Friday 7 October 2011

Jenjalan ke SACC & Plaza Alam Sentral :)

Assalamualaikum. Wia sangat gembira !! Itu yang wia dapat gambarkan bila disebalik kedukaaan pasti ada kebahagiaan. Syukur.. Sebenarnya semalam hari yang terindah buat wia sebab kengkawan. Banyak sangat kejutan yang depa buat utk wia. Almaklum wia jarang sangat dapat jenjalan even dah 6 bulan di bumi Shah Alam. Banyak sangat kenangan yang tercoret bertarikh 06192011 :)

Memang pada malam sebelum tue, ada rancang nak keluar sesama, tapi atas sebab yang tak dapat dielak kerana ada halangan dan hal masing masing. Terus tukar dinner kat luar esoknya.. Hati macam teruja sebab dapat keluarsesama satu rumah. Disebabkan masa dirancang itu malam, petang tue, niat nak bayar dulu broadband wia kat SACC, Shah Alam. Okey plan menjadi. Naik bas rupanya dekat je dengan rumah sewa wia. petang tu ditemani asnie dan fifa..

Siap pekena bakso sedapp dekat Restaurant Big mug depan PAS, Plaza Alam Sentral :) Harga pun sedap uoOls. Kebetulan jumpa pulak dengan member satu sekolah rendah.. Sangat terharu dia datang tegur wia, sebab wia betul betul tak perasaan dia. walhal tinggal beberapa jarak je dengan wia .. Ya Allah keciknya dunia sebab dapat jumpa dengan siti Naquiah :)

Selepas makan kenyang sambil menikmati permandangan cantik ala taman dekat situ :) Serius cantik. Pertama kali jejak situ, wia agak macam waaaaaa.. cantiknya bunga, cantik like taman. Ada air pancur bagai.. Memang cakap je nak makana apa semuanya ada dekat situ. sedia banyak duit je. Hee.. Kadang kadang rasa macam dok dalam KLCC dan kadang kadang rasa macam dok dalam Time Square.. Sebab semua ada :) Lepas kenyangkan perut, wia ingat dah boleh balik.

Tapi tetiba member serumah wia, ajak masuk Plaza Alam Sentral yang selalu artis buat show.untuk buat surprise katanya. Berdebar debar pulak rasa. Nak cakap sempena bufday wia, dah lama lepas. Sambil tertanya tanya kemana yang dea nak bawa wia.. wia pandang keliling tempat yg pertama kali juga wia jejak. Agak macam heppi sebab dapat jalan jalan, Macam tu la rasanya.. Teehee.

Rupanya depa bawa wia pi karoke dekat aras tiga dalam P.A.S tue ;) Hadoii dah la wia tak penah nak nyanyi, apatah lagi nak karoke. Terasa macam tak pandai dan malu malu kucing. Weouls masuk bilik kecik dan depa suruh wia nyanyi juga. Dan wia pun  cuba la karoke untuk pertama kalinya. Alahai memang agak janggal tetapi lama lama terasa macam bestt pulak. Patut la ramai yang suka karoke. Dapat rasa macam artis gittu. wia nyanyi berduet dan ada juga menyanyi lagu solo. Yang lain lain weouls enjoy antara satu sama lain. Janji sepuluh lagu selamat di nyanyi. Macam tu rupanya rasa berkaroke. Pengalaman juga tu. Pengalaman remaja katanya ! # Sorry gambar karoke xada..kuikuikui.

Okey lepas tu shopping sikit, dah senja brtolak balik. tak jauh mna pun. Malam..seperti dirancang hangout bersama denga housiee dimana? Tunggu entri akan datang..Sebenarnya wia nak cepa cepat hapdate tapi sekarang tengah busy dengan video untuk subjek CB, Consumer Behaviour.. tunggu entri makan makan ye uoOls. Leh kenal dengan member serumah wia :] Selamat berblogging. Terima kasih sangat pada yang komen pada wia entri yang lepas. Terharu :') Ok hari yang besh, mood pun nak senyum memanjang.

2 comments:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi