapi sayang seribu kali sayang, jadual final exam untuk semester amatlah menyakitkan hati sebab ia sangatlah dekat dengan tarikh berhari raya.

Boleh dikatakan berselang sehari dua. Sebab itu la mak dan ayah berpesan pada wia tak payah  balik kampung untuk raya haji ni, sobs sobs. Dengar macam sedih pulak sebab kena stay sensorang beraya dekat rumah sewa ni, sebab dan konpom kompon depa yang cuti seminggu balik kampung halaman masing masing untuk beraya bersama keluarga tercinta.. Hadoii ni rasanya pertama kali wia tak balik beraya. Even raya Haji tapi tetap beraya kan.. Sedih pulak tak dapat balik raya sebab nak hadapi final exam yang akan tiba tak lama lagi. T_T

Awal awal dah announce dekat blog. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang kalau jadual tetap macam ni memang wia tak balik, tapi kalau ada perubahan pada jadual, dan kebetulan boleh adjust, memang selaju mungkin wia packing bag dan balik awal bulan Nov nanti. Semaunya terletak di tangan Nya. Wia hanya merancang, tapi betul juga kata mak ayah. Nanti penat nak rushing sana sini. Cuti pulak tak lama, takut penat naik bas tak sudah, nak ngadap kertas periksa. Mesti bawa efek nanti. Ok wia pun tak nak serabutkan kepala, Paper exam wia pun hanya 3 hari untuk 4 subjek. Kira berbaloi la juga kan ;) Dan kalau merujuk kalendar yang sedia ada, 9hb wia dah habis paper.. 10hb tu dah boleh balik kampung..Yippy!!

Jadi jarak 6hb Nov dan 10hb Nov tu kan tak jauh. Hanya perlu tempuh beberapa hari yang agak sukar keseorangan, seterusnya akan jadi baik seperti semula :) Okey tukar cerita, dah lama wia tak menjenguk incik Nuffnang, alhamdulillah bila wia check earning, rezeki yang ada cukup memadai.. Paling besh wia ada tiga BE ..Hurray! Itu rezeki nampaknya. Moga BE makin bertambah tambah. Amin :] Wia heppi semula bila tengok BE dok menari nari dalam blog picisan kesayangan wia nih.Hehe..Rajin rajin la uoOls klik ads wia ;)
Tiga BE dari Nuffnang, terima kasih sangat sangat. Rasa terharu sebab dah lama tak buka nuffnang ingat dah majuk rupanya tidak. Hikss. Ok hati terubat sat bila terkenang BE yang tengah HOT.. Lambat lagi untuk menginjak masuk bulan baru. Harapnya banyak lagi nikmat yang dapat diperoleh dari semasa ke semasa. Syukur sangat apa adanya ;)

Terima ksih pada yang tak jemu jemu masuk dan lawat blog wia. #Tetiba rasa macam buat ucapan pada peminat. Okey apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya, itu moral stori entri kali ni. Bila bercuti mula la cam wednesdat blues,, boleh? Ok tak sabar nak berlepas blogging laju laju blog uoOls. Moga wia tabah selalu. Amin (",)

Tuesday 11 October 2011

McD Delivery Straight in MyDoor House :]

Assalamualaikum dan Salam ceria buat semua :) 
Sebelum ni tekak ni rasa teringin sangat nak makan makanan cepat atau kalau dalam bahasa omputihnya FAST FOOD ala Barat macam Pizza Hut, Domino, KFC, McD dan banyak lagi. Tapi yang paling terasa nak makan McD..dari balik bercuti raya sehingga bawa ke minggu ni, akhirnya hujung minggu hari tu dapat juga lepaskan kempunan makan McD yang sedap dan kentang yang best femes amos tu. Kalau dah teringin semuanya jadi sedap, Heheh. Maklumlah dah agak lama kot tak telan burger McD..yummy ! Terkini Quarter Pounder with Chesse. Hadoi terliur beb!

Dah nama pun teringin sangat nak makan, tapi asyik tertunda sebab minggu lepas sekali keluar dah banyak makan. Tertunda lagi..last last tergerak hati bagitau roomate buat delivery pada malam hujung minggu hari tue ;) Nekad kot ! Siap buka laman rasmi McD untuk pilih menu bagai dan survey harga. Kemudian, roomate wia pun setuju nak sesama dinner dengan McD, akhirnya pukul 9 malam macam tue, weouls buat order di talian panas McD dalam masa setengah jam, order yang diminta selamat sampai depan rumah, se;epas weouls dengar bell berbunyi. Hee cepat ! Suka sangat..lalalalala :p

My Meal ;)
My Quarter Founder with Chesse ;)
The Cute Box :p
My Dessert, Sundae Strawberry :)
Sangat puas hati dapat makan ni semua :) Harga pun tak mahal sangat even delivery, akhirnya tercapai dapat makan McD. Malam tu makan sesama dengan roomate wia sambil tengok cerekarama macam tengok movie pulak rasanya. Hee. Lepas makan kentang dan minum air pepsi gas, cepat kenyang dan rasa burger wia besar sampai ke tengah malam boleh makan lepas sambung tengok cerita "Bini biniku Gangster"..

Sangat heppi dapat makan McD ;)
Blurp ! Hee.. btw best makan fastfood sekali sekala tapi jgn amalkan selalu. Selamat berblogging uoOls. Esok test wia ditunda lagi untuk kedua kalinya sekali gus esok tak ada kelas, dan jadual peperiksaan untuk final draf pertama dah keluar even wia tak puas hati dengan satu tarikh yang spoil. Harap harap jadual untuk paper tu berubah. Amin. Doa doakan ye kengkawan..

Monday 10 October 2011

Shooting Video Utk Asaimen Berkumpulan ;)

Assalamualaikum. Siap juga akhirnya video yang sempat wia dan member team buatkan. Memang tak banyak yang wia dapat sumbangkan dalam team tue, memandangkan ada yang gila kerja dan kalau boleh semua dia nak buat. Jadi kena la hormat permintaan orang tu. Jangan selepas ni dengar yang tak baik dibelakang, memang panas hati la cenggitu.

Ok video yang wia maksudkan adalah asaimen secara berkumpulan yang memerlukan tiga atau empat orang satu group. Memang menarik buat video ni semua tapi susah juga menjadi tua dikalangan mereka. Wia terasa seolah olah idea dan apa yang cuba kita sampaikan dipandang sipi. Maksudnya kadang kadang langung ditolak bulat bulat.#Maaf kenkadang jadi manusia biasa, hati ini juga ada perasaan untuk merasa sedih dan kecewa dan terasa.

Ok abaikan kata kata diatas. Emo sat sebab terkilan disebalik belakang tabir, tapi wia senyum agar luka itu tak terus parah dan bernanah. Weouls buat video pasal Herbalife. Seolah olah ada yang mengalami masalah kegemukan, dan apabila menggunakan produk Herbalife terus nampak perubahannya dengan semakin kurus. Walaupun macam tak susah tapi yang lakonkan tu je yang nampak letih. Tempat utama di ambil di Unisel, Shah Alam sendiri, kononnya nampak macam pejabat ofis, memandangkan Herbalife tak ada pejabatnya sendiri. Teehee. Asal jadi lah..



Gambar ni semua kat outside shooting :p  Ada banyak tapi biarlah publish yang segak saja. Alhamdulillah, dalam masa setengah hari siap diedit segala. Dari pukul 2 petang sampai la pukul 1.30 pagi keesokkannya. Akhirnya berbaloi sebab dah selamat siapkan. Esok boleh la hantar pada lecturer :') Heppinya rasa hati. Tinggal nak presentation dan test lusanya untuk minggu ni. Kemudian dah boleh fikir pasal final yang tinggal beberapa hari lagi. #Sambil pangkah pangkah kat kalendar.

Selamat berblogging uoOls. Gambar tak bercaption,biar gambar bercerita. Video assigment wia tak upload dalam nih. Malu..tapi weouls sangat puas hati. Harap harap lecturer subjek "Consumer Behaviour" pun suka. Markah pun tinggi, amin :]

Saturday 8 October 2011

Dinner With My Housiee | Pak Li Kopitiam :)

Assalamualaikum. Entri lepas wia ada cakap nak hapdate pasal makan dinner bersama member serumah. Ok lets stori bebeh :] Seperti yang dirancang lepas petang tu jenjalan SACC dan Plaza Alam Sentral, malam tu weouls buat keputusan nak keluar pukul 8.30 malam, lepas isyak. Ok wia pun siap siap sebab perut pun dah lapar, sama lah meriah kami dok bersiap sambil wia mandi terdengar yang lain dok decide tempat yang nak dituju untuk makan malam bersama. Sebabkan bunyi pancuran air, wia tak jelas kemana depa nak pi..

Yang penting dapat makan sesama itu yang penting. Ok lepas je keluar dari bilik, fifa bagitau yang akan bertolak pukul sekian sekian, tapi tempat tak diberri tau. Jadi prepared apa yang patut, solat isyak terus, senang tak payah fikirkan dah kalau terbalik lewat atau apa apa kemungkinan. Alhamdulillah 5 orang kami, semuanya bersolat Isyak dulu sebelum bertolak. Ok, semua dah siap, lets we goo.. Keluar sesama satu rumah rasa satu feeling ikatan sesama member serumah makin terjalin. Syukur.. harap ukhuwah yang terjalin eratkan silaturahim antara kami.

Okey, lepas dah berbincang dalam kereta weouls satu member serumah sepakat nak makan malam dekat Pak Li Kopitiam Seksyen 7 :) wia dah tentunya pertama kali makan dekat situ. Agak teruja sebab area tu pun ada banyak kedai kedai. Dah tentunya macam waaa meriahnya ! Parking pun full dengan kereta nasib ada yang kosong. Sangat best dan akhirnya masuk dah ada tempat strategik. Kebetulan biasa la weouls memang bertujuan nak snap gambar sesamaa buat kenangan. Bukan senang dapat keluar makan sesama. Alhamdulillah tempat tu cantik untuk pose. Heppi sangat. Cara order dia pun unik. Siap ada pensil dan nota untuk catit. Menu dia memang nampak sedap sedap :) Jom tengok gambar bercerita..Hikss
We are housiee :)
Afifah.. ;)
Eyda :)
Asni :)
Ce teka siapa..Jemput makan semua ^^
Nisa ;)
Perkenalkan semua member serumah wia :) Okey that the best moment yang wia boleh katakan.. makan makan sambil bersnap gambar kenangan. Makanan katsitu sedapp dan harga amat berpatutan :) Kenyang sangat waktu tue..Blurp! Semua puas hati, dan habiskan makanan, weouls terus bayar bil dan balik. InsyaAllah kalau ada rezeki weouls akan keluar sesama lagi. Thanks nisa drive utk weouls. Best kan keluar ngan housiee yang sekepala.

Tak sabar nak keluar sesama lagi. Ada kisah disebalik malam tu :) Biarlah rahsia gittu. Selamat berblogging uoOls. Kali ni hapdate entri terasa lama sebab sekejap tab buka Angry Bird Game dan sekejap sekejap menaip semula. Ok ceria semua. Makan makan ni seronok sebenarnya.. Ok di rumah sewa ni wia jumpa kawan sekepala dan baik sangat semuanya tau. # Roomate wia dak Syaz je tak join sekali sebab dia ada hal masa tu. tapi dia pun sporting sangat. Ok kalau tiap tiap hari camni, tak ada la makan telur goreng dan sardin setiap hari. Hehe,, ok wia tipu. Makan sedap sekali sekala nikmat wooo .Kuikuikui.
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi