Wednesday 31 July 2013

Biskut Raya deSana deSini..♥

Assalamualaikum..Salam Ramadhan Mubarak :)
kurang lagi seminggu Ramadhan nak menutup tirai..
di ofis dah penuh sana sini dengan balang biskut raya yang di order..
bila blan puasa memang terliur uOls..

Begitu juga dengan di rumah...
mak pun dah bawa balik biskut raya yang di order..
alhamamdulillah semuanya nampak sedap-sedapp!
tak cuba lagi sebab takut nanti tak sampai raya ;)

tapi geramm tengok biskut-biskut yang tampak sedapp dan menarik.
Biskut raya beli ja ka? tak buat sendiri...?
Ehemmm...mestilah buat nanti.Yang pasti mestilah waktu cuti
adik wia dak Nana balik Sabtu ni kira okla nak buat hari Jumaat Sabtu ni..Hikss





Tengok berkotak uOls....
esok ada 3 kotak lagi di ofis wia...Memag masyukk..
 Wahh dah datang semangat nak berbaking kek dan cookies nih
tak sabar pulak nak buat biskut sendiri..
In Shaa Allah walau tak buat banyak 
tapi puas hati dapat buat sendiri.

setakat ni tiga ke empat jenis dah dalam kepala..mihmihmih..
Ok memang seminggu ni melayan mata 
dengan niskut raya yang tampak 
sedap dan cecomel..esok, take note untuk diri sendiri
untuk pos kad raya pada si dia....
Biskut raya tat nenas dan tart blueberry, tart stroberi tetap jadi idaman...

Monday 29 July 2013

Mercun dan Bunga Api ♥

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
10 malam terakhir..Ramai yang rebut Lailatul Qadar..
Syukur alhamdulillah hanya ada dalam bulan Ramadhan..
Banyak ganjaran...In Shaa Allah...

wia juga menanti berita baik dalam minggu ni..
dan kita juga dah kurang dari 10 hari untuk bersama
dengan bulan Ramadhan. Sedihh dan sayu..
sempatkah lagi dalam Ramadhan 
tahun-tahun ke depan...Wallahualam.

Ramai dah yang sibuk dengan persiapan raya. 
Baju baru, Kasut baru dan tak lupa
sibuk dengan biskut raya sana sini...
wia in Shaa Allah besederhana saja tahun nih.
sehingga la dapat tahu berita yang satu ni..
1 Ogos ni mudah-mudahan...


Suasana malam terakhir Ramadhan memang beseri
dengan lampu lip lap lip lap, pelita yang mengindahkan suasana
tak lupa ada anak jiran dan adik-adik 
yang main bunga api dan mercun.
Perlu di ingat main secara besederhana.
Berhati-hati.. Memang meriah kalau tgk budak gembira ! :'D


Persiapan demi persiapan...
rohani dan jasmani...
Indah dan bahagianya bersama keluarga tercinta...
Syukur melihat mereka bahagia. Dan wia juga turut gembira ;)
Selamat berpuasa... 

Friday 26 July 2013

Musim Hantar Kad Raya ♥

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Salam penghulu segala hari, dan Salam Nuzul Quran.
alhamdulillah..hari baik bulan baik.
Moga semua amalan kita bertambah dari hari ke hari..

Sekejap betul rasa masa berlalu...
perbanyakkan senyum kerana senyum itu sedekah..
Beberapa hari lagi menanti Syawal. uOls dah shopping raya?
kalau bab shopping raya, memang rasa eksaited kan? ;p



Ok sebenarnya bukan nak cakap pasal shopping.
tapi pasal kad raya ;) Hiks
Sebenarnya zaman sekarang dah tak ramai yang pos kad raya.
tapi rasanya wia masih nak kekalkan tradisi yang
julung julung nih. 

Sebab rasa feel dia tu lain sikit dari yang lain.
In Shaa Allah kirim kad raya pada sahabat handai yang rapat
dan tersayangg. Memang dalam pelan..
Minggu depan memang masa yang sesuai nak pos kad raya..Hee


Teruja ni sebab dah umur 24 tahun ni..
tapi tetang nak feeling hantar kad raya tanda ingatan tulus ikhlas.
Terasa dah tua pulak bila dah bkerja dan tahun
ni memang feel dia lain sikit dari yang lepas..
Rupanya macam ni perasaannya ek.
Selamat berpuasa semua...

Tuesday 23 July 2013

Gaji? Terujanya....! ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
Ok wia nak ambik kesempatan menaip belog...
Rindu sangat dah nih, nak nak bulan Ramadhan yang mulia nih ;)
Gaji? Ok bagi seorang pekerja tak kira 
dari syarikat swasta mahupun kerajaan
pastinya inginkan gaji yang lumayaan 
setanding dengan pekerjaaan.

Siapa yang tak mahu gaji kan?
Setiap yang dilakukan, memanglah kerana Allah..
tapi dalam masa yang sama, inginkan habuan atau 
penghargaan untuk diri sendiri setelah gigih bekerja sehari hari.


Tadi kat tempat kerja, dah ramai yang dapat gaji.
Jeles sangat. Nak nak dah dekat nak raya ni kn..
Gaji wia? Berdebar tunggu tau :')
In Shaa Allah biarlah lambat, asal dapat merasa..
gaji pertama..Hikss. Takpa baru sebulan kerja..
permulaan memang bab gaji lambat sikit..
Mudah-mudahan lepas ni dipermudahkan..Amin

Seronok tadi kawan-kawan kat opis dapat duit intensif..
seorang-seorang mai terima duit kat pejabat. Hadoii...
Syokknya depaa...Sungguh wia jelly ! ;p
Kebetulan depa gaji masuk hari ni siap duit raya (bonus)
memang berbaloi-baloi lah depa hari ni ...
Beruntungkan...Alahai..Gaji oh gaji..


Masing-masing muka banyak senyum..Girang!
tak sabar tunggu turn wia pulak...
banyak pelan untuk gaji pertama..dan sempat dinasihati si dia..
itu dan ini..ya saya yang menurut perintah dear 
Eksaitedd!!.. Menanti dengan sabar...Hiks
In Shaa Allah...Comingg soon for my first salary...

Saturday 20 July 2013

Shopping Raya Bersama Keluarga ♥

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
Selamat berpuasa muslimin muslimat...
Seronok dah masuk 11 Ramadhan kan..
Kita dah masuk fasa ke2 Ramadhan. Yakni 10 malam 
pertengahan. Fasa pengampunan daripada Allah :)

Alhamdulillah..ayah ajak keluar shopping raya awal
hari ni supaya tak bersesak dengan ramai orang bila dah dekat nanti.
Best sangat! beli baju baru, tudung baru dan kasut baru..
meriahh suasana walaupun letih sikit..Hee







Bab adik-adik dah settle untuk hari ni! DONE..
wia pun cuma kasut ja lagi..Hikhik.
adik perempuan dak Nana shopping sendiri kat masjid India nanti.
Mak dan ayah macam biasa, dahulukan anak dan lepas ni
baru cari bersama. Syukurr best sangat hari ni..

Snap gambar banyak hari ni..
Seronok spend masa dengan keluarga tercinta..
cuma rindu jugak kat dak Nana..
sibuk mencari sesuap nasi katanya..Ok settle cerita hari ni..
Selamat berblogging semua..

Friday 19 July 2013

Satay Kambing :))

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum....
Salam 10 Ramadhan 1434H. Cepat masa berlalu kan? ;)
Alhamdulillah...Moga segala ibadah kita bertambah dari hari ke hari.
Ok wia nak cerita sikit pasal sate kambing.

Siapa biasa makan sate kambing? Hee
sesaja tanya kot ada yang tak makan.
Memang sesetengah bau dia kuat sikit.
tapi alhamdulillah wia makan semua
selagi Halal dan lalu dekat tekak nih..
Makan makan dengan keluarga adalah sangat heaven! ;)






Psstt happy sangat! :')
Gambar mak ayah saya sangat pemalu.
jadi tak selitkan dalam entri kali nih..
adek perempuan wia yakni dak nana saja
tak dapat join sebab jauh di perantauan.
katsini ada sate yang sama rasa dengan kuah sate Kajang.
Sedapp, alhamdulillah....
Selamat Berpuasa dari wia..
Sayangg sangat kat keluarga dunia akhirat ni..

Wednesday 17 July 2013

Sebulan ♥

Bismillahirrrahmanirrahim dan Assalamualaikum ....
Hari ni 17-07-2013 genap sebulan bekerja..Hee
alhamdulillah..syukur sangatt!
setakat ni semuanya baik sekali...
Seronok sangat bekerja..Rupanya ini rasanya 
alam pekerjaan. Tak la seteruk yang disangka.. ;)

Masing masing punya pengalaman bekerja tersendiri..
Sebelum tu, maaf ye blog wia ni ikut
perkembangan cik empunya blog ni...
Suka suki seronok dikongsi bersama.
tapi bukanlah semua wia kongsi. Yang rahsia tetap disimpan rapi.
Punya rakan sekerja yang sekepala.
alhamdulillah semuanya baik dan boleh bekerjasama..
seronok jumpa dengan adik-adik pelajar..
so far..wia suka sangat dengan kerja ni..
dalam masa yang sama wia tengah tunggu
keputusan temuduga SPA penghujung bulan ni..

Fiuhh nebess meniti hari keputusan. Dalam masa yang sama..
wia mendoakan yang baik-baik. Tambahan pulak
bulan Ramadhaan yang penuh keberkatan
doa yang dipohon sangat mustajab dan cepat dimakbulkan.
Harap-harap keputusan menyebelahi wia..
Lulus dan terus dapat kerja tetap..
Doa-doakan ye sahabat...Amin ya rabbal alamin.


Redha dengan takdir Allah..
Doa jangan putus. In Shaa Allah ada pelangi selepas hujan.
Selamat berpuasa semua...Ada masa wia balas jejak kalian.
Thanks for reading!.. 

Monday 15 July 2013

Pesta Aiskrim

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
sehari sebelum awal Ramadhan
tempat kerja wia ada buat pesta makan ais krim kon..Meriah!
Yang penting aiskrim tu orang Melayu Islam yang buat.
Buat sendiri tapi rasa macam aiskrim jenama..Mavelous!

So, sekolah ambik 6 balang aiskrim yang boleh dimakan 700 orang..
wia pun tak lepas peluang makan ais krim free!
perisa jagung..slurpp! sambil jilat aiskrim mencair...

Ada 2 jenis perisa je, jagung dan coklat..
tapi serius sedapp..Hehe
Kira macam nak meraikan Ramadhan 
bersama guru dan pelajar dan staff.


Banyak...ekslusif la katakan ;)
Puas merasa nikmat aiskrim..
Bersama yang lain..Hikhik
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan..


Muka bahagia ditumbuhi cendawan di tepi bibir..Hee 
Sambil menikmati aiskrim jagung..take break!
 Selamat berpuasa muslimin muslimat..
Ada masa wia balas blogwalking :')

Friday 12 July 2013

Sepupu Bongsu Tercomels!

Assalamualaikum dan salam keceriaan..
Tetiba rindu si tecik nih..
sepupu wia yang paling bongsu belah ayah..
Thaqif comel macam anak mat Salleh..Hee
sebab aset rambut perang dan putih gebu gebas dia..Hikhik





Tengok tu pandai posing kan?
Geram tengok..Mana tak kena gomol kalau jumpa macam nih ;)
Kiut sangattt! Rindu la dengan thaqif bambam nih..
Sekian..Selamat berblogging! Niat puasa jangan lupa..

Jumaat Pertama Ramadhan 1434H

Assalamualaikum dan Salam Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan..
Sekarang ni bila cuti baru ada mood nak update blog laju-laju. Hee
Syukur sekarang dah masuk 3 Ramadhan 1434H..
Cepatkan masa berlalu..Subhanallah...
Nikmat Allah sangat la luas :) Sungguh harap kita semua mendapat
kerahmatan Allah S.W.T yang Maha Hebat.



Seronok puasa kali ni pertama wia berkerja..
yang bestnya tak ada masalah. Berjalan lancar setakat ni..
Penat tu memang penat sikit tapi tak menghalang
wia nak merasai nikmat barakah Ramadhan.
Bulan puasa yang bestnya ada Bazaar Ramadhan dan solat Tarawikh.


Hari pertama wia berkesempatan pegi Bazaar.
ada buat video juga, tapi sekejap je.
Sebenarnya ini video untuk Instagram. tapi tak sempat masukkan.
jadi cuba-cuba masuk video dalam blog.
Ini pertama kali juga masukkan video sendiri dalam blog.
Kalau ada masa wia masukkan lagi ye :)


Video pertama : Bazaar Ramadhan hari pertama 1434H ;)

Muka ceria bulan Ramadhan ;)

Sabda Rasulullah S.A.W "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,Pertengahannya adalah keampunan dan Penghujungnya adlh kebebasan dari api neraka"

Wednesday 10 July 2013

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan Kareem 1434H

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareeem...
Suasana puasa. Alhamdulillah, Allah basi peluang nak rasa..

Maaflah kebelakangan ni tak sempat nak hapdate belog.
tapi syukur..ramai yang datang berkunjung..
terharu :') dan BE masih menari-nari dalam blog. Suka sangat!



Tiada apa yang lebih istimewa menyambut Ramadhan dgn semua
 yang dikasihi dan mengasihi. Bersama keizinan Ilahi..
Seronok sangat diberi peluang sekali ini 
untuk merasa nikmat bulan Ramadhan.
Bulan yang penuh dengan 1001 keberkatan.

Moga segala amalan kita diberkati Allah..amin
Talk less and smile more...
Perbanyakkan amal ibadah, in shaa Allah ganjaran berlipat kali ganda.
Grablah sebanyak mana pahala semua..
Doa dan azam wia..Moga Allah terima apa yang kita semua
lakukan dan mendapat rahmatNya yang Maha Hebat.


Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah 
kepada Nabi Muhammad SAW ialah lima ayat pertama 
daripada surah Al-'Alaq. Maksudnya :-

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah,dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah,-Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,-Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-'Alaq:1-5)
Selamat berpuasa semua...Nikmatilah nikmat 
yang datang sekali setiap tahun ni.
Salam #Ramadhan1 dari wia buat muslimin muslimat.

Friday 5 July 2013

BE datang lagi...Alhamdulillah! :)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua...
dah lama rasanya tak hapdate pasal Nuffnang...Hiks
alhamdulillah bukan akaun Nuff terus senyum tak sudah..
alhamdulillah 6BE tengah menari-nari dalam blog..

Moga bertambah earning berblongging selama ni..
sempat untuk simpan dalam tabung kawin..upss.! ;p
mudah-mudahan rasa bersyukur sangat.
Harap BE lama bertahan untuk $$ yang berganda..

Seronok berblogging ni kalau sambil menyelam minum air..
Bolehlah walau tak banyak, tapi cukup gembira dengan usaha selama ni..
mana ada kejayaan tanpa usaha kan?
kalau orang lain ada yang tak teruja..wia teruja..haha

Mana kan tidak nampak earning menari-nari
untuk tambah amaount. Lagi lama lagi la banyak earning..
Syukurlah dah 6BE dapat. Rezeki Syaaban..

6 Buffered Earning..Yeay!! ;)





KHAMIS cari JUMAAT , nak tanya nampak tak SABTU sebab nak bagitahu dekat AHAD kalau jumpa ISNIN bagitahu SELASA yang RABU ni dah PUASA :)

1001 rasa ada..Moga kita semua sempat bertemu Ramadhan kali ini..
Selamat berblogging kalian :')
wia happi bila tengok orang lain jugak happi...Hee 

Pejabat Comel Sekolah ku Bertugas ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
terasa nak kongsikan tempat wia bekerja..
sekolah yang comel dan biasa-biasa tapi punya murid yang luar biasa.
Maklum la sekolah luar bandar. Haruslah serba serbi simple.
ni pun wia sempat snap masa yang lain tak ada. Memang ohsem!
kalau tak memang segan la jawabnya dok snap bagai..Haha

opis yang kecik dan wia masih belum ada meja sendiri..Huhu
syukur belum sampai sebulan pun lagi dekat sini..
tapi alhamdulillah..dipermudahkan. Cuma halangan sikit-sikit tu
masih boleh di atasi lagi..Hee. Makan pun sedap-sedap..Free lagi..Upss.
Ni la pengalaman yang terindah. Tak apa..
pelan pelan kayuh dan Allah mengaturnya dengan baik. In Shaa Allah :)



Meja kerja...

Ambik feel dok tempat rakan sekerja ;)

pertama kali merasa punch kad ;p



Syukur dengan pemberian Allah...
dari 2000 lebih yang pohon dan temuduga
 wia antara 93 orang yang terpilih.
wia rasa sangat bersyukur..Keseluruhan 643 orang seluruh Kedah.
sedikit bangga dengan kerjaya ini :')
Doakan yang terbaik buat wia ye..
Selamat berblogging. Salam Jumaat semua...
Semua ini salah satu kasih sayangNya..


 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi