Wednesday 29 February 2012

Special Date 29 FEBRUARY ♥


Assalamualaikum :) Pejam celik pejam celik. Dah penghujung bulan FEBRUARI. Menariknya bulan ni dan tahun ni adalah tahun lompat. Dimana tarikh 29 Feb muncul untuk 4 tahun sekali. Kiranya tahun ni kita ada 366 hari setahun. Bestnya !! Lagi best pada siapa yang lahir tarikh ni boleh la sambut dengan meriahya ;)


Dalam famili mahupun member wia masih belum ada yang lahir tarikh ni. Tapi memang bermakna la tahun ni.. Entah sempat atau tidak untuk tunggu 4 tahun akan datang. Masa cepat berubah. Status boleh berubah. Ajal maut mungkin menjemput. Tunggu 4 tahun untuk 29 Februari 2016.


Dalam tarikh yang julung julung kali ada dalam tahun, hari ni wia free. Rest kat rumah sewa dan siapkan asaimen yang tertunggak. Bila mana dah hampir dengan bulan Mac, maka makin bertimbun kerja wia. Hampir juga dekat dengan final exam, presentation group dan test, quiz bagai.


Walau cemana pun wia tetap tak sabar tunggu bulan MAC, dan bukan bermakna tak sayangg tinggalkan bulan FEBRUARI yang banyak kenangan manis untuk tahun ni ;) Memang sukar dilupakan. Biaralah ia menjadi diari bersejarah dalam hidup wia


Pada yang sambut hari lahir tahun ni, "Selamat Ulangtahun Kelahiran"..wia ucapkan. Semoga panjang umur murah rezeki. Pada baby baby yang dilahirkan hari ni, "Selamat datang ke dunia". Moga menjadi anak yang soleh dan solehah bagi yang beragama ISLAM.


4 tahun lepas pada 28 FEBRUARI 2008. Wia masih belum memiliki blog. Dua tahun selepas itu baru aktif dalam dunia blogging. Masa tu hanya aktif FRIENDSTER dan MYSPACE.. Itu zaman remaja belasan tahun. Haha. Kini bila dah berumur 20-an. Dah berbeza. Bukan sikitt tapi banyakk :)


Okeylah saja wia pos entri sempena tarikh 29 FEB yang bermaksud tahun ni kita tambah sehari dalam kitaran setahun menjadikan genap 366 hari. Moga manfaatkan segalanya dengan baik baik untuk sehari yang istimewa ni. Selamat beristirehat untuk wia. Tak sabar nak blogvespaking :'D Rinduu. #Semalam langsung tak update blog. Pabila mood hilang dia nagin lalu. Ecece..


 :: S P E C I A L     D A T E ::
  29 FEBRUARI 2012

Monday 27 February 2012

MiSi Mencari Roomate BerhaSil ! :')

Assalamualaikum. Malam ni wia terasa usaha yan tekun itu memang membuahkan hasil. Hari ni 27hb Feb memang mood macam macam ada. Biasa lah hati manusia. Begitu juga wia ;) Memang kalau dicerita dari bangun pagi hingga ke saat ini memang rumit.


Apakan daya, kalau boleh bercerita memang boleh. Wia kan hobi suka menaip.. Haha.Tapi wia tak sabar nak cerita yang lagi besh bersesuaian dengan mood heppi tak terhingga bila hasil yang diperoleh memuaskan hati. Hari ni wia ada TEST. Memang sukar nak dilupakan kejadian test hari ni. Dengan 2 jam lebih di bilik.. Empat soalan yang memang wajib dijawab dalam esei. Memang perah otak.


Lagi bertambah stress, jawab soalan TEST dengan lecturer stop bercakap 10 minit dalam masa 2 jam lebih. Mampu jawab test cenggitu.? >.<" Serabut kepala uoOls.. Mana nak dengar lecturer cakap , mana nak jawab soalan esei.. Tak pernah lagi la alami situasi cenggitu . Aigooo..


**********************************



Kejadian kedua, baru saja wia alami pukul 11 malam tadi. Nak tahu, malam ni wia dan member serumah yang lain bertekad cari roomate untuk wia. Yup memang sebulan ni wia hanya tinggal seorang dalam bilik kat umah sewa. HEAVEN sungguh rasa. Memandangkan wia kena terima kenyataan yang wia kena tinggal berdua untuk bulan bulan akan datang.


Hari ni pun dah penghujung bulan, memang terdesak cari rakan sebilik. Takut takut kena bayar lebih untuk bulan ni. Apa lagi, wia terus buat iklan cam biasa. #Memang dah biasa buat iklan sewa rumah sejak pandai tinggal dirumah sewa. Sejak stay Shah Alam. Doolu tinggal kat hostel kat ceruk BJ.. Pssstt..


Dalam 5 minit wia pos iklan, jangan ditanya dimana. Tup tup dapat panggilan teruss. Terus dari pemanggil cari bilik untuk disewa. Alahai masa tu dalam hati bunga bunga. Subhanallah :') Dia cakap dalam 5 minit terus nak on the way tengok bilik. Rezeki cepat ekspressss.. Syukur pada tuhan.


Terus bagitau member serumah yang lain. Depa semua terus eksaited. Kemas apa yang patut biar tampak kemas dan bersih. Menyapu, membuang sampai. Buang habuk dan wia kemas bilik. Al-maklum ler bilik wia yang kekosongan. Selesai weouls berkemas ala kadar. Memang gotong royong sakan dengan harapan ia menjadi. Dan orang tu terus setuju nak menyewa.


Beberapa ketika menanti..Loceng rumah berbunyi tanda ada tetamu di luar.. Zuppp. Sepantas wia jenguk luar pintu dan buka untuknya. Alahai dah kenal pun orangnya. Ira namanya. Tinggi dan bergaya. Cepat juga dia sampai. Pandai dia cari rumah weoulss. Hehe.


Dengan mesra kami sambut dia. FYI, rumah sewa kami memang ala barat sikit sebab pakai kasut dalam rumah. Then. terus wia tunjukkan  bilik dia. Dengan senang hati, dia tak banyak karenah. Wia ceritakan serba sikit pasal bilik dan kemudahan yang ada.


Alhamdulillah, Ira terus nak booking umah dengan bayar deposit terus.. Rasa cam nak nangis sebab terlalu heppi. Rezeki dan misi malam ni terus berjaya. Akhirnya di hujung bulan yang mendebarkan, dapat juga penuhi kekosongan bilik untuk 6 orang 1 rumah.


Jadi tak payah la bayar lebih untuk bulan depan. Hurray !! Semuanya cepat berlalu. Terlalu pantass. Baru makan malam tadi, weoulss semua susah hati. Kemudian, malam terus rezeki masuk. Ira datang tengok bilik dan kemudian terung booking. Ya Allah.. "KUN FA YA KUN"..  Jadi, maka jadilah ia. Subhanallah :')


Ini yang dikatakan rezeki datang bergolek bersama usaha. Lega tersenyum puas weouls malam ni. Usaha berhasil. Tidur nyenyak la malam ni bila misi malam ni berjaya dengan suksesnya. Hewhew. Minggu ni wia dah ada roomate baru. Nanti wia perkenalkan ok. Muda lagi pada wia.. Teehee :'D Selamat berblogging !

Sunday 26 February 2012

Hujung Minggu yg Istimewa :)

Assalamualaikum. Salam hujung minggu yang ceria. Mesti ramai yang ambik keputusan hari hari yang free cam hari ni untuk pergi jalan jalan cari makan, shopping dan snap gambar, tak pun hadiri majlis kawin. Satu kebiasaan diwaktu hujung minggu kan. Dapat penuhi apa yang kita inginkan setelah penat bekerja ataupun belajar. Itu jugak salah satu habit wia time hujung minggu ;)


Memang besh dapat makan makan. Memang besh habiskan duit dan berbelanja. Aigooo.. Memang nikmat dapat jalan bersiar bersama gucci mahupun kesayangan. Habiskan masa bersama. Suatu saat yang indah. Malah jadi kenangan yang tak dapat dilupakan.




Kalau wia sendiri memang suka keluar dan mencuba sesuatu yang baru. Contohnya makan makanan yang tak pernah dirasa. Membeli baju dan tudung mengikut citarasa. Satu kepuasan. yang paling part wia suka adalah snap gambar. Harusss... ;)


Sayanggnya masih belum ada DSLR..Mungkin suatu hari nanti. Insha Allah.. Kalau dah ada mesti wia share dengan uoOls. Blog wia dah jadi macam diari. Siapa tahu suatu hari nanti ia akan diprivasikan. Hanya untuk tatapan wia seorang. Sebabnya setiap cerita adalah apa yang wia rasa dan alami. Malah angan angan pun.


Bila sampai hujung minggu mesti wia rasa semangat semacam nak keluar.. Walaupun tanpa peneman. Pelik kan.? Tapi tak ada la jalan jauh wia keseorangan. Tempat orang ni macam macam boleh berlaku. Suatu hari wia LOG IN FACEBOOK.. Tertarik pabila melihat gambar gathering gadis gadis yang gojess.


Untungnya mereka punya masa dan berpeluang untuk berjumpa. Setelah lama hanya berkenalan di alam maya. Akhirnya dipertemukan dia alam nyata. Ternyata mereka sangat cantik ! Ibarat dah macam lama berkenalan. Erat sungguh.. Sempat cemburu tengok gambar mereka yang cantik bersama..


Maksud wia, seronoknya kalau ada yang ajak wia gathering ramai ramai.. Mesti wia gembira senyum sampai ke telinga :) Chopp.. apa motif wia suruh pembaca ajak jalan jalan. Haha. Nampak sangat la wia ni kaki jalan. Bukan apa, seronok dalam berkenalan. Kalau boleh teringin nak jadi salah seorang dari mereka. --"


By the way.. Itu hanya angan angan wia. Kalau dah jodoh tak kemana. HeHe.. Mereka yang gojess ni boleh wia jadikan role model bahawa menjadi seorang perempuan ini sangat istimewa. Indahnya ciptaan tuhan. Kagum dengan kecantikan yang diamanahkan tuhan. Pecaya atau tidak memang setiap perempuan ada keistimewaan masing masing. Hargai dan jagalah kecantikan itu,insha Allah..pasti terserlah :)


Ok, selamat berblogging semua. Hanya tuhan tahu apa yang wia rasa dalam hati. Subhanallah :) Mudah mudahan wia akan dapat tambah member perempuan yang gojess seperti mereka. Kerana diriku begitu beharga. #Tetiba. Motiff..Nak bagitau yang kalau boleh nak 'hang out' selalu tiap minggu :'D

Lemahnya Skil KomunikaSi Inggeris.

Assalamualaikum :) Memula nak cakap, pernah tak uOls terserempak dengan foreigner atau pelancong luar negara.? Kemudian di bertanyakan sesuatu pada uoOls. Kalau uoOls pernah, wia pun pernah. Termasuk hari ni. Kiranya ini kali ketiga atau keempat wia ditanya foreigner di tempat yang berbeza.


Ya Allah bila ditegur dan disapa terus wia rasa kekok yang amat untuk berkomunikasi dengan pelancong tersebut. Macam kejadian hari ni, wia terserempak dengan perempuan Nigeria.. Kebetulan hanya wia dan dia saja katsitu sebab nak melintas jalan.


Tetiba dia tegur bertanyakan katmana boleh dapatkan teksi.. Terus kekok. Ayat bahasa omputih wia terus tunggang langgang. Blur sangat waktu tu =.="   Strees pun ada sebab tak lancar cakap. Masa tu rasa malu yang amat. Nasib tak ada sesiapa. Hanya wia dan perempuan Nigeria tu :'(


Lepas tu, dia tanya wia berapa tambang dari SACC ke Blue Wave. Mana cek tau minah Nigeria >.< Oh last last keluar ayat I'm not sure mam. Erkk -_____-  Serius rasa macam nak tutup muka. Sebab malu. Mimik muka wia berkerut mesti ketara. Rasa seolah olah nak keluar ayat tu payah sangat. Lemahnya skill bahasa ENGLISH wia..


Malu pulak, sebab sebagai pelajar. Wia rasa tercabar dengan perempuan Nigeria tadi. Mesti dia tak faham ayat wia yang putus dan kekok tu. Kesian diaa. Ayat basic ja wia guna. Memang sangat memalukan diri sendirik. Masa tu memang rasa nak pi belajar communication skill  bahasa Inggeris.


Kebetulan, masa wia terserempak dengan perempuan Nigeria tu, wia tengon on call denga si dear.. Tetiba perempuan tu bertanya, wia masih on call.. Dan si dear pun dengar la apa yang wia cakapkan. Malu nyaa. Lepas tu terus, si dear SPEAKING ENGLISH dengan wia. Selama 10 minit jugak. Mungkin#


Memang bahasa yang asas pun sangat susah nak luahkan. Ini la wia.. Lemah dalam komunikasi skill.. Faham dengan apa yang disampai dan menulis boleh lagi. Hadoiii... Harus ambik kelas bahasa komunikasi omputih ni :'( Rasa tercabar sangat.. Teringin la nak cakap lancar dalam bahasa Inggeris. Lancar macam air.. Serius itu yang wia rasa saat ni.. Ada sesiapa leh bantu.? Kalau tak masalah ni akan berterusan. Aigooo..



Dear pun cadangkan wia cenggitu jugak. Sebabnya kita tak selalu praktis dalam rutin harian. Jadi apa yang dibelajar hanya pada waktu itu sahaja. Kemudian haruslah bahasa Malaysia jadi bahasa komunikasi harian. Ditambah pulak dengan loghat masing masing. Ikut negeri..


Apa yang wia lalui ini memang mulanya dengan gelak gelak. Kemudian, rasa malu dan kemudian sedar yang diri ini sangat lemah dengan bahasa antarabangsa ni. Itu kenyataan. Seronoknya tengok orang speaking laju macam peluru. Ada sesiapa leh jadi cikgu Inggeris wia.? :)


Yang penting, pengalaman hari ni dijadikan satu ikhtibar yang wia harus lebih mendalami ilmu komunikasi dalam bahasa ENGLISH.. Supaya tak jadi kejadian yang sama. Menulis dan mendengar masih faham. Tapi bila nak berkomunikasi. Itu masalah wia.. Doakan wia boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar lepas ni. Baru best bertegur sapa dengan foreigner yang bertanya arah dan tempah. Amin. P/s : Sebenarnya wia teringin nak belajar bahasa Mandarin dan Korea juga ;)

Friday 24 February 2012

Jom Kenyangkan Perutt ;)

Assalamualaikum. Secara jujurnya wia nak kongsi dengan pembaca blog picisan, setiap minggu mesti wia rasa nak makan sesuatu yang baru. Tekak ni rasa nak mencuba dan mencuba. Hehe. Maklum laa tekak muda remaja. Yang kalau boleh semua nak makan. Tanpa diet ! Opss cemana tak chubby badan >.< "


Itu masalah utama. Haha. Makan tak ada masalah. Lumrah makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Sebab tu kita kerja untuk mencari sesuap nasi. Berfalsafah pulak wia ni kan.. Cakap saja la yang entri kali ni bab makan. Kan senang.. Kuikuikui.


Kalau uoOls perasan, setiap minggu mesti wia akan ada pos entri tentang feveret makanan. Hee. Kadang kadang berkongsi dengan masakan ala campak wia ;) Kadang kadang pos apa yang di idam. Kadang pos apa yang penah dimakan :'D Sebab utama wia sangat SUKA makan. Lagi lagi makanan yang sedap sedapp. Tunggu weekend ni mesti ada entri makanan yang akan muncul. Haha


Memang dah set siap siap, nak dapatkan makanan yang terasa nak makan ;) Seolah olah macam reward untuk diri sendiri. Cenggitu laa. Salah satu cara menghargai diri sendiri. Memang satu kepuasan! Tak percaya try uoOls buat. Wahh kemain nak suruh orang chubby macam wia.. Masalahnya wia chubby ke.? :P

Nasi Ayam ;)

Menu lunch hari ni. Lama tak pekana tau. Last tahun lepas . Ahaaa kan dah kata lama dah. tapi bulan Dis la kalau tak salah. Nasi ayam ni ada sos dia tapi wia tak terambik gambar sekali. Snap time lapar. tak sabar nak jamah sebenarnya. Ala kadar tapi memang sedap sup dan nasi diaa. Banyak pun banyak.


Opss sebelum uoOls salah faham. Ni bukan nasi ayam yang wia buat dan masak. Ini nasi ayam yang dibeli di kedai femes Restoran Sidah depan Unisel. Memang sedapp! Tak pecaya cuba sendirik ek. Tapi harga dia memang berpatutan dengan kuantiti nasi dan sup nya ;) Yummyy.. Selamat dalam perut sudahh.


Salam Jumaat semua. Wia hari ni kelas pagi petang.  Alhamdulillah, moga segalanya berjalan dengan lancar. Amin. Cuaca baik, mood pun baik. Jaga kesihatan uoOls juga disamping makan makanan yang sedap sedapp. Kongsi la dengan wia apa menu lunch uoOls rini.? Kongsikan ditempat komen eh.. ;)


Nantikan entri makanan lagi dan lagi sebab penulis blog ni SUKA makan . Haha. Teringat Nasi Ayam Sizzling kat Kedah dekat dengan rumah. Kat situ memang mabeless. Terangkat kalau makan. Sekali suap.. Perghhh mesti nak lagi :P

Thursday 23 February 2012

Take Note : Pameran Pengantin Cinta Seputih Salju

Assalamualaikum :) Mood baik sebab hari ni tak ada kelas. Boleh santai dirumah. Sambil layan laman muka buku dan blog. Teehee. Mulanya memang mood wia tak berapa ok. Tapi bila terfikir yang esok, lusa dan tulat ada event. Teruss rasa semangat berkobar kobar nak mulakan hari yang indah.


Sebenarnya wia dah 'take note' pasal event ni sejak masa raya cina hari tu.. Rasa bila tengok tempat dekat sangat dengan rumah di Shah Alam. Apa salahnya tengok sendiri macam mana even tu. Pasal Pameran Pengantin dan tema dia "Cinta Seputih Salju".. Suka sangat !!


Warna pulak kaler Putih alahai mesti suci saja nampak. Mungkin hari Sabtu dan Ahad wia pi sana. Dekat sangat dengan rumah. Hee.. Walaupun ni pasal pameran pengantin, wia macam tak sesuai almaklum la belum lagi berdarah manis.  Saja nak tengok dengan mata sendiri event itu berlangsung :)


Pada para bakal pengantin di luar sana boleh ler beramai ramai mai sini :P Mesti meriahh..




Cantik banner dia kan... How Sweeettt! Tak sabar nak tengok yang real. Wahhh semangat wia mengalahkan bakal pengantin. Kuikuikui. Dengan senang hati wia bagitau semua member serumah pasal event ni sejak dua minggu lepass. Punya nak kongsi dengan member. Mana tahu kot kot depa dok rancang nak naik pelamin ;)


Event ni dianjurkan oleh UrbanVibe Event ! Mesti sambutan hangat kan.. Wia mesti tak mau lepaskan peluang yang ada. Mana tahu boleh timba pengalaman baru. Pengalaman apa tu cik wia oiii.? Erkkk ^_____^ v.. Mana tau kan.? Hikss.


Berkobar kobar. Boleh cenggitu.? :P

Okeylah nanti bila wia dah pi event tu boleh laa cerita panjang lebar. Kongsikan apa yang menarik kan.? Sekarang ni biarlah wia ajak uOols yang ada disekitar Selangor dan sewaktu dengannya, mai beramai ramai. Ecece dah macam ajak mai event sendirik :D


 Tak kesah laa. Janji wia heppi kongsikan event ni dengan pembaca. Semangat. Sebab pertama kali kan..... Kalau sebelum ni hanya pandang dari jauh sebab tak dapat join. Sekarang mesti lah nak grab peluang hujung minggu pi sana. Ngeeee.. Sesiapa yang nak mai leh la jumpa katsana. # Teringin nak jumpa blogger lain. Hmmm.. Heppi blogging ! Jangan lupa tarikh tarikh diatas tau

Wednesday 22 February 2012

Ketagih Meggi? tapi Awassss !!

Berapa kali uoOls kerap makan megi..? Mi segera cam megi memang sedap dimakan dan cepat kan. Wia sendiri kerap makan. Huhu. Bila tetiba satu hari seorang lecturer wia cakap pasal meggi dan seumpama mi segera yang lain. Tetiba jadi takut ---"


Serius, megi boleh rosakkan buah pinggang. >.< Sebabnya banyak perisa tambahan yang digunakan. Lagipun kalau uoOls perasan, kalau kita makan megi tk kira la apa perisa pun mesti kita rasa cepat dahaga. Banyak sangat aji nomoto yang digunakan dalam penambah perisa.


Lepas tu kalau mi segera yang berkuah macam megi tomyam dan megi kari..Mesti rasa nak hirup kuahnya sampai ke titisan terakhir. Betul  tak.? Sebab rasa sedap dan nak lagi dan lagi. Hadoii ini wia cerita dari pengalaman sendiri.

Megi Feveret ;)

Kalau jawapan uoOls tak tu memang uoOls bukan penggemar megi yang tegar. Sobs sobs. Kebanyakan pelajar yang suka makan megi dan makanan instant ni termasuk wia :'( Nak hindari tu memang payah. Memang sekarang tak jatuh sakit lagi. Tapi efek jangka panjang memang buatkan buah pinggang kita kerja kerass. Kesian bila fikir buah pinggan kita yang kumuhkan segala apa yang kita makan kena kerja keras.



Bila makan makanan sedap seperti jajan, megi dan lain lain. Memang syokk tapi efek pada diri sendiri kita ambik endah tak endah. Serius, wia memang sekarang makan jugak dek kerana teringin. Tapi dah tak kerap macam dulu. Huhu


Perisa yang best bagi wia tomyam dan kari. Heee. Lepas masak letak pulak cili padi dan bawang besar mentah. Boleh kecur air liur. Wia suka masak atas dapur gas dan bukan rendam dengan air panas saja. Macam tak kaw camtu. Haha.. Pesanan dari editor, kurang kurang kan lah makan makanan yang tinggi MSG dia. Kuikui.


Bila tengok di bungkusan plastik meggi. Punya panjangkan bahan yang diguna. Kadang kadang tu bahan bahan yang tak pernah kita tahu. Dari tu, mencegah lebih baik dari mengubati :) Sama sama kita jaga kesihatan diri baik baik. Insaf =.= Harap dapat kurangkan makan makanan segera. Amin.


Tips bila makan makanan segera seperti meggi . Seeloknya bila merebus kali pertama, buang air tersebut. Kemudian guna air bersih yang lain untuk masak bersama perencah. Jangan malas buang air rebusan pertama. Kerana dalam air rebusan pertama mungkin mengandungi lilin yang digunakan dalam keraskan meggi.

Selamat Mencuba. Bila habit ni memang susah nak buang. Suka wia tekankan mencegah lebih baik dari mengubati. Amin. Sayangilah buah pinggang kita. Hee. Sekaligus tubuh badan yang merupakan jasad dan amanah dari Allah. Selamat berblogging ! Amacamm ok tak tulisan font dalam blog wia yang ditukar.? Ambik mood katanya ;)

Tuesday 21 February 2012

Hati dan Perasaan Itu. Mampukah Berubah.?

Pernah tak munasabah diri sendiri.? Perasaan yang wia paling perasan dalam diri adalah mudah marah dan cepat menangis. Lepas tu cool semula. Memang dah lama tahu. Cuma sekarang terasa nak share dengan blogger sekalian. Marah dan tangis wia sekejap. Kemudian habis desitu seperti angin lalu.


Cepat marah ni, boleh cepat tua. Sebab mimik marah memerlukan beribu urat dan saraf di muka untuk berkerut dan kendur. Tapi sentiasa lah senyum dan ketawa. Insha Allah awet muda. #Fakta. Peringatan untuk diri sendiri. Cepat melatah memang tak patut bila dipersoalkan salah siapa. Betul tak.?



Wia menaip entri ini untuk bermuhasabah diri. Kesian kat si dear terutamanya, selalu kena marah. Tinggikan suara. Hadoii cepat betul suhu naik bila marah. Melenting sampai kadang kadang wia tak perasan yang wia dah kecilkan hati seseorang. I'm very sorry dear :'(


Begitu juga dengan menangis. Memang menangis tu tanda orang lemah. Pernah juga tahan , tapi air mata tetap jatuh juga. Sensitip mungkin punca wia cepat menangis. Mudah terasa, tersentuh dengan sesuatu. Air mata murah jatuh di pipi lalu basah di bantal.


Lepas ni wia nak lebih berhati hati bila bercakap. Perlu jaga hati dan perasaan orang lain. Kalau kita boleh marah, orang juga ada rasa dan hati. Mesti sampai satu tahap, depa jugak akan rasa nak marah. Lagipun perasaan marah, memang di sukai syaitan. >.< "


Lepas ni nak lebih pandai jaga hati dan perasaan insan dan makhluk Allah yang lain. Siapa la kita untuk marahkan orang, menangis tak keruan bila hati berasakan sesuatu. Hanya Allah yang lebih tahu. Mungkin banyakkan istighfar boleh kurangkan rasa marah yang membuak. Sensitip yang keterlaluan.


Tapi bukankah sensitip itu kelebihan. Marah itu perlu jika kena pada tempatnya. Tapi harus berpada pada. Sebenarnya wia kesiankan hati seseorang yang kerap kena marah melenting wia. Dalam masa yang sama, hati itu juga yang mendengar tangis dan sendu wia. Kejam kah wia.? --"


Sekali kita buat orang terluka, nanti takut 100 kali Allah balas. Sangat takut.. Jika yang mengenali diri wia, maafkan wia andai wia pernah marah atau terguris jiwa. Wia sedar.. Banyak kelemahan yang perlu dibentengi. Takut hati sendiri yang luka. Lambat nak sembuh.


Malam ni buat hati wia sayu. Terkenangkan ada Hati yang berkecil. Ada hati yang terguris dengan tingkah laku dan perkataan wia sendiri :'( Maafkan.. Kerna memang bukan bermaksud. Wia tak sengaja . Sungguh. Oh kasihan Hati itu.......................... Harap cepat sembuh. Amin ~

Monday 20 February 2012

Impian Bersiar Sebelum Habis Studi :')

Assalamualaikum. Tinggal beberapa hari saja lagi bulan Februari akan melabuhkan tirai untuk tahun 2012. Cepatnya masa. Pejam celik pejam celik wia pun dah semakin dekat dengan final exam. Tapi banyak lagi yang belum tercapai. cara nak atasi adalah mudah. Kena ada transport.. Ada sesiapa nak ajak wia jenjalan tak.?

Alahai bestnya kalau ada sekepala yang suka jalan jalan. Mesti tiap tiap minggu dapat jalan jalan. Syurga rasanya. Wia memang suka bersiar siar tempat cantik cantik. Harap dapat pi jejak kaki desini. Meh wia senarai pendek kan. Mana tahu yang sudi bawa wia bersiar siar. Maklum la suka bergambar tempat cantik cantik ! Entah kenapa..Minat mungkin#

Taman Botani, Putrajaya.
One Utama, Damansara.
Pavilion , KL
Genting Highland.
Broga Hill.
Up town.
The Curve.
KLCC
Mines
Bukit Tinggi

Banyak lagi sebenarnya sayang sayangs. Cukup memadai dapat merasa pegi sana sekali. Wia memang suka berjalan jalan. Bukan nak perabihkan duit. Sekadar nak bergambar desana. Alahai kepingin sangat hati ini.. Cukup area Kuala Lumpur wia senaraikan. Yang jauh tu masa kerja nanti pun boleh pi.. Hikss.

Bukit Tinggi :)
Insha Allah kalau ada rezeki, pasti dapat pi. Amin. Kalau ada kenderaan sendiri. Lagi best! Kata orang tak baik bermain berkataan kalau. sebab ibarat tanda tak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Ni cuma impian wia sebelum balik ke Kedah, habis belajar nanti.

Sesiapa yang baik hati nak ajak wia bersiar siar tempat ni, komen la di entri ye. Boeh hang out sesama. Kenangan terindah kan. Dapat rehat dan santaikan minda. Member wia yang lain ada. Cuma depa kurang bersiar siar atas sebab tertentu. --"

Bagi wia, sekadar jenjalan bersiar siar. Tak banyak duityang keluar. Pendapat masing masing. Wai doakan moga dapat jejakkan kaki ke tempat tempat yang femes seperti di atas. Sekadar ingin tengok sendiri dan create satu moment indah desana bersama beberapa keping gambar buat kenangan.

Semangat wia ni kan.? :) Tak apalah kalau tak ada rezeki tak dapat pi salah satu tempat di atas. Yang penting, dapat merasa. Allah permudahkan jalan. Insha Allah, semuanya tak akan jadi mustahil. Siapa yang suka bersiar siar tempat cantik, jangan lupa ajak wia ek..Hehe. Selamat Berblogging !

Sunday 19 February 2012

Nasi Minyak Gulai Btg PiSang.

Nasi minyak memang sinonim waktu kenduri kawin. Hewhew. Tetiba menaip entri nasi minyak ni bukanlah ada tersirat. Cuma macam teringin nak makan gulai kawah batang pisang. Yummy! Lama tak makan. Kalau yang pertama kali dengar tu, cuba cari dan rasa pasti nak lagi ;)

Bagi wia gulai batang pisang ni kebanyakkan senang terdapat di kenduri kawen area Kedah seperti Sik, Baling, Pendang dan Yan. Depa kalau tak ada gulai ni, memang tak sah. Pendek kata, wajib ada. cuti semester lepas, pi kenduri kawin anak kawan ayah wia di area Sik.

Dapat la merasa gulai kawah batang pisang yang asli. Memang terangkat laa :P Selalunya gulai atau kari  i dimasak bersama daging. Lazat ! #Tertelan air liur bila menaip entri ni. Teringin sangat. Esok nak kena cari la jawabnya gulai ni. Insha Allah di Shah Alam ada :D

Cuba teka yang mana satu gulai kawah batang pisang ? ;)
Serius kadang makanan yang dah lama tak makan , bila teringat pasti rindu. Oh bila la rasanya nak dapat makan steamboat, stick dan meat ball. # Pulakss. Tetiba. Fakta yang wia ni kaki makan kan.?

Biar apepun gulai kawah batang pisang mengingatkan wia pasa seorang sahabat lama masa form6 dulu. Rindu sangat kat dia. Sebab penah sekali dia masakkan gulai kawah ni semata mata untuk wia. Terharu sangat masa tu. Tsk Tsk. Memang sedapp almaklum dia anak jati Sik.

Lama tak jumpa. Sekarang dah jadi tentera Udara. Anisah namanya. Hai rindu sangat kat mu Nisah. Bila teringin makan gulai batang isang mesti teringat Nisah. Tsk Tsk. Bilakah kita dapat berjumpa lagi..? Setiap kenangan pasti ada sangat bermakna.

Rindu nya kat mu Nisah..

Ok, rindu nak blogvespaking. Apakan daya internet dah main slow sejak nak hujung bulan ni. Hadoii.. Yang penting, menaip harus sekali dalam sehari. Teehee :') Tengss pada yang sudi ziarah. Dengan senang hati nanti wia balas jejak. P/s : 143 dear !

Saturday 18 February 2012

Pelangi Sebuah Kejayaan :')

Bersyukur ke hadrat Allah kerana rezeki datang tanpa kita jangka. Alhamdulillah wia nak kongsi dengan blogger yang singgah di blog picisan wia. Bangga dengan diri sendiri bila masuk kelas Research semalam. Seorang pensyarah sebutkan nama wia dengan rasa ingin tahu. Wia yang janggal nama disebut dalam kelas. takut pun ada kalau kalau ada buat silap.

Rupanya bila pensyarah mengenali wia..Al-maklum sebelum ni mungkin beliau tahu rupa tapi tak ingat nama. Terus beliau umumkan yang wia adalah yang terbaik mendapat kuiz secara brainstorm yang dibuat masa kelas malam tempoh hari. Oh masa tu gembiranya rasa hati. Rasa bangga apatah lagi. Ini berita gembira buat wia. Jarang dinobat pelajar terbaik dalam kelas. Maklumlah wia pelajar sederhana ;) #Sungguh tak tipu.

Asaimen Group hampir dapat markah penuh :')

Kuiz Brainstorm mengenai FB  >.<"

Paling wia terharu, asaimen group juga menaikkan nama wia. Sungguh itu berita baik kedua kerana group wia dan ahli yang lain hampir dapat markah penuh. Syukur alhamdulillah. Rezeki akhir sem :')

Memang membanggakan. Wia bukanlah niat untuk menunjuk nunjuk tapi sekadar berkongsi kegembiraan atas kejayaan. Dengan harapan final exam yang akan tiba akan dapat lebih terbaik. Amin. #Doakan wia ye kengkawan blogger..


Manisnya sebuah kejayaan.. Disebalik usaha yang gigih dan pengorbanan kan.? ;) Dan wia rasai saat ni di hari Jumaat yang berkat semalam. Sesungguhnya ini menjadi kekuatan untuk wia lebih berjaya di masa akan datang.. Semangat berkobar kobar.. Akhir sem dah katanya. Insha Allah :')

Patutlah peribahasa ada mengatakan.. "Disebalik hujan, rupanya Allah nak hadiahkan sebuah pelangi yang indah. Indahnya Kasih sayang Allah pada hambanya yang kerdil ni"..

Friday 17 February 2012

Lunch Dgn Blogger Berdarah Manis ;)

Salam Jumaat. Hari ni sangat bermakna buat wia. Mungkin berkat bacaan Suratul Yassin. Banyak kenangan manis yang tempuhi hari ni. Tapi paling best adalah dating lunch dengan salah seorang blogger yang wia rapat ;)

Nak tau siapa? Jom baca seterusnya..Hee. Dah lama rancang nak jumpa dengan blogger comel sorang ni yang juga manis berseri seri. Berdarah manis katanya kerana dia sedang menghitung hari untuk bertukar status sabagai isteri Mac depan. Jeless wia :p

Setelah lama rancang, akhirnya Allah perkenankan hari baik Jumaat yang berkat untuk berjumpa dengan blogger ni.. Blogger yang wia maksudkan adalah Cik Ain, salah seorang blogger yang wia rapat dan saling berhubung. Memandang weouls dekat. Akhirnya..!! Berjumpa juga setelah lama kenal dalam alam maya.










Kami berjumpa di Pizza Hut Seksyen 7. Bestnya Cik Ain datang jemput wia tau. Itu pertama kali weouls face to face.Cik Ain syg memang comel sangat :) Tak sangka weouls berdua sama tinggi. Bezanya cik ain kurus dan wia chubby. Haisshh jeles tengok tau. Tak boleh jadi lepas ni kena kuruss.#Tak kira.

Bila blogger berjumpa blogger harus snap gambar ;).Heppi sangat Cik Ain belanja wia untuk lunch tadi. Terharu :') Insha Allah lain kali set masa lagi untuk berjumpa dan masa tu Cik Ain dah bertukar status. Sebelum terlupa sempat Cik Ain pas kad kawen dia. Cantik ! Nanti wia tunjukkan ok. Selamat berblogging. Psst best sebenarnya mempunyai ramai kenalan. Blog merapatkan ukhuwah sesama blogger ;) Cik Ain sayang tengss for today

Thursday 16 February 2012

Octopus dan Kesayangan ;)

Rindu pula pada octopus atau sotong kurita yang kat rumah. Rindu tetiba pada sotong, pelik bunyinya. Dah macam songsang. Rindu nak makan pun jangan sampai kemaruk rindu rinduan. Hikhik. Sebenarnya octopus yang wia maksudkan tu adalah octopus anak patung hadiah dari dak Nana. Satu satunya adik perempuan wia ;)

Pertama kali nampak.. Alolor comelnya. Geram tengok. Dek kalernya yang bewarna PINK buat octopus tu nampak sweet dengan dengan 8 kali. Kaki ke.? Haha. Apa apa ajalah wia.. Yang penting uoOls faham apa yang wia nak sampaikan. Sotong memang ada 8 kaki kan.. ;)

Dulu masa perlawanan bola sepak FIFA memang femes dengan sotong PAUL.. Octopus pun dah dijadikan sebagai anak patung.. Memang wia jarang jumpa anak patung octopus. Sekali dapat hadiah..Cam teruja satt. Mula la ambik gambar sakan. Dan ini la jadinya.. Kuikuikui.

Comel 3x ;)
Pabila gadget bergambar bersebelahan octopus. Mana pilihan dihati. Hee. Dua dua wia sayangg. Tak ada pilih kasih. Haha. Gambar sekadar hiasan. #Tetiba. Comelkan octopus kaler PINK nie. Geram tengok. Sebab tu buat letak kedua henfon kesayangan bergambar dengan menda comel octopus.. Sedap mata memandang.


FYI Octopus PINK tu adalah perhiasan yang boleh diganting di cermin kereta. Manakala Octopus kaler MERAH yang femes di CIMB tu adalah untuk letak telefon kesayangan. Itu fungsi sebenarnya. Hikhik. Comel ! :) Sekarang octopus PINK selamat kat dalam kereta ayah. Yang MERAH, dak Nana ambik kot untuk dia..

uOols pun mesti ada Octopus cenggini. Entah entah lagi besar..Siapa tahu. Wia cuma rindu pada anak patung sotong ni. Sebab dia comel.. Nasib ada kenangan masa snap dengan gadget kesayangan wia. Selamat berblogvespaking. Cam besh ayat tu. HeHe. Heppi selalu (^.^)v

Wednesday 15 February 2012

Rezeki Awal 2012 - Seketul BE ;)

Sesungguhnya lama xbercerita pasal NUFFNANG :) Wia bukan jenis yang suka intai NUFFNANG setiap hari. Tetiba pagi ni rindu ingin menziarah akaun NUFFNANG.. Alhamdulillah, setiap hari ada yang datang ke blog kesayangan wia ni. #Terharu.

Dengan keyword yang bermacam. Kadang kadang comel dan melucukan. Lawak la :P Tak sangka keluar keyword yang pelik pelik. Haha. Yang penting walaupun blog wia tidak femes amos, tapi masih ada yang singgah. Tengss kawan blogger. Sob Sob.


Sesaja check bahagian earning pulak.. Syukur rezeki 2012 dah mai dah. Ada seketul BE sedang menari nari dalam blog wia. #Senyum. Harap akan bertambah lagi BE dalam masa akan datang. Dua tahun  wia berblogging. Memadai dengan usaha sendiri. NUFFNANG bagi sedikit ganjaran. Ihikss..

Sebab tu sampai sekarang wia masih setia dengan NUFFNANG.. Berkat kesabaran mana tahu boleh jadi tabung kawin. Opsss. Siapa tahu kan.? :) Beshnya bila terfikir income. HEARTBEAT pun dah lama wia tak tengok akaun HB..

Nokia NwNP.. Tenggs :')

Ini yang dinamakan sambil menyelam minum air. Pepatah untuk blogger pulak, Sambil berblogging sambil tambahkan income :'D Insha Allah pasti lagi bermakna. Syukur tahun ni rezeki pertama untuk tahun 2012.. Biar lambat asalkan ada.. Tengss NUFFNANG..!


Menda yang baik, cantik kalau dikongsi bersama. Moga ikatan silaturahim antara blogger sentiasa terjalin. Amin. Wia doakan juga moga rezeki berblogging bertambah lagi tahun ni. Syukur.. Tiada yang lebih menggembirakan jika ramai follower dan ramai pengunjung :)

 MAJUKAN DUNIA BLOGGING, DEMI KEPUASAN MENAIP ;)

Tuesday 14 February 2012

Puding Karamel Cinta Hati :)

Assalamualaikum. Puding karamel.. Mesti penah dengar kan.? :) Wia memang pernah dengar tapi belum berkesempatan rasa. Nama puding tu dah cukup buat semua orang rasa lapar dan menelan air liur masing masing. Hee.

Sebenarnya mudah saja kalau tahu caranya. Itu yang wia belajar dari si dear. Entri kali ni memang bukan dari dapur wia sendiri. Tapi dari dapur bujang orang tu. Hehe. Katanya tetiba rasa nak makan puding karamel. Tengahari beli barang. Petang dah siap masak dan buad. Sekarang dah tersimpan dalam peti.

Puding Karamel - Google ;)
Malam ni dah boleh nikmati puding karamel sebagai pemanis mulut. Nyum nyum. Ni yang tak sabar wia nak cuba ni ;)  Sebab dengar dari resepi si dear. Memang mudah. Hanya gunakan susu segar, esen vanilla, gula melaka, telur dan sedikit gula..
Segar dari dapur bujang Si Dear :')

Comelnya!! Gambar yg dihntar pada fon wia tadi..
Wia memang teringin buat. Pasti nak cuba. Resepi.? Memang tak pandai nak sediakan. Kalau uoOls nak cuba leh Google resepi ok.. Wia rasanya tak perlu nak cari resepi dalam internet. Resepi dapur bujang kan ada. Cheff peribadi lagi :p

Untungg si dear pandai masak. Walaupun masa belajar dulu tak ambik kos kulinari atau sebagainya. Kos engineer pun boleh belajar memasak. Belajar kos business memang kena lebih pakar la cenggini. Fiuhhh.. Tak leh jadi ni :) Jauh di sudut hati rasa bersyukur..

Itu yang teringin nak makan Puding Karamel, terus taip entri pasal ni. Tetiba dapat MMS pulak tadi. Terliur dibuatnya.. Menjadi pulak si dear sediakan. Dibantu mama dear la tu. Hikss. Memasak kena rajinkan. Hadoii wia jugak yang tak rajin. Opss.. Jamu mata je la dengan puding karamel yang menyelerakan ni. pasti kena cuba. Tercabar ni adoinya oii :'D

♥ Our 1st Tutti Fruitti. LoVe it !!

Tutti Fruiti.. Akhirnya dapat jugak merasa ;) Nak nak dengan yg tersayangg. Hee. Itu pertama kali wia rasa. Walaupun dah ramai yang merasa berkali kali dah. Sebelum ni pernah dengar dan tak penah berpeluang merasa yogurt ala ala ais krim ni. Apa yang wia pertama kali rasa bila si dear ajak pegi makan Tutti Fruiti (TF) memang teruja la sebab pertama kali kan..Hehe

Mulanya memang teruja campur tak tahu cemana nak sediakan Tutti Fruiti ni..Si dear serahkan bulat bulat  pada wia untuk sediakan.. Apa lagi teroka menda baru la jawabnya. Desitu dah sediakan pelbagai jenis perisa yogurt dan buah buahan serta manisan seperti marshmallow, coklat dan wafer.

Juga disediakan cup atau cawan yang bewarna PINK dan HIJAU. Mulanya memang wia ambik cup kaler HIJAU. Bila si dear cakap satu cup sudah memadai sebab katanya nak merasa menda baru. Jadi wia letak dua cup HIJAU. Terus ambik cup PINK ;) Memang besar sikit kot dari cup kaler HIJAU. Haha.

Pelbagai perisa wia ambik. Kalau tak salah perisa coklat, vanilla, stroberi dan satu lagi kaler hijau rasa masam masam. Wia tak ingat perisa ambik. Kiwi kot. Entahlah tapi memang tekan kat mesin tu tak hingat punya nak merasa.. Lepas tu masukkan jeli sikit. Kemudian dear datang tgk :p

Maknanya dah tak boleh nak ambik sesuka hati. Haha. Masukkan sirap coklat dan buah stroberi segar. Terus bayar dengan harga yang berpatutan la ;) Teeheeee. Ini la rupanya TF yang wia sediakan. Ingat nak wafer taapi nanti berlebihan pulak. Biarlah besederhana kan. Itupun dear dah cakap banyak wia ambik. Erkk ---" Gurlp! Nak tak nak kena habiskan.

Our Tutti Fruitti ♥
Dear perasmi pertama . Pertama kali merasa :)
Perasmi Kedua. Juga pertama kali  merasa ;)
Sekian pengalaman kami merasa TF buat pertama kali. Kenangan yang bermakna. Ya wia akui si dear mempunyai body yang sasa dan gagah. Dia la bodyguard wia ;) Biar orang jahat takut nak dekat. Ok #Sekadar bergurau. Biar apapun dear, wia tetap 143 kat dear

Masa tengah makan Tutti Fruitti si dear tanya pada wia, memang ada dua cup ke? Wia kata mungkin kot. Sebab dear nampak ramai yang guna cup HIJAU bukan PINK. Kemudian dear cakap yang cup kaler PINK ni besar dari cup HIJAU kan.? Sambil tersenyum penuh makna tersirat. Ya..itu jawapan wia. Peace (^^)V. Pertama kali rasa mesti la guna cup yang besar yakni cup PINK yang comel ni. Tengss dear for everything

Monday 13 February 2012

Cupcake Lover ♥

Bersarapan dengan cupcake memang rasa pagi yang manis untuk hari ni, #heaven. Tak pecaya cubalah sendiri. Pasti perasaan tu tersangat manis untuk dikenang. Tambah tambah cupcake atau kek cawan itu pula dihadiahkan oleh seseorang yang tersayang :')

Wia dapat cupcake 1/2 dozen. Maknanya 6 ketul yang comel. Ada 4 perisa wia pilih, antaranya Tiramisu, Blackforest, Red velvet dan Strawberri. Semuanya sedapp sedapp. Syukur. Puas hati makan cupcake ni. Besar pulak tu. Mengenyangkan. Blurp ! Opss.

Sengaja wia makan makanan manis manis seperti cupcake dipagi hari, untuk manskan hari Isnin yang indah ni. Biasalah hati sedang heppi. Sekarang dah 5 ketul selamat wia makan secara berkala. Haha. Sedikit demi sedikit. Tinggal perisa stroberi yang belum. Mungkin petang sikit.

Ikutkan hati tak nak makan semua cupcake tu, ingat nak buat frame jaa. Sayangg nak makan :'D Tapi apakan daya ini pertama kali wia makan cupcake CHIC.. Semua flavour tersangat la sedapp. Kira macam makan 1 memang akan ngap 1 lagi dan lagi.

Sangat hargai, Cupcake CHIC ni dear :')
All my favourite flavour ^^
Balck forest, Stroberi, Tiramisu dan Red Velvet. Hee
Tak sabar nak makan.. Semua sedap sedap. Kihkih
Wia very love this flavour.. Black Forest. Yummy
Hanya tuhan yang tahu cemana rasanya makan CUPCAKE di pagi hari. Teehee :') Ada yang wia makan pagi ni, ada yang makan malam, dan masa masa lain. Sebab seketul pun besar dan mengenyangkan. Comel pulak tu. Yang penting sedap. Wia cadangkan rasa sendiri. Mesti puas hati. Hehe.

Sesuatu yang indah bila dikongsi bersama. Memang terhebad. Selamat berblogging. Doakan kebahagiaan ini berpanjangan. Amin. I'm Cupcake Lover. Hargai nikmat dan kurnia yaang ada, sebelum ia ditarik semula pada bila bila masa. Hanya Allah yang tahu
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi