Tuesday, 31 May 2011

My Little Bro Bufday.. Heppy Bufday Comei =)

Assalamualaikum :) pepagi seawal pukul 6 pagi, tika azan Subuh habis berkumandang. Wia cepat cepat ambil wuduk dan solat. Alhamdulillah sekarang cepat tersedar dan dengar azan Subuh. Habisnya menunaikan solat. Guruh berdentum kuat. Berulang ulang dan selepas beberapa ketika, hujan lebat pun turuh menyimbah bumi. Rahmatnya hari ni hujan turun meneutralkan alam semulajadi. Syukur sangat sangat. Niat dihati nak studi agak terbantut bila hujan dan seakan mengantuk disorongkan bantal. Maka nyenyak la wia di tempat beradu... ehemm, ada macam penulis novel atau pun penulis cerita dongeng tak. Sebenarnya nak mengasah bakat menulis tue. Hikss. Sila bagi sokongan ye. Tapi memang betul pun itu yang wia alami hari ni 31 Mei 2011 hari Selasa :)

Macam biasa minggu ni wia masih ada kelas walaupun study week. Tapi rasanya U wia tak ada istilah study week. Sekejap masa berlalu, dan hari ni masih tak ada kelas. Coret punya coret macam nak terlupa niat asal wia taip entri ini adalah khas untuk si comel adik bongsu wia yang sorang ni, Badrul Munir sebab hari ni adalah Hari Ulangtahun Kelahirannya yang ke 9 tahun. Cepat saja adik wia sorang ni membesar. Rasa macam baru semalam mak bersalin kan dia. Tika tu hanya kerja makan, tidur dan nangis saja. Wia selalu ingat pada zaman dahulu kala sebab semua tu kan kenangan. Dan adik Badrul ni la anak mak ayah yang last. Mulanya malam tadi wia dah ingat besday Badrul tapi bila dok pum pang pum pang sembang ngan mak pasal lain, agak terlupa yang hari ni besday si Badrul tu. Nasib mak ingatkan. Terus mak bagi fon kak dia (Badrul) apa lagi wia pun nyanyi lagu Hari Lahir la kat dia. Yang bestnya bila wia nyanyi cam biasa lagu feveret ramai time sambut besday kat Badrul
Selamat Hari Lahir.. 
Selamat Hari Lahir.. 
kemudian dia akan tambah tet tet tet.
Selamat Hari Lahir Badrul.
dia tambah lagi melodi tet tet tet
Selamat Hari Lahir ;)
Tett tet tettt
Memang dalam hati wia bercakap cakap kata kiut la adik wia sorang ni! Boleh pulak dia tambah melodi time wia tengah nyanyikan untuk dia. Geramm tau. Nak semestinya wia akan minta dia cium like flying kiss gittu walaupun cuma dalam fon. Tapi bijak pulak si Badrul ni dia suruh wia dulu yang cium dia. Tanpa ragu ragu mesti la cium dia. Rindu sangat even tak dapat cium yang real. Dalam fon rasa terubat sikit. Hai rindu la adik comei ni. Ayah gelar dia comei tak tau kenapa.. tapi dia memang manja. Sat ja dia dah masuk genap 9 tahun hari ni. Lepas ni mesti dia fon wia bagitau yang dia dapat kek hari Jadinya. Mesti laa. Tak sah kalau tak dapat kek. Sedangkan kalau kat rumah, bufday sesiapa pun mesti dia yang nak tiup lilin kek. Budak budak namanya. Walaupun dia nampak kecik fizikal tapi cedik cedik kesana kemari mengalahkan usia. Tangkas main bola sepak kat padang mak cakap. Rindu sangat dah nia. Rasa tak sabar nak jumpa adik bongsu wia yang sorang ni. Tengah dok hitung hari nak balik sambil dok pangkah pangkah kalendar :'D
My litle bro, Badrul Munir.
besday boy! =)

Okey ni rasanya pertama kali wia tak ada kat rumah time bufday si Badrul ni. Selalunya Nana, adik wia yang sorang ni tak ada. Tapi kali ni macam terbalik pulak sebab dia ada. Wia pulak tak cuti lagi. Waiting for 11th June..ngee :'D Buad adek wia yang bongsu si comei Badrul.. moga rajun belajar, dipanjangkan umur dan jangan nakal nakal. Sihat dan cergas selalu. Dia cerdik sangat.. fikiran kadang kadang macam orang dewasa. Sayangg Badrul sesangat! Ok wia rasa nak pegi masak dulu sebelum mula studi semula petang ni. Malam tadi tak boleh studi sebab hal roomate yang rumit. See.. tengok ayat wia ni pun uoOls boleh tau cemana rumitnya ia. Wia sendiri tak faham. Kadang kadng baik tak luah dari mengundang bala. Kadang kadang baik tak cakap dari bermasam muka. Ok, entri ni khas istimewa untuk dak kecik tmei tomei Badrul. Rindu dia laa. Rindu famili jugak. Tetiba rasa boring tinggal katsini. Sebab jarang kemana mana. Habiskan final exam dan balik kampung. Cannot wait this time. Wish me luck and Heppy Birthday my lovely little Brother :')

Rindu saat ni..

Selamat berbl0gging kengkawan alam maya. Dah lama wia tak pegi rumah bl0gger lain sebab tenet ni. Nasib dengan ciput ni dapat jugak hapdate. Thanks pada sesiapa yang singgah blog kesayangan wia ni, insyaAllah internet laju wia akan jejak blog uoOls pulak. Yang penting hapdate hari hari istimewa wia yang berturut turut ni. Semoga Badrul cerdik pandai macam kakak dan abangnya. Amin. Malu nak ngaku yang kakaknya pun doolu nakai tu sekarang nak mulakan dari bawah. Tu sebab rasa menyesal jugak tu.. Ops macam nak lari topik. Sebelum tu, doakan wia berjaya dalam final exam ye. P/s--> rindu famili sangat sangat. Rasa best ja bila mak mesej tadi cakap yang depa nak keluar jalan jalan. Tambah ayah sekarang pun dah ada kat rumah. Bahagianya.. Moga ayah boleh drive semula dan cepat sembuh. Adik Badrul ! Kak Wia loVe you. Muachs

Monday, 30 May 2011

Ya Allah.. Bahagianya Hari ni :') Genap 3 Tahun.

Assalamualaikum :) Syukur atas kerahmatan Allah Yang Esa kerana hari ini genapla hubungan wia dan incik dear. Oh sungguh hepi dan teruja.. Banyak yang wia dan si dia lalui, pahit manis alhamdulillah masih kekal hingga ke saat ini. Harapnya ia berterusan hingga ke syurga kelak. Amin. Wia tak tahu nak luahkan macam mana, tapi hari ni jugak adalah hari special kami berdua sebab hari ni juga Hari AnniverSary Relationship Love yang ketiga. Yup tahun ketiga.. kalau ambik degree memang dekat dekat nak grad kan. Lama tu tetap lama tapi terasa bagai baru smalam berkenalan.. biasalah kalau wia berangan semuanya macam mimpi. Ehee..



Hari ni 30 Mei yang indah.. setiap tahun wia tunggu saat dan tarikh ni sebab ia akan mematangkan fikiran bahawa setiap hubungan ada mula dan akhirnya. Wia harap wia akan ingat tarik ni sampai bebila. Begitu jugak dengan incik dear.. nasib incik dear bukan seorang yang pelupa. Awal awal incik dear dah wishkat wia.. how sweets! Heaven sangat feeling waktu tue rasa macam penuh bunga dalam taman. Perasaan ni sekali sekala je rasa. Masa tu pipi dah kaler merah jambu. Panas menggebu je dek terharu :') Biasa laa time cenggini memang la nak feeling romantis je kan.. Sebagai seorang perempuan mesti la terharu bila orang yang kita sayang ingat hari special ni.. Meh tengok daisypath ni. Rasa macam nak nangis je sebab nombor tue. Rasa macam syahdu pulak. Maaf ye mode terharu sekejap..

  Heppy Anniversary love my dear..Chop! mesti uoOls yang baca entri ni dan entri lepas rasa macam pelik. Berapa banyak anni yang wia sambut dalam bulan Mei ni kan. Sebab ini la uniknya Mei bagi wia. Berturut turut tarikh yang indah dan bermakna. Hanya wia dapat rasa feeling ni semua. Esok pun ada hari yang special juga. Walaupun dok jauh namun dekat di hati. Desini la tempat wia celebrated. Kalau sambut tak semestinya perlu makan makan kan.. ayat nak sedapkan hati. Almaklumlah wia dan incik dear distance love. Jadi jarang jumpa. Tengok la datingg pun jarang. Tambah hari ni hari Isnin pastinya si dia tengah keje.. dan weya desini study untuk final. Mungkin boleh celebrated cuti semester nanti.. harapharap

Hari ni hari seceria pelangi dan sunshine wia :') Doakan berkekalan hendakNya. Weouls tak macam pasangan lain. Itu je boleh cakap. Bahagia menjadi pasangan kekasihmu. Bermula dari Sahabat dan bertukar menjadi Kekasih. # 30 Mei yang Romantiss.. Okeyla nak tulis dan lukis kenagan dalam kertas. Semoga dream come true. Tak banyak yang wia harapkan.. moga si dia dapat tabah dan memahami wia. Itu sudah mencukupi. Memang adat bercinta harus pandai menjaga dan menghormati perasaan masing masing ;)

Tak mau cakap banyak. Moga disirami rahmatMu ya Allah..Akhirul khalam, bercinta lah di atas tunjang kasih dan sayangg. Moga hubungan kekal ke syurga kelak. Amin. Maka wia dah ada dua anniversary berturut turut. Maaf, wia memang hal kecik pun ambik serius. Harap memahami.. biarlah menyulam kenangan yang indah indah. Yang tak indah.. lupakan dan buang jauh jauh. Okey nak bersiap dan studi doolu. Biar tak celebrated. Janji hati tenang dan bahagia. Senyum dan tak payah kata apa apa dah buat wia rasa macam senyum ke telinga.. ^__________^ May Allah bless us. Doakan hubungan ini berkekalan hingga ke stage yang diredhai Allah. Mungkin insan terpilih dari kalangan yang saling memahami antara satu sama lain ibarat Adam a.s dan Hawa.. wia heppi sangat hari ni ;)
Heppy AnniverSary LOvE :')

Sunday, 29 May 2011

1st AniverSary Datings ;)

Assalamualaikum :) Memang niat dihati wia nak hapdate blog hari hari. Rindu itu pasti. Memandangkan broadband ni masih ciput lagi tenetnya jadi agak kemalasan nak hapdate. Bila semak kalendar tadi sambil koyak koyak untuk hari yang baru. Baru perasan hari ni bertarikh 29 Mei 2011.. hari Ahad. Cemana wia boleh lupa. Tapi belum terlambat lagi even dah malam baru wia hapdate entri ni. Hari ni genapla setahun wia dan incik dear berdatings. Teringat lagi masa incik dear susah susah datang ke tempat wia. Mencari arah tuju yang betul sebelum mata kami bertentang antara satu sama lain. Biasa la dah bertentang mesti ada shock letrik sat. Ehee :'D dan hati dan jantung masing masing dok dupdap dupdap tak hingat.. Kenangan tu saat paling manis wia rasa dan akan ingat sampai bebila. InsyaAllah.. Hari ni genap setahun tapi rasa detik itu baru semalam berlalu. Masih terasa kenangan itu dan ingin diuulang lag. Hiks..
Ok ia nak cakap kenapa setahun berdatingg kenapa macam tak penah datingg sebelum ni. Yup memang wia dan incik dear tak sama macam couple lain. Berjumpa setiap hari, ada yang berjumpa setiap minggu. Dan ada pula yang berjumpa setiap bulan. Tapi wia pula nak jumpa setahun sekali pun payah. Tapi itu yang wia tertarik dengan incik dear.. sebab katanya tak manis kalau pasangan bercinta asyik berjumpa. Malah kalau lama tak jumpa baru tahu kesetiaan seorang pasangan tue. Wia tau couple mana tak rindu antara satu sama lain. Tapi incik dear lain.. dia bukan sampai tak mau jumpa langsung cuma ada sebab tersirat yang wia, incik dear dan Allah yang tahu :') Kadang kadang cemburu jugak tengok pasangan yang bercinta snap gambar bersama. Makan jenjalan bersama. Wia siap merungut lagi dekat incik dear sebab tak tahan jeles tau. Tapi bila dengar penjelasan dari dear terus wia senyum. Ibarat dipujuk pujuk. How sweets!






Memang ada moleknya jarang berjumpa. Sebab tu wia cakap yang incik dear ni lain dari yang lain. bab datings bukan dia tak suka tapi kurang gemar. Banyak faktor yang buat wia tak berdating sesama. Penah wia terfikir dia tak suka datings ngan wia ke kan.. Kalau perempuan lain exspecially yang dah jadi GF mesti akan fikir bukan bukan. Tambah mesti ingat tak sayangg. Wia akui wia sendiri penah terfikir dan siap cerita kat incik dear lagi. Bila difikir fikir semula pulak kan berdating tu boleh menambah dosa even rindu sekali pun. Jadi wia suka cara incik dear. Siapa tau setahun lepas 1st date dan last kami berdua sebelum berkawin. Auww ! Kan sweet sebab dating lepas kawin. Lepas dicop HALAL.. mungkin :) Incik dear memang bijak. Tapi meh nak cakap pasal datinggs day weOuls yang lepass..
------> Priceless Memory <------

Berdatinggs di Pizza Hut 
Makan Ais Krim sedap
Jenjalan sambil kenal kenalan secara berdepan.
Snap snap pixca.
Sweet moment.
yu..
Banyak lagi sebenarnya. Tapi biar lah jadi tersirat antara wa dan incik dear. Walaupun dapat luangkan masa hanya beberapa jam tapi semuanya wia penuhi dengan sebaiknya. Itu semua kenangan. Dengan incik dear yang snap gambar makan ais krim curi curi tu yang buat wia malu sampai sekarang. Blushing* Banyak la kenangan dan hari tu laa wia pertama kali pakai shawl. Rasa da terbaik depan incik dear tapi rasanya wia la yang paling comot time tu. Masih malu lagi sampai sekarang kalau terfikir. UoOls bayangkan wia tak penah pakai shawl tetiba nak dating 1st dengan incik dear..masa tu la beranikan diri pakai. Itu pun saat tu rasa macam childish yang baru nak belajar berjalan. Pakai lilit lilit. Siap ! Tapi wia sangat kompom yang time tu wia sangat comot dimata incik dear. Tak tau cemana wia boleh comot sebegitu rupaa..hadooi. Kalau di ingat lagi sekarang memang malu sebab langsung tak tau cemana boleh berani pakai shawl padahal langsung tak tahu pakai. Bila tertiba mula la terpegang pegang tudung tu sebab tak biasa. Haiss.. memang malu la dear dengan awak time tue ! :$
Semuanya bercerita :')
Memang bernasib baik incik dear faham. Banyak nak dicerita. Tapi itu memang pengalaman wia yang pertama kali datings dengan lelaki. Selalu berdating ngan girlfren je. Bila denga boyfren memang lain la feelings dia. Nak nak bila dengan orang yang kita in l0ve :) Terima kasih dear kerana RM1 tue.. itu pun wia malu bila fikirkan. Banyak yang wia bila fikir rasa malu teramat sebab pertama kali jumpa dah banyak yang wia cam comot ! Nasib dear slumber dengan aweks dia ni. Kuikui. Okey ngaku yang time tu wia masih childish. Haha childish la sangat. Ye lerr mana penah datings kan. Okey la kot cenggitu. Padahal baru teramat :P

 Bahagia :)


Heppy Anniversary Dating Love.. 
Salam berblogging buat semua. Tak sabar nak countdown untuk esok. Esok lagi hari bermakna buat wia dan incik dear :) tersipu sipu malu. InsyaAllah.. doakan hubungan kami kekal ke syurga hendakNya. P/s : 143 !

Friday, 27 May 2011

Fuhh! Legaa Rasanya..

Assalamualaikum. Iklan sebentar, Senyum dulu sambil tarik nafas dan hembus penuh kesyukuran. Alhamdulillah!~ Betapa berharganya dapat bernafas di dunia nyata ni. Empat hari tak muncul di arena blog terasa rindu mencengkam sanubari. Ehem biar nampak dalam sungguh rindunya. Empat hari yang sungguh sibuk. Itu yang wia boleh cakap sebab menghantar asaimen, bersiap sedia dengan buah fikiran untuk perbentangan dan settlekan segalanya dalam minggu ni. Yang pasti semuanya kenangan :) Wia bersyukur hari hari yang lepas semunya dipermudahkan, walaupun mendadak sekaligus tapi sekarang dah boleh bernafas tenang. Maka boleh la tumpu pada final exam, dua minggu dari sekarang.

Dua minggu?! Cepatkan tapi itulah kenyataan. Schedule exam draf pertama dah keluar. Wia tak pasti patut heppi loncat loncat atau perlu bersedih sebab final exam bakal menjelma. Kalau ikutkan dari persediaan memang tak banyak yang wia buat. Tapi memandangkan ni pertama kali merasai sem pendek maka semuanya harus bergerak pantas. Kalau dalam diari memang dalam 4 hari macam macam cerita dalam seribu satu macam.. cuma kalau wia nak hapdate kisah basi macam tak syok pulak. Nak cakap # broadband wia dah semakin low. Tak sabar tunggu 7hb, supaya dia berdesup semula. Ngee :'D masa tu boleh la lawat hempa semua dan komen apa yang patut. Wia tau ramai yang tak singgah sebab wia dah lama tak buat sesi ziarah menziarahi.. Huh! siapa yang sudi mai kalau tuan rumah pun tak singgah menyinggah kan. Tunggu ye bila semuanya ok nnt. Sebab #broadbaand tu la sumber tenet wia desini, umah sewa tercinta. HikSs. Ada sesi pujuk memujuk desitu..


Letih? Normal kan bila dah settle semua baru terasa letih. Kemudian yang pasti pasti, lapar.. yang tu memang habit wia la sebab selesai je satu satu perkara. Pekena bihun sup yang sedap petang tadi lepas presentation memang buat hari ni rasa special. Tapi lapar punya pasal wia tak sempat snap gambar bihun sup yang ingatkan wia pada sup masakan mak di rumah. Ditambah pulak dengan sambal kicap. Memang orang orang lani cakap.. Perggghhh. Memang terangkat. Masa tu memang tak ingat apa dah. tumpu pada kenikmatan makan tu sendiri. Kuikui. hebat taak wia bila menikmati makan.. tu memang habit. Suka makan makan dan jenjalan bila dah settle satu perkara tu.


Sebenarnya dalam diam tak diam, wia tak sabar nak habiskan exam. Dah sebulan lebih kiranya tak jumpa famili. Rindu jangan ditanya lagi.. memang boleh rasa nak hug ja kalau ada depan mata sekarang ni. Terutama pada si kecik Badrul yang sekarang tak sihat. Baru baik selesema tapi batuk batuk pulak. Kemudian mak dan ayah. Alhamdulillah mak sihat dan ayah makin pulih sejak eksiden hari tu. Pada pali, adik wia yang sorang tu nakal tapi dah dewasa pun diaa. Tak lupa pada Nana yang 2 bulan tak jumpa. Kebetulan hari ni dia dah mula stat cuti selama 3 bulan sampai bulan 9 ni.. Bestnya dia. Memang lama dia bercuti syok kan.. tatau belum sampai lagi kot tadi. Pendek kata rindu famili dan tak lupa pada tok dan tok wan di kampung, serta sedara mara.. Ada gaya macam nak buat ucaapan pada hari Raya tak?.. apa apa ajalah. janji hmpa faham la noh apa yang wia cerita ni ;)
Sesungguhnya hari ni dapat spend time depan laptop ni. Hapdate blog..maknanya hari genting tu dan sipi sipi tamat. Dua paper lagi akan wia tempuh pada insyaAllah 8hb dan 10hb depan. Boleh kira dengan jari kan? Gemuruh dah ni. Pertama kali nak ambik exam kat Shah Alam.. teruja pun ada. Jujur wia cakap walaupun kampus sini iaitu Shah Alam banyak kelemahannya tapi disebalik tu kampus sini lagi syok dari Bestari Jaya..nun jauh di kekampungan. Tengok dah dapat belajar di dua kampus. Siapa tak heaven:') sebab tu dapat buat perbandingan. Yang pasti dua dua ada kelebihan dan kekurangan. Tapi bab selok belok kampus ni baru dapat tau serba sikit. Bab library, cafe, surau, bangunan satelit dan semua wia dah tau. Cuma masih tawu tak tawu tu normal la di tempat baru. Dengan cerita kampus lama dah sunyi lengang. Kesian pulak. Tak dapat bayangkan cemana. 
Yang penting wia bahagia desini. Di Shah Alam, sebab disebalik kejadian mungkin ada hikmahnya. Wia dah faham.. Dengan kengkawan yang baru. Depa sangat memahami. Sem ni wia bergaul dengan kawan baru tapi tak sangka dapat masuk satu kepala sebab depa happening. Yang wia nak bagitau awal awal.. wia rasa janggal dari segi ketinggian. Itu saja. Yang lain.. semua ok:) InsyaAllah kalau diizinNya wia akan kenal depa dalam blog ni. Semuanya baru dan perubahan yang wia buat ni untuk kebaikkan sendiri. Sebab tu orang cakap perubahan penting buat seseorang. Hijrah memang besar nilainya. Sekarang wia berhijrah tempat baru, kawan baru, tempat tinggal baru. Ousmate baru dan segalanya baru. Cuma nak tekankan yang perangai dan sikap wia saja yang tak berubah.

Sebab tu omputih kata "Jangan pandang buku hanya melalui halaman depannya" kerana peribahasa orang Melayu pulak kata " Tak kenal maka tak cinta"
Akhirul khalam kengkawan, berubah ke arah kebaikan kerana itu penting dan disarankan. Dan jangan pula berubah ke arah yang boleh binasakan diri. Ada sebab kenapa wia tak berkawan dengan kawaan lama dan segalanya berubah :) Biarlah hati ini dan Sang Pencipta yang tau. Ok senyum dan harungi hidup uoOls denagn sebaiknya sebab hati yang tenang selalunya mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.. wallahualam :) Okey wia nak rest sambil tengok cerita Rapunzel doolu. Hepy bl0gging all. Miss him and my family so much✿

Monday, 23 May 2011

Kadang kadang Di Atas Kadang Kadang Di Bawah..

Assalamualaikum w.b.t buat blogger sekalian. Pagi ni rasa dalam hati ada taman bunga. Aissh awat pulak wia dok berjiwang pepagi ni kan. Mana taknya setiap hari cukup tido. Asaimen dah siap semua. Cuma tunggu untuk ke seminar esok. Ke kelas lusanya dan sehingga ke hari Jumaat untuk habiskan sesi perbentangan pasal produk. Aching..! Untuk hari Isnin yang indah ni wia rasa macam teringin nak buat sesuatu yang terindah untuk diri sendiri. Seperti pakai mask yang dibuat sendiri dengan susu dan telur. Kemudian tempek timun segar kat mata. Segar kan. Macam buat spa sendiri.. tak payah guna modal tapi semuanya buat dengan cara sendiri untuk refresh kepenatan mata dan badan yang asyik ngadap laptop siapkan asaimen dan layan FB..ehee :'D
Cuti sememang menyeronokkan. Tapi bukan la cuti panjang yang wia maksudnya. Cukup la cuti di hujung minggu. Rasa nak berkubang atas tilam saja kerjanya. Peluk bantal dan selimut dibuai mimpi mimpi indah.  Tapi itu kalau bolehla. Sekarang rasanya tak sempat dah sebab masa untuk honeymoon dah out. Masa nak rushing tu yang banyak kena grab. Tinggal kurang lagi dua minggu wia dah nak final. Cepatkan? tapi sebenarnya lama wia desini menunggu untuk habiskan semester pendek ni. Apa apa saja la. Yang penting kena usaha usaha gambate sekuat hati. Dua subjek je ibarat terapi buat wia. Memang susah kalau difikirkan susah. Tapi akan mudah bila kalau rajin membaca dan buat latihan. Problem sekarang---> mampu dak wia naikkan pointer untuk semester ni. Jawapan selalu. Wait and see.. Jatuh ke naik semua ketentuannya. Memang redha saja sebaik usaha dan tawakal.

Minggu ni mungkin akan dapat jadual exam. Kemudian haruslah settlekan yuran. Dah tak mau tertunggak. Nanti kemudian hari memang naya. Tukar mood feeling spa semula. Cuaca hari ni yang suam suam kuku memang best ada kat rumah. Setahu wia masa lepas je solat Subuh tadi, hujan rahmat turun dengan lebatnya. Memang mood terbaik untuk rest. Percubaan wia pertama hari ni kurang gula dan minyak. Sambil tu bersenaman setiap pagi. Psstt ke arah nak diet la apa lagi kan.. baru semalam target nak kurus. Haruslah jayakan misi ini dengan sebaiknya. Tak mau putus asa dan berserah separuh jalan. Cuba cara ni perlahan lahan. Doakan wia semoga sukses ye gengg.

  Tapi kan tsk tsk mata wia tak sihat pulak pagi ni even hati senang. Rasanya resaksa ulat tu makin mengganas kot. Wia rasanya pantang makan bukan pantang nampak dah bab makan ni semua. Berair pulak mata ni. Perlahan lahan la kan. Mungkin nak sembuh cenggitu la pe'elnya. Jangan mata ni merah macam resaksa sudah. Nak ke kelas pun fikir dua tiga kali. Oklah semoga teruskan urusan wia dan uoOls dipermudahkan. Ikhlaskan hati. Jangan lupa senyum selalu. Akhirul khalam.. jadi la diri sendiri. Moga hidup diberkati Ilahi =)

Nota cinta--> Kata manis pujangga selalu berias munge munge nan mekar tapi kata puistis ayatnya penuh kata kata indah. Biar apapun wia cuma nak cakap yang penting hati kena ikhlas.  Berdoalah moga apa yang di impikan jadi kenyataan.  Jangan putus asa. Peacee ^^ V . Nikmati hidup ni denga pandangan yang positif dan optimis pasti kekusutan kan kalah. Jumpa lagi entri seterusnya uols. Take care (",)

Mengejar KuruSs dengan Cara Sihat =)

Assalamualaikum. Entri isu terkini yang bermain di kepala wia ialah perubahan yang wia perasan ketara sangat pasal wia adalah berat badan menaik dari 43kg hingga ke 53 kg. Superb mendadak naik kan dalam masa 3 bulan saja. Aigoo.! Sabar ajalah. Sekarang selera makan memang tinggi sampaikan boleh la pakai istilah pantang nampak semuanya teringin nak makan. Teringin nak merasa di tekak. Jadi macam mana nak atasi kalau selera makan tinggi menggunung. Diet seimbang kemana kalau dah boleh makan tu. Bab kolestrol semua bedal. UoOls pun tau kan seorang yang tak miss makan cenggini la rupanya.

Karbohidrat, garam, gula dan lemak semua dah rasa plus makan. Kira seimbang la makan tapi rasa wia ambik dengan kuantiti banyak. Tu yang jadi cenggini. Kalau uoOls perasaan..dah tak payah perasan pun memang awai awai dah trang tang tang nampak muka boolat wia yang gedabak kat header tu kan.? Tu memang tandanya wia dah chubby sampai ramai kengkawan yang suka cubit mencubit pipi wia tu sebab depa kata geram sebab macam gebuss dan anjal. Auw yala tu ;p

Yang tak tahan wia memulanya memang rasa malu sebab bl0g umah orang lain letak gambar cumil dan santek depa tapi wia letak gambar muka dengan pipi tembam dan boolat. Tapi itu la wia. Tang bahagian yang selalu didiami leka tepu adalah selulit perut, peha dan bahagian lengan dan pinggul. >.< Sabar aja laa. Pendek kata nak diet dan kuruss la.! Best saja tengok membe pakai baju apa pun nampak slim melim gittu. Kala dengar orang lain tak makan nasi sehari. Kadang kadang tak makan, seminggu sekali. Dan penah jugak dengar girl tak makan nasi sebulan atau berbulan bulan sebab nak jaga padan. Manisnya kan.. janji badan sihat dan badan sihat tanpa gastrik kan.? Teringin bukan tak teringin.

 
 Piramid Makanan ;)
Kredit: Google
Tambah tambah wia ketinggian tak semegah orang lain, kalau badan berisi dah boleh nampak macam pokok rendang. Tak santek la T__T Kena buat wishlist untuk 2011 ni. Kalau la tak selera sangat makan kan?.. Rasa rasa wia dapat tak jadi kurus tak ye. Teringin la:'( Tapi takkan nak merungut desini tanpa buat apa apa kan. Kalau wia ada banyak duit mesti dah guna treatment Slim World yang digunakan artis terkenal Ziana Zain, Erra Fazira dan ramai lagi. Hasilnya nampak waa.. cantik! Gadis mana yang taknak kan. UoOls yang baca membaca entri ni cemana ye wia nak atasi masalah berat badan ni ye? Buat senaman wia langsung tak buat. Alasan, malas. Makan memang feveret tambah yang berlemak, yang tinggi sana sini. Harap dijauhkan dari penyakit yang serius. Takut tapi tak jaga pemakanan lagi ni.


Selepas ni kena buat jadual makan seimbang. Ada orang cakap nak kurus kena kurang makan nasi. Nak cubalah. Itu pun kalau bole. Dah la cepat lapar kalau makan sikit ni.. aisshh kena cuba dulu baru tau. Tapi tak mau dapat penyakit gastrik yang lebih sakit dari sesungut sakitnya tu. Apapun doakan wia boleh atasi masalah berat badan yang sungguh membimbangkan. Ada yang kata berat badan wia ni dah ideal tapi yeke.? Dengan ketinggian yang hanya 150cm memang tak la bagi wia. Tak boleh tak boleh nekad kena jaga kesihatan diri dan berat dadan dah pasni. Sambil fikir kena lupakan makanan yang lazat lazat. Ya Allah mudah mudahan wia boleh atasinya. Ok buat jadual tulih apa yang patut sebagai timbangan yang seimbang. Tak mau berat kepada lemak dan masin, manis lagi. Kena kurangkan. Bukan wia tatau tak boleh makan. tapi dah tak ada ukuran ni. Terasa buncit perut. Tak suka tak suka >.< " haisss.. nyak dikau lemak tepu. Wia akan berubah untuk diri sendiri jugak an?


Tak mao gemukk. Nak kurus. Tak sanggup nak habiskan duit untuk kurus. Nak cuba cara tradisional yang makan ulam ulaman dan sayuran yang penting nasi ciput. Ce try wia ce try. Tak try taktau. Biar lapar sat tapi asalkan perut tu terisi. Moga lepas ni tak buncit dan berisi lagi. Nak turun berat badan yang ideal ! Nak checklist untuk wishlist satgi suapaya berdiet amalan yang sihat. Nak pakai baju tanpa pilih saiz dan bimbang tak selesa lagi. Moga moga boleh laa. Nak nampak selim. Muka ni tak mao nampak boolat sangat. Memang orang cakap nampak cumil, tapi wia faham maksud tersirat tu. Hadoii.. tunggu la! Nak cuba ni... sedang semangat masih ada. Kena gigih wia. Doakan ya kengkawan..



Okey wia nak siapkan jadual diet harian sat. Macam teruja pulak. Harap berhasil. tak mau putus asa laagi hari ni. Ok nanti buat countdown berat badan menurun. Mesti tampak sihat dan ceria kan.. senyum pun nampak lesung pipit ke lesung merak. Baru tak ragu kan.. Orang cakap biar lambat asal sihat, cantik dan menawan. Gadis harus jaga berat badan supaya senang nak berias. Selamat berbl0gwalking. Sekali lagi doakan wia berjaya =) wink. Peace^^V.. nunite. Esok Isnin.. permudahkan segala urusan dan moga incik dear sembuh dari sakitnya. Miss him so muc. Xoxo<3 Jumpa entri seterusnya.. Adioss.

Sunday, 22 May 2011

Gadisss.. Jom Ramai Add YM Sini :)

Assalamualaikum ;) rasa bosan pulak bila wia buka FB dan blog dengan nada tenet yang slow. Tapi bila YM laju sangat dia. Pelik pelik. Wia buat keputusan memadam messager list dalam emeil lama atas sebab tertentu. Dan guna email baru yang dicipta wia dan incik dear dengan spontan hari tu sebab adala :P mana leh kasi tau kan..biarlah rahsia. Hiks. Mungkin email ID yang baru ni wia boleh hati hati lagi. Sebab tak mau 'banana fruit two times' lagi. Atau bahasa omputihnya pisang berbuah dua kali. Sebab wia rasa dengan idea ni wia akan berchating dengan kenalan yang wia betul betul kenal je. Entahla sekarang wia rasa macam alone bila on saja Instant Message (IM) tak banyak pun orang tegur. Baik tak payah kan..

Best sebenarnya YM nie.. sekarang wia pun dah ada SKYPE. Tapi incik dear tak ada. Jadi selalunya wia dan si dia hanya guna YM saja. Tu pun best letoop nak habaq mai:) maklumlah cinta jarak jauh ni tak payah sebab dah boleh rasa dekat bila teknologi canggih manggih ni semua. Cuma wia dan incik dear tak selalu berYM sebab dia sibuk dengan kerjayanya. Wia sendiri kena faham. Tambah Broadband ni hanya pakej murah jadi fefaham la kelajuaan maksima dia. Kuikui. Itu sebab wia tak kesah sangat kalau wia dan incik dear jarang YM. Skype pun best sebab smiley dia gerak comei. Video call pun seakan YM tapi semestinya lain kan..yang penting YM tetap dehati ni. Wahh gaya macam pencinta IM tegar. Padahal bebaru ni saja. Jadi dikesempatan ni wia rasa nak tambah kenalan gadiss saja dalam list messegger wia. Yang pasti wia rasa nak gossip sampai tak ingat... psst wia ni suka berkenalan sebenarnya dengan girlfren saja tau. Kalau lelaki memang borang penuh =P

Pada gadis comei semua yang nak YM dengan wia tambah la kenalan dengan ID nie ye darlink..fairytale_blossom@yahoo.com
Boleh la bergossip nanti. Sebab wia memang nak tambah kenalan sambil tukar tukar pendapat atau apa apa saja la. Nice uoOls.. harap dengan cara macam ni, wia boleh jumpa member sekepala mana tau. Minum dan jenjalan bersama nnt. Best tau..tambah kalau berlainan negeri. Belajar masak sesama. Kongsi resepi atau apa apa lagi.. Yang penting GaDiS je wia akan accept ye. Dan harap dijauhkan dari yang tak molek. Niat wia baik nak tambah kenalan. Harap niat ni menjadi murni dan tiada niat lain yang seangkatan dengannya muncul. Best tau banyak kenalan. Kata orang berkawan biar la beribu ribu milion lemon, dan musuh biar tiada. Baru merasai nikmatnya hidup yang aman damai di bumi bertuah:")
Wia sangat menghormati warga alam maya sekalian. Yang penting jangan sombong walaupun wia ni sensitipnya banyak. Okey yang nak add silakan :P Jumpa di YM ye gadis gadis cumil santek sekalian. Ehee terikut ikut dah wia dengan bahasa sekarang yang agak pelik pelik tu. Apapun biarlah hidup ni penuh kebebasan.. yang selagi tak membawa manfaat. Unik tu ;) Wia pun masih merasai dunia remaja dan kian matang kot. Harap banyak kenalan..dan heppi dengan hidup wia sekarang. Nak sentiasa tersenyum dan tak mao sedih sedih lagi. Lupakan yang resah gelisah. Jom gadis.. kita jadi girlfren. Wia biasa biasa saja. Tak kenal maka tak cinta bukan.. Salam manis buat uoOls semua. Yang sudi baca entri ni, terima kasih ye^^

Okey jam menunjukkan masa untuk lelapkan mata. Kalau bab mata wia ni dia dah makin pulih. Kena jaga makan, jaga hati baru wajah berseri seri.. rasa semangat la sekarang ni. Terima kasih broadband sebab dikau wia boleh hapdate dan terus tido lepas nie. Sekali lagi cakap add ye.. Wia tunggu uOls kawan kawan sekaum Hawa semua. Salam perkenalan dan jumpa di IM kelak. Tambahan nota--> wia nak letak email ni dekat side bar la. Patut ke tak ye. Dipertimbangkan doolu laa. Nunite all. Nantok dah nia sambil taip entri layan radio. Besh jugak lagu lagu time cenggini ni. Time to angan angan jadi Puteri Beradu <3 Adios.!

Saturday, 21 May 2011

Experience with New Member Housieee..

Assalamualaikum:) Alhamdulillah kerja semalam siap separuh. HikSs. Keje smalam yang mana ye? Alaa yang resume tu. Banyak kot naipnya. Rindu nak blogwalk. Tapi tenet nia macam tak mengizinkan wia selalu dekat padanya..psst, padahal terlebih limit pakai hari tu ;p Biarlah kan yang penting wia dapat jugak hapdate. nak tambah volume. Semua tu caj belaka. Jadi gunala seadanya selagi termampu. Ada nada pasrah desitu. Sebenarnya wia niat nak publish gambar roomate + ousmate wia. Sebelum tu nak tanya uOols semua. Penah tak ada kawan serumah yang non muslim. Mesti ada yang penah ada yang tak kan..? Bagi wia ini la pertama kali bergaul satu bumbung dalam satu umah dengan non muslim. Meh baca sampai tamat ok;)
Sebenarnya wia bersatu bumbung satu rumah dengan tiga orang non muslim dan roomate wia muslimah macam wia. Roomate wia sebaya tapi selalu tak ada di rumah. Mungkin kaki jalan kott. Jadi wia selalu ditinggalkan. Tacing. Kuikui.. tak jugak sebab bukan feveret jalan tanpa tujuan. Ok cerita mengenai umah sewa wia pulak ada tiga bilik. ua bilik comel dan satu bilik master. Agak besar sikit dan siap ada toilet dari bilik comel yang dua ni. Kiranya rumah wia ni fully furnished sebab penyewa lama yakni membe pada yang non muslim ni jugak. Pindah jadi wia yang masuk. Dan masukla pulak roomate sorang lagi ni.. menjadikan penghuni rumah sewa wia sekarang 5 orang. Tiga yang kekal ada cina buddha dan dua orang adik beradik yang still dalam bilik master tu berbangsa cina kristian.

Kan dah bercampur. Wia melayu tulen kot* sebab tak penah selidik salah silah galur keluarga dan roomate wia Melayu Jawa. Hee.. 1 Malaysia kan. Cuma bangsa India ja tak ada. Nak bagitau cemana feeling dok sebumbung melalui pengalaman wia. Memang berbeza. Berbeza sangat bagi kita orang Melayu yang beragama Islam tinggal bersama berbanding tinggal dengan non muslim. Tapi tak banyak sangat bezanya. Sebab 18hb yang lepas genap wia sebulan tinggal di rumah sewa ni. Tak banyak sangat masalah. Cuma pertama kali tu memang banyak yang wia belajar..likuliku sementara nak biasa tu memang dah lalui. Bukan susah pun..ikut rule je jadi dua dua pun akan ok. Mula tu memang pelik dan terasa jugak sebab asyik ditegur. Depa memerhati tambah tambah adik pada yang bersaudara tu. Kakaknya dan sorang lagi yang Cina Buddha tu masing masing buat hal sendiri saja. Like me :D Tapi apakan daya..semuanya dah berlalu. Yang penting umah sewa ni mementingkan kekemasan dan kebersihan berpanjangan. Wia selesa desini :') Pengalaman berbeza tinggal serumah dengan yang non muslim.. sekadar pengalam tau. Ditekankan desitu.

Dari segi pergaulan, mereka jarang bercakap kalau tak ada hal. Macam kita sesama Melayu selalunya keluar ke tak..kita akan bertanya nak kemana. Pendek kata sentiasa ambik tau. Depa pulak dak. 
Bab masak memasak, weoul bergilir gilir. Tak penah pulak berebut. Yang pasti wia masak guna perkakas wia sendiri. Dan depa pun guna barang depa. Depa ada pelawa wia guna jugak. Dan wia sendiri yakin yang depa tak makan daging yang tak halal tu sebab bukan senang nak masaknya. Lagipun baunya akan pelik gittu. Yang tambah meyakinkan wia kebanyakkan perkakas umah sewa wia ni milik membe depa yang Melayu tu. Jadi sebab tu wia tak ragu ragu guna sesetengah barang contoh pisau. 
Selain tu, bab kewangan dari segi berkongsi bil air, bil elektrik dan duit kongsi gas. Semuanya senang depa bagi. Kalau kita sesama Melayu macam susah sikit banyak kan. 
Ha..lagi satu wia baru teringat, kalau bab time makan wia selalu jemput depa. Gaya adab kita la kan.. tapi bila depa makan, depa tak berapa ajak sangat. Mungkin tak biasa dengan wia kot. tapi dah sebulan desini..depa nak mula pandai sila jemput makan ke apa ka.. best!:) Kadang kadang depa buat cucur yang ousmate wia Cina kristian tu. Wia merasa juga makan sebab nak ambik hati :'D 
Kalau bab azan tu.. memang area umah wia dapat dengar dari surau ni. Meriah tau. Depa pula mesti la tukar channel lain time azan di dalam TV. Yang itu wia perasan. Tapi depa pun tau tu tandanya masuk waktu. Sini Malaysia kan..^^ Wia ambil positif je. 
Dari segi tengok tv di ruang tamu. Wia jarang sangat.. sebab lebih suka ngadap lappy. tapi bab cerita yang wia minat wia pasti depan TV je. Dan depa terpaksa mengalah. Sat sat nak cerita yang dua orang adik beradik tu depa layan cerita Melayu tau. 
Pelik juga wia memula tu. Yang cina tu biasala.. tak sangat dan lebih kepada hiburan cina la;p Berbeza ye.. Itu la serba sikit pasal ousmate dan roomate wia. Meh nak cakap pasal latar belakang  pulak okey.
Wia (Owner bl0g)- Kedah
Sye yin- Johor
Bergilia- Sarawak
Adria- Sarawak
Aini- Johor

Okey wia perkenal satu persatu. Gambar dari FB depa ja. Maaf ye ousmate, roomateku. Sengaja stori pasal uoOls hari ni. Wia grab mana yang sempat. Grrr. Tenet agak low. Apapun siapa pun dan dengan siapa pun kita stay yang penting saling menghormati dan melindungi antara satu sama lain adalah yang terbaik. Ini pengalaman wia boleh la diceritakan pada anak cucu kelak. Memasing ada pengalaman. 22 tahun mengajar wia kenal dunia luar. Yang mana watak dan perwatakan manusia yang berbeza walaupun rambut sama hitam. Tapi hati lain lain, wallahualam. Sila tengok gambar mereka untuk kenali wajah ye :)

Gambar ketika membe depa(tengah) kawin.
Itula Akma ousmate mereka doolu. Kini wia yang ganti stay bilik depa.
Kiri gambar : Syeyin, Akma dan Bergilia.

Syeyin yang iras Tiz Zaqyah..cantik!

Adria dan Azfarina.. 
Adria adik pada Bergilia dan Az panggilan manja, 
dia la wia kenal semasa nak sewa umah sewa ni;)

 Aini..roomate setakat ni.

Akma dan Az dah keluar umah ni digantikan dengan wia dan aini. Yang pasti depa ok ok saja. Tinggal kurang lagi setahun wia nak habiskan studi. Harap boleh stay kat umah ni. Ops wia taak buat entri umah sewa lagi kan..ehee. Tak payah la kot. Dah sebulan baru nak buat:P Yang penting umah ni selesa. Siapa pun roomate ousmate wia, yang penting jaga hati dan jangan gado gado. Bermesra la dan jangan bermasam muka. InsyaAllah..semuanya akan baik. Ahaaa wia, aini dan syeyin sebaya tau. Peace ^^V dan Bergilia tua setahun dari kami. adiknya muda setahun dari kami. Jadi kira tambah tolak bahagi sendiri la ye=P Oklah dah panjang lebar ni..siap minum makan dua kali dah..blurp! Sedapnya ousmate tengah memasak. Bau ketam..nyum nyum. Ceria selalu. Walla(!)

Friday, 20 May 2011

Asaimen Berlungguk Untuk Tempoh Dua Minggu Genting..

Assalamualaikum :) Salam Jumaat.. dah masuk waktu genting cenggini wia dah mula sibuk dengan asaimen, presentation dan test, kuiz bagai. Maklumlah tinggal kurang dari 2 minggu lagi dah nak start final exam. Wia pulak dalam short sem memang sekejap ja rasa. Sebenarnya malam tadi baru je siapkan separuh. Tu pun wia balik pukul 1.30 pagi dari tingkat 10 blok wia. Nasib kengkawan temankan kalau tak rasa macam bulu roma tegak la kan.. Nauzubillah. Tapi mulai minggu depan memang busy teramat la :'( aigoo.. Harap harap dapat settlekan dengan segera. Sebab nak tempuh seminas Komunikasi. Buat resume dan job profile untuk interview individual.. lepas tu Jumaat presentation. Memang padat dan sangat penat mungkin :)


Semalam pun OB dah buat presentation kecil kecilan dalam group. Wia rasa sejak dua menjak ni lecturer tu ada mood belajar sekejap kemudian separuh masa terakhir buat presentation. Tak kira la group mana pun..tapi ia happening. Sebab kadang kadang dari topik yang diberikan, wia dapat belajar praktis dengan teorinya. Jadi lebih mudah faham. Sebab nama pun short sem. Memang kena cepat habiskan silibus. Memang semuanya very complicated..kadang kadang tu. Tapi bagi wia setiap lecturer ada cara tersendiri untuk bagi pelajarnya mudah memahami. Harap harap la wia boleh naikkan pointer. Sebab yang sekejap ni la keje memang tak boleh tangguh. Minggu depan juga kena hantar asaimen group untuk OB.. dan segalanya untuk Communication. Tetiba rasa best fikir fikir yang student lain dah tengah syok bercuti sakan kat kampung masing masing.

Tambah tambah dah nak cuti sekolah, banyak kenduri yang nak menyusul. Bagi seorang suka makan dan sukakan keraian macam wia ni memang best kalau dapat pergi. Sebenarnya rindukan kampung halaman dan masakan mak. Tadi baru je lepas sembang dan sesi luahkan perasaan kat mak sebab maka laa pendengar setia merangkap penasihat terbaik yang menjadi sumber inspirasi wia untuk terus berjaya dalam hidup dengan usaha sendiri. Kadang kadang bila dah terlalu stress dengan kerja, mak la orang yang pertama kali wia cari. Kemudian pasti raasa tenang. Incik dear pun tak sama dengan mak. Sebab naluri lelaki dengan naluri perempuan kan tak sama. Kadang kadang incik dear tak memahami tapi bila ceritakan pada mak. Mak memang memahami ;)

Selepas ni wia nak siapakan asaimen Job profile. Kena jadi super lady sat. Rindu nak blogwalking..tapi harus settlekan dulu. Tapi ni wia dah terlalu rindukan bl0g sebab semalam pun tak hapdate. Memang dah tahap sibuk mengalahkan orang bekerja yang taip menaip. Kalau bekerja pun mengadap laptop pun dah dapat duit kan. Okey tak mau merapu lagi. Kena taip dan settlekan cepat sebelum semangat hilang. Alhamdulillah kebetulan kelas hari ni dibatalkan awal awal oleh lecturer jadi bolehla wia buat apa yang patut. Rasa heaven jugak dapat cuti. Mata pun belum sihat lagi.. doakan doakan cepat sembuh ek.Amin. Moga pulih dan dipermudahkan segalanya. Sekarang pun mata ni dah ok sikit. Merah pun dah kurang. Harap tak bertambah teruk.. Kang nanti susah pulak kena asyik berehat tak siap pulak kerja. Haevennya kalau dah bercuti sekarang ni... nak lilek lilek kat umah goyang kaki atas kerusi malas tak pun buaian beradu yang ikat di pokok yang rendang di bawah redup. Memang best..tapi tak molek pulak anak dara sedemikian rupa. Kuikui..
Go Go CaYok..! AJa aJa Fighting..!
Nak siapkan cepat boleh rest cepat. Dah takmau fikir yang bukan bukan lagi. Kesihatan pun dah ting tong sebab fikirkan kerja yang tak siap siap. HaiSs.. mata oh mata sabaar ye. Sikit ja lagi.. Sedapkan hati doolu. Tambahan, wia baru dapat tau buka blogspot hari ni yang seorang blogger yang nama blognya telordibasuh telah kembali ke Rahmatullah akibat paru paru tidak berfungsi di Hospital Putrajaya kalau tak silap. Al Fatihah buat arwah. Yang pergi tetap pergi yang ,masih hidup suatu saat kita pun akan merasai saat kematian. Wallahualam.. Jumpa di entri seterusnya..Walla(!) AdioSsss
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi