Saturday, 31 March 2012

Suka lah, Cantik Ciptaan Allah :')

Assalamualaikum. Bunga.? Siapa tak suka kan.? Orang yang alah dengan bunga, mungkin tak suka. Wia pulak dah jatuh cinta pada bunga hidup. Sinonim la kan, perempuan dengan bunga. Ada juga perempuan yang tak suka bunga. Kan kan.? Bagi wia, bunga memang minat sangat dan suka super duper milion lemon.


Banyak dah bergambar dengan bunga. Sampaikan ada member fesbuk yang cakap yang wia suka bunga tak habis habis. Sebab gambar profil banyak dengan bunga. Kebenarannya, YUP memang wia suka pun # Senyum.


Hadiah sejambak bunga segar tempoh hari, wia simpan dalam satu bekas berisi air. Walaupun bekas tu tak cantik dan tak berkaca mahupun dalam kristal. Bagi wia, bunga ni harus disegarkan untuk elak cepat layu. Satu panadol soluble dimasukkan dalam bekas air tadi. Dan 5 kuntum bunga kesayangan sempena hadiah bufday wia tempoh hari, wia masukkan termasuk dengan tangkai.. Cantik jaa dalam bekas tu.



Penyeri dalam bilik wia pulak rasanya. Memang bunga boleh menceriakan mood dan suasana tampak romantis. Suka suka ;) Member sebilik pun kalau nak lalu bilik wia mesti rasa nak masuk dan bau bunga mawar segar merah dan putih. Sayanggnya masa mula mula jaa bau nya asli dan semualajadi. Masuk hari kedua, baunya dah makin hilang. Sedihh.


Tapi hari ni dah masuk hari ke-4, sekuntum bunga mawar merah masih ada bau kekal semulajadi. Suka sangat. walaupun dah makin nak layu.. Alahai sayangg nak tengok bunga mawar wia mengecut dan mati. Lumrahkan.? Sebab tu rasanya lepas ni wia kena simpan dengan baik supaya masa bunga dan daun nak layu, wia masih dapat bunga yang tak terlerai daun dan bunga dari tangkai.

Cantiknyaa.. (^_____^)


Caranya mudah, hanya perlu letakkan setempat dalam satu plastik, seakan masa mula beli kemudian terbalikkan dia.. Insha Allah bunga layu tapi daun dan kelopaknya tak akan gugur. Ni yang tak sabar nak buat. Wia nak simpan buat kenangan. Kalau boleh framekan memang nak sangat. Hikss.

Bunga wia dapat..makin menunduk ikut graviti dan semakin layu..

Suka bunga hidup.? Ada sesiapa nak hadiah kan lagi :) Ok selamat berblogging uoOls. Wia sebenarnya nak layan cerita Korea pulakss. Terima kasih yang datang bertandang ke blog picisan wia. Selamat berhujung minggu :'D Insha Allah nanti wia balas jejak uoOls ye.

Friday, 30 March 2012

Hadiah Yang Sweett..

Assalamualaikum.. Sesuatu yang indah bila dapat hadiah dengan kejutan. Sesuatu yang sukar di lupakan. Begitu juga wia. Alahai.. Sweetnya mereka yang buat surprisee kat wia masa majlis berkelah santai di Tasik Shah Alam tempoh hari. Gembira dan terkejut dalam masa yang sama terharu..


Terharu kerana dapat hadiah tak disangka sangka. Cantik pula tu :') UoOl nak tahu apa hadiah yang wia dapat.. Memang tak terfikir dek wia. Yang pasti  memang berharga buat wia, untuk di kenang sampai bila bila. Insha Allah seumur hidupp (^____^).. Masa wia dapat tu memang wia sebak sangat. Serius tak sangka.. dan ini lah hadiah yang wia sangat suka dan terkejut sempena hari lahir yang ke 23 pada 28 Mac lepas. Hewhew..

T A R A A ..............


Sempat snap gambar bunga masa kat rumah jaa :')

 

Sangat cantik, merah dan putih (^_____^)


Masa ni gambar baru lepas menitis air mata terharu.. Itu la bunga nya :') Sweet sangat. Wia super duper suka kannya..

Okey hari ni dah masuk hari ketiga, bunga ni masih dengan wia. Masih tampak segar walaupun bau nya dah makin hilang.  Terima kasih untuk bunga ni Kak Ima.. Terharu dan suka sangat hanya Allah yang tahu. Psst macam tahu tahu ja wia suka bunga ;)


Selamat berblogging semua. Nanti wia tunjuk dekat mana bunga tu wia letak. Kihkih. Gigih pulak ye. Opss. Kat Kedah, mak cakap ada jiran nak kenduri. Mesti meriah. oh wia dah rindu rumah sangat sangat. Tinggal satu paper lagi. Dan bunga ni ada makna tersirat tau. Juga seakan kembalikan mood wia yang tak ceria kepada ceria bila tengok :)


2 kuntum bunga mawar putih + 3 kuntum bunga mawar merah = 23 tahun.. Sangat Manisssss...Itu maksud tersirat bunga ni. Memang heppi dapat bunga. Feverett..Nak simpan ia walaupun layu. Pasti..Kenangan. Insha Allah.. Ini la kali pertama wia terima bunga.. Akan jaga baik baik. Senyum tengok bunga sebelum dan selepas tidur. Cantikk :') Lepass ni tak tahu siapa pulak yang bagi hadiah bunga kan.?

Thursday, 29 March 2012

♥ 23 - Moment Birthday :)

Assalamualaikum si cantik  dan si kacak. Semalam adalah hari yang bermakna buat wia. Kan umur dah bertambah. Hikss. Hadoii dah tua dah wia.. Bila dah bertambahnya umur rasa makin matang. (^__^) v betul sangat, tak tipu. Wia baru 23 tahun 1 hari 22 jam 16 minit 36 saat.. Gigih nak sebut semua. Alahai..Sebab tak mahu perasaan ni hilang tanpa sempat di kongsi kan dalam blog.


Syukur ahamdulillah semuanya seperti yang di rancang, picnic merangkap sambut bufday wia diadakan di Tasik Shah Alam. Pertama kali, wia jalan jalan kat situ... Masa tu pun dah lewat petang. Siap bawa bekal lagi uoOls..Antaranya ayam goreng tepung, kentang goreng, sosej dan coeslow :') Semua sedap sedap dan buat sendiri dari rumah. Kemudian kek cawan dan kek yang comel..


Paling best, member serumah wia, 4 orang turut serta termasuk wia, 5 orang semuanya. Meriah sangat.. Memang sengaja pegi berpicnic kat tasik lepas Asar untuk kumpul depa yang sibuk dengan kelas dan kelas. Wahh banyak betul la kelas..dan bersyukurnya cuaca pun elok jaa petang semalam. Suka suka dan tempat tu memang cantik mata memandang...

Kek yang comel, Blueberry  :)


Cupcake yang juga comel :')


5 Sekawan, 5 member serumah :') Dari kiri : Dak fifa, wia, Kak Ima, dak ida dan dak asni..


Pose dengan kek sempena hari wia dah tua :P

Sukar nak digambarkan perasaan wia pada masa tu... Hanya Allah yang tahu. Paling sebak, bila tetiba roomate wia, kak Ima bagi sejambak bunga segar yang sangat cantik :)) Menitis air mata di buat nya.. Terharu :')


Sememangnya 28 Mac 2012 memang bermakna buat wia.. Paling heppi member merangkap rakan serumah dan rakan sebilik, dapat hadir seperti yang di rancaang. Bertambah heppi la wia.. Serius perasaan tu sukar di ungkap, malah wia yang di rai. Hati ini bagai ada taman, berbung bunga lagi.


Ps, terima kasih kawan kawan untuk kek blueberry comel yang sedapp. Terutama yang terlibat semalam.. Wia sangat terharu. Memang rasa diri begitu di hargai.. Selamat berblogging ye uoOls.. Bahagia itu datang dari Allah. Bersyukur atas nikmat yang diberi :') Wia dan tua (^_____^) v ..Permandangan cantik ni kat Tasik Shah Alam.. Semoga doa yang kawan kawan doakan, dimakbul. Amin

Wednesday, 28 March 2012

Sweet 23 ♥ Happy Birthday to Me :)

Assalamualaikum. Salam keceriaan buat pembaca blog kesayangan.. Hari ni genap 28 MAC iaitu hari istimewa buat diri ini. Hee. Kira ni macam entri khas dari pembaca blog untuk empunya dirinya sendiri. Sebenarnya entri ni wia nak taip malam tadi lagi dan rasa nak pos laju laju tepat pukul 12 tengah malam semalam.


Memandangkan ada sebab musabab yang tak dapat di elak, tak dapat nak publish dan taip seperti yang di inginkan. Apapun, wia tetap dapat luangkan masa mengadap lappy biru ni untuk menaip entri sempena untuk diri sendiri. Hikss. Sebenaarnya hari ni is MY BIRTHDAY :')


Orang pertama yang ucapkan pada wia semalam, tepat pukul 12 tengah malam adalah mr.dear . Terharu sangat..Ingatkan dear dah lupa yang umur wia ni dah meningkat setahun hari ni. Memang sesuatu yang indah diserikan lagi dengan kejutan dari member member serumah nyanyikan lagu buat wia :') Oh terima kasih hempa semua.... Terharu sampai tak menitis air mata. iHikss.




Malam tadi wall FB  diserbu dengan ucapan yang buat hati ni berbunga bunga indah..Alahai, rasa diri begitu berharga. Sob sob. Memang terharu habiss uoOls. Serius, malam tadi sesuatu yang sukar wia lupa seumur hidup walaupun tak diserbu dengan tepung, air dan telur :P


Nasib nasib. Kihkih. Bila umur dah meningkat n, wia berharap segala yang di impikan menjadi kenyataan. Terima kasih pada yang mendoakan wia. Moga termakbul hendaknya. Moga wia dipanjangkan umur dan sempat membalas budi dan jasa mak ayah, walaupun depa tak minta. Berjaya berdiri di atas kaki sendiri. Insha Allah. Amin Ya rabbal Alamin..

HAPPY BIRTHDAY DAWIA HONEYPUTRI ^^ v

Sweet 23

Paper Kedua diPermudahkan :]

Assalamualaikum...Selesai juga paper kedua wia untuk semester ni. Heppi hanya Allah yang tahu. Maka dengan ini dapat la wia berehat agak lama sementara menanti paper terakhir dengan gap yang agak jauh. Suka suka (^___^) v.. ahha tengok siap buat peace tanda aman kecil yang wia boleh berjauhan sat dengan buku bagi merehatkan minda kerana dua paper yang dekat ni.


Yang lepas, wia dah usaha, dan sekarang wia hanya mampu bertawakal. Ada rezeki leh dapat A+.. Amin, mudah mudahan dimakbulkan. Boleh la naik pointer kan.? Lepas ni paper Research Method. Seminggu lebih dari sekarang.. Lama juga kan.? Boleh la jalan jalan blog cuci mata. Hikss. Rindu nak blogvespaking dan baca entri kengkawan alam maya.

Selesai paper kedua ;)


Sehari tak online rasa dah banyak benda yang wia tak tahu. Desini nampak pentingnya internet, IT kan.? Dunia sekarang semuanya pantas hanya di hujung jari. Kiranya dah semakin dekat wia dengan paper terakhir, makan semakin dekat wia nak tinggalkan SHAH ALAM.. Sedih pulak :'(


Walaupun ada pahit getirnya berjauhan dengan famili, disamping hidup di rumah sewa macam sekarang, tapi tetap ada manisnya. Alahai.. itu yang wia tak sanggup nak hadapi bila nak balik Kedah. Lepas tu dah tak payah mai sini lagi. Itu best tapi yang tak best pasti wia merindu udara dan bumi kat Shah Alam ni. Sobs sobs.

Bakal berubah...




Tetiba tadi wia on9 dan terlihat dekat dashboard yang macam ni dekat lappy. Tak sabar nak menaip untuk sesuatu yang penting ^______^ v  Tapi wia continue esok pagi la. Wahh tak sangka blogspot dah upgrade. Macam mana la rupanya, April nanti kan.. Tunggu dan lihat. ;) Selamat malam semua. Terima kasih, rasanya malam ni malam yang paling indah buat wia :') Terharu dan semua rasa ada. Apapun wia akan cerita esok.  Stay Tuned.... Dalam diam hati berbunga gembira..

Monday, 26 March 2012

Selesai Exam Subjek Company Law :'D

Assalamualaikum. Syukur 1 paper dah selesai. Berusaha untuk esok pulak bagi sesi petang. Nota semua dah beress, cuma untuk sesi mengingati laju laju dan memahaminya sebaik mungkin. Insha Allah sempat kerana tadi wia dah habiskan pembacaan di helaian pertengahan. Wia ada lebih kurang 21 jam dari sekarang untuk rangkul semua yang dibelajar untuk semester ni dalam subjek yang dipanggil dalam bahasa omputih, "Small Business Management"....


Setiap subjek ada cabaran nya. paling penting berkali kali wia suka katakan dan ada jugak menaip dalam entri lepas pun, supaya segalanya berjalan lancar. Hanya Allah yang dapat membantu tika itu. Company Law dah pun selesai pagi tadi. Wia puas hati walaupun ada sedikit yang buat wia fening untuk fikirkan semula. Lumrah la kan, menjawab soalan final exam. Haruss laa ada perasaan was was dengan jawapan yang diberikan.



Ok, malam ni fokus untuk subjek seterusnya pulak. Nak nak kak sebilik wia yang ambik PhD ni banyak bagi tips berguna. Suka sangat ! Nak berjaya macam dia juga. Hewhew. Doakan wia juga dapat merasa perit getirnya bergelar pelajar PhD. Tapi wia tak boleh lawan kerajinan kak sebilik, iaitu Kak Ima. Baik orangnya. Murah hati, murah senyuman. Yang penting suka la sebilik dengan dia :')


Rasa nak cepat cepat habiskan paper esok, sebab ada sesuatu yang wia tunggu pada hari lusanya. Jeng jeng jeng. Bagi surprisee dulu. Teehee :D nanti wia update ok.. Sekarang biarlah rahsia dulu, dan ada sesuatu juga yang wia rancang bersama member serumah yang lain. Harap semua menjadi seperti yang dirancang. Amin :]


Ok, wia kena akhiri sesi menaip wia sebab azan pun dah berkumandang tanda waktu Maghrib dan harus menunaikan solat kerana wajib untuk muslimin muslimat yang beragama ISLAM. Selamat berblogging uoOls. Hanya doa dan berusaha yang wia pertingkatkan saat menghadapi final exam . Doakan wia berjaya (",)

Sebelum masuk dewan pagi tadi :')


Oh muka nak ambik paper pertama, Pucat dalam pinky..



Lapangkan dada, mudah untuk wia mengingati apa yang wia belajar, kerana subjek yang wia ambik ni adalah subjek teori yang memerlukan pemahaman yang tinggi. Risau juga sebenarnya untuk subjek esok, psst tapi sempat lagi menaip panjang wia ni..Hikss. Maaf, ini hobi wia.. Kuikui. Terima kasih yang mendoakan wia. Hanya Allah yang dapat balas. Amin. Heppy Selalu (^__^)

Sunday, 25 March 2012

Esok Masanya Peperiksaan Bermula :')

Assalamualaikum. Peperangan bermula esok. Doakan wia moga segalanya berjalan lancar. Insha Allah untuk esok wia dah 80% bersedia. Malam ni lebih fokus pada isi penting dan segala macam yang biasa lalui untuk hadapi sebuah detik perjuangan seorang pelajar. Final Exam !


20% akan wia cover pulak malam ni. Agak berdebar walaupun dah beberapa kali dalam dewan peperiksaan. Bak kata dear, my boyfie, berdoa dan bertawakal pada Allah selepas berusaha semahunya. Ya, dear.. Akan wia lakukan sebaik  mungkin demi kejayaan masa hadapan. uOls yang lain pun doakan wia ye.


Tak banyak yang wia minta, hanya doakan yang terbaik untuk semester ni. Tingkatkan pointer dan grab A+ untuk tiga subjek untuk semester terakhir :') Harapan tinggi untuk CGPA yng terbaikk. Amin. Itu matlamat untuk final exam wia kali ni. Besar harapan, dan sekalung doa dari kalian untuk sebuah kejayaan amat wia harap (^__________^)





Moga Allah merestui kejayaan dan usaha wia ;) P/s, jumpa selepas selesai paper pertama wia esok ye. Selamat berblogging. Nanti lepas exam wia jalan blog uoOls laju laju. Hikss. Ok malam ni ada sambungan misi sikit saja lagi. Aja aja Fighting ! Skor yang terbaik. Dan harapan nya semua berjalan dengan lancar.

man Jadda wajada, man kashala fashala 

Terima kasih kak sebilik untuk gula gula yang sedapp ni ;)

Sambil studi kunya gula gula kata kak roomate merangsang minda. Sedapp pulak tu gula gula dari Langkawi ni. Nak nak Daim, yummy. Jemput makan. Selamat berjuangan kawan kawan satu Batch. Perjuangan terakhir kita ;) Doakan wia... Suksesss. Amin.

Saturday, 24 March 2012

Pizza Domino dan Kelas Terakhir :')

Assalamualaikum.. Cepatnya masa. Lelah mengejar hingga ke dakwat terakhir insha Allah. Semalam adalah kelas terakhir wia.. TERAKHIR bermaksud ya, ini semester akhir wia. Dan minggu depan takkpun lebih rasa gerun Isnin ni dah mula final exam. Gurlp! Telan air liur pun rasa payah -____-


Tak banyak masa untuk wia menaip panjang lebar kerana masa begitu mencemburui wia. Jadi haruslah curi masa yang tak pernah berhenti berdetik untuk tatapan pembaca blog. #Padahal suka menaip..dan suka berkongsi cerita baru. Kuikuikui.


Semalam kelas terakhir dan disebabkan itu kebetulan, member wia ajak order Domino's Pizza sama sama. Masa tu pun memang tengah lapar. Sedap juga pekena pizza di malam hari. Hikss. Memang kenyang kot, wia guna baucar yang dapat hari tu, akhirnya dapat guna dengan sebaiknya. Suka suka. ! Syukur..


Jadi weouls bertiga, termasuk roomate wia pun makan bersama sama malam tadi dengan rezeki yang weouls order delivery. 30 minit seperti yang dijanjikan sampai depan pintu rumah. Heppi ^___^ tapi sayangnya wia dan dak fifa terpilih menu sama la pulaks. Sama topping. Hadoii cemana boleh tak terfikir. Silap dan nafsu yang buat weouls tak terfikir camtu. Nasib laa.


Wia dan dak Fifa pilih Pizza Extravaganza dan roomate wia, kak Ima pilih BBQ Chicken. Boleh tahan rasanya..

Bersedia untuk auumm ;)


Pilihan Kak Ima , roomate wia :) BBQ CHICKEN.



Pilihan wia, EXTRAVAGANZA :)

Sedap, alhamdulillah :') Kenyang sampai dibawa ke sarapan pulaks. Hee.. akhirnya dapat juga merasa Pizza Domino buat pertama kali. Percuma lagi :P Lepas ni leh cuba lagi la untuk jenis lain pulak. Rasa macam nak try seafood delight pulak lepas ni. Nyum nyum..


Ok selamat berblogging uoOls. Kalau ada masa terluang wia akan ziarah blog uoOls balas kunjungan. yang penting menaip tu adalah kapsul hati wia.. Boleh macam tu.? Lusa je lagi. Dan tulat. Kemudian, boleh la bernafas balik kot -.- " Untuk satu paper muncul seminggu dari tarih paper kedua. Tu dia, berbelit ayat wia uOls nak baca. Kuikuikui. #Sebenarnya nak cerita dah dapat makan Domino's Pizza semalam. Panas lagi, keluar dari oven. Selamat menjamu mata (^_______^)

Friday, 23 March 2012

Pekena Ayamazz Roti Impit.. Hikss.

Assalamualaikum. Baru sehari tak menaip entri di blog kesayangan, ruangan menaip entri dah bertukar wajah. Suka suka sebab ada penambahan jenis tulisan yang dipilih. Ada 4 jenis yang wia perhatikan iaitu Normal, Subheading, Minor heading dan  Heading. Macam semangat dan teruja wia nak berblogging pagi Jumaat yang penuh berkat ni ;)


Terima kasih yang sudi singgah ke blog picisan wia ni walaupun wia agak sibuk buat persiapan nak menduduki final exam. Yang follow blog ni, wia sayang uoOlks lah ;) rindunya nak berblogging. Ni pun wia saja curi masa nak hapdate blog laju laju. Hee.


Sebabnya 2 paper wia agak dekat tarikhnya. Jadi tak sempat nak blogvespaking blog uoOls. Kalau masa rehat dari mengadap blog baru wia sempat nak usha blog kalian. Teehee. Lepas ni wia singgah ziarah blog membalas kunjungan.


Sempat juga wia nak upload gambar masuk dalam blog. Rupanya dekat gabar pun, blogspot dah tukar pada yang lebih mudah dan cepat. Siap ada icon kamera dan nama gambar kita. Hebad lah ;) Suka sangat.. Ok semalam wia sempat pegi kampus nak hantar asaimen terakhir. Kemudian wia mnencuba sesuatu yang baru. Ce teka apa.? Hikss.  Tak mau la berahsia bagai. Meh cepat wia bagitau..

T A R A A A A A !


Ayamazz Roti Impit dan sekotal kecil air oren Peel Fresh ;)

Yummy ;) Wia pilih yang chessse..


Dan masa berposing dengan makanan :'D
 Boleh tgahan sedapnya Ayamazz Roti Impit ni. Rotinya di stimkan dulu dan sosej yang di impit sangat besar dari biasa. Chesse nya terasa. Nyum nyum. Yang penting wia puas hati ^_____^ v. Selalu dok tengok kat tv saja, tak tahu apa rasanya. Sekarang dah cuba, alhamdulillah. Lepas ni boleh cuba makan lagi.rasanya ayamazz roti impit adalah keluaran daripada KFC Holding.


Ok, wia nak sambung studi semula. Ziarah la selalu blog wia ni, insha Allah lepas dah habis sibuk wia ni, wia balas balik kujungan uoOls ok ;) Salam penghulu segala hari. Rindu famili dan doakan kejayaan wia dalam final exam ni ye . P/s :  Banyak lagi nak kena baca dan hafal. Jumpa lagi entri akan datang.....

Wednesday, 21 March 2012

Persiapan dan Persediaan Menempuh Final Exam :')

Assalamualaikum. Makin dekat nak final exam ni. Moga Allah berikan wia kesihatan yang baik sejahtera hendakNya sepanjang wia menduduki exam minggu depan saja ni. Rindu pada blog buat wia menjengah ke blog picisan ini untuk berehat seketika bila mana mata naik berpinar menilik helai demi helaian buku.


Member sebilik wia tak berapa sihat. Kerana diserang flu. harapnya wia diberi perlindungan dari terkena virus selsema yang pastinya boleh buat wia tak selesa yang amat. Malah, bila masa nya dah dekat,  badan tak sihat susah untuk tumpukan pada soalan dan otak pun boleh cepat penat dan perlukan banyak rehat dari berfikir.


Sebab tu wia berharap dan berdoa supaya wia diberi kesihatan yang baik. Amin. Uols juga doakan wia ye.  Wia tak pasti ada sesiapa ke yang membaca entri wia ni, tapi yang pasti wia tetap suka menaip, menaip kerana blog la kapsul hati dan luahan hati wia.


Sengaja, mengambil masa malam untuk menaip. Nak hilangkan mood letih mata dan minda :)  Usha dan jalan jalan blog member sebelum tidur. Insha Allah esok ada presentation terakhir untuk semester ini. Moga dapat buat yang terbaik sebelum menduduki exam. Amin ~

Display Picture. Hikss

Khatam buku sampai lebam :')

Berusaha tangga kejayaan :)

Domo -Kun :)

Meja studi wia dekat rumah sewa ;)


Tiada apa yang lebih manis, melainkan dapat buat yang terbaik supaya carry mark dapat full dan paling ok pun dapat markah tinggi. Dan juga saat saat minggu terakhir ni, sempat lagi ada kelas, bagai tiada masa untuk ulangkaji saat terakhir. Sabar saja laa. T_T


Malam ni dan hari ni wia rasa lain dari hari hari sebelumnya. Mungkin mata pun dah naik berpinar. Harap esok lebih baik dari hari ni. Weehuu, rupanya blogger suka ziarah malam malam, wia sempat tengok ramai yang berkunjung time tengah malam. Selamat berblogging wia ucapkan.


Musim nak final exam, mood pun banyak berkisah tentang persedian sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Gurp! Risau dibuatnya. Dup dap dup dap.. Doakan wia :) Ok hanya Allah yang tahu perasaan wia sekarang ni. Mata dah penat cam panda. Otak pun dah penuh. Jom rehat untuk esok. Wish me LUCK ! Fighting ! Bismillahirohmanirrohim..

Monday, 19 March 2012

Minit saat Terakhir Menghitung Hari - Final Exam.

Assalamualaikum. Dup dap dup dap menempuh debaran. Bermula dari hari ni, tinggal kurang lagi seminggu lagi untuk wia menempuh final exam. Macam tak percaya jaa tapi itu la kenyataan. Berdebar la sem ni memandangkan ni semester terakhir. Huhu.


Kuatkan wia dalam menempuh peperiksaan akhir kali ni. Doakan yang terbaik buat wia. Banyak lagi persiapan dan dah rasa tak cukup tangan dah rasanya. Sobs sobs. Biasa la belajar 'last minute'.. Opss ! Perlu ka dinyatakan dalam entri ni.? anggap saja wia tak tercakap. Padahal dah kantoii.


Jadual peperiksaan akhir semester ni dah lama pun keluar. Kali ni wia ambik 3 paper.. Mencabar juga sebab dua paper tarikhnya sangat dekat. Memandangkan itu terjadi. Nak tak nak kena terima dengan hati terbuka. Pasrah ka wia.? Tidak, hati ini redha menerima semua ini.

Ok meh nak senarai pendek jadual final exam wia semester ni :-
Company Law - 26 Mac
Small Business - 27 Mac
Research Method - 11 April
Maaf andai lepas ni wia tak sempat berjalan jalan ke blog kalian. Kerana ini yang wia kejarkan. Tarikh ni amat penting buat wia, sebelum wia boleh menarik nafas lega yang panjang. Harap uoOls mendoakan kejayaan wia. Tengss :) Teruskan berblogging tau.


Apapun, minggu ulangkaji minggu ni, langsung tak macam minggu ulangkaji.  Sebabnya tadi baru saja wia habiskan teSt terakhir untuk subjek small business. Dan insha Allah lusa, ada presentation. Gurlp ! bab yang paling wia tak berminat bila kena bercakap depan orang ramai..Kurang skill mungkin >.<



Ok sebelum wia terlambat sesaat, molek la wia tamatkan taipan entri ni :) Selamat berblogging uOls. Alahai final exam dah dekat. Serius nebes tu mula membeku ke dalam tubuh. #Sejuk. Ps : moga tak ada halangan dan wia diberi kesihatan yang baik untuk menduduki final exam minggu depan saja. Sikit masa ja lagi. Aja aja fighting Dawia Honeyputri ! Chaiyokk !! :D

Sunday, 18 March 2012

Member SebiLik Baru :') Ohh..

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah :') Hari ni wia dapat roomate baru. Bertukar lagi entah keberapaa kali. Mungkin ini yang last. Hee. Teruja ada, takut ada, sebab bakal rakan sebilik wia kali ni memang agak misteri. Sebab dah tak tengok bilik, langsung booked! Itupun bekas rakan sebilik wia nak berpindah atas sebab tempat letak kereta. >.<


Tak penah penah kan, orang masyuk dan keluar rumah sewa pertengahan bulan. Dan ini yang wia alami hari ni. Hujung minggu yang panjang wia rasa . Hikss. Berdebar debar tunggu siapa bakal roomate katanya. Sebelum tu, wia nak ucapkan berbanyak terima kasih pada ayah sayang yang sudi hadiahkan pada anaknya yang sorang ni. Pelik, hari ulangtahun kelahiran ayah, tapi ayah yang bagi hadiah.


Pagi tadi ayah sms wia, cakap nak topapkaan kredit henfon wia. Oh sangat terharu yang amat :') Terima kasih sayang ayah, ni yang sayang ketat ketat ni.  Ok berbalik pada roomate baru wia. Kedatangan nya bersama famili nya petang tadi. Banyak barang dia. Rupa nya orangnya kecik molek macam wia juga :P


Seorang yang berumur 26 tahun. Ima nama timangan nya. Punya terkejut ingatkan ima pelajar UiTM adalah pelajar DEGREE rupanya PHd uoOls. Sangat terkejut bukan kepalang. Pandainya dia. Kalau dibandingkan dengan wia, apa la sangat T_T Desitu nampak jurang yang jauh.



Banyak yang kami bualkan sambil tolong ima bangunkan almari kain tanpa kertas rujukan. Terpaksa 'try and error' dua tiga kali baru ok :) Ima walaupun dah berumur dari wia dan member yang lain, tapi dia nak weouls panggil dia dengan panggilan nama jaa. Lebih mesra katanya. Orang Terengganu.


Malam ni wia bertukar roomate. Cepatnya masa. tetiba teringat ex-roomate. Walaupun sekejap, ada juga kenangan. Ok, ini masanya hari wia bermula dengan roomate terakhir #Mungkin. Kerana wia juga dah nak habis belajar. Sob sob. Amin.. Doakan kejayaan wia. Tinggal kurang lagi seminggu nak menduduki final exam. Huh! Selamat berblogging. Entri ringkas dari wia ;) Psst best la pulak tengok protege Faizal Tahir iaitu Anas Ridzuan. Ada aura dan style gittu :P Mantapp..Opss tetiba pulak. Haha

Selamat Panjang Umur Ayah Sayangg :)

Assalamualaikum. 18 Mac akhirnya dan hari ini genap sudah umur ayah wia tersayang. Encik Zakaria. Sempat wia titip sms buat ayah sayang tadi tepat pukul 12 tengah malam lepas tengok cerita cerekarama 'Warkah Cinta Mat Rock'..

Sesungguhnya mudah untuk wia ingat tarikh hari lahir ayah wia. Sebab kami sama bulan. Hee. # Hint nak bagitau yang bufday wia juga tak lama lagi. Siapa ingat dapat gula gula sebiji. Dengan ini wia nak buat entri khas buat ayah tersayang yang jauh dimata dekat dihati. Nun di Kedah.

Selamat Hari Lahir ayah.
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin ~




Rasa macam nak suap kek dekat ayah saat ni.. Jarang weouls sambut bufday ayah. Selalunya ayah yang akan sambut bufday anak anaknya. Belum pernah lagi wia bagi hadiah pada ayah. Bukan tak mau cuma belum berkemampuan lagi , almaklum la masih lagi sebagai seorang pelajar. Dok celah ketiak ayah lagi. # Maksudnya mintak duit kat ayah lagi . Sob sobs.


Insha Allah lepas ni nak berdikari. Wia pula anak sulong dalam keluarga. Haruslah jadi kebanggaan mak dan ayah. Serius, dah 3 bulan tak balik rumah. HOMESICK sangat rasanya sekarang ni. Nasib dah tak lama dah wia desini.


Insha Allah, balik nanti nak bagi ayah hadiah. hadiah sebuah kejayaan. Syukur ayah masih dipanjangkan umur untuk bersama sama kami, mak dan adik adik selepas kemalangan yang menimpa hampir setahun lepas. Allah masih nak ayah desisi kami :') syukur..


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH SAYANG :') 
sAYaNg sAnGaT ..

Saturday, 17 March 2012

Roud Tour Mini ABPH Shah Alam (",)

Assalamualaikum. Dengan cuaca yang baik hari ni, alhamdulillah. Boleh la wia sidai kain dengan riang ria nya. Moga cepat kering. Amin :) Tadi ada buka folder henfon Nokia wia.. Terlihat gambar gambar yang sempat wia snap bulan lepas. Memang dah lama kan.? Tak terhapdate dalam blog. Entah kenapa wia sendiri tak pasti. Mungkin nak suruh buat entri bulan Mac lettew. Hikss..


Masa tu wia nak bershopink dekat SACC Mall. Rupanya katsitu sabtu dan ahad ada Road Tour Mini ABPH. Meriah juga. Wia pi hari Sabtu, jadi tak banyak artis time tu. Kalau tak boleh la snap gambar sekali kan.? :) Dengar kata esoknya ramai yang bergambar dan upload kat FB.. Ada Izara Aishah, Zizan, Shila Amzah dan banyak lagi.




Banyak snap gambar kat red carpet saja. Artis real tak ada masa ni :)

Tudung wia yang terbang terbang ^^ v


Pentas mini di tengah shopping mall ~
Wia sempat merasa suasana yang agak meriah time tu. Tapi boleh agak hari ahad pasti penuh dengan orang, sebab retis datang. Untung la kan :P malas dah nak keluar hari ahad tu walaupun rumah wia dekat. Masa tu nak tengok pameran pengantin pun tak sempat. #Terkilan tapi ada hikmah sebab wia bukan nak kawin lagi.


Rasanya Shah Alam adalah road tour mini ABPH yang pertama untuk kali ni sebelum ke Melaka dan Terengganu. Sekarang mungkin dah kat Sungai Petani, Kedah.  Maka berpeluang lah sesiapa yang minat artis kesayangan untuk berjumpa depan mata. Ini yang dinamakan pengalaman. Selamat berblogging uoOls. Puas hati dengan blog kesayangan yang di edit dari masa ke masa :]
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi