Monday 26 August 2013

Puasa 6 ♥

Assalamualaikum...
Puasa sebulan. Raya pun sebulan kan..Hee
Pejam celik pejam celik dah tinggal 10 hari lagi
Syawal yang tinggal. Sempat lagi pada sesiapa yang
ingin berpuasa 6 di bulan Syawal..

wia pun taknak lepaskan peluang berpuasa nih.
Esok baru nak mula. Doa-doakan.
Dugaan puasa bukan bulan puasa memang lebih dari biasa.
Open house Raya sana sini...
Begitu juga dengan faktor kerjaya. Lately kerja banyak kat opis.
tapi wia suka! See sempat lagi menaip kat belog nia. Haha


In Shaa Allah kalau dapat buat secara berterusan tak terasa sangat
letihnya kan? In Shaa ALLAH kita merancang dan Allah jua lah yang
menentukan. Seronok tengok tok dan tok wan yang dah 'raya' puasa 6.
malah tok sebelah ayah siap buat ketupat daun kelapa
yang anyam lagi time raya puasa 6 tau ;)
Meriahkan..Baru lah naikkan semangat ibadah yang barakah di bulan Ramadhan
disambung ke bulan Syawal.

".....orang perempuan dibolehkan berpuasa Qadha' sekali dengan Puasa Enam pada bulan Syawal.. Namun menggabungkan niat Puasa Qadha’ dan Puasa Sunat Syawal dibenarkan dengan SYARAT diniatkan Puasa Qadha’ sebagai yang utama, manakala Puasa Enam Syawal hanyalah “sampingan” sahaja.

Namun, tanpa keraguan bahawa melakukan puasa berasingan itu lebih baik, dengan mendahului menyegerakan Puasa Qadha’ dan diikuti selepas itu Puasa Enam Syawal. Ia juga akan memperolehi ganjaran yang lebih besar (berbanding menggabungkan niat puasa) dan juga mendapat ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Wallahu’alam. ", (Ustaz Akustika Ramadhan, 2013). 

 

3 comments:

  1. Pahal berganda. Rugi pada yang tidak merebutnya. =)

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing wia :) slmt brpuasa 6. n slmt hri rye jgk. rsenye blum trlmbt lg. hehe

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi