Saturday, 31 August 2013

Tauhu Pong / Bunga Tauhu :))

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan Malaysia ke-56
Bangga menjadi rakyat Malaysia bertuah :')
al-kisahnya wia nak kongsi pasal tauhu pong. Atau juga dikenali
dengan bunga tauhu. Pernah dengar tak?

wia pun pertama kali dengar sampai termimpi-mimpi tau.
Selepas dapat tahu yang tauhu bunga ni meal yang senang disediakan..
nak nak buat yang tersayangg. Memang menyelerakan...!

Bahan-bahan :-
udang, isi tauhu, cili, daun bawaang dan cheese, isi ayam.

Cara-caranya :-
Guntingkan tauhu pong dan bentukan menjadi bunga..
Terbalikkan dan isi bahan-bahan kesemunya seperti tauhu sumbat.
nak sedap boleh campurkan cheese.





Selepas itu gorengkan secara terbalik seperti gambar di atas.
Kemudian kalihkan supaya bunga tauhu garing dan masak.
dan taraaaaa!! Siap untuk dinikmati ;)



Nyum nyum nyum....Hikss
Sedapp dimakan dan dicecah sos..
Sesuai dibuat hidangan sarapan dan minum petang..
Selamat Mencuba!!..terliur uOls time taip entri nih...
harap tak masuk mimpi lagi malam ni..Hehe
Nak nak hujan pulak malam ni..Selamat berblogging semua..
Salam Merdeka di bumi bertuah Malaysia...
yeay esok kerjaaa..wee (",)

Wednesday, 28 August 2013

Homemade Fat Flush Water/ Detox :))

Assalamualaikum.....
Masalah bau badan. Meh cuba ni sesama ;)


1 timun
1 lemon
1 atau 2 oren
2 limau
1 tangkai daun  pudina

Potong semua bahan danbahagikan bahan-bahan 
antara empat botol air dan isi dengan air yang ditapis. 
Minum setiap hari Bukan sahaja rasa lazat ini dan
 membantu siram lemak, tetapi ia juga dikira ke arah pengambilan air harian anda!

Lemon adalah bantuan dalam penyerapan gula dan kalsium 
dan menjimatkan keinginan anda untuk gula dan amnisan

Timun bertindak sebagai diuretik dan sel-sel lemak siram. 
Ia nyah alkali kepada badan (jika kita mempunyai badan 
yang beralkali, tiada penyakit boleh tinggal di sana), dan meningkatkan tahap tenaga ;)


Limes menggalakkan saluran penghadaman yang sihat.

Mint adalah penahan selera semulajadi yang juga membantu dalam penghadaman.


Selamat mencuba semua...
hais lepas raya cepatnya badan naik 3 kg..phew..
Jom nyah lemak dari badan anugerah tuhan nih.. 

Monday, 26 August 2013

Puasa 6 ♥

Assalamualaikum...
Puasa sebulan. Raya pun sebulan kan..Hee
Pejam celik pejam celik dah tinggal 10 hari lagi
Syawal yang tinggal. Sempat lagi pada sesiapa yang
ingin berpuasa 6 di bulan Syawal..

wia pun taknak lepaskan peluang berpuasa nih.
Esok baru nak mula. Doa-doakan.
Dugaan puasa bukan bulan puasa memang lebih dari biasa.
Open house Raya sana sini...
Begitu juga dengan faktor kerjaya. Lately kerja banyak kat opis.
tapi wia suka! See sempat lagi menaip kat belog nia. Haha


In Shaa Allah kalau dapat buat secara berterusan tak terasa sangat
letihnya kan? In Shaa ALLAH kita merancang dan Allah jua lah yang
menentukan. Seronok tengok tok dan tok wan yang dah 'raya' puasa 6.
malah tok sebelah ayah siap buat ketupat daun kelapa
yang anyam lagi time raya puasa 6 tau ;)
Meriahkan..Baru lah naikkan semangat ibadah yang barakah di bulan Ramadhan
disambung ke bulan Syawal.

".....orang perempuan dibolehkan berpuasa Qadha' sekali dengan Puasa Enam pada bulan Syawal.. Namun menggabungkan niat Puasa Qadha’ dan Puasa Sunat Syawal dibenarkan dengan SYARAT diniatkan Puasa Qadha’ sebagai yang utama, manakala Puasa Enam Syawal hanyalah “sampingan” sahaja.

Namun, tanpa keraguan bahawa melakukan puasa berasingan itu lebih baik, dengan mendahului menyegerakan Puasa Qadha’ dan diikuti selepas itu Puasa Enam Syawal. Ia juga akan memperolehi ganjaran yang lebih besar (berbanding menggabungkan niat puasa) dan juga mendapat ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Wallahu’alam. ", (Ustaz Akustika Ramadhan, 2013). 

 

Friday, 23 August 2013

Header Bertukar ^_______^

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...
hari ni tergerak hati nak tukar header blog setelah sekian lama..
alhamdulillah, akhirnya nampak berseri sikit ;)

Selesai edit selama 20 minit..klik, klik, klik
upload dalam blog..Siap publish malam ni teruih.
Comel dak? Tetiba meltingg sendiri..
Matching dengan background.Yeay!!  :'D

 Nak stori sikit laa..esok wia ada jamuan raya kat opiss.
dan termasuk ada kursus Latihan Dalam Perkhidmatan. Hikhik
Berkorban cuti demi peningkatan kualiti dalam kerjaya. Cewaah..
so, hepikan diri untuk esok. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Yang bestnya semua kena turun padang uOls. Wajibul..
tu yang best tu. Harap semua berjalan lancar. Bab berjamuan raya tu yang 
meriah. Setahu wia menu boleh tahan best.
Ikan siakap, lemang, nasi impit, sate dan kek coklat.
Ada lagi tu sampai tak ingat masa perbincangan lepas..Haha
*curi-curi dengar dari penyelia kantin*

Tak sabar nak pi esok. Boleh cenggitu ;)
2 dalam 1 katanya..Psstt..sedap-sedap menaip
cinta hati call..pot pet pot pet sembang..
dapat la satu perasaan geram. Biarlah wia saja yang tahu *senyum*



Lain kali la stori pasal tu.. Tetiba rasa rindu dengan kawan lama...
Sedap-sedap makan KFC..ternampak coeslow.
Rindu coeslow ex-housemate  buat time party bufday wia..
Dimanakah mereka sekarang...Rindu :'(

Hmm nantilah wia update untuk hari esok.
Moga semuanya sukses seperti yang dirancang...
Bahagia itu milik diri ini dan kamu....amin..

Thursday, 22 August 2013

Camwhore Anytime Anywhere....

Assalamualaikum...
Eh? Sejak intagram dah ada video..seronok pulak layan video IG..
Walaupun sekejap, tak lama macam keek apatah lagi youtube..
Tapi best sangat. Nak nak sebelum tido dan time kebosanan kat opis
dek tak ada kerja..Hee. *kadang-kadang laa*

Dalam banyak-banyak laman sosial sekarang..
wia suka intagram. Masih ingat lagi tak hadiah
Samsung S3 Mini yang si cinta hati wia hadiahkan..
alhamdulillah, boleh la wia dok layan feverett wia..
Bergambar dan kamera...pos gambar cecomel..

Layan gambar yang superb dari kengkawan...Heaven!
Oh Bestnya tengok gambar di IG..
tak pecaya cubalah.. Bestnya alahai terima kasih adroid..
ada rezeki layan iphone pulakk..upps! ;)

WiShliSt.....

Cun..Geramm :-P

In Shaa Allah ada rezeki nak kumpul duit menabung untuk kamera DSLR..
Sangat menarik gambar DSLR oi..
Teringin nak memiliki seketul..
tapi itu laa memang kena usaha mencari $$...

Kacak sangat gambar dari DSLR..memang boleh tengok
ja dulu. Nak memiliki kena sabar dan verangan satt. Hikss
Okey esok cuti so bolehlah blogvespaking.
Fiuhh, jamuan raya sana sini..Syukurr...
Jom layan tv,,cerita pasal raya best di Astro ;)

Wednesday, 21 August 2013

Cinta Pandang Pertama.. ;)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Makin hari makin hepi...
itu laa feeling wia sekarang nih setiap hari.
Fikir positif dan ceriakan hari yang indah dengan senyuman..

Dedulu bila belum masuk alam pekerjaan..
terdetik dalam hati cemana lah nanti 
pengalaman bekerja. Huhu..

Rupanya dah masuk dua bulan kerja..
alhamdulillah..dah makin jatuh cinta dengan kerja wia ;)
Seronok! Best moment  uOls..
Tak sangka pertama kali kerja dapat perasaan yang best..hehe


Orang kata tak kenal makan tak cinta..
yang seronoknya wia dah jatuh cinta dengan kerja wia.
orang sekeliling wia pun sekepala..
eh pendek kata tak rasa kekok pun dekat situ :-P

Lepas ni bakal dapat meja sendiri..wehuu!! hi hip hurray...
ni yang semangat nak kerja kat situ..Mana tahu lepas ni
leh dapat komputer seketul kat opiss..hikhik.

Memang heaven laaa..Dah la boleh beron9 di opiss..
camwhoree selalu bila time alone..ngee..
cuma sekali ja wia update blog kat opis sebab tak banyak kerja..
masa lain dah tak sempat dah :')

Psstt tak sabar nak dapat meja sendiri..
Depaa baru order tadi. Wahhh! *feeling excited!*
opiss bakal berubah wajah uOls...oh tak sabarnya...
Ok bulan Syawal, biskut raya tak penah putus.
Esok ada jamuan, sabtu ada jamuan raya staff..
* Nikmat yang tak terhingga...Alhamdulillah :'-)

Sunday, 18 August 2013

Kontra dalam Hubungan Halal itu Indah :)

Bismilillahirramanirrahim dan Assalamualaikum..
tetiba nak menaip pasal ni...
setiap pasangan ada cons dn prons.
kalau ada yang perasan.
orang cakap yang serasi itu selalu banyak persamaan.
tapi jangan tak tahu cons dan prons la lagi serasi..

Saling melengkapi antara satu sama lain.
selalu yang wia perhatikan adalah pasangan suami isteri.
serius.. bermula dari mak ayah. Pakcik makcik,
sedara mara..Sepupu papat , kawan-kawan
yang dah kawin boleh dikatakan boleh nampak cons dan prons.

memang orang cakap banyak persamaan itu indah
tapi bagi wia kalau banyak sangat persamaan boleh bosan.
tapi Allah Maha Kuasa, memang perbezaan
hubungan suami isteri itu yang bahagia.
* dari pandangan peribadi wia laa*

Cantik dan kurang cantik.
Hensem atau tidak. Kurus berisi.
Tinggi rendah. Memang nampak kontra.
tapi bestt tengok mereka bahagia bersama...Hehe 
boleh tak nak cakap diri ini cemburu ;p

Oh sana sini cakap pasal wedding.
Buka blog wedding. Dekat ofis wedding..
dalam Facebook wedding. Balik kampung..wedding.
eh dah masuk 20-an ni memang tak lari dari wedding.
Nak kawin jugak laah...! Boleh?! Haha

tapi semua itu perlukan persiapan dan persediaan..
tunggu masa yang Allah tetapkan suatu hari nanti in Shaa Allah..
Sabar menanti..Happy dengan nikah adik classmate time U smlam.
Barakallah humma..Selamat Pengantin Baru bagi sesiapa yang
selamat di ijab kabul. Selamat Berblogging ;)

Saturday, 17 August 2013

Classmate Bertunang..Tahniah! :)

Assalamualaikum dan Salam sabtu
Yeay sahabat zaman sekolah dah ramai yang di cop orang
tumpang heppi....Serius tak sangka,
dulu sama-sama belajar dalam kelas..
tup tup sorang sorang bakal menempuh alam rumah tangga..


Tumpang gembira untuk kebahagiaan memasing..Hee

turn wia? tunggu...jodoh kan rahsia Allah..
siapa yang taknak berbahagia bersama tercinta..
dan tahniah buat wani dan timah :')
cantik sangat uOlss...

Fatimah..my besties :)


wani

Alahai..sudah berdarah manis dua orang nih..
tak sempat pegi majlis dan cuma dapat lihat
pos di Facebook. Tapi siyess wahh dah dewasa ek kami..
lepas ni jenuh atoq makan kenduri nasi minyak laa..

Selamat bertunang pada kalian berdua.
slmt menempuh alam bahagia kelak..Hehe
psst tnggu turn sapa pulak lepas nie...
will be updated soon..

Friday, 16 August 2013

2 Syawal 1434H

Salam Jumaat dan bismillahirrahmanirrahim :)
mood nak berblogging mai lagi..
jom wia nak hapdate pasal raya lagi...
yang ni raya kedua..tapi sebelum 
beraya weouls bergambar dulu kat rumah 
Masa camni lah terasa nak guna DSLR..huhu







love my family so much :')
eh? makin pendek pulak entri menulis..keh3

Tuesday, 13 August 2013

Raya Syawal | 2013 ღ

Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum...
punya la lama tak hapdate belog kesayangan..
alhamdulillah, hari ni syawal ke-6 baru berpeluang menaip 
di ofis. Al-maklum laa sakan beraya katanya.

wia dah mula bekerja semalam lagi..tehee
tapi memandangkan sekolah masih bercuti, 
memang tak banyak work sangat..
yeay rasa nak hapdate belog dipejabat secara
julung kalinya. Syukur alhamdulillah..
seronok jari jemari menaip di atas keyboard PC ofis ;)

yeay hari kedua bekerja baaru semangat nak menaip.
seronok tengok gambar raya kawan-kawan
sama ada di Facebook mahupun intagram dan blog.
Meh wia nak tanya sikit gambar raya keluarga tahun 2013M/1434H

 



Raya pertama memang meriah habis.
 Syukur berpeluang raya bersama keluarga tercinta..
Seronok sangat masih dapat duit raya walaupun dah bekerja..Hikss
tu yang sangat ohsem sangat rasa.

Ok biarlah wia letak randoms ajaa gambar..
yang penting raya wia dan keluarga memang meriah.
Mak buat mee kuah tulang di pagi raya
 bersama lemang dang gulai daging.
Bersama-sama bertelekung berbaju baru pergi solat sunat hari raya..
Oh rindu....Rindu bulan Ramadhan yang telah meninggalkan kita..
Moga sempat jumpa lagi tahun depan :') amin.

Selamat Hari Raya AidilFitri
dari wia dan keluarga....

Monday, 5 August 2013

Mood Raya Kian Terasa ^______^

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
pantasnya masa berlalu..pejam celik pejam celik
tinggahl lagi dua hari Ramadhan akan tinggalkan kita semua...
sekolah tempat wia kerja pn dah mula bercuti bermula esok
tapi wia masih kena kerja hingga Rabu ni..Nasib setengah hari ..HikSs

Seronoknya cuti kan?
Boleh rehat puas-puas. tapi esok pegi 
kerja pun dah tak banyak kerja 
kena buat. Mungkin sempat lagi berblogging
dan chit chat di FB, wasSap dengan 
besties dan Line dengan tersayangg.

Instagram pun sempat sambil dok tweet-tweet..
pendek kata memang dah tak rasa mood kerja secara konsisten
mood raya dah tiba..Haha

Esok wia gilir-gilir masuk ofis.
4 jam sesi pagi..4 jam sesi petang ;)
Best sangat! Sebelum tu sampai ja ofis pagi tadi
ada berita baik pasal gaji. Cuma kena settle sikit pasal KWSP..
Harap esok dipermudahkan urusan..amin ^______^
tengah dok menaip blog...adik-adik tengah main mercun dan 
meriah sangat kat luar rumah walaupun dah malam.
kedengaran lagu raya berkumandang di tv dan henfon..

Memang terasa nak raya..Macam tak pecaya
lagi dua hari...Hikhik. Besstt dalam masa yang sama sedih juga
Ramadhan dah kian labuhkan tirai...
eh tetiba teringin nak main bunga api cam dedulu ;)

tat nenas versi Dawia ;)

Samperit turun temurun dari tok

Cornflakes Madu by me :)
Mood raya semakin memuncak..Haha..
Seronok sangat suasana sekarang nie...
Selamat beribadah semua..Biar semuanya sederhana..
In Shaa Allah..selamat :')

Friday, 2 August 2013

Doodle Comel Sepanjang Ramadhan ♥

Salam Jumaat terakhir bulan Ramadhan..
Comelnya lahai doodle by illy nie..Subhanallah..
jadi wia upload dalam blog, instagram dan Facebook.
syukur alhamdulillah..
























comelkan..! Rasa nak print dan lekat di bilik tidur..Hee
Selamat berpuasa muslimin muslimat.
wia dah settle bab tudung raya. Petang ni biskut raya pulak ;)
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi