Thursday, 28 February 2013

Temuduga dan Keputusan ;)

Bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
terasa lama tak hapdate dalam blog nih..Rindu sangat sangat.
 Buka trafik blog pun dah down sebab tak blogwalking blog rakan²..
Nasib ada BE Nuffnang yang masih menari² kumpul earning. Hee
Syukur alhamdulillah...

Dua hari berturut- turut ada panggilan interview..
Alhamdulillah wia hadirkan diri..
Mana tau rezeki..Insha Allah ada dimana mana.
Disamping berdoa mudah mudahan
dalam masa terdekat dapat bekerja ;)

Nasib seseorang memang tak sama kan?
Sekurangnya wia mencuba sebelum mengalah..
pengalaman ditemuduga sedikit sebanyak membantu wia 
memperbaiki diri mana yang terkurang, in Sha Allah.

Bukan muka pegi interview.  Sekadar penyeri..

Tak lupa wia nak berterima kasih kepasa sepupu, dak Haris
yang banyak menemankan wia pegi interview
Memandangkan wia snediri tak biasa pegi ke tempat
lain tanpa ditemani orang dikenali..
sebelum selepas ni Haris akan sibuk dengan 
kerja barunya seorang pembantu Cheff..

Rupanya wia baru tahu yang wia tak boleh bau 
aroma yang terlalu wangi yang pekat dan kuat.
Boleh pening memusing jadinya..
Patutlaa asyik pening bila bau aroma Vanilla -_____-
Apapun itu semua pengalaman dan sesuatu yang
manis untuk dikenang.. Doakan wieya tau..Amin :')

 Tunggu panggilan minggu  depan.
Moga Allah dengar apa yang hamba-Nya minta.
Jom nak jalan jalan blog kalian..
Maaf lama tak singgah.. Lepas nih nak hapdate lebih kerap.
Salam keceriaan semua...
Pengalaman temuduga mematangkan kita berhadapan dengan orang.
Suka suka suka...Hehehehe

Monday, 25 February 2013

BR1M -Terima Kasih PM , Sayangg Malaysia

 Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.. 
Sabtu lepas, alhamdulillah, duit BR1M selamat dalam genggaman.
Sebelum tu Rabu nya surat sampai dihantar ben posmen.
Teruja sangat layak dan tak sangka terpilih..

Selepas dibuat temu janji, wia setuju pergi dengan kawan baik, Khairiah Sazwani
Dia datang jemput dan kami gerak bersama dalam
pukul 9.40 pagi :) Seronok nak terima duit.
Lagipun lama tak jumpa, sepanjang perjalanan sembang tak sudah ;p

Proses ambik duit tak susah pun. Sangat mudah dan senang.
wia dan khairiah kena pergi ambik di SMK 
Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu Kedah
Nampak ramai tapi dalam 20 minit, selesai. Yippe!!

Masuk, daftrar nama. Bagi surat dan kad pengenalan.
Selepas dicop, masuk dewan ikut kaunter. wia kaunter 4 tukar surat dengan baucer
Kemudian ada pula petugas yang tulis nama kita ikut kad pengenalan di baucer tu
Keluar dewan, masuk bilik cop jari kanan. Kemudian serah baucer yang dicop.
Terus dapat duit not 50 sebanyak 5 keping. Hiks. Terharu :')

Ini la dia sampul BR1M ;)

Ni sampul wia..Hee


Kami berdua dalam kereta ;)

Lunch di KFC.. Tehee
Sesungguhnya bukan senang orang nak bagi duit pada kita sebanyak tu
RM250 dan wia akan guna sebaik mungkin. Insha Allah :')
Terima kasih Kerajaan Malaysia. Love You.

Sunday, 24 February 2013

Al-Quran Pelangi Untuk Lelaki dan Pattern Al-Quran Pelangi Baru Untuk Perempuan :)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
Wia berjalan blog ke blog.. terjumpa pasal
 Al-Quran yang cantik terindah. Sesuai untuk kaum 
Adam dan Hawa. Tak sabar juga nak milik sendiri...
Buat hantaran pun sesuai..hikss. Menarik warna dan isi kandungannnya..
Memperkenalkan......

AL-QURAN Mushaf Al-Burhan Edisi MANAGEMENT DIRI 
(Versi Pelangi).
Tadaaaaaaaaaa.
Cantik gile kan?!
*sejuk je hati tengok al-quran ni*
 
SESUAI UNTUK LELAKI/WANITA YANG INGIN MENINGKATKAN KUALITI DIRI.

READY STOCKS: PINK, NAVY BLUE, TURQOISE BLUE, PURPLE, HIJAU, MERAH.
Ukuran : 10.5 cm x 15 cm
Bahan Cover : Baldu.
Harga: 
RM 100 termasuk pos seluruh Malaysia
Dimuatkan dengan:
1. Al-Quran Lengkap 30 Juzuk beserta terjemahan/tafsir.
2. Menggunakan Rasm Uthmani.
3. Kertas QPP, 656 Hal (Full colour)
4. Kertas yang berwarna warni seperti pelangi.
5. Menggunakan tajwid sistem warna.
6. Hadits-hadits tentang meningkatkan kualiti diri/kepahlawanan.
7. Membahaskan 10 ciri pahlawan sejati/peribadi unggul.
8. Membahaskan kisah 10 contoh pribadi unggul dalam sejarah.
9. Membahaskan 10 naluri peradaban dalam al-Quran dan Sunnah.
10. Terjemahan Kementerian Agama RI.
11. Design Cover yang indah dan bahan baldu yang berkualiti, susuai untuk lelaki dan wanita.


Warna tersedia utk pre-order :

Pink, Purple, Orange, Kuning, Navy blue, Turqoise Blue, Merah, Hijau.

Ok yang kedua pulak...
Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid - Pelangi 
(Al-Quran Wanita Pelangi – AWP)
COVER RIBBON
Cantik kan?
Siap ade riben dekat depan..Allah..Manisnya..
Ukuran: A6 (10 x 15 cm) 
Cover: Baldu.

Ready Stocks : Navy blue, Pink, Brown, Hijau, Purple, Maroon.

Harga: RM 100 termasuk pos seluruh Malaysia.

  Kandungan Keunggulan:

1. Al-Quran beserta terjemahan 30 Juzuk.
2. Perbezaan warna muka surat tiap-tiap juzuk.
3. Al Quran quantum wanita.
4. Tajwid 8 warna.
5. Fiqih wanita (Shalat, Shaum, Haji, Hamil, Waris).
6. 20 Sejarah wanita dalam Al Quran.
7. Gelaran wanita dalam Islam.
8. Agenda muslimah khatam Al quran.
9. Carta tentang wanita yg haram dinikahi.
10. Carta tentang ibadah rawatib wanita.
11. Carta tentang ibadah nafilah wanita.
12. Indeks ayat-ayat mengenai wanita dalam Al-Quran. 
13. Tips kecantikan mengikut sunnah Rasullulah.
14. 40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah).

Yang ketiga....
Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid 
COVER BUNGA
Yang ni cantik & murah !:')

Ukuran: A6 (10 x 15 cm) 

Cover: Baldu.

READY STOCKS : Navy blue, Pink, Purple, Turqoise Blue, Maroon. Dan Brown (cover original).

Harga: RM 75 termasuk pos ke seluruh Malaysia.


Keunggulan Mushaf Al Burhan Edisi Wanita Tajwid : 
1. Al Quran dan terjemah 30 Juz lengkap. 
2. Tajwid berwarna.
3. 744 muka surat berwarna dengan frame bunga.
4. Khat naskah rasm utsmani.
5. Al Quran quantum wanita.
6. Carta tentang ibadah rawatib wanita.
7. Carta tentang ibadah nafilah wanita.
8. Carta tentang wanita yg haram dinikahi 
9. Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran. 
10. 40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah) .
11. Fiqih ibadah wanita.
12. Agenda Muslimah khatam Al quran.
13. Gelar wanita dalam Islam. 
14 Tips kecantikan mengikut sunnah Rasullulah.
15. 20 Sejarah wanita yang disebut dalam Al Quran.
16. Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasan sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, dan ramai lagi..
Ok. Mesti tanya, kenapa yang ni murah? Yang sebelum sebelum ni mahal? Heee. Yang ni bukan versi pelangi ye sayang-sayangku sekelian. Kalau yang atas atas tu, setiap juzuk warna berlainan. Yang ni sama je. 
an yang akhir sekali........ Al-Quran yang paling ramai digemari.
Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid - Pelangi 
(Al-Quran Wanita Pelangi – AWP)
COVER ORIGINAL
Yang ni ada 4 pilihan warna.
Pink, purple, maroon dan biru turquoise.
Ukuran: A6 (10 x 15 cm)
Cover: Baldu.
Harga: RM 100 termasuk pos seluruh Malaysia.


  Kandungan Keunggulan:
1. Al-Quran beserta terjemahan 30 Juzuk.
2. Perbezaan warna muka surat tiap-tiap juzuk.
3. Al Quran quantum wanita.
4. Tajwid 8 warna.
5. Fiqih wanita (Shalat, Shaum, Haji, Hamil, Waris).
6. 20 Sejarah wanita dalam Al Quran.
7. Gelaran wanita dalam Islam.
8. Agenda muslimah khatam Al quran.
9. Carta tentang wanita yg haram dinikahi.
10. Carta tentang ibadah rawatib wanita.
11. Carta tentang ibadah nafilah wanita.
12. Indeks ayat-ayat mengenai wanita dalam Al-Quran.
13. Tips kecantikan mengikut sunnah Rasullulah.
14. 40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah).

 Wia sendiri berkenanan..Hal yang baik seronok dikongsi bersama. Masha Allah :')

Friday, 22 February 2013

Andai Itu Takdirnya , Novel Emosi Abad Ini

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim :) 
Sudah lama wia baca novel nih., seingat wia dah 3 tahun lepas.
tapi jalan ceritanya sangat menyentuh kalbu. 

Dipinjam dari seorang roomate pada semester satu.
Ya Allah, air mata berjujuran tanpa henti..
dan dalam sedar helaian tisu penuh di katil.
Serius, cerita ini amat menyentuh perasaan.
Baca berkali kali tetap menangis.. 

Bacalah, insha Allah...
kalian akan faham apa yang wia maksudkan.
Jalan ceritanya sangat indah untuk dinilai sanubari manusia.
Novel paling best dan terbaik penah wia baca. 5/5 bintangg. Hee
http://4.bp.blogspot.com/-CrlHFIzzWc8/UFdYx5xR6YI/AAAAAAAABYk/3AitE1wRoFo/s1600/1.jpg 

http://3.bp.blogspot.com/-cwMKI6-VnmY/UFdYy-jGEVI/AAAAAAAABYs/a6NTBxOYbGs/s1600/2.jpg

Sinopsis.....
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatar belakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya..Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

Bagi penggemar novel, wia cadangkan novel ni untuk dibaca.
Mood membaca novel datang kembali...
 Selepas gila gila pada dunia remaja pada satu ketika dulu.. Hikss.
Ok selamat berblogging, salam Jumaat buat semua..
P/s : terkejut dengan satu berita pagi nih..

Thursday, 21 February 2013

Pure Marine Collagen (PMC)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang ni wia dah mula pakai PMC
Untuk yang tak tahu PMC tu apa,
 ia adalah Pure Marine Collagen.
Tak dinafikan wia ni senang terpengaruh 
dengan produk kecantikan yang ada di pasaran.
Terpengaruh nak pakai tapi tengok duit poket jugak la ;)
Kalau macam Beautskin tu, memang wia tak mampu 
la nak beli sampai beratus ratus nak labur sebulan. 
PMC ni murah sangat dan berbaloi. Hanya RM20 tahan sebulan. 

http://4.bp.blogspot.com/-F3sYR4clCvg/UNJ3Eanv6AI/AAAAAAAAAaw/b137vB1q46I/s1600/PMC_PureMarineCollagen_Banner_01.gif

Yang recommend pakai ni, mak teh wia. Dia cakap tengok member dia pakai, 
hilang habis parut jerawat dan jeragat. Mulanya memang 
wia macam tak percaya. tapi bila nampak perubahan 
wajah mak teh, wia pun beli dan cuba . Teehee

Mana tau, kot kot lepas ni naik seri , amin ya rabbal alamin
Siapa la tak suka kecantikan dan serio wajah
Kalau ikut orang yang promote ni, dia cakap 2 minggu 
pun dah nampak kesan. Malam tadi baru wia pakai ;p
Tunggu la kesannya nanti. Hikss

Part naik seri tu, tak boleh nak cakap lagi  sebab 
baru pakai kan? :') Sebenarnya ia ada dua cara nak ambil PMC ni. 
Sama ada nak telan sebelum tidur dan selepas
 bangun tidur atau jadikan masker muka. 

Wia pula buat dua dua tau.Tamak nak hasil cepat. Haha
Rupanya sapu PMC ni, wia tak sangka pulak ia nak 
menegang sampai tahap tak boleh nak regang langsung muka.ni.
 Memang rasa macam errkk tapi insha Allah dah boleh biasakan
Malahan, rasa syok sebab selepas basuh, rasa kulit lembut ja. 
Jangan risau, wia ada ambil gambar sebelum wia pakai PMC nih. 

Nanti 2 minggu kemudian wia akan banding dan tengokcemana
 ada perubahan drastik ke tak kat muka nih. Hee
Teringin juga nak VCO sekarang. Tapi atas sebab kewangan.
VCO sebulan RM39, PMC RM20.

http://3.bp.blogspot.com/-Ipvque9efmI/UMFmSv45-YI/AAAAAAAAEdA/mAshpW45jF4/s1600/rumpai+laut.jpg
Wia pakai yang kaler purple. Tak berbau  ;)

Dah tentu la wia pilih PMC. Dari segi khasiat dua produk ni, lebih kurang sama ja.
 Dua dua diperbuat dari bahan semulajadi dan
 tak ada kesan kimia . wia kan mengganggur sekarang.
tak mampu nak labur duit banyak banyak sangat. Hehehe. 
Lain lah bekerja nanti. Kan? :)

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c8.0.403.403/p403x403/12648_453676284679206_1655575089_n.jpg
Ini jelly kollagen yg direbus dengan daun pandan. Wangi ;)
 Selamat Mencuba kepada sesiapa yang belum cuba. 
Nanti wia hapdate hasilnya ye. Sebelum dan selepas guna :'D

Wednesday, 20 February 2013

Penghargaan dari Seorang Rakan Facebook

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmnanirrahim.. 
Baru sempat snap dari Facebook..
Malum la baru perasaan yang seorang rakan FB wia  yang femes
ucap terima kasih kat wia secara eksklusif..
sebab wia bagitahu yang dia masuk Utusan ;p

Dia memang cantik. Sebaya wia ..Bakal 24 tahun.Hiks
tapi sangat pandai mekap dan memang jurusolek pun.
Nama timang timang munga. atau LBQ.
wia kenal pun melalui FB tapi belum
berkesempatan jumpa. Lagipun wia teringin juga nak dimekap dia.
Memang cantik tau. Jelesss dan teringin
sangat nak dia mekapkan. Kih³
 

Memang selalu tegur dia di FB.. Sebab dia memang tak sombong.
Suka kongsi barang mekap yang dia guna. Yang penting memang mantap mekap dia.
Selain tu rasanya dia juga seorang model muslimah.
Kebetulan kesayangan buah hati nya juga seorang jurugambar kot.

Eh? Jangan tak tahu yang munga ni pun ada blog. 
Comel ja blog dia..Hee..
wia dok panggil dia bunga lah munga la..
Nama sebenarnya Nor Azreen rasanya.
Betul ke tidak, wallahu alam. Tuan badan saja yang tahu.

Tapi kenapa wia hapdate entri pasal dia..?
Kerana..beliau telah menyebut nama wia di FB nya.
Rasa terharu sikit sebab dia banyak follower.
Selain femes dan setiap statusnya dapat banyak LIKE macam retiss.

Jom singgah blognya di Sini dan sesiapa 
berminat boleh la gunakan khidmatnya
sebagai jurumekap untuk majlis penting kalian.

Banyak masuk media dah bunga nih.. Apa lagi terjah la ye.
Sebab tu wia ras bangga sikit sebab kita 
yang biasa² ni ditegur mereka yang dikenali ramai ;)

 

Tuesday, 19 February 2013

Akhirnya Melanggan ASTRO :)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim :)
Seronok sangat hari ni sebabnya semalam pihak ASTRO dtg rumah
 Sebab al-kisahnya sebelum ni tv rumah ni 
dah 10 tahun tak bertukar. Rosak tetiba 
tak tahu apa penyakitnya. 5 hari juga la tak 
merasa ada tv. Sunyi dan hilang akal. Haha ;p
http://malaysiads.com/wp-content/uploads/classipress/astro-byond-hd-high--1473606336.png
Oleh sebab tu ayah belikan tv baru jenis LED kot jenama Samsung
Merasa la ada tv. Oleh kerana tv canggih sangat,
line arial pun tak berapa nak jelas. Maka nekad langgan Astro.
Jadi tengahari semalam, pihak Astro datang pasang
piring besaq tu atas bumbung dan dalam masa sejam.
Dah boleh tengok cerita best best! ;)

http://farm3.static.flickr.com/2739/4231058872_b707920811_o.jpg
Apaa lagi adik adik yang balik sekolah pun teruja dok tukar channel
yang masih tak dihafal lagi tu. Kihkihkih
Yang penting best juga boleh tengok Korea puas puas.

Cerita Jewel Of Palace...
Malamnya merasa la tengok 30 minit bersama Ustaz Don
Dengar ceramah Ustaz Khazim Alias..
dan tengok fear factor Selebriti Malaysia.. Yihuuu ..
sangat seronok dan permandangan cerita pun luas. #Syukur....

http://3.bp.blogspot.com/_ktFS5U9Ag34/S-eCIGORERI/AAAAAAAAAJM/jxEGoQukdyY/s1600/astro-byond-logo.jpg 

Seronok menonton dengan Astro b.yond 
yang makin mudah dan ringkas. Puas hati..
* Thumb UP* Semua dihujung jari..
Boleh laa nak merasa, walhal 
orang lain dah lama langgan..Teehee :'D
Selamat berblogging semua.....

 

Monday, 18 February 2013

Job Fair with My Lovely Dad :)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim.... 
Hari ahad, yakni semalam tak sempat wia nak kemaskini entri baru..
dan hari ni wia berkesempatan menaip..Syuku alhamdulillah
Semalam seharian ditemani ayah ke Hotel Seri Malaysia, Kulim..

Nak tahu sebab apa?..
Jom tengok banner di bawah..

Yang seronoknya ayah yang menemani...
Memang satu keajaiban bila ayah sanggup 
bawa wia pergi ke karnival nih..
Kalau orang lain ditemani BF atau kawan kawan..
wia pula ditemani ayah tersayangg..
Smart ayah semalam pakai kameja kotak kotak kaler oren ;)

Lebih selamat rasa bila ayah sendiri ada disisi menemani
ayah cakap wia manja walaupun anak sulong. *blushingg
Sampai sana dalam pukul 9.30 pagi dan atikah kawan sekolah
dan setia menunggu selepas berjanji untuk mencari sama sama :))

Nasib ada teman juga untuk sama-sama mendaftar dan seterusnya 
isi borang yang sangat banyak dan 
booth yang boleh tahan banyaknya.
Orang mula membanjiri dan tempat parking
 mulai penuh dengan kenderaan.

Berdebar mengisi borang takut² jawatan banyak yang habis.
Memang banyak borang di isi.
Sampai takut tidak sempat dengan jawatan jawatan yang disediakan
Yang best semalam, ayah wia yang garang, tapi sangat sporting menunggu wia
sehingga 3 jam. Love U Ayah..

Terjumpa la kawan lama time sekolah menengah atikah puteh
tapi tak sempat mintak no telefon sempat sibuk
mengisi borang :( Menyesal rasa...
Jumpa la kawan kawan lain tapi tak sempat 
menegur juga kerana masing masing sibuk. Hee

Alhamdulillah wia sempat ditemuduga dua tiga booth.
Hanya berserah dan bertawakkal pada Allah.
Restu mak ayah yang paling utama. Insha Allah..
Moga rezeki wia ada terselit di mana mana company. Amin.


# Terkilan tak sempat snap gambar sekitar kawasan
Gambar sendiri pun tak sempat snap.
wia pakai baju merah dengan baju pink merah.
gambar ayah dan gambar atikah. Oh!
Mungkin kenangan ini tak dapat dilupakan walau
tak sempat dirakam flash kamera. #Senyum.
Doa doakan ye semua.....

Saturday, 16 February 2013

Surpriseee From Him ♥♥

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirrahim.... 
Sangat gembira , dan senyum sampai ke 
telinga bila dapat surprise yang sangat mengejutkan tahun 2013.
 Lebih lebih lagi dari sang encik gulahati..

Terharu sangat sangat  :')
Nak tahu apa dia..? Jeng jeng jeng...

http://fc04.deviantart.net/fs71/i/2011/184/8/e/smile_love_dream__by_bettytox-d3kulg9.jpg

Haruslah percaya bila dah depan mata.. Hikss
Memang cair macam aiskrim romantiknya...
Rezeki orang sayangkan kita..

http://ilaks.com/wp-content/uploads/2012/12/unboxing_the_s3.jpg 

Tak tahu nak cakap cemana perasaan bila
 pakcik pos laju hantar depan rumah.
Pos laju tak uoOls.. Hadiah yang memang surprisee habis..
Kemudian buka pembalut kotak.
Perasaan debar debar sebab pemberi nya nama encik gula hati

Dup dap dup dap.. Sambil tertanya tanya apa isi nya.
Dan bila dibuka nampak kotak yang ditutup plastik letup letup tu..
Hikss kes tak tahu apa nama plastik tu dan teruss..

Berdebar dan terkejut...!!
Sangat tak percaya, terus mengalir air mata...
(^___________^) keriangan....
Syukur alhamdulillah......
Satu lagi barang berharga buat wia...
Yang penting warna biru... ;)

Thanks Dear for everything...
Love You So Much

Friday, 15 February 2013

Tv Rosak dan Kerjaya ;)

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirrahim...
salam Jumaat buat muslimin dan muslimat..
Sudah 5 hari tanpa telivisyen. Apa yang dirasa?
Sunyi..dah tentu - tentunya terasa. Bosan 
Memang dan mula lah terfikir apa orang dulu dulu buat
masa ketiadaan tv dan internet..
http://fc04.deviantart.net/fs42/f/2009/062/5/b/Pulling_Stock___Television_by_Pulling_Stock.jpg

Dunia dah berubah.. Dan abad-21
Sekarang apa apa berita.. Semuanya di hujung jari ;)
Ber-Twitter dan ber-Facebook
semuanya boleh dimana saja.
Mewahnya kan? Hanya langgan RM1 sehari.

Membaca berita terkini dari blog. Menonton ceita di Youtube.
malah ada yang terkini boleh menonton online di TONTON..
Sangat la canggih! Beruntungg :)

Tak sabar nak menunggu tv baru...
Disamping bekerja dan kumpul duit sendiri..
Baru lah seimbang dunia dan akhirat. Insha Allah..

http://ayna.yeopmi.com/wp-content/uploads/2012/10/tumblr_lf8dueC4En1qdbbywo1_5005.jpg

Orang di luar boleh berkata-kata..
tapi kita yang merasa dugaan dari Nya hanya mampu bersabar.
Mudah mudahan..tiada masalah yang ta dapat diselesaikan.
Yang penting teruskan usaha, pasti ada jalan.
 keep fightingg !! :)

Thursday, 14 February 2013

Setiap yang Hidup Pasti akan Mati

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim..
Selamat semuanya malam tadi...
Ramai sangat ahli keluarga berkumpul..dan wajah 
arwah pak ndak dapat di tatap buat kali terakhir..
Selamat sampai Thailand- Malaysia..
Dalam pukul 12 tengah malam..
Jenazah sampai ke kampung halaman..

Sebelum disolatkan dan dikebumikan di kampung
yang diamanatkan kepada isteri dan anak anaknya..
Kampung Teluk Sera, Kedah pada pukul 1.20 pagi..
#waktu tak berapa pasti..tapi dalam waktu itu laa.

Ramai yang ziarah buat kali terakhir..
dan wia tak pegi pun ke tanah perkuburan..
sebab dah lewat malam...
Dalam pukul 2 pagi balik ke rumah..
Bersihkan badan, dan tukar pakaian..
Rasa mengantuk sangat. Tapi susah nak tidur..
Mungkin kerana dah lari masa dari waktu tidur sepatutnya

Lepas baca doa. Alhamdulillah dapat lelapkan mata..
dan rasa mengantuk sampai sekarang. Hikss
Semalam dapat peluk mak ndak dan lihat anak anaknya.
Tabah mereka. Moga mereka lebih kuat.
Syukur kesemua anaknya dapat berkumpul..

 Yang pergi sudah pun pergi..
yang hidup, jom teruskan dengan berbuat kebaikan
dan tinggalkan larangan- Nya..
Moga segala amalan arwah diterima..
Doakan yang terbaik.
Kehilangan seorang lagi ahli keluarga secara mengejut
dan kami masih lagi berkabung.
tv dirumah juga rosak bersama sama berita kematian 11hb..

 http://4.bp.blogspot.com/-51B1X0z3e5g/T9DDb7Ej71I/AAAAAAAAEmw/NZfWMde2g2U/s1600/tumblr_m42eqnhjn01qbq6jeo1_500.jpg
Sunyi dan belum berganti..
Insha Allah barang elektrik yang rosak boleh diganti..
Orang yang meninggal tiada pengganti..
Hany tinggal kenangan :'(
Saja wia taip entri pasal arwah kerana terasa kehilangan..
dan mungkin setiap yang berlaku ada hikmahNya.
Kami sayang pak ndak kami.. Al-Fatihah
 

Wednesday, 13 February 2013

Al- Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum....
Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya.
Moga Allah redha. Hari ni jenazah arwah akan sampai ke Malaysia
Rupanya banyak proses jika jenazah meninggal di luar negara.

Mungkin desitu kita akan tahu akan hubungan kekeluargan.
Dan mati itu tidak mengira masa.
Kun Fa Ya Kun..
Jadi, Maka Jadi lah ia ..
Itu yang terkandung dalam Al-Quran Suratul Yassin.

Dijangka jenazah akan diterbangkan pada pukul 7 malam
dan petang ni wia akan ke kampung,
Menunggu mak ndak dan anak anaknya yakni sepupu wia
balik penerbangan pukul 5 petang,
Alahmdulillah anak sulong yang belayar mungkin 
sempat melihat arwahayahnya kali terakhir 
kerana penerbangan dia juga pukul 5 petang.

Moga segala urusan dipermudahkan.
kalau sampai lewat malam pun jenazah..
Lewat malam insha Allah dikebumi kan,,
tengok cemana malam ni...

http://1.bp.blogspot.com/-xQ9iXE5Xwi0/UP_X9kwfpMI/AAAAAAAABas/cClhYItGYVU/s1600/Al-Fatihah.png
Setiap kematian mengingatkan yang hidup 
bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.. Allah hu..
Takutkan.. Jom sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..

Tuesday, 12 February 2013

Al-Fatihah dan Ucapan Takziah

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirrahim..
Terkejut dengan berita sempena cuti CNY baru² nih..
Semalam pak ndak wia telah meninggal dunia
di bangkok Thailand pada 4 petang semasa 
pegi bercuti bersama keluarga desana..

Berita ni sangat mengejut.
Sebabnya kami sekeluarga baru dapat tahu pukul 8 malam.
Itupun dari sepupu yang baca Facebook.
Dan selepas tu wia baru baca Facebook di phone Blackberry.
Dan itu sangat mengejutkan seluruh ahli keluarga.
Kerana tahu melalui laman sosial sahaja.

Malam tadi semua ahli keluarga sangat susah hati..
bayangkan anak sulong arwah di Indonesia, belayar kapal..
susah nak dihubungi untuk beritahu berita.
Arwah meninggal di Thailand.
Harap urusan menguruskan jenazah dipermudahkan..

Sama² kita doakan.. Moga Allah redha.
Dan jenazah cepat dikebumikan dengan selamat. Amin.
Takziah buat sepupu² atas pemergian ayah mereka.
Doa-doakan semua.....

Ada sesiapa tahu cemana nak uruskan atau cemana nak hubungi
kedutaan sebab sekarang ni kami tak dapat hubungi mereka yang ada di Bangkok
atas masalah talian luar negara. tak roaming -.-"
Insha Allah akan di hapdate dari masa ke masa.
Sangat susah hati :'(

Takziah dan Innalillahi wainnalillahi rojiun......

Allahyarham bapa saudara wia...

Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. Amin
Tiada lagi yang akan buat air yang pelbagai tika majlis raya atau jamuan keluarga..
tiada lagi yang menegur wia ambik kos apa dan akan kerja apa...
Ya Allah cepatnya masa....
Dari Allah kami datang dan dari Allah kami kembali
:'(

Friday, 8 February 2013

Kemeriahan CNY Datang Lagi.. ;)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..
Seronoknya dapat makan limau pagi petang siang malam..
Maniss..Vitamin C pun dapat .Hee

Yang di perantauan mesti seronok balik bercuti sempena CNY ni
Jangan lewat beli tiket bas, mesti dah habis tika nih.
Teringat tahun lepas, balik bercuti..
Boleh jem tau. Berdenyut denyut kenderaan lalu..
sampai boleh kira batu batu tepi jalan.
Pengalaman wia tahun tahun yang lepas.

tapi tahun ni tak payah bersusah payah.. Syukur alhamdulillah..
Masih di rumah bersama keluarga tercinta.
banyak undangan walimatuss yang menunggu.
Dekat taman wia pun dah dipasang khemah. Cantik.
Warna ungu -pink terang.. alahai..

http://farm3.staticflickr.com/2789/4374788323_7e64e41230_z.jpg 

Makan nasi minyak la ye.. Hikss
kalau 10 hb saja nak 10 undangan..
masha Allah, mana yang sempat pegi.. kita pergi..
Yang penting dapat bersama keluarga..

http://4.bp.blogspot.com/-XMGrPpqfrHA/TgCgXUIj8TI/AAAAAAAAC-4/prelO1rrmf4/s400/orange+tumblr_liusv3IDCH1qixcvmo1_500.jpg 

Sedang menikmati limau yang masam masam manis.
Sekotak ada kat rumah nih..
dan FYI semalam wia dan adik² dapat angpau. Wow!
Teruja jugak la..Hehe.. Rezeki kan..

Itu seronoknya tinggal di Malaysia..
Macam macam perayaan ada.. *Suka*
dan double suka bila ayah topap kan kami adik beradik.
Terharu..... Setiap musim perayaan mesti ayah topapkan..
Syukur alhamdulillah... # bahagia..
Eh? tetiba suka pulak warna merah dan kuning keemasan nih.
:)

Thursday, 7 February 2013

Hargai Sebelum Terlambat, Usah lah Mengeluh

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim...
kalau buka paper hari hari macam macam cerita keluar..
ada yang bak boleh dijadikan teladan,
 yang buruk bolehla dijadikan sempadan.. insha Allah..

Yang ditimpa musibah..Ditimpa bencana..
Berita suka dan duka..
Memang iktibar buat kita semua.
Semua orang ada masalah..
kecil ada besar saja bezanya..

Kata ayah : Kalau kita rasa kita susah..
Orang lain lagi susah.. Bila wia tengok BersamuMu
rasa sebak dan sedih dengan dugaan yang patut mereka
 tempuhi. Lagi berat dari kita yang sederhana nih..
 http://azamamin.com/wp-content/uploads/2012/07/561061_475953249099801_756368470_n.jpg
Bila baca paper, baru kita sedar dunia realiti.
Tengok berita lagi berat mata memandang..
lagi berat bahu yang memikul..
Jadi, iktibar yang wia dapat hari ni adalah perlu bersyukur..

 Dengan apa yang ada..
hari ini kita di uji Allah dengan perkara yang sangat kecil
Manakala ada yang lebih berat ditanggung hamba pilihan Allah.
Redha dan ikhlaskan hati menerima ujian kecil..
wia sedih tengok ada yang ketepikan keluarga demi kekasih..
ada yang ditimpa kebakaran tika tengah tidur..
ada yang rumah dirompak ketika penghuni tiada dirumah..
ada pula yang ditimpa kemalangan di atas jalan raya...
http://2.bp.blogspot.com/-EL4ir5dn_to/T0I0R7kgM2I/AAAAAAAABCw/fJSRLTPzAGc/s1600/tumblr_l6wwmwGaCU1qccwo7o1_400.png
Inilah lumrah kehidupan yang perlu ditempuh.
Nampaknya wia dah makin matang..
Syukur ayah dan emak menjaga wia dengan baik sehingga kini.
Dengarlah kata ibu dan ayah...
tanpa mereka siapalah kita di dunia nih..
 Janganlah sisihkan mereka... Kerana ada sebab mereka membantah

Dunia luar mengajar wia erti kehidupan...
Al-Fatihah buat adik Ahmad Adam Syukri
 yang telah kembali ke rahmatullah.
Tabahkan hati ibu bapa anak syurgawi ini...
Hati tersentuh dan meruntun , air mata berjurai tika
bingkisan arwah adik ini disiarkan di MHI  TV3 lepas.
Serius, hanya orang terpilih mendapat dugaan berat ini..
Allah lebih sayangkan baby adam :'(

Wednesday, 6 February 2013

Deko Blog ;)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim....
hari ni hari yang ceria bagi wia, alhamdulillah..
Bersemangat nak berblogging. Sebab mungkin keseorangan
kat rumah dari pagi sampai sekarang..

Mengonlinekan diri la jawabnya..Hehe
Kalau uOls perasaan header wia bertukar sikit, tapi tak banyak pun..
wia tambahkan nama penulis kaler pink tu sebagai penyeri..Hikss
Nampak matang dan syok sikit
ada nama penulis walaupun bukan nama sebenar.
Hanya nama tinta. Kuikukui

Kemudian rasa nak tambah muka sendiri kat sidebar.
Dah lama nak cuba letak gambar dalam bulat tu.
Akhirnya menjadik. jangan disuruh buat tuto memang tak pandai.
Tanyalah pada yang pakar.
Sebab wia sendiri pun ikut tuto. Senangg..

http://www.sweetlilmzmia.com/wp-content/uploads/2012/03/tumblr_lz5nqpo5Wm1qg3f1io1_500.jpg

Maka berpuas hati la diri sendiri sebab dapat dekorasi
blog seperti apa yang di ingini.
try and error juga la banyak kali...
bab blog kalau setakat yang simple memang wia lulus.
Bab nak buat art dan doodle mamang makan masa sikit ;p

Seronok sangat nak berblogging sekarang nih.
Rasa ceria sangat. Nak nak ada yang mengaminkan entri lepas.
Moga termakbul doa wia.. #Syukur..

http://25.media.tumblr.com/tumblr_m7fz3pahuy1qzvsqto1_500.jpg 

Sedapp pulak pekena buah dan air buah petang² ni kan? Hikss
Jom nak melawat blog kawan laju laju :)
 

Tuesday, 5 February 2013

Permudahkan dan Perkenankan lah Doaku

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim...
alahai terasa diri bukan blogger bila asyik baca 
blog orang berjam jam lama nya. Hee
Biasalah jadi stalker kata nya.

Sangat best walaupun entri dia tak panjang mana pun.
Mungkin efek gambar yang superb dan terang...
menarik perhatian pembaca untuk membaca. Best kan?

Sekarang wia hanya berangan tak sudah uOls.
Nak merasa gambar yang cantik -cantik.
Alahai, dugaan dunia. Tak pernah cukup kan :/

Nikmat dan ketika. Kena terima seadanya.
sekarang nih wia tengah susah hati.
Sebab tu tak menaip, kalau menaip pun jadi masuk ke draft.
Simpat sampai betul² rasa nak menaip.

Mungkin ada silapnya bila wia bermuhasabah diri. Seronok tengok 
dunia orang, dunia sebdiri masih di awangan. Allah....
Dugaan ringan yang boleh bertambah berat jika di biarkan. " Kerja"

Allah nak wia berusaha lagi dan lagi.
Berdoa dan terus berdoa..Supaya jumpa pintu rezeki
yang sebenar benarnya buat wia , insha Allah :')



http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/76402_441714522550165_66392591_n.png

" Doakan wia cepat dapat kerja

Ya Allah permudahkan..permudahkan.. perkenankan...
....amin ya rabbal alamin...



Saturday, 2 February 2013

February Already :)

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim... 
Cepat kan masa.. Terasa macam baru semalam masuk Januari dan
sekarang.....melangkah ke bulan baru. Hikss
http://3.bp.blogspot.com/-bt6-UMcj_Cc/UQveFR7X58I/AAAAAAAANHg/EsNNo3uKXXM/s1600/227894_532386276781452_460420716_n.jpg

Wia tak harap banyak dalam bulan nih. 
Cukuplah dapat peluang bekerja. Moga hajat ini termakbul. Amin :)
Memang rezeki ada dimana-mana. Cuma nak dengan tak saja kan?
# Ramai sangat yang nasihatkan wia dan beri motivasi.
Terima kasih sangat-sangat.
Yang baik wia ambik buat teladan, yang pahit tu buang jauh- jauh.


Dah lama tak jatuh sakit. Tetiba ahad baru ni tak sihat.
Demam dan batuk-batuk.
Sekarang pun tinggal batuk saja lagi. Harap cepat sembuh.
supaya dapat pegi temuduga, dan moga Allah permudahkan :')

 

Sebab tu wia jarang jalan jalan up
trafik blog rakan dan hapdate belog.
Mood nak menaip ke laut. Rasa nak rehat sepuasnya saja.
tapi yang pentingg..dapat pegi bercuti sempena CNY bakal tiba.. kihkihkih
 Ada berita baik, baru seronok nak bercuti kan?
Yang penting banyak impian yang perlu di laksana
dalam bulan Februari..

Moga diberi kesiahatan yang baik.
Man Jadda wa Jada..
( Sesungguhnya jika kamu berusaha, 
pasti dapat hasilnya yakni kejayaan )
Selamat berblogging! Doakan wia ye..
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi