Sunday 5 May 2013

Pengalaman Pertama Kali Mengundi :)

Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Bukak google hari ni.. wah meriah..
Google juga turut tumpang kemeriahan Malaysia
sempena Hari Mengundi Ke-13 kali ni..

Klik untuk tumbesaran ;)
Hari ni hari inai biru seMalaysia.

Alhamdulillah selamat menunaikan
 tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia hari ni..
Ini pengalaman pertama kali. sangat la nebess.
Pukul 7 pagi dah bangun. Buat persiapan diri. Pukul 8.45 pagi dah
bergerak ke pusat mengundi. Serius, sangat nebes.


Tak tahu kenapa..Mungkin berdebar nak pangkah pertama kali kot ;p
Sampai terketar-ketar tangan. Hiks..
Jadi tak ada yang pertama, mana nak tahu kan..
Jadi hari mengundi hari ni sangat meriah dan sengit.
Rugi sangat bagi sesiapa yang berumur 21 tahun ke atas..
yang layak tapi tak berdaftar untuk mengundi.
tak pegi mengundi..lagi la sedih sebab tak rasa bersalah.

tapi wia dan dak Nana pegi naik motor saja arini.
Memang jalan raya agak meriah. 
Mak ayah pula pegi berdua naik moto.
Memang kami berdua dapat saluran 4..
tak ramai sangat orang. Jadi dalam pukul 9.10 pagi..
wia mengundi kali pertama. Sejarah dalam hidup.

Masa kat tempat nak pangkah itu la telefon berbunyi..
dari si dia..Cepat-cepatla off..Nasib :/
Barulah rasa tenang nak memangkah calon pilihan.
Kemudian lepas yakin..Baru la buang undi dalam peti undi. Hee
Siyes nebes mengalahkan nak menikah ..Upss..

Ok wia dah laksanakan tanggungjawab..
tengah tunggu keputusan rasmi penuh saat ini..
Sama-sama la nanti kan ye.. (",)

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi