Friday 14 June 2013

Pengalaman Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..
Ok rasanya datang dah mood nak kongsi pengalaman minggu ni.
meh nak cerita sikit pengalaman ditemuduga 
sebagai Pembantu Penolong Pegawai Tadbir N27...
** pada 11hb Jun lepas..Hari selasa




Wia pegi temuduga dengan ayah tercinta..
gerak pukul 8 pagi dan sampai pukul 9.45 pagi..
bertempat di bangunan Persekutuan 
Pulau Pinang. Cantik bangunan ni!..
Temuduga pukul 11 pagi dan 
sesampainya wia terus naik lif ke aras 4..
manakala ayah tunggu kat bawah. Katanya nak ke kafe..

Jalan sorang-sorang tak nampak sebarang bilik pun.
kemudian nampak arrow ja ke bilik
 yang dinyatakan dalam surat tawaran..
Memang tak serempak orang ataupun bilik-bilik. Straight terus masuk
nampak ada lebih kurang 15 orang sedang tunggu giliran..
satu pegawai cina lelaki sedang buat semakan fail dan cara susunan.
Sempat semabng dengan seorang perempuan dtg dari Perak
dan seorang lelaki yang tak photostat sijil.
Dapat la angka giliran no.10 bilik 3..

Sebenarnya wia temuduga pukul 11 pagi 
tapi dah sampai awal pukul 9.45 pagi
pegawai cina tu masukkan dalam pukul 10 pagi.. Yeehuu!
dapat masuk awal..terus hantar text kat ayah dan mak. 
Ayah balas cakap alhamdulillah dan semoga berjaya.
mak terus call dan suruh baca doa sebelum masuk temuduga.
Syukur alhamdulillah..dipermudahkan ;)
Baik mak ayah wia..Restu keluarga amat penting.

Untuk makluman kalian memang dari awal lagi 
wia dah aturkan fail  ikut susunan yang betul. 
Itu semua selepas di Google cara yang betul supaya 
tak kelam kabut masa hari kejadian (temuduga)
Susunannya seperti perkara-perkara berikut :-

  1. Resume bergambar
  2. Surat beranak & Kad pengenalan (original dan salinan)
  3. Sijil SPM /STPM /Diploma /Ijazah (original dan salinan)
  4. Yang lain-lain seperti dalam surat tawaran
Untuk susunan dalam fail plak pastikan muka pertama ada surat kelahiran dan kad pengenalan yang original. Untuk muka surat seterusnya result exam start daripada yang terendah hingga ke tertinggi.. cthnya dari UPSR ke Ijazah.. Lepas tu baru sijil-sijil berhenti sekolah hingga ke sijil-sijil lain.

Macam biasa yang temuduga wia tu adalah dua orang. Kedua-duanya perempuan Melayu. Soalan pertama yang wia dapat adalah Introduce yourself in English. So pong pang pong pang la wia speaking. Lepas tu dia tanya pasal bidang tugas mengenai jawatan N27. Yang ni wajib tahu.. Nasib buat persiapan awal-awal. Hikhik

Kemudian puan pertama tanya soalan pasal kerja temporary wia masa studi. Ok yang tu speaking lagi. Masa tu wia hanya jawab sesimple yang mungkin. Hadoii tak yakin sikit dekat situ. Lagi, soalan seterusnya dari puan kedua pulak, dia tanya kan pasal cara nak meningkatkan komunikasi dalam pejabat. Dan wia jawabkan secara spontan apa yang terlintas dalam kepala. Semua keluarkan. Walaupun macam tergagap-gagap. Sebab dapat soalan IQ camtu. Adehh -______-

Tiada nama menteri dan Integriti ditanya. Tetapi penemuduga ada tanya wia pasal isu semasa. So, wia cakaplah pasal hal jambatan kedua pulau pinang yang runtuh dan majlis Tilawah peringkat Kebangsaan siap dengan tema lagi wia bagi.  Tak taula betul ke tidak..

Akhir sekali, soalan yang wia jawab dengan penuh keyakinan adalah soalan berdasarkan kelemahan wia.. Kedua-duanya bertanya, jika ada sesuatu majlis dan anda diminta menjadi MC atau pengacara majlis..apa awak sanggup tak buat/laksanakan?

So, dengan lantang wia jawab dengan yakin dan berpuas hati. Masa tu baru nak dapat kekuatan bercakap padahal dah soalan terakhir..Sungguh kedua-dua panel penemuduga anggukkan kepala dan diakhiri dengan senyuman dan Terima kasih.

Jadi wia pun ucap kembali terima kasih pada kedua panel kerana sudi menemuduga wia ;) Kedua-dua puan tu tersenyum saja wia tengok di akhir perbualan..Wia bangun dari tempat duduk lalu ambik fail di depan dan terus bersalaman dengan keduanya..Tetiba..

Salah seorang panel bagitahu yang SMK Serdang sekolah wia masa sekolah menengah adalah sekolah dia dulu. Dalam hati wia memang dah terdetik.. Patutlah macam kenal je sorang puan ni..Terus terkeluar dari mulut bahawasanya yang wia pun rasa macam mengenali dia.. Sambil senyum lebar ;) Lepas tu sesi senyum dan gelak kecik berlaku sebelum wia pun buka pintu bilik 3 dan keluar, bilik temuduga wia bagi jawatan ini..


**Masa keluar tu perasaan bercampur baur. Tak sempat jumpa kawan yang bertudung biru masa mula-mula tadi. Ada sapa seorang dua dan terus keluar dari ruang menunggu tu nak cepat jumpa ayah. Tup tup ayah wia naik tingkat 4 nak tunggu wia. So terserempak kat lift la. Ayah pun muka happy ;) Terus turun sama-sama. Keluar dari bangunan ala hotel tu. Hujan renyai-renyai. Adakah hujan rahmat? Allah....

Ayah seronok dari raut wajahnya pabila wia dapat pegi awal dan balik awal. Dipermudahkan urusan. So boleh balik awal laa weouls anak beranak. Hee. Syukur sangat-sangat. Dalam perjalanan balik, ayah belanja ikan bawal goreng yang sedapp menu utamanya untuk lunch dekat satu kedai makan yang sedapp dan sambutan ramai. seronok sangat masa tu. Dimanja-manja..Dalam hati wia berdoa, agar ada rezeki wia untuk jawatan tu..amin amin ya rabbal alamin. Harap tak putus doa...Doakan wia juga ye.. Sekian panjang lebar menaip petang Jumaat nih..Puas hati! Selamat berblogging,,Terima kasih sudi baca ye..


7 comments:

  1. gudluck kak! moga dapat eh position tu. keep praying :)

    ReplyDelete
  2. positif 2 :) in.shaa.Allah dpat krja 2 nnti..bykkn berdoa..

    ReplyDelete
  3. tahniah dah berjaya :) bila dapat tau result?

    ReplyDelete
  4. Good Luck buat adik Wia...

    ReplyDelete
  5. Good Luck buat adik Wia...

    ReplyDelete
  6. tahniah ada abis interview.moga berjaya yea

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:17 pm

    wah ,, goodluck kak wia .
    :)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi