Tuesday, 31 December 2013

Penutup 2013, Sesuatu yang Manis untuk dikenang

Assalamualaikum...
Di kampung, ditaman malah jiran tetangga ramai anak dara 
yang naik pelamin..disarung cincin dijari manis...
tuptup penutup 2013..mak dok bagi hint bila pulak giliran cik 
empunya blog sampai bertalu-talu tau...

Hadoii mak.. Nanti satt. Bukan tak mahu..
cuma masanya akan tiba. Mungkin mak risau takut
anaknya tak laku kot. Al-maklum la nak cakap dok tengah belajar
dah habnis belajar. Nak cakap apa lagi selagi
belum dapat kerja tetap dan kereta sebiji. Masanya belum sampai...

Sesiapa yang bakal masuk 24 tahun ke 25 pasti akan ditimpa soalan
bak hujan mengenai bila nak kawin? bila nak bertunang? Sampai bertimba timba
kalau dikumpul. Haha.  

Siapa yang takmau kawin..ye dak?
Hal yang baik molek sangat dipercepatkan..
tapi in Shaa Allah 2014 mungkin ada sinar ke arah itu..
kita tak tahu kan? Kita hanya perancang dan sebaik perancang adalah
Allah S.W.T... Doakan wia cepat dapat kerja tetap..
nak kumpul duit sebanyak mungkin *walau agak boras sebenarnya*
Menabung demi masa depan. In Shaa Allah nak beli kereta..
Barulah nak merasa berdarah manis...Hikss

Doakan saja. Perancangan itu ada...
Allah Maha Kaya...Moga permudahkan.... 


Bakal 25 tahun! yeay.....

"Selamat Tahun Baru 2014"

Moga ada sinar yang indah bakal menjelma pada tahun baru...
Bismillahirrahmanirrahim.... 

:)

Friday, 27 December 2013

Gadis, Addict Shopping and dot dot

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua....
Masuk 20-an nih macam-macam yang datang...
Pengalaman, kenangan dan memori 
itu mengajar erti kehidupan sebenar...

Sebenarnya dalam 24 tahun nih..
tak sangka dalam sedar tak sedar wia dah jumpa 
pelbagai jenis orang...Seronok pun ada..
yang baik jadikan pengajaran..yang buruk jadikan pengalaman..

sebagai perempuan..memang menjadi kebiasaaan
pasti ada sesuatu benda yang dia addict..
Contohnya macam wia..addict shopping online!

Sesetengah perempuan minat pada emas..sesetengahnya pada pakaian
sestengahnya pada tudung, alat mekap dan sebagainya..



 photo Picture006-19.jpg















Geram pulak tengok stuff perempuan ni kan...
belum masuk aksesori yang comel-comel lagi...
Hadoii rasa nak semua...Memang tak penah habis...
Kadang tengok sari dalam cerita hindustan lawa-lawa pun jadi berkenan..Hikss
Hadoii nafsu nak nyopping ni kalau ada duit ribu riban pun boleh habis,,Haha
Ok selamat berblogging....entri stuff gegirl klau cerita mmg tak akan habis..
:)

Tuesday, 24 December 2013

Jom Mohon BR1M 2014 :)

Assalamualaikum..
Pernah dengar tak BR1M??..Tak kira lah uOls pembangkang 
atau penyokong kerajaan, mari lah kita sama sama isi borang 
permohonan BR1M ni hari ini! Dah boleh start mendaftar mulai 23 Disember 2013 lepas...

Laman Utama secara online...

Syukur yang bujang dulu dapat RM250 sekarang dapat RM300. yeay!!
Bestnya kan...Yang dah berkawin lagi-lagi laa..Hikss

Bujang = RM300
Berkahwin dan pendapatan keluarga RM 3000 kebawah = RM650 + caruman i-BR1M RM50 = RM700
Berkahwin dan pendapatan keluarga antara RM3000 - RM4000 = RM450 + caruman i-BR1M RM50 = RM500
• Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014: (i) Warganegara Malaysia(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah (iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah• Sila kemukakan salinan:(i) MyKad bagi pemohon; dan(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Bagi sesiapa yang belum mendaftar,
boleh daftar dekat link bawah ni/

wia pun mohon secara online jaa semalam ;p
jom laa ramai-ramai kita mohon BR1M 2014...
Bangga jadi anak Malaysia..Tahun lps dapat BR1M pun sgt bermakna
Selamat memohon semua :)

Sunday, 22 December 2013

Mee Kari Masakan Bonda

Assalamualaikum.. Hai semua...
warga blog yang disegani..
harini wia agak penat dan otot-otot dan lenguh sesangat
dek ke sekolah bantu rakan sekerja jual buku tulis dan buku aktiviti
...Memang terasa penat sangat-sangat. Nak nak hari ni Ahad pulak..
so bila penat sangat..Nak rest pun lapar....

Kita update bab makan laa okies..Hiks..
Baru-baru ni mak wia ada buat mee kari..Feveret uOls!
kebetulan mak nak cuba cara masak kuah mee kari style baru..
siap ada tauhu kembong-kembong comel..eksaited sikit ;p




nyumss......!
Meriah kan hidangan dalam mangkuk. Sampai tak nampak mee..hihi
Jadi rasanya sedapp laa ..lan nama pun masakan bonda...
Ok wia nak rehat dulu..Free-free nanti wia blog-walking ukies...Haha
Selamat menjamu mata.......

Friday, 20 December 2013

Biskut Lidah Kucing Pelangi ;)

Assalamualaikum....
Salam Jumaat buat muslimin dan muslimat....
Sebenarnya dah lama teringin nak makan biskut nih...
Comel pun comel..Hehe

Dek kerana teringin tahap mengidam..
wia order dengan seorang kakak ni yang ambik order cookies
are rumah wia jugak. So alhamdulillah esoknya boleh pick up.
yeay! semangat dalam hujan pun pegi ambik uOls..
dah laa masa tu naik moto ja...
Basah kuyup ambik biskut kaler warna warni ni tau..

Harga pun tak mahal..
Berbaloi laa..40 keping RM21.00..
Rasanya..Memang sedap..Rangup dan tak manis..
Just nice untuk dijadikan cookies feveret! teehee..
adik-adik wia pun suka...Sedapp!
Rasa butter yang rangup..Sebab ia nipis dan mudah di ngap..


Warna warni sangat kan..Sedapp :'D


Nipis dab rangup..Muka eksited basah kuyup dapat rasa biskut rainbow..Hikss


Cumanya..mak dan ayah cakap sedap dah sedap..
cuma pewarna terang dan pekat sangat...
tak elok untuk buah pinggang kata mak ayah wia...
duaa-dua cakap sedapp tapi pewarna terang terus kena hati-hati lepas ni..

Walaupun biskut ni tak manis macam cookies yang lain..
tapi pewarna yang terang..terus rasa down nak repeat order.
Mungkin lepas ni kena order warna pastel kaler..
yakni warna yang tak terang seperti kaler diatas.
Pendek kata sesuai untuk dijadikan hantaran mahupun biskut raya.
Peace!! Selamat berblogging semua...
lepas ni nak try Pavlova pulaks..Hehe

Homemade Cake Cookies And Whatever Kue Lidah Kucing Rainbow

Thursday, 19 December 2013

Ofismate 6 Bulan ...

Assalamualaikum semua....
Ok entri kali ni wia nak memperkenalkan ofismate
wia selama wia bekerja....
hari-hari last kerja selama 6 bulan baru sempat snap-snap gambar...
teremosi sikit masa tu..walaupun senyuman sentiasa terukir di wajah...


 Gambar kiri wia dan kak yana dan kanan wia
bersama kak ziera yang ohsem dan memahami..
Dua-dua ibu ber-anak satu..Hehe


Gambar kiri ni pula wia bersama kak Normah
 (walaupun patutnya wia patut panggil makcik) Hiks
dan kanan wia bersama syeda. Sudah berkawin . Muda setahun dari wia..


Banyak gambar selfie yang diambik buat kenang-kenangan.
Cukuplah tempek dua keping dulu  tanda ingatan hati masih desana...
kalau diberi peluang nak lagi kerja disana walaupun jauh dari rumah sikit..
30 minit jugak perjalanan kalau tak rempit..Haha

Ok sekian dahulu entru kali nie...
dah menaip ni rasa idea membuak-buak pulak.
Banyak lagi nak cerita tapi nanti-nantilah...Hikss
Selamat berblogging semua....
psst Gudluck untuk adik-adik yang ambik keputusan PMR hari ni..
In Shaa Allah last kan PMR tahun nie..tahun depan dah lain pulak..
:)

Tuesday, 17 December 2013

Masanya tiba Jua..... ♥

Assalamualaikum dan salam ceria....
17 Jun 2013 - 17 Disember 2013..
Genap 6 bulan bekerja...
dan alhamdulillah..hari ni dah habis tugas khidmat
sebagai PSH PT/PO N17 di salah sebuah sekolah
di negeri Kedah..Syukurr...







Banyak tak hadiah..Hehe
dah macam hadiah wedding pulak kan...
so touchingg...In Shaa Allah ada rezeki wia dapat sambung..huhu
Doa-doakan ek. Mudah-mudahan rezeki kerja mudah dapat..

Dengar dari group..macam-macam khabar keluar..
tapi yang rasmi belum konpem lagi...
apapun ada rezeki lain..cari kerja lain dulu ye cik Dawia! ;)
Strunggle...strungle for future life....
amin ya rabbal alamin....

pssst entri seterusnya wia hapdate gambar dengan ofismate ye uOls.
selamat berblogging semua.
Sekarang kembali free untuk layan movie dan blogging..teehee
6 bulan bermakna buat wia selama nie...
Siap dapat mesej sweet dari GB..hikss.
Ok jom blog-vespaking sesama :)

Friday, 13 December 2013

Bukit Merah Part 3..Yeayy!!

Assalamualaikum......
Hikss sakan tau bercuti kecil-kecilan
tapi entri berpart-part...Haha
kunun nak letak gambar banyak-banyak..
tak mau letak dalam satu entri semua.
Sebab itu entri berpart-part katanya uOls...

So ini part last..Masa ni nak balik dah..
permandangan sini..cantik sangat-sangat ;)






Kesimpulannnya...bercuti dapat rilekskan minda dan tubuh badan...
dismaping dapat mengeratkan silaturrahim sesama famili..
In Shaa allah coming soon tempat lain pulak ek ;)
Selamat berblogging semua....

Thursday, 12 December 2013

Holidays Bukit Merah Laketown Resort Part 2 ;)

Assalamualaikum :)
yeay masih free untuk update belog.
Jom nak sambung part seterusnya di Bukit Merah ...
lepas puas mandi manda di waterpark.
Paling best dekat sini..Makanan nya.
Walaupun mahal..mee claypot dan 
ais kacang dia tak penah menghampakan. Hikss
Yang lain seperti laksa, aneka nasi dan mi kuah bagai..tak berapa sedap.

Sedang menikmati.....
Mak dan ais kacangg..Hee
Kandid ;p
Sempoi dan santai...Hiks
Giliran wia selfie dengan makanan feveret!
Ini laa mi Claypot Hott.! Lupa nak kacau fishball yang sedapp tuu
wia kalau ke Bukit Merah mesti nak pekena mi claypot yang panas-panas tuu
tengok seadanya kan..tapi sedapp uOlss..hehe
yeay! Best bercuti desini...Berbaloi baloi la 2 hari 1 malam ;)

Bersambung.......
Eh! macam best jaa buat entri bersambung...ngee :'D

Wednesday, 11 December 2013

Bukit Merah Laketown Resort Part 1

Assalamualaikum.....
Okey wia nak sambung entri lepas.
Sebenarnya weekend lepas wia pegi holiday dengan famili
sebelah ayah seperti selalu. Aktiviti tahunan keluarga katanya.
Bercuti sama-sama. Kali ni ke Bukit Merah Laketown Resort. Hee

Sampai-sampai sana. Malam tu seperti biasa lagi..
ayah belanja makan malam. Ikan siakap stim jadi pilihan..
Besar ikan siakap ni uOls. Boleh makan 6 orang dewasa..Kenyangg..
tengok sebelum dan selepas gambar di bawah.
Memang nampak sangat licin dan sedap. Nak nak tengah lapar..Hikss

Sebelum...
Selepas...licin :'D
Malanyan habiskan masa mengonlinekan diri di lobi..
Esoknya hari di tunggu-tunggu..
Mandi manda di Waterpark..yeay!

Sepupu... ^_^
adik dan sepupu ;)
mak, kat belakang terselit. dlm gambar.wia dan ayah..Hooray! :p
Mak join mandi kali ni..Comel mak saya! :')
Bestt..tapi tak sama rasanya macam dedulu ;)
Masuk kali ni dah 6 kali mai ke Bukit Merah untuk reakreasi.
bersama keluarga tercinta..Cuma kali ni dah lama jugak tak kesini..
Akhirnya..dah tak rasa macam kanak-kanak ribena dahulu kala :P

Bersambung...........

Tuesday, 10 December 2013

Holidays Yeay ツ

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum 
Hee belog lama tak berhapdate..tapi insta hari-hari pos gambar..
Minat katanya...Ok 4 hari menyepi sebenarnya wia dan keluarga pi bercuti.
tak jauh mana pun. Bukan luar negara..tapi luar negeri je pun.
Tak sampai sejam dah sampai ke destinasi ;)




wia ambik cuti sehari. weolus ke sana 2 hari 1 malam.
yeah cuti tahunan bersama keluarga sebelah ayah..
Memang aktiviti tahunan dah..Kali ni kami ke mana?..
Ce teka..Hehe.. Eh tempek gambar sikit dulu laa..
lepas ni update belog berperingkat-peringkat. Yeay!
Nak edit belog satt..Mesti yang baca rasa geram..Nextt!

Selamat Berblogging semua ツ

 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi