Friday 29 November 2013

Header Bertukar, yeayy!!

Assalamualaikum.......
alhamdulillah..tak lama lagi dah nak masuk bulan Disember..
jadi dengan senang hati wia terasa nak tukar header belog..
pssst coming soon rasa nak tempah header cecomel..Teehee

tapi buat masa sekarang ni.. biarlah edit simple-simple 
asal puaih hatik. Haha ..
Boleh taraa tuu..Lately tengok belog orang pakai
frame cecomel blink blink..
so saja cuba buat walau tak sekemas profesional designer..

Siap siap teruss pasang kat belog..
Upss tampak okey walaupun tak sempurna..
Banyak lagi kena belajar ;)

Kalau perasan wia sekarang chubby tang pipi
ya ampun...Maaf!! diet ke laut katanya..
so letak la gambar senang hati kat situ..
belog wia kan, jadi nanti kalau dah cemuih wia tukar..


Ohsem pulak tengok belog yang comeyl..
yang pastinya umur 24 pun jika ada kelapangan
mesti nak edit belog laju-laju...



Kamera Fujifilm Mini 8 Intax
teringin pulak nak beli ;p
tengah berkira-kira..nak beli online..Hee
comel kan..Dah la kaler pastel..
meltingg sangat... 


Thursday 28 November 2013

Simple Giveaway by Love Cathy Doll

Assalamualaikum....
Harini terasa nak join giveaway comel..
Macam comel jaa..macam mudah jaa..
Macam MENARIK ja :'D

Syarat-syaratnya...

1) Buat satu entry bertajuk "Simple giveaway by Love Cathy Doll" - DONE!
2) Copy banner di atas, backlink kan ke entry nie. - DONE!
4) FOLLOW blog sigadisungu - DONE!
3) WAJIB like 2 fanpages nie.
&
4) Tag kawan-kawan  *tak wajib kan? ;p
5) Tinggalkan link entry di ruangan komen penganjur - DONE!



Klik banner untuk join giveaway comeii nih..
Mudah-mudahan rezeki menyebelahi wia..Ameen 
Rindu join giveaway sebenarnya..
Moga tuah memihak..Hee
Sesiapa nak join..jom sesama meriahkan ...
:)

Wednesday 27 November 2013

Walimah Sepupu ;)

Assalamualaikum..
Sekarang ni perasan tak wia kerap kan
post entri kawin kawan-kawan dan sepupu..
Haha. Biarlah nak kongsi sampai lebam! :'D
Maklum laa hujung tahun ni banyakla makan nasi minyak

Kali ni pasal sepupu wia sebelah mak pulak
selamat di ijab qabul minggu lepas.
So Ahad lepas sibukla dengan majlis dia..Hikss






Tahniah..!! sepadan..
Moga bahagia till jannah..
Best tengok orang kawin kan? ;p

Selamat Pengantin Baru di ucapkan...
Cantik baju dan tema. Hijau Kuning..
Kedah sangat..Hehe..
Selamat Berblogging semua.....

Monday 25 November 2013

Wedding Bestfriend | Fatimah :)

Assalamualaikum...
Fiuhh minggu ni padat sangat dengan walimah. Kenduri sahabat dan sepupu.
Siap ambik cuti sehari semalam. Semata-mata nak attend wedding..Hee

Kira semalam agak penat, dan entri kali ni nak stori
pasal wedding bestfriend, Fatimah.
Sesi akad nikah, wia tak sempat join..
Sebab Fatimah nikah malam. So esoknya majlis resepsi.
Fatimah dan pasangan mengenakan dress labuh kaler
royal blue + silver + putih..Cantik sangat² ;)






Majlis yang simple tapi meriah! :D
Pelamin, hiasan bilik pengantin..semua pengantin perempuan
buat sendiri. Kreatif!!

Ok selamat pengantin baru, sayang...
dan selamat menjadi isteri orang..
Moga bahagia hingga ke syurga :)

Psst : wia tukar header baru lagi...Hee

Monday 18 November 2013

Pilihan Hadiah Istimewa untuk Pengantin Baru ♥

Assalamualaikum...
hujan hujan ni terasa nak hapdate belog pulak..
Ikutkan dah lama tak bagi hadiah pada tersayangg...
Hmm untuk si dear..in Shaa Allah bulan Disember nie..
cuma dah cuti sekolah ni kan musim kawin..

Jadi apa yang sesuai untuk dihadiahkan pada pengantin baru ye? :)
Ramai kawan dan saudara wia yang akan kawin..teehee
tapi tak tahu nak beli hadiah apaa..Hikss

Jom survey sesama...

Rice Cooker Hello Kitty ;)

Iron Hello Kitty.. pun boleh..Hee

Comforter atau toto Hello Kitty....

Karpet atau cadar Hello Kitty..Oh melting!
Semua comel-comel kan..... 
Sesuai tak jadi hadiah untuk pengantin baru..
wia sendiri rambang mata...
In Shaa Allah dah ada idea untuk hadiah majlis kawin..
Murah dan berbaloi untuk perkahwinan dan mempelai yang
baru nak mendirikan rumahtangga bersama...

Selamat berblogging semua!
tak sabar nak attend majlis kawin sepupu dan besties minggu ni..

Saturday 16 November 2013

Bangga Satt ♥ 14 Nov 2013

Assalamualaikum......
Sebenarnya wia agak teruja untuk kongsikan
kejayaan sekolah tempat wia bekerja :)

Keputusan UPSR tahun 2013
amat membanggakan sehinggakan pengarah pendidikan
turun ke sekolah comel nih..
sibuk tu triple ganda....tapi alhamdulillah rasa bangga tau ;)





Maaf kualiti video tak berapa okey..
tapi tetap puas hati sebab dapat kongsi dalam belog kesayangan..
video last tu sebenarnya panjang lagi..
ada masa nanti wia kongsikan bersama-sama dengan sound sekali..Hikss

14 November yang bersejarah..
disebalik pembikinan..kecil..tapi amat bermakna
walaupun hanya masuk tv dalam berita wialayah jam 5 petang ;)
gigih tau rakam..ngee

Thursday 14 November 2013

Preloved | Jubah Dress ♥

Assalamualaikum dan Salam 10 Muharram 1435 H buat semua...
Seperti dijanjikan entri lepas, wia akan hapdate pasal Jubah Dress..
alhamdulillah, hari ni wia dah miliki 4 helai jubah dress
yang buat wia terasa macam pwincess sangat! ;)

Inilah penangan shopping online.
Kalau shopping depan mata, lagi sakan agaknya ;p Haha
Sekali borong 3 helai uOls...Best sangat..
Puas hati dengan semuanya...Sedap kain dan selesa yang amat..

Jubah grey tu wia beli masa sebelum raya haji lepas..
dan selepas tu borong tiga teruss 


Zoom in sikit ..melting 

Comel!..Hee
Koleksi peribadi | pre-loved 

Puas hati sangat pakai..Sayangg sebab jenis kain dia selesa.
syukur alhamdulillah...
lepas ni entri pasal kejayaan UPSR...
tahniah adik-adik yang dapat keputusan arini..
Adik-adik yang SPM teruskan usaha sehingga ke titisan dakwat terakhir..

P/s : I love You :)

Tuesday 12 November 2013

Symptom DuaPuluhan Dawia ♥

Assalamualaikum dan Salam manis buat semua...
Lately wia asyik hapdate pasal majlis tunangan kawan kan...
In Shaa Allah menyusul majlis ijab dan qabul pulak kelak..
dan ada yang tertanya-tanya si pemilik blog ni pulak bila..Upss..
Soalan tu sangatlah berat ..Oh! Haha..

Orang kata kalau dah jodoh lambat ke cepat..
semuanya kuasa Allah S.W.T
Jadi percayalah masanya akan tiba...
tak lambat dan dan tak cepat....
Siapa la tak nak cepat-cepatkan ? ;)
Tunggu laa.. Bersabar itu ada manisnya...Hikss.


Sekarang wia perasan wia ada symptom 20-an diberi nama..
Bila mai musim kawin atau wedding...
mesti teringin nak kawin masa tu jugak :'D

Bila tengok baby..eh terasa nak ada baby sendiri..Kihkihkih
Over sangat tau..Biasalah gegirl kan..
Semua perasaan tu datang dengan sendirinya..

tapi biarlah wia merasai zaman bujang sepuasnya..
In Shaa Allah perkahwinan itu nanti ada manisnya tersendiri..
Cepatnya masa..Sekarang dah nak pertengahan November dah..
setahun akan cepat berlalu..
Sabar menunggu tahun yang mendatang....

Lepas ni nak hapdate pasal Jubah pulak..
Stay tuned...
:)

Sunday 10 November 2013

Sweetnya Majlis Tunang Hazian ;)

Assalamualaikum dan salam keceriaan.....
Bila ada kelapangan dekat ofis ni terasa nak hapdate belog..teehee
Bukan selalu kan dapat luangkan masa depan PC ofis nih..

Ok kesempatan ni wia nak bagitahu 
satu yang baru dalam belog kesayangan wia ni
cbox di bahagian sidebar wia ada buat Captcha word
sebab tak tahan dengan link dan spam iklan yang bukan-bukan
Jadi bila dah ada captcha word nih lebih secure. Seriuss!
2 minggu wia buat dalam belog ni..
Sudah tidak ada lagi iklan dan spam..Yippy!! ^____^



Ok berbalik pada tajuk..kawan time sekolah rendah wia telah selamat
menjadi tunangan orang, alhamdulillah...
Hazian cantik!..tak dengar khabar apapun..tup tup
disunting orang..Hikss Tahniah sayangg...
* berkenan tang baju* Cun sangat-sangat...
tampak manis bila Hazian memakainya di majlis pertunangan beliau ;)

Maniskan...





Moga kekal bahagia dan majlis seterusnya berjalan lancar..
Cantik dan sepadan :'D
psst seronok pulak menaip kat opis..Hikss

Friday 8 November 2013

Majlis Tunang Naima :'D

Assalamualaikum....
Salam Jumaat buat semua..
Lately ramai kengkawan wia yang disunting orang..
Meh nak update pasal Naima pulak selepas dak aishah :)

Majlis mereka selang sehari ja..Hikss.
dah la mereka akrab. Majlis Naima, wia tak sempat hadir sebab kerja..
so boleh tengok dalam FB saja laa..walaupun area rumah tak la jauh mana..






Cantik theme kuning pink. auw!
menarik sangat..Nampak meriah..
Tahniah Naima...Cantik :')
Selamat bertunang ye.....tunggu entri sorang lagi kawan wia...ngee
Selamat berblogging... 

Wednesday 6 November 2013

Majlis Tunang Kawan dari Bangku Sekolah ;)

Assalamualaikum........
terasa sangat dah lama tak hapdate belog.
Entah apa la yang buat tak sempat nak jenguk blog kesayangan nie..
Mungkin banyak komitmen banyak tanggungjawab...
blog sedikit terabai...So meh nak hapdate pasal yang best-best ;)

Latelay ramai kawan masa zaman di bangku sekolah yang dah bertunang tau..
macam ikut turn pulak ;p
Nanti wia haodate satu persatu ye..Semua cantik-cantik.
Ok yang ni jiran kat rumah merangkap kawan zaman sekolah.
Tahniah Aishah...Cantik tema gold :)







Majlis yang simple...tapi sangat bermakna :)
Selamat bertunang dak Aishah..Hikss..
Tunggu turn seterusnya pulak..ngee


Friday 1 November 2013

November | Jumaat ♥

Assalamualaikum.....
Salam Jumaat buat semua.....
Cepat masa berlalu..Sekarang kita dah berada di bulan November...

Pejam celik pejam celik..
Masa pantas berlalu..yang wia tahu..
wia dah jarang blogwalk blog rakan blogger yang lain..
dah jarang on blogging sejak dua menjak nih..

Pabila jadi blogger bila dah lama tinggalkan penulisan,
akan blur idea untuk menulis sementara..
pabila aktif semula kemain mencurah barisan tulisan nak dikongsi.
Macam itulah blogger dan penulisannya...

Fikir-fikir semula..Dah lama wia tak tukar header blog kan? ;)
yang penting bila tak ada yang rindu blog wia..
wia tetap rindu blog picisan yang satu ni...Hikss.

Lately banyak sangat yang berlaku sampai rasa tak sempat nak
share resepi, rasa hati dan aktivi dalam blog ni..
Nak nak tak ada gambar yang ohsem..
lagilah bertambah hilang idea nak menulis...

tapi sekali wia menaip ni..Banyak pulak rasa dikongsikan..teehee :'D
ajaib bukan? Serius dah beberapa bulan dah tak tukar header cam dedulu..
rasa nak tukar la sikit wajah blog ni..Bagi tampak freshie..


tunggu kalau sempat malam ni..
wia akan publish harini...Hikss..

Moga November yang muncul akan beri 1001 bahagia
buat kita semua..in Shaa Allah ;)


:)

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi