Tuesday 31 January 2012

Uniknya Buah ni :)

Salam keceriaan ! :) Balik kampung memang tak sah kalau tak makan buah buahan. Buah buhan tempatan ada, luar negara pun ada sempena CNY nih. Kali ni wia nak cakap pasal buah dari pokok yang ayah wia tanam sendiri. Akhirnya setelah 10 tahun wia tinggal dekat Kedah nih, baru tahun 2012 nih buah rambutan ayah berbuah. Memang lama kan.?

Pokok ni depan rumah jaa. Satu satunya pokok milik sendiri. Lagipun depan rumah wia ada seakan bukit sikit. jadi ruang untuk tanam pokok buah buahan agak terhad. Bukan itu yang wia nak coretkan. Cuma nak bercerita, cuti kali ni wia berkesempatan makan buah rambutan dari pokok ayah buat pertama kalinya. Rambutan pokok ayah agak lain sikit sebab seakan buah pulasan. Agak kecik dan tidak berambut sangat. Kontot jaa. Isinya sangat manis. Memang comel dan berbeza.

Wia suka rambutan yang tak berair. Senang nak dikupas kulit dan memakannya. Kalau uoOls rajin, boleh bandingkan buah rambutan dari pokok ayah wia ni dengan buah rambutan biasa. Hee. Bila wia tanya ayah, ayah kacukkan buah atau tidak. Ayah cakap dak. Memang suatu keajaiban ;)Cuba tengok rambut yang kontot tue.. Kiut!

Buah rambutan pokok ayah yang iras buah pulasan ;)
Wia sempat makan 4 biji rambutan ni.. Memang puas hati. Buah buahnya memang masih kemerahan dia atas pokok. Geram jaa tengok. Tapi mak ayah dah agih agihkan buah pada jiran tetangga dan ada yang dimakan tupai.. Buahnya makin berkuranagn sikit. Tapi rezeki Allah sentiasa ada. Nikmat :')

Psst upah topik sat, tadi dapat berita dari incik dear..berita yang tak besh sikit. Wia anggap tu sebagai moral of stories. Jangan terlalu berharap akan sesuatu dengan harapan yang tinggi. Nanti pasti kecewa bila apa yang diharap tak menjadi. Alahai macam sesuatu jaa kan cara penceritaan wia. Ada masa wia berkongsi dalam blog ni sebab munasabnya dan ada kena mengenanya dengan berita dari incik dear..

Jom jolok buah rambutan yang comel² tue ;) Ni masanya makan puas puas sebelum balik Shah Alam lusa. Cepatnya masa berlalu. Selamat berblogging.. Sedih tak dapat blogwalk dan balas komen laju²..Hmm ---". Makan la buah buahan untk kesejahteraan tubuh badan okies (^^)d

Monday 30 January 2012

Asam pedas Ikan Pari ;)

Siapa tak suka asam pedas? Pernah makan tak.? Alahai wia kalau asam pedas mesti nak hirup sebab wia suka makan masam dan pedas pedas nih. Ada sesetengah orang tak suka asam. Sesetengah orang tak suka makan pedas. Bagi wia memang dua dua wia suka. HikSs.

Kalau asam pedas Kedah memang berkuah, dan kuahnya jernih dan tak pekat. Boleh dimasak bersama pelbagai jenis ikan yang sesuai contohnya ikan kembung, pari dan banyak lagi. Macam hari ni, wia masak asam pedas Johor. Kuahnya lagi pekat. Wia belajar masak dari maklong yang asal dari negeri sana. Kedua dua asam pedas sedap dan menjadi kegemaran wia.

Tapi kalau bercakap pasal asam pedas, negeri Melaka dan Negeri sembilan terkenal dengan asam pedas yang sedap daan kaw kaw ;) Maksud kaw kaw tu memang rasa sebenar asam pedas. Siapa yang suka pasti mengalir air mata kalau rasa. Wia dah cuba. Memang terangkat uoOls !

Menu lunch tengahari tadi ;)
Asam pedas ikan pari memang sedapp. Wia gemar makan dengan nasi putih panas panas. Memang dua pinggan jawabnya. Terbuka selera.. Wia suka masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan sebagai pebangkit selera. Wangi tumbuh tumbuhan tu membangkitkan rasa. Terliur wia saat menaip entri ni. Al-maklum tak makan malam lagi. Kuikui.

Ok asam pedas ikan pari dah memangiil manggil di dapur. Perut pun dah berkriuk minta di isi. Jom makan malam dulu. Selamat menjamu selera. Siapa yang belum cuba, cari resepi dan cuba lah. Wia pun masak campak campak jaa. Tak pandai nak buat resepi buat uoOls! Selamat berblogging.

Sunday 29 January 2012

Rezeki Buah Oren Mandarin :')

Makan buah limau, minum air oren. Masih dalam mood Tahun baru Cina, ayah wia bawa balik dua kotak buah limau mandarin yang manis masam. Bertambah vitamin C dalam tubuh wia  sekarang. Sinonim kan buah limau dengan CNY. Oh indahnya Malaysia. Macam macam raya boleh rasa, Itu nikmat 1 Malaysia. # Oh skemanya ayat wia. Hewhew :')

Balik kampung kali ni sempena cuti midterm dan raya cina, memang puas makan limau. Wia tinggal seminggu lagi cuti. Nak habiskan masa degan keluarga tercinta. Baru pagi tadi ayah bawa balik buah limau lagi. Sukanya !! Boleh dikatakan satu kotak lagi uoOls. Memang puasmakan limau mandarin percuma. Nikmat tau. Bertambah tambah vitamin C dalam badan nia. Moga tubuh badan wia ni sihat dan kuat selalu. Amin.

Santainya makan buah limau. Masa menonton. Sembang sembang ngan keluarga dan buat sarapan dan makan, pencuci mulut makan malam pun boleh :p Wia suka la buah oren sunkist mahupun limau mandarin. Semuanya bawa khasiat. Dah lama tak makan buah limau banyak banyak. ;)

Dapat makan buah free lagi. Alahai murah rezeki yang tuhan bagi. Syukur.. UoOls pun mesti makan buah limau jugak sempena CNY ni kan.? ada dapat angpau tak.? Hee. Wia pun tak dpat sebab tak jenjalan rumah member yang sambut. Rindu besties lama time sekolah rendah. #Tetiba.

Jom makan buah oren  ^___________^  Sedapp dan segar dari ladang.


Bila bercuti kat rumah, perasaan malas untuk hapdate meninggi. Sabar ajalah. Cemana nak jadi blogger tegar nih. ---" Selamat berblogging. Sorry tak jenjalan blog k blog. Cik penaip blog sibuk bercuti bersama keluarganya. Teehee :') Mohon puas puas makan buah limau yang tersedia. Gong Xi Fa Cai..

Thursday 26 January 2012

Part 2 : Cuti Bersama Famili sempena CNY :)

Selesai cuti cuti sempena CNY selama 2 hari 1 malam bersama keluarga tercinta. Sangat gembira. Memang percutian yang best disamping dapat eratkan ikatan kekeluargaan. Hee. Mandi laut, mandi swimming pool sampai puas. Memang percutian yang terbaik.

Wia rasa puas hati, ayah bawa weouls adik beradik jenjalan makan angin sempena CNY. Sampaikan terasa sakit tekak dek terlalu asyik bermain air. Hikss. Akhirnya terus flu.. Dalam sekelumit nikmat pasti ada sedikit ujian. Memang cuaca pun tak menentu. Panass dan kekerapan kurang minum air mungkin penyebab..

Tak penting tu semua. Janji wia makan ubat, sihat semula. Maaf tak tehapdate blog. Bila menaip jaa asyik terbantut. Mungkin penat badan dan tak sihat penyebab malas berblogging. Teehee :') Serba sikit gmbar yang sempat di snap.. Semuanya amat bermakna.

Senyuman puas ^_______^
Dak Nana yang santai ;)
Mak yang smpat beli makanan laut :p
Dak Badrul time breakfast ;)
Mandi pun bergaya ;)
Wia jugak turut serta mandi manda :D
Gambar yang wia tempek secara rawak. Memang best uoOls walaupun Resort tu macam ada kelemahan sikit sebab wifi dan telefon servis tak disediakan. Yang penting makanan katsitu sedap sedap belaka. Banyak wia melantak. Haha.

Yang penting cuti cuti bersama keluarga memang best ! Selamat berblogging. Doakan wia sihat semula. Rindu blog. Rindu nak hapdate cam biasa. Yang best rindu nak blogwalk. Wia best on9 guna BB cek blog tapi blum sempat update dari sana. HikSss. Teruja :'D Yang penting best main air..


Selamat berblogging dan klik gambar comel dibawah ni..Tengss ;)

Monday 23 January 2012

Holidayy Teluk Batik Beach :)

Online sambil bersantai di Teluk Batik Resort. Walaupun cam lapar tak lapar sekarang ni, sengaja mencari hotspot untuk mengapdate entri. Rindu blog katanya. Wia sekarang tengah bercuti bersama famili desini.#Senyum. Sempena CNY.. Sebelum tu nak ucapkan 'Gong Xi Fa Cai' buat teman dan kaum Cina yang menyambut Chinese New Year hari ni. Bestnya dapat makan limau kan dan weouls dua famili pilak bercuti di Teluk Batik Resort dan menginap desini 2 hari 1 malam.

Bertolak tengahari dalam pukul 12 tengahari. Pergerakan perjalanan alhamdulillah berjalan dengan lancar di lebuhraya. Kebiasaan musim perayaan, pastinya kenderaan tetap banyak. Tetapi tak sesak pun dah cukup rahmat, alhamdulillah. 3 jam perjalanan cukup buat wia rasa tercabar bila dekat dekat nak sampai sesak ke jalan masuk tempat yang booking hotel. Memang ramai yang memilih untuk bersantai di laut hari ni sempena CNY ;)

Kebanyakkan nya dari Melayu dan India. Kan Cina beraya. Hehe. Yang jadi puncanya, boleh sesak perjalanan nak sampai ke hotel, tersekat selama 1 jam. Sabar ajalah. Kenderaan memang banyak hari ni. Nasib tak jauh sangat untuk check in.

Lepas check in terus bawa barang dan tengok bilik. Blog weouls blok cempaka. Wow !! boleh tahan. Ada dua bilik, 1 bilik air, tv dan peti ais semua cukup. Opss tercerita, macam tak penah jaa masuk hotel. #Sorry. Terteruja pulakss :p


Lepas rehat rehat, solat dan bersiap siap pulak nak pegi mandi laut. Haruss grab kesempatan yang ada kan? ;) Apalagi cuaca pun baik.. terus la wia , dak nana , sepupu, mak dan tok jalan jalan depan hotel untuk kelaut yang memang sarat dengan manusia. Memang ramai uoOls !

Memang dah tak sabar nak mandi laut. Weouls redah jaa. Adik adik wia yang lelaki pulak mandi di swimming pool. HuHu. Memang tak sama kami. Erkk.. Sabar ajalah. Agak puas mandi laut, yang masa tu air sedang pasang, mabelesSs. Memang tinggi la air. Syok jaa main tenggelam tenggelam. Agak dah nak senja sempat beli baju dan makanan laut. Haruss ! Haha.

Syoknya mandi pantai dan bersantai sekali sekala dengan keluarga tercinta :) Entri akan bersambungg.. Hikss. Moga uoOls heppi heppi selalu ek. Sayanggnya Teluk Batik Resort ni tak ada wifi dalam bilik hotel, terpaksa la wia jalan jalan cari tenet. Kuikui. Heppi selalu. Jom makan limau..#Bestnya bayu pantai, nyaman ^______^

Selamat berblogging dan klik gambar comel dibawah ni..Tengss ;)

Sunday 22 January 2012

Penat Berbaloi balik Bercuti Kg Sempena CNY ;)

Syukur akhirnya wia selamat sampai ke 'Home Sweet Home'. Kedah ;) Heppi sangat dapat bercuti dengan kelurga tercinta. Kebetulan adik wia, dak Nana pun balik sama semalam. Oh lengkap ahli keluarga wia .! Alhamdulillah. Kleau balik kampung sekarang memang kena banyak bersabar. Kesesakan jalan raya jangna dicakap. Masuk jaa tol semalam terus jem. Errkk -____- Kereta jangan dicakap memang banyak sampaikan ruang jalan raya penuh dengan kenderaan.

Wia bertolak dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. 12 jam ok. Itupun cukup buat wia letih. Nak tidur dalam bas pun tak nyenyak sebab gerak sekejap berenti dan ia berulang ulang. Memang kesabaran tu kena tahap maksima. Sampai kalau rasa naak terkucir kena la tahan jawabnya. Seksa ok 6 jam kemudian baru jumpa tandas --"

Itu wia, kalau adik wia lagi laa, beli tiket last minit. Pukul 1 bertolak dari kampus.Kemudian bas pukul 5 petang. Memang masak la tunggu. Itupun bas dia datang lewat setengah jam. Huhu. Masa tu wia baru dekat Slim River ..Bayangkan la. Itupun nasib driver lalu jalan lama bukan lebuhraya. Nasib perjalanan lancar.

Memang pengalaman la semalam. Balik time cuti musim perayaan. Nak nak time orang dah mula start kerja. Kena la terima kan.? Yang pasti letih memang letih. Janji selamat sampai untuk bercuti. Adik wia yang bertolak pukul 5 petang semalam, sampai pukul 1.35 pagi tadi. Lagi laa.. Kiranya dua kali la ayah wia gerak pegi ambik dua anak perempuannya dia stesyen bas, tapi masa jaa yang berlainan. Heppi jumpa adik adik, mak dan ayah. Letih pun rasa berbaloi.

Muka heppi jumpa keluarga ;)
Yang penting selamat semua. Akhirnya dapat rehat dengan tenang di bilik dan makan sedap sedap. Hehe. Dah bantai tidur puas puas, hari ni mak, wia dan dak nana semangat dok sediakan bahan nak buat laksa untuk tengahari ni. Yeay!! dapat makan laksa.. Memang terbaikik la. Makanan feveret la kata kan :p Selamat berblogging uoOls & Selamat bercuti sempena CNY ye.


Selamat berblogging dan klik gambar comel dibawah ni..Tengss ;)

Friday 20 January 2012

.Heppy Birthday 16th Pali :)

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat adikku, dak Pali yang ke-16 tahun. Moga panjang umur dah dimurahkan rezeki selalu. Sangat tinggi dari kakak dia terutama wia. Dah semakin matang pandai nasihat adiknya dak Badrul dan kakaknya, semakin ada kumis #misai dan janggut. Teruja nak ambik lesen motor macam kak dia dulu :p Memilih bidang akaun untuk peringkat menengah tinggi. Eh?! wia baru perasan yang wia sekarang ni tengah buat biodata atau buat entri sempena bufday adik wia ;)

Dalam keluarga wia, dak pali laa paling awal sambut ulangtahun nya. 20 Januari setiap tahun. Dah besar dah adik kak. Siapa tak sayang adik beradik kan. Wia ada 3 orang adik. So, termasuk wia 4 orang la semuanya. Cepat dah dia membesar. Kalau dulu dok berhingus lagi, sekarang dah boleh tunggang moto kesana kemari. #konfiden jaa wia naik moto ngan dia sebab kaki dia panjang. Selamat. Haha


Dalam adik beradik, tipulah tak penah bergaduh kan? Tapi itu cerita dulu dulu. Dah berjauhan dan makin membesar, daah pandai rindu dan saling menyayangi. Maklumlah darah daging kan. "Air dicincang takkan putus".. Esok besday dia. Wia masih dok menanti hari nak balik lusa. Sabar sabar. Hehe.

Ok dengan ini nak nyanyi la sikit kat dak Pali ni sempena bufday dia yang kebetulan sama dengan sepupu kami, dak Amni ;) Comel jaa boleh sambut bufday sama sama. Kihkih. Ok, satu, dua, tiga !



♫ Allah Selamatkan dak Pali..
♫ Allah Selamatkan Pali..
♫ Allah Selamatkan Pali adikku..
♫ Allah Selamatkan dak Pali..

Heppy Birthday to you..♫
Heppy Birthday to you ♫
Heppy Birthday to Pali..♫
Heppy Bufday to U..♫

Moga impian termakbul dan jadilah anak yang soleh dan pelajar yang bijaksana. Amin. Sedappnya makan kek. Jangan lupa kak yang jauh.Dapat panggilan free. Leh gayut ngan mak semalaman sebelum bertolak balik lusa. Yippy !! ;) Ni yang tak sabar nak balik ni. Hikhik.

Pada yang sambut bufday esok, moga heppi selalu. Selamat berblogging semua. Wia baru teringat tarikh bermakna buat blog ni. InsyaAllah malam esok wiaa hapdate. Cemana leh lupa ni. Padahal wia alert dan ingat tarikh tu pada mulanya. Sebab tu entri ni ditaip tanda ingatan buat insan insan yang wia sayang <3


Selamat berblogging dan klik gambar comel dibawah ni..Tengss ;)

Thursday 19 January 2012

Cuti Cuti tak Sabar Tunggu Saat tu ;)

Tak sabar nak balik kampung. Yihaaa !! Tengah dok berkira kira hari jaa ni ;) Kalau esok xada kelas dan test. Mesti awal awal dah bertolak. Hehe. Masuk hari ni dah tak lama dah wia nak bercuti bersama keluarga. Cuti bersempena CNY dan midterm. 10 hari.. Jadi la kan? :) dari tak ada langsung. Memula cutinya jadi 2 minggu. Memandangkan pihak U gabung cuti. Maka jadi la seminggu saja.

Itupun dah syukur. Boleh jaa lajak sampai 2 minggu, kan kan. Macam tak biasa. Lagipun kelas wia semester ni Rabu dan Jummat jaa. Agak bosan dan banyak masa. Sesekali bercuti. Tak salah kan ;) Dah rindu masakan mak, dah kempunan nak makan laksa, bihun sup, buah buahan # kalau musim buah lagi , lauk kenduri dan banyak lagi laa.

Itu nikmatnya bercuti. Makan angin dan jenjalan. Sebab tu wia tak sabar nak balik Kedah. Mesti ramai juga yang nak balik bercuti kan? :) Harap semuanya berjalan dengan lancar. Sebab sebelum ni, tak salah wia tahun lepas sempena CNY yang jadi sesak jalan raya di lebuhraya Ipoh. Sampai 12 jam uoOls. Menagiss. Nasib boleh tumpang hostel adik. Kebetulan wia balik dengan adik. Memang dipermudahkan la. Harap tahun ni tak jadi camtu. Amin.


Siapa tak teruja nak jumpa kelurga tersayang. Banyak yang perlu ditempuh, bersama keluarga juga yang terbaikk. Rindu dah ni saat wia menaip entri ni. Di rumah sewa pun, wia sedang habiskan stok makanan yang ada. Al-maklum la nak cuti, nanti rosak pulak makanan tu semua. InsyaAllah petang ni nak shoppg buku. Harap jumpa apa yang wia nak. Takut stok buku habis jaa ni. Risau jugak. Kan ramai yang dapat baucar buku 1 Malaysia.

Esok kelas pagi ke petang. Siap ada test. Doakan wia ye. Sebelum bercuti, harus berkorban dulu. Baru rasa nikmat bercuti. Ok, selamat berblogging uoOls. # Wia tak dapat nak blogwalk sebab tenet broaadband dah habis limit. Biasa laa wiaa..24/7 on9. Pakai la pakej berapa pun limit tetap habis. Kihkih. Tiktok tiktok masa, cepatlah tak sabar untuk saat tue. Balik Kampung time (",)


Selamat berblogging dan klik gambar comel dibawah ni..Tengss ;)

Wednesday 18 January 2012

Kerenah ManuSia BerKereta ---"

Sebelum ada lesen : Seronoknya tengok orang memandu kereta. Laju. Mudah gerak sana sini. Untunggla depa.
Selepas ada lesen : Susahnya ada kereta ni. Kena servis selalu. Minyak mahal pulak tu. Nak gerak pun fikir 2,3 kali.
Ini fanomena yang wia nampak, dari segi pengalaman sendiri. Kesimpulan yang wia dapat buat, manusia memang tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Nauzubillah. #Fakta, wia belum pun ada kereta sendiri apatah lagi lesen memandu. Lesen untuk motor ada la :p Lesen tu awal awal dah ambik sejak form 4 lagi. Lesen kereta memang ayah wia tak galakkan lagi. Tak tau pasai apa. InsyaAllah habis studi ni , nak ambik lesen kereta. Amin.

Memang ralat,bila tengok member sebaya dan kadang kadang junior dah boleh memandu cekap di jalan raya. Di hati kecil, terdetik cemburu positif. Positif tau bukan negatif ;) Bila berjauhan dengan keluarga seperti sekarang, alangkah best kalau dah boleh memandu. Walaupun tak ada kereta, kan boleh sewa. Boleh juga jenjalan bila waktu hujung minggu. Mesti tak la bosan sangat. Cuma mampu berangan angan jaa nak kesana sini. Itupun belum tentu jadi.

Tapi bila wia perasan, member yag dah ada kereta, depa pulak suka dok kat rumah. Ini wia cakap dari segi pengalaman sendiri. Pendapat berbeza beza kan.? Pasai apa depa tak suka keluar. Tak suka jenjalan ka.? Kalau keluar pun sekadar beli barang dan balik. Pelik -____- Memang cenggitu ke kalau orang yang punya kenderaan sendiri. Kalau wia dah kesana kemari dah. Kihkihkih.

Mungkin ada yang suka keluar tapi wia tak nampak kalau dari member sendiri. Ada satu cerita lagi, memandangkan wia sendiri taka ada kereta apatah lagi lesen. Moto pulak tak dibawa kesini. Jadi patah kaki la wia dibuatnya. Nak gerak kesana kesini dengan pengangkutan awam jaa. Satu hari nak minta tolong member yang berkereta, mulanya dia kata okey. Lepas beberapa minit kemudian dia kata tidak.


Sedih memang la sedih. Bukan sekali dua, wia penah cuba minta tolong dia, tapi ada la dalam dua ke tiga kali. Tak sangka, tak penah dia tak tolak. Mesti ada saja alasan. Satu hari mengadu kat si dear. Baru la wia tahu..Mungkin dia jimatkan minyak kereta dia. Tapi bukan sekali, banyak kali kot. Hati mana tak terasa.

Kita member ingat boleh buat kawan. Mana tahu dia nak ajak jenjalan, dan kita pun bukan tak faham. Dah jalan sama sama, nanti kongsi la duit minyak. Rupanya, dia cakap dia tak suka jenjalan. Ok wia dan yang lain faham. Tetiba, dalam FB keluar berjinba dengan member lain, dengan BF dia. Itu pulak apa cerita.?

Nauzubillah, wia bukan nak mengata tapi berkongsi. Memang yang ada kereta berperangai camni eh.? Tapi tak semua kan..Wia ingatkan diri. Setiap orang ada masalah masing masing. Sejak hari tu, wia tak penah minta tolong pun. Biar susah cemana pun. Kalau suatu hari nanti wia ada kereta, wia nak tengok adakah wia juga macam tu..Memilih kawan pun tengok pada tempatnya. Itu yg wia boleh simpulkan.

Harta dunia tak kemana. 
Hanya pinjaman sementara dari Allah.

Selamat berblogging dan klik gambar comel dibawah ni..Tengss ;)

Tuesday 17 January 2012

BerGaya dgn Kamera DSLR ;)

Pertama kali pegang. Terasa jatuh hati. Memang canggih. Gambar cantik tanpa perlu diedit. Minat lah ! Meltingg :p Pertama kali juga tembak guna kamera DSLR. Teruja sungguh. Pencahayaan, kontrast semuanya cun. Alahai DSLR ! Bagi penggemar fotografi macam wia ni memang dok idam idamkan kamera canggih camni. Kalau dapat yang lagi panjang muncung teropong dia, lagi sedap dan hasil yang cantik bila tembak.

Geram bila fikir. Serius rasa nak memiliki sekarang juga. Ok wia memang minat bidang photog walaupun wia sendiri tak fotogenik. Badan tak cantik, senyuman tak menawan. Tapi selalu camwhore dimana mana. Biasalah gegirl kan.?:) Sampai dalam tandas pun jadi uoOls!

Snap snap gambar haruslah sebagai blogger ni kan.? Sebagai bukti la katakan. Bukan itu jaa, gambar yang diambik adalah kenangan untuk masa depan. Sebab tu hobi boleh dijadikan kerjaya kalau gigih. Setuju tak.?:) Wia suka snap gambar sendiri, gambar famili dan gambar makanan. Minat la ! Permandangan dan binatang pun suka.






Ok wia memang tak memiliki sebuah pun lagi kamera DSLR. InsyaAllah suatu hari nanti. Mungkin # Doa doakan ek. Amin. Hanya mampu bergaya dengan kamera DSLR member. Ambik feel pun dah ok. Walaupun penah cuba tembak seklik dua ;)

Gambar yang wia snap sekali pandang pun  dah tahu bukan dari hasil tembakan DSLR kan.? Memang pun. Itu hanya dari fon Nokia wia. Teehee :'D Bergaya jerr. Itu pun dah rasa besar rahmat. Nak memiliki tu belum mampu lagi. Member Mascom. dah tentu harus ada kamera canggih cenggini. :)

Itupun dah buat wia heppi sesangat !! Bukan senang nak dapat snap gambar dan bergaya dengan DSLR kan.. Mana tahu, ambik feel lama lama jadi kenyataan. Memang nak sangat. Cuma masanya belum tiba. Baru je berhabisan dengan Blackberry baru baru ni. Satu satu dulu la kan.. Suka gambar yang tema pink putih ni. Itu yang namanya kenangan.


Selamat berblogging dan klik gambar comel dibawah ni..Tengss ;)

Biar Lambat , Asal Dapat - Baucar Buku 1 Malaysia :)

Syukur seperti yang dijanjikan. Hari ni secara rasminya wia dapat pegang sendiri Baucar Buku 1 Malaysia.
Dah tahu hari ni dapat dan boleh diambil di Fakulti dengan semangatnya awal pagi dah bersiap siap dah. Pukul 9 pagi. Awal kan. Haha..Mudah saja prosedur pegi dan ambik, tanda tangan. Selesai !!

Kalau ikut U wia memang kena pegi ambik dekat Fakulti. Lepas tu ikut jadual yang ditetapkan. tak boleh nak pi ambik sesuka hati hari dan bila pun. Sebab kami bukan tengah periksa final pun  macam U lain :p Yang jadi tak selesai tu. Elok letih pi ke Fakulti dan balik semula ke rumah sewa.

Ada cerita disebalik kejadian. Ok penat lelah wia panjat bukit. #Selalunya wia berjalan kaki ke U yang jaraknya tak jauh dan ambik masa dalam 10 minit jaa. Naik atas dengan berpeluh bagai. Sambil sejukkan badan dekat kipas.

Alih alih, nak belek la baucar yang dapat dari kerajaan tu.. #Bau macam duit real la baucar tu. Macam bau duit kertas yang baru dikeluarkan dari bank. Hehe. Tertiba. Memang dah ada 4 keping yang bernilai RM200.00 semuanya. Setiap satu bernilai RM50. Tapi akibat kecuaian wia.. ada pulak salah satu baucar yang tak bercop U.. Kosong :/ Blur seketika. Penat tak hilang lagi. Baca pulak kat belakang baucar tu, baucar takkan sah kalau tak ada cop dari Universiti -____-

Memang salah wia la tak check betul betul tadi. Kan dah jadi kerja dua kali. Wia sempat rehat dan on9. Kemudian dah sejuk badan. Baru turun semula ke U untuk dapatkan satu lagi cop. Kalau tak, tak sah la baucar wia jawabnya. Nak tak nak, wia gigih turun. Sekejap ja masa diambil. Masa tu memang dah ramai orang. Panjang ja beratur. al-maklum laa, depa baru habis kelas. Kalau tak ambik ikut jadual tak akan dilayan. #Maksud wia ikut kos, seperti kos business;)

A K H I R N Y A !!!
Syukur..Semua milik wia :)
Secara rasminya..bak kata pepaatah "Biar lambat , asal dapat ". Baucar Buku 1 Malaysia milik wia juga. Dapat la shopping buku lepas ni.  InsyaAllah Khamis ni. Hee. ramai yang dok sebut sebut. Sebelum ni hanya teman adik wia beli buku. Lepas ni boleh la wia pulak. Syukur alhamdulillah, rezeki dari Allah. RM200.. Siapa nak bagi camtu ja kan.? :) Heppi dan senyum selalu. Penat berbaloii walaupun salah sendiri :p


Selamat berblogging dan klik gambar comel dibawah ni..Tengss ;)
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi