Friday 31 May 2013

Selamat Ulangtahun Adik Bongsu ! ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Hari ni 31 Mei genap la adik bongsu berumur sebelas tahun.
Cepatnya masa. Alolor...
Sedangkan umur sendiri pun dah meningkat inikan pula 
orang lain kan. Aik bongsu dak Badrul yang masih manja dan comel
di hati kami sekeluarga. Ececeh..Hiks

In Shaa Allah maalm ni baru nak buat majlis makan
kecik-kecik sambut birthday boy..
Tadi baru ja lepas cabut undi untuk menu malam nih..
Tergelak-gelak lepas baca ayat mak. Hahaha..
Apa yang tertulis biarlah rahsia.
Yang penting tak sabar nak sambut malam nih.
Makan kan, siapa tak suka ;)


Apapun nak buat ucapan untuk adik bongsu wia..
Selamat hari Lahir yang ke-11 Dikcik ..
Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Moga berjaya dunia dan akhirat..Amin


 

Esok update untuk sambutan malam ni ye.. In Shaa Allah.
selamat berblogging semua...
Sekian..Salam Jumaat dari Dawia..

Thursday 30 May 2013

Happy 5th AnniverSary in Love ♥

Bismilillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Alhamdulillah 30 Mei 2008- 30 Mei 2013
hari ni genap 5 tahun hubungan perkenalan cinta..
tak nak cerita lebih-lebih.
Doakan yang terbaik buat Dawia dan si dia..

Cantik kek ni..♥ 

Rainbow cake..



Moga hubungan kekal hingga hujung nyawa..
In Shaa Allah...We are in  love everyday..

~ Happy Anniversary to Us ~

Hee...

Wednesday 29 May 2013

Dodol durian yang Comel ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum :)
kalau pegi jalan makan angin.
Mesti kita beli ole-ole atau buah tangan kat orang tersayangg kan.

Minggu lepas, mak wia pegi Melaka.
Kemudian dia belikan sedikit buah tangan macam keychain, baju dan
makanan. Ya, makanan yang memang feverett!

mak singgah Nilai, negeri sembilan. dan jalan TAR untuk shopping.
dan mak sempat singgah Nagoya beli kain untuk
buat baju raya nanti..! Suka sangat..Hehe

dan sebenarnya wia nak tunjukkan sesuatu yang comel..
iaitu dodol durian yang diplakstikkan dalam bentuk segi tiga.
Teringat Siti Sifir dan along yang suka kira-kira dengan sumi.
* eh ada kena mengena ke? :P *

tengok tangan comel tu,  tangan adik bongsu..

alahai knapa rasa comei sangat tak tau ..hikhik

Rasanya sangat sedapp. Macam dodol baru lepas siap buat. Yummy! ;)
awat yang wia dok cerita pasal dodol pulak nih..Biasaalah kan dodol.
walaupun wia bukan penggemar dodol..
tapi yang ni rasa lemak manis. Sedapp
pendek kata bentuk dia tu dibalut. Pertama kali wia tengok.
agak jakun sikit. Haha..

Maaflah kalau uOls yang dah biasa tengok tu rasa biasa.
tapi bila makan dodol. Feeling macam hari raya..
Jarang kan kita macam masa hari-hari biasa, Hikss

Oklah selamat berblogging semua....
macam biasa jom blogvespaking !
P/s : tak sabar nak tunggu esok..
harap-harap si dear ingat hari tu.....

Monday 27 May 2013

Cute Doorgift ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum ;)
Nak kongsi sikit doorgift comei yang wia dapat masa
pegi wedding kawan Sabtu lepas..
Sangat best! Patutla rasa berat. Hee

Buka-buka ada balang comel bercorak 
siap ada reben merah jambu polka dot
dan disertakan dengan keychain phone teddy bear.
Cinonet saja saiz dia..Dalam balang ada
 cookies yang lama wia tak makan.
ada gula manisan yang warna warni. Masa kecik-kecik
rajin la makan..Sedapp! lama tak makan katanya ;p






Sweet like candy...Meltingg..Hehe
Keychain phone sekarang dah selamat diletakkan dekat
BB Kesayangan. Comel sangat teddy dengan skirt pink tu..ngee
Ok selamat berblogging. Zaman berubah.
Buah tangan untuk tetamu pun berubah ikut masa. Menarik kan? :'D

Sunday 26 May 2013

Saat Menghadirkan Diri ke Majlis Kawin Kawan :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Hai semua...hujung minggu yang panjang kan..
sampai tak ter-update blog wia kan...
bukan sibuk apa, sibuk menghadiri
 kenduri majlis kawin kawan-kawan.
Syukur dah selesai semuanya.....

Nak tunggu turn sendiri, belum tiba masanya lagi..
ambik berkat dan ambik aura dulu. Biasalah, muda lagi..
Tahniah terpilih kawin muda. Hikhik
Ok semalam wia hadiri dua majlis kawin kawan.
satu jiran rumah, satu lagi bawah taman saja.

Dua-dua cantik dan ohsem.
Bagi yang gila bergambar macam wia , 
seharusnya mewajibkan diri snap
bersama pengantin katanya. Baru sah pegi kenduri. Haha
Itu bagi majlis yang kenal la, kalau tak..memang segan.
Gambar sebahagian dari kamera handphone Samsung. Hee

Bersama si cantik Baizura..selamat Pengantin Baru :)

Bersama kawan sekolah, Ayu yang manis..Selamat pengantin Baru :)

Kawan sekolah Syeda, pengapit dan merangkap sepupu Ayu. Cantik kan ;)

Wia datang majlis bersama mereka, dari kiri aishah dan ima..Hee

Bilik pengantin ohsem..Tumpang bergambar =p

Sekian..Nanti sambung cerita lagi...
Selamat berblogging dan ceria-ceria selalu . Teehee
Sekali lagi, selamat pengantin baru bagi yang bergelar raja sehari
semalam dan hari ni ;)

Friday 24 May 2013

Nostalgia Dendangan Radio

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua..
Bila rasa nak hapdate kemain laju jari jemari
menari-nari atas keyboard, tapi bila nak taip
tak ada idea..Lama dok tenung laman post yang kosong
untuk ditaip dengan huruf-huruf comel 
untuk menghapdate entri baru. Fiuhh!

Ok semangat menaip, sila lah berkobar-kobar dalam diri.
kerana rasa tak sabar nak hapdate entri baru. Hee
Boleh intro macam tu? :p

Ok semalam hantar mak pegi rombongan.
al-maklum ler cuti sekolah dah bermula.
Hantar la kami adik beradik bersama ayah.
Selepas tu pegi dinner tomyam , macam biasa ayah belanja.
Memang nikmat. Syukur alhamdulillah..

Lepas tu masuk kereta, dan secara
 auto muzik kat radio berkumandang.
siaran Sinar FM dengan lagu jiwang-jiwang dan sentimental value.
Memang masuk dalam jiwa. Sambil nyanyi ikut lirik
mana lagu yang tahu. Rupanya..dah lama juga sebenarnya
wia tak dengar lagu. Itupun dalam kereta..
kat rumah memang jarang dengar lagu kat radio.


Dulu masa zaman IT belum menular dalam diri
Kemain rajin dengar dan layan lagu di radio
tapi sekarang dah malas sangat.
Radia antik mak pun dah lama tak ON. Hikss..

Sebenarnya tak adalah wia nak cerita pasal radio bagai.
Cuma pasal lagu lama dengan lagu baru.
rupanya lagu lama lagi merdu dan bermakna. Cewahh.
lagipun cara nyanyian pun santai..
tak perlu nak semput curi nafas..* Itu pendapat sendiri la *
aisehh tetiba jadi pengkritik lagu pulak. Hadoii ;p

Ok sekian..minggu cuti sekolah dah bermula.,
seronok la adik-adik wia bermalas-malasan atas katil
Rindu zaman sekolah. tai apakan daya...
Masa tak akan berulang kembali.
Psstt esok ramainya jemputan kawin. Ramainya pasaangan kawin.
Tahniah ye.. mana yang sempat wia akan hadirkan diri.
Selamat berblogging...!


Wednesday 22 May 2013

Tutorial : Cara nak Atasi Masalah Trackpad Blackberry Curve 9300

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum ..
Dah 2 minggu BB (Blackberry) hitam kesayangan merajuk.
Biasalah dah setahun 4 bulan.. Mula nak meragam katanya.

Lagipun cik empunya BB pun lasak sangat guna.
Mula-mula guna nak letak pun penuh sopan santun.
lama-lama guna main campak saja atas katil..Huhu

Biasalah handphone nih kalau terjatuh atau kena air
mula la ada komponen yang lari..
So, ada yang buat ia tak berfungsi dengan sempurna..
Masalah BB wia adalah trackpad tak berfungsi.
tak boleh nak scroll dan press..huhu.
jadi sangat problem uOls...Jadi wia cuba google dan tengok Youtube.





Cara nak bersihkan semua jenis Blackberry



Cara kedua : Gunakan tisu..


Cara ini berkesan jugak. Cabut bateri dan sim kad. Kemudian on BB



Ini cara manual. Yang wia gunakan sekarang.
walaupun tak sesempurna ada trackpad. Hee

Kalau semua cara tak boleh nak settlekan masalah BB kalian..
apalagi..wia pun bercadang nak hantar kedai. Habis cerita..Haha
Tak tahu mahal ke tidak..dan ini saja tutorialnya..
kredit dari Youtube. Jom cuba bagi sesiapa yang ada masalah macam
wia ni ye. Masalah trackpad tak berfungsi.
Selamat Mencuba ;)

Cashout Pertama..Check Nuffnang dah Sampai ! ♥

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Petang semalam buka peti surat depan rumah,
nampak dua sampul tertera nama sendiri. Terus berdebar-debar ;p

Rupanya ada dua berita gembira yang selamat sampai di rumah.
Satu dari NUFFNANG dan satu lagi dari SPA..Allah..
Rasa terharu, nebess pun ada jugak.
walaupun wia dah tahu dari awal.

Dua sampul yang menggembirakan :')

Ok mula-mula buka sampul Nuffnang dulu.. Ingat lagi tak
tentang wia buat entri cakap nak cashout earning Nuffnang
masa hari Ulangtahun kelahiran Mac lepas. Baca di Sini
dan akhirnya petang semalam check dah sampai.! Weehuu..

Sampul dari Nuffnang...yay!


Pertama kali dapat Check Nuffnang..Syukurr ;)

dan sebelum ni risau jugak bila tengok akaun Nuffnang
dah cakap "sent"  tapi belum sampai ke tangan.
tup tup semalam dah sampai. Memang teruja habis..kihkih

Walaupun tak banyak, tapi syukur alhamdulillah 
rezeki pertama hasil berblogging.
Atas usaha sendiri, haruslah berasa
 puas dengan duit dari Nuffnang.


Pagi tadi dah suruh ayah pegi tebus Check Nuffnang..
in Shaa Allah 3 hari waktu bekerja
 baru duit masuk dalam akaun. Teehee :'D


Hati berbunga-bunga riang...
Psstt surat SPA nanti wia taip dalam entri yang lain ye.
Sekarang entri eksklusif  hanya untuk cerita cashout pertama
Ni yang buat wia nak setia dengan NUFFNANG saja :)

Terima Kasih banyak pihak Nuffnang..!!

Tuesday 21 May 2013

Mekap Nipis dan Natural Pilihan Kalbu ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Moga hari kalian dalam lindungan rahmat Allah  S.W.T..
Sekarang dah ada satu habit suka tengok orang mekap.
Eh, wia dah jatuh cinta dunia mekap pulak ke? =P

Seronok bagi mereka yang suka mekap ni kan..
Lepas tu memang tangan yang kreatif..
memang boleh masyuk bila time cuti sekolah.
sebab banyak kenduri. Boleh jadi job..
Entah kadang-kadang terasa juga nak belajar mekap.

Dari kerana mata ;)

Macam biasalah wia memang tak panda nak mekap cun bagai nih.
Sekadar bedak asas, BB cream kemudian lip ice.
Siap.!! Memang yang terlalu asas saja yang pandai pun. Kihkih

Bila wia keluar rumah, terserempak dengan kakak atau adik-adik
yang pandai mekap terasa macam wahh berseri saja tengok.
kira macam nampak segar je wajah..
paling best tengok, mekap di mata..

Hasil mekap bestfriend wia di majlis tunangnya.. Cantikkan ;)

Nampak segar dan nipis menawan mekap macam ni..Hihi

sebab masa wia pegi interview kerja sebelum sebelum nih.
Terserempak dengan ramai orang.
rata-rata pandai berhias dan mekap diri sendiri.
Wajah nampak segar ja. Tapi wia dah cepat
 mekap cair dek peluh dan persekitaran luar..Huhu

wia ada 2 orang kawan yang pandai sangat bermekap..
Sampaikan majlis tunang sendiri pun mekap sendiri..
Memang jimat kan? Oh tetiba rasa nak belajar mekap.
Yang basic pun jadi lah kan ;)

tak nak yang terlalu obvious, mekap tebal macam opera.
tapi cukup lah nipis dan natural. Tapi nampak segar je wajah..
Paling best kalau pandai matching blend Eye Shadow..
Serius wia paling tak pandai guna eyeliner dan eye shadow..
tapi minat sangat mekap bahagian mata. Kalau
maskara itu masih mudah bagi wia.. Ecece..

Ok sekian.. Gambar bestfriend sendiri dak Khairiah jadi model.
Psstt : Tak berminat jadi jurumekap tapi minat tengok mekap yang cantik-cantik
Wanita dan kecantikkan tak boleh berpisah kan?
Tapi jangan tabarruj ye. Mekap berlebih lebihan..
Terima kasih sudi baca...Hiks

Sunday 19 May 2013

Normalkah Manusia dalam Dilema?

Assalamualaikum dan Salam hujung minggu..
Eh, wia bajet duk luar area Kedah. 
Padahal kedah dah mula kerja dan bersekolah
berbeza dengan negeri-negeri lain yang masih bercuti. :)

terbawak-bawak walaupun dah genap setahun sebulan
wia dah berada di Kedah. Tempat membesar dan bermain.
Siyes dah duk rumah bersama famili, teringat pulak zaman belajar.
cepatnya masa berlalu. Seakan mencemburui diri ini..

Haishh dah rasa macam dah tua pulak tulis ayat-ayat macam ni..
cuma sekarang dah masuk alam 
yang kena lebih serius sikit dari sebelum ni.
Tarasa diri makin lama makin matang. Haha.

Apa perasaan kalian pabila dalam keadaan dilema?
tak kiralah dilema apapun, tapi pabila kena pilih antara dua..
yang pastinya hati mesti rasa tak enak.
Tak keruan. Nak nangis pun ada. 
Rasa nak berkongsi masalah dengan orang lain..
Cuma untuk memastikan kita dapat jawapan yang terbaik
dalam masalah dilema kita tadi.. Uols mesti pernah alami kan? :P

Entahla dua tiga hari ni wia dalam dilema saja.
Mungkin kerana nak menjaga hati..
tapi awal-awal wia bagitahu ini bukan soal jodoh ye.
tapi banyak kepada soal kerjaya.
Memilih ke wia? Bila difikirkan semula..

Dan wia percaya dalam keadaan dilema..
Mengadu pada Allah adalah yang sebaik-baiknya..
In Shaa Allah kalau kita ikhlas, pasti dapat jawapan..
Doakan wia ye semua pembaca yang mmbaca entri ini.
Terima kasih.. *Entri luahan hati *

Hati kian berbunga mekar ;)

Friday 17 May 2013

Hurray!! BE Datang Lagi ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Salam Jumaat buat semua..
Terasa nak kemaskini entri pasal Nuffnang..
Lama tak jenguk akaun ada BE (Buffer Earning) ke tak?


Cashout yang lepas dah cakap sent kat 
akaun tapi belum sampai ke tangan lagi.
Risaunya..Sabar saja lah.. Mungkin belum sampai lagi kot.
dan yang bestnya sekarang dah ada 3 BE tengah menari-nari
up trafik laju-laju lepas nih supaya mana tahu boleh banyak earning.


Alhamdulillah :') Rezeki jangan ditolak..

Menunggu cek dari Nuffnang saja dengan penuh sabar...
Dah 2 bulan nih..Pihak sana lupa ke apa ye, teehee
tak apalah asalkan selamat sampai ke tangan..

Nak merasa jugak duit tu kan? :P
Maklum laa baru pertama kali katanya.
Seronok jugak bila tengah sesak nak nyopping..
ada la sikit walau tak beribu raban..Hihi

Seronok tengok orang sampai dua tiga kali Cashout.
Berbaloi-baloi seronoknya berblogging,,
sambil menyelam minum air..
Itu yang bestnya. Pokok pangkal apapun kena rajin berusaha.
baru dapat lebih kan :'D

Tak apa lah asalkan wia tetap setia dengan Nuffnang..hekhek
al-maklum laa Nuffnang memang tak pernah
 mengecewakan berbanding yang lain-lain. *pendapat wia la*
lain orang lain pendapat kan...

Sincerely me..so chubby! ;)
psstt gmabr wia kat atas bukan gambar terbaru.. iklan*
Sebab tu wia seronok berblogging sambil menaip apa yang kita suka..
boleh jugak tambah income bulan-bulan..Haha
Sungguh lumayan :P ok wia akan tunggu
dan akan khabarkan berita gembira nanti....

Terus setia dalam dunia blogging 
selagi nyawa dikandung badan. Ceewah!
Salam manis buat semua..Ingat tau?! Jangan cepat putus asa.
Rezeki ada dimana-mana. Syukur...

Thursday 16 May 2013

Terima Kasih Cikgu!

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum ...
16 Mei setiap tahun mesti menyambut hari guru. 
Selamat Hari Guru buat semua cikgu 
cikgi, murobbi, ustaz dan ustazah..
apapun panggilan, moga tabah dan bersabar selalu
dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berjaya.

Selamat Hari Guru terutama cikgu yang telah mengajar saya. 
TERIMA KASIH Cikgu..tak mudah aku lupakan jasa kamu itu :)

"Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu
huruf maka dia adalah GURU ku." - Saidina Ali.

Semasa di bangku sekolah rasanya sangat nostalgia..
nakal-nakal manja, di asrama mahupun sekolah.
Masa tecik-tecik gigih masuk pertandingan mewarna.
Wahh semua tu kenangan. Dan semua orang punyai
cerita dan kenangan yang tak boleh dilupakan.. Allah..

Tapi itu la..masa dah lepas, baru nak dikenang-kenang..
Lumrah manusia. Masa tengah alami, talk sabar nak masuk U..
dah masuk U teringin balik nak masuk sekolah. Yeke? Hikhik

Kalau boleh wia nak balas jasa guru yang banyak mengajar
apa itu kira kira dan membaca. Guru tadika mahupun guru tajwid
juga termasuk guru yang mmbimbing wia 
sampai menjadi seperti sekarang ;)

Zaman sekolah paling seronok. Ramai kawan sebaya.
pakai baju seragam. Belajar sama-sama.
Cikgu mnegajar dan kita belajar..
tapi wia tak ditakdirkan menjadi guru...
Berbanggalah bagi mereka yang terpilih menjadi guru.

Ok, wia seronok tengok sekolah-sekolah
meriah ngan sambutan hari ni.
yang penting cara kita menghargai guru tersayang kita kan..
Tanggungjawab sangat besar.. Moga para guru di luar sana
terus berkhidmat mengajar sehingga hujung nyawa..

Sekian, teringin nak pakai baju sekolah semula.
Meh godek-godek gambar dalam folder kot-kot
ada gambar sesat time sekolah dedulu ;p

wia dan bestfriend, imah ;)
Ada pun boh sekeping besaq-besaq tanda cekk rindu
zaman di bangku sekolah..teehee. Maaf..
Serius rindu sesangat!

Wednesday 15 May 2013

Pabila Cuaca Panas Berbahang....

Bismillahirrahmnairrahim dan Assalamualaikum :)
Seperti kita sedia maklum. Masuk saja bulan Mei..
Dunia berubah cuaca. Menjadi semakin panas berbahang dari biasa.
Hujan langsung tak turun setelah sekian lama.
Rindu bau hujan dan sekian lama,  tapi tengahari
 tadi hujan turun walaupun sikit-sikit..Syukur..

Harap dunia rasa juga sejuk walau seketika. Tapi betul la..
lepas hujan tadi tak ada la rasa berbahang sangat.
Sangat bertuah bagi mereka yang ada penghawa dingin di rumah.
di rumah mak ayah wia, kipas sudah cukup maximum dah.
tetap tak rasa sejuk. Yang ada perlu kesabaran yang tinggi.
Allah menguji umatnya...Ada ganjarannya.

Mak selalu pesan, ini baru panas dunia.
Bayangkan panas di akhirat kelak pabila
 matahari tegak di kepala.. Allah..
Jadi bersabarlah walaupun selepas mandi tetap berpeluh.

Dek cuaca panas dan tak menentu..
Badan jadi cepat jatuh sakit..Adik wia selsema.
Kerana bersin sana sini..Wia pulak terasa simptom
nak selsema sekarang ni. Dah mula gatal-gatal hidung.
dan hatchuummm !! ya puas..lalu bersyukur alhamdulillah..

Tapi tetap gagahkah puasa ganti hari ketiga..
aja- aja fightingg!! Nak teruskan puasa hingga habis.
kalau tertangguh nanti takut malas dan lengahkan pulak.
Doa-doakan wia kuat ye.. Biasalah tak sihat sikit.
Emosi terganggu. Rasa nak rest saja
 sepanjang hari dan wia nak pesan sikit.

Minum banyak air putih sebanyak mungkin..Tanpa ais tau ;)

Kurangkan aktiviti luar dengan cuaca panas berbahang macam ni.

Tidak bermain air atau aktiviti yang melibatkan air pada  cuaca panas. Mengundang sakit.

Jaga kesihatan diri semua...
Yang baik semuanya datang dari Allah, 
yang buruk dan salah adalah dari diri wia sendiri.
Entri ini sekadar mengajak uOls semua
 jaga kesihatan diri masing-masing ok ;)
Ok yang dah mula nak jatuh sakit, jangan
 lupa makan ubat yang disraankan doktor
Sekian..... Selamat Hari Belia. Tetiba.. Haha

Monday 13 May 2013

Tips Inai Jari jadi Cantik dan Merah Tahan Lama ;)

Bismillahirrahmnairrahim dan Assalamualaikum ;)
Tetiba nampak inai pemberian tok dari 
Mekah masa pegi umrah tempoh hari.
Wahh dulu masa hingusan , rajin pakai inai. 
Suruh tok tumbukkan takpun tumbuk sama-sama ngan adik

Sekarang daun inai pun payah jumpa.
Kat kampung daun inai ada..Cuma 
kadang-kadang tak merah. Cuma oren ja gittu.
Sesetengah pulak inai jadi kehitaman. Huhu
Jadi apalagi..mencari petua di hujung jari.
Dan dikongsi dalam blog kesayangan.. Jom baca!..

Tips untuk inai di jari menjadi merah

Kalau guna daun inai, jemur dulu sampai kering...Pastu blend atau tumbuk dengan gambir atau arang dan letak nasi sikit supaya pekat, perahan limau untuk kilatkan kuku.

Kalau pakai serbuk, sediakan dari petang sekurang-kurangnya dua ke tiga cam sebelum pakai...
Letak perahan limau bagi tambah berkilat kuku...Tujuan kena sedia dari awal supaya inai tu betol-betul sebati dengan perahan limau..Baru hasil nya merah menyala ;p

Ataupun bancuh serbuk inai dengan air teh (air teh panas tanpa gula). Gaul sampai jadi pes. Guna dalam dua uncang teh supaya betul-betul pekat dan campur dengan perahan limau nipis. Malam, masa nak pakai, sapu minyak cap kapak dulu kat jari. Masa inai tengah basah di jari, apply sekali lagi minyak cap kapak. Pasti  merah menyala pas cuci nanti :))



Kalau inai tiub atau kon. Caranya sapu minyak atau minyak cap kapak kat jari..Pastu baru letak inai


Ini la inai Mekah yang tok belikan.. ;)

Maaf ni bukan jari jemari sy..Google semata. Cantik kan merah :)

Hoho cantik sangat..Sumber : Google -

Selamat Mencuba untuk diri sendiri :)
Psst macam segan sikit nak pakai sebab belum kawin..Hiks

Yeay!! Parcel Bamboo Charcoal Infrared Slimming Suit dah Sampai ke Tangan ! ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Memula wia macam tak tertarik 
tetapi bila ada masalah naik berat badan 
Risaunya alahai. Mana kan orang asyik cakap pasal wia chubby.
 Oh serius cemburu dengan orang yang ramping bak kerengga. 
Jadi ternampak lah produk ni dan apa lagi, wia teruslah survey.
Sangat tertarik dengan harga promosinya. Terus grab satu,,Hehe
dan hari ini parcel sampai ke tangan
 dengan selamat. Tak sabar nak cuba..
apalagi buka parcel dan terus cuba. Selesa!! Alhamdulillah :')
Jom cerita serba sikit pasal corset ni..

PENERANGAN

Sut pembentuk badan ini dibuat daripada bahan semulajadi anti kuman iaitu gentian arang buluh (bamboo charcoal). Arang-buluh ataupun dipanggil Black Diamondtelah lama digunakan manfaanya lebih daripada satu dekad di Jepun. Keupayaan penyerapan adalah 5 kali berbanding yang arang bincho dan ia mengandungi 3 kali lebih mineral berbanding arang bincho .

Arang buluh popular di Jepun dan nama samaran bernama "berlian hitam". Kualiti buluh charchoal mesti dibuat dari lebih buluh yang berusia 4 tahun yang hangus untuk beberapa hari 10. Ia mempunyai keupayaan penyerapan yang kukuh dan boleh menebat haba dan gelombang elektromagnet. Ia mampu meningkatkan ion negatif yang memihak kepada kesihatan. Ia digunakan secara meluas dalam industri, pertanian, elektronik, industri perubatan, pemprosesan makanan, perlindungan alam sekitar, tekstil dan sebagainya.

Dilengkapkan dengan inar infra merah yang dapat melancarkan peredaran darah dan metabolism, membakar lemak-lemak berlebihan, membentuk postur tubuh dan memberikan lebih keyakinan bila bonjolan2 di badan tak kelihatan. Sut ini juga kuat, elastik dan selesa dipakai. Badan rasa fit saja.

Sut ini sebaiknya dipakai sejak awal pagi pada setiap hari kerana biasanya efect lebih cepat jika kita memakainya sekurang2nya 8 jam sehari. 



Bungkusan yang kemas selamat sampai dalam parcel ;)
Comel saja kan..Kaler Kelabu dengan corak yang menarik ;)


KEBAIKAN SUIT DARI SEGI KESIHATAN


1) Membuang bau badan - seperti kita tahu arang berfungsi membuang atau menyrap sebarang bau. Malahan arang digunakan untuk menyerap bau dalam peti ais. 

2) Menyerap lembapan, seperti yang diterangkan di atas kadar penyerapan Bamboo suit ini adalah 5 kali ganda berbanding arang biasa dan juga dilengkapi dengan mineral. Ini akan menyebabkan pemakaian selesa tanpa rasa panas

.3) Dapat mengawal kelembapan - Suit ini akan menyerap peluh dan brtindak mengeluarkan lembapan apabila badan terlalu kering..salah satu fungsi istimewa arang buluh.

4) Arang buluh juga kaya dengan calcium, magnesium, iron, potassium, manganese, phosphorus, tambahan struktur hexangular adalah padat dan mempunyai liang yang banyak yang boleh mengurangkan elektrik statik.

KEBAIKAN SUIT DARI SEGI KECANTIKAN

1) Mengecilkan perut dan melangsingkan pinggang
2) Membakar lemak yang berlebihan
3) Menaikkan dan mengencangkan payudara dan punggung.
4) Melancarkan peredaran darah dan metabolisme
5) Mengurangi sakit punggung dan tulang belakang
6) Mengurang sakit saat menstruasi.

SINAR INFRAMERAH JAUH (Yang digunakan dalam Bamboo suit ini).

Cahaya matahari merupakan sumber tenaga bagi semua kehidupan di bumi. Cahaya matahari 80% nya merupakan sinar infra merah. Panjang gelombangnya 4 – 1000 mikrometer. Sinar infra merah menghasilkan panas, dan panas tersebut dapat diserap dan dimanfaatkan kembali.

MANFAAT :


1. Mengaktifkan molekul air dalam tubuh. Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air. Sinar infra merah memiliki getaran yang sama dengan molekul air. Molekul tersebut akan pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh, sehingga meningkatkan oksigen dalam darah.

2. Meningkatkan sirkulasi mikro. Bergetarnya molekul air dan sinar infra merah menghasilkan panas yang menyebabkan pembuluh darah kapiler membesar, meningkatkan temperatur kulit, memperbaiki sirkulasi darah dan mengurangi tekanan jantung.

3. Meningkatkan metabolisme. Bila sirkulasi mikro meningkat, racun dapat dibuang dari tubuh melalui metabolisme. Hal ini juga akan mengurangi beban liver dan ginjal.

4. Inframerah menghasilkan haba yang menyebabkan pembuluh darah membesar, meningkatkan suhu kulit, memperbaiki peredaran darah dan mengurangi tekanan jantung dan memberi kesan sampingan positif: 


i) Mengurangkan kesakitan sendi, urat saraf. 
ii) Mencantikkan kulit. 
iii) Mengurangkan selulit 
iv) Mengurangkan stress. 
v) Mengurangkan masalah sinus, resdung dan migraine. 
vi) Meningkatkan sistem imunisasi badan. Memulihkan selsema dan demam. 
vii) Menyeimbangkan pH dalam tubuh. 
viii) Bertindak sebagai antioksida..Menyingkirkan toksik badan melalui peluh. 
ix) Anti penuaan.

CARA PEMAKAIAN


* MULAKAN DARIPADA BAWAH SARUNG KE BADAN.
* PAKAI SELAMA 8 JAM SETIAP HARI UTK MENDAPATKA
N KESAN YG CEPAT.
* PASTIKAN GETAH BAHAGIAN BAWAH DI TARIK BETUL2 DIBAHAGIAN CELAH PEHA UNTUK LEBIH SELESA.

CARA CUCIAN


Cucian tangan dengan sedikit sabun tanpa bahan pemutih atau mesin

Perah dengan lembut selepas di cuci dan biarkan kering di tempat sejuk/redup


Nah..panjang jela. Puas hati. heheh. 
Sebagai rujukan katanya. Dan wia dah cuba pakai..
paling berkesan pakai dalam 8 jam sehari.. 
Nanti wia cerita hasilnya dalam beberapa 
hari ye..ala-ala testimoni. Hikss
Sekian, selamat Berbamboo Charcoal Dawia!! 
*senyum* entri panjang sekali sekala..

Saturday 11 May 2013

Jamuan untuk Tok dan Sempena Hari Ibu ;)

Bimillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Malam semalam, ada jamuan keluarga di sebelah ayah.
so, weouls balik kampung untuk berkumpul..

Sebenarnya sempena Hari Ulangtahun tok yang ke-69 
juga hari Ibu yang bakal menjelma esok..Hiks
walaupun tak dapat berkumpul semua..tapi tetap meriah..
kekenyangan dengan banyak juadah alhamdulillah..

Buat BBQ ayam dan sosej. Ada menu, bihun goreng, mi goreng
bubur cha cha, kerepek, kek marble dan etc.
tak ingat sangat sebab semua wia rasa ;)

Tuptup kenyang. Jamuan bermula selepas maghrib.
tapi suasana tahun ni tak sama dengan tahun lepas.
Sebab rasa kehilangan seorang lagi ahli
 keluarga yang kembali ke rahmatullah
bulan Februari lepas. Al- Fatihah..

Ini adalah menu utama..
Yang lain tak sempat snap..Gambar ayam bakar dan sosej..
semuanya gara-gara nak isi perut. Hiks..
alhamdulillah hari ni wia berpuasa 1 Rejab..
Bergambar dengan sepupu bongsu.. Doraemon comel!

Makin susut badan dia..Dah lama sangat tak jumpa..
makin aktif nak taahu sana sini.. Seronok layan :)
Ok selamat berpuasa pada sesiapa yang berpuasa hari ni..
alhamdulillah..Wia bahagia hari ni.. 

Moga kita semua dalam redha Ilahi selalu..
Amin ya rabbal alamin....
Psst : lepas ni nak Qada puasa ganti pulak.

Friday 10 May 2013

Welcome Rejab and Improvemnent Hijab Style :)

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum..
Cepatnya masa. Salam Jumaat buat muslimin muslimat.
Esok dah masuk bulan baru dalam bulan Islam.

Masuknya 11 hb May 2013 bulan Rejab 
sudah memasuki 1hb bulan Rejab..
bulan dimana catitan amalan kita 
ditutup dan diserahkan kepada Allah SWT 
dan diganti yg baru, wia ingin memohon maaf
 dan mohon di ampun dan di maafkan semua kesalahan..



"Barang siapa yg memperingatkan bulan Rejab kepada 
saudara-saudara  semuslimnya, 
maka api neraka diharamkan menyentuhnya”

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.


Ok sedikit pasal hijab dan cara menutup aurat yang sempurna..
Sama-sama la kita menjadi muslimah yang sejuk mata memandang
di dunia dan In Shaa Allah di akhirat kelak. Auratmu adalah maruah..




Maghrib ini buka buku baru. Tutup buku lama...
Jom grab pahala banyak-banyak jumuah! ;)
Sekian.. maaf atas kekhilafan wia sepanjang menulis blog ni ye..
Salam manis dari wia buat semua pembaca.. (",)

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi