Friday 29 March 2013

Rawatan Cuci Gigi.. Saya Sudah. Anda Bila Lagi? ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua..
semalam wia ada cakap hadiah dari mak ayah 
adalah belanja wia buat check up gigi ..Heee

So, this a story begin.....

Ke klinik gigi doktor muslimah di Parit Buntar

Ruang menunggu yang selesa :)

Kerusi empuk yang cantik ;)

Klinik yang sangat kemas dan comel.. :P
Ruang mainan untuk kanak kanak =)

Muka cuak  sebelum cuci gigi -____-
Ok walau ramai cemana pun customer dia..
senang tak payah nak kena appointment dulu..
Just daftar dan tunggu giliran.

wia cuci gigi dan buang plak dan karies gigi.
Rawatan tak lama. Dalam 6 minit. Gigi dah kembali bersih tanpa plak.
Sekarang bertambah yakin untuk senyum pada dunia. Hehe
Ok bayaran yang kena RM70..Agak mahal.
tapi disebabkan mak ayah yang belanja.
Syukur alhamdulillah.. ;)

Thursday 28 March 2013

Happy Birthday to Me :))

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Hari ni genap wia 24 tahun..
28 Mac 1989 - 28 Mac 2013...
tapi masih lagi ank kecil bagi mak dan ayah..Hee

Syukur masih dipanjangkan umur untuk bersama tersayangg.
Menikmati rezeki Allah dan diberi rahmat 
dan kasih yang melimpah ruah.
Nanti kita sembang pasal entri lepas pasal Nuffnang ;)
Sebab sekarang nak menikmati hari tua melangkah setahun lagi angka umur wia..

Alahai terharu baca wish kawan kawan di FB..
tak lupa di intragram dan di text dan wasap.
terima kasih, walaupun sekadar ucapan HB..
tapi wia tetap menghargai..
bukan enang orang nak ingat dan wish pada kita :)



Aktiviti hari Birthday hari ni....
pegi check up gg dan buat cuci gg..dan sekarang gigi wia dah bersih dan tak berbau :P
teman mak shopping..dan jalan jalan dekat PB
cash out nuffnang...ayah topapkan kredit henfon.

dan potong  rambut semalamnya ;)
eh perlu ke cerita? ye bagi wia perlu sebabnya..
wia menghabiskan masa dengan  
keluarga untuk sambutan kali ini..Hikss

Wajah selepas buat rawatan gigi ;)
Untuk usia 24 tahun ini cukuplah wia sihat sejahtera..
cepat dapat kerja dan cepat naik pelamin. Ops! Haha..
Kata kata adalah doa bukan? Ramai yang suruh cepat-cepat kawin.
In Sha Allah..... Coming Soon. * senyum puas *

Love to be Sweet 24!

Wednesday 27 March 2013

Cash Out Earning Nuffnang ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
hari ni mood baik baik saja sebabnya esok hari istimewa wia ;)
Nak tahu apa kena la tengok esok ye. Jeng jeng jeng.....

Sebab tu mood dah bertukar untuk wajah blog nih..
wallpaper tukar ala ala feminin gittu..
Sejak akhir-akhir ni minat warna ungu pulak ..Hehe

Lepas tu tukar header kepada yang lebih simple
tapi manis bagi wia.. Jadi rasa seronok la nak berblogging..
Harap uOls jugak begitu ye.

Entah 2,3 hari ni hati cepat sangat moody.
Cepat terasa dan hati tisu betul..
Sebab tu dengan cara berblogging wia akan rasa
lebih rasa okey sikit sambil-sambil
baca blog kalian kan? ;) Tiba masanya untuk cash out!

Seronok sangat uOls laju laju up kan trafik blog wia
sebab nya esok terasa nak CASH OUT Nuffnang..Hiks
sempena esok katanya. Harap harap merasa lah duit berblogging kan..
tak salahkan nak cuba pendapatan dengan hasil sendiri.
Oh bestnya rasa dah boleh cash out..


Walaupun earning Nuffnang wia tak beribu riban..
tapi cukup untuk wia guna diri sendiri.. Haha
Nanti dah cash out boleh la kongsikan dengan uoOls.
Best juga tengok blogger dapat cek dari Nuffnang
hasi berblogging diorang.. So, sekarang giliran wia :')


Moga Allah redha dengan pendapatan ini..Ameen.
Selamat berblogging kalian..Best tau sambil menaip
dapat pendapatan..

Mudahan mudahan hari ni lebih baik dari semalam.
dan esok lebih baik dari hari ni..
senyum berbunga di bibir.... * ikhlas dan puas *
tak sabar tunggu esok.. Ehemm =P

Tuesday 26 March 2013

Review Natural Clenx Tea

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Dah banyak wia usha dalam testimoni mengatakan yang produk ni 
semua berkesan dan menyihatkan..
Jadi tergerak dalam hati nak menggunakannya.
Almaklum la penggemar makanan macam wia ni memang
cepat naik badan. Semalam timbang berat nahh 55 kg dah..Gurlp!
Tak sabar nak cuba produk nih. Apa dia? Meh baca dibawah..

Natural Clenx Tea adalah teh detoksifikasi 
dan pelangsingan badan berkualiti tinggi 
yang dibuat daripada 100% teh hijau organik semulajadi dan herba. 
Ia tidak mengandungi sebarang laksatif, 
gula tambahan dan tiada kesan sampingan. 
Ia merupakan satu pilihan unggul untuk kehidupan sihat 


 Manfaat Utama:
-Mengurangkan berat badan atau 
mengekalkan bentuk badan yang ideal
 · Menggalakkan proses perkumuhan dan melegakan sembelit 
 · Meningkatkan keupayaan organ-organ detoksifikasi
 · Menguatkan sistem imunisasi 

 Keunikan:
Hanya minum 1 uncang teh sehari ·
Kandungan yang organik dan semulajadi · 
Tidak menyebabkan cirit-birit · Diet tidak diperlukan.Hiks suka ;)

Cara Penggunaan :
Masukkan 1 uncang ke dalam air panas dan rendam selama 5-10 minit. Isi semula air panas 1-2 kali mengikut kehendak sendiri. Minum 1-2 uncang sehari selepas makan untuk kesan terbaik.

Kelik untuk tumbesaran ;)

Banyak khasiatkan.. Walaupun dah ramai orang guna, 
wia baru nak cuba.Harga pun tak mahal. Cuma RM28.80 ;)
In Sha Allah..berkesan!

Jom sama sama cuba.. Hehe. Dedulu masa member guna, wia buat
tak tahu je. Tapi serius badan dia ramping. Jeless..
tapi mungkin akan kerap ke tandas pada permulaan,
lama lama dah ok .. Jom guna..
Wahh promote habis, padahal belum guna lagi.
Nanti wia cerita pengalaman pertama guna ok..

Saturday 23 March 2013

Sinonim Cuti Sekolah dan Kenduri Kahwin ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
Cuti sekolah bermula. Seronoknya kan..
Kalau dulu jadi budak sekolah, mesti wia tak sabar sangat.
sebabnya dok terfikir apa mak ayah

Nak bawa pegi vacation.
Best kalau dulu-dulu dok jauh dari kampung..
Mestilah kampung jadi destinasi percutian.
Hikhik. tapi siapa kata dok di rumah bukan 
bercuti. Best apa habiskan masa dengan keluarga tercinta.
Mengeratkan hubungan kekeluargaan gittu.

Sekarang dah dewasa..Banyak tahun dah tinggalkan
zaman persekolahan. Rindu pulak nak merasa cuti sekolah nih.
Setiap kali cuti sekolah, memang biasa..
orang Melayu kita akan adakan kenduri kawin.
Yang bestnya dapat makan nasi minyak, lauk kenduri. Hikhik

Perbezaan perempuan dan lelaki pegi majlis kenduri.

Perempuan.

Makan nasi kenduri mesti nak tengok lauk dulu.
Baru ambik.
Kalau nak duduk bawah khemah mesti cari kawan dan geng.
tak pun nak duduk dengan rakan kenalan yang dikenali.
Mesti dah mai kenduri nak tengok pengantin sepadan ke tak. Haha
Kemudian, mereka akan tengok baju pengantin.
Kalau yang rajin mesti nak tengok bilik pengantin.
Belek design pelamin pengantin.

Lelaki

Kalau bab makan, lelaki tak memilih.
 kalau boleh semua lauk dia ambik
sampai nampak semua lauk dalam pinggan. Nasi tenggelam dengan kuah bagai.
Dah tak peduli pengantin ke hapa..lepas makan
 mesti nak borak dengan rakan kenalan sampai tak sedar dunia berputar.
Memang tak ambik kisah pun pasal baju pengantin, 
pelamin dan pengantin sekalipun. Apatah lagi bilik pengantin langsung tak ambik tahu :P

Memang itu la yang ketara antara lelaki dan perempuan
masa di majlis kenduri kawin. Ini yang wia perasan laa,
Maaf andai salah atau kalian tak berapa 
senang dengan pandangan wia ni ;) Hanya pendapat peribadi,, Hehe

Friday 22 March 2013

Kuda Merah Hitamku

Bismillahirrahmnairrahim dan Assalamualaikum.. 
Salam Jumaat yang mulia penuh kerahmatan buat
muslimin dan muslimat...

Syukur alhamdulillah, rezeki mak ayah bertambah..
wia dan adik-adik tumpang senang..
Baru nih mak beli kuda baru.
kaler merah + hitam dan putih..
Cepat juga siap. Buat pembelian hari 18 Mac
masa bufday ayah wia..Bayar duit muka..

Kemudian 20 Mac 2013 dah siap. Syukur :')
Dapat merasa menunggang kuda baru yakni motorsikal baru.
Alhamdulillah...Kalau dulu warna biru..Ni tukar taste warna merah pulak

Jenama SYM Bonus 110
alhamdulillah :') selesa ada starter

Memang puas hati..In Sha Allah..
Senanglah nak ke tempat kerja kelak. Hikhik
Doa doakan..Mudah mudahan diberi rezeki yang lain pulak.
Syukur Hanya Pada Mu....Allah..

Thursday 21 March 2013

Instagram Milik Saya

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.
Kalau uoOls yang biasa masuk belog wia pasti perasaan
ada satu yang baru dalam blog nih ;)

Nak tahu apa? Ce teka ce teka...
 Meh wia nak kongsi dan beritahu.. yang wia baru saja
nak mula kongsi kongsi gambar dalam instagram..
 


Instagram

Kalau sesiapa yang ada Instagram tu boleh la kita
sama-sama kongsi gambar ye.. ;)
wia dah besar camnih baru nak mula
ber- instagram bagai.. tapi best la..
Kualiti gambar superb..Selain boleh berkongsi gambar
dalam kenangan...Saat manis bersama kenalan..

Dah la wia kaki snap ...dimana saja suka nak ambik gambar..
Kononnya setiap gambart ada cerita...
Jadi akaun instagram ni sesuai lah bagi sesiapa yang suka berkongsi
gambar-gambar menarik milik kalian...

Pasti tak mengecewakan...;) Alhamdulillah..
dah lama wia nak cuba aplikasi intagram nih..
dan bersyukur diberi peluang untuk
merasai sendiri dengan memiliki telefon pintar ber-android!

Weehuu.. Sesiapa yang ada akaun  
Intagram boleh la follow mollow ye..
saja suka suka..kerana bergambar adalah satu hobi bagi wia.
Dan so sorry kalau gambar yang dikongsi
semuanya adalah milik wia dan sesetengahnya baik untuk
Sharing is Caring...rite? :)

Selamat berblogging.......
Makin hari makin bahagia.. Allahu :')
P/s : Moga dear cepat sembuh dari demam...Ameen.

Wednesday 20 March 2013

Beza tentang Adat Perkahwinan Dulu dan Sekarang :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Dah lama nak taip entri ni tapi macam tak berkesempatan 
dan hari ni wiasaja menaip pasal entri kawin ;)
Macam best kan. Jom jenguk apa yang beza dulu dan sekarang..Hiks

1. PELAMIN

Pelamin Dulu-Dulu

Dulu-dulu orang melayu ada yang tak sanding atas pelamin. Akad nikah selesai. Kalau nak sanding, boleh sanding bawah pokok …Letak kerusi dua buah. lepas tu buat back drop daun kelapa, pintu gerbang pun dari daun kelapa. Dah siap! Mudah dan jimat kos! *Senyum *

Pelamin Sekarang  

Pelamin sekarang ada macam-macam style dan nampak mewah dan moden. Ada jenis ber-panel, tiang rom la, tiang parsi la..pelamin telur la..macam-macam. Harga pun sampai cecah ribu ringgit. Kerusi pun dah up to date. Guna sofa, kerusi cleopatrala, kerusi sampan..sofa tinggi la..macam-macam. Yang penting ada duit, semuanya jadi…susah nak jumpa pelamin yang berkonsepkan adapt melayu dulu-dulu. means macam pelamin diraja ke. Pelamin ukiran kayu ke..semuanya banyak style English..


2. HANTARAN

Dulu-Dulu

Walaupun time tu saya masih kecik-kecik, wia masih ingat dulu-dulu orang bagi hantaran kebanyakannya gula, garam, syumi, gula-gula, buah…gula dan garam tu buat bentuk macam-macam. Jadi lada merahlah, jadi sotongla (guna span), sumi pulak gubah bagi jadi macam buah jambu air. Kreatif! Kalau sekarang bagi gula dan garam..Macam tak gah kata orang ;)


Sekarang

Sekarang ni style hantaran semuanya memerlukan banyak belanja. Hiasan untuk hantaran saja dah cecah ratusan rinnggit. Manik berantai, fresh flower, artificial flower dan macam-macam. Dulang hantaran pun macam-macam style sekarang. Jenis sarngkar lah, raga lah.. Itu belum campur dengan barang hantaran yg semuanya “modern” style. Beg tangan, kasut dan wangian maybe kedengaran biasa. Tapi kalau i-pad, i-phone. Laptop semua tu kira hebatlah kan? Untuk hantaran sajapun boleh cecah ribuan ringgit.


3. BUNGA TELUR

Dulu-Dulu

Dulu-dulu bunga telur semua orang buat sendiri jer. Guna crepe paper, straw, plastic, macam-macam. Jimat kos. Lagipun bila ada kenduri, ramai jiran tetangga yang kasi bunga telur. Tak perlu nak buat banyak-banyak. Simple jer tapi best sebab boleh tengok macam-macam style bunga orang buat. Dulu, hidup bermasyarakat tu best dan erat. Tak macam sekarang. Jiran sendiripun belum tentu kenal. Bunga telur dulu cucuk dekat batang pisang atau buah betik je. Jimat..tak yah nak beli bekas pahar tu..

Sekarang

Bunga telur lebih moden. Harga pun dalam seringgit gak sebatang. Orang suka beli je sekarang, malas nak buat dah. Beli-belipun, harga mahal jugak. bekas cucuk bunga telurpun orang beli. Mana lah nak jumpa batang pokok pisang dekat Bandar ni ha..kalau adapun, orang malu nak guna..;)

4. BAJU PENGANTIN

Dulu-Dulu

Dulu-dulunya style lebih classic dan memang macam baju tradisi orang melayu. Kebaya, songket, kebarung dan kurung. Selalu orang tempah atau jahit sendiri je. Xcrowded sangat. Jarang orang sewa. Siap pinjam2 pun ada. Agaknya time tu butik pengantin xbanyak kot. Tapi suka jugak wedding dress dulu2..simple, klasik dan nampak lebih kemelayuan. 

Salah satu contoh ;)
Sekarang

Sekarang  style wedding dress memang cantik-cantik.Tapi fesyen memang bukan sepenuhnya tradisi melayu la... Even baju kebaya dan baju kurung pun dah design macam style kebudayaan lain. Nampak elegance dan cantik tapi harga pun cantik juga ;). Sewa pun mahal rasanya. Huhuhu…kalau ambik pakej siap semua benda pun ribu riban jugak ye.

5. INAI

 Dulu-Dulu 

Orang pakai Inai dekat jari je. Ambik daun inai dari pokok tu. Selalu inai daun ni warna cantik dan kekal lama. Warnapun merah


Sekarang

Orang melayu ni suka tiru style budaya lain pakai inai. Lukis inai dah macam inai orang india dah. Ada setengah ustaz cakap, dah macam tatoo. Cantik ke? tak tahulah bagi korang. bagi saya tak cantikpun. Certain orang pakai inai bagi jadi warna hitam, bukan merah. Hmm..macam2 style ye sekarang nih. Dah jauh benar dari adat melayu dulu-dulu... Yang ini pun kena duit jugak nak suruh orang lukis inai..




6. KENDURI

Dulu-Dulu

Majoriti orang buat kenduri dekat rumah sendiri. Makanan pun disediakan secara bergotong-royong. Time dulu hidup bermasyarakat ni memang kuat bond nya. Ada saja saudara mara dan jiran tetangga yang datang menolong. Best kenduri dulu2. Makanpun secara berhidang. Rumah pengantin memang riuh rendah dengan kunjungan orng ramai, Best! dekat kampung masih banyak lagi yang buat kenduri di rumah sendiri dan secara gotong royong. Boleh bersembang dan bertegur sapa tanpa rasa kekok. tak rasa formal pun. best sesangat! Dekat bandar semua ni  dah tak ada.


Sekarang

kenduri banyak guna khidmat katering dan buat dekat dewan. Mungkin faktor tak ada siapa nak tolong, masalah kesesakan laluan ke rumah dan banyak faktor lain, dewan adalah pilihan utama di kawasan bandar. Katering memang yalah...susah nak jumpa jiran dan saudara mara yang ikhlas menolong macam dulu2. Dekat bandar, semangat kejiranan tu tak kuat macam di kampung =( . Sewa dewan, upah katering semuanya memerlukan belanja yang tinggi. Boleh cecah belasan ribu ringgit hanya untuk dua benda ni aje..

7. FOTOGRAFI

Dulu-Dulu

Selalu gambar kawan-kawan tangkapkan. Tangkap pun masa hari kawin je. Itu je. Outdoor semua tu tak ada. Yalah, kamera dulu-dulu manalah canggih mana. fotografer pun tak ada. Main snap sendiri je. tapi cukuplah..ada jugak gambar kawin yang boleh disimpan untuk kenangan.

Sekarang

Dah banyak pakej fotografi perkahwinan. untuk pre-wedding lah, engagement lah, nikah, resepsi, outdoor, bertandang. Semua ada. Tunggu keluar duit je bayar. nak album macam manapun boleh pilih. sticky album, custom album..story book..semua ada. Dan service nya tentu sekali terbaik sebb memang fotografer berpengalaman kan. pandai cari dapatlah gambar yang cantik2. nak buat video pun boleh. Untuk ini saja pun boleh cecah ribu ringgit jugak.huhuhu...


8. KAD KAHWIN 

Dulu-Dulu

Kad kahwin jenis kertas A4 lipat empat yang fotostat. tapi yang zaman sebelum tu xpasti pulak saya, panggil mulut je kot. maklumlah..semangat kejiranan tinggi, majoroti orang sekampung tahu rumah masing2. Tapi dekat kampung saya masih banyak lagi kad kawen macam ni. simple dan murah. memang majoriti kad kahwin dekt kampung saya mcm ni.hehehe..Takpe, yang penting ikhlas mengundang =)


Sekarang

Dah jadi trend kad kahwin cantik-cantik. Jenis ada gambar sendiri la, boleh buat kalendar lah..macam-macam. harga pun mahal jugak. Untuk kad kahwin pun boleh cecah 1k jugak kalau dibuat dalam 1000 cetakan. huhuhu..tupun dah devide pada dua pihak. Sebab tu setengah orang suka undang dekat facebook je. nak pos kad pun, setempun paling kurang 60 sen. itu harga setem. 

Kalau ikutkan..banyak lagi benda yang nampak perbezaan tentang adat perkahwinan dulu dan sekarang. Kadang-kadang rasa macam adat yang bebankan diri untuk kahwin, tapi bila difikir-fikir balik, kemodenan adat tu yang buat kos perkahwinan melambung tinggi.

 Sebab tu majlis kenduri untuk satu pihak saja paling kurangpun boleh sampai belasan ribu ringgit. Ada jugak sampai puluhan ribu ringgit. Mana tak ramai pasangan sekarang tak buat pinjaman peribadi untuk kawin. Banyak betul kan? Sekadar perbandingan peribadi. ukur bajet di poket sendiri. kalau mampu, buat,tak mampu buat yang wajib je. Yang penting kehidupan lepas kahwin mesti kena ada simpanan duit. Itu yang paling penting...Ini pendapat wia saja ye. Tiada mengena yang hidup atau dah meninggal ;)

Tuesday 19 March 2013

Review : Felinna Inchloss Lotion :)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama perhati produk yang satu nih..
Sedang berkira-kira nak beli..
Selepas baca testimoni..Semuanya positif
bergantung kepada usaha..Banyak yang berkesan.

So, perempuan macam wia pun tak terlepas dari nak cantik. selim.
kan badan wia sekarang dah berisi bagai..Huhu
Ramai dah yang tegur sebab tu nak kena selim nih. Haha
Ok jom tengok serba sedikit pasal Felinna Inchloss nih..



RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!

1) Lotion ni sangat wangi dan  takterlalu panas dan xberbau seperti minyak angin, dia dingin dan mesra pengguna. malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja atau dimana saja.

2) Hanya sekali sapuan anda boleh lihat perbezaan inch anda (pastikan ukur sebelum guna ya). Mudah nak apply kat mana2 bahagian kita yang rasa  tak puas puas hati, ade customer sapu kat pipi dia yg bolat! *wia nak cuba part nih*

3) Inchloss diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang selamat utk wanita hamil,menyusu atau gastrik..Ianya selamat bagi wanita hamil kerana rumusan nya tak da sebarang chemical..kecuali! Jangan lah sapu kat perut tu nak bagi kurus pulak... 

4) Kita bole mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yg kurus sekadar nak buang lemak-lemak sikit2 tu pon bole cuba..pasti puas hati!

5) Yang pasti dengan inchloss dah hantar utk dibacakan 30juzuk alquran di mahad tahfiz Bukit Mertajam Penang... Semoga lebih dirahmati..agaknya sbb tu 1 hari pakai dah nampk kesannya. (Jd jangan langkah ya)

6) Felinna (owner product) mencuba sendiri dan rasakan result yg fantastic! Bombastic! Dan yang pasti  tak nampak plastik hanya dalam masa sebulan 5KG TURUN uols! Over kan? Haha 

7) Jangan takut, produk ni berdaftar dengan KKM


Cara-cara:

Hanya sapu 2 kali sehari.. Pagi dan malam sebelum tidur sambil buat urutan ringan.. (gerakan membulat sampai lotion meresap.. Lotion ini tidak melekit,
 so ia amat selesa jika disapu sebelum tidur malam.. 

Harga Semenanjung RM75..
Harga Sabah Sarawak RM80..

Sebab tu wia rasa nak cuba..Nak tengok hasilnya selepas ni..Hiks
Nanti dah beli..wia kongsi stori testimoni ye.. Selamat berblogging.. :)

Monday 18 March 2013

Happy 52th Birthday My Lovely Dad ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Hari ni hari yang sangat bahagia..
Pertamanya wia dapat merasa menjadi seorang anak tunggal.
Kerana pagi-pagi lagi bersiap-siap teman mak ayah
pegi Tabung Haji.. Hiks

Kemudian, ke kedai motor..
and yess mmg cadang-cadang tu memang mak dah lama
terniat nak beli sebuah motor..
Dan selepas berbincang dan memilih..

Mak buat keputusan beli motor dan bayar duit muka.
In Sha Allah..3 hari nanti dah boleh dapat motor. *Syukur *
dan bestnya hari ni adalah 18 Mac..


iaitu Hari Ulangtahun Kelahiran ayah wia..
Selamat Hari Lahir Ayah. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki
berlipat kali ganda. Diberi kesihatan yang baik.
Mudah mudahan.....Ameen.
Bahagia selalu hingga hujung nyawa....

Mood ayah pun baik tadi. Belanja lunch.
Moga murah rezeki ayah selepas ni..
wieya sayangg ayah! Muacx!





Happy Birthday My Lovely Dad..

Sorry, tak dapat nak buatkan kek sedap-sedap untuk ayah..
and i hope u know how much i love u...

Sunday 17 March 2013

Finally! Wifi In de Housee ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
ehemm testing testing...
one..two..three..
Akhirnya..wifi selamat dipasang petang tadi.

Masa tu wia sedang masak dinner untuk famili..
tup tup ayah cakap ada abam TM mai pasang modem wifi..
so, cepat-cepat sarung tudung syria..
terus masuk dapur..Sambung kupas bawang..Hiks

Tak sampai 20 minit. Siap dah boleh guna. Ingat kena tunggu sejam ke cemana
Rupanya awal-awal ayah dah rasmi wifi baru dalam rumah.
* Super Duper Happy *
Akhirnya wishlist terlaksana..Syukur :')

Terima kasih ayah untuk satu keistimewaan ini.
Boleh la wia hapdate belog selalu lepas ni,
tak payah hadapi masalah PC "hang" lagi..
kena tunggu lama tau.  Sampai nak berpinar mata..

Dari kamera Samsung S3 :)

Dah boleh letak gambar sendiri sekarang..* Makin tembam kan? Haha
Alhamdulillah..Allah dengar dan makbulkan doa
atas kurniaan nikmat nih. :')
Apalagi jom berblogging sampai lebam.
Naikkan trafik laju-laju..

Superb laju. Bestt!
Cuma satu wishlish wia belum terlaksana..
Harap tak putus doa mintak dimakbulkan.
I LOvE March

Saturday 16 March 2013

Bakal Pengguna Wifi Streamyx..

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim :)
Saat ini wia masih lagi menaip di PC yang banyak berjasa.
Tak sabar rasanya tunggu 3 hari lagi, pemasangan modem wifi..Hiks
Akhirnya...akhirnya ayah wia nak pasang wifi dalam rumah.
Yippy! Memang itu berita sangat baik.

Sebabnya bila² masa boleh hapdate 
guna smartphone BB dan Samsung S3 mini kita tu
dimana jua dalam rumah ;)

Kedua, boleh dah guna laptop..
Rindu nak hapdate software yang dah lama tak terhapdate..
Nak buang virus dalam lappy..
Maka senang la nak masukkan gambar dalam blog.

tak payah prosedur nak masukkan gambar daroi phone
masuk dalam lappy. Kemudian transfer masuk
dalam pendrive. Kemudian transer masuk PC..
see! takkan banyak masa terbuang..Haha

Sebab tu wia jarang masuk gambar terkini 
dalam belog sebab rasa macam leceh..
Mungkin ada rezeki lebih, tambah tambah baru 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyobY7SORnOeoKE5lMzxQQc915MXt8bv8BoLkX1Mvl5I0EePilU0Qmpj88Uz8z5lmsDRXqSL4K6wVDzS-LUzLRq5GyMUNno0auRsr9s6UyJPUdUQfrhxCVti8a_kbyzA3ImevBJMR8WVse/s320/wifi-logo.jpg
ni dak Fadli dapat Netbook 1 Malaysia..
Terus ayah terfikir nak pakai wifi Streamyx.
sebelum ni guna Streamyx biasa yang sebulan RM68 tu je.

Harap² laju la kan? Sebab ayah guna yang pakej RM110/sebulan 
tak sabar nak berblogging dan up kan trafik..
In Sha Allah..itu semua kerana rezeki dari Allah :')

http://24.media.tumblr.com/tumblr_m4qm65RORD1r04ezio1_400.jpg
Coming Soon ;)

Thursday 14 March 2013

Rindu Jarak Jauh ♥

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum :)
 Pejam celik pejam celik11hb lepas genap
 setahun sebulan wia tak jumpa cinta hati
hanya berhubung melalui sms dan phone..

Wah agak lama ye. Biasalah bercinta jarak jauh.
In Sha Allah ada jodoh pasti bertemu jua.
Mungkin ke arah yg lebih bermakna ;)

anginawan:

Daku insan biasa yang punyai cita menyebarkan cinta pada dunia dan seisinya,Hatta pada pencipta, yang menjadi asal usulnya cinta. Kerna daku masih percaya, masih ramai yang memerlukan cinta pencipta.
Setia menunggu .....

Daku insan biasa yang punyai cita menyebarkan cinta pada dunia dan seisinya,Hatta pada pencipta, yang menjadi asal usulnya cinta. Kerna daku masih percaya, masih ramai yang memerlukan cinta pencipta.

islamic-quotes:

The Successful
Source : QuranandSunnah

Wia dan si dear percaya jarak bukanlah bermaksud melupakan
tapi menjaga jarak, kejujuran dan kesetiaan.
In Sha Allah..tunggu masa yang sesuai. Doa- doakan :)

manisnya bercinta tika saling merindu tak diluahkan..
tapi sentiasa berdoa dalam sujudnya. Allahu :')
Moga jodoh kami panjang,,,
kerana setiap Adam pasti bertemu Hawanya..
 

Wednesday 13 March 2013

13.3.13 - Nice Date ♥

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
Sedar tak sedar hari ni tarikh cantik. Suka la 13.3.13..
Moga tarikh yang cantik ini diabadikan untuk hari yang indah belaka.

Yang bestnya wia dah nekad nak guna kan duit BR1M
dengan sebaik baiknya. Maklum la dah dapat lama dah. Cuma
ada yang disimpan ada yang diguna sebagai duit bershopping.
Masih ada beberapa not lagi di tangan. See!
Cepat sangat kan nak habis. Tapi bagi wia..
duit yang diterima pasti bermakna kalau 
digunakan dengan cara yang baik.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqsmr8N7nKVPI-M2GEeYSDxeq_hq3OKkGCs3Z_zL4nv6JlDlmtX1lP0yN36TCD56_VnJhOSf4X2-BGaDuQGsrUABoaUMMos7HCtrwbPxcAeph2_kvU4CqD1UyQ1-aeErno1ARmdiOsDpQv/s1600/tumblr_lq2iteNBmx1qcxieko1_500_large.jpg

Macam sebelum nih, wia ada beli baju dan tudungg..
Maklum la saiz badan dah naik.
Tudung pun banyak yang jemu diguna.Lumrah manusia
Last shopping tudung raya lepas danmasa belajar tahun lepas
Jadi terasa nak pakai yang baru.
Jumpa la tudung warna kegemaran wia..
* Super Happy*

Sekali rembat dua..Yang bestnya sekarang wia dah pandai shopping!
Maksudnya dah tak beli pakaian yang cantik dimata
tapi hanya simpan dalam almari sebab tak selesa pakai.
Begitu juga dengan shawl dan tudung..
pakai yang betul² cantik dimata dan cantik dipakai.
seee! wia dah makin dewasa.. Hee

http://2.bp.blogspot.com/-iiQ1BX_yYos/T3f-PkMmrcI/AAAAAAAACJY/ySdI3qo-pgE/s1600/doa1.jpg 

Sekarang terbekenan satu produk nih.
Memang agak mahal..tapi terasa nak cubalah..
mana tahu kan, wia yang berbadan debab nih leh ramping ke..Hiks
Ok nanti wia review...Selamat berblogging..
http://sitinurkhadijah.files.wordpress.com/2011/11/alhamdulillah.jpg

Hadir Majlis Kenduri Kuala Kangsar

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
wia kan cerita lama baru nak kongsi.
ni kisah sabtu lepas. Hikss. baru nak stori..
wia ke Kuala Kangsar untuk majlis sanding abnag member wia.
lagipun kami jiran. So wia ikut rombongan ;)

Seronok² nak jalan jauh.
wia join je. Ikut highway tak la jauh mana pun.
Dalam sejam 15 minit dah sampai.
Lagipun keluar je plus Kuala Kangsar..
rumah pengantin dah tak jauh mana..
sepanjang perjalanan nampak banyak jual labu sayung. teehee

wia dan dak aishah :)

Tumpang bergambar diatas pelamin :-P

Ini la pengantinnnya. Serba putih hitam ;)

Sama cantik sama padan :)
Seronok ..lain tempat lain lauk kendurinya.
layanan sangat 5 star. Dalam dewan macam privasi.
dilayan bak tetamu VVIP..
tapi ada makanan yang wia tak biasa makan.
Contohnya sambal nyok dan bebola ikan rebus -.-
Yang pasti inilah uniknya Malaysia...!

Selamat pengantin baru buat pasangan ini.
Sabtu ni sebelah lelaki pulak. Maka makan kenduri lagi :-D
Kan nama pun jiran. Dekat sangat dengan rumah..Hehe
Nanti wia hapdate ye..

Monday 11 March 2013

Meet Baby Iffah..So Cute! :)

Bimillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :) 
terasa lama tak menaip..Sibuk sangat ke hapa tak tau.
Rindu nak berblogging..Ok jom teruskan hobi menaip..Weehuu

 Bau baby sangat wangi dan suci.
wia suka bau baby..Rasa nak hug dan kiss puas²..
Nasib anak orang tau..Kalau anak sendiri,
Rasa nak dakap je sehari..Peluk cium * Suka baby dari kecik lagi*

tengok bambam dan geram kan? ;)

Gelak comel....! Hee

Gelagat baby Iffah yang baik dan comel ;)

Ok muka macam mak budak pegang baby sendiri  >____<"

 Adehh!! Mekap cair katanya..Muka keibuan sangat..Kih³
In Sha Allah suatu hari nanti..Amin.
Tengok baby Iffah yang berambut pacak tu..
Mulut mughil tu mintak dicium tau..
Pipi bolat boolat..Bikin autie wieya geram kat dia..
Nanti Sabtu ni jumpa Iffah lagi ye..
;)
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi