Wednesday 23 November 2011

Teh Wedding 's Orange Theme.

Assalamualaikum. Tak sabar dah wia nak sambung cerita wedding teh. Ok awal awal pagi dah bangun. Buat sarapan dengan tok. Tapi disebabkan tak sempat buat banyak, pak ndak pi beli pulak beberapa bungkus nasi lemak sambal sotong dan sambal ikan bilis. Licin nak habaq mai. Ramai kata kan ;) Seakan hari kenduri berjalan dengan pantas. Masa pun berlalu dengan cepat sekali. Masuk jam 9 pagi. Sorang demi sorang bersiap bersihkan diri dan berhias. Begitu juga dengan pengantin perempuan iaitu teh wia sendiri.

Alhamdulillah cuaca pun baik dan indah. Nak dijadikan cerita, wia diajak teman pengantin pi majlis akad nikah. Memang wia tak biasa pi pun majlis majlis camtu. Majlis tunang biasa, tapi majlis akad nikah tak mpenah lagi. Disebabkan dah tak ada orang, wia pun malu malu meow, bersiap la seadanya dalam last minit dan nasib cepat siap pada masanya :p

Majlis akad nikah bermula pukul 11 pagi dan majlis berakhir pukul 11.50 pagi :) Segalanya berjalan lancar. Selesai majlis yang diadakan di masjid, terus balik ke rumah untuk kenduri kendara. Katering dah siap. Tetamu pun mula ramai dah mai. Wia dah tahu cemana orang akad nikah. Memang nebess. Bergambar dengan pengantin. Syukur best sangat uoOls.






Perut dah lapar, apalagi ambik pinggan dan layan diri laa ;) Lauk pauk pun sedapp habis. Tak tipu uoOls. Kalau umur panjang, hari wedding wia nanti wia nak ambik katering yang dianggap keluarga ni. Makanan sedap dan perkhidmatan berbaloi baloi.. Puasa hati nak habaq mai. Hehe. InsyaAllah lambat lagi masanya.

Lepas makan, tolong tok sambut tetamu, bagi bunga telur dan kotak gula gula sumi pada budak budak :) Best la pengalaman tue even mak cakap anak dara tak patut dok kat depan. Kehkehkeh. Nasib wia tolong sekejap jaa. Sebab tak pandai sangat. Panggilan 500 orang tapi macam 1000 orang. Memang ramai uoOls. Meriah dan lauk pun dimasak 3 kali :p hahahaha. Memula ayam masak merah macam yang wia makan ni. Kemudian ayam masak kicap dan last sekali ayam masak kunyit. Terbaik sebab semuanya sedaap. Thumb Up!!

Ok tu je sekadar imbas cerita disebalik kenduri sedara terdekat wia. Memang syukur segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang berlaku. banyak pengalaman yang wia kutip dari kenduri ni. Nanti wia cerita dalam entri akna datang ye uoOls. Selamat berblogging. Jangan lupa klik CHURP CHURP wia ek. Heppi sangat kenduri sedara. Dapat makan banyak banyak :D Ada sambungannya lagi tau. Sekarang wia tak berapa sihat. P/s : Maaf wia tak dapat blogwalk sangat sebab tenet tak mengiziznkan.. Sorry sesangat ye uols. Salam ceriaa..

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi