Friday 18 November 2011

Wow !! Lumayan Beb RM100 Setiap Pelajar :D

Assalamualaikum. Salam Penghulu segala hari. Awal² nak bagitau yang ni entri basi. tapi nak stori jugak. Teehee. Sehari sebelum cuti sekolah bagi budak sekolah kat area Kedah, #hari ni hari sekolah terakhir budak sekolah area selain Kedah, Kelantan dan Terengganu. Padahal adik² wia dah mula bercuti semlam :p sekolah rendah adik Badrul adik bongsu wia telah adakan majlis penerimaan wang not RM100 setiap seorang. Begitu juga sekolah menengah..Wang diterima setiap murid oleh kerajaan.  Baiknya hati kerajaan kan? :)

Sebab dah dimaklumkan oleh adik² wia sehari sebelum penerimaan wang yang dikira agak banyak lepas untuk beli buku dan bayar yuran. Memang rugi kalau tak pi ambik, wia temankan mak pegi ambik duit di sekolah rendah dan sekolah menengah wia dulu. memang lama tak jejak kaki ke sekolah, jadi agak janggal sikit. Kira² 4 ke 5 tahun yang lepas.
Snap snap saat mak menerima duet :D
Mak tengah isi form ;)
Masa yang wia sampai ke sekolah bersama mak, para ibu bapa dah ramai yang dah mai.. Waktu yang ditetapkan pukul 12 tengahri hingga 4 petang. Tapi seawal tepat waktunya wia temnakan mak masuk ke dewan mengikut kelas masing².. Syukur alhamdulillah, kelas adik 3 Dinamis, tak payah nak Q panjang - Beratur panjang untuk ambik duit.

Giliran mak, cuma tunggu seorang uncle kemudian dah boleh duduk tanpa tunggu giliran yang lama. Kena isi form mengikut nama anak..Isi itu dan ini. Alhamdulillah, mak diberi sekeping not RM100 dan bukan RM50 dua keping. ;) Eh bukan sama ke nilainya. Yup memang sama, cuma saja wia nak cakap dah lama tak tengok not RM100 sekeping. Hikss. Almaklum selalu cucuk pun RM50 je diberi. Tak ada pula yang nak bagi not RM100 sekeping.

Settle kat sekolah adik Badrul, hari yang sama kena ambik dekat adik Pali pulak. Tapi kalau difikir dari segi positif ada baiknya keluar sekali gus dan settlekan semua. Alhamdulillah segalanya dilancarkan Allah. Masa tu ramai ibu bapa yang berpusu pusu mai ke sekolah untuk RM100.. Dapat duet sapa tak suka?  Sekalung terima kasih untuk kerajaan Malaysia !! ;)

Masa pi sekolah menengah pula, dah tak ramai juga ibu bapa yang mai. Mak mudah untuk ambik duit untuk Pali ikut proses yang sama macam sekolah adik Badrul. Isi form dan tandatangan.. Duit bertukar tangan :) Syukur nikmat Allah. Eh uOols, kalau nak tau pelajr IPT pun akan dapat RM200 kalau tak salah. Tapi xdengar apa² pun lagi. Harap² dapat la kan. Kurang sikit beban kewangan.. Semuanya dalam bajet 2012 yang telah dibenang PM aritu.
Candid mak di bekas dewan makan asrama wia time menengah dulu ;)
Okey la selamat berblogging uoOls. Saja wia nak berkongsi . Sekurang kurangnya meringankan ibu bapa kan dengan pemberian bantuan wang RM100 pada setiap murid. Masa tue wia ada terdengar ibu bapa yang bersembang aka berborak, "Ini kalau masa ni anak ramai pun tak apa"..Hehe. UoOls fahamkan dialog tu. Maksudnya kalau anak ramai makin banyak la dapat ;) Okey apepun semuanya diterima baik oleh ibu bapa. Heppi menjadi rakyat Malaysia. Salam 1 malaysia. Ceria selalu.

2 comments:

  1. diakui bantuan ini meringankan ibu bapa...wajah ibu bapa gembira saat ni

    ReplyDelete
  2. untunglah bdk2 skang.dulu kita yuran sekolah pon kena bayar.kalau tak stdy sguh2 taktahu la

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi