Wednesday 19 June 2013

Rezeki Datang Bertalu-talu..Taklimat dan Surat Penerimaan Tawaran :)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Cepatnya masa berlalu Ya Allah..
 walau apapun mai wia nak kongsikan
 satu lagi entri yang wia hold atas
sebab sebab yang tak dapat di elakkan..

Ok sebenarnya wia ada dapat tawaran kerja untuk Pembanci Risda
yang bermula 17hb Jun lepas..Dalam masa yang sama
11hb lepas wia ada pegi temuduga PPT N27..
petang tu ada seorang kerani sekolah datang bagitahu
yang wia dipanggil PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) Kulim
atas urusan apa-apa tak tahu.So hati ni berdebar-denar sangat..

Esoknya wia terus call pejabat. Rupanya lepas tanya itu ini..
wia dapat tawaran kerja sebagai Pembantu Tadbir Sekolah.
atau bahasa biasanya kita panggil kerani sekolah.
Sungguh terkejut, genap 2 bulan tengok entri di SINI 
dan 11 hb wia dipanggil untuk taklimat dan penerimaan
surat pelantikan di Alor setar pada 17hb baru ni..

Bertembung dengan tarikh nak banci kan..?
Alhamdulillah..Rezeki datang bertalu-talu :')
Sungguh banyak yang wia lalui minggu ini dan minggu lepas.
Alhamdulillah rezeki bulan Syaaban.

Sampai rasa nak mula dari mana pun wia tak tahu..Hikhik
Banyak nak stori sebenarnya..
Maka, 17hb tu nekad la pi Alor Setar dengan mak dan ayah.
rasa anak tunggal sangat. Pagi tu disambut dengan hujan rahmat..
Kemudian kena ada sana pukul 8.30 pagi.
kami anak beranak keluar selepas Subuh. Alhamdulillah..
sampai tepat pada masanya..



Ramai la masa kat Dewan Al-Farabi. Dekat
dengan Jabatan Pendidikan Alor Setar..
Baru nak masuk dewan..Kiranya wia tak terlambat.
Mak ayah tunggu di luar. Lepas tu dengar la dari Kulim
dipanggil untuk daftar diri. Tandatangan dan penerimaan surat..
Dapat surat tak berdebar,,lepas duduk semua.
baru tahu ramai yang buka surat penempatan sekolah.
Bukaah dengan harapan dapat sekolah yang dekat dengan rumah.

Selepas buka..Allah..tak tahu katmana sekolah tu..
Rasa macam sekolah baru tau uOls..
30 minit juga dari rumah. Jadi wia redha dengan
 ketentuan dan jawatan yang diberikan..
Selepas dengar taklimat dalam lebih kurang sejam.

Terus diberitahu kena lapor diri di sekolah masing-masing.
Cuak sangat..Kena terus kerja ke? Gurlp!
Rupanya esoknya yakni 12hb kena mula bertugas dah..
dan masa lapor diri ni pun dikira mula bekerja.. Cepatnya!
Serius rasa blurr dan debar sikit..

balik tu tak sempat singgah Pekan rabu..
Cari sekolah dan terus lapor diri.
biasalah sekolah luar bandar. wia dapat penempatan
sekolah di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang
Mukim Sungai Ular..Yes! Memang tak tahu keberadaannya sebelum ni.
Rupanya ni sekolah agama rakyat dulunya yang baru dapat bantuan kerajaan.
tak apalah terima dgn hati terbuka..

Ok syukur dah dapat kerja. So, kita enjoyyyyyyy! ;)
Nanti wia stori pengalaman pertama kerja pulak dalam entri akan datang.
Hari ni dah 2 hari tak termasuk hari lapor diri wia bertugas Hikhik
Good Luck to me. Belajar nak terima tempat baru..
Doakan yang terbaik buat wia..Amin ya rabbal alamin.

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi