Wednesday, 30 November 2011

Cubaan Entri Ringkas ;p

Bila wia perhatikan wia selalu taip panjang panjang..Kdang kadang terfikir, ada yang membaca ke.? Kalau ada pun mesti baca sepintas lalu. Itu dari pendapat peribadi wia. Jadi wia buat keputusan nak menaip secara ringkas saj la. Tidak la rasa berat sesekali nak mengapdate entri ;)

Gambar sekadar hiasan ;p

Kebanyakan yang wia perhatikan blogger yang femes tak perlu penulisan yg panjang tapi ramai yang memberi komen dalam setiap entri beliau. Setiap entri tak perlu banyak huraian baru senang pembaca nak membaca kan.? Baru tak boring. Betul tak uoOls.? Jadi biar lah entri tampak ringkas. Wia perasan entri yang tak panjang berjela, tidak lah memberatkan blog.


Sebenarnya wia suka kan yang ringkas. Mudah nak membaca. Tapi disebabkan tangan dan jari jemari ni suka menaip. Itu yang setiap kali menaip entri, boleh terfikir dua tiga kali untuk menjana idea. Maka, terhasil la entri berjela jela tapi tak ramai yg membaca. Huhu.


Okey ini entri percubaan wia dalam menghasilkan entri yg ringkas. Harap ini akan berterusan. Lagi kerap wia boleh hasilkan entri setiap hari. Walaupun tenet tak cukup kuat untuk jalan blog ke blog uoOls. P/s utk diri sendiri, lepas ni nak lebih hati hati dalam penggunaan broadband. Selamat berblogging semua :)

Tuesday, 29 November 2011

Berburuk buruk Dahulu, Bercantik cantik Kemudian.

Assalamualaikum ~
Berburuk buruk dahulu, bercantik cantik kemudian. Hee. Mesti hang, hang dan hang tak penah dengar kan.? Hamboii wia cakap loghat Kedah sat aih. Tak kesah kot noh. Hati bermunga munga #berbunga bunga hari ni. Bukan sebab baru lepas berdating ke hapa tapi legaa sebab result belum keluar lagi hari ni. Delay minggu depan pulak. Sabar saja laa. Lega sat walaupun ada sesetengah member wia dah frust sebab lambat keluar.

Yang penting wia rasa heppi dulu. Okey berbalik pada berburuk buruk dahulu, bercantik cantik kemudian. Memang tak dinafikan yang sekarang wia memang buruk. Sebab buta fesyen, buta mekap. Buta tu maksudnya memang tak tahu langsung. Banyak yang kena belajar lagi. Cantiknya tengok member dalam FB yang pandai dalam make up, berpakaian dress yang cun, pose yang cantik cantik. Kata orang, gojess sangat.!

Memang itu yang perlu untuk seorang gadis yang meningkat dewasa. Tapi wia pula masih buruk. Masih buruk yang dimaksudkan adalah tidak pandai dalam bermekap. Dress up hanya biasa biasa, kekampungan lagi. Kata sedara mara, umur 22 tahun masa zaman dulu dah ramai yang kawin. Tapi ni zaman millenium, zamna teknologi. Kalau belum ada jodohmesti la belum berkahwin. Jauh sekali wia nak berfikir pasal berkawin dan bertunang. 

Banyak lagi yang belum puas dalam hidup nie. Ikutkan hati wia, nak belajar tinggi tinggi. Berkerja .Kumpul duit baru boleh cantik cantik. Ada duit, nak kuriskan badan. Tipu lah tak nak ramping. Memandangkan dah tak boleh tinggi. Hanya kena jaga badan supaya ramping slim cam kerengga itu yang boleh. Tak dinafikan sekarang debab. Berisi. Ditambah rendah. Hadoii, ibarat pokok rendang hang tau. Bukan orang saja yang perasan tapi wia sendiri rasa. Huhuhu. Jadi patut capai matlamat dalam urus penampilan diri sendiri :-

Muka berwajah bentuk 'V' memandang muka wia berwajah boOlat.
Kuruskan dan kecilkan pinggul, peha, lengan dan perut.
Makan makanan yang seimbang tapi dalam kuantiti yang sedikit - On diet.
Belajar make up yg cantik dan natural.
Berpakaian cantik ikut ketinggian.

InsyaAllah wia akan penuhi harapan ini, walaupun lambat dari orang lain. Kata orang nak cantik kena rajin. Betoi kan..? :) Best tengok member yang cantik, gojess tambah tambah di hari bersejarah dengan si dear suatu hari nanti. Siapa tak mau kelihatan terbaik dan cantik. InsyaAllah berburuk buruk dulu, dan bercantik cantik kemudian. Kata orang biar lambat dari tiada kan kwn2 ;) Selamat berblogging. Semangat nak cantik bila tengok member yg cantik menawan ^^V

Monday, 28 November 2011

.NoStalGia - 1001 TerinDah.

Assalamualaikum. Semalam wia balik kampung. Musim cuti, memang banyak jemputan kawin. Bukan tu saja, banyaklah juga makan daging dan ayam. Serius sedapp ! Cuma kawalan pemakanan tu yang penting. Sebab boleh dikatakan tiap minggu pasti makan makanan yang berlemak, daging yang boleh membahayakan kesihatan diri jika makan berlebihan . Juga bukan itu saja, malah boleh buat tambah berat badan uoOls. Wia cakap bukan pasal orang lain tapi pada diri sendiri.

Okey berbalik pada tajuk entri, masa balik kampung semalam, wia terjumpa satu almari lama. Kedudukan tetap sama dari dulu sampai sekarang. Nak kata almari pun tak juga sebenarnya , sebab ia boleh dikatakan sebagai meja solek pun boleh juga sebab ada cermin usang juga desana. uOls..almari solek tu memang dah lama dan nostalgic sebab kat umah tok wia, almari solek tu tak penah tukar kedudukan. Yang paling penting bukan wia nak cerita pasaal almari solek ini tapi apa yang wia jumpa apabila buka almari solek yang tampak uzur tapi masih berguna.

Apabila wia buka, nak tau apa wia jumpa..? Jeng jeng jeng. Hikss. Kunun nak cam saspens, wia jumpa album lama, lama sangat sebab rasanya dari zahirnya kita boleh tengok yang album tu ada sebelum wia lahir lagipun. Dan di dalam nya wia jumpa dan boleh lihat lama. Klasik uoOls!! Unik pula tue.. Banyak yang wia macam waaa..terkesima boleh tengok zaman muda mudi dan penah tak uoOls dengar "Kenangan disebalik gambar " atau gambar menceritakan 1001 kisah ;) Itu la uniknya gambar nostalgia..

Arwah tokwan time muda
Cantik nya tok time nie ;)
Kipas lama untuk pengantin.. Unik kan? ;)
Album lama yang sentimental (^^,)
Ayah wia seorang photographer time 90-an ;)
Gambar last ni wia suka sangat.. Hee. Iaitu gambar ayah wia. Ahaa dalam setiap keping gambar dalam album ni ada gambar ayah wia. Yang pakai baju putih ye uoOls. Wah gempak juga ayah time zaman bujang nya. Kalau tak salah dari yang wia tahu ayah jadi jurugambar sambilan time dulu dulu. Hebad juga ayah wia sayang eh mencuba segalanya. Patut lah minat tu jatuh pada wia sekarang nih (^^,) V..Hehe. Doakan wia jadi photogrpaher dewasa nanti ek. Amin. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..Rupanya cenggitu. Nostalgia mengimbau asal usul.. 1001 tersirat dan tersurat.

Okey selamat berblogging ye semua. Memang klasik kan nostalgia lama..Wia suka pada gambar, bergambar dan tangkap gambar. Sebab gambar la yang boleh menceritakan suasana dan kenangan. Rindu pada yang tiada. Al-Fatihah buat arwah tok wan yang dah 13 tahun tinggalkan bumi fana ini. Jumpa entri seterusnya ye kawan kawan. Rindu nak blogwalk :'(

Sunday, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H - Awal Muharram ;)

Assalamualaikum. Hari ni hari minggu. Ye itu semua orang tahu. Tapi yang lebih utama sekarang seluruh umat ISLAM di seluruh dunia menyambut tahun baru ISLAM yang masuk 1433H hari nie :) Alhamdulillah wia dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T untuk menikmati alam dunia ini dan masih diberi ruang untuk menghirup udara dan bernafas dalam muka bumi ini.

Kata orang, tahun baru ISLAM juga sama dengan tahun baru Masihi. Masuknya 1 Muharram hari nie, perlu ada azam baru dalam memperkukuhkan diri rohani dan jasmani. Sebab itu, setiap tahun perlu kurangkan buat dosa kerana kita tahu, sebagai manusia biasa kita memang tak lari dari buat salah dan silap. Kerana kita juga tahu yang manusia memang tak sempurna. Bukan hanya wia..awak, awak dan awak juga tak sempurna. Jadi sentiasalah bermuhasabah diri ye semua. Wia cakap ni bukan untuk uoOls saja tapi untuk diri sendri juga sebenarnya.

Kata orang juga, buka buku baru maka tertutup la buku lama yang wallahualam dalam buku yang lama banyak pahala ataupun banyak dosa. Takutnya bila terfikirkan hal ni..Itu semuanya di tangan ALLAH. Sebagai umatnya kita lakukan apa yang perlu dan tinggalkan apa yang dilarang. "Amal Maaruf, Nahi Mungkar"..

Bagi wia, tahun baru, azam pun baru. Mudah mudahan wia banyak mendekatkan diri Nya. Doa doakan ye uoOls. Dah tak mahu gosip sana sini. Minta dijauhkan dari keburukan dan amarah orang. Amin. Jauhakn perkara yang membencinya. Ok wia tahu setiap muslimin dan muslimat ada azam dalam tahun baru. Moga ada sinar baru dalam Maal Hijrah tahun nie.
DOA AKHIR TAHUN
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaup...un Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
DoaDOA AWAL TAHUN

Doa awal tahun adalah doa pembukaan bagi tahun hijrah.
Ianya dibaca selepas solat Maghrib 1 Muharram setiap tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu maghrib)


Salam Maal hijrah buat semua muslimin & muslimat ;) Heppi berblogging. Moga cuti sempena awal muharam ni dapat di manfaatkan bersama keluarga tercinta, kawan kawan dengan perkara perkara berfaedah. Psst jangan lupa baca doa awal dan doa akhir tahun yang wia share dengan uoOls ni ek. Salam ceria (^^,)

Selamat berhijrah buat semua. Selamat datang pada mualaf dan saudara baru yang ambik pendekatan 1 Muharam untuk masuk dan memeluk agama ISLAM.. Alhamdulillah ISLAM agama yang indah, suci dan bebas mengikut syariat Al-Quran dan Hadith. Wallualam. Salam ukhuwah fillah semua. Moga silaturahim terjalin antara blogger sempena tahun baru ISLAM 1433 H ni .. Amin :)

- Salam Maal Hijrah  -

Friday, 25 November 2011

Majlis akad Nikah putih Krim ;)

Assalamualaikum. Salam penghulu segala hari. Majlis Akad Nikah lagi dan lagi. Yang paling utama, wia bernikah ke.? Dengan siapa..? Inai merah di jari wia ke.? Hehe. Suspens sikit. Jeng jeng jeng..Alhamdulillah, hari ni wia dapat hadiri satu lagi majlis akad nikah member wia ;) Kebetulan pengantin lelaki ada bau bau bacang dengan wia . Kira mak pengantin lelaki ada laha sepupu tok wia. Ada bau bacang juga la kan. Syukur dah setahun lebih mengikat tali pertunangan akhirnya di hari yang baik, dengan sekali lafaz Kak Fizah selamat di ijabkaabulkan dengan tunaang tersayangnya yang sekarang dah bergelar suaminya dengan sekali lafaz.

FYI ini kali kedua wia hadiri majlis akad nikah selepas yang pertama masa teh wia kawin Ahad lepas. Memang agak segan pada mulanya. Tapi bila dah hadiri lama kelamaan perasaan tu mula hilang sikit demi sikit. Kata orang sambil menyelam minum air. Masa wia hadiri majlis dapat juga wia timba pengalaman macam mana gayanya majlis berlangsung. Rupanya macam tue.. Hee

Wia tak nak cerita panjang. Majlis bermula 10 pagi. Memandangkan wia bertolak awal dengan mak, pengantin lelaki dan perempuan baru mai dalam 10 minit kemudian. To kadi merangkap tok imam masjid tempat wia pula datang agak lewat juga sebab ada majlis akad nikah lain yang lebih awal yang perlu tok kadi tu hadiri. Walau cenggitu, yang penting sekali lafaz Kak Fizah selamat sah bergelar seorang isteri kepada suaminya. ;) Tahniah Kak Fizah yang umurnya  berselang 4 tahun dari wia..Jom tengok gambar yang sempat wia snap dengan fon Nokia kesayangan.
Berdebar saat menunggu - Sang pengantin perempuan ^^.
Saat pembatalan air semayang ;)
Saat sah bergelar suami isteri :'D
Saat penyarungan cincin selepas akad nikah ,  Soo Sweets!
Saat isteri mengucup tangan sang suami ;)
Alolor.. romantisnya :D
Yang penting pengalaman buat kenangan manis buat semua orang kan. Begitu juga dengan wia. Syukur dapat lihat orang heppi dan bahagia dalam membina  masjid. ;) Tahniah buat pengantin baru !! Semoga berbahagia hendakNya. Wah sorang demi sorang dah mula bina masjid. Kalau ditanya wia, insyaAllah belum masanya lagi. Lagipun belum bersedia. Haha.

Itu je nak cerita hari baik bulan baik hari ni. Cepat masa berlalu. lusa je lagi kita akan masuk tahun baru Islam. Kata orang buka buku baru, tutup buku lama. Wallahualam. Akhir kata dari wia, banyak nya member jemput mai kenduri kawen, tapi psst cuti wia pula tak lama. Cepatkan masa. Yang penting enjoy bersama keluarga itu penting. Banyak yang wia belajar dalam menempa zaman dewasa. Ok selamat berblogging uoOls ! Ceria selalu yeah. Bercita cita untuk kawin..? Oh itu belum dalam angan angan seorang bergelar Dawia Honeyputri ;p Ceria selalu..

Laporan Penuh TPM Mai Jamuan Bersama..

Assalamualaikum. Sambungan cerita pasal TPM mai Serdang.. Tak banyak lagi nak cerita, tapi "Jamuan Bersama Rakyat" petang tadi dah berjaya dengan jayanya. Walaupun cuaca panas terik, tapi majlis tetap dapat sambutan bila ramai yang turun sama sama meraikan majlis tue. Mulanya TPM hanya ke Merbok, Sungai Petani dan tengahri tu baru smpai ke Serdang tempat istana syurga dunia wia bersama famili tercinta.

Seawal pagi lagi seperti yang wia stori kan dalam entri lepas, banyak acara dah berlangsung. Ada motosikal berkuasa besar, ada pameran moto vespa, mini konsert, kereta kawalan jauh dan banyak lagi. Paling wia teruja heli yang berlegar legar #Siaran ulangan. Okey kalau pagi wia singgah jenguk sat bawa adik bongsu Badrul tengok pertunjukan kereta kawalan jauh dan bot berenjin kawalan jauh. Agak tengahari, wia bawa mak pula untuk berjumpa dengan TPM dan dengar amanatnya.
Masa Ketibaan TPM ;) Sempat juga wia snap..
Makin tengahari, berpusu pusu manusia dah mula membanjiri. Jarang jarang dapat tengok manusia berkumpul ramai sambut pemimpin kedua negara dalam suasana 1 Malaysia. Yang dapat wia lihat tadi banyak keselesaan dan segalanya berjalan lancar. Urus setia bijak mengurus, seakan majlis tiada kecacatan. Wia bukan saja ada jumpa kawan kawan, malah ada cuma sedara mara. :)
Ada tarian singa dan pencak silat :D
Beshnya suasana camni ;) Terhibur uoOls..! Lepas Zuhur baru TPM mai dengan sambutan tarian singa di tengahari yang terik, dan diselangi dengan pancak silat oleh kanak kanak. Berpusu pusu manusia sambut. Oh sayangg nya wia tak memiliki bab sony apatah lagi baby Canon mahupun baby Nikon. Huu. Walau camanapun sempat juga snap gambar dengan kamera henfon Xpress Musix wia. Haha..

Okey tak penting tue semua yang penting dapat tengok wajah TPM dekat dan sambutan yang menggalakkan. ;) Okey makan tadi pun sedap dan memuaskan. Mungkin suasana tu tak penah rasa, tapi lebih baik dari sambutan Hari Raya. Bezanya ribuan orang dengan ratusan memang tak sama la kan uools!
Ucapan dari Tan Sri :)
Selamat Berblogging semua. Psst dah akhir tahun ni ramainya member wia nak kawen. Tumpang heppi (^^,) Ok sorri lari tajuk tapi yang penting kalau cuti sekolah memang banyak kenduri kan. Paling best TPM lawat mai melawat, walaupun dalam berita di tv, hanya tunjuk sikit dan sekali imbas. Tapi yang penting lebih bermakna. Ceria selalu.. Jumpa entri seterusnya ye sang kacak dan sang jelita.

Thursday, 24 November 2011

Terkini : TPM di area Serdang ! :))

Assalamualaikum. Terkini wia nak hapdate pasal TPM (Timbalan Perdana Menteri )Tan Sri Muhyiddin Yassin nak mai Serdang mai Serdang Kedah weh !! Hari ni harinya. Wah semangat wia nak cerita. Pepagi tadi dah dua tiga heli berlegar legar di ruang udara. Semangat dengar sebab jarang sekali nak dengar heli almaklumlah jauh dari lapangan terbang tak macam dulu dulu time ayah wia jadi tentera ;)

Semangat bersiap awal sebab seminggu awal dah tahu yang TPM nak mai. Hee.. Bukan tue je jalan raya besar memang meriah nak habaq mai. Polis trafik, pasukan rela pakat pakat jaga lalulintas supaya semuanya berjalan lancar. Wia tak sempat nak lalu sebab tak nak tersekat dalam lalulintas yang sesak. Sebab tu ambik keputusan pi ke tasik sebab kat situ ada bot control berenjin besar.. Banyak weh ;) Tu diaa semangat sungguh bercerita.

Ada macam macam acara sebenarnya tapi itu la, baru nak mula majlis kan. TPM pun tak sampai lagi. Masih terlalu awal nak cerita itu ini, tapi seperti yang wia akatakan tadi sengaja wia bersemangat hapdate nak bagitau pekan kesayangan wia ni didatangi Menteri ;) Semangat bercuti ada acara acara camni. Menarik juga untuk dikongsi bersama uoOls.


Ok setakat itu dulu wia hapdate okey. Sekarang tengah tunggu mak tercinta bersiap. Hee. Wia biasa biasa saja simple ! Heppi selalu guys.. Jangan lupa klik CHURP CHURP wia ek ;) Selamat berblogging. Moga segala urusan uoOls dipermudahkan. Amin. Cerita terbaru nanti wia hapdate yeah.. Psst sempat hapdate sementara tunggu mak. Gambar terkini wia saja tempek sekali.. Wah dengar heli lagi laa. Mungkin Tan Sri dah sampai kot. Jom nak bersiap dah. Heppy Blogging uOols..

KiSs & HuGs,, from wia ;)

Wednesday, 23 November 2011

Menu petang : Kuih Karipap :)

Salam keceriaan. Tetiba petang camni rasa lapar akan kuih muih. Jom pekena salah satu kuih feveret wia yang dah lama tak makan ni. Alang alang dah tengah bercuti ni boleh la makan apa yang rasa nak makan kan.Hee.. Kebetulan cuaca pun dah mendung hujan rintik rintik. Perut cepat lapar..

Memang sinonim kan, kalau hujan mesti perut otomatik rasa nak makan saja ;) Ok bila kat dapur ada karipap berinti daging berlada. Menu petang wia la petang nie. Pekena pulak denga teh "O" panas. Memang terangkat. Hehe. Wia suka makan panas panas. Tak suka berminyak. Ala ala macam gambar kat bawah nia.. Comel je kan? Ada ubi kentang, daging dan berlada. tak pedas sangat. Sedaap!!

Karipap camni memang feveret wia dan famili. Jarang buat dan sekali sekala dapat makan, sekejap ja sepinggan dah habis dimakan. Wia memang tak pandai kelim atau buat corak bunga kat tepi karipap ni. Mudah je sekarang guna acuan. Tapi memang tak sama kalau dapat buat kuih karipap dapat kelim terus corak pada tepung disekeliling karipap ni. Sesiapa yang pandai buat, leh ajar wia.. :) Teringin sangat nak belajar. Serius wia minat bab bab nie..

Susah sekarang nak jumpa karipap yang betul betul sedap. Wia pulak tak gemar karipap pusing sebab ia menggunakan minyak sapi untuk membuatnya. Sebab tu karipap pusing gebu sangat bila makan. Lagipun karipap pusing banyak minyak. Karipap sedap pada kulit karipap dan intinya. Kalau diganding kedua duanya memang sedap habis. Wia suka inti karipap yang dimasak mak. Mak selalu buat dengan ubi keledek dan bukan ubi kentang. Tak tahu kenapa..Tapi yang wia tahu, memang sedap inti ubi keledek :')

Ok jemput minum petang semua. Psstt wia suka cakap pasal makanan. Wia suka snap gambar makanan. Apa maksudnya ye uoOls..? Sampaikan kat FB pun wia suka upload gambar makan. Kalau cakap wia suka makan, ia memang betu pun :p hikss. Hepi berblogging uoOls. Bestnya dapat hapdate laju laju tapi tak dapat blogwalk laju laju. Tak sabar nak tunggu cerita Tentang Dhia sat lagi..

P/s : Bila la tenet nak normal.?? Dah tak sabar nak promote CHURP CHURP laju laju. Wuwuwu. Hadoii, henfon line wia pun dah kena sekat :'(  Nanti wia cerita dalam entri akan datang ek. Dah tak boleh sms dan fon incik dear.. Nasib ada fon lagi satu yang nampak lama tapi hempuk kat dinding pun tak pecah. Heheh ^_~

Teh Wedding 's Orange Theme.

Assalamualaikum. Tak sabar dah wia nak sambung cerita wedding teh. Ok awal awal pagi dah bangun. Buat sarapan dengan tok. Tapi disebabkan tak sempat buat banyak, pak ndak pi beli pulak beberapa bungkus nasi lemak sambal sotong dan sambal ikan bilis. Licin nak habaq mai. Ramai kata kan ;) Seakan hari kenduri berjalan dengan pantas. Masa pun berlalu dengan cepat sekali. Masuk jam 9 pagi. Sorang demi sorang bersiap bersihkan diri dan berhias. Begitu juga dengan pengantin perempuan iaitu teh wia sendiri.

Alhamdulillah cuaca pun baik dan indah. Nak dijadikan cerita, wia diajak teman pengantin pi majlis akad nikah. Memang wia tak biasa pi pun majlis majlis camtu. Majlis tunang biasa, tapi majlis akad nikah tak mpenah lagi. Disebabkan dah tak ada orang, wia pun malu malu meow, bersiap la seadanya dalam last minit dan nasib cepat siap pada masanya :p

Majlis akad nikah bermula pukul 11 pagi dan majlis berakhir pukul 11.50 pagi :) Segalanya berjalan lancar. Selesai majlis yang diadakan di masjid, terus balik ke rumah untuk kenduri kendara. Katering dah siap. Tetamu pun mula ramai dah mai. Wia dah tahu cemana orang akad nikah. Memang nebess. Bergambar dengan pengantin. Syukur best sangat uoOls.






Perut dah lapar, apalagi ambik pinggan dan layan diri laa ;) Lauk pauk pun sedapp habis. Tak tipu uoOls. Kalau umur panjang, hari wedding wia nanti wia nak ambik katering yang dianggap keluarga ni. Makanan sedap dan perkhidmatan berbaloi baloi.. Puasa hati nak habaq mai. Hehe. InsyaAllah lambat lagi masanya.

Lepas makan, tolong tok sambut tetamu, bagi bunga telur dan kotak gula gula sumi pada budak budak :) Best la pengalaman tue even mak cakap anak dara tak patut dok kat depan. Kehkehkeh. Nasib wia tolong sekejap jaa. Sebab tak pandai sangat. Panggilan 500 orang tapi macam 1000 orang. Memang ramai uoOls. Meriah dan lauk pun dimasak 3 kali :p hahahaha. Memula ayam masak merah macam yang wia makan ni. Kemudian ayam masak kicap dan last sekali ayam masak kunyit. Terbaik sebab semuanya sedaap. Thumb Up!!

Ok tu je sekadar imbas cerita disebalik kenduri sedara terdekat wia. Memang syukur segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang berlaku. banyak pengalaman yang wia kutip dari kenduri ni. Nanti wia cerita dalam entri akna datang ye uoOls. Selamat berblogging. Jangan lupa klik CHURP CHURP wia ek. Heppi sangat kenduri sedara. Dapat makan banyak banyak :D Ada sambungannya lagi tau. Sekarang wia tak berapa sihat. P/s : Maaf wia tak dapat blogwalk sangat sebab tenet tak mengiziznkan.. Sorry sesangat ye uols. Salam ceriaa..

Tuesday, 22 November 2011

Sambutan 2 Dalam 1..Meriah !!

Assalamualaikum. Dua hari tak terhapdate blog atas sebab yang telah wia bagitau dalam entri lepas wia freshkan semula dengan entri baru ye uoOls. Pertama kali, nak ucap terima kasih pada yang sudi menyinggah blog warna warni kesayangan wia nie. Hee. banyak yang nak di storikan ni tau ;) Mungkin kadang² gambar yang bercerita.

Okey seperti yang uoOls tahu, dua hari lepas yakni bertarikh 20112011 atau 20 November 2011 adalah tarikh kawen mak teh wia :) Alhamdulillah dah selamat pun teh menjadi isteri orang :) Ayah wia menjadi walinya. dan uOols nak tahu, ini pertama kali wia sertai majlis akad nikah uools.. Memang satu perasaan yang lain. Patut la berdebar pasangan pengantin. Nebes terasa hanya Allah yang tahu. Itu wia..apatah lagi kalau pengantin tu sendiri. Syukur mak teh selamat menjadi isteri dengan sekali lafaz..

Meriah uoOls panggilan yang hanya 500 orang macam lebih ramai pulak gayanya hari tue, sampaikan pihak katering, masak lagi dua kali jenis lauk memandangkan orang mai tak henti henti. #Mungkin juga kenduri pertama cuti sekolah bermula, atau cuaca baik mungkin :)Nasib pihak katering dekat dengan umah tok. Yup kenduri kat kampung. Sebab tu, malam kenduri wia dan famili dah bertolak balik. Kebetulan langkah kanan..ada kek besar laa :p
Kek coklat pandan ;)
Heppy bufday mira.. Genap 12 tahun :)
Pelamin simple ;)
Muka lepas buat kerja :p
Sebelum berkemas dan siapkan apa yang patut, memandangkan sedara semua pun dah mai dah. Adik beradik ayah cuma lima orang. Jadi, sambut dulu bufday salah seorang sepupu wia yang jatuh pada 19 Nov lepas. Patut la ada kek besar..Hee. Best² :'D Sambut dengan meriah, dalam beberapa kerdip mata kek yang besar tadi hanya tingaal pelapik saja. Ngeh ngeh ngeh.. Ramai la kata kan ;)


Lepas tue baru la buat persiapan esoknya. Disebabkan buat katering, tak banyak sangat kena buat melainkan hias bilik pengantin, isi telur dalam kotak dan bunga telur. Isi kuih muih dalam kotak termasuk sumi dan gula².. Walaupun nampak remeh tapi tetap letih. 500 bukan banyak..Ops lupa nak bagitau yang mak teh wia, janda beranak dua. Sebab tue, bilik pengantin simple² saja ;)


Sekadar imbas persiapan mlm kenduri. Banyak yg berlaku, yang penting..wia belajar banyak menda baru. Dengan buat hantaran secara mengejut.. Memang dasyat! Tapi nasib ada barang 5 dulang berbalas 3 dulang dari pihak lelaki. Ok wia hapdate serba sikit malam kenduri dulu ye uoOls.. Tunggu sambungan lagi ek. Banyak nak stori dan kongsi dengan semua. Selamat berblogging. Rindu kat blog nih :*

Saturday, 19 November 2011

Kenduri Kawin Dah Mai Dah :'D

Assalamualaikum dan salam santai sabtu. Pepagi mendung dikala ini tak menghalang wia dari berfikir positif  dan bersemangat untuk mulakan hari baru yang mencabar. Bukan kerana malam tadi mimpi indah² :p tapi memang besh sentiasa bersikap optimis dalam semua perkara. InsyaAllah segalanya akan baik² dengan izinNya.

Petang ni mungkin wia dan famili akan berangkat pulang ke kampung yang tak jauh dan tak dekat. Senegeri saja untuk hadiri majlis perkahwinan adik ayah ;) Hee. jarang famili ayah adakah kenduri. Jadi rasa cam semangat sikit ada kenduri sedara mara terdekat. Katanya ayah dan mak tuan rumah memandangkan ayah anak sulong dalam keluarga dan tok wan pun dah kembali ke rahmatullah ada 12 tahun lepas. Syukur tok yakni mak kepada ayah wia masih ada hingga kini. Tok juga orang kuat kenduri yang diadakan esok ;)
Seminggu dah wia balik bercuti semester, belum lagi berjumpa tok sebelah ayah nie tapi semalam dah jumpa tok dan atok wan sebelah mak. Lama bersembang sakan ;) Rindu terubat dan alhamdulillah tok dan tok wan sihat walafiat :) Lama bersembang..FYI kampung kedua kedua belah maka ayah wia ada sama jauh dan sama dekat. Jadi mudah untuk balik dan tak berebut time musim perayaan ataupun time untuk melawat :)

Jadi jom membizikan diri dengan kenduri kendara sepanjang musim cuti sekolah. Psst macam kena je cuti wia jatuh pada cuti budak budak sekolah.Hee. Jadi ramai yang naik pelamin, jadi isteri/ suami seseorang. Kepada yang baru mendirikan rumahtangga atau masjid ..Tahniah ye! dan "Selamat Pengantin Baru" semua (^____^) V..Banyak makan free yang sedap sedap la cuti ni kan? Sambil tengok pengantin yang cantik anggun dan kacak bergaya ;) Meriah meriah..
Tembam itu bahagia kan? :/
Okey nanti wia hapdate dari masa ke semasa ye uoOls. Mungkin pasal wedding "tih" untuk panggilan mak sedara wia yakni adik ayah itu ke. Hee..InsyaAllah. Selamat bersantai ye. Pada yang bekerja macam ayah dan incik dear hari nie, Selamat bertugas. Moga segala urusan dipermudahkan. Amin.. UoOls wia dah dapat result pasal broadband wia. Habis LIMIT dah rupanya :( Hadoii.. Itu la azabnya bagi adik² wia tengok video yang berlambak dan biarkan depa main game T____T.. Jadi alhamdulillah dapat hapdate even tak berapa nak laju berdesup. Asalkan dapat hapdate walaupun tak dapat blogwalk laju²..P/s : Jangan lupa klik Churp Churp wia ek. :)

"Kenduri Mode & Heppy Bloggging "

Friday, 18 November 2011

Wow !! Lumayan Beb RM100 Setiap Pelajar :D

Assalamualaikum. Salam Penghulu segala hari. Awal² nak bagitau yang ni entri basi. tapi nak stori jugak. Teehee. Sehari sebelum cuti sekolah bagi budak sekolah kat area Kedah, #hari ni hari sekolah terakhir budak sekolah area selain Kedah, Kelantan dan Terengganu. Padahal adik² wia dah mula bercuti semlam :p sekolah rendah adik Badrul adik bongsu wia telah adakan majlis penerimaan wang not RM100 setiap seorang. Begitu juga sekolah menengah..Wang diterima setiap murid oleh kerajaan.  Baiknya hati kerajaan kan? :)

Sebab dah dimaklumkan oleh adik² wia sehari sebelum penerimaan wang yang dikira agak banyak lepas untuk beli buku dan bayar yuran. Memang rugi kalau tak pi ambik, wia temankan mak pegi ambik duit di sekolah rendah dan sekolah menengah wia dulu. memang lama tak jejak kaki ke sekolah, jadi agak janggal sikit. Kira² 4 ke 5 tahun yang lepas.
Snap snap saat mak menerima duet :D
Mak tengah isi form ;)
Masa yang wia sampai ke sekolah bersama mak, para ibu bapa dah ramai yang dah mai.. Waktu yang ditetapkan pukul 12 tengahri hingga 4 petang. Tapi seawal tepat waktunya wia temnakan mak masuk ke dewan mengikut kelas masing².. Syukur alhamdulillah, kelas adik 3 Dinamis, tak payah nak Q panjang - Beratur panjang untuk ambik duit.

Giliran mak, cuma tunggu seorang uncle kemudian dah boleh duduk tanpa tunggu giliran yang lama. Kena isi form mengikut nama anak..Isi itu dan ini. Alhamdulillah, mak diberi sekeping not RM100 dan bukan RM50 dua keping. ;) Eh bukan sama ke nilainya. Yup memang sama, cuma saja wia nak cakap dah lama tak tengok not RM100 sekeping. Hikss. Almaklum selalu cucuk pun RM50 je diberi. Tak ada pula yang nak bagi not RM100 sekeping.

Settle kat sekolah adik Badrul, hari yang sama kena ambik dekat adik Pali pulak. Tapi kalau difikir dari segi positif ada baiknya keluar sekali gus dan settlekan semua. Alhamdulillah segalanya dilancarkan Allah. Masa tu ramai ibu bapa yang berpusu pusu mai ke sekolah untuk RM100.. Dapat duet sapa tak suka?  Sekalung terima kasih untuk kerajaan Malaysia !! ;)

Masa pi sekolah menengah pula, dah tak ramai juga ibu bapa yang mai. Mak mudah untuk ambik duit untuk Pali ikut proses yang sama macam sekolah adik Badrul. Isi form dan tandatangan.. Duit bertukar tangan :) Syukur nikmat Allah. Eh uOols, kalau nak tau pelajr IPT pun akan dapat RM200 kalau tak salah. Tapi xdengar apa² pun lagi. Harap² dapat la kan. Kurang sikit beban kewangan.. Semuanya dalam bajet 2012 yang telah dibenang PM aritu.
Candid mak di bekas dewan makan asrama wia time menengah dulu ;)
Okey la selamat berblogging uoOls. Saja wia nak berkongsi . Sekurang kurangnya meringankan ibu bapa kan dengan pemberian bantuan wang RM100 pada setiap murid. Masa tue wia ada terdengar ibu bapa yang bersembang aka berborak, "Ini kalau masa ni anak ramai pun tak apa"..Hehe. UoOls fahamkan dialog tu. Maksudnya kalau anak ramai makin banyak la dapat ;) Okey apepun semuanya diterima baik oleh ibu bapa. Heppi menjadi rakyat Malaysia. Salam 1 malaysia. Ceria selalu.

Thursday, 17 November 2011

Kata kata Indah berMunge MunGe..

Assalamualaikum dan salam penuh munge munge cinta. Jiwang dikala hari Khamis yang indah ini sekali sekala. Tak ada salahnya kan?? Hee. Sebenarnya wia nak simpan kata kata sentimental yang dipilih paling istimewa dari Sang pencinta pada Sang cintanya. Iaitu dari incik dear :]

..Atas nama cintaku ingin persembahkan jiwaku padamu adalah sebuah kurnia dari Sang pencipta..
..Ku tak pernah diturunkan dari kayangan untuk temani mu Sang dewi cintaku..
..Kau bukakan mata,mata hatiku lalu kau tuliskan namamu..
..Ku tak pernah temu cinta,cinta lahir dari jiwa,
sesejuk salju wajahmu..
..Rasa cinta rasa rindu..rasa ku tidak kan mampu pergi dari mu Sang dewi cintaku..
..Daku dambakan rahsia hatiku..hanya untukmu sang dewi cintaku..
..Hanya keajaiban~Nya yang satukan cinta kita.. **v**
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ..lOv3..Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
..:mutiAra kaTa NuKiLaN daRi Si deaR buat Daku Si LoveR diRantai menJaDi inSpiRasi:..
“ Cita2 ku untuk memberikan cinta ku pada nya,
Cita2 ku untuk mendapat kan cinta nya,
Cita2 ku tak mau cinta ku pudar & patah ditengah jalan,
Mencintai mu  juga adalah dorongan dari CITA2 ku.”
Kata kata ini banyak sentimentalnya. Harap uoOls tak kisah sekali sekala wia tempek ayat ayat camni :p Selamat berblogging uoOls. Moga semuanya dalam keadaan ceria juga hendakNya :) amin..Mood nak shopping dengan mak tercinta pelan hari nie ;)

Wednesday, 16 November 2011

SelaMat Ulangtahun Kawen Mak Ayah syg ♥

Assalamualaikum dan salam bunga mekar bahagia buat uoOls. Cantiknya cuaca dan langit hari ni. Alhamdulillah wia masih diberi keizinan oleh Sang Pencipta Allah S.W.T untuk bernafas tika menaip saat ini. Syukur :') 16 November adalaha tarikh keramat dan bersejarah buat mak ayah wia tersayang. Ini kerana 23 tahun lepas, tarikh ini, walaupun berbeza hari mak ayah wia disatukan dalam ijab dan qabul..Saat dinikahkan menjadi kekasih Halal dunia akhirat. Subhanallah. Syukur dah 23tahun. Hari ni merupakan Ulangtahun Perkahwinan mak ayah

Bahagianya tika melihat mak ayah saat ini. Walaupun banyak rintangan dan dugaan ditempuh sepanjang membesar kami 4 beradik. Terima kasih mak ayah untuk semua ini. Wia sebenarnya terharu kerana saat ini mak dan ayah saling menyayangi. Disatukan oleh kelurga, alhamdulillah kekal sampai sekarang. #Mengikut cerita yang diceritakan mak, memang mak dan ayah tak penah bercinta.. Tup tup disatukan dalam usia yang muda. Nasa di ijab qabul.. Mak yang cantik manis berusia 22 tahun, psstt waktu umur wia sekarang :p dan ayah yang hensem trang tang tang waktu tu berumur 27 tahun. Dengan jarak 5 tahun, sampai sekarang hidup bahagia. Bahagia dalam keluarga yang  penuh kasih sayang.
Ayah seorang yang tegas tapi ada masanya kelakar..Mak pula seorang yang lemah lembut dan kadang kadang garang. Hee. Tapi bila dah seorang air, seorang api..Maka seimbang la bahtera yang dibina itu..Hehe. Memandai ja wia karang pasal bab kawin ni.. Padahal belum ada pengalaman. Cuma saja wia cerita serba sikit pasal mak ayah wedding ;) Nasib ada kenangan gambar kawin mak ayah. Sebab orang dulu dulu tak sangat bergambar. Kalau bergambar pun kadang kadang hilang. Tapi yang penting, kekal bersatu dan saling melengkapi susah dan senang bersama.
Buat maka ayah tersayang,,Selamat Ulangtahun Perkahwinan
16 November yang Ke-23 tahun. Moga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga..Amin :)
Okeyla selamat berblogging semua. Wia tak dapat lagi blogjog laju laju. Cuma sekadar termampu. Itu pun slow sangat cam siput sedut. Wuwuwu. Selagi lagi, tanamkaan sifat kasih sayang pada orang tersayang keluarga mahupun saahabat handai dan walaupun si dia. Pasti munge kebahagian menyinari hidup dan ruangan taman hati uoOls. Wah berfalsafah gittu wia hari nie :) Akhir kata, wia doakan yang terbaik buat mak ayah dunia akhirat. Menjadi anak solehah buat mereka berdua. InsyaAllah..

"Heppy Anniversary My Beloved Parent !! "

Tuesday, 15 November 2011

Krisis Broadband yg Pelik !!

Assalamualaikum. Rindunya nak berjalan blog ke blog. T_T  Dah sehari tak "berblogwalk". Ini sebabnya broadband wia. Camni ceritanya, mulanya masa raya Qorban tu wia nekad nak upgrade pakej broadband wia. Memang lepas buat memang laju berdesup uoOls. Sebab tu heppi je berblogging dan kerap up trafik blog kawan kawan. Tapi semalam, tetiba sampai limit..

Sampai mesej bagitau yang limit broadband wia dah dekat limit. Bila wia check bil yang perlu bayar pun tetap sama macam harga yang sama. uOls rasa apa yang patut wia buat ye? Sebabnya bila check pakej dah bertukar. Ni yang buat wia tak faham =.=" Tengah bersabar dan fikir apa yang patut buat.

Wia buat keputusan untuk call center. tapi tak boleh pulak. Terasa hampa yang amat. Padahal sebelum ni ok je. Wia pakai Broadband Maxis sebab area tempat wia tak ada 3G Celcom. Itu tak kisah. Tapi semalam juga laa bar line menunjukkan ada seketul dua je. Tak full pun. Sobs sobs. Apa masalahnya sebenarnya ye. Line Maxis atau limit. Sampai buat urusan nak on9 cam terbantut dek lembabnya mengalahkan siput bergerak. Hadoii..

Sampai sekarang wia tercari cari nombor untuk dihubungi. Contohnya : Maxis Center. Ada sesiapa tau ?? Wah buntunya wia sampai bukan tak boleh nak search dalam Google. Cuma kalau ada sesiapa kawan blogger yang ada tahu cara nak settle kan. Dengan rasa rendah diri, minta bagitau la ye. Bukan wia tak nak pi terus ja ke maxis center. Tapi belum sempat. Kalau boleh settle dari jauh, nak je buat sekarang. Sebab tu nak call dulu uoOls. Padahal sebelum ni wia ada no contact. Tapi entah pasai apa depa cam reject call wia semalam..Huhu
Ni yang terkapai kapai nak settle prob nie. Kalau call hotline number, rasa rasa nanti mahal tak eh bil melambung.. wuwuwu. Riasau sebab wia tak bekerja. Tapi kalau tak ada jalan penyelesaian. Harus cuba last choice ni. Broadband jangan la merajuk .. Hempa semua jangan lupa klik CHURP CHURP wia tau :p Sempat lagi tu menyelit. Hehe.

Selamat berblogging semua :]
Psst wia tak sabar nak settlekan bab broadband Maxis wia yang satu ni. Tapi kalau uoOls ada cadangan leh share ngan wia ye. Rindu nak berblogjog. Okey nanti apa apa wia update ok. Jangan lupa klik kempen Churp Churp wia tau untuk eratkan silaturahim. Klik jgn tak klik :D  Broandband pliss be positive for me !!
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi