Sunday 22 April 2012

I'm Back Home Sweet Home :)

Assalamualaikum. Semalam wia perasan yang secara automatiknya blospot bertukar wajah..Masa tu wia dalam kereta dalam perjalanan balik Kedah, sempat LOG IN baca blogger yang hapdate. Tetiba wahh ! :) Tak tahu nak sedih ke tak..Dashboard berlainan sangat dan nampak macam tak berapa nak best #Pendapat sendiri laa.


Walau cemana pun, nak ke tak kena la wia terima sebab blogspot percuma kan ;) Orang cakap tak kenal maka tak cinta. Mungkin dah lama kenal boleh suka. #Mungkin. Ada sesetengah suka akan perubahan yang baru ni, sesetengah orang pulak termasuk wia rasa yang lama lebih mudah dan sedap mata memandang. Yang baru ni rasa kekok pulak bila menaip. Huhu


Semalam wia dah selamat sampai ke negeri Kedah. Syukur alhamdulillah.. Ayah, mak dan adik adik datang bertolak pukul 2 pagi  ke Shah Alam, dan sampai ke rumah sewa wia dalam pukul 9 pagi. Kata ayah biar lambat asal selamat..Gigih keluarga wia datang jemput dan ambik barang barang sebab wia dah berpindah uoOls..Mungkin dah tak balik Shah Alam lagi. Pasti rindu.. Sobs sobs.

Semasa di R&R :)

Ayah selaku pemandu tetap perjalanan semalam pegi dan balik sangat la letih. Sebab ayah tak tidur lebih dari 12 jam. Memandu Utara-Selatan balik hari. Kesian ayah..Suruh ayah berehat dan tidur ayah tak boleh nak lelap. Terpaksa berhenti banyak kali untuk elak sesuatu kejadian yang tak di ingini.>____<


Akhirnya 5.30 petang sampai ke Home Sweet Home ;) dan disambut si comel Thaqif yang dah besar dah pun.. 4 bulan tak jumpa memang dah lain.. Keletihan tak  terasa gittu. Sempat makan cucur udang dan buah jambu batu yang tak berbiji dibeli singgah kat R&R Tapah dicicah bersama sos rojak.

Cantik :) Rumah kampung sbb tak sempat snap rumah taman.



Penat sangat semalam dan sampaila hari ni.. Sebab tu sekarang baru bertenaga nak hapdate laju laju. Masalanya wia suka menaip panjang kan? Ada yang sudi baca ke.. Hikhik. Ok lah selamat berblogging.. Walau apapun yang terjadi kena redha dengan suatu pembaharuan ;)

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi