Saturday 19 July 2014

Resepi Nasi Ulam :)

Assalamualaikum...
Dah lama sebenarnya nak update entri pasal Nasi Ulam.
Orang utara mesti tau kan nasi ulam atau Salad Herba.
Memang sedap dimakan dengan kuah
 asam keladi atau Asam pedas keladi :)

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram nasi yang dikareh dan sejukkan
2 ekor ikan kembong, bakar dan ambik isinya, tumbuk halus
1 inci ikan kurau masin, rendam 20 minit, goreng dan tumbuk hingga gebu
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca besar kerisik
1 camca besar bawang goreng, diramas
3 biji telur rebus, belah 4 setiap 1
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM DI HIRIS HALUS :-)
6 helai pucuk mengkudu
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 genggam daun kesom
1 genggam pegaga
1 genggam daun selom
1 genggam ulam raja
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai, ambil bahagian putihnya
5 biji bawang merah
1 inci halia



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 ulam yang dihiris halus, tambah isi ikan kembong dan isi ikan kurau masin yang telah ditumbuk halus. Masukkan bawang goreng dan lada hitam Gaul rata.
  2. Masukkan nasi, kerisik dan sedikit garam. Gaul hingga semua rata dan mesra. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Gaul rata dan hidangkan bersama telur rebus. Selamat menjamu selera!!...

1 comment:

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi