Tuesday, 29 March 2011

Celebrate MyBday Gurl.. Simple But Enjoy ;)

Assalamualaikum dan salam hari selasa :) Terasa bahagia perasaan hari ni.. mungkin sebab aura semalam masih terasa... diraikan oleh keluarga tercinta. walaupun simple² tapi sangat meriah :') terharu rasanya.. Mulanya aku dah b0rong makanan dekat pasar malam, kebetulan semalam hari Isnin jadi dekat area rumah aku nih ada pasar mala.. jadi jawabnya, memang turun ke padang mencari makanan yang lazat² untuk tambah berat badan.. Cuaca amat baik pada sebelah petang, jadi selepas balik ambik mak di tempat keje.. teruslah b0rong makanan banyak².. biasalah pasar malam kan dunia makanan.. sangat² heaven okies =P..

Antara makanan yang aku borong semalam adalah dua tongkol jagung bakar.. tak berapa nak thumb up, air cendol pulut yang nyum³, laksa dan mee rebus.. memang feveret! Chicken ball dan fish ball stick, memang rangup! ahaaa wafer perisa strawberi + coklat dan perisa kacang peanut + coklat.. memang terangkat terliur ngidam selama ni..murah pulak tu RM1 je satu.. berbaloi² tao sebab tu aku suka borong makanan dekat area Kedah nih. Hikss. Lagi adala beli ikan² segar.. eh² ada jual tudung rasa berkenan.. tengok jeruk rasa ngidam dan teng0k kek.. eh tiramisu pun ada.. cantik dan nak nampak sedap. Tapi aku teringat yang semalam ayah pasti beli kak untuk hari lahir aku.. tak penah ayah miss beli ;) terharu.. jadi sebab tu teresot aku nak beli.. takut membazir. Jalan jalan lagi ternampak ada pakcik jual Putu Buloh.. beli dan akhir sekali aku beli apa ye? tak ada dah kot.. kuikui.

Balik je terus la makan² dan kunyah² semua makanan tu  dengan nafsu makan yang membuak.. satu persatu dimakan dengan cumil dan sopan.. tapi bila makan laksa, ohoo orang lalu belakang pun tak perasan ok.. maklumlah hantu ! hee.. jangan la terkejut aku sebut pasal hantu.. bukan hantu apepun cuma oarang Kedah kalau dia cakap Hantu laksa maknanya dia maksudkan orang tu memang suka giler² dengan makanan feveret tu.. lalalalala ;) Jadi aku nak maksudkan aku betul² fokus makan laksa.. memang rasa gembira hati bermunge².. blurp! alhamdulillah :') kenyang dan semint dua nak masuk solat Maghrib, ayah balik dari kerja dan bawa balik sesuatu yang buat aku tersenyum mengerti.. iaitu Kek Hari Lahir! Yippee...  terloncat² kecik aku macam budak² ribena :p apa kesah.. janji aku rasa bahagia. Nak tengok kek cumil besday aku yang dibeli ayah... nahhh!
T a r a a a a a....... !!!!!

|My cake :")|
|Bday gurl and her Cake :'D |
| I'm 22 years old already..hikss |
|Blur Pic me with my cake ;) |
Jemput makan..
One Slice of My bday cake ;)
Haa.. itu la kek aku sempena bufday aku semalam.. simple but sweet. I love it! Aku rasa macam terharu bersama meraikan hari lahir aku yang keduapuluh dua. Moga aku dipanjangkan umur dan segala hajat yang diminta padaNya dimakbulkan Allah S.W.T.. ada la acara snap² gambar sikit² hehe.. tapi sory ye gambar famili tak ada atas sebab² tertentu.. aku bahagia. Moga aku panjang umur dan dimurahkan rezeki.. 28 Mac amat bermaka buat aku dari setahun ke setahun. Hadiah.. cukup sekadar ciman kasih mak ayah dan adik² dan si dear jugak... opss flying kiss je ok.

Oklah aku sangat heppi.. dan hari ni pun agak busy sebab aku keluar jadi anak tunggal sekejap pagi tadi. nak tau kemana aku pergi dan dimana atau sebab apa? tunggu next entri ye.. aku selalu cerita dan hapdate cerita sehari selepas tu, sebab aku tak cukup masa untuk stori 2 cerita 1 hari.. harap ceria selalu bl0gger. Salam kegembiraan dari DH.. senyum selalu, walla! Apepun... rooomate Kuh! ohoooo >.<

Monday, 28 March 2011

Heppy Bufday To Me.. Moga Allah Lanjutkan Usia DH ;)

AsSalamualaikum dan salam ceria :) Cuaca pagi nie sangat baik sampaikan aku rasa begitu bahagia. Hati riang gembira. Mana taknya Allah masih memberi kenikmatan yang tak terhinggaNya pada aku, seorang hambanya yang hina.. memberi peluang untuk aku melihat, mendengar, bercakap dan melakukan perkara² yang menjadi hobi dan kesukaan aku dengan baik sekali. Disamping dapat menghirup udara segar di Bumi Kedah saat ni buat aku betul² rasa heaven. Syukran ya Allah.. UoOls nak tau tak kenapa aku beriya iya heppi sangat hari ni.. sebab aku adalah bufday girl today !! hikSss..




❤¸.•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*"

Bee Happy to get honey ^^,

I l0vE that beee !!

| Kek Barbie Yang cumil ;p
Geramnya teng0k..hee |

Kalau Nak Buat Permintaan..
nak makan ais krim dari pagi sampai malam :"D
Vanila, coklat dan koko >.< ^^
Alhamdulillah, pagi ni semuanya terasa ceria.. macam selalu aku suka tersenyum lepas je bangun tido.. bukan apa, senaman muka adalah salah satu awet muda. Al-maklumlah hari ni dah genap hari dan bulan tarikh aku dilahirkan ;) maka bertambah lagi satu angka pada umur iaitu 22 tahun.. sangat bersyukur.. Aku berharap tahun ni, aku tambah sihat, gembira, dipermudahkan segala urusan. Diberi kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan.. amin ya rabbal alamin..
Hepy bufday to me..
heppy bufday to me..
heppy bufday to me miSss DH..
Heppy Bufday Dawia Honeyputri :)
Akhirnya aku kini dah Belia. Bukan remaja lagi.. yaka?! :P
Biar apepun.. aku harap hari ni dapat 1001 hadiah bermakna dari si dear <3 Opss! Tak mengharap cuma gadis mana yang tak sukakan suprise bukan? aku pun tak terkecuali. Cuma biarlah hari berlalu.. yang penting aku dikelilingi orang² yang aku paling sayangg.. hadiah? sambutan? Yup aku teringat sem lepas dan hari bufday aku yang lepas, budak² kat hostel pekena aku dengan tepung dan air.. nasib tak ada telur. Itu kenangan sangat. tapi sekarang, aku dapat sambuf bufday di rumah bersama adik², mak dan ayah :") Oh bahagia...

Nie kek tahun lepas,
yang telah disuprisekan oleh coursemate aku ;)
Hadiah kek yang sedap..berkrim dan coklat yang lazat!!
Happy Birthday Myspace Comments


Yang pasti aku dah Sweet 22 dah.. Moga aku tambang matang dan mengharungi liku² kehidupan yang kian mencabar dengan lebih tabah dan tidak alpha mengingatiNya tuhan yang Esa. Kejap je masa berlalu, maka 28 Mac dah hari nie.. ^_______^ V mode--> amat berpuas hati dengan wish kawan² di FB dan mesej di f0n. Walaupun aku tak sempat hapdate bl0g tengah malam tadi atas sebab ada hal tapi aku pasti, aku kena dan dapat hapdate pagi niey.. memang laju. Idea mencurah².. aku heppi dan insyaAllah aku akan buat perubahan selepas ni sejurus aku habis cuti semester ni bulan depan.. nak tau apa.. tunggu ! ^^

Ahaaa.. pasal entri lepas aku yang cakap pasal sesuatu yang bermakna tu inilah ia.. my bufday day.. Make me smile always. Haha. Oklah nak pegi siap²kan diri.. make up time! Opss.. nanti petang aku bl0gwalk bl0g uoOls ea.. Moga uoOls doakan kesejahteraan aku dan mengaminkan doa ye.. aku berharap masalah aku cepat selesai.. dan aku harap wishlist aku tercapai. Akhirul khalam..hepi² selalu.. Disebabkan aku heppi, aku dengan senang hati publishkan semula Comment place :') terharu tak? Okey aku bergurau.. sekian walla!

Sunday, 27 March 2011

Rakus Berperang Dengan perosak Lipass.. Ciss!

Assalamualaikum dan salam hujung minggu.. Terasa lapang hari ni sebab seawal pagi aku dah mengon9kan diri dan cuma bl0gwalk tanpa hapdate. Kemudian akibat terlalu lama, offkan dulu sebelum aku cuma berperang dengan sekurang² 15 ek0r lepas yang bermacam spesies dalam almari bawang mak. Aku pun terkejut sebab niat nak bersihkan almari tu sebab macam seram dengan bilangan plastik yang banyak sehinggakan menampakkan almari dan bekas² bawang dan cili kering dihuni makhluk perosak yang busuk lagi pengotor..
 | Nyah kau LIPASS >.< |
Aku apalagi dengan rakus dan kejamnya geram dengan lipas yang gerak gerak dengan sesungut ia tu.. dengan berdesup zass.. spray racun perosak aku halakan kesemua serangga yang bergerak lari bertempiaran bila semua bekas² tu aku alihkan dan buang.. Apalagi macam bencana je lari, kununnya macam ketakutan.. tapi aku dengan rasa geram, hanya spray pada serangga² ni hingga ia pening lalu terbalik, dan akhirmya lemah.. Yang bestnya anak² lipas mana yang sempat, aku pijak dengan selipar tanpa rasa bersalah.. Fuhh!

Memang agak lama lipas² tu bertarung nyawa, akhirnya dengan rasa geli² geleman tengok serangga tu semua ke  saat² yang kiok, bercampur  gigih aku kumpulakn dan last sekali aku plush dalam t0ilet.. Dalam hati.. puas hati aku !! Hahahaha. Gelak jahat. Bunuh serangga dibenarkan ye.. tapi kalau bunuh binatang jangan sesekali.. ngee:') Last sekali settlekan apa yang patut seperti menyapu, mengemop dan menyimpan.. Last sekali settle jugak walaupun bermandi peluh sebab berlari² takut dikejar dengan Lipasss.. aiyak wa tak takut tapi wa manyak geli maa ;) ada gaya macam MeiMei dalam Upin Ipin tak.. hikSs.
 | Go..Go.. Aja² Fighting! |
Cepat masa berlalu, yang pasti aku tak sabar tunggu malam ni.. kenapa aku tak sabar².. tunggu ek :) Walaupun entri lepas seakan² sedih, tapi aku ni jenis emosi cepat berubah² jadi maksudnya aku tak boleh lemah sampai bila, masalah pun blum settle tapi bab lipas memang aku nak perangi habis²an.. yihaaa! Siap kungfu, jerit bagai.. hakhak. Okeyla.. kiranya minggu ni maksudnya cuti hujung minggu ni macam best jugak  dapat bersantai kat rumah walaupun tak keluar jalan² kemana sebab kat Kedah, orang dan adik² dan start bekerja, cuma ayah aku saja cuti sebab kerja dekat Pulau Pinang ;) Kan cuti.. macam negeri² lain jugak.. eh kebetulan kat Batu Kawan ada Jom Heboh.. dekat sangat dengan tempat kerja ayah.. tapi malas nak pi.. bukan apa susah nak parking ;p

(^__________^ ") V
Jadi dok umah diam² sikit sikit kemas la rumah apa yang patut.. teng0k tak sangka lipas² tu bermaharajalela dalam almari.. ingat ternak ke hapa.. weee geli k0tt. Okeylah itu la alkisahnya berperang dengan lipas, walhal lama aku tak kemas² gotong royong. Kuikui.. kan kantoi aku pemalas.. tapi sekali sekala buat memang berpeluh nak habaq maii..lalalalala~ Sekian akhirul khalam.. moga uoOls heppi selalu. Sekadar bercerita, yang lucu, penat, sedih, heppi gembira.. yang penting hati senang walaupun masalah tetap ada.. Okieh.. walla! P/s: Tadi tengok mel0di, pengacara Fafau dan Wahid dah habis kontrak dengan rancangan hot tu.. dan digantikan dengan Dirra dan Zizan Raja lawak.. Apepun aku tak nak dikatakan ketinggalan bab² duniawi.. yang tu cekap! Adios.. See U! malam ni tak sabarnya..dup dap dup dap menanti esok <3

Saturday, 26 March 2011

Permudahkanlah UruSan Ku..

Assalamualaikum :) Terasa macam mana eh perasaan sekarang nih.. runsing >.< memang pun. Maklumlah tak penah aku tak merungut andai diuji dariNya. Bersabar diatas dugaan. Rasanya itu yang mampu sekarang. Maafla bl0gger yang snggah. Aku macam runsing sebab tu agk keberatan nak menaip macam dulu².. Tapi tak apela bukan semua masalah tak ada penyelesaiannya. Cuma aku je belum jumpa jawapannya. Tapi entahla... segala resah gelisah aku lauhakn dalam bl0g ini. Aku sengaja hide kan komen sebab aku tau dan tak nak komen bagi setiap entri biasa² yang kebanyakan hanya mengenai peribadi diri :)

| Kaca Mata  Yang Mengharap|
Terlebih dahulu aku nak cakap, aku habis habisan usaha. Kalau bab topup memang tak berkira. Lansung tanpa jemu. Tak akan putus asa.. tapi semua jawapan adalah sama. Apa perlu aku buat? Perlu kah aku abaikan seperti tiada apa² yang berlaku. Runsing la kawan² >.< Tak tahu dah cemana caranya.. atau mungkinkah di takdirkan aku keseorangan menanggung? Cuba mencari tersurat tersirat setiap kejadian. Aku cuma bermain monol0g dalam diri, mungkin Allah nak beri yang TERBAIK sebab itu susah nak cari.. Risau la kawan².. Apa harus aku lakukan? Semua dah buat.. adakah jalan yang el0k. Adalah tawakal..? Nauzubillah. Tak tahu cemana.. memang agak sedih :'(

Akhirnya air mata ini jatuh berjurai jugak di pipi. Setelah lama aku tahan akhirnya T_T.. aku nak nangis puas² dan lepas ni tak akan pandang belakang lagi. Gaya macam dah putus asa dah ni.. memang pun separuh hati dah tawar untuk berjuang. Separuh lagi masih berharap ada sinar yang dapat membantu. Aku menunggu Keajaiban kawan².. Adakah hadirnya membawa keriangan pada cuti kal ni. Sebab hati ini rasa tak heppi sepanjang holiday sem nih.. Ya Allah.. tak baik aku merintih dan mengeluh.. tapi aku dah tak tahu kemana harus aku buat lagi. Supaya menampakkan pencapaian..

UoOls mungkin tak faham dari awal entri sampai sekarang, aku menaip untuk beritahu apa yang dirasa. MUngkin tak best hal sedih² diceritakan dekat sini.. tapi awal² lagi uoOls dah tau yang bl0g aku adalah bl0g yang mencoretkan kisah tersurat tersirat. Jadi nak tak nak, inilah tempat aku bercerita.. Kadang² berfikir jugak kenapa susah nak selesaikan walhal nampak mudah.. Yup semuanya sebab aku nak mencari seorang. Huh seorang tapi rasa macam 10. BUkan jejak kasih tapi terasa macam nak masuk sl0t "Ambil Berat " pun ada.. ibarat Aduan Rakyat gittu. Tapi perlu ke?


Okey sekarang aku dah tak nak mengeluh. Dah tak nak stori panjang².. cuma masa yang berlalu, buat aku resah + runsing. Mengapakah aku kena tempuh ye.. cepat²la selesai. Aku pun tak nak cerita bab² sedih dan runsing lagi.. Oh dimana dikau wahai puteri pilihan.. Wah² biarlah aca gempak sikit sebab rasa macam special je cara dia tak muncul².. Agak pelik. Hari² cari tapi tetap sama. Ya Allah jaganlah dikau uji HambaMu ini dengan ujian yang sukar nak cari jawapannya.. MOga aku dipertemukan dengan yang betul² bersedia dan pilihan NYa.. Bantulah hati ini dari di rundung gelisah siang malam. Amin..

Akhirul khalam.. Aku berharap masih ada sinar harapan.. Memang macam mengharap keajaiban wujud. UoOla pun doa²kan ek. Aku harap sangat.. T_T huaaaaa. Entri resah dan runsing dari aku. Mudah²an dipermudahkan.. insyaALLAH lepas ni tiada lagi entri sedih dan resah. Mungkin heppi² je stori yang akan muncul dalam bl0g Chitobebearchocholategolsdish ni :) Salam bertemu seseorang.. amat pnting ! Harap dapat berjumpa.. Sekian.. walla!

Thursday, 24 March 2011

Bee Happy While Allah GueSs.. Allah is Always In My Side.

Assalamualaikum dan Salam kerinduan aku pada bl0g ni ;) Sekali l0g in hanya sekadar ziarah dan bl0gwalk kecil kecilan.. itupun kalau lapang. Tak sempat nak hapdate sebab tetiba tenet kat umah problem sebab wayar streamyx prob. Jadi terpaksa aku pegi ke CC selama dua hari ni. Nasib la kan.. sebab agak rindu untuk tidak sunyikan bl0g. Mungkin jugak aku dah addict pada bl0g dan FB, kalau tak bukak sehari memang naya tak tido malam. Hihi.. Jadi hari ni kenapa awal pagi dah bole hapdate eh? Meh nak stori sikit sikit.. Biar hati semua orang rasa tenang.. termasuk aku yang kegirangan. Mungkin cukup tido sebab cuti yang panjang.. mungkin*
| Be heppy alwayS
Okey, meh nak cakap.. pagi ni rasa heppi alhamdulillah. Pertama sebab dapat mende yang di idam idamkan. Beron9 semula.. kedua, ayah nak renew lesen motor yang dah mati 4 hari lepas. Kesian aku tak boleh gerak kemana.  Sabar ajelah.. Sebab tu pagi ni aku sayangg ayah sangat² sebab dah permudahkan perjalanan ak dan menggembirakan hati ini selalu. Bayangkan bahagia ayahku tak penah berkira duit dan hartanya disebabkan aku yang sorang nia.. mengalahkan yang lain² kalau bab nak habiskan duit. Bukan setakat boros, malah aku la satu²nya anak ayah mak yang gunakan banyak duit parent even ada ptptn .. Huh! tercerita biarlah semuanya menjadi kenangan ;)

Perasaan heppi bukan kepalang bila pagi² rasa macam heaven. Berbekalkan nasi lemak  sebagai sarapan pagi. Memang terbaik bagi rakyat Malaysia macam aku yang tak utamakan diet yakni keseimbangan makan dalam kehidupan harian. Mau pipi tidak seb0olat sekarang. Tapi haku tak pedulik sebab rasa keterujaan mengon9kan diri terasa bagai hadir semula. Berdesup laju tenet tau. Memang boleh bl0gwalk sampai lebam.  Taip entri laju² la lepas nih.. hikSs. Senyum puas. Terasa berkobar laa.. hati munge² ibarat ada pelangi di taman hati.. ahaaa sampai macam tu aku rasa. Tapi alhamdulillah, aku masih dapat ziarah teman² alam maya lagi.. Memang beSt.. harap earning nuffy dan HB melambung lambung pulak lepas ni.. amin. Siapa tau kan.. rezeki ada dimana mana:D

Tapi setiap yang berlaku pasti ada pasang surut, aku tak nafikan ada yang aku runsingkan lagi selain heppi sekarang. Tapi apepun semuanya masih terkawal.. berusaha selagi terdaya. Tiada salahkan kan? ;) Aku bertawakal setelah berusaha, dan aku tak akan putus asa. Harap dapat buktikan yang aku jugak boleh buat sendiri tanpa harapkan bantuan orang yang tak sudi. Aku tujukan pada sesiapa itu tak penting. Tapi manusia memang pelik kan? Apa yang aku belajar, adalah sabar dan pecaya diri lebih dari pecaya pada orang lain. Sebab sifat manusia yang berubah ubah memang sukar diramal..
Cuma satu aku pinta, masalah cepat selesai. Belajar rajin².. dan lupakan apa yang buat diri sedih. InsyaAllah, Allah sentiasa ada untuk hambanya. Memang aku percaya itu.. Sebelum mengakhiri entri nih, aku nak cakap.. tak sabar nak sopink satu mende ke satu mende.. Moga hajat aku tercapai. Aku cuma tinggal  kurang dari seminggu untuk settlekan. Bukan bab hutang.. tapi adala ;p Okey salam Ceria.. walla! Kliks apa yang patut ye iklan di bl0g DH yang preci0us tu..x0x0.

Monday, 21 March 2011

Fuh Fuh... Entri Pembuka. Lama Sunggoh Bercuti =P

Assalamualaikum dan salam kegembiraan dari aku, Cik DH cik empunya bl0g chitobeaberchocholategoldish nih. Mula mula nak muncungkan mulut dan hembus fuh, fuh fuuhh deakt skrin pc nih tanda perasmian kununnya dah lama tak menjenguk desini. Memang pun.. hari ni genap seminggu aku langsung tak belek belek bl0g ni, bl0gwalk jiran tetangga kawan alam maya, langsung tak sign in pun walaupun sekejap dan pendek kata memang catat sejarah terlama tak hapdate. Memang serius aku rindu untuk menaip bagai. Bayangkan macam macam aku nak coretkan desini.. tapi biarlah rahsia. HikSss >.< teruja sangat dapat berblogging macam selalu ;)
Ok, terkini..aku dah jejak kan kaki di Kedah semalam. Dekat mana lagi kalau home sweet home. Perasaan sangat heaven tau.  Memang semuanya baru bagi aku sebab semalam aku bertolak dari SH (Shah Alam). Sebab semalam bermula segala yang baru buat lipatan hidup dan perjalanan hidup ni disulam dengan kenangan dan pengalaman. Memang terbaik lah perjalanan semalam. Tak ada rasa penat sangat tapi duit banyak melayang sebab beli barang dan ongkos. Huu.. Ok nak cerita dari mana dulu ye. Hmm smulanya nak cakap aku menyepi seminggu atas sebab sebab di bawah. Meh nak list pendekk kan ye;-
Pertama, musim minggu yang padat semester ni sebab gap sehari je. Yang hari lain selebihnya sangat full. Memang laptop sunyi dalam simpanan alamari.
Kedua, akibat wifi hostel yang expired mungkin. Seminggu tak bole pakai. So sad, tapi mungkin ada baiknya bole aku tumpu pada exam sebaik mungkin. Sebab minggu lepas adalah minggu otak amat kerja keras. Tekanan mesti la ada. Tapi aku jatangkan stress kan diri. Cuma aku kalau stress, suka angin badan dan sakit kepala yang terlampau. Ok itu kira stress la tu kan. Erkk.. ok kantoi jugak aku strees rupanya. Toink toink~
Itu la alasannya. Sampai kangen aku dekat bl0g nih.. dah lama tak bukak tau. Ok insyaAllah, kalau aku berkesempatan, aku akan hapdate. Mudah mudahan.. Tapi terima kasih jugak pada yang singgah bl0g ni untuk tidak sunyikan suasana. Terharu :') Walau cemana pun nanti aku akan jalan perlahan lahan menjejak link yang di tinggalkan.. Heppi ;) holiday mode now.. Sekarang habiskan masa dengan famili, sopink dan menternak lemak. Memang terbaikkk...! Tapi banyak mende aku nak kena survey.. tengok wishlist aku ye kawan kawan.. lalalalala.
Ok disebabkan ini adalah entri pembukaan selepas lama menyepi da sunyi. Penaipan adalah singkat kerana tak sabar nak jalan jalan jenguk kawan alam maya. Gian kott dah macam gian kopi kaw plus plus.. haha. Selamat berbl0gging.. Psst lepas ni tiada algi wifi kerana aku dah tinggalkan ia dua hari yang lepas.. Kenangan dan pengalamn hidup yang tak akan dilupakan. Mudah mudahan. Hurray! aku dah boleh buat scene l0mpat.. nak tau, jumpa entri akan datang. See U! Walla... dan aku boleh layan cerita KOrea lagi dan lagi.. Eee sy0knya cuti. Pada yang tak bercuti terutamanya adik aku Nana, jangan jeles =P x0x0

Sunday, 13 March 2011

Moody Kerana Dua Hal Penting Yang Harus 'Ambil Berat'.. O.o

Assalamualaikum :) Mencari dan melepaskan lelah dibl0g itu adalah hobi kegemaran aku. Siapa tatau tu yang nak bagitau. Setiap orang sayanggkan blog masing masing. Terasa tak sah kalau tak sign in bl0g setiap hari walaupun minggu ni minggu aku exam. Yup sebab blog ni dah ibarat macam bff aku dah sebenarnya. Jadi di waktu petang yang lapang nih. Aku nak luahkan apa yang terpendam, lelah dan moody agar tak terjelas di wajah dan dihati. Buat orang sekeliling tak sedap je pulak. Sebab mulanya incik dear tegur, walaupun pagi tadi aku dah perasan yang aku ada 'meninggi' sura dekat dia. Tapi dalam sedar tak sedar.. aku dah lepaskan tensi aku dekat dia. Aku rasa aku kalau nak ambik exam bukan selalu tension atau stress tapi kuat moody awan mendung kelabu gittu. Sabaq ja laa..
| Mood tak keruan |

Ok, esok ada paper subjek feveret! Apalagi kalau bukan law. Ketiadaan rumet minggu ni dah aku buat bilik ni macam bilik sendiri. Tu diaaa. Apalagi macam macam dah aku buat untuk penuhi aktiviti yang padat di hujung minggu ni dengan aktiviti sihat seperti kesana kesini, iron baju, bermain dengan pen dan pensil. Nota nota. Comot habis bilik. Kalau nak cakap tak selerak tu, tipu la sangat. Kuikui. Sebab tu segan nak snap gambar bilik yang comei comot tu. Hampeh sikit desitu =.=" mood tak baik, jadi incik BF pun elak cakap lama di fon. Nak bagi ruang untuk aku privasikan diri.. dia pun buat hal dia sendiri di umahnya. Kesiann. Tak apa nanti cari dia balik. Sekarang nak luah isi hati dekat bff jap. Ohoo jangan cakap aku tak ada kawan sampai anggap lappy ni bff. Tapi bukan semua menda kita leh cerita sesama  manusia. Dan semuanya adalah private. Letak mangga, kunci ketat kejap (kemas).

Esok paper petang, jadi sempat aku tarik nafas panjang sebab 2 hari ni pun memang aku dok ngadap subjek tu penuh khusyuk dan tawaduk. Mudah mudahan apa yang dibaca masuk. UoOls pun doakan ye. Aku sedang tenangkan diri. Aku cuba hindarkan masalah yang bersarang dalam hati. Semua orang ada prob masing masing, tapi satu je masalah aku nih tatau cemana nak selesai. Nak cari  roomate di umah sewa pulak di S.Alam   satu hal.. cemana nak settlekan prob nih? Katmana harus aku buat advertisement.. haa omputih sikit. Rasa nak je tempek iklan kat setiap bl0k kluster hostel yang ada dari blok A sampai bl0k J kecuali tiada bl0k I.. kenapa tak ada. buat tatau ja. Jadi uoOls darab sendiri ye jika blok A pun ada lima blok. Kalau sampai J.. berapa blok dok ada kan? Tapi itu kalau di ikutkan hati. Tapi mustahil aku nak buat macam tuu.. malu:$ Takkan aku nak menagih roomate -.- Macam erkk =.= abaikan O.o incik dear cakap aku terlalu banyak fikir. Mesti ada cara?
|Mudah mudahan memperoleh kunci petunjuk dariNya..|

UoOls reader budiman ada tak cara nak settlekan prob aku yang satu nih.. Sedih la tak dapat nak settle sebelum cuti ni. Sob sob. Runsing pun ada cit cit.. Apepun aku berdoa supaya masalah aku nih jumpa penyelesaiannya. Harap yang baca dapat bagi pendapat. Itu pun kalau ada laaa :'( Okieh laa, aku rasa dah ok sikit sebab aku dah luah dah pun walaupun hampir 2 minggu dipendam. Tapi bila fikir final exam dengan fikir roomate lagi. Allahu Akhbar. Agak serabut hati. Fikiran pun sarat. Ok,, istighfar Dawia. Mudah mudahan ada la penyelesaian.. da maghrib. Eh nak bagitau umah ni dah tak ada peti ais dan tv sebab tuan empunya dah ambik balik dan dihantar dengan selamat tengahari tadi. Sekiann..
 |Masih tertanya tanya? |
 
Akhirul khalam, doakan aku sukses menangani masalah yang membungkam didada ini. Lancarkan urusan dan mudah mudahan tuhan tunjukkan jalan. Sesiapa yang nak membantu, bagi pendapat dengan footprint ye, sebab comment place di hide kan untuk keselesaan hati aku ceria berpanjangan. Sesungguhnya hati ini sedang bermain dengan 1001 perasaan. Zikir Dawia.. Ok, harap aku boleh bertahan dan tak moody sangat. Ya Allah.. permudahkan. Amin* Maha Suci Maha Agong.. aku pohon ringan beban. Salam hujung minggu semua.. Kalau free aku bl0gwalk blog uoOls. AsSalamualaikum..

Saturday, 12 March 2011

Sabtu.. Memori Berlari Lari Anak Dengan Sekumpulan Angsa Sambil Sedut Air Kotak Ribena ;)

Assalamualaikum ;) Nahh.. tajuk entri agak panjang jugak ye desitu. Itu tandanya aku nak ingat kenangan tu sampai bila bila. Hari ni bermula dengan hari yang baik. Cuaca sangat cantik dan matahari yang indah nan permai. Memang mood awal pagi memang semangat. Niat dihati nak hapdate bl0g di awal pagi walaupun sekali sehari ja tak kira bila masanya. Tapi atas sebab ada hal terpaksa tundakan sesi taip menaip keyboard lappy nih. Seawal 10 pagi cenggitu, aku gerak ke PP untuk cucuk duit sebab dah hampir kering atas sebab menabung di foodcourt dan minimart O.o.. makan dan beli barang keperluan. Naseb kat sini masih murah. Erkk boleh laa dari biasa. Nanti kena banyak berjimat lagi >.< boleh ke? sedangkan sehari beli lauk 3 jenis bungkus tak sah. Hadoii membaziaq membaziaq..sambil geleng geleng kepala. HiksS.


Okey aku pegi PP Pusat Pelajar dengan Kak Zana Dan Kak Nadya. Panggil kak lebih selesa walaupun cuma setahun. Kira sendiri la ye berapa umurnya lepas tambah darab tolak bahagi. Kuikuikui. Ok memang aku tak ada kawan katsini sebab tu join dengan membe serumah je kalau kemana. Bukan tak ada kawan, tapi biasalah kawan yang namanya tak boleh buat kawan. Opss dan terbelit belit dah. Harap uoOls faham la ye apa yang aku maksudnya ada tapi macam tak ada. Ok, suasana bumi Selangor area aku berpijak sunyi sepi tiap kali hari cuti cuti macam hari ni. Tak payah ajaib.. memang macam tu la lumrah walaupun matahari dah nak meninggi tapi tetap tak nampak sesiapa. Kalau ada pun sesat macam aku laaa:P


Dah kebiasaan gerak sensorang, bila gerak ramai bertiga rasa meriah sikit. Sambil sembang sembang dah tak terasa dah sampai. Kira kira PP tu dalam 20 minit berjalan laju dan 30 minit kalau jalan macam pengantin. Haah! kalau naik kereta atau moto dijamin sampai esok 5 minit macam tu laaa. Ikut kelajuan berapa kilometer per jam. Hah hambik sekali semua aku masukkan siap km/j..lalalalala:D 

Okey sampai je seperti biasa memang sikit orang. Yang ada pacik cleaner dan macik cleaner je pakai unipom kuning. Memang kenal sangat kalau dok sini. Ok.. kedai banyak tutup kecuali kedai runcit unimart dan kedai henphone kot. Tapi kedai henph0ne tu aku dah putus asa sebab tiap kali aku nak beli casing baru henset kesayangan pasti dah tak ada, masih kehabisan st0k, tak ada itu ini. Huisshh tup tup aku dah hati ni dah putus asa dah nak tanya. Tunggu beli dekat SH aja lah. Mudah mudahan.. amin*


Okey sampai je terus ke ATM Bank Islam untuk cucuk nombor dan tekan duit. Memang best la cucuk duit time cuti..tak payah nak beratur panjang lebar seperti beratur di kantin sekolah dan beratur nak makan di asrama. Oh kenangan itu semuaa.. memang heaven rasa cucuk duit. Tak payah tunggu lama. Sup sap sup sap..dah siap. Senyum sebab tengok duit masyuk, ayah dah bank in kan.. heaven lagi perasaan nih. Alhamdulillah :') Lepas dah ada duit, haruslah beli barang sikit sikit. Teringin air kotak ribena. Slurp slurp minum penghilang dahaga lepas letih berjalan.. 

| Air Kotak ribena sejuk..sedut time cuaca panas memang fresh! |
 Sebenarnya dari daam bilik sampai la bersiap siap nak pegi kelaur tadi..aku dah niat nak buat sesi snap gambar area kampus ni buat kenangan. Al-maklum gaya orang nak pindah. Macam tu laaa. Sedih cakap pindah..tapi biarlah ubah angin BJ dengan SH pulak. Jadi aku dah siap siap bawa kamera untuk sesi tu..  jeng jeng. Apalagi.. suarakan hasrat nak snap gambar la. Cantik tau sini ada 3 tasik  bekas l0mbong. Cantik! Cuma aku tak berpeluang nak berkayak je. Terkilan sat dsitu. Kalau ada kesempatan ada la tuu.. sambil berharap dalam hati. Siapa tak teringin dah ada dalam U sendiri. Cuma ada masa dengan tidak ja lani. Nak nak musim exam pulak. Wallahualam bila dapat kesana. Cam entahlah. Ok tutup pasal nak berkayak yang entah bila, nak stori pasal snap snap yang ada kenangan kena kejar dengan penghuni tasik yang berbulu cantik lagi menawan.. Siapa lagi kalau bukan sekumpulan swan yang memang lama dah bermastautin kat sini tasik tu sejak bila tak sempat nak kaji. Heee:D


Okey nak cerita, mulanya ok lagi.. sempat ada gambar berlatar belakangkan itik angsa tu yang tengah sy0k syok berenang dalam air.. tetiba dengan cuaca panas yang kian meninggi. Tetiba nampak swan tu makin dekat menghampiri tempat aku dok pose, di pinggir tasir yang ala ala macam sungai tuuu. Cantik tau katsini.. hadoi apa lagii.. Berlari anak la teng0k itik angsa tu terkodek kodek nak ligan kejar aku ngan akak berdua tu. Hee lawak k0t. Tapi angsa angsa tu dak la ligan sangat. Letih berenang kot. Tapi depa marah kot aku dok posing baikkk punya tempat dia. Hehheh. Nasib sempat tangkap.. Jangan marah cik angsa oii..


Lepas snap gambar dengan jaya dan letihnya. Matahari pun makin meninggi, terik! Tekak dahaga.. perut lapar. Apa lagi balik la. Yang pasti hari ni beshh sangat. Perasaan bergambar tu buat aku puas hati. Thumb up :P Hoooyehh! Heppi main aci ligan ngan itik. Ikutkan hati nak ja aku pegang leher itik angsa tu kemudia snap bersama. Lepas tu buat caption.. itik peliharaan aku. My pet la kununnya ;) Hee cam best kan.. Itu pun angan angan. Macam boleh ja. Sekali dia menjerit jerit. Ohoo vokal itik ang memang beshh wooo. Tak penah dengar ? Try kacau diaa..  kuek kuek pun jadi ang ang.. Sebab tu org Kedah panggil swan tu itik ang bukan itik hang tau. Lalalalalala..
|Swan aka Itik Ang ;)|

Akhirul khalam, hari Sabtu minggu ni terasa bermakna walaupun balik tu terasa letih yang amat. Sebab pertama kali buat pose lompat macam entri sebelum ni.. tu gambar google, tapi yang real aku buat hari ni. Macam tak pecaya aku boleh lompat..Yippy! Maknanya badan aku masih boleh menambung berat badan yang lebih di perut dan pp. Kuikui. Nak tengok gambar yang disnap hari ni?.. mana gambar gambarnya. Jawapannya masih di kamera.. Sebab malas nak transfer.. nanti nanti ajelah buat entri gambar je. Dalam entri ni tak ada =P Boleh jugak kan. Wukies.. walla! Aja aja fighting.. teruskan studi untuk 5 subjek 5 paper lagi DH. Miss my boo. Xoxo <

Friday, 11 March 2011

Cepatlah Masa Berlalu.. Kenangan Dalam Kenangan.

Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari :) Jumaat yang penuh rahmat, hujan turun gerimis disebelah pagi. Dalam kedinginan cuaca pagi nih aku gerak ke dewan dengan housmate, merangkap kosmate dan classmate. Cik Jasrina dan Cik Fatin. Mungkin hujan rahmat di hari baik, bulan baik..hari ni kertas pertama. Perasaan berkobar kobar. Okey settle exam disebelah tengahari. Macam mana? Syukur..boleh menjawab dengan tenang.

  | Credit: Google |
Jom lompat tinggi ! Tinggal lagi seminggu lagi untuk berada desini. Di Kampus Bestari Jaya sebelum bertukar ke Kampus Shah Alam. Kenapa pindah.? memang sebenarnya dari semester lepas, fakulti aku kena pindah. Tapi disebabkan teragak agak dengan itu dan ini. Separuh je kesana.. dan separuh lagi masih desini menghabiskan semester ni dengan jayanya. Tapi tiba masanya aku kena pindah dan semester seterusnya akan teruskan pengajian hingga tamat grad. Sebab utama pindah kerana pertukaran fakulti Bio dan Bis.. memang hebad laa. Satu fakulti kecil dan satu fakulti besar. Yang besar gerak ke kampus kecik comei. Dan satu lagi fakulti kecik mai ke kampus besar berhektar hektar. Bayangkanlah..

 | Gambar tiada kaitan:'D |
 
Tapi ini semua akan jadi realiti. Maka berlakulah perubahan. tapi ada baik buruknya berpindah. Kalau desini memang aman, jauh dari entertaiment. Makanan murah murah. Tapi amat seksa nak keluar kota. Wahwah..jawabnya aku katsini jadi budak baik. dok umah hostel tak keluar jalan jalan sebab serik habiskan masa dalam transport. Letih tau. Tapi insyaAllah, kalau dah pindah. Mungkin dapat keluar jalan jalan tengok tempat orang even transport tak ada boleh naik transport awam. Sebab mudah dan tak jauh. jadi boleh jimat masa. Yang buruknya dok dalam bandar cam SH tu.. mesti duit banyak habes sebab keluar jalan jalan. AhakS. Tapi bila lagi kan.. nak perubahan. Best best. Harap lebih baik dari desini.. Harap aku tak selalu leka dan boros. Senyum :')

Tak sabar nak pindah tapi cam sedih jgak nak kena tinggaalkan tempat nih. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat belajar. Banyak kenangan pahit manis tu.. siap ada sentimental value. Ohooo. Tapi orang cakap setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Setiap manusia perlu hijrah. Walaupun aku cintakan BJ tapi tak bermakna aku tak akan jatuh cinta pada SH.. berlainan fizikal dan persekitaran. Harap aku boleh sesuaikan diri nanti. HikSss penuh pengharapan yang baik baik. Dan nak lupakan hal sedih sedih desini.. mudah mudahan. Amin. Macam banyak je hal sedih dari hal heppi. Hmmm O.o
Wukies, harus muncungkan mulut sehingga ikat ribbon, sebab banyak lagi hal yang tak selesai. Contohnya exam lagi 5 paper.. roomate dan tool. Sebelum tu ini secara rambang aku cerita pasal nak pindah. Bila aku dah siap dan bersedia Aku akan hapdate lagi pasal nih. Cukup setakat ni dulu.. hapdate* tadi aku terbaca pos status adek aku Nana di FB..dengan qoute yang biasa aku dengar tapi tak tahu katmana. Tapi mendalam maksudnya! Aku suka super double triple.Nak naip desini dah di delete oleh adik aku mungkin atas sebab tertentu. Nanti kalau aku dapat, akan aku publish desini.. muah cit cit. Walla! Akhirul khalam, aSsalamualaikum buad pembaca budiman.. Psst maaf tajuk entri lain dari cerita:P

Thursday, 10 March 2011

Tomorrow FirSt Paper For Dis Semester.. SoOo Colourful Feeling ;)

Assalamualaikum dan salam ceria ;) Maka dah lama dok soseh soseh dalam bl0g nih.. maka esok harinya. Harinya apa? Bila pulak dok soseh soseh bagai minah gosip. Tak sebabnya esok adalah bermulanya hari pertama untuk aku menduduki exam untuk semester nih. Walaupun tarikh exam start dalam 4 hari yang lepas. Namun, esok harinya.. perasaan? amat eksaited bertambah berkobau kobau dalam dada, walaupun nebes tu ada cikit cikit. Maklumlah setiap sem 6 kali masuk dewan yang berbeza. Feeling tu macam sy0k menjawab kertas. Adakah sebab hati ini berasa tenang.. jawapannya, alhamdulillah :)

Setelah seminggu menunggu penuh debaran, esok kertas pertama. Diambil waktu pagi, saat otak masih fresh. Doakan aku boleh menjawab. Aku ambik masa lewat petang ini untuk menaip dan jenguk bl0g ni untuk hilangkan lelah studi buat seketika. Sambil sambil makan kismis dan kadang kadang diselang seli dengan lolipop.. Untuk hilangkan rasa bosan. Semua pelajar melaluinya. Time belajar.. terasa lama masa berlalu. Tapi try time on9 dan main game.. wah cepat je terasa masa bergerak. Sebenarnya sama ja masa tetap berdetik setiap saat setiap waktu tanpa berenti. Sebab tu aku mengejar masa, walaupun last minit. Opsss! kantoi. Haha. Tapi rasanya aku seronok nak menjawab exam. Merasai suasana jawab soalan. Duduk dalam dewan selama 3 jam dengan pabila bangun je terasa urat dan tulang belulang bunyi dan sakit akiibat lama menunduk dan tanpa bergerak. Tapi tetap best.
Entah kenapa aku rasa best nak menjawab soalan peperiksaan akhir semester nih. Mungkin sebab ini kali terakhir ambik exam di kampus nih. Mungkin sebab jarak nak ambik tu terlalu lama ditunggu hingga buat aku tak sabar sabar nak sembur dan karang di kertas jawapan. Sesungguhnya aku tak sabar. Perasaan bercampur baur. Ya Allah.. aku akan hayati dan nikmati saat menjawab dengan sebaik mungkin. Aku tahu Engkau sentiasa mendengar dan mengetahui rasa hati ini. Insya-Allah aku tidak mahu riak, tidak mahu gel0joh, tidak mahu meninggi. Tapi cukuplah aku yang merasainya dengan bersederhana. Harap esok aku tak cuai >.< hehe. Doa doakan ye bl0gger yang membaca.

 | Wish me luck..! |
Okey yang penting, doa padaNya jangan putus putus. Kerana disebalik usaha dan belajar kita siang dan malam, kalau tiada restunya. Memang tanpa izinNya, kejayaan tak dapat digenggam. Aku percaya itu. Okey yang pasti pasti restu dari mak ayah paling aku tak lupa. Sebab restu ibu terutamanya adalah restu dari Allah, kerana syurga sekalipun diibaratkan dibawah tapak kaki seorang ibu. Subhanallah :) Tapi buat ayah tetap jugak keutamaan bagiku. Sebab aku kan anak emak dan ayah. Bangga*

Ok, insya-Allah ada kelapangan aku akan menjenguk bl0g kalian yang saling berkunjung ke bl0g aku. Sangaat hargai. Yeah, demam exam dah bermula. Aja aja fighting DH ! Dawia Honeyputri.. Go go!! cayok cayok. Hee ambik semangat bahasa Korea sikit. Apepun aku akan buat yang terbaik untuk esok dan minggu yang padat minggu depan untuk 6 paper lagi. Salam kemaafan andai terkasar bahasa, tersalah bicara sama ada secara sengaja atau tidak. Akhirul kalam. Assalamualaikum.. walla! Exam exam.. kembali membelek nota. Jom studi ! Psstt rindu padaNya, ibu ayah dan incik dear jugak <3

Wednesday, 9 March 2011

Nikmatnya Merasai Syukur PadaNya..

Assalamualaikum dan salam ceria ;) Rasanya nak buat entri berkaitan kesyukuran. Bukan kenduri doa selamat atau kenduri kesyukuran tapi nak munasabah diri seberapa dalam aku memahami erti syukur. Banyak kali dok bisik bisik desini tapi tak pernah pulak aku menaip pasal nikmat bersyukur. Mungkin pabila sensitip aku hilang pertimbangan. Menyalahkan takdir tak sudah sudah. Dan demikian rupa aku alpha untuk ucapkan syukur pada Sang Pencipta. Menangisi dan meratapi tanpa menoleh kebahagiaan yang selalu menjelma. Aku cukup sensitip.. setiap detik dan setiap kebelakangan ni. Jadi mulai hari ni dan setiap hari hari yang mendatang, nak ingatkan diri agar jangan terlalu fikirkan hal remeh temeh. Yup! supaya aku lebih kuat dan sihat :') InsyaAllah..

Mendalami erti syukur, tidak cukup dan tak tercapai dek akal untuk buktikan yang aku benar benar bersyukur. Sukar nak menaip, sukar nak digambar. Tapi yang pasti.. Kalimah Alhamdulillah jangan dilupa dan selalu membasahi bibir dengan menunjukkan kita bersyukur atas nikmatNya.. Aku bersyukur, aku masih bernafas sihat sehingga saat ini, aku bersyukur aku masih boleh melihat alam ciptaanNya, aku bersyukur masih boleh mendengar dengan baik, bercakap, menghidu mahupun makan rezeki dari Allah tanpa putus putus. Alhamdulillah.. cuma biasalah tiap yang diberi nikmat pasti diberi dugaan. Sebab itu yang buat aku betul betul sensitip. >.< 
| Insya-Allah |
Sampai sekarang aku tak faham kenapa hati ini terlalu mudah menangis dan berfikir hal remeh temeh. Kalau bab tacing tu cukup cepat mendalam rasanya. Oleh sebab tu nikmat bersyukur harus diserap dalam diri aku. Sesungguhnya terlalu banyak nilai  baik dan rezeki, jodoh adalah nikmat tak ternilai dari sang Penciptaku, Allah S.WT. Tambah tambah aku diberi seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang..seorang ibu yang cantik lagi memahami. Seorang adik perempuan yang cintakan agamanya, Dan dua orang adik lelaki yang membesar dengan comel dan sihat. Alhamdulillah muncul pula seorang saudara seagama berlainan jantina, membuka hati ini dua tahun lepas.. yang sudi menjadi pendengar kedua, penasihat kedua dan semuanya aku luahkan padanya iaitu incik dear ;)

Mendalami hati..bermunasabah diri, sesungguhnya aku terlalu cintakan agamaku, Cintakan PenciptaNya.. Ya Allah, baru aku mengerti. Sesungguhnya dikau turunkan dugaan supaya memperingati hamba hambaku agar tahu bersyukur. Dan sentiasa mengingati yang hidup ini ibarat rida, kadang kadang di atas dan kadang kadang ia di bawah. Begitu jugak peribahasa yang manusia tidak selalunya sentiasa di atas, sebab itu pabila kita di atas..sentiasa mengingati orang yang dibawah. Subhanallah. Maaf daku andai tersalah bicara. Entri kali ni betul betul mengingatkan aku untuk bersyukur. Bukan sebelum ini aku tak bersyukur cuma selalu sangat menyalahkan takdir.. sedih atas dugaannya tanpa berfikir panjang. 
Sekarang au dah faham mungkin sebab aku dah makin dewasa. Allahu Akhbar! Cepatmasa berlalu mematangkan aku sedikit demi sedikit. Mudah mudahan aku tak kenal erti putus asa, aku tak leka dan lalai dalanm dunia fana.. aku ingin mengecapi nikmat duniawi dan akhirat. Doakan aku ya kenkawan. Amin ya Rabbal Alamin*
Ucaplah kalimah Bismillahirahmanirahim sebelum mulakan sesuatu perkara dan sudahi la ia dengan lafaz Alhamdulillah.Sesungguhnya keberkatan ada dimana mana disebalik nikmat yang dikurnia. Wallahualam~
Akhirul khalam, andai tersalah kata, tegur la aku sesama saudara. Aku bersyukur tanda berterima Kasih yang tak ternilai ini. Pabila merasai nikmat bersyukur terasa hati tenang, lapang dan berseri. Tak pecaya..cubalah bersyukur dengan segala yang diberikan Allah. Pasti ganjaran yang tak ternilai rasanya. Subhanallah! Moga berjumpa di entri seterusnya.. terasa lambat masa berlalu, buat kan aku bermunasabah seorang diri. Allahu Akhbar!! Dikau buka hatiku..moga dosa dosa ku diampunkan dan aku ketahui Engkau sentiasa bersamaKu..

Tuesday, 8 March 2011

Selamat Hari Wanita.. Semanis Muslimah Sejati =)

Assalamualaikum :) Apapun nak ucap Selamat Hari wanita buat yang bergelar wanita hari ini. Eh dah macam rancangan Tv3 je. Kuikui. Walaupun aku belum jadi wanita :P Tapi menjadi remaja perempuan pun akan bergelar wanita jugak kelak kan. Tak ngaku wanita sebab macam orang orang dewasa gayanya. Perempuan atau gadis sesuai kot dipanggil untuk aku yang seusia ini (",)V hehe. Bangun bangun adik ousmate ucap selamat. Wahwah terharu :") macam nak nangis sebab dia kata aku seorang wanita. Gigih mencari besar namanya bergelar seorang wanita. Nak nak meletop bak wanita hari ini yang penuh keanggunan dan segalanya. Tapi rasa malu menebal bila di usia nih dipanggil wanita. Mungkin sama ja bila bila pun, tapi cam tak sesuai pulak dengan aku. HiksSs.
|Wanita Muslimah|

Sambutan tahun nih aku biasa biasa ja. Melayan nota ringkas ditangan bersama roomate. Oh memang uoOls sendiri faham macam mana perasaannya. Tak ada pun sekuntum bunga mahupun kad. Buat mak tersayangg, aku cuma f0n bertanya khabar nak ucapan mesra dari anaknya yang jauh. Apepun aku bangga melihat seorang wanita di depan mata yang membesar ku dari kaki sebesar tapak tangan sampai ke tapak kaki saiz 5 inci. Comels je :") Eh maksud aku mak, wanita terhebat abad ini..sehingga susah senang berjaga malam untuk 4 orang anaknya tanpa mengira kasih sayang yang tak berbelah bagi. Pendek kata semuanya dilayan sama rata. Mak.. l0ve U :*

Bercakap pasal wanita, aku dengan bangga nak ucapkan pada sesiapa yang bergelar wanita di seluruh dunia Malaysia.. gaya macam satu dunia nak baca blog nih.. Selamat Hari Wanita. Berbanggalah kerana menjadi wanita ciptaanNya ;) kerana penuh dengan sopan santunnya, cukup sifat malunya tinggi dari seorang bergelar lelaki. Menjaga maruah peribadi terpuji. Diangkat tinggi menjadi idaman setiap wanita. Dan bagi aku.. hormatilah diri dan berbanggalah menjadi seorang wanita sebelum orang lain.Maaf andai ayat tunggang langgang sebabnya nak cakap kita perlu hormat diri sendiri sebelum nak orang lain hormat diri kita. Wallahualam.

  KECANTIKAN WANITA   

Untuk membentuk bibir yang menawan,ucapkanlah kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah
kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan
dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah,
mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah,
berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, 
dan anda tidak akan pernah
berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. 
Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. 
Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah
senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, 
akan senantiasa ada tangan terulur. 
Dan dengan bertambahnya usia anda,
anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,
satu untuk menolong diri anda sendiri
dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. 
Kecantikan wanita terdapat pada mata,Cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang
menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang
dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan.Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Akhirul kalam, Selamat Hari Wanita ye hari ni bersamaan dengan 8 Mac.. moga tahun depan lebih bermakna sambutannya. InsyaAllah.. Cuma sekarang, aku ingin menghambakan diri padaNya yakni Allah S.W.T.. Permudahkan urusanku, dan perlindungilah aku dari bisikan bisikan jahanam syaitan laknatullah. Mudah mudahan.. sama sama berdoa ye. Mengharapkan yang paling terbaik dari terbaik. Semua orang inginkan yang indah indah. Moga kalian aminkan doa dan moga DIA memperkenanka doaku siang dan malam. Ya Ilahi.. kuatkan hati ini dan tabahkan daku. Dikau saja yang Maha Mengetahui rasa hati ini. Subhanallah.. bersyukur menjadi bunga dalam taman dan seorang muslimah. InsyaAllah..

 
Selamat Hari wanita!:")

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi