Saturday, 30 June 2012

Inner Bawal Comel di AddaFluffy Collections ♥

Assalamualaikum dan Salam ceria :)
Seperti yang di janjikan semalam, hari ni wia akan reveal mengenai item business wia di

klik link dibawah ;)


yang menyediakan Inner Bawal comel dan beberapa koleksi lain.
Sekarang wia tunjukkan Inner Bawal yang kini mempunyai 21 warna 
dan 34 warna pre-order..
Sangat sesuai untuk si pemakai yang memakai tudung 
untuk menampakkan wajah yang tidak boolat dan tak melekap pada wajah.

Kalau pakai Inner cotton terpaksa kita tetas benang 
untuk muncungkan inner tapi dengan inner bawal yang comel ni..
Si pemakai boleh terus menggayakan dan sesuai di bentuk.
Tekstur kain yang lembut dan selesa untuk dipakai dan digayakan.
Tak percaya cuba la..dan dapatkannya sekarang..Hehe


Inner Bawal yang pelbagai warna :)


Sangat lembut dan selesa dipakai ;)

Boleh di order di Fanpage FB  disini..

RM8 sehelai tidak termasuk kos penghantaran pos.



-First Come First Serve -
Ps, inbox wia at email honey_dawiya@yahoo.com
untuk order atau segala pertanyaan..
Jom cepat cepat dapatkannya sekarang..
Gambar telah diupload di Fanpage Facebook.
Apalagi terjah lah dan order..Memang cantik !

Friday, 29 June 2012

Reveal Item Business Coming Soon ♥

Assalamualaikum dan Salam Penghulu segala hari :)
Syukur hari yang baik, semuanya atas limpah Allah S.W.T
Baru terasa nak mengupdate blog lewat petang.
Bukan wia tak jenguk blog sehari ni, cuma tak sempat menaip.
Hanya bersiar siar di blog rakan rakan blogger..


Heppi rasanya bila satu persatu selesai :)
Tadi wia baru lepas photoshoot untuk bisness wia ..Hehe
Biasa biasa saja. Esok wia review untuk kalian.
Dan lepas tu boleh la shopping ye..
Insha Allah..Rezeki ada dimana mana.


Yang seronoknya mak jadi photographer..Hikss.
Bukan senang mak nak snapkan gambar tau.
Memandangkan adik adik keluar.. Biasa la adik lelaki,
Jadi alhamdulillah semuanya dah okey.
Tinggal nak promosi laju laju.



Esok ye.. 30 JUN 2012 adalah masa yang sesuai ;)
- STAY TUNED -

Thursday, 28 June 2012

Tahniah Sayang..

Assalamualaikum..
Syukur Allah permudahkan urusan wia satu persatu.
Paling bahagia, keluarga sentiasa bersama susah dan senang..
Hari ni sekolah adik adik wia ada Hari Sukan.

Teringat zaman di bangku sekolah..
Waktu hari Sukan memang meriah.
Wia tak pernah miss ke sekolah time tu walaupun wia tak masuk sukan pun. Kihkih
Beri sokongan untuk Rumah Sukan katanya ;p

Berlainan pulak dengan adik lelaki wia..
Kalau tak masuk apa apa acara tak mau pi sekolah..
Rugi  la kan... Tapi tahun ni adik bongsu wia masuk 5 acara.
Memang membanggakan seperti tahun tahun tahun yang lepas
 
Kalau yang adik bongsu ni dari tadika masuk acara..Bangga sangat ! ;)
Tak macam kak dia yang sorang ni..
Hari sukan, ada la masuk satu acara.
Itu pun kadang kadang menang.
Kadang kadang tak..Upsss..



Kejayaan membangga kan ;)

Tahniah adik Badrul dapat 3 pingat :)
Semua dia ambik, untuk pingat termasuk emas, perak dan gangsa.
Tumpang heppi dan bangga.
Kecik kecik cili padi ;)

Wednesday, 27 June 2012

I LOVE Allah..I LOVE My World :)

Assalamualaikum dan Salam keceriaan.
 Lamanya tak update pasal makan² kan..?
Sesungguhnya pabila waktu belajar wia banyak update pasal makan.
Nak² dalam fesbuk. Sampaikan ada yang yang cop wia kuat makan.
Tapi memang betul pun ;)

Sampaikan apa saja yang makan sehari tu diupdate..Hehe
Seronok sebenarnya..Tak kisah la apa orang kata, yang penting rasa puas hati..Sebab buat apa yang kita suka, memang best ! :D
Cuma sekarang wia tak sempat nak update.
Kalau ada pun tak sebanyak dulu..
 
Rindu pulak nak update pasal makanan kan?


Insha Allah lepas ni nak update laju²..
Cuma sekarang wia rasa bersyukur hari ni dah turun hujan.
Dan inilah sebahagian dari petikan status para sahabat fesbuk
yang rata² bersyukur dengan hujan yang turun dengan lebatnya.
Menyejukkan alam nyata ini :) Subhanallah..

Guruh bertasbih dilangit.
Sebenarnya waktu hujan ialah waktu paling best untuk solat dan beribadah kpd Allah SWT . 
Hujan rahmat mengiringi dalam perjalanan pulang dari sekolah, walaupn basah kuyup, alhamdulillah sejuk.
 
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░▌║▐░░░░░░▀▀░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░▀▀▀░░░░░░░░░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░████░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░██░██░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░██░░██░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░███████░░░██░░██░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░███████████░░░██░░░░░♥ ♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥


Bersyukur...Cantikkan perkataan yang terlakar di atas..
Kalau uoOls perasan ada perkara yang baru yang muncul dalam blog wia..
Hehe..Ce teka..Ce teka..

Ps : I LOVE ALLAH
I LOVE MY WORLD

Tuesday, 26 June 2012

Rezeki ada Dimana mana..

Assalamualaikum dan Salam keceriaan ;)
Syukur ada peningkatan.. Yang penting usaha tangga kejayaan.
Banyak cara boleh dibuat.. Kalau boleh nak cuba banyak cara,
Mana tahu boleh dapat banyak sambutan 
dan sesuatu yang boleh buat kita senyum sampai ke telinga.


Apa la wia maksudkan dengan kata² diatas,

adalah sedikit kepuasan rasa hati.

Kejayaan tak datang bergolek.

Kalau berusaha, pasti ada hasilnya. Insha Allah.

 Satu persatu dipermudahkan, mudah²an rezeki meliampah. Amin

Man Jadda Wajada
Man Kashala fashala

Suka wia nak berkongsi pepatah arah diatas,
siapa berusaha dia berjaya, siapa malas rugilah dia..



Harap dapat terima berita yang baik² selepas ini ;)

- Amin Ya rabbal Alamin -

Doa²kan  ye semua....

Monday, 25 June 2012

Promosi Laju².. Jom Pakat LIKE !!

Assalamualaikum dan salam keceriaan
Buat blogger yang berkunjung dan follower setia blog picisan wia ni
Jom pakat² LIKE page ni 

http://www.facebook.com/pages/AddaFluffy-Collections/460454960634194

SUPPORT TIME..Hehe

LIKE  uOls amat wia hargai ;)

Makin ramai makin baik.



Sebab wia tak femes jadi kena banyak promosi baru okey..hehe

Ajak singgah page yang masih baru di arena fesbuk mahupun blogspot.

Lepas ni wia update sikit² pasal bisness ni ek.



Tak review lagi sebab tak ramai lagi yang tahu pasal bisness wia yang satu ni.


Doakan semuanya berjalan dengan baik.

Keluarga menyokong.


Sahabat terdekat sangat support.

Rakan FB juga support.

Harapnya rakan blogger juga support ye.

Jasa baik uOls amat wia kenang sampai bila²..

Saturday, 23 June 2012

Corak Eyeliner Pilihan Kalbu ;)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
Cantik kan seorang perempuan apabila di rias dengan cara yang betul.
Salah cara, boleh rosak semuanya. Kadang² boleh lari dari wajah asal seseorang itu kalau tak kena pada caranya. Kali ni wia berkenan nak berkongsi mekap simple dekat mata.

Kalau tak mekap pun kalau dikenakan eyeliner 
pasti nampak wajah tu berseri dan berkeyakinan kan? 
Kalau dulu² orang tua² suka pakai celak 
untuk tambahkan seri pada mata.
 Biar nampak menyerlah gittu ;p

Sekarang zaman makin moden, celak pulak digantikan 
dengan eyeliner yang lebih mudah digunakan dan diukir pada mata.
Sangat fleksible untuk hasilkan kreativiti :)

Ini adalah beberapa contoh pemakaian Eyeliner pada mata.
Yang sepet boleh nampak mata luas.
Yang mata galak boleh tampak mengecil.
Bergantung cara mengenakan nya.

Wia sendiri suka pakai liquid eyeliner.
Sangat mudah digayakan.
Kalau uoOls suka gaya yang mana.?
Wia suka gaya kiri paling atas.
dan kiri paling akhir ;)


Cantik semuanya ;) Nak cuba satu persatu la..Hehe

Bila minat menguasai, tiada yang mustahil kan?
uoOls, sesiapa yang singgah blog wia jangan 
lupa klik LIKE pada sidebar kanan ye.
Terima Kasih sangat²..

Friday, 22 June 2012

Mini Pelamin.. Random ;)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
2 Syaban 1433H.
Syukur, terasa best sangat dapat mencuba
sesuatu yang baru. Cepat masa berlalu.
Ramai yang bertunang. Sukanya dengar ;)
Ahha ni bukan entri hint nak bertunang ye. Harap maklum.

Cantik² sangat mereka ni. Baik mini pelamin.
Baju, mekap dan sewaktu dengannya.
Jeless positif wia tau. Tumpang heppi.

Dalam usia camni ala 20an memang
ramai yang ambik kesempatan untuk mendirikan rumah tangga
perkara baik, buat apa nak ditangguhkan lagi kan?

Tertarik pasal mini pelamin.
Mungkin terlalu awal nak buat entri maca ni.
Apa salahnya kan sekadar nak berkongsi.
Jujurnya wia suka tengok mini pelamin sekarang.
Cantik² walaupun hanya bertunang.

Tradisi atau trend? Hiks

Cantik dan comel..

Gambar diambil secara random saja.
Tiada kena mengena dengan sesiapa ye :)
wia nanti entah ada ke tidak pelamin gah sebigini..
boleh verangan sajalah kan?
Bersederhana saja mungkin. Ceria selalu (",)

Thursday, 21 June 2012

Fanpage Business, Let LIKE to Support ♥

Assalamualaikum W.B.T
Salam 1 Syabban 1433H buat muslimin muslimat.
..Hari yang baik bulan baik.
Wia rasa masa yang sesuai untuk publish dan berkongsi

FANPAGE BUSINESS 

AddaFluffy Collections



Masih baru dan wia memerlukan sokongan kalian ye.
..LIKE banyak² pun tak apa..Hehe
Dan jangan lupa boleh la shopping online bersama

AddaFluffy Collections

Insha Allah banyak lagi item yang bakal muncul.
Satu per satu. Harap uoOls dapat beri sokongan.
LIKE kalian adalah support buat wia.
..Terima Kasih sangat²..

Klik LIKE kat side bar atau dalam entri ni..
Komen la insha Allah mana yang kurang dan lebih
akan memberbaikinya dari masa ke masa. 
- sincere from owner -

Wednesday, 20 June 2012

Soft Colour Now in Myblog :)

 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Mood awal pagi dah teruja dengan pelan nak bertukar wajah blog.
Alhamdulillah, pelahan² edit sana sini.
..Try and Error.. 
Memang nak kekalkan header yang masih baru tu..


Cuma wia tukarkan kaler background.
Bertukar mood sikit alang² tengah tak berapa nak sibuk ni..Hiks
lagipun wia nak masukkan Fanpage ni lagi cantik kalau background blog kaler putih
Suci bersih gittu. Kali ni wia lebih tekankan pada warna lembut.


Buat sendiri, pening sendiri.
Puas hati dengan kerja sendiri.
walaupun tak kreatip mana pun ;p
Syukur blog wia kini berubah wajah dalan 90%.
dan tersenyum keriangan dengan hasil sendirik.
ok nak masuk dapur masak dulu.
Jumpa lagi kalian. 
Welcome my new view blog

Tuesday, 19 June 2012

Semakin Dekat.. Insha Allah :)

Assalamualaikum. Mulakan pagi yang ceria
dengan secawan milo panas.Perut yang kosong terasa terisi ;) 
Semalam sempat berbalas SMS dengan
rakan sebilik masa di Shah Alam.
Banyak topik keluar tentang itu dan ini.
Sedikit sebanyak memberi semangat dan perangsang buat wia.


Dalam dunia ni tiada yang mustahil melainkan izin Allah S.W.T
Senjata manusia adalah berusaha, doa dan bertawakkal.
Mudah mudahan dipercepatkan rezeki yang masuk. Amin.
Entri bersambung.......


Dari pagi menaip sambung taip pulak pada waktu petang.
Lumrah Surirumah. Bangun pagi dah mengemas.
Tepuk bantal tilam, menyapu dan sebagainya.
Dalam sibuk mencari² kerja..
Terlintas nak buat bisness.



FANPAGE FACEBOOK BISNESS dah siap !!
Teruja habaqq mai..
Tapi itula masih banyak kekurangan lagi.
Wia dah cuba² letak Socialplugin.
Nampaknya blog pun kena bertukar wajah. Hik³


Sekian.... Mata berpinar ngadap laptop lama² ;p
Kena buat facial mata bagi segar bugar balik..Hadoiii
Ps : tak lama lagi wia perkenalkan bisness wia ye ;)

Monday, 18 June 2012

Setiap Hari Nilai Kasih Berganda :)

Assalamualaikum. Salam keceriaan buat kalian
follower dan blogger budiman :)
 Tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Bapa
terutamanya buat ayah tersayang dan juga lelaki bergelar bapa di seluruh dunia. Tak lupa buat yang bakal bapa. Hehe

Mereka kata muka ayah dan anak ini sama.  Wia pun rasa cenggitu.Anak ayah la kata kan ;p

 Ayah wia memang susah nak bergambar.
Sekali bergambar memang manis senyumannya.
Ye anak di belakang itu kuat bergambar.
Tak kisah macam mana pun.
Bergambar memang kesukaannya. Kih³


Salam Israk Mikraj juga buat muslimin muslimat.
Semalam hari bermakna. Syukur alhamdulillah.
Aktiviti padat dan penuh kasih sayanggs.




Rezeki melimpah. Ukhuwah terjalin.
Sehinggakan tak sempat untuk hapdate entri seketul semalam.
Memang agak lambat menaip entri.
Tetapi teringin jugak untuk terbitkan entri hari penuh kasih sayang.
Semuanya berkat dari Nya..

Saturday, 16 June 2012

I Accept Reality

Assalamualaikum. Salam keceriaan :)
Pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan bulan.
Bnayak yang perlu dibuat selagi hidup dikandung badan.

Seronoknya melihat mereka yang berjaya.
Tak usah dpertikai siapa. Tapi wia bangga buat mereka.
Di suatu sudut hati yang kecil ini.
Wia jugak ingin berjaya seperti mereka.

Memang wia kuat berangan. Dipersetujui si dear sendiri.
Itu wia tak akui memang betul pun.
sebab tu ada pepatah Inggeris mengatakan
"Wish dream come true "
bermaksud moga impian dan angan jadi kenyataan.

Jadi bagi wia tak salah nak berangan sebelum mengecapi impian.
Kerna ada baik buruknya ;p
Usaha yang kuat dan tak putus asa.
Ada berita baik..
Pasal business wia dapat sokongan mak dan adik²..
Dekat ayah tak bagitau lagi sebab ingat nak surprisekan dulu ;)


Lepas dah aktifkan broadband boleh la guna laju²..
update 24/7 sehari..
Mudah sikit nak berbisness kecil kecilan.
Wia budak baru belajar..ngeh³ ='p
Dalam masa yang sama kerja masih tercari²..

Rupanya ini dunia bila meningkat dewasa.
Bukan senang nak senang.
Bukan susah pun nak susah.
Semuanya atas usaha sendirik.
Ok selamat berhujung minggu kalian.
ps : Semangat berkobar habaqq maii..

Friday, 15 June 2012

Buah buahan dan Petua ;)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
Bestkan makan buah buahan.
Wia penggemar buah cukup teruja dengan kedatangan bulan Jun dan Julai.
Yang tika ini buah buahan tempatan kian berbuah dengan banyaknya.

Fruit Paradise Month..Kih²..
Bilamana lama tak makan buah manggis dengan sepenuh hati.
Makan durian sepuas hati.
Rambutan ja belum nampak ingin berbuah.
yang lain kalau orang kedah cakap..Jenuh makan ;)

Durian..aroma menusuk kalbu ;p


- Durian dan Manggis -

Gambar tak sempat edit ;)


Jom jemput makan isi durian yang manis berkrim semulajadi ;)

 Merasai buah buahan tempatan dari hasil pokok di kebun tok di kampung.
Anak cucu tumpang makan hasil. Subhanallah..
Lazatt! Secara percuma pulak tu..Hehe.

Kata orang, kalau tak mau panas badan makan durian.
Minum la air cap badak atau air cap kaki tiga.
Dan boleh juga mencuba petua orang lama,
Minum air dari kulit durian.

Maksudnya bila kita buka kulit durian seperti gambar terakhir tu..
Kan ada isinya kan? Jadi bila kita dah makan isinya
Biji dibuang dan kulitnya yang berbentuk seperti mangkuk tu boleh la kita ambik dibuat sebagai cawan kununnya. Isikan air dan minum macam biasa.
Minum air dari kulit durian. Insya allah boleh naturalkan semula suhu badan selepas makan Durian yang bergas dan panas.

Musim buah paling best ;) 
..Selamat mencuba petua..

Thursday, 14 June 2012

Wajib Settle bab Broadband !!

Assalamualaikum. Hai semua.. Hati gembira walaupun dalam hati sedikit gementar. Sekarang wia tengah mereka banner comel untuk mini bisness wia. Wia tak sekreatip mana cukup la tampak ringkas yang boleh melambangkan bisness ni..


Bisness wia berdasarkan pakaian, aksesori yang tampak comei bagi si pemakai baik lelaki mahupun perempuan ;) Sila support wia ye semua. Mohon semuanya berjalan lancar. Tunggu masa yang sesuai nak PUBLISH ;)


Selagi tak selesai, rasa berdebar dup dap dup dap..Kesian lahai blog picisan wia ni asyik berkongsi pasal bisness saja kan? :) Nanti wia update yang lain pulaks. Bukan apa terasa teruja pulak bila nak mulakan sesuatu dari bawah. Doakan ye. Rasanya wia kena gunakan BROADBAND yang tertunggak 3 bulan tu..


Supaya senang nak berurusan..Itu la alkisahnya bila broadband tak berbayar. Ngeh³...Terusan terusan nak online jadi sukar sikit dari biasa. Sebab kat rumah ni wia guna PC ayah. Laju berdesupp dari online tapi itu laa terpaksa bergilir² pulak dengan adik²..

Rindu broadband yang dah lama brkubur -____-
Mak ke tak mau bayaq ek.? Masih menunngu dan terus menunggu..ps: Macam ayat seseorang la pulaks ;)

Wednesday, 13 June 2012

Official Name for My Business ♥

Assalamualaikum. Makin berkobar2 hati ini semakin dekat nak mulakan bisness sendiri. Yang seronoknya nama telah pun dipilih. Ehem ehem apakah nama yang jadi pilihan? Jeng jeng jeng..Tersangat la suspens kan? Yang pasti memang ada tersenarai dalam list.


Nama ni dipilih oleh si dear dan wia. Insha Allah akan jadi similar nanti. Amin, mudah mudahan. Ini bisness kecil kecilan cik wia. Harap dapat sokongan kalian. Wia si gadis baru belajar. Nak manfaatkan ilmu di dada sebagai budak bisness. Hati dah tak sabar nak berkongsi.


Permulaan, memang banyak yang nak kena belajar. Kata orang, pelan pelan jatuh bangun. Tak salah mencuba. Tak mahu mengalah sebelum berjuang. Doakan kejayaan wia. Banyak bertanya pada kawan kawan, mereka kata jangan cepat putus asa dan bosan.


Bagi wia jika apa yang kita buat dengan hati yang ikhlas ditambah pulak dengan minat. Sudah pastinya kita akan berusaha habis habisan kan ;) Yang pasti harap semuanya akan jadi seperti yang dirancang. Dup dap dup dap.. Banyak yang kena buat ni..Tunggu ye wia update =’D



Macam tak percaya.. Akhirnya idea ni tercetus, setelah sekian lama. Apalagi sokongan kalian, amat wia alu alukan. Wia tak kreatip, tapi tersangat suka menda comel yang unik dan gojess. Doa doakan, ilham dan idea datang berganda ;)

Dengan rasmi, nama dipilih adalah... #ketukan drum

AddaFluffy Collections


Alhamdulillah, akhirnya.
Tunggu banyak yang dikongsi bersama pembaca..kih²..
Bersambung....

Tuesday, 12 June 2012

Senarai Nama Tersedia ;)

..Assalamualaikum..
Alhamdulillah, akhirnya wia dah dapat cetusan idea
untuk business wia..Syukur..
Setelah lama berfikir²..Harap ianya jadi kenyataan.
uoOls pun kena support ye.

Sekarang wia tercari² nama yang sesuai sebagai pilihan.
Harap sesiapa yang terbaca dapat berikan pandangan..

1. CarlRa Wordrobe
2. dRazueL co.
3. De’Love Stuff
4. CuteItLove HouS
5. AddaFluffy Collections

Secara peribadinya ini senarai TOP 5 nama yang menjadi pilihan..
Tunggu stok dan apakah barang yang ingin wia bisness kan. :)
Doakan yang terbaik buat wia ye uoOls..







Mula dengan pemilihan nama.. Insha Allah, doakan wia boleh jadi seorang business Girl yang sukses. Besar harapan wia apa yang dirancang jadi kenyataan =)


Semangat berkobar² mengharapkan sokongan uoOls..
Nantikan ye semua.. Tak putus² berdoa harap semuanya berjalan lancar.
Amin Ya Rabbal alamin.

Monday, 11 June 2012

Allah Permudahkan.. Amin

Assalamualaikum..Craving Craving.. 
Boleh tak  mengiau camtu. Craving to good job.
Pleaseeee come to Me.


Memang tak sabar dah nih uoOls.
Doa²kan ek. Bila mengintai idea 
rasanya wia dah dapat sedikit 'hint'
Harap wia cepat dapat idea yang bernas.

Dalam masa yang sama wia masih ternanti berita yang baik.
Untuk dikongsi bersama pembaca blog picisan.
Tak sabar dah nak pegang wang sendiri. Kumpul harta sendiri.

..Searching Job, Hunting job..
Sesiapa yang cari pekerja, boleh ler carik wia . Kih².. Boleh camtu?
Bestnya kalau dah bekerjaya. Tak sabar, tak sabar o.O..


Gigih bermula dari sekarang. Tak mahu tangguh² lagi..
Doakan yang terbaik. Dalam hati berkocak.
Temukan wia dengan pekerjaan yang sesuai. Amin.

Sunday, 10 June 2012

Gelagat sebahagian FaMiLia masa Kenduri ;)

Assalamualaikum. Salam Hujung minggu :) Kenduri kendara sana sinun. Meh nak berkongsi gambar gelagat sepupu sepapat. Sedara mara. Gambar memang banyak, kalau nak masukkan semua mesti berat blog. Kih³..Pendek kata, kenduri pak menakan wia tu dihadiri semua orang. Meriah !!

Wia, tok dan sepupu, aikal :)

Ayah dan adik, Pali :)

Dak nana, sempat balik malam kenduri ;)

Sepupu dak nani yang kusyuk nonton tv time kenduri =P
Sepupu . Hariss..

gambar kandid mak  :)

Welcome mak lang baru. Selamat Pengantin Baru :)

Friday, 8 June 2012

Bisness?! Idea Come for Me, Pleasee..

Assalamualaikum dan Salam Jumaat :)
Sebenarnya dah ramai yang tanya wia, pelajar lepasan bisness, tak berminatkah nak bukak bisness sendiri. Bukan seorang dua, tapi ramai sangat. 90% Rezeki datang dari perniagaan..
Kalau ayah bertanya sambil beri pendapat, "Dah ambik kos bisness, Tak mau buat bisnes? Bukaklah kedai runcit".. Dang!


Kalau mak wia pulak dengan pendapatnya. Kak, mesin jahit tersadai dalam bilik. Belajarlah menjahit. Boleh bukak butik. Jadi tukang jahit baju. Masyukk time raya. Adehh betul jugak  =.="


Kalau pendapat adik² wia, yang sorang cakap kerjalah dulu kak katmana² ponn, lepas tu dapat kerja tetap. Grab lah terus. kalau nak meniaga, jom meniaga pasar malam. Apa?! Hadoii..


Pendapat mak menakan dan pak menakan, sepupu ayah. Mintaklah Guru Kafa, kan dulu sekolah agama.. Blurr satt. Bila masa pulak wia sekolah agama, setahu wia, adik wia la dak nana. Erkk -____- Bolahkah wia jadik seorang guru. Persoalannya?


Bila ambik kos bisness, ramai yang pandang serong sebab kos tu tak semegah kos perubatan dan peguaman. tapi bila mana dah melaluinya baru wia sedar, rupanya peluang cerah bila kos yang kita pelajari buka mata pencarian dan masa depan yang cerah. Berbaloi juga ambik kos perniagaan, yang monopoli dipelajari oleh anak² yang bakal mewarisi empayar perniagaan orang tua masing²..



Bagi wia, setiap yang ingin kita bangun dan jayakan perlulah minat. Betoii dak? :) Sebab tu bila tanya pada diri wia, YA memang wia minat bisness. Wia minat pada MAKANAN seperti kek dan coklat. Wia minat masakan ala MELAYU dan THAI. Juga minat pada bidang GAMBAR.. Shooting itu ini, gambar kebesaran Allah, gambar tunang, kawin dan nikah malah sebagainya lagi. Juga wia minat juga pada KOMPUTER dan INTERNET.


Nak mintak jasa baik uoOls.. Boleh cadangkan bisness apa yang wia patut bangunkan berdasarkan minat yang telah wia nyatakan di atas? Pendapat uoOls, amat wia hargai dan pertimbangkan. Sebab sekarang tengah bingung dan mengiau pikir pasal duit.. Sila bagi pendapat. Tenkiu ='>
 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi