Sunday 15 January 2012

Harum Nasi Lemak Bangkitkan Selera Waktu PaGi.

Lamanya tak makan nasi lemak. Entri pasal makanan mai lagi. Biasa la wia ni kalau mood dan idea hilang ke laut. Menaip pasal makan je la jawabnya. Memang wia suka snap makanan yang dimakan. Tak tahu pasai apa..Hobi kot. Lepas tu bila rasa rindu dengan makanan tu, boleh la tengk gambar walaupun tak dapat makan waktu tu jugak.

Agak banyak juga koleksi makanan yang wia ada. Makanan yang senang dan mudah kita dapat. Sebab kalau di rumah banyak yang boleh dimakan. Bila bila masa. Terasa nka makan terus boleh dapat. Al-maklum la tak payah fikir pasal $$. Semua ditanggung oleh mak ayah. Sini.? Kalau nak makan, fikir dua tiga kali. Heheh.

Rindu Nasi Lemak, lama tak makan ~
Normal la tu kan.?:) Pagi pagi cenggini, memang wia jarang sarapan. Bukan apa, kalau selalu makan roti atau biskut jaa. Kadang kadang tu minum 'Hot Chocholate' tak pun Milo. Itu sajaa.. Lepas tu terus lunch dengan menu yang biasa biasa. Menu bujang.

Yang selalunya wia masak sendiri. #Tak suka beli makanan bila dok kat rumah sewa, sebab satunya mahal. Kedua, tak sedapp -____- Pendek kata bukan citarasa la. Tak berbaloi kalau beli mahal tapi tak sedap kan. Standard la tu..

Sebab tu pagi ni bangun ja kan best kalau ada sebungkus nasi lemak ikan bilis atas meja. Rindu la nasi lemak hari hujung minggu macam ni. #Kalau kat rumah Kedah sekarang. Mesti pagi pagi dah ayah belikan untuk sarapan :)

 Selamat berblogging dan salam hujung minggu. minggu ni tak keluar sebab minggu lepas dah habis beribu raban. Haruslah berjimat cermat untuk masa depan :p Jom teruskan tradisi jalan jalan dari blog ke blog. Mana tau boleh jumpa nasi lemak sebungkus buat makan sarap pagi ni..# berkriuk bunyi perut sebab tak makan lagi --" .Sabar sabar terus lunch terus satgi.


Rajin rajin la klik gambar comel dibawah.. Love uoOls !

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi