Wednesday 26 February 2014

Tanda Lebam Digigit Hantu


Assalamualaikum....
Terutamanya perempuan, biasa tak ada tanda lebam
kat anggota badan uOls.
Pagi ni mak perasan peha kanan wia ada kesan lebam
macam gigitan..Huhu. Terus terkejut tengok..
tak tahu dan tak perasan pun sblum ni ada ke tak Huhu


Ok bangun terus google apa itu tanda gigitan hantu?

Selalu Lebam-lebam??? tak tahu dari mana datangnya lebam...
Semoga Allah melindungi kita... 
bangun pagi tiba-tiba ada lebam kat anggota badan,
 siapa disini yang kerap ada lebam-lebam dibadan?

Bila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta 
kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya. 
Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, 
dan jika dibiarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota-anggota badan yang lain.

Lebam Digigit Jin boleh berlaku apabila seseorang
 wanita tidur selepas asar, biasanya kesan itu 
dapat dilihat pada peha kanan atau kiri mereka. 
Tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat,
 pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. 
Apa yang lebih malang, sekali 
Jin menggigit pasti akan digigit lagi.

Jangan biarkan Jin Jatuh Cinta. Elakkan keluar
 waktu senja atau petang, jangan dedahkan aurat 
dan berpakaian seksi, jauhi tempat-tempat sunyi
 seperti lorong dan kawasan berlubang seperti telaga.

Mandi pada waktu maghrib tanpa beralas, 
gunakanlah kain basahan. Wanita tidak dapat melihat,
 namun Jin mampu melihat kekasihnya. 
Digigit Jin tanda kasihnya. Usah menggoda 
Jin dengan kecantikan mu, sekali Jin jatuh cinta, 
buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya. 
Ada yang menamakan ia Sihir Jin Asyik (Jin sedang Angau). 

Bila Jin cuba pertahan cinta pada kekasihnya,
 pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh. 
Malah bila orang datang merisik lalu senyap, 
orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada 
kekasih alam lain yang cuba pertahan cinta mereka.



Mintak simpang jauh-jauh Ya Allah..
wia hanya berkongsi...Jadi kita sebagai perempuan
kena jadikan doa sebagai pendinding (pelindung)..
Moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah :')

2 comments:

  1. takutnya. minta dijauhkan. better pergi cari tmpt perubatan islam :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:17 am

    Ya allah..seram plak..skrg ni pn ada kesam lebam kt betis kanan sy..

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi