Saturday 22 October 2011

Cuba Masakan yg terBang dari Klantan.

Assalamualaikum uoOls. Salam santai Sabtu buat uoOls blogger budiman. Besh sangat menonoton cerita Hindi kat tv sampai teralit nak lawat laman sesawang hari ni. Rutin harian wia sangat ringkas sangat hari ni, dengan suasana yang dingin seakan rasa nak dok diam diam dalam rumah walaupun hati memberontak nak keluar jenjalan. Kenkadang cam terfikir.. Untungnnya kalau ada kereta sendiri =.="

Hee, okeylah berbalik pada tajuk entri laksa Kelantan itu yang wia makan untuk lunch tadi. Pertama kali rasa tau. Memang kalau ikutkan sebelum sebelum ni wia memang selalu sangat makan laksa Penang atau laksa Utara, tapi laksa kelantan ni memang agak sama tapi tak serupa. Pagi lagi wia dah dipelawa member serumah yang baru balik dari rumah kakaknya untuk mencuba laksa Kelantan yang dibawa bersama. Nampak cam sedap.. Memandangkan tak penah rasa, harus wia cuba supaya kalau sedap boleh ambik resepi :p

Tengahari tu, wia cubalah rasa, laksa Kelantan yang wia sangka kan cam laksam :) Cuba laksam dia seakan kuew teow tapi kalau laksa yang macam laksa penang cuma kuahnya yang lain. Suka cuma pertama kali makan rasa kelainan la juga. Kuahnya hanya isi ikan. Rasanya tak masukkan sebarang cili kisar macam laksa penang, dan juga tak masukkan asam keping. Sebab kuahnya warna putih isi ikan..Rasanya mungkin ada letak santan juga kalau tak salah. Sebabnya ia seakan laksam. laksam kan kuahnya letak santan. Hee.

Maaf kalau silap ye..Wia budak baru belajar. Tapi serius pengalaman makan laksa kelantan buat pertama kali walaupun seakan sama tapi rencahnya lain. Bahan bahan tambahan seakan limau memang ada, tapi kalau yang lain laksa kelantan dimakan dengan hirisan kobis mentah dan kacang panjang yang juga mentah. Lepas tu ada sambal lain yang boleh dimasukkan dalam kuah sebagai penyedap rasa pedas ikut citarasa. Unik bukan.?:) Sekelip mata semangkuk laksa Kelantan dah selamat wia jamah tadi. Hiksss.
Laksa Kelantan :)
Ni laa laksa yang wia makan tadi. Rasa kuah ikannya agak manis dan tak pedas, sesuai kalau budak budak makan. Okey ini la pengalaman wia makan laksa Kelantan. Tapi bagi wia yang suka makan pedas, laksa Utara tetap di hati =D Masam pedas itu la feveret. Teeheee..

Beshnya mencuba makanan yang berlainan negeri. Yang pasti setiap negeri ada kelainan dan resepi masakan tersendiri. Wia suka sangat mencuba sesuatu yang baru. Tetiba terasa nak makan laksam. Nyum nyum.. Okey selamat berblogging  dan selamat berhujung minggu semua. P/s : Kebelakangan ni wia kuat cemburu..Hadoii

1 comment:

  1. wahhhhh...lapo arisa tgk laksa kelantan tue xD

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi