Monday, 30 April 2012

Dean List for Final Sem ❤ Congrate Myself :)

Assalamualaikum. Keputusan exam wia dah keluar la uoOls... Paling gembira kali ni wia merasa "Dean List".. Syukur alhamdulillah..Terharu sangat ! ;) Hari terkahir di bulan April wia diberi kejutan dengan berita baik. Ye kawan kawan memang betul hari ni adalah hari keputusan peperiksaan wia keluar..



Teruja mulanya dan yang peliknya untuk kali ni wia tak nebess langsung. Cuma masa nak check tadi, line internet sangat la sibuk sampai lambat dibuatnya..Malam ni baru berkesempatan check. Ihikss..Entahlah perasaan tu sangat natural kali ni. Betul cakap BF wia, kan lagi best dari awal belajar rajin rajin. Gurlp.! Mesti CGPA tiptop..Tapi apakan daya hanya mampu berserah untuk keputusan itu.



Sekarang cuma wia nak ucapkan yang wia sangat gembira tengok result, seolah olah tak percaya gittu ;p Bolehkan wia nak super heppi (^________^) V  Rupanya camni perasaan gembira dengan jaya ;) Subhanallah..KAU beri wia peluang untuk merasa julung kalinya :')


Yes, I got it ;)


Happy.......



To beloved support me ;)


Congrate for myself ! :') #Smile

Superb heppi..Nak hadiahkan diri sendiri apa ye.? :) Esok cuti sempena masuk bulan baru..Upss. Hari pekerja.. Wia nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Pekerja buat pekerja seluruh Malaysia..Subhanallah, ni rezeki dari Allah untk masuk bulan baru. Blogvespaking jom ;p

I want Rabbit for My Pet so badly..Cute !

Assalamualaikum. Arnab comel kan uoOls.? Semalam balik kampung ada sepupu bela dua ekor arnab yang berlainan jantina dan warna. Sangat comel dan ia masih lagi kecil.. Alahai menambat hati uoOls... Sebab tu kalau dalam banyak banyak binatang, kalau nak dibela, arnab jadi pilihan. Hikhik.


Terdetik dalam hati nak bela arnab semula, selepas impian nak membela arnab yang tersimpan lama dipendam. Lucu tengok lincah arnab arnab tu.. Kalau kat rumah tok wia, ada warna coklat dan warna putih..Kalau wia nak bela warna kelabu dan coklat..Ada kaler biru lagi baik ;p Putih memang bersih comel tapi cepat kotor bulunya..


Serius nak bela baby arnab sebagai PET atau dalam bahasa binatang peliharaan. Comel ja bergerak membontok selain tak bersuara macam meow..;) Kalau la dapat bela.. Hadoii. Tak sabar nak main main dengannya. kalau nak bela binatang kena rajin kan uoOls. Utk pastikan rumah jadi bersih dan tak berbau.

Comelkan rabbit tengah makan carrot ;p


Gambar tak di edit..Kurang memuaskan ~


Manja nya dia... Dia atas riba dak Badrul, adik bongsu wia ;)


Tak banyak karenah, segala jenis sayur arnab arnab ni makan =D


Baik je dia..Gerammm >___< d



Si putih si jantan ;)

Wia : Mak ayah ..nak bela arnab.? #Sambil kelip kelip mata mintak perhatian..
Ayah : Sudah sudah la tu wia...
Mak : Bukan nak cari kerja, nak bela arnab pulak ..adehh -____- "
Wia : Speechless..

Wia : Dear nak bela arnab , sambil buat muka manja..hikhik.
Dear : Bela la.. tapi kena rajin la nak tukar taik arnab hari hari..
Wia : Hadoii..Macam tak bagi bela jaa.?
Dear : Terserahh... P/s : Lain kali kita bela ek..

I want Rabbit So badly..

Sunday, 29 April 2012

Cheese Tart Mabeloussss..

Assalamualaikum..Update makanan lagi. Kalau ada makanan yang sedap mesti nak kongsi ;) Mana tahu ada yang sama citarasa..HeHe. Kali ni wia nak memperkenalkan salah satu makanan feverett juga iaitu tat keju atau dalam bahasa omputihnya Cheese Tart ;) nyum  nyum nyum..


uOls nak tahu kalau lalu kat satu booth dengan PKNS Shah alam mesti bau aroma kuih dan bau coklat.. Sebenarnya wia terasa nak makan sebab tertarik dengan cara jualan kedai tu yang masak desitu secara langsung. Masak dan dimakan panas panas keluar dari oven memang terbaik ;p


Dekat booth tu ada jual muffin coklat dan mufflin vanila yang juga dijual desitu. Juga dimasak pansa keluar dari oven. Memandangkan muffin wia suka masak sendiri dan dah biasa makan, tetiba terasa nka makan tart..Mulanya ingat tat telur rupanya tat keju.. Terus terliur dan ingin mencuba nak rasa. Wia terus beli 2 ketul dengan harga RM6.40..


Pertama kali makan tat adalah masa KFC ada buat tat telur..Makan panas panas memang buat hati terpikat dengan kesedapan nya.. Dan sekarang bila rindu, nak nak jumpa booth yang jual, even mahal sikit wia sanggup beli ='D Lagipun besar dan aromanya menambahkan kelazatannya.. dan ini la dia tat keju.. #Rindu pulak

Segar dan sedap dari oven panas ;)


Kreatifkann.? Dan sedapnya tak mengecewakan ;p


Tak sabar nak makan =D


Rangup dan menyelerakan ;p


UoOls bayangkan tengok gambar ni seakan tat keju tengah panas ;) Terasa tengah menaip, sedapnya rasa di tekak. Tak pecaya uoOls cuba.. Sesedap tat telur..Hehe. P/s : Hari ni wia pegi kenduri..dan ramai cakap wia dah gemuk -.-" Mana taknya asyik hapdate pasal makan je kan.? Hikhik.. Tunggu transformer dari wia.....

Saturday, 28 April 2012

Red Velvet Cheese Cupcake ;) Yummmyy..

Assalamualaikum. Rindu nya pada cupcake yang sedap masa wia kat Shah Alam. Kek cawan feveret wia yang sesedap namanya, Red velvet with Cheese Cupcake. Memang kena dengan citarasa wia :) Sebelum balik tempoh hari wia memang nak pekena lagi sekali supaya tak rindu akan rasanya kelak. Dua biji wia beli sebab mahal. Seketul dah RM5.50.. UoOls bayangkan. Disebabkan teringin wia beli dua sebab ia comel tambah nampak begitu sedapp.


Sebelum wia beli sebelum ni cupcake ni belum secomel ini tapi rasanya memang superb sedapp ;) Dan kali ni bertambah lagi 50 sen dek pembungkus nya polka dot kaler biru dan merah jambu. Comel..Suka sangat ! Dan rasanya lain sikit kali ni, krimnya sedikit masin.. Errkk -____- spoil nak makan. Sedap lagi yang mula mula beli sebab rasa cheese nya menawan dihati. Kali ni kecumilannya tak dapat menambat hati wia..


Blur , tukang snap teruja ;)


Sayangnya tak dapat zoom dekat :)


cawan polka dot ;p


Nyum nyum dan lebih kenyang kali ni ;)


Red Velvet Cheese (^___^)


Rindu this moment ='D

Lain kali kalau rasa nak makan terpaksa la wia buat sendiri..Hehe. Insha allah nak cuba jugak nanti. Selamat malam dan berhujung minggu. Bestnya si dear pegi Jom Heboh dan bergambar dengan artis. Jeless ;p Tak sabar nak blogvespaking dengan vespa kaler biru wia.. Kuikui.. Jom santai dan bersiar siar pelan pelan..

Friday, 27 April 2012

Berkelah di Kampung..Nikmatnya Aiskrim Malaysia :)

Assalamualaikum. Seronoknya balik kampung tadi. Berkelah dan masak² bersama :)  Balik pasar beli barang mentah dan barang basah seperti ikan, sayur dan bahan yang ingin dimasak untuk menu tengahari. Mak memang dah pelan nak makan tengahri rumah tok dan tokwan iaitu mak ayah kepada mak. Kira cam rumah atuk dan nenek la kat kampung.


Memang kampung wia tak jauh dalam setengah jam boleh sampai, insha Allah :) Memandangkan wia pun dah lama tak balik kampung berbulan jugak lamanya. Apalagi memang berkobar uoOls. Hikss. Teringin nak rasa masak tok yang menyelerakan tu. Kan wia dan makanan sedap tak boleh dipisahkan. Upss..Memang ponn.


Terus bertolak balik kampung pagi tadi terus masuk dapur. Bersilat masak ting tang ting tang untuk makan tengahri. Memang best ! =D Rindu terubat.. Rumah tok banyak sangat kucing. Susah nak bersiang ikan..Sedikit gangguan, tapi itu tak menghalang weouls masak gulai pajeri nenas dan terung juga sayur tumis sawi. Goreng ayam dan ikan goreng termasuk ikan kedera masam. Nyum nyum.. Ada mak sedara wia pulak dah masak siap² kat rumah.. Asam pedas keladi. Wahh terliur rasa. Memang enak²..


Ada ulam ulaman dan sambal belacan, memang terangkat makan. Nasi pun bertambah uoOls. Habis diet. Kuikuikui. Gambar memang tak sempat snap sebab habis masak terus makan ramai²..Sangat best berkelah dalam rumah, makan nasi ramai².. Petang sikit wia ada makan ais krim yang terkenal kat Malaysia sahaja ;p Sebatang RM0.20 sen..Hiks. Terkenal masa zaman kanak² ribena... Memperkenalkan jeng jeng jeng..Ini la  ia..HeHe

Feverett aiskrim ;p



wia makan yang keler kuning, perasa jagung :)


Mesti uoOls pun pernah makan kan.? Aiskrim Malaysia.

Memang susah nak jumpa aiskrim semurah 20 sen ni lagi sekarang. Boleh penghilang dahaga. Nak nak dimakan masa tengahri terik.. Terasa lega tekak wia tadi, bila sedut dan hisap aiskrim ni tadi. Hee..Tak ramai yang jual aiskrim ni..Itu pun tadi nwia makan beli kat kampung. Makan dengan sepupu sepupu comei dan mak² sedara ;) Rindu zaman masa kanak kanak.. Terharu dapat makan lagi ais krim nih..


Syukur dapat makan gulai ikan kacang bendi tok tadi. Rasa orang lama masak memang lain. Dan wia belajar juga petua nak bagi sedap masakan. Alhamdulillah lepas ni boleh praktis selalu.. Seronok sangat dapat balik kampung..Terubat rindu :') Kalau ada rezeki wia balik kampung lagi.


Jumpa sedara mara dan tok dan tok wan. Hari ni genap seminggu wia di negeri tercinta, Kedah.. Rindu Shah Alam. Sobs sobs..Psst apapun nak lagi ais krim tu la.. Nak kena buat sendiri la nampaknya. Sejuk dan bekukan dalam peti ais..Boleh makan bila² masa kan? Tak susah pun sebenarnya..

Thursday, 26 April 2012

Cool Blog and Big Apple's Donutt.. ;)

Assalamualaikum. Bila tengok folder henfon mahupun folder dalam laptop terasa banyak cerita yang belum wia kongsikan dengan uoOls.. Harap wia dapat berkongsi satu persatu walaupun ia dah lama berlalu ok ;) Al-maklum laaa kadang tu wia update entri terkini dan kadang kadang tu, menaip lambat kerna kekangan masa. Suka la tengok gambar, apatah lagi snap gambar kerana setiap satu gambar tu melambangkan 1001 kenangan.


Sekarang nak stori pengalaman pertama minum air COOL BLOG :)  Serius sehari sebelum balik tempoh hari ngidam nak minum air yang femes dengan banyak perisa ni..Ditambah pulak dengan ada pearl yang sedap dan kenyal..Memang terasa nak sedut dan rasa sendiri dengan tekak yang memang gemar dengan makanan mahupun minuman yang sedap sedap. Pantang tolak ;p


Sebab tu rengek dekat kak roomate nak air Cool Blog yang nampak yummy tu..dan tak sangka kak roomate sudi belikan. Terharu :') Rindu kat dia sekarang.. Kak roomate sempat belanja pulak tue.. Sekali lagi nikmatnya minum air Blue Coral Cool Blog. RM2.50 secawan. Tambah pearl yang boolat boolat tu RM0.60 sen.. Hiks. Berpatutan la kan? Jadi RM3.10 secawan..


Member wia pulak minta perisa coklat. Memang rasa coklat asli uoOls. Sedapp..Itu la pertama kali wia rasa..Bukan senang nak rasa sebabnya Cool Blog ada booth di tempat tertentu jaa :) Rasa rindu nak minum air Cool Blog perisa lain pulak..Dan sempat makan donut Big Apple yang tak pernah mengecewakan ;) Yummie..Sedapp weh ='D

Cool Blog and Big Apple Donut :)


My Lovely Drink and Food ;)


Percubaan pertama kali rasa air Cool Blog.. Sedapp :p


Sedap kunyah pearl =D


Kotak donut Big Apple ;


Donut Chocholate Alien ;)


Teruja dapat minum... terima kasih kak roomate :)

Wednesday, 25 April 2012

Kepci (KFC) So Goood :)

Assalamualaikum. Sedapnya makan KFC yang dibelanja. Betul tak uoOls? Makanan yang dibelanja sememangnya best :) Dalam perjalanan balik kampung halaman hari tu, ayah belanja weouls adik beradik kecuali dak Nana makan KFC. HiHi..


Wia nak panggil KFC dengan panggilan kepci.  Mesra alam sikit gittu ;p Orang cakap rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Apalagi, bila ayah dah bersetuju nak belanja, haruslah makan dengan sepuas²nya..Seronok makan kepci, mengeyangkan dan sedap pulak tu.. Wia suka dengan kentang putar dan coeslow dia..Nyum²..


Paling best kami adik beradik makan sendiri² tanpa ditemani mak ayah.. Kira cam makan² adik beradik gittu.
Whoa, rasa berdikari betul saat tu sebab ayah dan mak taknak makan kepci. Ayah tumpang belanja jaa tapi makan kat tempat lain dengan emak. Hikhik. Yang best leh snap puas² gambar tanpa segan dab silu. Ayah belanja dekat kepci di R&R Tapah, Perak.


Snack Plate untuk wia dan dak badrul :)



Dak Pali dengan Set C untuk makan tengahari - Nasi ayam ;)


masa untuk makan kepci ;)



pose sebelum makan ;p muka dah selebet sebab keletihan. Hehe

Dapnya ratah ayam goreng yang spicy tue.. Sehinggal menjilat jari uoOls..Sekali sekala kan memang nikmat ;) Sampai licin makan tak tinggal sikit pun.. Kalau ada lebih pun pasti weouls bawa balik  bungkus sebab tak suka bazirkan dengan tinggalkannya camtu jaa :) Kepci mmang sedapp..Penggemar ayam goreng katanya..

Tuesday, 24 April 2012

Hang Out Sepetang Sehari sebelum Balik Kedah..

Assalamualaikum. Sehari sebelum wia bertolak balik Kedah sempat diajak jejalan oleh member serumah, dak Asni hang out dengan dia. Memandangkan lepas ni wia dah nak balik dan tak sempat nak keluar bersama dia, wia bersetuju dengan janji dak asni belanja ;p


Memang yang lain susah nak diajak berjalan sebab masing² sibuk denga hal sendiri. Yang ada free kami berdua..Tanpa di duga, tetiba roomate wia pulak free tak payah masuk makmal. Terus wia ajak join sekali ='D Lagi ramai lagi meriah kans.. Petang Jumaat lepas adalah hari kejadiannya.


Sempat lagi wia kan.?  Memang best keluar dengan gegirl dekat SACC Mall dan Plaza Alam Sentral. Habis habisan cuci mata. Dan dah  banyak orang jual baju kurung uoOls untuk hari raya. Polka Dot pulak tu.. Harga pun murah².. Nasib tak terbeli  >____<  Geram tengok.  Tak dapat shopping baju, kita snap² gambar buat kenangan ;)

bersama dak asni ;p



Teruja dapat minum cool blog..Hikss


Kontra katsitu..Kena terima kenyataan :'(



bersama roomate. Kak Ima dan donut Big Apple nya ;)

Pasti rindu kenangan ni..Agaknya bila pulak dapat berjumpa kan...tsk tsk. Dak asni dan Kak Ima memang terbaik. Sekepala dengan wia..Kenangan tu pasti wia semat dalam sanubari baik²..Baru 4 hari dah rindu sebab dah bila lagi dapat jumpa..Lepas ni memang masing² terpisah dan buat haluan sendiri..#Sebak.

Monday, 23 April 2012

Jatuh Hati dengan Instragram ♥

Assalamualaikum. Petang ni wia nak menaip pasal Instragram yang tetiba menjadi feveret di kalangan penggemar snap gambar. Wia juga salah seorangnya. Bila dok belek..Terdetik dalam hati untungnya henfon depa ada aplikasi canggih..Cun kot gambar yang disnap. Kalau la BB pun ada ;p Hehe..


Pada tahun 2010, Instragram ni sangat femes untuk pengguna iPhone, aplikasi kongsi gambar "photo sharing" kata omputih, kira boleh la share dengan sebarang laman web sosial cam Facebook, Twitter, Foursquare dan banyak lagi.


Tapi yang paling best, terkini Kevin Systrom and Michel "Mike" Krieger sudah pun buat aplikasi ni untuk para pengguna Android, baru baru ni iaitu 3 April 2012 lepas . Bestnya ! Nak nak wia yang suka bergambar ni.. Syoknya leh snap gambar hanya di hujung jari. Hikss. 
Antara hasil dari klik instragram :-

Naisss kan ? ;p


Terang efeknya ='D



Gambar jadi menarik ;)

Wia pertama kali tengok gambar dari instragram terus tertarik ;p Kita boleh buat bermacam jenis kesan yang berlainan, filter, tilt shift, square shape, optional borders sama seperti Kodak Instamatic atau Polaroid.. Hadoii bestnya uoOls.  Ala ala pakai iPhone. Android kini dah leh snap gambar secantik aplikasi iPhone..Snap gambar tak perku nak edit bagai.. Tu yang wia minat. Gambar yang ditangkap boleh jadi cantik cantik belaka ;)



Dengan instagram, semuanya pantas. Bila kita upload gambar cam best sangat..Laju dan ia seakan ada akaun yang boleh kita kongsi gambar bersama teman yang lain. Wahhh teruja wia dibuatnya. Lagi pulak henfon kan sentiasa berada disisi. Memang best != 'D Jadi dengan mudah kita leh tangkap gambar dan upload..Terus berkongsi dalam sesawang sosial ataupun laman web..

Logo Instragram :]

Walaupun wia tak ada aplikasi nih ;p Serius wia berminat.. Harap harap tak lama lagi BB pun akan ada aplikasi seperti ni.. Kalau mata orang lain cakap intragram tak best, bagi mata wia dan pendapat sendiri. Memang syok la snap gambar camni.. Ala DSLR tapi tak berat dan mudah di upload.. Nak try sekali dua guna instragram la

Really Miss This Moment :]

Assalamualaikum. Sedikit tentang kenangan balik kampung dijemput keluarga tercinta. Memang julung julung kali tau. Sebabnya selalu wia akan balik dengan bas. Jimat masa dan kos ;) Bila sekali sekala balik dijemput rasa macam hati tenang dan mudah nak berenti dimana mana, bebas. Tak perlu terkejar kejar dek masa.


Sekitar detik wia nak tinggalkan bumi Shah Alam, rasa berat hati sangat sebab lepas ni mungkin dah tak dapat jejak kaki katsana kecuali dapat wia dapat sambung studi lagi. Amin # mintak dapat dekat dengan rumah dan keluarga. Bukan serik dok jauh tapi susah kalau berjauhan dan merantau.


Sempat tinggalkan kenangan dari Kedah --> Shah Alam---> Kedah.  Momen terindah uoOls..Syukur perjalanan selamat dan kesian juga adik adik sempat jejak kaki kat rumah sewa wia dan tak dapat jalan jalan. Sebab weouls balik hari.. Dan kami heppi balik negeri kesayangan, Kedah Darul Aman.

Kedah, menara masjid kampung ;)


Ayah dan adik =D


Mak tersayang :)

Memang akan terbit entri pos balik kampung sampai lebam ;p Rindu saat tu.. Sekarang ni wia tengah buat perancangan masa depan. Sebenarnya takut nak tempuh  >_____<  Doakan wia ye uoOls...Belajar ke studi lepas ni tak kisah. Ikut rezeki.. Serius, tetiba rasa aman di rumah. Suri rumah sekarang katanya. Hikhik.

Sunday, 22 April 2012

I'm Back Home Sweet Home :)

Assalamualaikum. Semalam wia perasan yang secara automatiknya blospot bertukar wajah..Masa tu wia dalam kereta dalam perjalanan balik Kedah, sempat LOG IN baca blogger yang hapdate. Tetiba wahh ! :) Tak tahu nak sedih ke tak..Dashboard berlainan sangat dan nampak macam tak berapa nak best #Pendapat sendiri laa.


Walau cemana pun, nak ke tak kena la wia terima sebab blogspot percuma kan ;) Orang cakap tak kenal maka tak cinta. Mungkin dah lama kenal boleh suka. #Mungkin. Ada sesetengah suka akan perubahan yang baru ni, sesetengah orang pulak termasuk wia rasa yang lama lebih mudah dan sedap mata memandang. Yang baru ni rasa kekok pulak bila menaip. Huhu


Semalam wia dah selamat sampai ke negeri Kedah. Syukur alhamdulillah.. Ayah, mak dan adik adik datang bertolak pukul 2 pagi  ke Shah Alam, dan sampai ke rumah sewa wia dalam pukul 9 pagi. Kata ayah biar lambat asal selamat..Gigih keluarga wia datang jemput dan ambik barang barang sebab wia dah berpindah uoOls..Mungkin dah tak balik Shah Alam lagi. Pasti rindu.. Sobs sobs.

Semasa di R&R :)

Ayah selaku pemandu tetap perjalanan semalam pegi dan balik sangat la letih. Sebab ayah tak tidur lebih dari 12 jam. Memandu Utara-Selatan balik hari. Kesian ayah..Suruh ayah berehat dan tidur ayah tak boleh nak lelap. Terpaksa berhenti banyak kali untuk elak sesuatu kejadian yang tak di ingini.>____<


Akhirnya 5.30 petang sampai ke Home Sweet Home ;) dan disambut si comel Thaqif yang dah besar dah pun.. 4 bulan tak jumpa memang dah lain.. Keletihan tak  terasa gittu. Sempat makan cucur udang dan buah jambu batu yang tak berbiji dibeli singgah kat R&R Tapah dicicah bersama sos rojak.

Cantik :) Rumah kampung sbb tak sempat snap rumah taman.



Penat sangat semalam dan sampaila hari ni.. Sebab tu sekarang baru bertenaga nak hapdate laju laju. Masalanya wia suka menaip panjang kan? Ada yang sudi baca ke.. Hikhik. Ok lah selamat berblogging.. Walau apapun yang terjadi kena redha dengan suatu pembaharuan ;)

Friday, 20 April 2012

Bubye Shah Alam, Welcome Kedah ♥

Assalamualaikum. Tinggal beberapa jam saja lagi untuk tinggalkan Shah Alam dan kembali balik ke home sweet home ;p Ini malam terakhir hirup udara malam di bumi metropolitan .. Sobs sobs..Wia sedang curi curi masa untuk update, bahawasanya, malam ni adalah malam terakhir wia di Bumi Shah Alam..Sedih tu memang sedih.


Malah perasaan gembira juga bertandang dalam hati. Bila ada pertemuan pasti ada perpisahan.. Sedih nak tinggalkan kawan kawan yang banyak mengukir kenangan walaupun mesti la ada pahitnya.. Yang pasti, wia nak ingat yang manis manis jaa ;)


4 bulan masa yang paling lama wia tak balik kampung jumpa keluarga, mak ayah dan adik adik.. Rindu bertandang hanya Allah yang tahu. 2 minggu masih berada desini, walaupun paper last dah lama habis 7hb lepas tapi wia masih desini sehingga ini sementara menunggu keluarga datang jemput bersama barang malam ni ;p

Akan merindui kehidupan di Bumi Shah Alam.

Kerana wia akan berpindah..Berpindah dan akan mulakan hidup baru lagi. Fasa baru insha Allah. Ikut pada rezeki. Doa doakan wia ye..Sebelum tu sempat wia mengemas sikit demi sedikit untuk elak dari kelam kabut mengemas saat akhir.. Esok mak ayah datang Shah Alam datang jemput. Suka sangat, walaupun rasa membebankan ayah yang memandu.


Sekarang ni, wia rasa banyak yang nak cerita.. Biarlah wia simpan dulu. Boleh diceritakan satu persatu lepas ni..Sempat lagi petang tadi berkaraoke dan minum Cool Blog. Hikss.. Siap makan Big Apple. Nyum nyum..Heppi sangat. Puas hati la camni nak balik Kedah. Walaupun wia nak pokai dan duit pun dah tinggal ciput. Opsss...Memang lepas ni kena dok diam diam.

Big Apple dan Cool Blog ;)


Kipas angin pelangi ;)


Perancangan selepas ni? Memang banyak. Dari masa ke masa wia akan update #Tengok keadaan ;p Insha Allah kalau lepas ni tak sibuk. Selalunya kalau dah bekerjaya lain sikit ;p Kalau studi pun sama.. Kalau di rumah lagi lagi la susah nak menghapdate blog. Tak tahu kenapa ="D Ok entri seterusnya akan ditaip di rumah nanti.. Rindu Kedah.. Here I Comeee...Banyak cerita nak dikongsi bersama. Kenangan (^___^) V
 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi